Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat...

48
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Pengenalan Sebingkas madah Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Tingkap papan kayu bersegi, sampan sakat di Pulau Angsa, indah tampan kerana budi, tinggi darjat kerana bahasa. Bahasa boleh meninggikan darjat manakala indah bahasa sedap didengar. Resam diertikan kebiasaan manakala Melayu ialah bangsa atau rumpun. Seuntai kata Bicara tentang resam Melayu akan membawa para pembaca menimba ilmu dalam pelbagai aspek yang meliputi kehidupan harian, asal-usul, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, adab dan tingkah laku, pakaian serta perhiasan, peralatan, permainan, dan perubatan tradisional, senjata, tarian, silat, seni reka dan segenap aspek yang terkandung dalam erti kata resam itu sendiri. Penulis menulis berdasarkan pengalaman, artikel kualiti, fakta sejarah yang ingin dikongsi bersama pembaca yang menjurus kepada pengayaan bangsa/rumpun Melayu itu sendiri. Di samping itu, blog ini juga memuatkan barangan jualan seperti keris, kompang, dan tanjak, bengkung serta sampin. Keris dijual daripada bilah lama atau baru, bergantung kepada bilah yang boleh didapati pada satu-satu masa justeru jualan keris akan dibuat berdasarkan permintaan sahabat handai yang ingin menjual atau menambah koleksi keris mereka. Wassalam. Lain-lain

description

adat resam

Transcript of Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat...

Page 1: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan.

Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di

dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan

oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

PengenalanSebingkas madah

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Tingkap papan kayu bersegi, sampan sakat di Pulau Angsa, indah tampan kerana budi, tinggi darjat kerana bahasa. Bahasa boleh meninggikan darjat manakala indah bahasa sedap didengar. Resam diertikan kebiasaan manakala Melayu ialah bangsa atau rumpun.

Seuntai kata

Bicara tentang resam Melayu akan membawa para pembaca menimba ilmu dalam pelbagai aspek yang meliputi kehidupan harian, asal-usul, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, adab dan tingkah laku, pakaian serta perhiasan, peralatan, permainan, dan perubatan tradisional, senjata, tarian, silat, seni reka dan segenap aspek yang terkandung dalam erti kata resam itu sendiri. Penulis menulisberdasarkan pengalaman, artikel kualiti, fakta sejarah yang ingin dikongsi bersama pembaca yang menjurus kepada pengayaan bangsa/rumpun Melayu itu sendiri.

Di samping itu, blog ini juga memuatkan barangan jualan seperti keris, kompang, dan tanjak, bengkung serta sampin. Keris dijual daripada bilah lama atau baru, bergantung kepada bilah yang boleh didapati pada satu-satu masa justeru jualan keris akan dibuat berdasarkan permintaan sahabat handai yang ingin menjual atau menambah koleksi keris mereka.

Wassalam.

Lain-lain

Page 2: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

ADAT MERISIKDalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali

adalah peringkatmerisik. 

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap

awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna

dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga

pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya,

pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan

restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti

perkawinan. Tujuanadat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadisyang dihajati oleh

seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang

meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latar belakang

si gadis. Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau

bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan

memelihara nama baik kedua belah pihak. 

Bagi pihak si gadis, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima

lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang

agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. 

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, para wakil keluarga lelaki akan bercakap-cakap

mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkini sembil menikmati jamuan yang

dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah

para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah

itu, topik pembicaraan mulai difokuskan untukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna,

dan pantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak

teruna menyatakan kehendak hati untuk “memetik bunga yang sedang menguntum” apabila si

dara belum memiliki pasangan.

Pantun merisik ini diawali oleh pihak keluarga teruna yang kemudian akan dibalas oleh pihak

keluarga dara yang menanyakan maksud kedatangan keluarga teruna. 

Page 3: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

 

Sudah lama langsatnya condong

Barulah kini batangnya rebah 

Sudah lama niat dikandung 

Baru sekarang diizinkan Allah 

Dari Pauh singgah Permatang 

Singgah merapat papan kemudi 

Dari jauh saya datang 

Karena tuan yang baik budi 

Kalau gugur buah setandan 

Sampai ke tanah baru tergolek 

Kami bersyukur kepada Tuhan 

Datang kami disambut baik 

Berapa tinggi pucuk pisang 

Tinggi lagi asap api 

Berapa tinggi Gunung Ledang 

Tinggi lagi harapan hati 

Kabung enau tebang satu 

Tebang sekali dengan sigainya 

Tinggi gunung tinggi lagi harapanku 

Harapan dalam tutur katanya 

Besar api Teluk Gadung 

Anak buaya mengonggong bangkai 

Niat hati nak peluk gunung 

Apakan daya tangan tak sampai 

Sudah lama langsatnya condong 

Page 4: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Dahannya rebah ke ampaian 

Sudah lama niat dikandung 

Baru sekarang disampaikan 

Setelah pihak teruna selesai melantunkan pantun yang mengungkapkan maksud hati mereka,

maka pihak dara akan membalas pantun sebagaimana berikut ini: 

Perahu kolek ke hilir tanjung 

Sarat bermuat tali temali 

Salam tersusun sirih junjung 

Apa hajat sampai kemari? 

Malam-malam pasang pelita 

Pelita dipasang atas peti  

Kalau sudah bagai dikata 

Sila terangkan hajat di hati 

Tidak pernah rotan merentang 

Kayu cendana dijilat api 

Tidak pernah tuan bertandang 

Tentu ada maksud di hati 

Tumbuk lada di atas para 

Ada kasut simpan di hati 

Tepuk dada tanya selera 

Apa maksud di dalam hati 

Kemudian, pihak lelaki akan membalas pantun tersebut dengan lantunan pantun yang menyiratkan

kehendak untuk ”memetik bunga di taman”. 

Daun raya di atas bukit 

Tempat raja menanam pala 

Harap kami bukan sedikit 

Sebanyak rambut di atas kepala 

Page 5: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Sudah lama kami ke tasik 

Tali perahu terap belaka 

Sudah lama kami merisik 

Baru kini bertatap muka 

Tinggi-tinggi si matahari 

Anak kerbau mati tertambat 

Sekian lama kami mencari 

Baru sekarang kami mendapat 

Raja Hindu raja di Sailan 

Singgah berenang di persiraman 

Bagai pungguk rindukan bulan 

Kumbang merindu bunga di taman 

Cendrawasih burung yang sakti 

Singgah hinggap di atas karang 

Kasih berputik di dalam hati 

Dari dahulu sampai sekarang 

Singgah berenang di persiraman 

Mayang terendam di dalam tasik 

Kumbang merindu bunga di taman 

Bintang merindu cendrawasih 

 

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak

pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk

cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan

tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana

pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan

adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. 

Page 6: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

MEMINANG & BERTUNANGSetelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang

biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk

mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara

tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang

kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil

bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat,

walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu.

Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati

dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah

menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam

mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan

perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak

perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak

mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka

akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan

majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan.

Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar

Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari

pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran

tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara

bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan

kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya

adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut

citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Page 7: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain

cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau

sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung.

Semuahantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak

perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak

lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya

sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya

pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih

junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Page 8: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh

pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari

pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak

perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak

perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan

oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang

juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih

kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan

persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan

dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya

dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.

• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal

dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya

diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum

berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggillangkah

bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai

kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh,

Page 9: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang

tidak baik.Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah

hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini

dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat

bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*

Terbahagi kepada lima cara:

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas)

maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan

pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di

jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak

perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan

status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis

pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat

merisik.

Page 10: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia

(mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah

ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu

diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa

menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan

maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

Page 11: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya

bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-

masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan

menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang

untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya

dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun

pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat

mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini.

Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang

terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan

juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa

memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..

'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'

Page 12: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

ADAT BERINAIMajlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3

peringkat berinai iaitu berinai curi,berinai kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan

memakai inai pada kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.

Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari manis dan jari

hantupada sebelah tangan sahaja. Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara

kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

 

BERINAI CURI

Berinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki

bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di

atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk

tatapan saudara mara terdekat sahaja.

Page 13: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

BERINAI KECIL

Berinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari

berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran

tetangga dan sahabat handai.

BERINAI BESAR

Istiadat ini dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk

para jemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut, pengantin

lelaki akan diinaikan terlebih dahulu di atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai

besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelaminuntuk membuang sedikit nasi kunyit pada

sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Kemudian dilakukan dengan bertih, diikuti oleh tangkai daun

wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh

kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes

inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan

oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu

bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin

akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda

menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua

tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.

Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan

cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil

daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin

lelakikemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas

pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari

dan nasi.

Page 14: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam_kahwin_Melayu#Berinai

http://www.ashtech.com.my/adat/berinai.html

Page 15: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

AKAD NIKAHUpacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan perkahwinan dalam

ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin

perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin

perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga

boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

bapa pengantin perempuan mewakil wali kepada imam

Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya

sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis

berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin

dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam

atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada

dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah

nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan

rumahtangga dari sudut agama.

Page 16: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat tangan dengan

pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam

menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin

perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut

oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan

oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya

tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.

 

ijab dan kabul sedang berlangsung

Page 17: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua

mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara

membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai

kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat

ini dilakukan sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

http://www.ashtech.com.my/adat/belanja_akadnikah.html

P O S T E D B Y   H T T P : / / T I T A S S E M T W O . B L O G S P O T . C O M   A T   1 2 : 0 4 A M  

Page 18: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

MAJLIS PERSANDINGAN

Sebelum majlis persandingan

dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti

suatu singgahsanayang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil

peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Di hadapan

pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyityang dihiasi dengan bunga-bunga

telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga.

Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli

iaitubertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki.

Pengantin lelaki serta rombongannya yang diarak

akan diiringi dengan selawat danpukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke

rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih

dahulu.

Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun

untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan

kompang dan rebana. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana.

Apabila rombongan mempelai telahtiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela

dari rumah pengantin. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit.

Page 19: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah

seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan

kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelaisebelum masuk ke rumah. Kedua-dua

pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang

disinonimkan dengan istilah raja sehari.

Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua

pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan

diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari,

tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin laludisuapkan ke mulut

mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.

Setelah itu majlis diteru skan dengan adat

merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri

pengantintersebut. Antara bahanyang digunakan untuk upacara ini adalah air mawar, bunga

rampai serta beras kunyit. Upacara ini biasanyadimulakan oleh kedua ibu bapa pengantin,

kemudian diikuti oleh saudara-mara serta para tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua

mempelai akan direnjis terlebih dahulu dengan air mawar. Kemudian,beras

Page 20: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

kunyit akan ditabur pada pengantin dan diakhiri dengan meletakkan bunga rampai di atas kedua-

dua tapak tanganpengantin. Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga

telur sebagai penghargaan terima kasih.

Page 21: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan
Page 22: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS)Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu kala.

Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan yang

lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Tujuan

diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada

masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah.

Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, mandi

limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.

Page 23: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Rewang (GOTONG ROYONG)

Rewang adalah acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau

gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk

membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain

itu, penanggah juga bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu.

Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk

wang atau hadiah. Walau bagaimanapun, adat rewang ini semakin pudar dikalangan masyarakat

Page 24: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Melayu kerana budaya ‘buffet’ atau ‘katering’ kian popular dan sering diamalkan oleh masyarakat

kita.

Mandi Limau

Terdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai

mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan, pengantin

akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk istiadat ini,

mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas itu, emak

pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan pengantin. Tujuan adat ini

dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin. Adat ini dijalankan sebelum

kenduri kahwin dijalankan.

Page 25: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Menyambut Menantu dan Cukai Pintu

Adat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu.

Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan atau lelaki

bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke rumah pengantin

perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi

wang kepada pengapitdan kaum keluarga terdekat si pengantin perempuan. Kebiasaanya, wang

yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas selesai upacara tersebut, barulah si

pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si pengantin perempuan .

Page 26: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Kompang, Silat dan Tarian

Sepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan

kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain itu,

seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang

dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih

diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang, beberapa

bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan

celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.

Page 27: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan
Page 28: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Makan Beradap

Di samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan dijalankan,

iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan pengantin dan

turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yamg disediakan untuk adat makan

beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah pengantin

lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat makan beradap

diakhiri dengan upacara memotong kek ataupulut kuning. Kemudian dihidangkan kepada para

tetamu yang dijemput.

Page 29: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan
Page 30: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

ADAT PERKAHWINAN MELAYU MENGIKUT NEGERI

Istiadat negeri Melaka

Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan orang Melayu Melaka, berjalan berperingkat

mengikut tertib dan menjadikan warisan adat resam ini sesuatu yang unik. Masyarakat di pinggir

pantai Melaka mengamalkan unsur adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat.

Terdapat dua cara digunakan bagi amalan dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu

berdasarkan kesanggupan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah

pemilihan pihak lelaki itu sendiri dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya. Kaedah kedua

pula, pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna setelah berkenan akan seseorang gadis yang dipilih

untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak terunanya.

Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan

merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. 

Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan.

Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. 

Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari

tunangannya. Adat menyampai dan menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut..

Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan

pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Mereka akan saling bertukar hantaran serta

Page 31: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

iringan setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan.

Jika dijalankan upacara menghantar belanja pada siang hari, maka malamnya pula diadakan

majlis 'menyerambi bertunang'. Adat ini dilakukan di serambi rumah. 

Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan membuat acaramenjemput tetamu iaitu menjemput orang-

orang tua kampung untuk memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan

membuat tepak sirih dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk

bersama-sama meraikan majlis itu. 

Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Mulai malam

tersebut, jari-jari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Berinai

curi biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.

Malam berikutnya majlis berinai kecil diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki.

Keesokan harinya diadakan istiadat berandam di mana upacara memotong rambut di bahagian

depan kepala dijalankan oleh tukang andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut

di dahi serta di pelipisnya. Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. Biasanya

upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras basuh, sirih

berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua sepilih dan daun ribu-ribu. Mandi

berhias dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau

pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti

oleh pengantin perempuan. 

Upacara akad nikah dijalankan pada malam selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai.

Pakaian pengantin lelaki serba putih kecuali songkok dan kasut. 

Setelah selesai upacara akad nikah, majlis berinai besardilakukan di atas pelamin dengan

dimulai oleh pengantin lelaki. Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu.

Hari persandingan juga disebut hari langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di

rumah pengantin perempuan akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju

ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya

untuk upacara persandingan.

Makanan disediakan di bilik pengantin di mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama

dan mereka akan dilayan oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di

dalam majlis itu (makan damai). Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang

dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak. Di dalam majlis ini, besan dengan besan akan duduk

bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan waris dan sanak saudara dari kedua belah

pihak.

Majlis jemput menantu ini diadakan untuk pengantin perempuan yang dijemput ke rumah

pengantin lelaki berserta pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan

ke rumah bapa mertuanya selagi pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang

Page 32: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

menjemput . Kedatangan pengantin lelaki digelar sebagai 'balik minum air'.

Setelah pengantin perempuan pulang ke rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya

pula. Pengantin lelaki akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa

mertuanya. Acara ini dipanggil malam satu. 

sumber rujukan: http://www.pengantin.com.my

Istiadat perkahwinan diraja Perak

Istiadat pernikahan kerabat diraja negeri Perak sepenuhnya, sepatutnya membabitkan lima peringkat iaitu meminang, akad nikah, berlimau, bersanding dan bersiram sampat.

Upacara perkahwinan Diraja Perak bermula dengan adat istiadat meminang, bagaimanapun sebelum istiadat ini disempurnakan, seorang wakil ditugaskan untuk merisik kedua-dua belah pihak. Selepas diketahui pinangan itu diterima, sirih peminangan dihantar sebagai tanda. Peralatan sirih peminang bergantung kepada kemampuan seseorang, tetapi lazimnya tidak melebihi 16 bingkisan, iaitu lapan puan (bekas) keemasan yang bertetampan berisi sirih dan lapan bundi keemasan yang bertetampan berisi selengkap persalinan. Sekiranya peralatan sirih peminang itu memuaskan hati waris perempuan, maka peminangan itu diterima sebagai meletak tanda atau bertaruh kata.

Istiadat Akad Nikah akan berlangsung pada tarikh yang ditetap dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Pada hari berkenaan, pengantin lelaki berpakaian sederhana dan dipersilakan

Page 33: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

bersemayam di atas coir keemasan yang disediakan di hadapan petarakna diiringi oleh pengapit yang membawa mahar atau mas kahwin.

Istiadat Berlimau ini terbahagi kepada dua peringkat, iaituIstiadat Berlimau Besar (atau dikenali sebagai istiadat bersiram khutbah) dan Istiadat Berlimau Kerana Hendak Menampal Inai. Kedua-dua istiadat ini biasanya dijalankan pawang darat dan pawang jahir mengikut jawatan dan kuasanya didahului oleh Raja Cik Muda. Air yang digunakan untuk istiadat ini diambil daripada tujuh kuala sungai dan diisikan ke dalam geluk emas atau perak mengikut taraf masing-masing.

Apabila tiba hari yang ditetapkan, kedua pengantin berpakaian istiadat dan diarak hingga ke istana lalu disambut waris pengantin dengan penuh istiadat. Kedua pengantin akan dipimpin dan disemayamkan di atas petarakna untuk Istiadat Bersanding.Ketika bersanding, istiadat menepung tawar dijalankan oleh beberapa orang Raja dan Orang Besar-Besar yang diikuti dengan melayani santap nasi adap-adapan dan bersuap-suapan oleh isteri Raja-raja yang berusia.

Selepas tiga hari tiga malam istiadat bersanding, kedua-dua pengantin dipersalinkan dengan selengkap pakaian kerajaan dan diarakkan dengan jawat nobat ke Balai Panca Persada untuk menyempurnakan Istiadat Bersiram Sampat. Selesai bersantap, mereka dibawa menyembah atau memberi hormat kepada mentua dan ayahanda bonda kedua. Setelah selesai, dikurniakan sembah itu dengan wang emas dan lain-lain dinamakan lapik sembah oleh orang yang terkena sembah. 

sumber rujukan: http://intim.wordpress.com

Istiadat negeri Kedah

Tahap-tahap istiadat yang hendak dijalankan perlulah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Istiadat-istiadat yang berlangsung dalamIstiadat Perkahwinan adalah Merisik, Meminang, Meletak Kerja, Berinai (besar dan kecil), Menerima Hantaran, Bersanding/Merenjis dan Bersiram. 

Tahap pertama merupakan istiadat merisik dengan disusuli Istiadat Meminang. Setelah selesai Istiadat Meminang dan setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah, Istiadat Meletak Kerja disempurnakan. Dalam Istiadat ini, warkah peminangan dan segala

Page 34: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

hantaran dipersembahkan. Istiadat Meletak Kerja berikutnya didahului dengan paluan Nobat dan tembakan meriam sembilan das.Istiadat Berandam dilangsungkan selepas Istiadat Meletak Kerja dan dijalankan oleh Mak Andam dengan menggunakan peralatan istiadat yang diwarisi sejak dahulu. Pengantin Puteri ditepung tawar dan disintuk limau sebelum dimandikan.

Istiadat Berinai Kecil dilangsungkan selepas Istiadat Berandam. Istiadat Berinai Kecil

hanya melibatkan kaum wanita sahaja. Kerja memetik inai di tambak inai disempurnakan

oleh pawai perermpuan dengan iringan muzik tradisional. Tahap seterusnya

merupakan Istiadat Hantaran dan Penerimaan Mas Kahwin serta Akad Nikah. Tempatnya

berlangsung di Dewan Penghadapan.

Istiadat Berinai Besar diadakan pada sebelah malam pada hari yang sama dengan Istiadat Penerimaan Mas Kahwin dan Akad Nikah. Dalam Istiadat Berinai Besar, Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan ahli-ahli Kerabat DiRaja yang kanan merenjis dan

menepung tawar Pengantin DiRaja Putera. Manakala Pengantin DiRaja Puteri pula direnjis

dan ditepung tawar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dan ahli-ahli

Kerabat DiRaja yang lain.

Kemuncak Istiadat Perkahwinan ialah Istiadat Persandingan yang berlangsung serentak

dengan Majlis Santapan Malam. Kedua-dua pasangan mempelai bersanding di atas

peterana, dan kemudiannya dibawa pula ke Geta Kirana. Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-

Sultan dan Permaisuri-Permaisuri negeri-negeri turut merenjis dan menepung tawar kedua

pasangan mempelai.

Selang beberapa hari diadakan pula Istiadat Berlimauyang berlangsung di panca persada.

Kedua-dua mempelai dirinig ke panca persada dengan iringan paluan Nobat.Istiadat Menyambut menjadi istiadat yang terakhir di dalam Istiadat Perkahwinan DiRaja. Istiadat ini

diadakan di Dewan Penghadapan dengan dihadiri oleh Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia

Tuanku Sultan dan Sultanah, kaum Kerabat, pembesar-pembesar negeri serta dif-dif

jemputan.

sumber rujukan: http://www.mykedah2.com

Istiadat negeri Sabah

Mengikut tradisi masyarakat Murut, anak-anak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi anak perempuan dan 15

Page 35: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

hingga 18 tahun bagi anak lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka Dalam adat perkahwinan masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah berkahwin. Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat Murut merangkumi peringkatmerisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Merisik Adat ini sama seperti adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat lain. Ia bertujuan untuk mempastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya atau belum dirisik oleh orang lain. Ibu bapa pihak lelaki terlebih dahulu akan menyampaikan hasrat mereka kepada keluarga perempuan. Dalam hal ini keluarga pihak perempuan akan memutuskan samada risikan itu diterima atau sebaliknya berdasarkan kepada persetujuan anak perempuan mereka. Seterusnya adat meminang dan bertunang pula akan menyusul.

Walaupun tidak dinyatakan adat meminangyang khusus, namun pada dasarnya adat meminang yang diamalkan oleh Masyarakat Murut menyerupai adat meminang yang dijalankan oleh masyarakat lain. Ini termasuklah dari segi penghantaran wakil sebagai meminang dan barangan tertentu yang dibawa semasa meminang.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan peminangan tersebut, adat pertunangan akan dijalankan. Upacara pertunangan biasanya berlangsung selama sepuluh hari. Semasa perbincangan dijalankan, beberapa orang saudara daripada pihak lelaki akan dijemput di samping ketua kampungnya dan ketua kampung daripada pihak isteri sebagai saksi utama. Perbincangan akan berkisar tentang mas kahwin dan hal-hal lain berkaitan perkahwinan.

Majlis perkahwinan lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut.

Page 36: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my

Istiadat negeri Sarawak

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawakmempunyai banyak persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumiadat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.

Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu

bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada

pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari

jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya

tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak. Adat ini di panggil merasi.

Selepas merasi, ngangin pula di buat iaitu wakil pihak lelaki akan membuat

pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada

perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh

untuk membuat persetujuan.

Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu

sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk

ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin

emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan

diadakan (mereya).

Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki

melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki.

Persediaan bagi majlis perkahwinanbiasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin. Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan. Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam. 

Page 37: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Jenis-jenis nikah: 

1. Nikah benar ialah perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat

seperti merisik dan bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak.

2. Nikah salah berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan

dipaksa untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan

sederhana.

3. Nyerah diri berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak

mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan

perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan

dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.

4. Ngekot berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya. 

Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’. Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin.Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki. Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu. Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembakdijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali. Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu perempuan yang baru.

sumber rujukan: http://malaysiana.pnm.my

Page 38: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Istiadat negeri pulau pinang 

Biasanya mereka akan pegang pada adat resam dan semua sanak-saudara akan berkumpul lebih awal sebelum kenduri perkahwinan kaum kerabat mereka. Mengenai adat perkahwinan, beliau menyatakan terdapat adat 'suap gula' yang diamalkan dalam masyarakat Melayu Pulau Pinang. Berdasarkan adat ini, ahli keluarga akan menyuapkan gula dan juga susu ke mulut pengantin. Justeru, beliau berpendapat adat ini merupakan adat yang diamalkan di kalangan India Muslim di Pulau Pinang. Adat ini dianggap sebagai sesuatu yang unik yang terdapat dalam acara perkahwinan masyarakat Melayu Pulau Pinang, kerana di negeri-negeri lain adat seumpama ini tidak dilakukan. 

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA1.JOHORANAK DARARM 22.50JANDARM 22.50

2.MELAKAANAK DARARM 40JANDARM 40

3.NEGERI SEMBILAN-BUKAN WARISANAK DARARM 24JANDARM 12

-AHLI WARISANAK DARARM 48JANDARM 24

-KERABAT DIRAJA

Page 39: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

RM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTANANAK DARARM 2500JANDARM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTANANAK DARARM 2000JANDARM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJAANAK DARARM 1000JANDARM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)ANAK DARARM 550JANDARM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)ANAK DARARM 300JANDARM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESARANAK DARARM 300JANDARM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESARANAK DARARM 200JANDARM 50

-ORANG KEBANYAKKANANAK DARARM 80JANDA

Page 40: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

RM40

5.KUALA LUMPURANAK DARARM 80JANDARM 40

6.PERAKANAK DARARM 101

7.PULAU PINANGANAK DARARM 24JANDARM 24

8.PAHANGANAK DARARM 22.50JANDARM 22.50

9.KEDAH-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS-TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU-TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN-TIDAK DITETAPKAN

13.SABAHANAK DARARM 100JANDARM 80

14.SARAWAKANAK DARARM 120

Page 41: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

JANDARM 120

15.WILAYAH PERSEKUTUANANAK DARARM 80JANDARM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas

tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada

pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar

hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.

Gambar di bawah merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

al-Quran

Page 46: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

AKAD NIKAHUpacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan perkahwinan dalam ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

bapa pengantin perempuan mewakil wali kepada imam

Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji ataupukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akanmenemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.

Page 47: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikahsambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.

Page 48: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan

 

ijab dan kabul sedang berlangsung

Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbolbahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.http://www.ashtech.com.my/adat/belanja_akadnikah.html

Page 49: Kepentingan Adat Resam Di Dalam Hidup Masyarakat Tidak Kira Apa Bangsa Sekalipun Tidak Dapat Dinafikan