KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN …web.usm.my/education/MEDC/Vol3/11. Kepentingan...

1
KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Fauziah Md.Jaafar Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah. Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan

Transcript of KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN …web.usm.my/education/MEDC/Vol3/11. Kepentingan...

Page 1: KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN …web.usm.my/education/MEDC/Vol3/11. Kepentingan Aktiviti Bermain... · KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN ... aktiviti

KEPENTINGAN AKTIVITI BERMAIN DI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Fauziah Md.Jaafar Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains,

Universiti Utara Malaysia

Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994) menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih tinggi dari prasekolah. Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan