Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

2
Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh- tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

description

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Transcript of Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Page 1: Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan

yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.

Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber

semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini

seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas

dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai

pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber

makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga

dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam

sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana

yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi

keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak

akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara

sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan

baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut

udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat

yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.

Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi

Page 2: Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan

membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan

badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.