KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK
-
Upload
sitiasmani -
Category
Documents
-
view
4.475 -
download
3
Transcript of KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK
Siti Asmani binti Mustapha
Nor Fadhilah binti Bakri
PISMP PEMULIHAN SEM 3/G7
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969"
Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
1) Isu Perkauman dalam Pilihanraya 1969
Tercetus lantaran slogan ‘Malayan Malaya’ yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Provokasi daripada pihak pembangkang bermula pada malam 10 Mei 1969 yang menghina kaum Melayu sehingga ada sebilangan Melayu yang membuat tindakan balas.
2) Pembangkang meraikan kemenangan.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.
Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan
3) Perarakan Kematian Cina
Di Jinjang, Kepong kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
4) Panggung Odeon
Pemuda-pemuda dari kongsi gelap Cina telah mengepung Panggung Odeon. Semasa tayangan gambar, iklan berbahasa Cina menyuruh orang Cina keluar ditayangkan. Tidak berapa lama, orang Melayu yang berada di dalam panggung tersebut dibunuh dengan kejam menggunakan besi penggantung daging babi.
Persepsi di kalangan aktivis dan chuvanis Cina telah menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum dan menebarkan dakyah dengan menyatakan peristiwa tersebut adalah perancangan licik Tun Abd Razak dan Dato’ Harun Idris.
Kalangan orang Melayu pula menyatakan bahawa orang Cina tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan kepada mereka.
Orang Melayu pula menyatakan pandangan negatif terhadap orang Cina kerana majoritinya menganggotai pasukan Bintang Tiga.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 dan Negara diperintah oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan digantung.
Mageran dibentuk untuk menghalang daripada kejadian 13 Mei tersebut berulang kembali.
Rukun Negara dibentuk bagi meningkatkan kefahaman rakyat kepada perlembagaan negara.
Dasar Ekonomi Baru dilancarkan untuk menghapuskan monopoli satu kaum dalam satu sumber ekonomi sekaligus membasmi kemiskinan tegar.
Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan
1. Masyarakat
Menurut Roucek & Warren (1979):
sebagai “satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secarardapat kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.
Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
2. Kebudayaan
ditakrifkan Sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.
3. Perpaduan dan integrasi
Perpaduan sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air.
Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.
Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.
Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
KEPENTINGAN
HUBUNGAN ETNIK
KESTABILAN
POLITIK
KEKUKUHAN
EKONOMI
MEMBENTUK
MASYARAKAT
MAJMUK
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.
Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.
Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.
Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial).
Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.
Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.
Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.