KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO ...iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/1....

23
1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN KAPASITI YANG BERKESAN Md Rahaimi Rashid@Yaacob [email protected] Marzita Abu Bakar, PHD 1 [email protected] Wan Zaliha Othman, PHD 2 [email protected] Mahathir Fansuri Azizan [email protected] Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia ABSTRAK Pengurusan risiko dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini. Pengurusan risiko tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga organisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan yang besar saban tahun bagi aktiviti pembangunan kapasiti warga KPM. Aktiviti pembangunan kapasiti ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan profesional warga KPM tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang ketidaktentuan luar jangka. Kemahiran mengurus risiko akan menyelaras pelan tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi. Kata kunci: Pengurusan risiko, pemimpin pendidikan, pembangunan kapasiti, ketidakpastian 1.0 PENDAHULUAN Pandemik Covid-19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga, organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara. Pandemik Covid-19 yang bermula di bandaraya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke 180 buah negara seluruh dunia melibatkan lebih 2.8 juta kes dengan 197,245 kematian sehingga 25 April 2020 (WHO, 2020). Semua negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran virus berkenaan termasuk Malaysia. Kebanyakan kakitangan swasta atau kakitangan awam kecuali bidang

Transcript of KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO ...iab.moe.edu.my/bahanportal/pemberitahuan/2020/1....

1

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN

PEMIMPIN PENDIDIKAN DAN IMPLIKASINYA KEPADA PEMBANGUNAN KAPASITI YANG BERKESAN

Md Rahaimi Rashid@Yaacob [email protected]

Marzita Abu Bakar, PHD1

[email protected]

Wan Zaliha Othman, PHD2 [email protected]

Mahathir Fansuri Azizan [email protected]

Institut Aminuddin Baki

Kementerian Pendidikan Malaysia

ABSTRAK

Pengurusan risiko dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan

objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini.

Pengurusan risiko tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan

berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan aktiviti penyelarasan bersepadu bagi

menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu operasi organisasi

termasuk aktiviti pembangunan kapasiti untuk meningkatkan professional warga

organisasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan peruntukan yang

besar saban tahun bagi aktiviti pembangunan kapasiti warga KPM. Aktiviti

pembangunan kapasiti ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan

profesional warga KPM tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang

ketidaktentuan luar jangka. Kemahiran mengurus risiko akan menyelaras pelan

tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan

bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi.

Kata kunci: Pengurusan risiko, pemimpin pendidikan, pembangunan kapasiti,

ketidakpastian

1.0 PENDAHULUAN

Pandemik Covid-19 adalah merupakan wabak yang sedang melanda negara dan

di seluruh dunia dan ia amat memberi kesan kepada individu, institusi keluarga,

organisasi, poilitik, sosial dan ekonomi negara. Pandemik Covid-19 yang bermula di

bandaraya Wuhan, China pada pertengahan Disember 2019 telah merebak ke 180

buah negara seluruh dunia melibatkan lebih 2.8 juta kes dengan 197,245 kematian

sehingga 25 April 2020 (WHO, 2020). Semua negara melaksanakan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penyebaran virus berkenaan termasuk

Malaysia. Kebanyakan kakitangan swasta atau kakitangan awam kecuali bidang

2

pekerjaan perlu, diarahkan melaksanakan kerja dari rumah sehingga sekatan dibuka

semula. Sehingga artikel ini ditulis, PKP telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Situasi ini merupakan ketidakpastian yang tidak dijangka oleh kebanyakan individu

atau organisasi dan hal ini boleh menghalang pencapaian matlamat sesebuah

organisasi. Bagi agensi yang terlibat dengan arahan PKP, tiga persoalan utama ingin

diutarakan; Adakah sekatan ini menghalang pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang?

Jika begitu, apakah kesan terhadap pencapaian objektif agensi atau Kementerian

berkaitan? dan; Bagaimana cara untuk menangani ketidakpastian ini dan kenapa

perkara ini penting kepada organisasi?

Individu ataupun organisasi sentiasa berhadapan dengan risiko sepanjang

perjalanan kehidupan. Risiko adalah sebahagian daripada kehidupan kerjaya individu

dan organisasi (Azhar Susanto & Meiryani, 2018). Takrifan risiko pada hari ini telah

berkembang luas dan bukan terhad kepada satu definisi sahaja. Sejak tahun 1950-an,

risiko yang didefinisikan dalam skop program angkasa, nuklear dan kewangan

(Eriksson, 2010) telah berkembang ke bidang pembinaan, klinikal, perubatan dan

tenaga (Hopkins, 2010). Berikutan peredaran masa dan perkembangan pengetahuan,

konsep risiko telah digunakan dalam kebanyakan bidang pengetahuan yang

seterusnya membawa kepada penerokaan dan pembangunan struktur pengurusan

risiko (Nicolae, 2011). Begitu juga dalam bidang pendidikan, kementerian pendidikan

turut mengambil inisiatif dan memainkan peranan untuk menguruskan risiko dalam

organisasi.

Menurut Kamus Dewan, (DBP, 2002) risiko bermaksud kemungkinan mendapat

bahaya atau kerugian. Takrifan risiko banyak dikaitkan dengan ketidakpastian iaitu

perihal yang tidak pasti. Menurut Hillson (2016) risiko adalah ketidakpastian yang jika

berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian objektif. Definisi ini sehaluan

dengan takrifan MS ISO 31000:2018 yang menyatakan bahawa risiko adalah kesan

ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000,

2018).

Kesan risiko terhadap pencapaian objektif organisasi boleh jadi kesan negatif

dikenali sebagai ancaman ataupun kesan positif yang dikenali sebagai peluang

(Hillson, 2016). Risiko adalah penyebab utama ketidakpastian dalam organisasi.

Risiko juga menyebabkan kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan,

kerugian atau kejadian negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran organisasi yang

boleh ditangani melalui perancangan awal. Dalam konteks ini, risiko merujuk kepada

halangan atau cabaran yang boleh mengganggu keupayaan penyampaian

perkhidmatan secara berkesan terutamanya berkaitan pencapaian visi dan misi yang

ditetapkan. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah “Pendidikan

Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera". Visi ini boleh dicapai jika risiko dapat

diuruskan secara bersepadu melalui aktiviti mengenal pasti, menganalisis, menilai dan

merawat risiko. Oleh yang demikian, KPM perlu memastikan guru mengajar dan murid

belajar supaya misi dan visi tercapai.

3

Antara risiko yang muncul adalah kegagalan murid mendapat pendidikan

berkualiti seperti keciciran, ponteng sekolah, buli dan masalah disiplin. Selain itu,

sekiranya guru tiada integriti, tidak dapat memberi pendidikan sempurna kepada murid

dan mengambil sikap pilih kasih dan sebagainya boleh menyebabkan halangan bagi

pencapaian misi dan visi. Hal ini boleh menyebabkan negara dalam keadaan tidak

sejahtera yang merupakan kegagalan besar kepada pembangunan insan, bangsa, dan

negara. Organisasi akan terdedah kepada risiko mengalami kerugian atau kegagalan

di samping objektif organisasi tidak tercapai jika tiada pengurusan risiko. Keadaan ini

berlaku kerana tiada perancangan dibuat bagi mengurus risiko secara sistematik

melalui sistem kawalan atau pencegahan yang sesuai. Tindakan mengurus risiko

walaupun menerusi pendekatan meminimakan risiko sudah cukup untuk membantu

organisasi kekal berada di landasan tepat agar terus relevan dengan fungsi dan objektif

yang ditetapkan.

Menurut Hitesh. B., (2019) pengurusan risiko adalah satu proses mengenal pasti,

menganalisis dan menilai apa-apa sahaja perkara yang boleh memberi ancaman atau

peluang kepada organisasi. Risiko ini adalah akibat daripada pelbagai faktor seperti

ketidakpastian kewangan, faktor pengurusan strategik, liabiliti guaman, kemalangan,

dan bencana alam. Dengan kata lain, pengurusan risiko adalah satu amalan untuk

menganalisis potensi risiko pada masa hadapan bagi membuat penilaian dan

mengambil keputusan yang perlu terhadap risiko berkenaan. Bagi sesetengah

organisasi, penekanan terhadap pengurusan risiko dalam tadbir urus baru sahaja

dilaksanakan. Walaupun begitu, pengalaman tahun-tahun sebelumnya sangat

berguna dan diperlukan sebagai sempadan dan pengajaran buat organisasi. Menurut

Kendall and Stuart (1979 dalam Coleman, 2011), pengurusan risiko adalah suatu seni

menggunakan masa lampau sebagai pelajaran (lesson learned) untuk mengurangkan

nasib malang yang telah dilalui organisasi bagi mengeksploitasi peluang kejayaan

masa hadapan.

2.0 PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO SEKTOR AWAM

Pengurusan risiko adalah penting kepada organisasi kerana tanpanya organisasi

tidak akan berupaya memainkan peranan sebenar kewujudannya (Careersin

Audit.com, 2013). Keperluan pengurusan risiko yang mantap sebagai satu reka bentuk

prosedur dan pelaksanaan untuk mengurus risiko semakin meningkat di sektor swasta

mahupun sektor awam. Menurut Cassidy, (2020), pengurusan risiko adalah suatu

jangkaan ketidakpastian yang dicetuskan oleh perkembangan pesat sains dan

teknologi. Meskipun sains dan teknologi sangat penting untuk pembangunan sejagat,

namun sains dan teknologi juga mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara

yang boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada alam sekitar ataupun sosial. Jadi,

perkara ini perlu diambil perhatian yang serius agar risiko dapat ditangani dalam

pelbagai keadaan.

4

Menyedari kepentingannya, setiap agensi sektor awam termasuklah sektor

pendidikan perlu mempunyai pelan pengurusan risiko masing-masing sebagai

panduan bagi mengelak atau meminimakan potensi risiko kepada semua

perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Semua kementerian, jabatan dan

agensi dikehendaki menubuhkan struktur tadbir urus bagi memastikan pengurusan

risiko dihayati dan dilaksanakan oleh setiap lapisan penjawat awam sehingga ke

peringkat tertinggi pengurusan. Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengeluarkan

surat arahan bertarikh 9 Mac 2007 kepada semua Ketua Jabatan untuk memastikan

semua pegawai awam yang diamanahkan mengurus sumber, melaksanakan

tanggungjawab dengan penuh integriti, mengenal pasti dan menangani risiko yang

dihadapi dalam pelaksanaan pelbagai program dan menguruskan projek.

KSN juga mengarahkan supaya aspek pengurusan risiko diutamakan dalam

usaha agensi untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi dan pematuhan kepada

peraturan sedia ada. Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi sektor awam

untuk melaksanakan Pengurusan Risiko di jabatan masing-masing. Butiran lengkap

arahan dalam Penilaian Star Rating, Kriteria A Perkara 1.6 dengan jelas mengarahkan

semua Ketua Jabatan merangka Pelan Pengurusan Risiko dalam organisasi masing-

masing. Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Pelan Pengurusan Risiko:

i) Menilai tahap risiko yang mungkin dihadapi oleh organisasi

ii) Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko

iii) Mewujudkan Pelan Komunikasi untuk menerangkan Pelan Pengurusan Risiko

iv) Menilai keberkesanan Pelan Pengurusan Risiko.

Tindakan yang perlu diambil oleh pengurus risiko setiap agensi ini merangkumi

aktiviti mengenal pasti risiko dan mencadangkan strategi untuk mengawal risiko

dengan mengambil kira garis panduan yang disediakan. Di samping itu, untuk

melaksanakan strategi mengurus risiko secara berkesan, motivasi dan kesedaran

semua ahli untuk bekerjasama melaksanakan strategi perlu dibangunkan melalui suatu

pelan komunikasi yang berkesan. Hal ini juga merupakan salah satu risiko dalaman

yang perlu dikenal pasti oleh pengurus risiko organisasi. Pengurusan risiko bukan

hanya lebih kepada senarai semak ancaman atau ketidaktentuan yang perlu ditangani

oleh agensi kerajaan, tetapi hal ini juga merupakan kesempatan atas peluang yang

wujud dengan menjadikan semua maklumat dan fakta yang ada sebagai input bagi

penjanaan strategi dan perancangan operasi agensi (JKR, 2017). Untuk itu,

pengurusan risiko sektor awam bukan muncul secara berasingan tetapi

berkesinambungan dan telah dimasukkan sebagai pelan perancangan strategik setiap

agensi kerajaan.

. 3.0 PROSES PENGURUSAN RISIKO

5

Pengurusan risiko melibatkan pengenalpastian, analisis, dan tindak balas

terhadap faktor-faktor risiko yang menjadi rutin pengoperasian sesebuah organisasi.

Pengurusan risiko akan mengawal keseluruhan ancaman ke atas hasil masa depan

organisasi secara proaktif dan bukan secara beransur-ansur. Oleh itu, pengurusan

risiko yang berkesan berjaya memperkenalkan tindakan yang telah mengurangkan

semua kemungkinan risiko yang berlaku dan mengganggu kegagalan organisasi

berfungsi dengan baik. Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pengurusan risiko

berdasarkan MS ISO 31000:2018.

. Rajah 1: Proses Pengurusan Risiko

Dalam membincangkan berkaitan proses pengurusan risiko, Hillson, (2016)

menyenaraikan beberapa soalan asas yang mendasari proses berkenaan dan

setiap soalan merujuk kepada setiap langkah proses mengurus risiko organisasi.

Proses pengurusan risiko melibatkan peringkat berikut:

i. Mewujudkan skop, konteks dan kriteria (Scope, context and criteria)

Kewujudan risiko bergantung kepada adakah ia memberi kesan terhadap objektif organisasi (Hillson, 2016). Langkah awal menangani risiko ialah usaha menentukan skop, konteks dan kriteria risiko. Aktiviti menangani risiko tidak boleh dimulakan tanpa terlebih dahulu mengenalpasti secara jelas apakah skop dan objektif yang akan terkesan oleh risiko. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan proses pengurusan risiko bagi membolehkan penilaian risiko yang berkesan dan rawatan risiko yang sesuai dilakukan.

(Sumber: The ISO 31 000:2018 Risk management guidelines)

Risk Assessment

Skop, Konteks dan Kriteria

Com

munic

atio

n &

Consu

ltat

ion

M

onito

ring &

review

Risk Evaluation

Risk treatment

Risk Assessment

Risk Identification

Risk Analysis

6

. ii. Pengenalpastian risiko (risk identification)

Proses ini berkaitan mengenal pasti dan mengetahui apa sahaja potensi risiko yang boleh menghalang organisasi mencapai matlamatnya. Aktiviti yang berlaku dalam tahap ini adalah mencari, mengenali dan menghuraikan secara terperinci risiko yang mungkin membantu atau menghalang organisasi mencapai objektifnya. Ketepatan dan kerelevanan maklumat sangat penting dalam tahap ini.

iii. Analisis risiko (risk analysis) Sebaik sahaja jenis-jenis risiko dikenal pasti, proses seterusnya adalah menentukan kemungkinannya berlaku risiko serta akibatnya kepada organisasi. Matlamat analisis risiko adalah untuk lebih memahami setiap risiko tertentu, ciri-cirinya dan bagaimana hal ini boleh mempengaruhi objektif organisasi. Analisis risiko melibatkan pertimbangan terperinci tentang ketidakpastian sumber risiko, kemungkinan akibat, peristiwa, senario, kawalan dan keberkesanannya. Teknik analisis boleh bersifat kuantitatif, kualitatif ataupun kombinasi kedua-duanya bergantung kepada keadaan dan keperluan penggunaannya.

iv. Penilaian risiko (risk evaluation)

Risiko kemudiannya dinilai setelah menentukan kemungkinan keseluruhan kejadian risiko yang digabungkan akibat keseluruhannya. Ini akan membantu organisasi dalam membuat keputusan sama ada risiko itu boleh diterima dan bersedia untuk mengambilnya berdasarkan selera risiko (risk appetite). Dalam pengurusan risiko, risk appetite merujuk kepada tahap risiko yang sedia diterima oleh sesebuah organisasi. Tujuan penilaian risiko adalah untuk menyokong keputusan melalui aktiviti perbandingan hasil analisis risiko dengan kriteria risiko yang ditetapkan untuk menentukan tindakan tambahan diperlukan ataupun tidak. Antara keputusan yang boleh diambil ialah:

a. tiada tindakan selanjutnya; b. pertimbangkan pilihan rawatan risiko; c. analisis lanjutan untuk lebih memahami risiko; d. mengekalkan kawalan sedia ada; e. melihat semula objektif.

Keputusan perlu mengambil kira dalam konteks yang lebih luas dan akibat sebenar yang dilihat kepada pihak berkepentingan luar dan dalam. Hasil penilaian risiko harus direkodkan, disampaikan dan kemudian disahkan pada tahap organisasi yang sesuai.

v. Rawatan risiko (risk treatment)

Rawatan risiko adalah tindakan bertujuan mengurangkan kebarangkalian atau

magnitud impak risiko yang dihadapi terhadap organisasi. Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah strategi kawalan iaitu mengelak risiko, mengurangkan risiko, menerima risiko dan memindah risiko.

7

a. Mengelak risiko (avoidance) adalah tindakan tidak mengambil atau meneruskan aktiviti yang dirancang yang boleh menyebabkan berlakunya risiko berkenaan.

b. Memindah risiko (transfer) adalah melibatkan pihak lain yang berkongsi secara keseluruhan atau sebahagian risiko melalui kontrak, insuran, perjanjian dan usahasama (MOU).

c. Menerima risiko (accept) adalah strategi dimana organisasi menerima risiko dengan tidak melaksanakan apa-apa proses rawatan terhadap risiko.

d. Mengurang risiko (reduce) adalah strategi mengurangkan risiko melalui pembangunan professional atau latihan, pengujian, kawalan atau menambahbaik sistem pengurusan.

vi. Pemantauan dan kajian semula (monitoring and review)

Tujuan pemantauan dan kajian semula adalah untuk memastikan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan reka bentuk, pelaksanaan dan hasil proses. Peringkat ini adalah untuk mengukur prestasi pengurusan risiko terhadap petunjuk, yang dikaji secara berkala untuk kesesuaian. Hal ini melibatkan semakan pelaksanaan sama ada menyimpang daripada pelan pengurusan risiko, memeriksa sama ada rangka kerja pengurusan risiko, dasar dan pelan masih sesuai, berdasarkan konteks luar dan dalaman organisasi, pelaporan tentang risiko, kemajuan dengan pelan pengurusan risiko dan sejauh mana polisi pengurusan risiko sedang diikuti, serta mengkaji keberkesanan rangka kerja pengurusan risiko.

vii. Komunikasi dan perundingan (communication and consultation)

Aktiviti di peringkat ini membantu organisasi memahami minat dan kebimbangan pihak berkepentingan, untuk memastikan proses pengurusan risiko memberi tumpuan kepada elemen yang tepat, dan juga membantu menjelaskan rasional keputusan dan pilihan rawatan risiko tertentu.

4.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DALAM KALANGAN PEMIMPIN PENDIDIKAN

Kemahiran pengurusan risiko amat penting dalam menguruskan organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam mengurus organisasi, pemimpin pendidikan berupaya menentukan 3 langkah utama iaitu:

4.1 skop, konteks, dan kriteria 4.2 penilaian risiko 4.3 menangani risiko (merawat risiko)

Matlamat organisasi tidak akan tercapai tanpa ada sokongan daripada para guru dan staf sokongan.

4.1 Skop, Konteks, dan Kriteria

8

Pendidikan berkualiti merupakan salah satu skop utama risiko KPM berdasarkan visi KPM iaitu pendidikan berkualiti, insan terdidik dan negara sejahtera. Manakala misi KPM pula adalah melestarikan pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Sekolah dan institusi pendidikan KPM perlu bijak menyusun program berdasarkan misi dan visi KPM agar objektif tidak tersasar daripada matlamat asal. Visi dan misi ini menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian yang diperoleh pada penghujung sesi dan pengukuran ini dapat dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan pada masa hadapan. Pemimpin pendidikan perlu mempunyai kemahiran pengurusan risiko dan mengetahui kaedah-kaedah untuk mengurus risiko dengan baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh KPM.

Pencapaian visi dan misi ini akan memudahkan pembangunan kapasiti

kementerian dilaksanakan dengan lebih mudah dan menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti. Pemimpin pendidikan perlu berkeupayaan untuk mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap tingkah laku guru, kakitangan dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti ataupun program yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Pelaksanaan program tersebut perlu dilaksanakan tanpa melibatkan risiko kepada organisasi. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya menguasai kaedah untuk menguruskan risiko apabila berlaku sesuatu perkara yang di luar daripada perancangan asal dan mereka seharusnya melaksanakan pelan yang sistematik untuk menangani risiko.

4.2 Penilaian risiko Pencapaian misi dan visi untuk mendapat pendidikan berkualiti dapat dicapai apabila semua kanak-kanak di Malaysia mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian Pendidikan menggariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak perlu dipenuhi tidak mengira kedudukan geografi jantina ataupun latar belakang sosio ekonomi keluarga. Pemimpin pendidikan perlu memikirkan apakah risiko paling kerap berlaku di sekolah.

Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu bertanggungjawab untuk memastikan tidak berlaku keciciran dan peluang kepada kanak-kanak, khususnya kanak-kanak yang tinggal di luar bandar. Pemimpin pendidikan perlu membuat bancian keperluan kanak-kanak yang tidak mampu untuk melunaskan keperluan sekolah. Sekiranya pihak sekolah mempunyai hubungan baik dengan mana-mana NGO, mereka boleh bekerjasama untuk memastikan tiada murid-murid yang tercicir daripada mengikuti sistem persekolahan seperti orang lain. Contohnya, ketidakhadiran murid ke sekolah disebabkan tiada pengangkutan menyebabkan keciciran berlaku adalah merupakan risiko yang boleh diramal dan tindakan proaktif pengurusan sekolah dan kerjasama komuniti perlu digembleng untuk mengatasinya. Namun risiko yang melibatkan bencana, kebakaran dan wabak sukar diramal, contoh kes pendemik Covid 19 yang berlaku sekarang di seluruh dunia.

Pemimpin pendidikan perlu memikirkan kaedah untuk mengatasi masalah

tersebut dan guru boleh terus mengajar serta murid boleh terus belajar. Jika berlaku risiko sekalipun, guru-guru masih lagi dapat menyumbang kepada

9

pendidikan berkualiti di samping mengurangkan kadar keciciran daripada berlaku. Sehubungan itu, pelan kontigensi perlu dirangka lebih awal dan pelan ini perlu dimaklumkan kepada semua komuniti yang terlibat seperti ibu bapa dan juga PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya komuniti lebih jelas dan aktiviti pembelajaran boleh diteruskan walaupun berada di rumah masing-masing sewaktu bencana berlaku seperti bencana Covid 19. Pelan ini juga perlu dimaklumkan dan dimasukkan dalam perancangan strategi untuk memudahkan pemimpin pendidikan mengurus perancangan aktiviti dan perbelanjaan yang terlibat. Jika pelan yang dirangka memberikan faedah dan pulangan langsung kepada pelajar-pelajar, maka tidak mustahil PIBG akan bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam aktiviti yang dirancang. Maka, risiko keciciran pelajar dan ketidakcukupan waktu untuk guru-guru menghabiskan tugasan mereka dapat diatasi.

Pendidikan berkualiti merupakan asas untuk pembangunan insan dan kemenjadian murid. Insan terdidik bukan sahaja melibatkan pengetahuan dan kemahiran tetapi melibatkan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam segenap lapisan masyarakat. Contohnya, kasih sayang, ikhlas, rajin, tekun, berintegriti, hormat menghormati, bekerjasama termasuklah penjagaan alam sekitar. Pembangunan insan lestari adalah satu misi pendidikan yang menunjukkan keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi selari dengan tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber-sumber semulajadi. Ketiadaan kesedaran untuk menjaga alam sekitar dari peringkat awal menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku kepada bumi yang sekaligus akan memberi kesan kepada masyarakat.

Pendidikan lestari ini akan mendorong perubahan perilaku dan

membentuk masa depan yang lebih baik. Pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan menyebabkan berlakunya eksploitasi terhadap sumber daya alam yang menyebabkan kerosakan dan degresi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dengan mewajibkan pelajar sekolah rendah mempelajari mata pelajaran Alam dan Manusia. Manakala di peringkat menengah pula, subjek Biologi dan persatuan Sains dan Alam Sekitar diperkenalkan kepada pelajar.

Guru-guru perlu diberi motivasi untuk sentiasa menanamkan sikap cinta

akan alam sekitar kepada anak-anak murid mereka. Pelbagai pertandingan boleh dijalankan antaranya pertandingan kebersihan kelas dan persekitaran sekolah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk mengumpul sampah sarap mengikut kategori-kategori untuk memudahkan sistem pelupusan dilaksanakan di sekolah. Menurut Aini, Nurizan dan Fakhru'l-Razi (2007), kegagalan memupuk nilai ini antara faktor yang menjadikan Pendidikan Alam Sekitar kurang berjaya dilaksanakan dengan berkesan di sekolah termasuklah guru yang kurang menguasai isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar, kurang kemahiran dan motivasi serta kesungguhan untuk melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar.1 Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu memastikan agar guru-guru yang mengajar memiliki tauliah untuk mengajar subjek ini.

Ada juga guru yang memberi alasan ketidakcukupan waktu untuk

menghabiskan silibus dan kebiasaan alasan yang paling kuat tiadanya

1 http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art9_131_153.pdf

10

peruntukan khusus untuk melaksanakan program ataupun aktiviti alam sekitar di dalam sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Ini merupakan sikap dan efikasi kendiri guru-guru yang dikatakan juga berpunca daripada corak kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan. Ada dalam kalangan pemimpin pendidikan tidak menitikberatkan isu-isu lestari berkaitan alam sekitar kerana mereka hanya mementingkan prestasi akademik semata-mata.

Apabila pelajar-pelajar telah menamatkan zaman pengajian mereka di sekolah, proses kemenjadian murid terbukti apabila mereka menghargai alam sekitar dan tidak melakukan perkara-perkara yang melibatkan pemusnahan alam sekitar. Proses kemenjadian pelajar ini dikuatkan lagi apabila mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Di institusi pengajian tinggi, kemenjadian pelajar akan menjadi lebih baik lagi apabila mereka menyertai program berkaitan alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kolej dan universiti. Kecemerlangan sesebuah sekolah juga terletak pada kepemimpinan instruksional Pengetua atau Guru Besar (PGB) yang berkait langsung dengan komitmen PGB dengan pengajaran guru (Hallinger & Murphy, 1985). PGB perlu memastikan guru-guru memberi pengajaran yang berkesan kepada murid.

Dalam tempoh PKP ini, pembentukan insan terdidik juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara interaktif dengan menggunakan pelbagai teknik kemahiran berfikir seperti penggunaaan perisian Virtual Learning Environment (VLE) yang diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2013. Selain itu, satu program perkongsian bijak yang dihasilkan oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan One Touch Education Sdn. Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari. Program ini menyediakan pelbagai aplikasi untuk meningkatkan prestasi menjadi lebih mudah. Akses yang mudah dan mesra pengguna dengan penyediaan pelbagai soalan interaktif untuk digunakan oleh pelajar. Kaedah PdP interaktif ini menjadi satu alternatif dan peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan potensi pelajar. Kaedah ini sangat berguna untuk guru-guru meneruskan PdP kepada pelajar walaupun dunia diancam Pendemik Covid 19. Kaedah ini boleh diguna pakai sepenuhnya oleh guru-guru untuk melaksanakan PdP kepada pelajar-pelajar. Pembangunan potensi individu masih boleh diteruskan meskipun sekolah ditutup dalam tempoh yang agak lama untuk mengelakkan virus Covid 19 ini tersebar dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Negara sejahtera menerusi pendidikan mustahil dapat dicapai tanpa sokongan daripada pelbagai pihak agensi kerajaan yang lain, pihak media, perundangan, NGO dan sokongan masyarakat. Negara yang sejahtera menerusi pendidikan boleh dilaksanakan menerusi perkongsian ilmu dan perkongsian ilmu ini boleh dilakukan secara dalaman sebagai asas kepada proses penyaluran kelestarian pembangunan insan. Hasil daripada perbincangan dapat dijadikan dalam bentuk inovasi dan SOP yang betul agar tidak berlaku percanggahan maklumat yang diterima dan aspek penyampaian. Penyampaian kualiti perkhidmatan yang lemah boleh menyebabkan penularan aspek budaya kerja yang negatif dan pemikiran yang lemah dalam masyarakat dan sukar dibendung. Kualiti penyampaian perkhidmatan secara langsung memberi tekanan kepada pihak sekolah apabila mereka menerima banyak aduan dan tekanan daripada komuniti setempat.

11

Contohnya, sukarnya guru-guru mengawal keluar masuk pelajar-pelajar setiap hari dan ada dalam kalangan pelajar yang sesuka hati melepak di kawasan berdekatan yang menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada penduduk setempat. Masalah sosial yang berlaku ini sedikit sebanyak akan menyebabkan sekolah berkenaan mendapat tekanan daripada masyarakat sekeliling. Hal ini akan turut menjejaskan reputasi pendidikan seolah-olah KPM gagal memberi pendidikan kepada murid. Bagi mengelakkan risiko tersebut berlaku, pemimpin pendidikan dan semua guru perlu berganding bahu dengan masyarakat dengan mengatur strategi agar hal sedemikian tidak berlaku yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan pembangunan insan dalam negara.

Justeru, untuk mencapai pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh merealisasikannya menerusi pelaksanaan Standard Operation Prosedure (SOP) yang betul dan perlu dirancang dan diuruskan lebih awal untuk meminimumkan berlakunya risiko dalam organisasi pendidikan. Prosedur yang proaktif dapat mengenal pasti isu-isu risikio lebih awal yang membawa kepada suatu keputusan yang strategik. Keputusan yang strategik membolehkan pengurusan strategik dapat dirancang dengan sempurna untuk mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini daripada berlaku. Apabila risiko dapat dikurangkan ataupun ditiadakan langsung dalam sistem pendidikan, maka pembangunan kapasiti sekolah akan mudah tercapai. Contohnya dalam tempoh cuti PKP disebabkan Pendemik Covid 19, kerjasama ibu bapa dan komuniti dalam mendapatkan pembelajaran yang berkesan, menjaga kesihatan dan mematuhi arahan KKM sangat penting di samping memastikan pemantauan terus berlaku dan ibu bapa boleh menjadi guru kepada anak-anak mereka di rumah masing-masing. 4.3 Menangani risiko (merawat risiko)

Sebagai pemimpin dalam organisasi pendidikan, pemimpin pendidikan seharusnya memikirkan risiko utama yang akan dihadapi oleh warga pendidik jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin bagi memenuhi matlamat pemegang taruh (stakeholder). Pengurus pendidikan yang bijak akan cuba mendapatkan pelbagai maklumat penting untuk disebarkan kepada kakitangannya. Setiap maklumat perlu disaring terlebih dahulu dan maklumat yang bersesuaian perlu disalurkan secepat mungkin jika sekiranya maklumat tersebut adalah penting dan perlu dilaksanakan dengan segera. Contoh yang paling jelas melindungi maklumat akta rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah. Pemimpin pendidikan harus memastikan semua ahli menghormati dan melindungi maklumat rasmi kerajaan agar tidak terdedah kepada agensi luar yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Setiap pasukan harus mengutamakan kepentingan seluruh organisasi dan mereka seharusnya berusaha mencapai hasil untuk kepuasan pelanggan. Oleh itu, garis panduan perlu dikeluarkan untuk memberi kefahaman kepada stakeholder bagi melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan oleh pemimpin pendidikan. Berikut adalah beberapa garis panduan untuk stakeholder boleh laksanakan untuk menangani atau merawat risiko di premis masing-masing.

12

4.3.1 Menyediakan Pelan Risiko

Pelan Perancangan Strategik adalah perancangan strategik yang dibuat dalam sesuatu tempoh untuk mencapai matlamat sekolah melalui program atau aktiviti yang dirancang. Selain itu, pelan ini juga menggariskan panduan yang dapat digunakan untuk berkongsi maklumat tentang hala tuju sekolah. Pelan ini juga memudahkan guru dan staf sokongan melaksanakan program tahunan dan memudahkan pihak pengurusan memantau pelaksanaan dan menjadi penentu kepada tercapainya visi dan misi pengurusan. Keberkesanannya membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko yang tidak diingini daripada berlaku dan sekaligus dapat digunakan oleh pemimpin pendidikan untuk mengurus risiko dengan baik. Selain itu, pelan ini juga menjadi suatu peraturan dan tatacara kerja yang lebih sistematik yang menguji keupayaan individu dari segi kecekapan mengendalikannya.

Berdasarkan MS ISO 31000, risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000, 2018) dan oleh itu pelan pengurusan risiko perlu disediakan oleh setiap organisasi. Oleh itu, amat penting pemimpin sentiasa berfikir ke hadapan dan membangunkan pelan kesinambungan pendidikan. Pelan kesinambungan adalah merupakan sebahagian daripada pengurusan risiko (Graham & Kaye 2015). Pemikiran berdasarkan risiko mungkin tidak menyelesaikan semua masalah di sekolah, tetapi ini akan membuat pengurus pendidikan berfikir dengan lebih strategik cara-cara untuk menangani perkara yang tidak dijangka. Pemikiran berdasarkan risiko adalah pola pemikiran secara proaktif untuk memastikan peningkatan pencapaian hasil menggunakan kaedah yang mempertimbangkan ancaman dan peluang (Laqua, 2018). Pemikiran berdasarkan risiko dapat membantu pengurusan mencegah kerugian, menangkap peluang dan meningkatkan komunikasi di seluruh organisasi.

Organisasi menggunakan pemikiran berdasarkan risiko untuk membuat keputusan yang lebih baik terutamanya ketika mereka beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, pantas atau tidak pasti (Radziwill, 2019). Ini merupakan sebahagian daripada pola pemikiran yang proaktif untuk menguruskan risiko dengan lebih baik dan menguruskan pembangunan kapasiti dengan berkesan. Selain itu pelan pengurusan risiko adalah untuk mengelakkan ketidakpuashatian pelanggan dan langkah berjaga-jaga agar aktiviti dijalankan dapat mengurangkan sebarang risiko. Susunan risiko perlu dilakukan berdasarkan kebarangkalian kekerapan risiko kerana risiko yang berlaku tidak akan sama dan berbeza mengikut isu. Keutamaan perlu diberikan kepada risiko utama yang melibatkan PdP di sekolah kerana pelanggan utama di sekolah ialah pelajar. 4.3.2 Pembangunan kapasiti

Pembangunan kapasiti guru dan staf sokongan dapat membantu sekolah mencapai matlamat seperti coaching mentoring, bimbingan dan penyeliaan, latihan dalam perkhidmatan, PLC, dan pelbagai bentuk aktiviti pembangunan individu. Melalui amalan pengurusan sebegini, PGB boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalisme dan mutu pengajaran mereka (Glickmen et al, 1995). Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu

13

dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana hal ini selari dengan konsep Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiap ahli organisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme dan seterusnya melonjakkan prestasi organisasi. i. Coaching mentoring Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang, proses `coaching mentoring’ perlu dilaksanakan terhadap semua pemimpin pertengahan di sekolah iaitu semua guru penolong kanan dan guru-guru kanan. Proses ini perlu dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam buku log pengetua. Melalui proses ‘coaching mentoring’ inilah pengetua dapat membimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama-sama pemimpin pertengahan berkaitan apa juga bidang kerja masing-masing. Melalui pendekatan ini, pemahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisme yang terbaik untuk membantu mereka akan dapat diperoleh. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai Guru Kanan, Penyelia Petang, Penolong Kanan dan seumpamanya di samping pengetahuan semasa mengikuti kursus dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuan bimbingan berkenaan. Proses ini harus dibudayakan kepada semua pemimpin pertengahan dengan semua personel ini melaksanakan juga ‘coaching and mentoring’ kepada sumber di bawah kawalan mereka iaitu guru-guru atau kakitangan sokongan yang berkaitan. Melalui pendekatan ini guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik.

ii. Pemantauan dan penyeliaan Selain itu, proses pemantauan dan penyeliaan juga berlaku di segenap peringkat. Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada guru penolong kanan dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), penolong kanan seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnya proses yang sama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras-penyelaras tingkatan dan akhirnya kepada guru-guru akademik. Proses yang mengikut SOP ini akan menentukan tidak akan ada guru-guru yang tercicir daripada dipantau dan semua guru akan dapat memperbaiki sistem PdP mengikut arahan dan keperluan KPM. Hal ini sudah pasti akan dapat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan lebih mudah. iii. Program Profesionalisme Berterusan Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, perhatian yang serius harus diberikan terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran secara tidak formal maupun secara formal dan terancang. Pelbagai program melibatkan pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah melibatkan kursus, bengkel, taklimat dan ceramah. Di samping merancang dan melaksanakan program pembangunan staf secara berkala berdasarkan analisis keperluan, pengetua perlu mengenal pasti kekuatan dan kepakaran yang ada di sekolahnya. Penolong Kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru berpengalaman yang mempunyai kepakaran tertentu harus dilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dan kurang berpengalaman dalam pasukan masing-masing. Ringkasnya, pelaksanaan

14

program pembangunan staf yang telah dirancang secara formal, proses pembelajaran secara tidak formal yang melaksanakan aktiviti dalam pasukan dan bantuan secara langsung melalui program mentoring oleh pihak pentadbir dan guru senior serta pelbagai usaha yang dijalankan oleh sekolah akan dapat meningkatkan perkembangan profesionalisme guru-guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan kejayaan pencapaian sekolah.

vi. Wacana ilmu Bagi membugarkan budaya ilmu dalam kalangan pendidik dan kakitangan, mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui pembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ilmu ini pelbagai imput baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedah dan dikongsikan bersama-sama. Antara pengisian dalam wacana ilmu ini ialah ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan. Natijahnya, apabila sesesorang pendidik berkenaan mempunyai kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan dapat membantu mendidik anak-anak murid dengan lebih berkesan.

Usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya boleh diperluas kepada pelanggan utama sekolah iaitu pelajar-pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain. Ini juga merupakan sebahagian daripada pendekatan bagi memastikan sekolah berperanan sebagai organisasi pembelajaran (learning organization) yang dapat melahirkan budaya kolaboratif iaitu semua orang mempunyai keyakinan dan keupayaan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran seperti yang disarankan Peter Senge (1990). Pemimpin pendidikan perlu mengupayakan kebolehan guru-guru dan latihan yang mencukupi perlu diberikan dari semasa ke semasa. Pembangunan kapasiti tersebut boleh dilaksanakan menerusi Profesional Learning Community (PLC) yang menjadi sebahagian daripada kaedah untuk membangunkan kapasiti guru-guru.

vii. Profesional Learning Community (PLC)

Gaya penyampaian dalam PLC memberikan perhatian kepada pembelajaran

berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja untuk membantu aktiviti PdP dalam mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan. Untuk memastikan kejayaan PLC, pengetua atau guru besar perlu memiliki gaya kepimpinan instruksional yang tinggi. Kepimpinan instruksional yang sentiasa diperbaharui dan sistematik dalam kalangan pemimpin pendidikan juga membolehkan program dilaksanakan tanpa melibatkan risiko-risiko kepada guru-guru dan juga pelajar-pelajar. Pengalaman yang diperoleh dari semasa ke semasa turut memberikan pendidikan bermakna kepada pemimpin pendidikan untuk menangani risiko dengan lebih baik.

viii. Penggunaan teknologi dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran (PdP)

15

Pemimpin pendidikan perlu bijak mengatur strategi untuk memastikan guru-guru masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. Pemantauan boleh dilakukan menerusi laporan yang dihantar menerusi online kepada pentadbir sekolah. Namun, teknologi yang dihasilkan untuk memudahkan pelajar-pelajar ini kadang-kadang memberikan pelbagai masalah talian terutama di sekolah-sekolah yang jauh di pinggir bandar. Masalah ini perlu difikirkan oleh pemimpin pendidikan bersama-sama guru agar pelajar-pelajar mereka tidak ketinggalan. Mereka juga perlu merangka plan lain agar murid-murid dapat manfaatkan masa untuk PdP interaktif. Plan sebegini sangat diperlukan terutama ketika sekolah dilanda musibah dan terpaksa ditutup dalam tempoh yang lama. Pemimpin pendidikan perlu mengambil tindakan pro-aktif untuk mengarahkan guru-guru mereka memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar. Tindakan ini akan meminimakan risiko kadar keciciran ilmu kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

4.3.3 Memupuk nilai-nilai murni dan berintegriti

Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian akademik serta membentuk potensi pelajar secara menyeluruh. Aspek integriti dalam pendidikan adalah guru melaksanakan tugas dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang, tahap ketabahan yang tinggi dan tidak mengambil kesempatan. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya. Integriti dalam pendidikan sedemikian menterjemahkan akauntabiliti guru-guru semasa mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Masalah integriti dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam termasuklah warga pendidikan semakin meningkat terutama sekali dalam zaman globalisasi ini (Mustafar Ali, 2006). Integriti ini menjadi sebahagian daripada nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam. Contoh-contoh kes integriti yang melibatkan warga pendidikan termasuklah guru-guru di sekolah ialah rasuah dari aspek penggunaan masa. Rasuah dalam kalangan guru jarang sangat yang melibatkan rasuah berkaitan dengan kewangan, namun rasuah masa yang ramai tidak sedar berlaku setiap hari di premis pendidikan seperti sekolah, pejabat pendidikan daerah, ataupun jabatan pendidikan negeri. Rasuah masa yang dilakukan ini tidak akan memperlihatkan kesan secara tidak langsung kepada organisasi. Namun, lama kelamaan jika dibiarkan berleluasa akan memberikan kesan organisasi dan tempiasnya akan memberi kesan langsung kepada kepimpinan instruksional pemimpin pendidikan. Perkara yang paling membimbangkan ialah rasuah yang melibatkan risiko yang tinggi iaitu rasuah dalam kalangan pemimpin pengurusan seperti pengurusan kewangan, pembelian tender dan lain-lain. Pengurusan risiko dalam pengurusan kewangan, pembelian, tender, pengurusan sumber manusia akan menyebabkan berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa dan berlakunya rasuah (2010 Asia Development Bank). Penyelewangan, salah guna kuasa dan rasuah dapat menjejaskan matlamat kementerian dalam membina kemenjadian murid. Pelan Anti rasuah Nasional 2020 mengunakan penilaian risiko bagi membangunkan pelan strategik anti rasuah kebangsaan. Sistem Pengurusan

16

Anti Rasuah ini juga menggunakan penilaian risiko untuk melaksanakan pengurusan anti rasuah dalam organisasi. Kebiasaannya, integriti dalam kalangan pemimpin pendidikan melibatkan pemberian tender kepada kontraktor atau pembekal yang berurusan dengan sekolah. Penguatkuasaan yang kurang berkesan dan dilakukan tidak mengikut prosedur akan mendedahkan ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Pemimpin pendidikan mempunyai kepentingan tersendiri yang boleh menjejaskan integriti pentadbiran mereka. Di peringkat individu, seseorang pemimpin sukar mengawal diri dan tidak menitikberatkan amalan murni dalam kehidupan dan tidak berpegang kepada amanah yang diberikan oleh agama akan menyebabkan mudahnya integriti tidak dipatuhi dalam pentadbiran mereka. Meskipun terdapat prosedur pemilihan tender yang telah dikeluarkan oleh kementerian, namun kepentingan diri melebihi daripada kepentingan awam dan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kelemahan yang ada pada diri masing-masing. Oleh itu, SOP yang betul-betul dipraktikkan dan dipantau sangat penting untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran. Contohnya, jika pemilihan tender tidak dilaksanakan mengikut SOP untuk membina bangunan, berkemungkinan berlaku ketidakpatuhan dari aspek pembinaan yang akan melibatkan keselamatan pelajar akhirnya. Bangunan yang tidak dipantau akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kebocoran, retak dan masalah-masalah lain yang akhirnya akan memberi kesan yang buruk kepada pelaksanaan PdP di dalam kelas. Jika berlaku penyalahgunaan kuasa akan memberikan imej negatif kepada guru-guru dan mereka tidak akan menghormati pemimpin yang melanggar integriti ini. Maka, tidak mustahil mereka akan turut menggunakan kuasa sendiri ke atas pelajar-pelajar dengan mengambil mudah dan tidak melaksanakan tanggungjawab di kelas dengan sebaiknya. Apabila guru mengajar sekadar melepaskan batuk di tangga akan memberi kesan langsung kepada pelajar. Pelajar akan tercicir daripada mengikuti ilmu yang sebenar dan dalam tempoh jangka masa yang panjang apa yang dihajatkan dalam sistem pendidikan tidak akan tercapai. Mereka hanya akan hadir di sekolah kerana memenuhi prosedur kedatangan sahaja, sedangkan nilai integriti di dalam kelas tidak dilaksanakan sepenuhnya. Nilai integriti dalam pendidikan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya akan melibatkan akauntabiliti guru yang menyimpang daripada menjalankan tanggungjawab dalam membentuk kemenjadian insan kelas pertama. Jadi, pembangunan kapasiti yang melibatkan sikap dan nilai-nilai yang perlu diterapkan tidak lagi diberi keutamaan. Jika dibiarkan akan menjadikan budaya ini tular dalam sekolah. Akhirnya pelajar dan sistem persekolahan akan terjejas. Mutu perkhidmatan pendidikan tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat. Nilai integriti seperti yang diikrarkan oleh kakitangan awam tidak dipatuhi dan tidak memberi kesan dalaman kepada mereka. Pembangunan kapasiti guru dari aspek nilai tidak lagi dapat disemai. Untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa ini, guru-guru biasa juga perlu dilantik dalam jawatankuasa pemilihan tender dan PIBG ataupun SARANA juga boleh dilibatkan sebagai jawatankuasa pemilihan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pentadbir. Jika

17

perlu, pihak pejabat pendidikan daerah ataupun jabatan pendidikan negeri perlu campurtangan untuk mengelakkan daripada ketidaktelusan dalam pemilihan tender. Bagi guru-guru yang tidak menjalankan tanggungjawab di dalam kelas dengan sempurna, perlunya pemantauan daripada pihak pengurusan untuk memastikan guru-guru melaksanakan amanah yang ditugaskan kepada mereka. Integriti perkhidmatan seseorang guru yang mulia menjadikan mereka seorang guru yang bertanggungjawab kepada Tuhannya. Setiap SOP dan peraturan akan mudah dipatuhi jika guru memikirkan amanah yang diberikan oleh Tuhan. Oleh itu, SOP yang jelas pelru diterangkan kepada guru-guru. SOP yang betul-betul dipatuhi sudah pastinya dapat mengurangkan risiko dan meminimakan masalah yang akan berlaku di premis pendidikan. Pembangunan kapasiti yang merupakan keupayaan warga sekolah termasuk guru-guru dan pemimpinnya tidak akan tercapai sekiranya integriti tidak lagi dijaga dan diamalkan. Cabaran pembangunan kapasiti organisasi merupakan antara risiko yang perlu diurus dengan cekap. Jika diurus dengan cekap, maka akan mengurangkan berlaku pelbagai risiko kepada pengurusan khususnya dan warga sekolah amnya.

4.3.4 Memupuk budaya lessons learned Lessons learned ialah pelajaran yang diambil yang diperoleh daripada pengalaman yang baik ataupun sebaliknya. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan kedua-dua aspek sama ada potif ataupun negatif akan menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja untuk melakukan sesuatu sesuatu yang lebih baik. Kaedah terbaik untuk melakukan lesson learned ialah pemimpin pendidikan perlu menjadikannya sebagai rutin sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan. Catatan ataupun dokumentasi kepada apa yang dibuat perlu dilakukan untuk melihat kekurangan dan memperbaiki kelemahan pada masa yang berikutnya. Keputusan yang diambil dalam mengurus pentadbiran daripada pengalaman ini akan dapat mengurangkan atau menghilangkan potensi kegagalan ataupun kelemahan. Pastinya keputusan ini akan memberikan kekuatan kepada pembuat keputusan kerana lessons learned akan memperkuat hasil sesuatu usaha yang dibuat. Dua perkara penting dalam lesson learned ialah mengulangi sesuatu perkara yang mendatangkan good practice dan mengelakkan ataupun menghindarkan bad practice. Perkara-perkara lain daripada lesson learned ini juga perlunya konsisten mengamalkan good practice untuk menyelesaikan risiko yang berlaku. Dalam bidang pendidikan, lessons learned ini membolehkan pemimpin pendidikan melakukan analisis pembelajaran. Analisis ini boleh digunakan dengan menggunakan pendekatan rekonstruksi peristiwa ataupun meminta stakeholder yang berkaitan menyenaraikan analisis kelemahan yang boleh menyebabkan berlakunya risiko dan memikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi pelbagai risiko pembelajaran. Implikasinya, lessons learned membolehkan pemimpin pendidikan membuat pencegahan lebih awal sebelum berlakunya risiko yang lain.

18

Lesson learned ini boleh juga diambil kira peristiwa Pandemik Covid 19 yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 2020. Pemimpin pendidikan hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Kemeruapan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA) di dunia ini (Mazlee 2019). Penularan wabak CoViD merupakan contoh cabaran dunia VUCA. Untuk tidak mengulangi bad practice, pemimpin pendidikan perlu bersedia jika sekiranya berlaku musibah besar berlaku di sekolah. Daripada bad practice ini akan membawa kepada good practice sekiranya tindakan diambil lebih awal untuk mengatasi risiko. Ketidakhadiran murid sewaktu Pandemik Covid 19 yang menjadi bad practice akan dapat ditukarkan kepada good practice dengan mengambil langkah pencegahan yang lebih awal jika berlakunya risiko yang lain. Walaupun murid tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh PKP, ini bukan bermakna proses pembelajaran dan pembelajaran terhenti. Pemimpin pendididikan seharusnya mempunyai pelan kesinambungan pendidikan untuk pembelajaran dan pengajaran. Kesinambungan pembelajaran adalah proses pemuliharaan atau kesinambungan pendidikan apabila terdapat kejadian yang mengakibatkan penutupan sekolah atau peristiwa yang mengakibatkan ketidakhadiran pelajar untuk jangka masa yang panjang (Moseley 2016). Kerajaan USA, Australia dan New Zealand adalah contoh negara yang mempunyai kesinambungan pelan pembelajaran. Pembelajaran dalam talian semasa tempoh kuarantin menjadi medium bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran tidak terhenti. Kesinambungan pelan pembelajaran bukan sahaja melibatkan teknologi yang akan digunakan oleh sekolah untuk terus mengajar, tetapi juga mempertimbangkan bagaimana pelajar akan kembali ke sekolah selepas tamat kecemasan (International Baccalaureate Organization 2020).

4.3.5 Mengoptimumkan penggunaan peruntukan dan sumber

Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan

kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berikutan kutipan hasil kerajaan yang terjejas. Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan. Bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan kedudukan fiskal yang mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Kementerian/ jabatan/ agensi dikehendaki menyusun semula keutamaan program/ aktiviti masing-masing supaya sejajar dengan agenda nasional.2

Penggunaan peruntukan dan sumber kerajaan bergantung kepada ‘Garis

Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2020’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Pengurus perlu bijak mentadbir agar perbelanjaan mengurus tidak melebihi daripada peruntukan sedia ada. Pemimpin pendidikan perlu mengetahui peranan dan fungsi masing-masing apabila mengurus sumber yang diberikan oleh kementerian. Memandangkan ekonomi dunia mengalami kemerosotan ekoran daripada jangkitan virus Covid 19, Malaysia juga turut mengalami perkara yang sama. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu mengatur strategi untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping perlu mengekalkan kualiti perkidmatan pendidikan kepada negara.

2 Perbendaharaan Malaysia – Garis Panduan Perbelanjaan Kerajaan

19

Risiko lebihan perbelanjaan peruntukan tidak akan berlaku sekiranya

pemimpin pendidikan berjaya mengurus kewangan dengan bijak dan mengikut pekeliling dan prosedur yang ada. Begitu juga lebihan perbelanjaan tidak akan berlaku jika sekiranya kewangan diurus dengan baik. Stakeholder bagi setiap sekolah perlu diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan kewangan kerajaan. Perancangan perolehan perlu dibuat dengan teliti oleh personal yang pakar.

Perancangan perolehan yang tidak didorong oleh permintaan menyebabkan penggunaan kemudahan pendidikan yang kurang atau tidak digunakan (2013 Asia Development Bank). Ini menyebabkan kerugian yang besar dalam bentuk, wang, tenaga dan masa. Pembangunan kapasiti yang mantap juga bergantung kepada pengurusan perbelanjaan yang cekap. Oleh itu, perlunya perancangan yang mantap dalam mengurus kewangan agar pembangunan kapasiti warga pendidik tidak terjejas dan peningkatan pembangunan profesionalisme guru akan tetap berjalan seperti biasa. 4.3.6 Jaminan kawalan fasiliti perkhidmatan

Organisasi pendidikan merupakan salah satu cabang daripada sektor perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan berasaskan pendidikan. Isu-isu seperti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menjadi perkara penting yang turut dikaitkan secara langsung dengan penggunaan perkhidmatan fasiliti di sekolah. Fasiliti yang baik dikatakan dapat memberikan jaminan dan mutu PdP yang baik. Isu ini seringkali juga dipertikai kerana belum tentu fasiliti perkhidmatan yang canggih mampu membuatkan sesebuah sekolah meningkatkan mutu PdP di sekolah. Meskipun begitu, fasiliti perkhidmatan yang diurus dengan baik mampu mengelakkan sebarang risiko berlaku kepada sekolah.

Payant dan Lewis (2000) menyatakan penyelenggaraan fasiliti merupakan

satu operasi teras kepada penggunaan fasiliti bagi setiap organisasi. Penggunaan fasiliti pula seharusnya sesuai dan berkaitan dengan lokasi sesebuah institusi ataupun organisasi. Kesesuaian fasiliti dan penggunaan yang mengikut standard operation prosedure (SOP) akan meminimakan risiko yang berlaku kepada sekolah. Oleh itu, pemimpin pendidikan seharusnya bijak menguruskan fasiliti yang ada dan digunakan dengan maksimum untuk memastikan keberkesanan dan tiada berlakunya sebarang risiko kepada sekolah.

Mengikut PPPM 2013-2025, penyediaan prasarana sekolah merupakan

satu elemen penting yang diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan di Malaysia. Kepentingan perancangan dan penyediaan kemudahan infrastuktur yang baik tidak dapat dinafikan amat kritikal dalam menyokong kejayaan agenda pendidikan negara. Infrastruktur yang mencukupi dan selesa ini amat penting bagi membolehkan proses pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Laporan awal PPPM 2013-2025 menunjukkan penambahbaikan prasarana sekolah dan peratusan kenaikan tahap pembangunan yang memberangsangkan. Bagi rekod 2005 hingga 2011, prasarana sekolah seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah dua sesi dan makmal komputer mencatat penambahbaikan yang positif.

20

Oleh itu, untuk memastikan pemimpin pendidikan mengekalkan fasiliti yang ada dan meningkatkan cara penggunaan fasiliti yang berkesan, perlunya beberapa alternatif dijalankan untuk memastikan tahap risiko yang rendah dalam penggunaan fasiliti tersebut. Pemimpin pendidikan perlu proaktif terutama sekali dalam dunia pendidikan siber supaya fasiliti teknologi maklumat sentiasa diambil perhatian utama untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat mengakses maklumat pembelajaran setiap masa. Guru-guru juga tidak akan terjejas perkhidmatan untuk mengajar apabila fasiliti dijaga dengan baik dan dapat digunakan dengan maksimum. Setiap prasarana yang dibekalkan oleh kementerian perlu digunakan dan bukannya disimpan tanpa digunakan oleh guru-guru dan pelajar.

5.0 RUMUSAN

Pengurusan risiko organisasi menjamin pengurusan sumber manusia berintegriti yang mencorakkan tenaga kerja yang produktif dan memberi keuntungan kepada majikan. Pengurusan risiko yang cekap akan meningkatkan integriti yang dapat menghapuskan amalan tidak sihat seperti rasuah, salah guna kuasa, tidak jujur, penyelewangan, dan isu moraliti. Ini semua merupakan kepincangan dalam organisasi yang akan menyebabkan organisasi tidak berfungsi dengan maksimum. Proses pengurusan risiko organisasi merupakan aktiviti yang bertujuan melaksanakan tindakan yang sesuai, tetapi akan melihat semua aspek untuk penambahbaikan termasuk usaha membantu ahli organisasi mempunyai kesedaran tentang kepentingan mengurus risiko melalui komunikasi dan perundingan. Hubungan yang bersandarkan hormat menghormati dan menguruskan sumber manusia yang cekap memudahkan lagi urusan secara profesional dilaksanakan. Strategi pengurusan risiko merujuk juga memindahkan risiko kepada pihak lain untuk mengelakkan daripada berlaku risiko. Hal ini juga dapat mengurangkan kesan negatif kemungkinan berlakunya risiko.

Strategi pengawalan risiko yang baik sudah tentu dapat mengurangkan atau merendahkan tahap kekerapan dan impak kemalangan daripada berlaku. Walau bagaimanapun, konteks pengurusan dalam menyediakan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat, setiap kemudahan yang digunakan mempunyai risikonya yang tersendiri. Namun, adalah menjadi satu kelemahan jika kemudahan yang berisiko terus dihentikan penggunaannya disebabkan untuk mengelak daripada berlakunya risiko kemalangan yang lain. Kebanyakan kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa amalan pengurusan risiko yang baik dapat mengelakkan daripada risiko kecederaan.3

Pengurusan risiko yang cekap dan berkesan menyokong visi dan misi KPM dilaksanakan. Pencapaian visi dan misi ini penting untuk menghasilkan murid yang terdidik dan menjamin kebolehpasaran murid-murid dalam masyarakat. Pemimpin pendidikan perlu melaksanakan pelan pengurusan risiko dalam perancangan strategi setahun. Perancangan risiko yang baik juga dapat menguruskan pembangunan kapasiti yang berkesan kepada organisasi.

Walau bagaimanapun, menangani risiko (merawat risiko) lebih daripada sekadar penilaian atau pengurusan. Pemahaman yang lebih baik tentang

3https://www.researchgate.net/profile/Jaffry_Zakaria/publication/283256488_PERANAN_AMALAN_PENGURUSAN_RIS

IKO_TERHADAP_PERKEMBANGAN_AKTIVITI_SUKAN_DAN_REKREASI_DALAM_MENINGKAT

21

organisasi dan prosesnya membawa kepada peningkatan hasil (Kovach & Fredendall, 2013). Oleh itu pentingnya mengurus risiko dengan baik untuk meningkatkan pembangunan kapasiti warga pendidikan.

RUJUKAN

Abd Rahim Abd Rashid. (2006). Agenda perubahan pengurusan sumber manusia dan kerja, Utusan Publication: Kula Lumpur. Azhar Susanto, Meiryani (2018). The Importance of Risk Management in an Organizations, International Journal of Scientific & Technology Research,7(11).

Asia Development Bank (2010). Guidance Note: Education Sector Risk Assessment. Asia Development Bank: Philippines. Asia Development Bank (2013). Learning Lessons. Asia Development Bank: Philippines Bonham, Stephen S. (2008). Actionable strategies through integrated performance,

Process, Project, and Risk Management, Artech House Technology Management and Professional Development Series Boston: Artech Houes, Inc. available at http://eds.b.ebscohost.com.ezproxy.um.edu.my/eds/ [1 April 2020]

CareersinAudit.com. (2013). Importance of risk management, available at https://www.careersinaudit.com/article/the-importance-of-risk-management-in an-organisation/ [2 April 2020]

Corporate Finance Institute (2020). Risk management, the Identification, analysis and response to risk factor affecting a business, available at https://corporatefinanceinstitute.com/resources/knowledge/strategy/risk- management/. [2 April 2020].

Coleman, Tom, A Practical Guide to Risk Management (July 27, 2011). CFA Institute

Research Foundation M2011-2. Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=2586032 [3 April 2020]

Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Graham, J., & Kaye, D. (2015). A Risk Management Approach to Business Continuity: Aligning Business Continuity and Corporate Governance. Rothstein Publishing. Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin Baki (2012 -2016), IAB: Genting Highlands.

Hallinger, P & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior of

Principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217–247.

Hillson, D. (2016). The risk management handbook: A practical guide to managing the multiple dimensions of risk, Kogan Page: London. https://books.google.com.my/books?id=QohGDAAAQBAJ&hl=ms&source=gbs_slider_cls_metadata_5_mylibrary.[20 April 2020]

22

Hitesh, B. (2019). What Is Risk Management? Importance of Risk Management, available at https://www.marketing91.com/what-is-risk-management/ [1 Mac 2020]. Institut Aminuddin Baki, (2011). Pelan Induk Pengurusan Risiko Institut Aminuddin

Baki (2012–2016), IAB: Genting Highlands. International Organisation for Standardization (ISO) (2018) ISO 31000:2018. Risk

Management: Principles and guidelines, International Organisation for Standardization. https://www.iso.org/iso-31000-risk-management.html. [1 April 2020].

JKR (2017). Garis panduan pengurusan risiko fasiliti.

http://jpak.jkr.gov.my/document/files/Dokumen/GP_SA_PKLG_MP/Garis_Panduan/JKR _Pengurusan%20Risiko%20Fasiliti%202017.pdf.[ 2 April 2020]

Keith Blacker & Patrick McConnell (2015). People risk management: A practical approach to managing the human factor that could harm your business, Kogan Page: London

Kovach, J. V., & Fredendall, L. D. (2013). The influence of continuous improvement practices on learning: An empirical study. Quality Management Journal, 20(4), 6-20.

KSN. 2005. Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005. Garis panduan penilaian risiko keselamatan maklumat sektor awam. http://www.ukm.my/angkasa/wp- content/uploads/2016/01/Penulisan-tesis-gaya-UKM-2015.pdf [ 25 April 2020 ].

Marsden, E. 2016. The ISO31 000 standard on risk management. https://www.slideshare.net/EricMarsden1/the-iso-31000-standard-on-risk- management - principles-and-guidelines [20 April 2020]

Mustafa Haji Ali, 2005. Membina intergriti untuk memenangi rasuah dlm. Mazilan Musa

etc., (pnyl). Etika dan integriti di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia. Nicolae, A. (2011). The Importance of Risk Management Process In Ensuring Successful Implementation Of Projects Entrusted, Land Forces Academy Review. https://doi.org/10.1177/026839629601100405 [1 Mac 2020] Philip L. Powell, Jonathan H. Klein. (1996). Risk Management for Information Systems Development, Article Information, 11(4),309-319. https://doi.org/10.1177/ 02683962960 1100405 .[ 2 April 2020]

Roggi, Oliviero and Damodaran, Aswath and Garvey, Maxine, Risk Taking: A Corporate Governance Perspective (April1, 2012). https://www.researhgate.net/publication/323923507_Risk_Taking_A_Corporat e _Governance_Perspective.[2 April 2020] Surat KSN PM(S) Bil. 17479/13 Jld. 4 bertarikh 9 Mac 2007. Artikel bertajuk Usaha

bagi mempertingkatkan tadbir urus sektor awam.

23

Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin (pnyt.). Etika Dan Integriti Di Malaysia, pp 53-61. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia WHO. (2020). Coronavirus disease (Covid-19) Pandemic. https://www.who.int/ emergencies /diseases/novel-coronavirus-2019 [25 April 2020]. Wiig, Karl M. (1997). “Knowledge Management: An Introduction and Perspective‟‟, The

Journal of Knowledge Management, 1(1), 6 – 14. Witt, R., & Orvis J (2010). A Guide to becoming a school of the future, association of

independent schools http://www.nais.org/articles/documents/naiscoaschools.pdf Yukl, A. G. (2002) Leadership in Organizations. Prentice Hall: Upper Saddle River