Kepentingan Menabung

5
MUHAMAD NABIL BIN FAHRUDDIN 2009 KEPENTINGAN MENABUNG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK KATEGORI (A I 10-12 TH) KATEGORI A : BAHASA MELAYU ( Ai) 10 -12 TAHUN KEPADA : URUS SETIA PROGRAM HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009 NO 1D-1, BANGUNAN SKPPK, JALAN SS9A/17, SUNGAI WAY, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR. PENGIRIM : MUHAMAD NABIL BIN FAHRUDDIN SK SERI PULEH, 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. TEL& FAX : 07-4276864 e-mel : [email protected] (ayah) 1

description

KEPENTINGAN KEPADA KANAK-KANAK

Transcript of Kepentingan Menabung

Page 1: Kepentingan Menabung

MUHAMAD NABIL BIN FAHRUDDIN 2009KEPENTINGAN MENABUNG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK KATEGORI (A I 10-12 TH)

KATEGORI A : BAHASA MELAYU

( Ai) 10 -12 TAHUN

KEPADA:

URUS SETIA PROGRAM HARI PENGGUNA MALAYSIA 2009

NO 1D-1, BANGUNAN SKPPK, JALAN SS9A/17,

SUNGAI WAY, 47300 PETALING JAYA, SELANGOR.

PENGIRIM :

MUHAMAD NABIL BIN FAHRUDDIN

SK SERI PULEH, 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT,

NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.

TEL& FAX : 07-4276864

e-mel : [email protected] (ayah)

Kepentingan Menabung Dalam Kalangan Kanak-Kanak

1

Page 2: Kepentingan Menabung

MUHAMAD NABIL BIN FAHRUDDIN 2009KEPENTINGAN MENABUNG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK KATEGORI (A I 10-12 TH)

Kita inginkan taraf kehidupan yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlumenabung.Dengan

menabung,kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualitihidup kita, malah kita dapat membantu

meningkatkan ekonomi negara.

Tabiat menyimpan merupakan satu nilai murni yang harus dipupuk sejak kecil lagi kerana wang

simpanan tersebut boleh digunakan untuk masa hadapan .Menabung juga, bolah memberi

manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meningkatkan pendapatan pada

masa hadapan, justeru dapat membaiki kualiti hidup kita.

Selain itu, menabung dalam jangaka masa yang panjang dapat membantu kita menikmati hidup

yang lebih berkualiti .Dengan menabung, kita bole mendapat manfaat yang tidak mungkin

diperoleh dengan pendapatan sekarang.

Di samping itu, kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau

kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat

mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang

tidak dijangka.

Jika kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak

bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan dengan lebih sempurna.

Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam

perbelanjaan juga dpat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang bolah ditabung.

Seterusnya, kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada sperti

tenaga elektik, air dan perkhidmatan –perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan

pembaziran dan perbelanjaan kita.

Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. Memerlukan pendidikan

yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan yang perlu

dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukupnya untuk pendidikan bagi diri sendiri.

2

Page 3: Kepentingan Menabung

MUHAMAD NABIL BIN FAHRUDDIN 2009KEPENTINGAN MENABUNG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK KATEGORI (A I 10-12 TH)

Jika hendak membeli rumah atau tanah, kita memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita

meminjam, kita tidak mungkin dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang

tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan

pembelian yang lain.

Apabila kita memasuki alam dewasa dan memulakan kehidupan berumahtangga, kita perlu

bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, kita digalakkan

menabung sejak kecil lagi. Jangan biarkan kitt memulakan kehidupan baru dengan bebanan hidup

berhutang.

Kebanyakan barang seprti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah merupakan keperluan asas

dalam keidupan zaman moden ini. Bagaimana pun, kita mengelak berbelanja di luar kemampuan

kita hingga dibebani hutang. Apabila kita membeli barang dengan cara berhutang, kita akan

membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai

pada harga yang lebih murah.

Apabila taraf hidup meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan

bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini harus dicegah. Kita harus mengamalkan cara hidup

yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

Akhirnya, jika kita merancang perbelanjaan dengan berhemah, kita dapat menggelakkan

perbelanjaan yang tidak perlu.Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.

3