Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)
-
Upload
namaku-akira -
Category
Documents
-
view
19 -
download
2
description
Transcript of Kepentingan Pendidikan Kesihatan Dalam Kehidupan(Ok)
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN
Pengenalan
Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata pendidikan seks melulu sahaja seperti tanggapan
beberapa pihak. Ia merangkumi pengetahuan dari cabang biologikal, sosiobudaya dan
kerohanian ke arah tatacara hidup yang sihat untuk membentuk individu-individu yang sihat
secara total dan memenuhi matlamat Kurikulum Pendidikan Kesihatan itu sendiri.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada tiga aspek utama sendiri,seperti:-
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial 75 %
Pemakanan 15 %
Pertolongan Cemas 10%
Kuruikulum Pendidikan Kesihatan pula disusun agar bersesuaian dengan ciri-ciri dan
keperluan murid berasaskan tiga modul utama:-
1.1. Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Tumpuan terhadap ciri-ciri perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat. Keutamaan adalah terdapat kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan-bahan terlarang.
1.2. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul kedua ini memfokuskan terhadap perkembangan emosi, mental dan sosial serta
keboleh mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Tumpuan diberikan
terhadap kemahiran pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan, perhubungan dan
keintiman sesama manusia.
1.3. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Keselamatan persekitaran menumpukan kepada pencegahan penyakit, keselamatan
persekitaran dan pertolongan cemas.
Kepentingan Pendidikan Kesihatan dalam Kurikulum Kesihatan
Membentuk pandangan positif terhadap kesihatan reproduktif diri, keluarga dan masyarakat.
Ia dapat meningkatkan kesedaran di dalam masyarakat supaya tidak menganggap
pengetahuan reproduktif sebagai sesuatu yang lucah, tabu dan tidak boleh dibicarakan
secara terbuka. Murid-murid juga dapat mengecam perbezaan antara alat seksual di antara
dua gender yang berbeza.
Memberi maklumat tepat tentang kepentingan memelihara integriti kekeluargaan secara
berkekalan. Institusi keluarga tradisional yang mengandungi ibu (perempuan), bapa (lelaki)
dan anak (lelaki atau perempuan) adalah pengetahuan reproduktif diri yang paling asas dan
murid-murid harus menyedari ia harus berterusan. Ia menegaskan kepentingan insitusi
perkahwinan dan tanggungjawab ahli keluarga sekaligus menzahirkan emosi dan
pengurusannya terhadap tuhan, diri, ibubapa, keluarga dan masyarakat.
Mendidik murid-murid tentang kemahiran membuat keputusan secara bijak dan
bertanggungjawab terhadap tingkahlaku seksual pada masa kini dan masa depan. Ia
termasuklah kemahiran menguruskan kemahiran interaksi sosial dan interpersonal. Bijak
mengawal perasaan mengikut situasi dan mengurus emosi secara bijaksana.
Pentingnya Pendidikan Kesihatan ialah memberi pengetahuan tentang penjagaan kesihatan
secara total dan menolak amalan gaya hidup tidak sihat. Pengetahuan mengenai
keselamatan daripada sudut pencegahan penyakit dan keselamatan sosial bagi kanak-
kanak, gadis dan wanita. Murid-murid juga memperolehi pengetahuan meminta bantuan
pada tempat yang betul ketika berlaku situasi yang tak terjangka
Implikasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial terhadap perkembangan kognitif,
Psikomotor dan Afektif murid.
1. Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan merangkumi aspek
penilaian dan sintesis mengenai sesuatu perkara.Murid-murid dapat mengenalpasti dan
menyenarai aktiviti fizikal, mengamalkan postur yang betul; yang memberikan sumbangan
besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan kesihatan diri. Seterusnya
mengamalkannya secara konsisten untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan
maksimum.
Mengumpul maklumat mengenai kepentingan pemakanan seimbang, pengambilan makanan
yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan. Sebagai contoh: mengetahui dengan jelas
makanan-makanan yang terdapat di dalam piramid makanan dan kadar pengambilannya
bagi setiap takah piramid. Murid-murid juga boleh membuat keputusan untuk tidak
mengambil makanan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah-masalah kesihatan
lainnya. Seterusnya mengamalkannya sebagai nilai tambah utama terhadap penjagaan
kesihatan yang betul.
Ia akan memberikan pendidikan mengenai aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal dan psikologikal semasa akhil baligh berkenaan dengan dua gender seks yang
berbeza. Sebagai contoh tanda baligh fizikal bagi pelajar lelaki adalah ‘pecah suara’ dan
bagi pelajar perempuan adalah sebaik sahaja mereka mengalami proses menstruasi.
Mereka sepatutnya boleh membezakan perawakan di antara kedua-dua gender tersebut dan
akhirnya dapat menghormati mereka dengan cara dan adil, seterusnya mewujudkan
golongan masyarakat yang bermaruah dan hormat-menghormati. Kesan jangka panjangnya
ialah mengurangkan impak masalah sosial di dalam masyarakat.
Implikasi pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terhadap perkembangan kognitif
seterusnya ialah murid-murid akan merancang atau menggabungkan maklumat untuk
pengetahuan mengenai aspek keselamatan membabitkan diri sendiri dan persekitaran.
Bertindak bijak ketika berada di dalam situasi yang tidak selamat. Mengenalpasti teknik-
teknik mempertahankan diri apabila apabila terdapat ancaman. Sebagai contoh;-
menjauhkan diri apabila dihampiri orang yang tidak dikenali atau sentiasa berada di dalam
kumpulan yang memungkinkan risiko terhadap keselamatan diri berkurangan.
Menganalisis kesan buruk terhadap akibat pemgabilan bahan-bahan berbahaya seperti
rokok, dadah, inhalan dan alkohol yang bukan sahaja menyumbang kepada risiko kesihatan
fizikal tetapi mental dan emosi. Sebagai contoh pengambilan dadah berlebihan akan
mengakibatkan ketagihan yang merosakkan sistem tubuh badan, menyebabkan daya
pergantungan total secara fizikal dan psikologikal terhadap dadah serta akibat buruknya
terhadap kesihatan itu senditi. Seterusnya menerbitkan gejala sosial lainnya seperti ragut,
samun, pembunuhan yang seterusnya merosakkan seluruh sistem sosial diri, masyarakat
dan persekitaran dan negara.
Membuat hipotesis mengenai penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gejala
penyalahgunaan barang terlarang dan berbahaya seperti kerosakan sistem saraf, hepatitis,
sawan, HIV, meningitis dan sebagainya, sekaligus mengelakkannya.
Memperolehi kefahaman tentang pengurusan kesihatan diri dan keluarga serta masyarakat
terhadap penyakita berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental melalui
amalan kesihatan yang betul seperti pengambilan makanan seimbang dan aspek penjagaan
kesihatan jasmani.
2. Perkembangan Psikomotor
Murid-murid mengenal pasti peralatan,bahan-bahan dan situasi yang berbahaya di rumah,
sekolah atau di tempat-tempat awam seterusnya mengambil langkah-langkah untuk
mengelakkannya seperti menyimpannya di tempat yang selamat, menjauhi persekitaran
tersebut dan mempelajari kaedah-kaedah mempertahankan diri dan pertolongan cemas.
Sebagai contoh; sikap yang betul ketika berjalan di tepi jalan raya seperti berjalan melawan
arah trafik. Dengan pengetahuan pertolongan cemas juga contohnya; setidak-tidaknya
murid-murid dapat mengadaptasi kemahiran afektif menghadapi kecemasan dengan tenang
kerana sudah bersedia dan berpengetahuan untuk menanganinya.
Murid-murid mengenalpasti teknik penjagaan kesihatan menyeluruh yang betul sama ada
dari terutama dari segi bentuk senaman sebagai contoh; mengaplikasikan postur senaman
yang betul dan selamat untuk tubuh badan dan penggunaan masa rehat dan tidur serta
penggunaan masa berkualiti.
3. Perkembangan Afektif
Pendidikan Kesihatan membentuk kemahiran pengurusan mental dan emosi. Murid-murid
memperolehi kemahiran menguruskan stress dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan
masyarakat. Menguruskan konflik adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan
insititusi kekeluargaan dan setiap ahlinya mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk
tujuan itu.
Institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah unit asas dalam hierarki sosial satu sistem
masyarakat yang sentiasa perlu dipertahankan. Murid-murid dapat mengetahui dan
mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan sehari-
hari. Kemahiran ini dapat diperolehi dengan pemantapan dan pematuhan terhadap ajaran
agama.
Dengan ini, mereka dapat melampiaskan kasih sayang berbeza terhadap Tuhan, diri,
keluarga, guru dan rakan-rakan. Dengan keakuran terhadap agama juga mereka dapat
menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu dan kelompok tertentu yang
akhirnya akan mencetuskan permasalahan dalam perhubungan sesama individu dan
masyarakat.
Pendidikan kesihatan dari sudut afektif juga membina kemahiran dan pengetahuan
mengenai kepentingan etika perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam
persaudaraan dan persahabatan. Sebagai contoh mengetahui salasilah keluarga untuk
mengetahui kedudukan diri dan perbandingan dengan individu lain untuk melahirkan rasa
hormat menghormati di antara satu sama lain.
Mengadaptasi kemahiran berfikir dan bertindak secara serentak apabila berada di dalam
situasi yang memerlukan seseorang individu untuk berkata tidak terhadap ancaman ataupun
ugutan.
4. Rumusan
Impak Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial untuk jangkamasa panjang ialah
melahirkan generasi yang matang, sihat dan waras dari segi mental dan fizikal. Pendidikan
secara berkesan memberi kesan langsung terhadap perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor pelajar. Kesemuanya diharapkan dapat membentuk satu unit individu yang
berkualiti yang akan melengkapkan sistem sosial sesebuah negara yang sihat seterusnya
menyumbang ke arah pembentukan negara yang maju dalam ertikata sebenar.