KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

20
1 MURID& ALAM BELAJAR (EDU 3103) GALAH PANJANG Ahli Kumpulan : Faiznur Aini bt Fauzi Siti Rohaya bt Sidi Ahmad Siti Syazwani bt Hashim @ Kasim Sharifah bt Saad Ilham bt Ab. Rahim

Transcript of KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

Page 1: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

1

MURID& ALAM BELAJAR (EDU 3103)

GALAH PANJANG

Ahli Kumpulan : Faiznur Aini bt FauziSiti Rohaya bt Sidi

AhmadSiti Syazwani bt

Hashim @ KasimSharifah bt SaadIlham bt Ab. Rahim

Page 2: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

2

SOALANPilih satu permainan tradisional, demontrasi cara permainan dan

bincangkan kepentingannya kepada perkembangan (kanak-

kanak)• Intelek

• Sosioemosi • Fizikal

Page 3: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

3

PENGENALAN• Galah Panjang ialah permainan

tradisional yang dimainkan diluar rumah.

• Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi juga dimainkan sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan yang kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Page 4: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

4

Sambungan…

• Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan.

• Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.

• Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

• Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja.

Page 5: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

5

Sambungan…

• Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang.

• Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

• Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan.

Page 6: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

6

Sambungan….

• Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang.

• Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Page 7: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

7

GELANGGANG PERMAINAN

Page 8: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

8

Sambungan..

• Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang.

• Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter.

• Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

Page 9: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

9

Sambungan…

• Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang.

• Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simen.

• Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

 

Page 10: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

10

CARA BERMAIN

• Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang.

• Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.

Page 11: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

11

Sambungan….

• Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.

• Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati.

• Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Page 12: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

12

PERATURAN PERMAINAN

• Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

• Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

Page 13: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

13

Sambungan…• Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat

pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.• Pasukan penyerang dikira menang jika salah

seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.

• Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

• Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

 

Page 14: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

14

KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG

Page 15: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

15

INTELEK

• Kepentingan permainan galah panjang kepada perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan intelek ialah menguji kebijaksanaan kanak-kanak.

• Hal ini kerana jika pihak yang menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Page 16: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

16

Sambungan…

• Selain itu, permainan ini juga menguji kepakaran kanak-kanak sebagai seorang ketua untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

• Minda kanak-kanak menjadi sihat dan cerdas.

Page 17: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

17

FIZIKAL • Dari perkembangan fizikal pula kepentingan

permainan galah panjang adalah dapat menyihatkan tubuh badan kanak-kanak. Hal ini kerana melalui permainan ini kanak-kanak akan berpeluh seterusnya menjadikan badan mereka sentiasa sihat.

• Selain itu, permainan ini juga juga dapat menjadikan fizikal kanak-kanak berkembang dengan cergas iaitu kanak-kanak dapat bergerak dengan pantas dan teratur.

Page 18: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

18

SOSIOEMOSI• Manakala dari segi perkembangan sosioemosi,

kepentingan permainan galah panjang ialah menjadikan fikiran kanak-kanak berkembang dengan bebas tanpa masalah. (memberi kerehatan kepada otak setelah penat belajar dll).

• Menjadikan kanak-kanak mempunyai emosi yang stabil dan sentiasa riang kerana kanak-kanak akan berasa seronok dan gembira melalui permainan ini.

• Selain itu, permainan ini juga melatih kanak-kanak supaya patuh kepada arahan ketua.

Page 19: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

19

Sambungan…

• Melalui permainan galah panjang kanak-kanak akan dapat bergaul dengan kanak-kanak lain dan boleh membina sikap berkerjasama dalam kumpulan.

• Kesimpulannya, permainan galah panjang memberi kesan yang positif terhadap sosioemosi kanak-kanak.

Page 20: KEPENTINGAN PERMAINAN GALAH PANJANG KEPADA KANAK-KANAK

20