Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

7
Kepentingan dan Faktor Perpaduan Kaum Dari Sudut Ekonomi Pengenalan Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Manakala ekonomi pula merupakan salah satu ilmu sosial yang mengkaji aktiviti manusia

description

Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

Transcript of Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

Page 1: Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

Kepentingan dan Faktor Perpaduan Kaum Dari Sudut Ekonomi

Pengenalan

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga

ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,

agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh

perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.

Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh

dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang

Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan

wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan

secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama

secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh

masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan

Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar

Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, dan perihal berpadu

iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Manakala ekonomi pula merupakan salah

satu ilmu sosial yang mengkaji aktiviti manusia yang berkaitan dengan pengeluaran, pengedaran,

dan penggunaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Kepentingan Perpaduan

Antara kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara.

Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia melalui pergaulan antara kaum dan etnik

akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya

masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di

bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan

palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam

membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia

disebabkan perpaduan kaum. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf

Page 2: Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan

negara lain.

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum juga amat penting bagi merapatkan jurang

perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,

Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungkai satu masalah yang

membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang

lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud

semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan

ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan

golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Maka dengan dasar ini

jurang ekonomi itu dirapatkan dan disusun semula. Ia juga mehapuskan pandangan terhadap

kaum mengikut bidang ekonomi tertentu. Ini akan menjadikan semua masyarakat dapat

menikmati kemajuan ekonomi bersama dan mendapat faedah bersama. Intihanya, usaha

merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Wawasan 2020 dengan hasrat menyatupadukan

rakyat. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan ianya dapat melahirkan masyarakat yang lebih adil

dari segi sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta

menyemarakkan kemakmuran dari segi politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan rakyat

Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan negara Malaysia bersatu

yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Melalui wadah ini, perpaduan

rakyat dapat diwujudkan.

Selain itu, kepentingan perpaduan kaum adalah dapat menggalakkan pelaburan asing

dalam negara. Negara yang mempunyai penduduk yang aman dan harmoni di samping

perpaduan yang kukuh mampu menarik minat pelabur asing untuk melabur di Negara berkenaan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan memajukan perindustrian sesebuah

negara. Pelaburan asing yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera

yang canggih ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika Syarikat dan

Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari negaranya.

Page 3: Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

Secara tidak langsung, Malaysia dapat menikmati dua faedah pada masa yang sama iaitu

kemasukan teknologi dan kemajuan perindustrian.

Faktor Perpaduan Kaum

Antara faktor wujudnya perpaduan kaum adalah melalui pemimpin yang bijaksana dalam

mengekalkan kestabilan antara kaum disesebuah Negara. Begitu situasinya di Malaysia. setiap

kaum dinegara ini mempunyai pemimpin yang dipilih oleh masyarakat masing-masing.

Pemimpin ini dipilih dengan melihat ketokohannya dan kebolehannya dalam memimpin. Jika

dilihat dari segi ketua yang memimpin Negara, Malaysia telah dipimpin oleh Perdana Menteri

yang kesemuanya boleh dianggap cemerlang. Ia adalah faktor yang menyumbang dalam

memajukan Negara dan menstabilkan Negara. Daripada Tun Abdul Rahman hinggalah Perdana

Menteri sekarang Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah berjaya memacu Malaysia kearah

kemajuan yang mampan. Sebagai contoh Perdana Menteri kita pada hari ini, beliau adalah

seorang yang bijaksana dalam merencanakan setiap rancangan memajukan masyarakat Malaysia

dengan memastikan rakyatnya bersatupadu dan berdaya saing dalam segenap aspek. Sebagai

contoh beliau amat menekankan masyarakat hidup dalam harmoni dengan terbentuknya Gagasan

1 Malaysia.

Bagi ketua Negara kita sebelum ini iaitu Tun Doktor Mahadir Muhamad, beliau dianggap

seorang yang amat bijak dan amat disegani oleh pihak Negara luar. Buah fikiranya sentiasa

menjadi pilihan baik didalam mahupun diluar Negara. Ia jelas dapat dilihat sewaktu Malaysia

dilanda krisis ekonomi yang amat meruncing di sekitar tahun 1997. Dengan kebijaksanaan beliau

Malaysia dapat kembali stabil dan keluar dari kancah masalah ekonomi dengan tanpa bantuan

dana asing. Pemimpin seperti inilah yang menjadi aset besar dalam sesebuah Negara. Dengan

kebijaksanaan beliau menjadikan Negara Malaysia maju dan menuju kearah Negara maju

menjelang tahun 2020. Dengan kebijaksanaan Perdana Menteri yang memimpin Malaysia ia

dilandasan yang betul untuk menuju kearah Negara maju berpendapatan tinggi.

Faktor seterusnya adalah berkenaan dengan kemajuan ekonomi dan keselesaan hidup

masyarakat Malaysia. keselesaan yang dikecapi sekarang adalah hasil usaha berterusan semua

pihak sejak dari sebelum merdeka lagi. Walaupun pembangunan ekonomi dan sasaran negara

maju menjelang 2020 menjadi agenda utama Malaysia, kita perlu memastikan supaya tidak ada

Page 4: Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

rakyat Malaysia yang ketinggalan. Walaupun berbilang bangsa hidup dalam satu masyarakat,

tetapi kenikmatan hidup dan kemajuan ekonomi dapat dirasai bersama tanpa ada sebarang

pertelingkahan. Ini kerana mereka sedar bahawa jika mereka bersatupadu kegiatan ekonomi

dapat dijalankan dengan lancar dan dapat dinikmati faedah daripadanya bersama. Terdapat

kemungkinan terjadi jurang pendapatan yang signifikan atau kumpulan tertentu yang tidak dapat

menikmati hasil pertumbuhan ekonomi yang seimbang, jika kita gagal menangani isu

kemiskinan. Kepentingan bagi menguruskan polariti di antara golongan kaya dengan golongan

miskin dari segi ekonomi, memberi kesedaran kepada kerajaan untuk meningkatkan taraf

kehidupan isi rumah berpendapatan rendah sebagai salah satu NKRA.

Dalam usaha ini, kita perlu mengimbangi polariti antara menyalurkan bantuan langsung

kepada golongan miskin disamping memberikan peluang ekonomi kepada mereka supaya

mereka dapat berdikari. Ini yang menjadikan rakyat malaysia sentiasa menjaga keharmonian dan

kestabilan Negara. Ia bagi memastikan kemajuan ekonomi dan keselesaan hidup terus dapat

dikecapi dan dinikmati mersama.

Selain itu, faktor rakyat yang berusaha dengan gigih dan bersifat produktif. Rakyat yang

rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka

harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan

pada setiap masa. Rakyat juga tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara

tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998,

rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung

tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita saling bekerjasama untuk menghadapi

apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin

kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di

negara kita untuk kebaikkan semua.

Page 5: Kepentingan Perpaduan Dari Sudut Ekonomi

Kesimpulan

Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah negara merupakan

unsur pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita perlulah menjamin dan meningkatkan

semangat perpaduan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan

perpaduan dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan Wawasan

2020. Perpaduan merupakan komponen utama dalam pembentukan masyarakat majmuk yang

harmoni. Perpaduan dapat menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi negara. Langkah-

langkah proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya dapat

melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang teguh, bersatu padu dan

berdaya saing.