Kepentingan Semantik Dalam Masyarakat
Transcript of Kepentingan Semantik Dalam Masyarakat
KEPENTINGAN SEMANTIK DALAM MASYARAKAT
Masyarakat melibatkan rumpun bangsa bagi sesuatu bahasa, masyarakat
Melayu dengan bahasa ibundanya Bahasa Melayu menjadi asas kepada
pembentukan masyarakat. Masyaraakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik
telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia
yang berdaulat. Dalam Perlembagaan Malaysia Akta 152 telah memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi rumpun masyarakat di
Malaysia, bagaimanapun rakyat berhak menggunakan bahasa ibunda mengikut
kumpulan etnik tertentu.
Masyarakat telah menerima bahawa bahasa semakin berkembang
berdasarkan hubungan semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi
ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogon
yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiolagi ialah bidang ilmu yang
mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi
dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang
semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam aeauatu masyarakat
semakin berkembang. Contohnya perkataan “sekolah” daripada aspek
antropologinya telah membentuk perkataan baharu “sekolah harapan”, “sekolah
bestari” dan “sekolah lestari”, yang bukan lagi sebagai tempat belajar secara
formal semata-mata. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk
bahasa semasa peruturan itu dituturkan. Aminuddin (1985)
Hubungan semantik dengan psikologi dapat memberi kesan kepada
masyarakat. Psikologi ialah ilmu yangmengkaji tentang hakikat dan gerak geri
jiwa. Hal ini bermakna bahawa tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna
yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan perkataan atau ujaran dalam
bahasa. Contohnya perkataan “makan” berbeza dengan perkataan
“makanlah” .Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan terseut
menghasilkan pemahaman makna yang berbeza olehseseorang dalam situasi
yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan
permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang
menyatakan makna wujud berdasarkan rangsangan dan gerak balas.
Masyarakat sememangnya berpegang dengan falsafah, kita dapat
membuat perkaitan antara hubungan semantik dengan falsafah.Falsafah ialah
pengetahuan bagi menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa
kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa.
Sebaliknya falsafah memerlukan pengetahuan tentang hukum dan kaedah
berfikir yang logik. Oleh yang demikian logik dalam disiplin ilmu falsafah
memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna
dalamilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi
tidak bererti. Contohnya falsafah “Biar saya mentertawakan diri saya sebelum
oranglain mentertawakan diri saya” Falsafah ini membawa makna “kesedaran
kendiri atau muhasabah diri”, perlu difahami pendengar mahupun penutur
falsafah tersebut supaya ianya bermakna apabila diujarkan.
Masyarakat akan lebih mudah memahami makna melalui perkaitan
semantik dengan linguistik. Masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai=nilai
tradisi meliputi peribahasa yang mempunyai medan makna yang sungguh luas.
Melalui makna yang tersurat, makna yang terselindung dan makna yang tersirat
masyarakat dapat mengungkaikan makna tersebut dalam proses komunikasi.
Masyarakat membuat penghayatan mengenai makna tersebut bagi
memartabatkan lagi Bahasa Melayu.
Berdasarkan cerpen Tina masyarakat bertindak dalam membantu pihak
yang memerlukan pertolongan dengan membuat andaian kesulitan dan
penderitaan tersebut perlu dikongsi bersama bagi meringankan penderitaan
tersebut. Masyarakat dapat menilai golongan yang ditimpa musibah dengan
murah hati menghulurkan bantuan bagi kos rawatan pembedahan. Berdasarkan
teori makna emotif, masyarakat turut merasai penderitaan dan ketabahan hati
pesakit jantung berlubang seperti Sutina.
“Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti.
Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat
Malaysia memang murah hati. Jadi Tina jangan susahh-susahkan hati. Tina akan
sembuh. Perca yalah cakap abang ni.....”
(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa muka surat :60)