Kepentingan Teknologi Robotik Dalam Pembangunan Negara

2
Soalan: Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda. Bincangkan kepentingan teknologi robotik dalam pembangunan negara. Jawapan cadangan: Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda dan menjadi teknologi yang penting dalam pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan robotik membawa kepentingan dalam pelbagai bidang. Teknologi robotik penting dalam bidang perubatan. Penggunaan robotik membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit. Misalnya, teknologi robotik dapat mendiagnosis pertumbuhan kanser. Selain itu, penggunaan robotik juga penting dalam operasi pembedahan. Teknologi robotik membantu doktor menjalankan operasi pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan dengan tangan. Jelasnya penggunaan robotik dapat mempercepat proses rawatan perubatan. Penggunaan robotik juga membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan. Hal ini dapat dijelas apabila teknologi robotik membantu tentera mengesan bom, periuk api dan sebagainya. Teknologi robotik juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan. Dengan ini, tentera dapat mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. Hal ini jelas menunjukkan kemenangan dan kejayaan dalam setiap peperangan mudah dicapai dengan penggunaan robotik. Oleh itu, teknologi robotik dapat meningkatkan ketahanan dan pertahanan negara. Tambahan lagi, penggunaan robotik juga penting dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Teknologi robotik dapat membantu para saintis menjalankan penyelidikan saintifik. Kajian kimia turut disokong oleh teknologi robotik. Buktinya, kajian ini telah menghasilkan banyak bahan kimia seperti baja kimia yang dapat meningkatkan hasil keluaran pertanian. Selain itu, kajian nuklear dapat dijalankan hasil daripada kegiatan (R&D) yang disokong oleh penggunaan robotik. Kajian nuklear bukan sahaja dapat digunakan dalam penjanaan kuasa tetapi juga menghasilkan bahan meletup seperti bom Atom yang penting dalam bidang ketenteraan.

description

Pengajian Am 2(B): Contoh karangan laras sains.

Transcript of Kepentingan Teknologi Robotik Dalam Pembangunan Negara

Page 1: Kepentingan Teknologi Robotik Dalam Pembangunan Negara

Soalan: Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda.

Bincangkan kepentingan teknologi robotik dalam pembangunan negara.

Jawapan cadangan:

Penggunaan robotik semakin diminati oleh golongan muda dan menjadi teknologi yang penting dalam pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan robotik membawa kepentingan dalam pelbagai bidang.

Teknologi robotik penting dalam bidang perubatan. Penggunaan robotik membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit. Misalnya, teknologi robotik dapat mendiagnosis pertumbuhan kanser. Selain itu, penggunaan robotik juga penting dalam operasi pembedahan. Teknologi robotik membantu doktor menjalankan operasi pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan dengan tangan. Jelasnya penggunaan robotik dapat mempercepat proses rawatan perubatan.

Penggunaan robotik juga membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan. Hal ini dapat dijelas apabila teknologi robotik membantu tentera mengesan bom, periuk api dan sebagainya. Teknologi robotik juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan. Dengan ini, tentera dapat mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. Hal ini jelas menunjukkan kemenangan dan kejayaan dalam setiap peperangan mudah dicapai dengan penggunaan robotik. Oleh itu, teknologi robotik dapat meningkatkan ketahanan dan pertahanan negara.

Tambahan lagi, penggunaan robotik juga penting dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Teknologi robotik dapat membantu para saintis menjalankan penyelidikan saintifik. Kajian kimia turut disokong oleh teknologi robotik. Buktinya, kajian ini telah menghasilkan banyak bahan kimia seperti baja kimia yang dapat meningkatkan hasil keluaran pertanian. Selain itu, kajian nuklear dapat dijalankan hasil daripada kegiatan (R&D) yang disokong oleh penggunaan robotik. Kajian nuklear bukan sahaja dapat digunakan dalam penjanaan kuasa tetapi juga menghasilkan bahan meletup seperti bom Atom yang penting dalam bidang ketenteraan.

Page 2: Kepentingan Teknologi Robotik Dalam Pembangunan Negara

Teknologi robotik turut penting dalam bidang ekonomi negara. Teknologi robotik penting dalam perindustrian sebagai jentera-jentera yang dapat meningkatkan pengeluaran barang. Hal ini demikian, kerana teknologi robotik dapat berfungsi dengan cepat, berkesan dan efektif. Selain meningkatkan pengeluaran barang, teknologi robotik turut meningkatkan mutu dan kualiti keluaran dan setanding dengan piawaian antarabangsa. Penggunaan robotik juga penting dalam bidang pertanian apabila robotik dapat berfungsi sebagai pembajak dan penuai yang berkesan.

Kesimpulannya, penggunaan robotik sememangnya membawa banyak kepentingan dalam pembanganan negara. Oleh itu, teknologi ini perlu dikembangkan lagi agar negara akan mencapai pembangunan yang pesat pada masa hadapan.