KEPERCAYAAN CINTA

download KEPERCAYAAN CINTA

of 4

Transcript of KEPERCAYAAN CINTA

  • 8/9/2019 KEPERCAYAAN CINTA

    1/4

    .:KEPERCAYAAN CINTA?:.

    Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan

    sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum

    mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada

    kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus

    peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu

    terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada

    faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.Faktor 1 KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang

    dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan

    dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh

    menjerat kamu. Siapa tahukan!

    Faktor 2 Boleh dikawal

    Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah

    si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang

    dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh

    mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlahbermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna

    si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

    Faktor 3 Komitmen

    Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah

    dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh

    dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai

  • 8/9/2019 KEPERCAYAAN CINTA

    2/4

    yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya

    akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk

    si dia berlaku curang terhadap kamu.

    Faktor 4 Kejujuran

    Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidakpatut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur

    , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk

    kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing

    ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih

    pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

    Faktor 5 Terima seada-adanyaKunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan

    kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun

    menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan

    si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga bolehmenjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat

    ketara demi menjamin perhubungan.

    Faktor 6 Perlu dimengertikan

    Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat

    sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap

    agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin

    perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan

    yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

    Faktor 7

    SimpatiSimpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha

    menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini.

    Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara

    yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu

    yang boleh mengganggu hubungan.

    Faktor 8 Diyakini

    Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh

    temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah

    akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan

    adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

    Faktor 9 Perbezaan pendapatMemanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang

    berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat

    dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin

    akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan

    masing-masing.

  • 8/9/2019 KEPERCAYAAN CINTA

    3/4

    Faktor 10 Elakkan dendamCinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh

    menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan

    dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu,

    mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan

    lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkansuasana.

    Faktor 11 Berfikiran terbukaBanyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada

    dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat

    mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan

    yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima

    pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan

    barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga

    sebaliknya.

    Faktor 12 Tulus dan jujur

    Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan

    saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan

    niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata

    yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh

    menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

    Faktor 13 Tak selalu didampingi

    Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit

    kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia

    tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang sidia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya

    sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

    Faktor 14 Jauh di mata dekat di hatiSaat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar.

    Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan

    memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua

    namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu.

    Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di

    hati.

    Faktor 15 Persamaan

    Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin

    bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak

    seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu

    berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam

    perhubungan.

  • 8/9/2019 KEPERCAYAAN CINTA

    4/4

    Faktor 16 Tak saling menyalahkanTak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan

    bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikapsaling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki

    kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama

    lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan.Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama

    lain.

    Faktor 17 Hormat-menghormati

    Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si

    dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu

    berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa

    yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab

    itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

    Faktor 18

    PenghargaanTidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun

    terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan

    dirinya. Caranya? Emmm hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain oranglainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk

    menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

    Faktor 19 Bukan materialistikBayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu

    pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalamperhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu

    memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama danmembuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

    Faktor 20 Perancangan bersama

    Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya

    kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri

    inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan

    mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah

    dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?