Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

download Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

of 7

Transcript of Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    1/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    Sara Shakilla Mohd Salima & Samir Muhazzab Aminb

    a,b

    Jabatan Sains Kemasyarakatan dan PembangunanFakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

    43400 Serdang, Selangor

    No Tel: 03 89467079 @ 019 - 6972533

    Faks: 03 - 89467894

    [email protected]

    Abstrak

    Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, agenda pembinaan modal insan merupakan matlamat yang diletakkan

    untuk mecapai pembangunan negara. Pelbagai peranan positif yang telah dimainkan oleh kerajaan bagi

    membentuk persediaan terhadap modal insan ini. Ini termasuklah usaha di kalangan mahasiswa kerana

    mahasiswa yang mempunyai modal insan yang besar akan menjadi tenaga penting dalam menjayakan usahakerajaan ke arah pembentukkan negara maju. Modal insan terdiri daripada tenaga, pengetahuan dan kemahiran

    seseorang. Modal insan juga difahami dalam dua bentuk iaitu modal insan yang wujud dalam bentuk pemilikan

    oleh individu dan individu yang menguasai pengetahuan dan kemahiran tertentu. Dalam melihat konteks

    kumpulan samada organisasi mahupun pertubuhan, peranan oleh setiap individu adalah sama penting dalam

    meningkatkan modal insan untuk kepentingan bersama. Individu dalam kumpulan tersebut bekerjasama serta

    berkongsi pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk kepentingan kumpulan dan faedah bersama. Namun,

    persoalan yang ingin dibincangkan adalah apakah elemen-elemen keperluan modal insan dalam organisasi

    kumpulan dan sejauhmanakah kepentingan modal insan dalam organisasi kumpulan? Organisasi kumpulan

    melibatkan kerja dalam kumpulan dan komunikasi yang efektif. Setiap individu dalam kumpulan seharusnya

    sedar akan keperluan dan kepentingan modal insan dan menggunakan strategi untuk meningkatkan modal insan

    mereka serta kefungsian organisasi. Pembangunan modal insan lebih sempurna dengan usaha dan kesediaan

    individu itu sendiri memainkan peranan mereka.

    Kata kunci:modal insan, organisasi, kumpulan.

    1. PengenalanPembangunan organisasi memerlukan

    gabungan pelbagai elemen kerja (McKinsey 2001).

    Dalam organisasi juga terdapat kepelbagaian

    sumber manusia, sumber semulajadi dan sumber

    binaan.

    Oleh itu, sumber manusia dalam organisasi

    merupakan perkara penting sebagai penggerak

    dalam sesebuah organisasi. Modal insan perlu

    diberi penekanan dalam konteks ini untuk

    memperoleh faedah bersama. Konseppembangunan modal insan adalah sebahagian

    daripada konsep pembangunan insan (atau

    pembangunan manusia) yang lebih luas, dan telah

    diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu mulai tahun 1990. Pembangunan

    Manusia adalah bentuk pembangunan yang

    berpusatkan kepada manusia, di mana manusia

    menjadi ejen pembangunan dan sekaligus matlamat

    akhir pembangunan (Mahbub ul Haq, 1995). Dalam

    merealisasikan konsep tersebut, pembangunan

    manusia dibahagikan kepada empat komponen

    kesaksamaan, produktiviti, pemerkasaan dan

    kelestarian (Haq 1995 dan Ishak, 1999). Konsep

    tersebut juga ditambah dengan aestetika atau

    keindahan yang perlu dicapai dalam pembangunan

    berkenaan. Apabila kesemua komponen tersebut

    disepadukan dalam agenda pembangunan manusia,

    maka manusia atau insan yang dijadikan ejen dan

    juga matlamat pembangunan itu akan mendapat

    faedah dan berupaya menikmati kualiti kehidupan

    dan kesejahteraan yang lebih baik (Abdul Rahman,

    2003).

    Dalam pembangunan modal insan, iamelibatkan sumber atau modal dalam diri manusia

    itu sendiri. Peranan manusia itu sendiri mampu

    untuk menambah nilai dengan peranan yang kreatif

    dan dinamik dalam mencapai pembangunan. Sejak

    beberapa tahun kebelakangan ini, selaras dengan

    ekonomi antarabangsa, ekonomi negara kita sudah

    mula beralih kepada P-ekonomi (ekonomi

    pengeluaran) yang intensif buruh kepada K-

    ekonomi atau ekonomi berasaskan ilmu

    pengetahuan yang memerlukan modal manusia

    yang berpengetahuan serta lebih sofistikated dalam

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    2/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    kerangka membina masyarakat berpengetahuan

    (Drucker, 1993).

    Perincian terhadap konsep modal insan adalah

    perlu bagi memastikan konsep tersebut tidak

    terbatas atau dikongkong oleh pandangan lazim

    mengenainya sahaja. Dalam melihat aspek

    kebolehan dalam diri manusia, ia adalah merupakan

    kapasiti yang terdapat pada individu, kumpulanatau organisasi (Agenda 21-bab36), yang memberi

    penekanan bahawa untuk meningkat dan membina

    kebolehan ialah dengan berkongsi maklumat dan

    pengalaman daripada aktiviti-aktiviti pembangunan

    yang telah dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti

    pembangunan ini dapat dilihat dalam konteks

    komuniti dan pada kebiasaanya melalui organisasi

    atau pertubuhan yang terdapat dalam sesebuah

    penempatan komuniti. Melalui aktiviti-aktiviti

    tersebut, pelbagai faedah yang diperolehi oleh

    individu yang melibatkan diri sekaligus memberi

    manfaat kepada pembangunan dalam komuniti

    tersebut. Kebolehan juga adalah merujuk kepada

    keupayaan semulajadi seseorang individu,kumpulan atau organisasi melalui pengetahuan dan

    kemahiran yang diperolehi menerusi pengalaman.

    Kemahiran juga boleh ditingkatkan melalui latihan,

    pendidikan dan praktis. Usaha dalam pembinaan

    kapasiti termasuklah latihan, pendidikan atau

    pembangunan organisasi itu sendiri (Lavergne,

    2001).

    2. Kenyataan masalah

    Organisasi merupakan satu susunan

    pentadbiran yang terdiri daripada pelbagai individu.

    Setiap individu harus sedar akan peranan mereka

    dalam organisasi kerana penglibatan mereka akan

    menyumbang kepada kecemerlangan organisasi

    mereka. Konteks pembangunan modal insan perlu

    dilihat dengan lebih meluas dan terperinci terhadap

    sesuatu aspek. Dalam aspek pengetahuan,

    penekanan juga harus diberi terhadap aspek

    pengetahuan yang berterusan yang dicapai oleh

    seseorang individu. Ia penting dalam

    menyelaraskan perkembangan ilmu dan maklumat

    yang bertambah selari dengan penyesuaian individu

    terhadap keperluan keadaan yang berubah-ubah.

    Dalam melihat aspek kemahiran juga tidak

    berfokuskan kepada kemahiran teknikal semata-

    mata, ia harus diberi penekanan dalam melihat

    aspek personaliti dan keupayaan kepimpinan,

    kemahiran kognitif (berfikir dan menganalisa),

    kemahiran bahasa dan komunikasi serta kemahiran

    sosial. Pengetahuan dan kemahiran juga perlu

    dilengkapkan dengan pembinaan set nilai dan sikap

    yang murni agar modal insan yang dibina lebih

    menjadi unggul selaras dengan tuntutan era

    masyarakat ilmu dan ekonomi berasaskan ilmu, dan

    sekaligus mewujudkan insan yang terbina dengan

    keupayaan dalam pelbagai arena. Sebagai

    kumpulan dalam organisasi, setiap individu saling

    mempengaruhi dalam mencapai kejayaan bersama

    dan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman terutama dalam

    organisasi di peringkat komuniti. Pembangunan

    sesebuah penempatan komuniti sering dikaitkan

    dengan pentadbiran organisasi komuniti yang

    berkesan dan efektif. Apabila individu dalam

    organisasi berusaha mencapai matlamat yang telahditetapkan secara bersama, usaha untuk

    meningkatkan keupayaan diri dengan pelbagai

    aspek modal insan lebih diberi keutamaan untuk

    kepentingan bersama dan mencapai matlamat yang

    telah ditetapkan.

    3. Hasil Kajian dan Perbincangan

    3.1 Latar Belakang Organisasi JKKKBahagian ini membincangkan tentang latar

    belakang organisasi JKKK di Felda Taib Andak.

    Bahan-bahan untuk tulisan diperolehi daripada soalselidik dan juga data sekunder.

    Jadual 1: Latar Belakang Organisasi JKKK (N=20)

    Berdasarkan Jadual 1, kebanyakan jawatan

    yang dipegang dalam JKKK adalah sebagai ahli

    jawatankuasa (AJK) iaitu sebanyak 55% diikuti

    oleh jawatan ketua biro iaitu 30%. Lain lain

    jawatan adalah sebagai Pengerusi, Setiausaha dan

    Bendahari yang dipegang oleh seorang responden,

    iaitu sebanyak 5% setiap satu. Berdasarkan jadual

    tersebut juga, didapati bahawa tempoh berkhidmat

    yang berbeza dalam JKKK. Ini adalah kerana

    kewujudan sesuatu jawatan dalam tempoh yang

    Latar

    Belakang

    Organisasi

    Bilangan

    (n)

    Peratus

    (%)

    Min Sisihan

    Piawai

    Jawatan

    dalam

    JKKKPengerusi

    Setiausaha

    Bendahari

    Ketua

    BiroAhli

    Jawatanku

    asa

    1

    1

    1

    6

    11

    5

    5

    5

    30

    55

    Tempoh

    Berkhidmat

    dalam

    JKKK

    1tahun

    2 tahun

    3 tahun

    4 tahun

    5 tahun

    6 tahun

    1

    5

    7

    1

    5

    1

    5

    25

    35

    5

    25

    5

    3.4 1.4

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    3/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    berbeza dalam JKKK. Sesuatu jawatan yang wujud

    dalam organisasi adalah bagi memenuhi keperluan

    komuniti dari masa ke masa. Kebanyakan

    responden berkhidmat dalam JKKK selama 3 tahun

    iaitu sebanyak 35% diikuti oleh 25% responden

    berkhidmat dengan JKKK selama 2 tahun dan juga

    25% selama 5 tahun. Selain itu, terdapat seorang

    responden yang berkhidmat dalam JKKK dalamtempoh 1 tahun, 4 tahun dan 6 tahun iaitu sebanyak

    5% setiap satu. Min bagi tempoh berkhidmat

    adalah 3.4 dan sisihan piawai 1.4.

    3.2 Modal InsanDalam melihat pembinaan kapasiti dalam

    sesebuah organisasi, pembangunan manusia adalah

    penting. Pembangunan manusia adalah bentuk

    pembangunan yang berpusatkan kepada manusia, di

    mana manusia menjadi ejen pembangunan dan

    sekaligus matlamat akhir dalam pembangunan

    (Mahbub ul Haq, 1995). Ini menunjukkankepentingan pembangunan seseorang individu

    dalam menyumbang kepada pembangunan

    komuniti khususnya.

    Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Aspek

    Modal Insan (N=20). (Rujuk Lampiran)

    Elemen-elemen dalam aspek modal insan dapat

    dibahagikan kepada tiga bahagian yang

    merangkumi pengetahuan, kemahiran dan juga

    pengalaman reseponden dalam organisasi JKKK.

    Dalam aspek pengetahuan, 80% responden

    bersetuju dan 20% responden tidak bersetuju

    bahawa terdapat kursus dan program yang

    berkaitan dengan organisasi diadakan bagi

    meningkatkan tahap pengetahuan ahli JKKK.

    Bentuk kursus tersebut merangkumi kursus ICT,

    kursus integriti, kursus kepimpinan dan juga

    terdapat program lawatan-lawatan ke tempat yang

    boleh menambahkan pengetahuan dan pengalaman

    seperti lawatan ke JKKK di kawasan lain. Hasil

    kajian juga mendapati terdapat 90% responden

    yang bersetuju bahawa maklumat kursus yang

    berkaitan diperolehi oleh semua ahli dalam JKKK

    manakala terdapat seorang responden (5%) yang

    tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut dan

    seorang responden (5%) yang sangat setuju.

    Selain itu, dari aspek pengaplikasian terhadap

    pengetahuan yang ada, sebanyak 85% responden

    bersetuju bahawa tahap pengetahuan diambil kira

    sebelum membentuk strategi dalam melaksanakan

    aktiviti. Bagi elemen lain, responden juga

    menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam

    melaksanakan tugas yang diberikan iaitu sebanyak

    80% responden bersetuju dengan pernyataan

    tersebut. Secara keseluruhannya, hasil kajian

    mendapati ramai responden bersetuju bahawa tahap

    pengetahuan mereka meningkat dalam JKKK. Ini

    diperlihatkan oleh 90% dan 10% yang mengatakan

    mereka setuju dan sangat setuju dengan tahap

    pengetahuan yang dimiliki.

    Dalam melihat aspek kemahiran responden

    pula, terdapat 80% responden dan 10% responden

    yang setuju dan sangat setuju dalam membina pelan

    perancangan pada setiap kerja yang dilakukan.

    Responden juga menyokong kenyataan bahawa

    sebelum melaksanakan sesuatu tugas, maklumatdikumpulkan seberapa banyak untuk melicinkan

    perjalanan aktiviti atau program yang akan

    dilaksanakan. Ini memperlihatkan 75% responden

    bersetuju dan 20% responden sangat setuju. Setiap

    ahli JKKK juga mengetahui fungsi serta peranan

    mereka dalam JKKK dengan peratus sebanyak 75%

    bersetuju dan 10% sangat setuju. Namun begitu,

    terdapat 15% responden yang tidak bersetuju. Ini

    mungkin disebabkan faktor ketidakjelasan terhadap

    peranan yang sepatutnya diberikan dan dipegang

    dalam JKKK. Selain itu, sebanyak 70% responden

    mempunyai kemahiran pentadbiran dan organisasi

    yang baik dan sebanyak 80% responden sentiasa

    memperbaharui keadah pelaksanaan organisasiselaras dengan matlamat pembangunan semasa

    dalam komuniti.

    Responden juga pada keseluruhannya bersetuju

    bahawa tugas yang dilakukan dalam JKKK

    membawa perubahan yang positif kepada komuniti.

    Ini memperlihatkan sebanyak 65% bersetuju dan

    30% responden yang sangat setuju. Ini adalah

    kerana komuniti dapat menyalurkan pandangan

    serta pendapat mereka terhadap keperluan mereka

    kepada JKKK untuk pembanguan bersama. Hasil

    kajian juga mendapati ramai responden bersetuju

    bahawa ahli dalam JKKK adalah terdiri daripada

    ahli yang mempunyai kemahiran untuk

    menyelenggarakan aktiviti kampung berdasarkan

    peratus 95% responden bersetuju dan 5%

    responden yang sangat setuju. Begitu juga halnya

    dengan penambahan kemahiran responden dalam

    JKKK yang menyatakan sebanyak 85% bersetuju

    dan 15% sangat setuju dengan pernyataan tersebut.

    Ini jelas menunjukkan responden memperoleh

    manfaat dalam diri sendiri yang juga dapat

    diberikan serta disalurkan kepada komuniti

    setempat.

    Pengalaman dapat diperolehi setelah seseorang

    individu itu mempunyai tahap pengetahuan dan

    kemahiran yang tinggi hasil daripada pengalaman

    hidup yang dilalui. Ini disokong oleh kenyataan

    bahawa sebanyak 85% dan 15% responden

    bersetuju dan sangat setuju bahawa pengalaman

    mereka dilihat dalam aspek pengetahuan dan

    kemahiran yang dimiliki. Pengalaman mereka juga

    adalah mencukupi selaras dengan keperluan

    komuniti dengan peratus sebanyak 80% responden

    bersetuju. Namun begitu, terdapat 20% responden

    yang tidak setuju, kerana terdapat beberapa perkara

    yang tidak dapat memenuhi keperluan komuniti

    atas faktor tertentu seperti sumber kewangan yang

    terhad. Dalam aspek pembahagian tugas dalam

    JKKK pula, sebanayk 95% responden bersetuju

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    4/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    bahawa pembahagian tugas yang baik dan berkesan

    dalam JKKK yang dapat memudahkan pelaksanaan

    matlamat dalam mencapai pembangunan secara

    menyeluruh.

    Selain itu, responden juga turut

    mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang

    sedia ada dalam melaksanakan sesuatu tugas

    dengan keseluruhan responden bersetujuberdasarkan peratus 85% setuju dan 15% sangat

    setuju. Dalam aspek pengaplikasian yang lain pula,

    sebanyak 75% dan 15% responden bersetuju dan

    sangat setuju dalam memberi perhatian dalam

    kehadiran terhadap kursus tertentu dan 80% setuju

    dan 10% sangat setuju mengatakan bahawa mereka

    sentiasa menghadiri latihan tertentu untuk

    menigkatkan pengalaman serta keupayaan mereka.

    Secara keseluruhannya, tahap pengalaman

    responden dalam JKKK adalah meningkat dengan

    memperolehi purata majoriti yang bersetuju iaitu

    80% setuju dan 15% sangat setuju. Ini juga

    mungkin berdasarkan pengalaman sedia ada yang

    dimiliki dan juga pengalaman sepanjang beradadalam tempoh berkhidmat dalam JKKK.

    Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Tahap

    Modal Insan

    Tahap

    Modal

    Insan

    Bilangan

    (n)

    Peratus

    (%)

    Jumlah Modal

    Insan

    Min

    S.P

    60.9

    3.7

    20 40

    ( R )

    0 0%

    41 60

    ( S )

    6 30%

    61 80

    ( T )

    14 70%

    Nota: S.P = Sisihan Piawai Nilai Minima =

    51 Nilai Maksima = 65

    Nota: R = Tahap rendah, S = Tahap sederhana,

    T = Tahap tinggi

    Sebagai kesimpulan, tahap modal insan

    responden dalam JKKK adalah berada pada tahap

    yang tinggi dengan peratus 70%. Ini menunjukkan

    responden dapat memperoleh manfaat daripada

    keberkesanan JKKK bagi meningkatkan tahap

    pengetahuan, kemahiran dan pengalaman ahli.

    Sebanyak 30% responden iaitu 6 orang responden

    mempunyai tahap modal insan pada tahap yang

    sederhana. Peningkatan tahap ini boleh

    dilaksanakan dengan memberi penekanan terhadap

    aspek yang kurang dalam diri responden dengan

    menganalisa kelemahan yang ada dalam sesuatu

    pertubuhan dalam organisasi JKKK.

    4. Kesimpulan

    Aspek modal insan merangkumi elemen

    pengetahuan, kemahiran serta pengalamanresponden dalam organisasi JKKK. Pada

    keseluruhannya, tahap pengetahuan dan kemahiran

    boleh ditingkatkan dengan kesedaran serta peluang

    yang lebih melalui pelbagai kaedah seperti

    penyediaan kursus yang bersesuaian, lawatan,

    penglibatan aktif dengan pihak komuniti dan juga

    pihak luar dalam meningkatkan tahap pengalaman

    seseorang. Perincian terhadap konsep modal insan

    adalah perlu bagi memastikan konsep tersebut tidak

    terbatas atau dikongkong oleh pandangan lazim

    mengenainya sahaja. Dalam melihat aspek

    kebolehan dalam diri manusia, ia merupakan

    kapasiti yang terdapat pada individu, kumpulan

    atau organisasi (Agenda 21-bab36), yang memberipenekanan bahawa untuk meningkat dan membina

    kebolehan ialah dengan berkongsi maklumat dan

    pengalaman daripada aktiviti-aktiviti pembangunan

    yang dilaksanakan.

    Modal insan merupakan salah satu elemen

    yang boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah

    organisasi melalui perkongsian antara ahli dan

    keupayaan untuk meningkatkan sumber dalam diri

    melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan

    pengalaman. Selain itu, organisasi melibatkan

    kepimpinan dan kerja kumpulan yang memerlukan

    komunikasi yang efektif dan bantu membantu

    antara satu sama lain dalam menentukan kejayaan

    sesebuah organisasi.

    RUJUKAN

    Buku

    1. Abdul Rahman Embong (2007),

    Pembangunan Negara, Komuniti, dan

    Insan Melampaui 2020,Institut

    Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Bangi,

    Selangor.

    2. Abdullah Sanusi Ahmad (1977),

    Pentadbiran dan Pembangunan dalam

    Pembangunan dan Masalah Sosial. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    3. Abdullah Sanusi Ahmad (1978), Kerajaan

    Pentadbiran dan Rakyat. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4. Asnarulkhadi Abu Samah (2003),

    Pengenalan Pembangunan Komuniti,

    Percetakan Selaseh Sdn Bhd, Serdang,

    Selangor.

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    5/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    5. Daniel Rickett (2000), Capacity Building:

    An Organization with Capacity is Like

    Tree with a Good Root Systems, But How

    you Grow Healthy Roots? Global Mapping

    International.

    6. Sidek Mohd Noah (2002), Rekabentuk

    Penyelidikan Falsafah, Teori danPraktis. Penerbit Universiti Putra Malaysia

    (UPM), Serdang, Selangor.

    7. Sulong Mohamad (1985), Petempatan

    Felda: Perspektif perancangan bandar

    dan desa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    8. Yacob Harun. (1975), Kehidupan orang

    Melayu di perkampungan Felda: Masalah

    Pembangunan. Kuala Lumpur: Universiti

    Malaya.

    Jurnal

    1. Ayes, Janet S. and Potter, Harry R. (1989),

    Attitudes Toward Community Change: A

    Comparison Between Rural Leaders and

    Resident. Journal of the Community

    Development Society. 20, 1: 1 3

    2. Jay A. Mancini, Gary L.Bowen, James A.

    Martin (2005), Community Social

    Organization: A Conceptual Linchpin in

    Examining Families in the Context of

    Communities, National Council on Family

    Relations, 54 (December 2005), 560-582,

    Blackwell Publishing, USA.

    Artikel Online

    1. De Vita, C.J & Fleming (2001) Building

    Capacity in Non-Profit Organizations

    Urban Institute.

    http://www.urban.org/pdfs/building

    capacity, di muat turun pada 12 September

    2007, 3.40pm.

    2. Sue McGinty (2002), Community Capacity

    Building, A paper presented at the

    Australian Association for Research in

    Education Conference, Brisbane. School

    of Indigenous Australian Studies, James

    Cook University, Townsville. Di muat

    turun pada 29 Ogos 2007, 4.15pm.

    Dokumen Online

    1. Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak

    (2006), Program Bersama Pemimpin, Ahli

    Parlimen dan Adun yang ada Rancangan

    Felda bertempat di Dewan Perdana

    FELDA, Kuala Lumpur.

    www.FELDA.COM.MY, di muat turun

    pada 9 Ogos 2007, 11.35am.

    2. Tugas dan Peranan JKKK,

    http://www.JKKK.com.my, dimuat turun

    pada 16 Ogos 2007, 11.35am.

    3. Federal Land Development Authority,Profil dan Pembangunan FELDA,

    http://www.FELDA/html/pembangunan/.c

    om.my, dimuat turun pada 29 Ogos 2007,

    1.14pm.

    4. Element of Local Agenda 21,

    http://www.local agenda 21.com, dimuat

    turun pada 20 September 2007, 3.15pm.

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    6/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Lampiran

    Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Aspek Modal Insan (N=20)

    Elemen Modal Insan STS

    n (%)

    TS

    n (%)

    S

    n (%)

    SS

    n (%)

    Min Sisihan

    Piawai

    Bentuk kursus atau program

    diadakan bagi meningkatkan

    tahap pengetahuan ahli

    0 (0%) 0 (0%) 16 (80%) 4 (20%) 3.2 0.4

    Maklumat kursus berkaitan

    diperolehi oleh semua ahli

    JKKK

    0 (0%) 1 (5%) 18 (90%) 1 (5%) 3.0 0.3

    Tahap pengetahuan dan

    kemahiran diambilkira

    sebelum membentuk strategi

    dalam aktiviti

    0 (0%) 1 (5%) 17 (85%) 2 (10%) 3.1 0.4

    Pengetahuan digunakan

    dalam tugas/kerja yang

    dilakukan

    0 (0%) 2 (10%) 16 (80%) 2 (10%) 3.0 0.5

    Tahap pengetahuan

    bertambah dalam JKKK

    0 (0%) 0 (0%) 18 (90%) 2 (10%) 3.1 0.3

    Pelan perancangan dibina

    dalam setiap kerja

    0 (0%) 2 (10%) 16 (80%) 2 (10%) 3.0 0.5

    Kemahiran pentadbiran dan

    organisasi yang baik

    0 (0%) 3 (15%) 15 (75%) 2 (10%) 2.9 0.5

    Setiap ahli mengetahui

    fungsi serta peranan

    masing-masing

    0 (0%) 3 (15%) 15 (75%) 2 (10%) 2.9 0.5

    Ahli yang berkemahiran

    sahaja diambil oleh JKKK

    dalam menyelenggarakan

    aktiviti kampung

    0 (0%) 0 (0%) 19 (95%) 1 (5%) 3.0 0.2

    Mengumpul seberapa

    banyak maklumat sebelum

    membuat sesuatu program

    0 (0%) 1 (5%) 15 (75%) 4 (20%) 3.1 0.5

  • 8/6/2019 Keperluan Modal Insan Dalam Organisasi Kumpulan

    7/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    Sentiasa memperbaharui

    kaedah pelaksanaan

    organisasi selaras dengan

    matlamat pembangunan

    semasa

    0 (0%) 2 (10%) 16 (80%) 2 (10%) 3.1 0.4

    Tahap kemahiran bertambah

    dalam JKKK

    0 (0%) 0 (0%) 17 (85%) 3 (15%) 3.2 0.4

    Tugas yang dilakukan

    membawa perubahan yang

    positif kepada komuniti

    0 (0%) 1 (5%) 13 (65%) 6 (30%) 3.3 0.6

    Pembahagian tugas yang

    baik

    0 (0%) 1 (5%) 19 (95%) 0 (0%) 2.9 0.2

    Memberi perhatian terhadap

    kehadiran kursus tertentu

    0 (0%) 1 (5%) 15 (75%) 4 (20%) 3.2 0.5

    Sentiasa menghadiri latihan

    tertentu untuk meningkatkan

    pengalaman serta keupayaan

    0 (0%) 2 (10%) 16 (80%) 2 (10%) 3.0 0.5

    Pengalaman dilihat dalam

    aspek pengetahuan dan

    kemahiran yang dimiliki

    0 (0%) 3 (15%) 17 (85%) 0 (0%) 2.9 0.4

    Pengetahuan dan kemahiran

    lepas digunakan dalam

    melaksanakan tugas

    0 (0%) 0 (0%) 17 (85%) 3 (15%) 3.2 0.4

    Tahap pengalaman

    meningkat dalam JKKK

    0 (0%) 1 (5%) 16 (80%) 3 (15%) 3.1 0.4

    Pengalaman adalah

    mencukupi selaras dengan

    keperluan komuniti

    0 (0%) 4 (20%) 16 (80%) 0 (0%) 2.8 0.4

    Nota: STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = SangatSetuju