Kepimpinan
-
Upload
ummieahyar -
Category
Documents
-
view
268 -
download
1
Transcript of Kepimpinan
Kepimpinan Berkesan
ILYANA KAMAL BASHAH
Pengenalan
Secara amnya pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut
mahupun penyokong kepada usaha ataupun apa-apa sahaja rancangan dan
gerakannya. Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa
pakar yang mengkaji bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan
definisi kepimpinan sebagai “suatu percubaan untuk pengaruh
mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi,
menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat”. Proses ini
akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai keupayaan untuk
mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi)
untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai.
Aminuddin Mohd Yusof (1990) pula dalam hal yang sama
mengemukakan kepimpinan sebagai “pengaruh antara perseorangan yang
dilaksanakan dalam sesuatu situasi dan diarahkan melalui proses komunikasi
ke arah pencapaian matlamat atau matlamat khusus”. Aminuddin dalam hal
ini lebih memperincikan kepada wujudnya situasi tertentu yang
memungkinkan pengaruh seseorang untuk mencapai matlamat yang
digariskan. Ini berbeza dengan Abdul Halim yang mengutamakan ‘kuasa’
individu untuk mempengaruhi pengikut dalam pencapaian matlamat.
1
Sarjana Barat pula seperti Dubrin Andrew J (2001) menyebutkan
kepimpinan seperti berikut “leadership is the ability to inspire confidence
and support among the people who are needed to achieve organizational
goals”. Robiah Sidin (1998), mendefinisikan kepimpinan sebagai “usaha
untuk menggerakkan tenaga di dalam sesuatu kumpulan untuk mencapai
matlamat”. Robiah Sidin dalam hal ini lebih menumpukan perhatian kepada
usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menggerakkan tenaga yang dilakukan
dalam satu kumpulan dan bukan secara perseorangan dalam pencapaian
matlamat. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di kalangan anggota,
membimbing kegiatan mereka dan mengarahkannya bagi memenuhi
matlamat tertentu. Ia merupakan proses yang menekankan dinamika
kumpulan dan perhubungan interpersonal antara anggota.
Kepimpinan adalah pengisian ruang di antara keperluan dan kebolehan
pihak-pihak di peringkat bawah (subordinates) serta matlamat dan kehendak
organisasi (James G. Hunt and Richard N. Osborn, 1980). Cribbin (1981) pula
menyatakan bahawa kepimpinan yang berjaya ialah kepimpinan yang boleh
memobilisasikan atau menggerakkan tingkahlaku pihak lain seperti yang
dikehendaki oleh pengurus. Kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan
yang merealisasikan hasrat (intentions) pengurus dan memenuhi keperluan
pekerja.
Ralf Stogdill (1974) memetik intipati konsep kepimpinan dari beberapa
definisi seperti yang terkandung dalam kategori-kategori berikut :
2
i. kepimpinan sebagai satu focus kepada proses-proses kumpulan
ii. kepimpinan sebagai satu seni mendorong kesetiaan (compliance)
iii. kepimpinan sebagai penggunaan kuasa untuk pengaruh
iv. kepimpinan sebagai satu tindakan(act) atau kelakuan (behavior)
Definisi-definisi di atas hanya sebahagian daripada beribu definisi yang
pernah diberikan kepada konsep kepimpinan. Ini dibuktikan oleh Dubrin
Andrew J (2001) yang menyatakan dengan jelas bahawa “about 35,000
research articles, magazine articles and books have been written about
leadership”. Ini menggambarkan bahawa definisi-definisi kepimpinan adalah
pelbagai, tertakluk kepada pendapat pengkaji terhadap bagaimana sesuatu
kepimpinan itu dilaksanakan.
Namun kebanyakan definisi kepimpinan oleh beribu pengkaji
menggambarkan bahawa kepimpinan melibatkan proses mempengaruhi
antara pemimpin dengan pengikut. Ini bermakna pemimpin berusaha
mempengaruhi pengikutnya untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.
Maka kepimpinan bukanlah kerja seorang individu tetapi memerlukan juga
kerjasama individu-individu yang lain. Secara keseluruhannya, kepimpinan
akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi dan matlamat. Salah
satu teori kepimpinan yang amat terkenal ialah teori kepimpinan situasi.
Untuk melihat dengan lebih mendalam, adalah lebih baik melihat apakah
yang terkandung dalam teori kepimpinan situasi.
3
Apakah Teori Situasi ?
Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat menyesuaikan
sesuatu gaya dalam kepimpinan dengan situasi yang berlaku. Teori ini
memberi keutamaan kepada kewujudan situasi tertentu, manakala gaya
kepimpinan pula akan lebih kepada mengikuti situasi yang berlaku. Menurut
Abdul Halim Othman (1993) setakat ini hanya ada empat golongan teori
kepimpinan jenis situasi yang diakui oleh ramai pengkaji dan diterima dalam
bidang pengurusan. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah :
Teori kepimpinan edaran hayat
Model kepimpinan situasi Fiedler
Model kepimpinan laluan matlamat
Model kepimpinan keputusan oleh Vroom dan Yenon
Abdul Halim Othman (1993) menyatakan juga bahawa Fiedler
mengemukakan teori sebagai responnya kepada keputusan kajian yang
saling berkonflik tentang hubungan terus antara kepimpinan dengan kriteria.
Model ini menetapkan jenis situasi tempat seseorang pemimpin dianggap
lebih berkesan sementara yang lain tidak. Menurutnya juga asas teori Fiedler
ialah bahawa keberkesanan seseorang pemimpin untuk mendapatkan
prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk kepada struktur
keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperolehi kuasa
4
mengawal dan mempengaruhi satu-satu situasi tertentu. Dapatan beliau
dalam buku yang sama juga telah mendapati kepimpinan dapat ditinjau dari
segi perhubungan yang berasaskan kuasa dan pengaruh. Kesimpulannya,
terdapat dua fokus utama dalam teori situasi :
i. sejauh mana situasi membenarkan atau menyediakan pemimpin
dengan kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi
berkesan dan bagaimana ‘selesa’ faktor-faktor situasi itu.
ii. Sejauh mana pemimpin dapat meramal kesan stailnya ke atas
kelakuan dan prestasi pengikutnya.
Dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu
penilaian stail kepimpinan dan situasi. Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya
Kepemimpinan sekolah Teori Untuk Praktis berpendapat bahawa tidak ada
stail yang terbaik bagi menghadapi sesuatu situasi. Pemimpin boleh
memikirkan tindakan paling sesuai untuk sesuatu keadaan Misalnya :
i. Situasi krisis : Dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya
sesuai. Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi ini
memerlukan kepakaran kepemimpinan autokratik.
ii. Situasi kerja harian : Dalam situasi ini stail demokratik adalah
sesuai.
Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin
untuk menilai keadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah
5
berdasarkan ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau ini
diamalkan, kesilapan dapat dikurangkan.
Bagaimanakah Teori Situasi Mewujudkan Kepimpinan Yang Efektif
Di Sekolah ?
Pemimpin memberikan motivasi dan galakan
Situasi boleh mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Cara
pertama ialah melalui kuasa pemimpin memberikan motivasi. Wujudnya
kuasa pemimpin (pengetua) memberikan semangat ataupun dorongan
kepada guru dapat mewujudkan sokongan guru-guru kepada pengetua
dalam pentadbirannya. Contohnya dua pemboleh ubah penting menjadi inti
kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan situasi.
Maka faktor penilaian tentang stail kepimpinan mengenal pasti aspek
motivasi atau dorongan pemimpin dan ketiga-tiga faktor yang berikutnya,
struktur tugas, suasana kumpulan dan kuasa kedudukan pemimpin,
menghuraikan keselesaan situasi pemimpin. Faktor ini cuba memberi
penekanan kepada stail kepimpinan yang seharusnya digunakan atau dipilih
oleh pemimpin untuk menjadi pemimpinyang berkesan dan berkarisma.
Jelaslah dari segi keupayaan pengetua dalam memberikan semangat
ataupun dorongan kepada pengikutnya akan memberikan keselesaan untuk
terus berkhidmat di sekolah. Ini wujud apabila guru-guru mempunyai
6
keyakinan diri setelah mendapat bantuan daripada pengetua. Keadaan ini
meningkatkan keyakinan yang tinggi. Maka guru-guru di sekolah akan
bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh yang akan meningkatkan prestasi
kerja. Alwater and Bass (1994) menyatakan bahawa motivasi perangsang
(Inspirational motivation) sebenarnya datang dari kelakuan pemimpin yang
memberi cabaran dan mampu menukar persepsi staf bawahan bahawa
masalah-masalah organisasi boleh diselesaikan. Ditambah pula dengan
dorongan supaya staf lebih kreatif dan inovatif, menilai semula pendekatan
yang dibuat dan mendekati situasi lama dengan cara-cara baru.
Arahan yang difahami dengan jelas
Kepimpinan di sekolah dapat meyakinkan guru-guru tentang peranan
mereka sebagai pendidik. Pengetua dalam hal ini akan memberikan arahan
yang difahami dengan jelas oleh guru-guru. Mereka akan melakukan kerja
tanpa ragu-ragu dalam melaksanakan arahan yang diberikan oleh pengetua.
Abdul Halim Othman (1993) menyebutkan Fiedler terhadap pengukuran stail
kepimpinan individu. Bagi mengukur stail kepimpinan beliau telah
memajukan satu jenis ukuran yang dikenali sebagai “skala rakan sekerja
yang amat tak digemari” [Least preferred co-worker scale (LPC)]. Dua stail
kepimpinan yang ekstrem telah dipilih oleh Fiedler iaitu stail orientasi tugas
dan stail orientasi pekerja.
Orientasi tugas yang khusus
7
Kesan dari orientasi tugas guru ini akan membuahkan hasil apabila
pekerja akan cuba mendapatkan yang terbaik dalam pekerjaan mereka dan
sementara keadaan tertentu akan dapat diatasi oleh kaedah yang tertentu
apabila wujud beberapa ketidakstabilan dalam pengurusan. Oleh kerana
konsep kepimpinan di sekolah juga adalah sama dengan asas kajian ini,
tentulah ia dapat mewujudkan kestabilan dalam pengurusan di peringkat
sekolah.
Menurut Mohd Salleh Lebar (2000) Pengetua dianggap orang yang
mengetuai kepimpinan pengajaran. Kegagalan pelajar dalam akademik ada
hubungan dengan kualiti pengajaran guru. Jadi pengetua yang mengambil
berat aspek pengajaran guru biasanya selalu membuat penyeliaan serta
penilaian ke atas guru-guru atau meminta guru-guru menyatakan masalah
yang dihadapi semasa mengajar di dalam bilik darjah.
Cabaran tugas ditingkatkan
Meningkatkan cabaran dalam tugas setiap guru boleh meningkatkan
kepimpinan efektif di sekolah. Ini dibuat apabila melihat situasi di mana
guru-guru mula susut minat berkhidmat kerana kurang cabaran dalam
profesionalisme keguruan. Pengetua dalam hal ini akan memberikan
petunjuk bagi mencapai apa yang disasarkan seperti pencapaian pelajar-
pelajar dalam peperiksaan. Justeru semua guru akan memastikan sasaran
8
atau visi sekolah akan dapat dicapai. Kepimpinan ini mampu mewujudkan
stail kepimpinan yang relevan yang dapat diamalkan oleh guru.
Yukl (1989) berpendapat bahawa ekspektasi yang tinggi untuk berjaya
bagi pentadbir sekolah akan meningkatkan keyakinan mereka dalam
mendapatkan hasil yang bernilai (valued outcomes).
Kepimpinan yang wajar diamalkan
Kamarudin Kachar (1989) menyatakan ada empat kepimpinan yang
wajar diamalkan oleh guru iaitu kepimpinan yang berfungsi, kepimpinan
yang berpengaruh, kepimpinan positif dan juga kepimpinan berkuasa. Oleh
kerana pengetua mempunyai kuasa dalam memberikan arahan maka setiap
guru akan mendengar arahan tersebut terutama dalam meningkatkan
profesionalisme keguruan untuk berbakti mendidik pelajar.
Di sekolah setiap individu mempunyai tugas masing-masing. Setiap
tugas yang diberikan oleh pengurusan sekolah mahupun Jabatan Pendidikan
akan disempurnakan tanpa adanya campur aduk antara tugas-tugas guru-
guru berkenaan. Orientasi ini akan memudahkan setiap ahli dalam sekolah
untuk meneruskan setiap perancangan yang dibuat.
Hussein Mahmood (1997) yang memetik Kajian Sweeney
menggariskan ciri-ciri utama kepemimpinan pengetua :
i. memberikan penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam
bidang akademik
9
ii. menyusun dan menetapkan strategi pengajaran
iii. menyedia mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah
iv. kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajar
v. menyelaras program pengajaran
vi. membantu dan memberi semangat kepada para guru.
Ini menunjukkan bahawa kepemimpinan pengetua tertumpu kepada
bidang utama dalam tugasnya iaitu pengajaran yang dikaitkan dengan
pencapaian para pelajar dalam bidang akademik.
Kecemerlangan pendidikan
Setiap perancangan kerja yang dibuat di sekolah boleh mewujudkan
kecemerlangan. Aminah Ayob (2001) dalam dapatannya daripada Van Doren
(1964) menggariskan perkara yang harus dilakukan untuk menjadi pendidik
cemerlang :
“ The medioere teacher tells.
The good teacher explains.
The superior teacher demonstrates.
And the great teacher inspires “.
(Aminah Ayob, 2001, m.s. 4)
10
Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah bagaimana sesuatu situasi guru
itu dapat mengubah perlakuan dan menghasilkan sesuatu yang bermakna
terhadap pelajar-pelajarnya. Keadaan ini boleh diwujudkan apabila guru
dihormati dan diberikan kebebasan dalam menentukan kaedah, teknik,
strategi, pendekatan dan segala yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
Kuasa ketua
Seperti yang dijelaskan, pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang
bawahannya sesuai dengan struktur tugas yang harus diselesaikan oleh
kakitangannya. Salah satu syarat penting untuk paradigma tersebut ialah
adanya serangkaian ketentuan yang harus ditaati oleh bawahan dalam
menentukan bentuk dan tingkat peranan dalam pengambilan keputusan.
Maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang baik. Justeru kepimpinan
ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di sekolah.
Kuasa kedudukan menggambarkan sejauh mana pemimpin
mempunyai keupayaan mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau
mempunyai wibawa melalui kuasa sah, kuasa ganjaran atau kuasa
kepakaran. Selain daripada itu menurut Mohd Salleh Lebar (2001) kuasa
ketua di sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaan pengetua pada
aspek berikut :
11
i. menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan
ii. mampu membuat keputusan.
iii. Agen perubahan sosial sekolah
iv. Pengurus pelbagai program
v. Ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan bukan
akademik
vi. Iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang
memberangsangkan proses pembelajaran murid
vii. Merancang keperluan staf/kakitangan.
Ini menunjukkan bahawa tugas pengetua bukan setakat mengurus
sekolah tetapi sebagai pembentuk budaya sekolah, budaya murid, budaya
kakitangan dan budaya profesion keguruan.
Penyelesaian masalah dalam situasi berbeza
Situasi yang berbeza memerlukan jenis sikap yang berbeza di pihak
pemimpin. Maka adalah tidak tepat untuk bercakap tentang pemimpin yang
baik atau buruk kerana keadaan yang biasa berlaku ialah pemimpin
berprestasi baik dalam situasi tertentu tidak baik dalam situasi lain. Begitu
juga sebaliknya pemimpin tidak berprestasi baik tetapi baik dalam situasi
lain. Kekuatan model ini terletak pada usahanya menggabungkan stail
pemimpin dengan faktor-faktor situasi sebagai penentu-penentu
keberkesanan kepemimpinan.
12
Contoh seterusnya untuk lebih jelas adalah teori laluan matlamat yang
terkandung dalam teori situasi. Teori ini diasaskan oleh Robert J. House
(1992). Menurut House (1992) pemimpin boleh mendapat prestasi kerja
kumpulan yang memuaskan jika pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan
untuk mendapatkan ganjaran selaras dengan prestasi cemerlang dan
mengurangkan batasan ke arah pencapaian prestasi yang cekap. Pemimpin
hendaklah membantu kakitangan meningkatkan prestasi.
Kepimpinan partisipatif
Stail yang seterusnya ialah kepimpinan partisipatif (Zaidatol Akmaliah
Lope Pihie, 2001). Ketua meminta cadangan daripada kakitangan dan
menggunakan pandangan mereka untuk membuat keputusan akhir.
Keadaan ini menunjukkan pengetua mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap guru-gurunya. Balasannya, guru-guru akan memberikan sokongan
yang menyeluruh terhadap pengetua dalam situasi-situasi yang tertantu.
Dalam hal ini, situasi akan menjadikan pengetua dihormati dan
disanjungi di kalangan guru-guru. Kerana menghargai peranan mereka.
Penghormatan ini akan meletakkan pengetua di kalangan pengetua yang
berkesan kerana berjaya menunjukkan peranannya dalam mengurus staf
supaya menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya dan juga
kerjasama dengan pihak sekolah. Dalam hal ini Howell (1989) menegaskan
13
bahawa pemimpin berkarisma mempunyai kesan yang mendalam kepada
pengikut-pengikutnya.
Kepimpinan kerjaya
Stail yang seterusnya ialah kepimpinan berorientasikan kerjaya.
Pengetua akan membentuk matlamat yang mencabar untuk kakitangan dan
menunjukkan rasa penuh yakin kepada kebolehan mereka untuk
menyempurnakannya. Guru-guru akan menunjukkan kebolehan mereka
dengan lebih pro aktif kerana mempunyai motivasi yang juga lebih kepada
orientasi kerjaya. Mereka akan menjalankan tugas dengan lebih tekun dalam
perkhidmatan. Teori ini menekankan tingkahlaku ketua akan diterima oleh
kakitangan lain jika mereka melihat tingkahlaku itu sebagai sumber terdekat
untuk mendapat kepuasan. Tingkahlaku ketua yang boleh mendorong
kakitangan ialah pemimpin yang dapat memberikan kepuasan kerjaya
kepada kakitangan dengan menyediakan sokongan, ganjaran, bimbingan
dan penyeliaan untuk mencapai prestasi yang memuaskan.
Persefahaman dengan staf
Teori situasi mengutamakan orientasi pekerja. Penguasaan terhadap
pekerja tidaklah hanya memberikan penjelasan bahawa pekerja hanya
mendapat arahan daripada majikan tetapi juga bagaimana pekerja atau guru
berkenaan mengemukakan sesuatu untuk diselesaikan dengan bantuan
14
pengetua jika perlu. Oleh itu dalam keadaan atau situasi tertentu amat jelas
bahawa teori ini boleh mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah.
John Andair (1984) menyatakan pandangannya mengenai
kepemimpinan :
“ Kepimpinan terletak pada fungsi-fungsi bukan pada pemimpin-pemimpin.
Kerana itu, kelompok dapat berpatisipasi dalam kepimpinan di antara
mereka sendiri. Jika seorang anggota menyediakan suatu fungsi misalnya
membuat ringkasan dan kelompok menerimanya maka pada saat itu fungsi
itu menjadi fungsi kepimpinan “
Keadaan yang kurang menentu menyebabkan individu-individu
mencari seorang “figure head” atau ketua yang boleh membetulkan
keadaan. Mengikut Shamir dan Howell (1999) pemimpin berkarisma besar
kemungkinan lebih berkesan dalam situasi lemah daripada situasi kuat.
Rumusan Dan Kesimpulan
Pengetua sekolah mempunyai asas untuk bertindak melalui teori
situasi dalam berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan
di sekolah. Pengetua boleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan
tingkahlaku mahupun sumbangan ke arah menjadikannya sebagai
pencapaian matlamat.
Pengetua juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang
dingin, masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang
15
tertentu. Pengetua sepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan
cara menyokong mereka dan menolong memilih tindakan apabila mereka
merasa kurang yakin atau menghadapi situasi yang mengelirukan.
Selain itu, pengetua boleh membantu guru dan orang lain menjelaskan
harapan dan visi supaya mudah dicapai. Peluang untuk pengetua
menghapuskan halangan dan kekangan adalah luas. Ini termasuklah
mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pendidikan untuk cadangan guru,
menyediakan pengangkutan untuk lawatan sambil belajar dan melayan
permintaan dan aduan ibu bapa.
Di samping itu pengetua boleh juga menambah peluang-peluang untuk
kepuasan kerja peribadi dengan menstrukturkan tugas-tugas guru supaya
mereka menerima ganjaran intrinsik apabila bekerja. Walau bagaimanapun,
pencapaian matlamat selalunya membawa kepada kepuasan yang dapat
menggalakkan individu mengikuti matlamat-matlamat tambahan. Adalah
penting untuk pengetua sekolah memastikan bahawa matlamat dapat
dicapai dengan jayanya.
16
17