Kepimpinan Kwn Hanny

9
Tugasan Kepimpinan Pengenalan Tentang Kepimpinan Kepemimpinan adalah satu subjek yang telah lama diperkatakan sejak zaman Plato, Aristotle dan Leviathian. Kepemimpinan ialah tindakan atau perlakuan untuk mengetahui sesuatu dan ia sesuatu yang boleh dipelajari dan diperbaiki. Kepemimpinan diperlukan untuk membawa manusia mencapai matlamat ataupun tujuan dan nilai-nilai yang mereka anggap berguna dan dapat memberikan manfaat. Dari perspektif Islam, setiap manusia mempunyai tugas kepemimpinan. Suami, isteri, pegawai kerajaan, ketua parti politik, ketua kampung, pelajar dan individu biasa mempunyai tugas kepimpinan terhadap kelompok atau terhadap individu lain. Hakikat ini dapat dikiaskan daripada hadith berikut : "Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinan kamu. Ketua negara bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin dalam keluarga. Khadam/orang gaji adalah pemimpin/pengawal, justeru itu ia bertangungjawab menjaga harta tuannya dan ia akan di tanya mengenai hal di bawah jagaannya?" (Abdullah Bin Umar, dalam Abdul Aziz,1993) Berikut diberikan beberapa definisi kepemimpinan Satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang untuk pengikut mengemukakan idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi dirumuskan; dan akan memberkan kepuasan kepada pengikut (Razali, 1993). Satu proses menyelesaikan sesuatu perkara melalui orang; apabila terdapat objektif yang perlu dicapai atau tugas yang perlu dilakukan dan apabila lebih daripada seorang individu diperlukan untuk melakukan sesuatu (Amstrong, 1990). Kepemimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke arah mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu (Maimunah, 1990)

Transcript of Kepimpinan Kwn Hanny

Page 1: Kepimpinan Kwn Hanny

Tugasan Kepimpinan

Pengenalan Tentang Kepimpinan

Kepemimpinan adalah satu subjek yang telah lama diperkatakan sejak zaman Plato, Aristotle

dan Leviathian. Kepemimpinan ialah tindakan atau perlakuan untuk mengetahui sesuatu dan

ia sesuatu yang boleh dipelajari dan diperbaiki. Kepemimpinan diperlukan untuk membawa

manusia mencapai matlamat ataupun tujuan dan nilai-nilai yang mereka anggap berguna dan

dapat memberikan manfaat.

Dari perspektif Islam, setiap manusia mempunyai tugas kepemimpinan. Suami, isteri,

pegawai kerajaan, ketua parti politik, ketua kampung, pelajar dan individu biasa mempunyai

tugas kepimpinan terhadap kelompok atau terhadap individu lain. Hakikat ini dapat dikiaskan

daripada hadith berikut :

"Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu adalah

bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinan kamu. Ketua negara

bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin dalam keluarga.

Khadam/orang gaji adalah pemimpin/pengawal, justeru itu ia bertangungjawab menjaga

harta tuannya dan ia akan di tanya mengenai hal di bawah jagaannya?" (Abdullah Bin

Umar, dalam Abdul Aziz,1993)

Berikut diberikan beberapa definisi kepemimpinan

Satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang untuk pengikut mengemukakan

idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi dirumuskan; dan akan memberkan kepuasan kepada

pengikut (Razali, 1993).

Satu proses menyelesaikan sesuatu perkara melalui orang; apabila terdapat objektif yang perlu

dicapai atau tugas yang perlu dilakukan dan apabila lebih daripada seorang individu

diperlukan untuk melakukan sesuatu (Amstrong, 1990).

Kepemimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke arah

mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu (Maimunah, 1990)

Page 2: Kepimpinan Kwn Hanny

Satu proses yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang lain dan

bergantung kepada pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur kelompok (Jamilah &

Lambak, 2001).

Kepemimpinan adalah sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya

mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat

bersama (Bass, 1990).

Justeru itu, kepemimpinan adalah interaksi di antara dua atau lebih ahli dalam satu kumpulan

yang sering melibatkan penyusunan semula situasi, persepsi dan harapan semua ahli.

Berdasarkan pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh ramai pengkaji, dapatlah

dirumuskan bahawa pengertian kepemimpinan dalam konsep yang lebih mudah ialah sebagai

segala aktiviti yang mempengaruhi individu dalam kumpulan atau organisasi yang membawa

ke arah mencapai matlamat.

Perbezaan sudut pandangan perihal definisi kepemimpinan berasaskan personaliti (trait) dan

proses pembentukan definisi kepemimpinan.

Sumber : Northouse (1997). Leadership : Theory and Practice. M.s. 5.

Ciri-ciri kepemimpinan

Kepemimpinan adalah satu seni, sains dan kemampuan mencipta iklim yang dapat

memberikan gerak balas dan meransang motivasi . Oleh kerana kepemimpinan digambarkan

demikian, maka setiap individu yang dipilih, dilantik atau diwakilkan sebagai pemimpin perlu

memiliki ciri-ciri yang sesuai sebagai pemimpin.

Seorang pemimpin dikatakan mempunyai ciri-ciri peribadi yang mengarah kepada ciri-ciri

kepemimpinannya. Pada mulanya andaian yang dibuat melalui pendekatan ini ialah ciri-ciri

kepemimpinan ini adalah semulajadi dan tidak dibentuk. Atau dengan erti kata lain,

seseorang pemimpin dilahirkan dengan ciri-ciri kepepimpinan. Sungguhpun begitu

semestinya seorang pemimpin yang berjaya itu dilahirkan dengan ciri kepemimpinan

semulajadi tetapi ciri tersebut boleh dipelajari atau dibentuk daripada pengalaman.

Page 3: Kepimpinan Kwn Hanny

Individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan ialah individu yang mempunyai personaliti

adil, tegas, sihat, jujur, rajin, berani, tekal, berpengetahuan tentang kerja, taat setia,

keghairahan, korban diri, disiplin diri dan yakin diri. Malahan pemimpin seharusnya

mempunyai ciri-ciri seperti kebersihan jiwa dan rohani, kesihatan dan kekuatan badan,

keupayaan mental dan fikiran, memberi perhatian kepada ahli yang dipimpinnya, tauladan

yang baik, pandangan yang tajam, kemahuan yang kuat, dan optimisme.

Terdapat 4 ciri penting pada seseorang pemimpin iaitu:

i. Fizikal (ketinggian, berat badan, perawakan fizikal, kecergasan dan mempunyai

paras rupa),

ii. Sosial (sifat belas kasihan, sabar, orientasi pekerja dan kematangan emosi),

iii. Perawakan (dominan diri, aggresif, ekstrovet (pentingkan hal lahiriah), yakin dan

penghormatan diri), dan

iv. Peribadi (kebolehan berkomunikasi, keupayaan intelek, orientasi pencapaian,

keupayaan bekerja kuat dan bertanggungjawab).

Ada pelbagai kajian tentang ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin telah dilakukan.

Beberapa pengkaji telah mengenalpasti lima sifat fizikal bersabit kemampuan kepemimpinan

iaitu:

i. Tenaga, penampilan dan ketinggian,

ii. Ciri kecerdasan dan kemampuan,

iii. Sifat keperibadian iaitu kebolehsuaian, sifat aggresif, keghairahan dan

keyakinan diri,

iv. Ciri berhubung tugas iaitu daya pencapaian, kesungguhan dan inisiatif, dan

v. Ciri sosial iaitu daya kerjasama, kemahiran antara perseorangan dan

kemampuan pentadbiran.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian yang menunjukkan korelasi penting di antara

keberkesanan kepemimpinan dengan sifat kecerdasan, kemampuan menyelia, inisiatif,

keyakinan diri dan keindividuan dalam menjalankan tugas. Pada masa yang sama kecerdasan

yang terlalu tinggi atau terlalu rendah mengurangkan keberkesanan pemimpin. Ciri-ciri

seperti berwawasan, kesanggupan menghadapi cabaran peribadi, penggunaan strategi yang

luar biasa, sensitif terhadap persekitaran, berperanan sebagai agen pembaharuan, kebolehan

berkomunikasi dan penggunaan kuasa peribadi juga antara ciri yang perlu ada pada seseorang

pemimpin.

Page 4: Kepimpinan Kwn Hanny

Konsep kendiri merupakan antara elemen penting ciri kepemimpinan. Konsep kendiri yang

positif membentuk pencapaian kendiri yang tinggi, di mana ia terdiri daripada ciri-ciri diri

yang positif yang juga menyumbang kepada pembentukan ciri kepemimpinan dan konsep

kendiri terdiri daripada aspek personal iaitu emosi, imej diri, kawalan impuls, penguasaan dan

daya tindak, perhubungan dengan rakan sebaya , hubungan dengan keluarga, psikopatologi,

penyesuaian yang unggul dan matlamat pendidikan kerjaya.

Pemimpin formal dan tidak formal

Kepemimpinan berlangsung dalam setiap aspek kehidupan manusia. Setiap orang memiliki

kebolehan, kemampuan dan pengetahuan mengenai kepemimpinan. Persoalannya berapa

ramaikah yang sedar akan perkara ini. Setiap orang adalah pemimpin dan mengamalkan stail

kepemimpinan yang tersendiri yang sejajar dengan kehendak organisasi, agensi dan diri

sendiri.

Sama ada menjadi pemimpin dalam organisasi, masyarakat, keluarga hatta pada diri

sendiripun, individu cenderung mengamalkan kepemimpinan yang dirasakan sesuai, menepati

dan menganjurkan kemajuan sejajar dengan objektif yang ditujui. Justeru setiap orang adalah

pemimpin, namun tidak semua orang berpeluang dilantik atau diberi autoriti sebagai

pemimpin.

Walau bagaimanapun, kegagalan mendapatkan tempat sebagai pemimpin, tidak bemakna

individu tidak boleh memimpin. Paling tidakpun memimpin diri sendiri. Oleh yang

demikian, wujudlah dua konsep asas kepemimpinan iaitu kepemimpinan formal dan

kepemimpinan tidak formal.

Kepemimpinan formal

Kepemimpinan formal adalah pemimpin itu dilantik, dipilih dan diletakkan di kedudukan

sebagai pemimpin. Individu tersebut memiliki kuasa berupa kuasa yang diberikan untuknya

memutuskan sesuatu perkara, keputusannya diakui dan diturut.

Lazimnya pemimpin sebegini menganjurkan stail kepemimpinan bersesuaian dengan

kehendak anggota yang melantik atau memilihnya. Kepemimpinan jenis ini dibayar gaji

sebagai pengiktirafan. Kepemimpinan formal ini juga biasanya berada dalam organisasi yang

Page 5: Kepimpinan Kwn Hanny

berstruktur dan hirarki tugas dan jawatan. Contoh: pemimpin politik, ketua eksekutif

organisasi.

Kepemimpinan tidak formal

Sementara itu corak kepemimpinan tidak formal adalah berlawanan dengan kepemimpinan

formal. Pemimpin tidak memiliki kuasa mutlak dan biasanya secara sukarela mengepalai atau

mengetuai sesuatu kumpulan. Pemimpin tidak di bayar gaji. Walaupun ada ganjaran,

lazimnya berbentuk penghargaan dan pengiktirafan.

Pemimpin mengetuai sesuatu atau kumpulan kerana kesedaran, kemahuan sendiri dan

kecenderungan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Kumpulan atau

organisasi yang diketuai tidak memiliki struktur organisasi yang ditetapkan. Contoh: ketua

keluarga, ketua kumpulan rakan sebaya, ketua aktiviti perkhemahan.

Perspektif Diri : Kepemimpinan

Aktiviti

Berdasarkan maklumat asas yang menerangkan definisi kepemimpinan, ciri-ciri

kepemimpinan dan pemimpin, lukiskan satu gambarajah yang tersusun untuk menunjukkan

hubungan yang terbentuk antara :

i. Kepelbagaian definisi kepemimpinan dari perspektif akademik.

ii. Ciri-ciri kepemimpinan dengan pemimpin, dan

iii. Berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan penilaian anda:

a) Nyatakan konsep dan definisi kepemimpinan mengikut kefahaman.

Diri

Bagaimana Saya Lihat Diri Saya

Bagaimana Saya Hendak Orang Lain Lihat Diri Saya

Bagaimana Orang Lain Sebenarnya Lihat Diri Saya

Fizikal

Bagaimana Tuhan Melihat Saya

Page 6: Kepimpinan Kwn Hanny

b) Senaraikan ciri-ciri kepemimpinan.

Apa Itu Pengikut

Pengikut didefinisikan sebagai mereka yang mengikut apa yang dikatakan, menerima arahan,

melaksanakan arahan mengikut kemampuan dan sentiasa berusaha menjadikan matlamat

organisasi sesuatu yang realistik.

Hollander (1964) menakrifkan pengikut sebagai individu yang menerima pengaruh dan kuasa

individu lain iaitu pemimpin terhadap mereka. Ini secara langsung memberikan maksud

pengiukut akan mematuhi perintah atau arahan daripada pemimpin untuk melaksanakan tugas

atau tanggungjawab.

Pengikut adalah subsistem penting dalam sesebuah organisasi. Peranan utama pengikut

adalah melaksanakan segala perancangan yang telah digalurkan secara objektif oleh

pemimpin dan pengikut memiliki peranan tertentu dalam menjayakan sesuatu misi organisasi.

Pengikut mempunyai peranan dan fungsi yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah

organisasi. Kurangnya penekanan terhadap fungsi dan peranan pengikut menyebabkan

kecemerlangan organisasi sering terganggu. Kecemerlangan ini tidak dapat direalisasikan

kerana tumpuan yang lebih diberikan kepada aspek kepemimpinan berbanding kepengikutan.

Pengikut mampu memainkan peranan yang tersendiri dan penting untuk menentukan maju

mundurnya sesebuah organisasi. Terdapat beberapa ciri pengikut dalam organisasi iaitu:

i. Patuh kepada ketua dan kumpulan,

ii. Menyokong ketua,

iii. Mengiakan ketua,

iv. Menegur dan memperbaiki kesilapan ketua,

v. Bekerja untuk ketua,

vi. Mendapatkan penjelasan dari ketua,

vii. Memberi maklum balas kepada ketua,

viii. Menjaga nama baik organisasi,

ix . Mengekalkan budaya dalam kumpulan,

x . Mengetahui peranan dan tugas sebagai pengikut,

Page 7: Kepimpinan Kwn Hanny

xi. Menyediakan diri untuk tampil ke depan menggantikan ketua,

xii. Mengetahui kedudukan, keupayaan dan tangungjawab dalam organisasi,

1) Turut serta dalam aktiviti organisasi,

2) Berkorban untuk ketua dan organisasi, dan

3) Kekal terhadap perjuangan organisasi.

Persoalannya ialah berapa ramaikah yang sedar dengan tugas, peranan dan ciri yang perlu ada

pada pengikut untuk melayakkan mereka menjadi pengikut yang baik.

Aktiviti yang perlu dilaksanakan

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda:

1) Senaraikan ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab pengikut yang baik.

2) Dengan menggambarkannya dalam bentuk gambarajah, tunjukkan perkaitan antara

ciri, peranan dan tanggungjawab pengikut dengan konsep pengikutan.

Berdasarkan tinjauan saya melalui beberapa maklumat maka berikut adalah serba ringkas

mengenai konsep kepemimpinan dan kepengikutan. Pemahaman dan pengetahuan asas

mengenai konsep ini penting kerana dalam menjalankan kehidupan seharian, individu tidak

boleh lari dari mempunyai atau merasai pengalaman ini.

Ringkasan unit

i. Ringkasan penting yang perlu difahamkan selepas mengikuti unit ini ialah:

ii. Kepemimpinan adalah satu konsep yang luas.

iii. Kepemimpinan penting dalam kehidupan manusia untuk membolehkan manusia

memenuhi keperluan hidup.

iv. Pemimpin dan kepemimpinan adalah dua entiti yang berbeza dan perlu difahami

dengan jelas.

v. Kepemimpinan mempunyai pelbagai definisi sejajar dengan cara bagaimana

kepemimpinan itu difahami dan kehendak setempat.

vi. Wujudnya pelbagai ciri, peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan pengikut.

vii. Tugas dan peranan pemimpin dan pengikut adalah tidak sama.

viii. Setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau pengikut mempunyai peranan dan

tanggungjawab yang tersendiri.

Page 8: Kepimpinan Kwn Hanny

ix. Pemahaman terhadap konsep kepemimpinan dan pengikutan adalah penting untuk

membolehkan individu mengetahui kedudukan mereka.

x. Kepemimpinan dan kepengikutan saling perlu memerlukan untuk menjayakan misi

dan visi organisasi.

Bibliografi

Aminuddin, M. Y. (1994). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amstrong, M. (1990). A handbook of human resource management. Great Britian: Billings

& Sons Limited.

Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of leadership : Theory, Research, and

Managerial Application. (3th ed.). New York : The Free Press.

Hollander, E. P. (1964). Emergent leadership and social influence: leaders, groups and

influence. New York : Oxford University Press.

Jamilah, O. & Lambak, T. (2001). Modul kepemimpinan (edisi 1). IDEAL. UPM.

Maimunah, I. (1990). Pengembangan : Implikasi ke atas pembangunan masyarakat

(edisi kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. USA : Sage Publications.

O’toole, J (1999). Leadership: A to Z. A Guide for the Appropriately Ambitious. San

Francisco : Jossey Bass Publisher.

Razali M. Z. (1993). Kepemimpinan dalam pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan

Publication.

Page 9: Kepimpinan Kwn Hanny