Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

7
Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) 1. Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara 2. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah 3. Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya. 4. Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan yang lebih ketat dan rapi di Melaka 5. Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman 6. Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada perluasan kuasa 7. Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru dan telah memperoleh kemenangan Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka yang ketujuh. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak. Walaubagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Ahmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Ahmad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India- Muslim. Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda meninggal dunia pada tahun 1488 semasa berumur 30 tahun [1] , dan digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud. Isteri Sultan Melaka Ketujuh

Transcript of Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

Page 1: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)

1. Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara

2. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al -Khatab. Dalam

buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah

3. Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat

sendiri keadaan dalam negerinya.

4. Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan

yang lebih ketat dan rapi di Melaka

5. Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah

jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman

6. Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada

perluasan kuasa

7. Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru

dan telah memperoleh kemenangan

Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka yang ketujuh. Baginda

menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda

merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar

sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi

negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak.

Walaubagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Ahmad

(pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Ahmad

mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai

banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua

anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan

mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-

Muslim.

Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda meninggal dunia pada

tahun 1488 semasa berumur 30 tahun[1], dan digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud.

Isteri

Sultan Melaka Ketujuh

Page 2: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka:1477-1488

Gelaran Marhum Berdarah Putih

Dikebumikan Pagoh, Johor

Pendahulu Sultan Mansur Shah

Pengganti Sultan Mahmud Shah

1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan

perdagangan anatara Timur dan Barat

2. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan

berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal

3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran

Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera

4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk

pulang dan datang ke Melaka

a. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa

pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan

India belayar pulang dari Melaka

b. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan

membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama

membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka

5. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh

di kawasan pelabuhan

6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal

laluan kapal-kapal dagang dengan mudah

7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl

kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta

tempat memerhati musuh

Page 3: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar

ditembusi musuh.

____________________________________________

Kemudahan Pelabuhan

1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik

pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka

2. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan

rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang.

3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong,

lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke

gudang

4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan

pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun

5. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang

daripada serangan lanun

____________________________________

Askar Upahan

1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari

Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama

2. Apabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau Jawa

Usaha Pemerintah

1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari

Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama

2. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam

Sinar Islam dan Kesannya Terhadap Melaka

Kesan Politik

1. Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi

menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu

2. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan

Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab

iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan

mennagkap pencuri

Page 4: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

3. Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri

di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima

utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal

4. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem

pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf

5. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak

Kesan Ekonomi

1. Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15

2. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab

agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya

3. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan

sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah

Kesan Sosial

1. Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam

yang terpenting

2. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain

lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu

3. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca

4. Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya

dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama

Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun,

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan

Hikayat Iskandar Dzulkarnain

5. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan

orang Melayu

6. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang

Melayu seperti

Kesenian

Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah,

batu nisan dan sebagainya

Tulisan

Page 5: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis

Khat

Amalan

Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah

7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam

semakin kukuh di Melaka

8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama

atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji

9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu

manulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan

_______________________________________

Pusat kegiatan Ilmu

Peranan Istana sebagai Pusat kegiatan Intelektual

Jurutulis pengarang dan Ulama di Istana

1. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis

2. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil

bilangannya

3. Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru

dan ulama di istana

4. Tugas jurutulis ialah

Mengarang surat rasmi untuk raja

Menggubal perjanjian

Menjadi guru kepada anak-anak raja

5. Tugas pengarang ialah

Menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu

Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu

Mencatat diari istana

Menyusun salasilah raja-raja

6. Tugas ulama ialah

Page 6: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

Menulis kitab agama Islam

Menterjemah Kita agama

___________________________________________________

Karya Sastera

1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka

2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi

3. Antara karya sastera teremahan ialah

a. Hikayat Amir Hamzah

b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

c. Hikayat Iskandar Zulkarnain

4. Karya sastera saduran pula ialah

a. Hikayat Bulan Belah

b. Hikayat Nabi Bercukur

c. Hikayat Bakhtiar

d. Hikayat Nabi Wafat

e. Hikayat Nabi Yusof

5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telha

dihasilkan. Antaranya

a. Hikaya Hang Tuah

b. Hikayat Bayan Budiman

6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut

Melaka telah digubal

7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada

zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula

_________________________________________

Istana Melaka

1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta

perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama

2. Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek

ketuhanan

Page 7: Kepimpinan sultan alauddin riayat shah

3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka

4. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu

buku-buku penulis tempatan dan penulis asing

______________________________________________

Bahasa Melayu

1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan

dalam kegiatan dakwah

2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan

3. Tulisan jawi juga telah digunakan

4. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab

a. nya

b. ga

c. pa

d. nga

e. ca