KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas...

23
PENGENALAN Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia atau KEPTAN Semenanjung Malaysia telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) pada tahun 1994. Kesatuan ini mempunyai 77 buah cawangan dan mempunyai hampir 15 ribu ahli yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir (KPT) / Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) dan Kewangan dan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) gred N/W26, 22,17 dan N11. Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia adalah salah sebuah kesatuan gabungan CUEPACS. OBJEKTIF Untuk memastikan teras perjuangan dan kebajikan ahli Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) 1 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Transcript of KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas...

Page 1: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

PENGENALAN

Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia atau KEPTAN Semenanjung Malaysia telah didaftarkan dengan Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) pada tahun 1994. Kesatuan ini mempunyai 77 buah cawangan dan mempunyai hampir 15 ribu ahli yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir (KPT) / Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) dan Kewangan dan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) gred N/W26, 22,17 dan N11. Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia adalah salah sebuah kesatuan gabungan CUEPACS.

OBJEKTIF

Untuk memastikan teras perjuangan dan kebajikan ahli Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia berjaya dilaksanakan secara berterusan dan sentiasa ada penambahbaikan bagi memantapkan kebajikan ahli (Pembantu Tadbir) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana dalam menjayakan visi, misi, objektif serta memberi sokongan padu secara langsung dan tidak langsung terhadap Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) serta Tranformasi Pembangunan Pendidikan selaras dengan perkembangan semasa.

1 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

KESIMPULAN

Pembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang 31,032 orang bagi membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawab kepada guru hampir 500 ribu orang dan pelajar berjumlah jutaan orang setahun terutamanya Pembantu Tadbir yang bertugas di 10,000 buah sekolah di seluruh negara yang terlibat secara langsung membantu guru-guru bagi memantapkan pelajaran & pembelajaran. Tanggungjawab ini juga melibatkan Anggota Kumpulan Pelaksana yang bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Semenanjung Malaysia.

PENUTUP

Akhir sekali, harapan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat mempertimbangkan Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir, Kertas Cadangan Elaun Tanggungjawab Untuk Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 / W22 dan Gred N26 / W26 dan Kertas Cadangan Tempoh Perkhidmatan Lalu Diambil Kira Dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir Gred N17 Untuk Tujuan Kenaikan Pangkat Gred N22 / N26 bagi Kes Penjumudan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N11 dan Pembantu Tadbir Rendah N11/N14 Yang Telah Dilantik Jawatan Pembantu Tadbir N17 melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ( KPSL ).

2 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

KERTAS CADANGAN PENETAPAN NORMA PERJAWATAN PEMBANTU TADBIR DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

TUJUAN

1. Kertas cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan

pertimbangan serta persetujuan yang sewajar daripada pihak Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pihak

Kerajaan supaya Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir di Bahagian-

bahagian Kementerian Pendidikan, Unit-unit Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat

Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah dapat laksanakan dengan lebih teratur.

OBJEKTIF

2. Mengharap setiap resolusi Kesatuan Pembantu Tadbir kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengandungi isu-isu berkaitan

perjawatan dan perkhidmatan untuk kebajikan ahli mendapat sokongan padu

seperti mana kajian norma perjawatan baru Anggota Kumpulan Pelaksana yang

mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 1.1.2009.

3 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 4: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

3. Resolusi ini juga adalah kesinambungan permohonan dan isu yang

pernah dibangkitkan oleh Kesatuan Pembantu Tadbir, antaranya melalui

perbincangan dengan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia dengan

Kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia bertarikh 09/11/2011 dan Mesyuarat Bersama Kesatuan (MBK) dengan

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

4. Kekangan penambahan jawatan juga berdasarkan keputusan Mesyuarat

Jemaah Menteri bertarikh 26 Mac 2010 dalam usaha mengawal perbelanjaan

Kerajaan di mana semua pewujudan jawatan baru dalam perkhidmatan awam

dibekukan (merujuk kepada maklum balas Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan

Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2013).

MEMORANDUM DAN RESOLUSI

5. Kesatuan Pembantu Tadbir Semenanjung Malaysia akan terus berusaha

dan memberikan sokongan padu dalam memperjuangkan kebajikan ahli melalui

resolusi berikut:-

4 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 5: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

5.1 Memohon Kementerian Pendidikan Malaysia menambah jawatan

Pembantu Tadbir Gred N22/W22 dan N26/W26 di Bahagian-bahagian

Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit-unit Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat

Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah. Rasionalnya adalah selaras dengan

penambahbaikan kepada norma baru perjawatan yang diluluskan pada 1.1.2009

dan memerlukan penambahbaikan perjawatan berikutan pengstrukturan semula

Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat

Pendidikan Daerah dan transformasi pendidikan iaitu berdasarkan perubahan

semasa yang memerlukan perkhidmatan awam yang relevan untuk menarik dan

mengekalkan modal insan terbaik dan menguasai kemahiran pelbagai

(multi-skilling) selaras peningkatan ekspektasi pelanggan dan merupakan

transformasi perkhidmatan yang diperlukan untuk menjayakan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia, NKRA Pendidikan merupakan agenda

pembangunan Negara yang termaktub di bawah Gagasan 1 Malaysia, Program

Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Ke 11 dan

inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain, yang memerlukan sokongan padu

penjawat awam bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan berstatus Negara

Maju serta berpendapatan tinggi.

5 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 6: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

6. Kesatuan Pembantu Tadbir mencadangkan mohon dikaji semula

penetapan norma perjawatan anggota kumpulan pelaksana di institusi

pendidikan terutama di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia di

Sekolah SBP, Sekolah SBT, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah, Kolej, SMK

PTJ ,SMK Harian dan SK. Ketika ini kebanyakan sekolah tersebut senarai

perjawatan Anggota Kumpulan Pelaksana yang tertinggi ialah Ketua Pembantu

Tadbir Gred N22 dan bagi sekolah yang muridnya melebihi 1351 ke atas sahaja

ditempatkan Ketua Pembantu Tadbir Gred N26. Kadar ini hendaklah dikaji

semula bukan dengan menurunkan kadar bilangan murid.

7. Kesatuan Pembantu Tadbir mencadangkan semua sekolah menengah

hendaklah ditempatkan dengan Gred N26 manakala semua sekolah rendah

ditempatkan dengan Gred N22 kecuali Sekolah Kurang Murid (SKM) sebagai

penyelia kepada staf gred terkebawah dari gred tersebut demi mengawal selia

tugasan anggota kumpulan pelaksana.

8. Selaras dengan penetapan gred Pengetua Sekolah Menengah DG52,

DG54 dan ada Pengetuanya Gred Jusa C sewajarnya penetapan Ketua

Pembantu Tadbir adalah gred N26 tidak sebagaimana sekarang hanya gred N22

malahan ada sekolah menengah yang tidak mempunyai Ketua Pembantu Tadbir

langsung.

6 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 7: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

9. Bebanan tugas dan pelbagai tanggung jawab yang dipikul oleh Pembantu

Tadbir adalah sama sebagaimana yang dijalankan oleh Penolong Pegawai

Tadbir atau Pegawai Tadbir di jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang mana

mereka bertanggung jawab dalam menguruskan hal-hal pentadbiran dan

kewangan sekolah. Dalam urusan pentadbiran, membantu Pengetua dan

melaksanakan tugas-tugas bermula dari pelantikan guru dan anggota kumpulan

pelaksana, pengesahan dalam jawatan, kemasukan keperjawatan berpencen,

kenaikan pangkat hinggalah kepada seseorang guru dan anggota kumpulan

pelaksana itu bersara dan yang terkini semua urusan berkaitan aplikasi secara

atas talian seperti e-operasi, e-spkb, e-perolehan, e-terimaan, e-keberadaan,

espkws, hrmis , SSO dan lain-lain lagi. Urusan kewangan pula bermula dari

Anggaran Belanja Mengurus, permohonan peruntukan tambahan, pembelian

dan perolehan sehingga pembayaran dilakukan kepada pembekal tertakluk

kepada Tatacara Pengurusan Kewangan yang berkuatkuasa.

10. Berkenaan urusan Aset Alih Kerajaan pula bermula dari penerimaan

barang,pendaftaran aset, penyimpanan, pengeluaran, pelupusan, kehilangan

dan hapuskira.

7 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 8: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

11. NORMA PERJAWATAN SEDIA ADA YANG DIGUNA PAKAI

ENROLMEN

BIL.GURU

(MAK)

PT(P/O) PT

(Kew)

PTR PAP

JUM

N26 N22 N17 W17 N14 N11 N4 N1

< 60 15 1 1

61 - 150 29 1 1 1 3

151- 550 45 1 1 1 1 4

551 - 950 57 1 1 1 1 1 5

951 - 1350 73 1 2 1 1 1 1 7

1351 - 1750 175 1 2 1 1 1 1 1 8

> 1751 > 175 1 2 2 1 1 1 1 9

8 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 9: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

12.CADANGAN NORMA BARU PERJAWATAN DI SEKOLAH SEKOLAH

SKM

SRH/SABK

/KHAS

SMH/SMKA/

KHAS/SABK

SBP SMT/V KLUSTER SBT

PPTN27/N32 1 1 1 1

PT N26 1 1 1 1 1

PT N22 1

PT N17/N22 1 2 2 2 2 2 2

PTKewW17/W22 1 1 1 1 1 1

PT Aset N17 1 1 1 1 1 1

13. Kesatuan Pembantu Tadbir juga mencadangkan agar Kementerian

Pendidikan Malaysia mengemukakan cadangan mengadakan perbincangan

dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

(SPP) bagi mana-mana kekosongan jawatan yang berlaku dalam Kementerian

Pendidikan Malaysia(close department),maka Kesatuan Pembantu Tadbir

amatlah berharap ditawarkan terus kepada Pembantu Tadbir tetap yang

berpengalaman dan berkemahiran sekiranya kelayakan diploma/ijazah serta

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan hanya berdasarkan laporan nilaian

prestasi tahunan (LNPT)3 tahun dan laporan prestasi khas (LPK) ketua jabatan

tanpa temuduga sebagaimana kaedah pelantikan pegawai perkhidmatan

pendidikan.

9 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 10: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

RASIONAL

14. Keahlian Kesatuan Pembantu Tadbir adalah terdiri dari PTR/PT/KPT Gred

N11/N14, N/17/W17, N22/W22 dan N26/W26 sebagai pegawai pelaksana yang

mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam melaksanakan urusan

kewangan dan akaun, pentadbiran am, perjawatan dan perkhidmatan di semua

institusi pendidikan serta berperanan membantu pihak pengurusan mencapai

objektif, visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

15. Berperanan penting membantu pihak pengurusan sekolah, membantu

guru dan anggota kumpulan pelaksana dalam mencapai objektif pelaksanaan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Transformasi

Pembangunan Pendidikan Malaysia.

16. Boleh ditempatkan dan bertugas di mana-mana institusi pendidikan di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengisi jawatan kenaikan

pangkat secara hakiki.

10 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 11: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

17. Kementerian Pendidikan Malaysia pernah menubuhkan jawatankuasa

kajian bebanan tugas guru dan norma baru perjawatan anggota kumpulan

pelaksana suatu ketika dahulu, maka sesuatu kajian berkaitan perjawatan patut

diadakan dengan kehadiran anggota kumpulan pelaksana supaya sebarang

penambahan jawatan dan jawatan kenaikan pangkat dapat dimohon atau

diwujudkan bagi mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam.

18. Berdasarkan perkembangan semasa pelaksanaan Standard Guru

Malaysia di mana penempatan pengetua dan guru besar berasaskan gred

sekolah maka norma perjawatan anggota kumpulan pelaksana tidak sesuai lagi

mengikut enrolmen pelajar berikutan bilangan enrolmen pelajar sentiasa

berubah turun naik apabila berlakunya pembukaan sekolah-sekolah baharu,

akibatnya akan berlaku kehilangan perjawatan berikutan kekurangan pelajar dan

sentiasa akan berlaku pertukaran Pembantu Tadbir semua gred N17/W17,

N22/W22 dan N26 bagi memenuhi pengisian perjawatan mengikut waran

perjawatan. Keadaan ini akan berlaku secara berterusan selagi pengisian

berasaskan enrolmen pelajar. Masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan

meminda norma perjawatan berasaskan kategori Sekolah Menengah / Rendah.

11 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 12: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

19. Kesimpulannya kita boleh melihat dan merasai perjuangan Kesatuan

Pembantu Tadbir apabila suatu ketika dulu Kesatuan Pembantu Tadbir telah

dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai ahli dalam jawatankuasa

kajian norma perjawatan baru anggota kumpulan pelaksana dan bebanan tugas

guru pada tahun 2005. Peluang baik ini telah digunakan dengan sebaik mungkin

oleh Kesatuan Pembantu Tadbir dengan meletakkan barisan pasukan yang

berpengalaman bagi menyediakan data yang betul dan tepat dan sukar ditolak

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam, maka

pada 1.1.2009 beribu jawatan tambahan gred N17, jawatan kenaikan pangkat

gred N22 dan gred N26 serta Pembantu Tadbir (Kew) lantikan Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan

disamping itu jawatan gred N11/N14 dijumudkan serta kenaikan pangkat secara

KUP bagi Gred N22 juga telah diluluskan. Jika dibandingkan sebelum itu bagi

sebuah sekolah menengah hanya layak 2 Pembantu Tadbir Gred N17/ 1

Pembantu Tadbir Rendah gred N11 dan 1 Ketua Pembantu Tadbir Gred N22

tetapi sekarang ada 3 Pembantu Tadbir Gred N17, 1 Pembantu Tadbir Kew dan 1

Ketua PembantuTadbir Gred N26 bagi setiap sekolah yang mempunyai

enrolmen pelajar 1351 dan sekolah berstatus Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Ini

adalah satu kejayaan Kesatuan Pembantu Tadbir, maka kini setelah beberapa

tahun berlalu, perjuangan mesti diteruskan dan Kesatuan Pembantu Tadbir

mengambil peluang ini untuk memohon penambahbaikan dalam perjawatan

selaras dengan perkembangan semasa melalui pengstrukturan semula

12 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 13: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan

Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah selaras dengan peningkatan gred jawatan

pengetua / guru besar di sekolah-sekolah. Kekurangan perjawatan gred

N26/W26 di bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah juga telah menyekat laluan

kerjaya Pembantu Tadbir sekiranya pengisian jawatan mengikut kekosongan.

20. Di mana Kesatuan Pembantu Tadbir adalah ahli gabungan CUEPACS

sebagaimana kesatuan guru dan amatlah memahami bahawa di mana-mana

kementerian / jabatan agensi Kerajaan terdapat pegawai pelaksana jawatan

Pembantu Tadbir yang melaksanakan peranan, tanggungjawab dan tugasan

mengikut jabatan masing-masing dengan bilangan yang terhad tetapi amat

berbeza dengan Pembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling ramai lebih kurang

31,032 ribu orang bagi membantu pihak pengurusan melaksanakan

tanggungjawab kepada guru lebih 400 ribu orang dan pelajar berjumlah jutaan

orang setahun terutamanya PT yang bertugas di lebih 10,000 buah sekolah di

seluruh Negara yang terlibat secara langsung membantu guru-guru bagi

memantapkan pengajaran dan pembelajaran.

13 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 14: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

Maka sewajarnyalah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (close department)

apabila menimbang dan melaksanakan sesuatu resolusi yang dikemukakan oleh

kesatuan guru hendaklah melibatkan dan mengambilkira bersama resolusi

Kesatuan Pembantu Tadbir, sebagai contohnya sekiranya guru siswazah telah

ditetapkan kenaikan pangkat dalam tempoh 8/8/6/3 kepada PPP

DG41/44/48/52/54 dan bukan siswazah 8/8/5 DG29/32/34/38 secara Time Based

Khas Untuk Penyandang (KUP) berdasarkan Standard Guru Malaysia maka

sewajarnyalah Pembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia mendapat peluang yang sama iaitu PT/KPT gred N/W17,22

dan 26 diberi peluang jawatan kenaikan pangkat secara Khas Untuk

Penyandang (KUP) kerana Pembantu Tadbir juga terlibat secara langsung

dengan PPPM dan Transformasi Pembangunan Pendidikan Malaysia (TPPM)

selagi bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga bersara.

14 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 15: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

KESIMPULAN

21. Sehubungan dengan itu, Kesatuan Pembantu Tadbir amatlah

mengharapkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa

memacu ke hadapan bagi memantapkan pendidikan Negara melalui PPPM dan

TPPM tidak melupakan atau meminggirkan bebanan tugas kumpulan pelaksana

terutamanya Pembantu Tadbir yang amat mengharapkan perubahan berlaku

kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara langsungnya akan melibatkan

Pembantu Tadbir sebagai membantu guru dan selaku kementerian tertutup

maka tiada pihak lain lagi yang akan memperjuangkan dan mengemukakan

sebarang cadangan penambahbaikan perjawatan dan perkhidmatan anggota

kumpulan pelaksana selain Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Perkhidmatan Awam sendiri yang boleh mempertimbangkan sebarang

cadangan atau resolusi dan hendaklah dilaksanakan secara bersama dalam

melibatkan penambahan anggota kumpulan pelaksana dan urusan kenaikan

pangkat.

Selaras dengan perkembangan semasa pihak CUEPACS mencadangkan

kajian semula skim perkhidmatan untuk penambahbaikan skim kepada semua

Pembantu Tadbir maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

mengkaji semula dan mempertimbangkan resolusi Kesatuan Pembantu Tadbir

berkaitan penambahan norma perjawatan. 15 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 16: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

Sekiranya kertas cadangan ini diterima maka pihak Kesatuan Pembantu Tadbir

amatlah berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menubuhkan

Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Norma Perjawatan Anggota Kumpulan

Pelaksana (AKP) di mana keanggotaannya termasuk wakil Kesatuan Pembantu

Tadbir seperti mana kajian norma perjawatan pada tahun 2005. Akhir sekali

kerjasama dan keperihatinan semua pihak yang terlibat dalam perkara ini

amatlah diharapkan dan dihargai.

SENARAI NAMA PENGUBAL KERTAS CADANGAN:

Che Saad bin Hashim,PCK (Cawangan Kubang Pasu)

Abas bin Mat Rasad,PJK (Cawangan Kuala Selangor)

Bahkary bin Yaakub,PKT (Cawangan Maran)

Zainal Abiden bin Md Zin (Cawangan Pontian)

Jameelah binti Hussien (Cawangan Klang)

Adnan bin Ahmad,PJK (Cawangan Larut Matang / Selama)

Rohani binti Mohamad Zain (Cawangan Gombak)

Zaleha binti Baharuddin (Cawangan Gombak)

Yaacob bin Othman (Cawangan Johor Baharu)

Ahmad Sabri bin Zakaria (Cawangan KPM Putrajaya)

Mohd Shaari bin Mohd Shariff (Cawangan Bentong)

Zakaria bin Sulong (Cawangan Gombak)

16 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 17: KEPTAN Semenanjung Malaysia - KERTAS … CADANGAN NORMA... · Web viewPembantu Tadbir yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai bilangan yang paling lebih kurang

17 | Kertas Cadangan Penetapan Norma Perjawatan Pembantu Tadbir Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia