Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah...

24
KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK. SATU KAJIAN KES DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR. MOHD. YUSOF BIN HJ. HASSAN Penulisan tesis ini dkemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk Ijazah Sarjana Sains Fakulti Sains Kognitif dan Pernbangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK OGOS 1997

Transcript of Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah...

Page 1: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK. SATU KAJIAN KES DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.

MOHD. YUSOF BIN HJ. HASSAN

Penulisan tesis ini dkemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk Ijazah Sarjana Sains

Fakulti Sains Kognitif dan Pernbangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

OGOS 1997

Page 2: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

PERAKU AN

Tiada bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan

untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ljazah di universiti ini atau institusi pengajian

tinggi yang lain.

Page 3: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala limpah dan kurnia-Nya melapangkan diri ini

menimba ilmu hingga membolehkan penulis menyiapkan laporan penyelidikan ini untuk

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Master Sains.

Pada kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih, penghargaan yang

sungguh ikhlas kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Gabriel Tonga Noweg yang

telah bersusah payah membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar yang cukup

berguna di dalam usaha menyiapkan laporan penyelidikan ini. Sesungguhnya apa yang

beliau lakukan tidak dapat penulis balas membalasnya.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemeriksa luaran dan

pemeriksa dalaman iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahm Hamid (Dekan Fakulti Pendidikan,

UTM) dan Prof. Madya Dr. Jamali Ismail (Pusat Bahasa, Unimas) kerana telah sudi

memeriksa dan memberi teguran yang cukup berguna demi untuk melahirkan sebuah

tesis yang berkualiti.

Ucapan ribuan terima kasih ditujukan khas kepada Bahagian Biasiswa Kementerian

Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Teknik kerana memberi bantuan kewangan dan

pelepasan kepada penulis melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana mulai sesi

Page 4: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

19961 97. Begitu juga ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Jabatan Pendidikan Negeri dan

Pejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran kepada penulis

untuk menjalankan penyelidikan & Sekolah Menengah Teknik.

Selain daripada itu, tidak ketinggalan penghargaan dan ucapan terima kasih ini untuk

Pengarah Institut Aminuddin Baki Dr. Ibrahim Ahmad Barjunid clan Dekan Fakulti

Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Prof. Razali Arof kerana usaha mereka

mengadakan kursus ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah yang terlibat

terutamanya Dr. Abang Ahrnad Ridzuan Hj. Awet, Dr. Spencer Empading Sanggin, Prof.

Madya Dr. Mohammed Awang (UKM), Dr. Hazman Shah (ITM), Dr. Bakhtiar Mansor

(IAB), Dr. Maheswary (IAB), Dr. Farid Mezeine, Dr. Hadj Batatia, Prof. Madya Dr.

Napsiah Mahfuz dan lain-lain.

Ucapan terima kasih juga diberikan khas untuk Pengetua SMT Muadzam dan SMT

Sultan Ahrnad Shah iaitu En. Azizi Lin (bertukar ke Politeknik Shah Alam) dan Tn Hj.

Adnan kerana telah inemberi keizinan kepada saya untuk menjalankan kajian ini di

sekolah masing-masing hingga selesai. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan

kepada guru-guru SMTMS dan SMTSAS yang telah terpilih untuk menjayakan

penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih ini juga ingn disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan

(Kohort 1,199611 997) yang telah banyak membantu dan memberi dorongan. Bantuan

Page 5: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

dan dorongan yang tidak putus-putus bermula dari awal hingga akhir semestar cukup

besar maknanya buat penulis.

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan perhargaan yang tidak terhingga ini kepada

isteri tersayang (Norhidayati Hj. Jamil) kerana dorongan dan pengorbanan yang

diberikan selama tempoh penulis belajar tiada tolok banding ertinya. Buat anak

sulungku Najmin Munirah; kehadiranmu tatkala ayahanda sibuk membuat tesis adalah

penyuntik semangat kejayaan. dan menambahkan kekuatan untuk menyiapkan tesis ini

dengan sebaik m~~ngkin Tidak ketinggalan penghargaan ini ditujukan khas buat ayah

dan ibu serta ayah dan ibu mertua yang sentiasa mendoakan, memberi sokongan dan

dorongan dalam menyempurnakan tesis ini. Pengorbanan kalian kusanjung hingga ke

akhir hayat.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita selama ini.

Arnin.

Page 6: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

ss*ia"aKhidn~at kPg;%kta~t.n:kt A4ka~c$~w 2:jV::MSIS-f MkL,+$vj k, "t2.Y""'"

JADUAL KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

KULIT

PERAKUAN

PENGHARGAAN

JADUAL KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

ABSTRAK

ABSTRACT

BAB I : PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Tujuan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Konsep Kajian

1.8.1 Definisi konsep

1.8.1.1 Kepuasan kerja

M U M SURAT

... Xlll

xiv

xv

Page 7: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

1.8.1.2 Guru teknikal

1.8.1.3 Gaji

1.8.1.4 Suasana kerja

1.8.1.5 Kenaikan pangkat

1.8.1.6 Rakan sekerja

1.8.1.7 Penyeliaan

1.8.2 Definisi operasi

1.8.2.1 Kepuasan kerja

1.8.2.2 Guru teknikal

1.8.2.3 Gaji

1.8.2.4 Suasana kerja

1.8.2.5 Kenaikan pangkat

1.8.2.6 Rskan sekerja

1.8.2.7 Penyeliaan

BAB 11 : SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan

2.2 Teori-teori Kepuasan Kerja

2.2.1 Teori hirarki keperluan Maslow

2.2.2 Teori dua faktor dorongan - persekitaran Berzberg

2.2.3 Teori "Existence Relatedness Growth" Alderfer (ERG)

2.2.4 Teori persamaan Adam

Page 8: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

2.3 Perkembangan Awal Kepuasan Kerja

2.4 Kajian Tentang Kepuasan Kerja

2.4.1 Kajian tempatan

2.4.2 Kajian luar negara

2.5 Perkaitan Faktor Kerja Dengan Kepuasan Kerja

2.5.1 Keadaan pekerjaan

2.5.2 Gaji

2.5.3 Peluang kenaikan pangkat

2.5.4 Penyeliaan

2.5.5 Rakan sekerja

2.6 Rumusan

BAB HI : METODOLOGI KAJLQN

3.1 Reka Bentuk Kajian \

3.2 Alatan Kajian

3.3 Populasi Penyeldidikan

3.4 Tempat Kajian

3.5 Pentadbiran Soal Selidik

3.6 Analisis Data

3.7 Limitasi

3.8 Kesimpulan

Page 9: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

BAB IV : HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Ciri-ciri Demografi Responden

4.1.1 Jantina 5 8

4.1.2 Umur 59

4.1.3 Pendidikan formal 60

4.1.4 Kelayakan akademik dan kelayakan ikhtisas

4.1.5 Taraf perkahwinan 62

4.1.6 Pendapatan sebulan 63

4.1.7 Pengalaman berkhidmat 64

4.1.8 Purata waktu mengajar 64

4.1.9 Jumlah jawatan/ tugas disekolah 65

4.2 Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur 66

4.3 Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan Kepuasan Kerja 70

4.4 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Pengalaman Mengajar 75

4.5 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Kelayakan Akademik 79

4.6 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur 8 1

4.7 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Pendapatan 82

4.8 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Taraf Perkahwinan 87

Page 10: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

4.9 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempat Tinggal

4.10 Kesimpulan

BAB V : RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan Kajian

5.1.1 Sampel dan sosio-demografi

5.1.2 Objektif 1

5.1.3 Objektif 2

5.1.4 Objektif 3

5.1.5 Objektif 4

5.3 Cadangan-cadangan Untuk Mempertingkatkan Kepuasan Kerja Guru Teknikal

5.4 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang

LAMPlRAN

Borang Soal Selidik

Surat Kebenaran Jabatan Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan

Swat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Surat Kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah Roinpin

Page 11: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

SENARAI JADUAL

Nombor Jadual Tajuk Jadual Muka Surat

Pengkelasan Teori-teori Kepuasan Kerja

Faktor-faktor Kepuasan Kerja Herzberg

Taburan Responden Berdasarkan Bangsa

Taburan Responden Berdasarkan Umur

Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Formal Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik Taburan Responden Berdasarkan Taraf Perkahwinan Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan

Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Taburan Responden Berdasarkan Purata Waktu Mengajar

Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Jawatan / Tugas

Tahap Kepuasan Kerja Keseluruhan Guru SMT

Tahap Kepuasan Kerja Guru SMT

Peratus Kepuasan Kerja Guru SMT

Indeks Hubungan Kerja

Perkaitan Antara Faktor Demografi Dengan Kepuasan Ker ja

Page 12: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

Nom bor Jadual Tajuk Jadual Muka Surat

Analisis Varian Sehala Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pengalaman mengajar

Analisis Varian Sehala Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Peluang Kenaikan Pangkat

Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Analisis Varian Sehala Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Kelayakan Akademik

Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Kelayakan Akademik

Analisis Varian Sehala Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pendapatan

Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Peluang Kenaikan Pangkat Berdasarkan Pendapatan

Analisis Varian Sehaia Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan

Ujian Scheffe Bagu Kepuasan Rakan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan

Analisis Varian Sehala Penyeliaan Dalam Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan

28 Ujian Scheffe Bagi Kepuasan Penyeliaan Dalam 86 Pekerjaan Berdasarkan Pendapatan

29 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Taraf 88 Perkahwinan

30 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Tempat 89 Tinggal

Page 13: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

SENARAI RAJAH

Nombor Rajah Tajuk Rajah Muka Surat

I Teori Hirarki Keperluan Maslow 20

2 Kerangka Model Kepuasan Kerja Guru SMT 5 0

Page 14: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

ABSTRAK

Kajian ini adalah satu penyelidikan awal bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan

bekerja di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik (SMT) di daerah Rompin,

Pahang Darul Makmur. Ia juga bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang paling

mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru tersebut. Kepuasan yang

dikenal pasti ialah kepuasan bekerja terhadap keadaan pekerjaan sekarang, gaji, peluang

kenaikan pangkat, penyeliaan dalam pekerjaan, rakan dalam pekerjaan dan pekerjaan

secara am. Seramai 72 orang guru yang terlibat dalam pengajaran & SMT di daerah

Rompin. Segala maklurnat diperoleh dengan menggunakan satu set borang soal selidik.

Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pernyataan "Job

Description Index (JDI)" dan soalan mengenai latar belakang subjek. Pernyataan JDI

mengandungi enam bahagian iaitu pernyataan tentang gaji, keadaan (suasana) pekerjaan,

peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, orang-orang dalam pekerjaan dan pekerjaan

secara keseluruhan. Setiap pernyataan diukur dengan menggunakan skala Likert.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru berpuas hati dengan kerja

mereka, keadaan (suasana) pekerjaan, penyeliaan dan rakan sekerja dalarn peke rjaan.

Sebaliknya guru-guru kurang berpuas hati tentang peluang kenaikan pangkat dan gaji.

Semoga kajian ini akan dijadlkan garis panduan bagi menyelesaikan masalah kepuasan

kerja di kalangan guru-guru SMT serta akan membuka jalan kepada pengkaji-pengkaji

lain untuk menyambung kajian ini pada masa akan datang.

Page 15: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

ABSTRACT

This is an initial study to ident~JLj, the level ofjob satisfaction among teachers of Sekolah

Menengah Teknik (SMT) in the district of Rompin, Pahang Darul Makmur. The study

was intended to determined factors influencing job satisfaction among the teachers.

Satisfaction on the teacher's present responsibilities, income, promotion prospects,

work supervision, co-workers and the job itselfin general were evaluated. Seventy-two

teachers were involved in the study. Data were obtained from the teachers by using a

questionnaire developed based on the 7ob Description Index' (JDI) and the

demographic characteristics of respondents. The JDI statements contained six sections:

income, state ofjob, promotion perspective, work supervision, people on the job and the

work in general. All statements were measured using the Likert scale. The results of the

study showed that most teachers were satisfied with their jobs, work environment, work

supervision and co-workers. They were not satisfied with the promotion prospects.and

income. It is hoped that this study would be used as a guideline for solving problem

related to job satisfaction among teachers of SMT and also will serve as a baseline for

other researchers to carry out similar reaserch in the fiture.

Page 16: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesebuah organisasi dan institusi kerja memerlukan sumber untuk menghasilkan

keluaran. Oleh itu 1 samping peralatan, kewangan, teknologi dan kekuatan tenaga

manusia pada asasnya akan mempengaruhi operasi dan produktiviti sesuatu organisasi

itu. Demi untuk mencapai objektif sesuatu organisasi itu, setiap individu mestilah

memperolehi dan mengalami tingkat kepuasan kerja yang optimum demi untuk

meningkatkan motivasi, moral dan prestasi kerja ke arah menghasilkan produktiviti yang

tinggi.

Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Ia akan

mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah

pencapaian matlamat kerjaya dan menyurnbang ke arah kepentingan organisasi.

Sebenarnya kepuasan kerja adalah bersifat relatif. Perasaan ini timbul apabila pekerja

mula terbabit dengan pekerjaannya. Kepuasan bekerja bagi setiap individu yang bekerja

tidak akan sama dengan kepuasan bekerja yang dialami oleh individu lain. Setiap

individu mempunyai emosi, cita rasa, perasaan dan kehendak yang berbeza-beza.

Pekerja yang memperolehi kepuasan dalam kerja akan dapat menghasilkan kerja

berrnutu dan produktif ( Smith, 1980: Schultz, 1982: Mullins, 1989).

Page 17: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

Sementara itu, menurut William (1981), tidak semua pekerja berpandangan positif

terhadap pekerjaan yang mereka pilih. Mereka juga berkemungkinan mengalami kesan-

kesan negatif semasa menjalankan tugas seperti mengalami tekanan perasaan,

kekecewaan, suasana yang menjemukan, kebimbangan, kepenatan dan perasaan yang

tidak menyeronokkan. Semua ini boleh merendahkan tahap kepuasan kerja mereka.

Pihak majikan dapat membantu mereka menghindari perasaan sedemikian dengan

menyediakan pelbagai keperluan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja

mereka.

Sejak kebelakangan ini, soal kepuasan kerja telah mendapat perhatian d m merupakan

persoalan utama di kalangan guru-guru. Ini penting kerana guru-guru merupakan

sebahagian daripada golongan pendokong yang melaksanakan tugas bagi mencapai

tujuan negara. Pihak kerajaan, pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar

mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tingg.

Memandangkan bahawa kepuasan kerja merupakan unsur penting dalam meningkatkan

proses pengajaran dalam sistem pendidikan di sekolah, maka ia memerlukan pendidik

yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia. Kesemm ini akan dapat

dicapai apabila guru-guru itu dapat memenuhi kepuasan dalam I r i dan pekerjaannya.

Apabila keperluannya dapat dipenuhi, maka seseorang inhvidu itu akan mempunyai

nilai dan sikap positif terhadap kerjanya. Ini seterusnya akan melahirkan tindakan dan

tugas yang dilaksanakan.

Page 18: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

Apabila seseorang individu melakukan sesuatu pekerjaan itu, lazimnya ia bertujuan

untuk mendapatkan kepuasan kerja. Aspek kepuasan kerja merupakan salah satu

daripada tajuk utama yang mendapat perhatian ahli-ahli psikologi industri dan

organisasi. Kajian telah dilakukan untuk memahami gejala kepuasan kerja itu iaitu

apakah faktor-faktor yang dapat menerangkan kepuasan kerja seseorang itu. Kepuasan

kerja itu mungkin disebabkan oleh faktor gaji, pangkat, suasana kerja, penyelia atau

teman sekerja dan ini terrnasuklah golongan guru teknikal.

Justeru itu, demi mencapai matlamat utama sesebuah organisasi, seseorang individu itu

mestilah mengalami dan memperolehi kepuasan kerja. Seseorang individu itu dapat

mempertingkatkan lagi moral, motivasi dan prestasi kerja menuju ke arah unutk

menghasilkan dan mempertingkatkan produktiviti yang optimum.

Kepuasan kerja dalam kehidupan seseorang pekerja itu adalah penting. Pengkaji seperti

Herzberg (1964), Mc Gregor (l960), Argyris (1964) dan Maslow (1 970) telah

menekankan tentang kepuasan kerja. Kepuasan kerja merupakan keperluan utama

manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi terutamanya bagi mencapai tahap

kesempurnaan sendiri. Kepuasan kerja seseorang individu itu banyak bergantung

kepada nilai pekerjaan itu mengikut tafsiran atau penilaian individu itu.

Page 19: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

1.2 Latar Belakang Kajian

Kepuasan kerja umumnya dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri

terhadap suasana dan keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya

penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang

dialaminya i tu.

Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri paling asas dan penting dalam kehidupan

manusia untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka. Selagi manusia tidak dapat

menyesuaikan diri dengan kerja maka selagi itulah kepuasan kerja tidak akan tercapai.

Oleh kerana tahap penyesuaian individu terhadap suasana kerjanya adalah berubah-ubah

dan berbeza mengikut keperluan dan tujuan organisasi maka ketidakpuasan kerja kerap

berlaku di kalangan individu. Ketidakpuasan wujud apabila penyesuaian terhadap kerja

tidak seimbang. Akibatnya, tindak balas tersebut mempengaruhi tingkah laku dan tahap

kepuasan kerja individu berkenaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam menuju ke arah Wawasan 2020, bidang pendidikan merupakan salah satu

daripada ciri penting. Oleh itu kaurn guru memikul tanggungjawab yang besar. Mereka

memainkan peranan yang utama dalam melahirkan insan yang berguna, berpengaruh

dan mempunyai keperibadian yang mulia.

Page 20: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

Mohd. Ali ( 1992) mengulas mengenai kertas kerja yang dibentangkan oleh Worachai

yang berjudul "The New Direction and Strategies for Teacher Education From the

Perspectives of Society and Schooling and New Leaner". Beliau berpendapat bahawa

pendidikan dan perubahan sosial adalah saling berkaitan. Dengan itu, pendidikan mesti

dibangunkan bagi memenuhi keperluan ekoran daripada perubahan dalam masayarakat,

teknologi dan budaya.

Dalam konteks pendidikan, ada kalangan mereka mengaiar bukan dalam bidang masing-

masing. Pengkhususan kerja sudah tidak wujud lagi. Ramai yang mengakui bahawa

kerja yang dilakukan mengikut pengkhususan adalah lebih cekap jikalau dibandingkan

dengan tugas yang dipelbagaikan. Dalam perkara ini, beberapa persoalan soalan

berbangkit sebagai mana berikut:

1. Adakah golongan yang mengendalikan mata pelajaran teknikal ini dapat

bekerja dengan lebih selesa, dan

2. Adakah mereka mernperolehi kepuasan terhadap kerja yang mereka lakukan.

Pada amnya, kepuasan kerja amat sukar untuk dijelaskan dengan tepat dalam semua

bidang pekerjaan kerana ia mempunyai pengertian yang sangat subjektif. Ini adalah

kerana setiap orang akan memperolehi kepuasan kerja dengan cara yang berbeza.

Persoalan yang ingin diketengahkan di sini adalah untuk mempastikan sama ada benar

Page 21: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

guru-guru yang mengajar dalam bidang teknikal mengalami ketidakpuasan kerja atau

pun sebaliknya.

Keadaan ketidakpuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal masa kini mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Kajian ini akan cuba mengetengahkan dan

mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor terpilih seperti keadaan pekerjaan

sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, orang dalarn pekerjaan (rakan sekerja),

penyeliaan dalam pekerjaan dan pekerjaan secara am dengan kepuasan bekerja ke atas

golongan guru yang mengendalikan mata pelajaran teknikal. Perhubungan kerja yang

tidak baik boleh menimbulkan ketegangan terhadap inbvidu dalam organisasi yang

mendorong ke arah berlakunya tekanan jiwa. Ini menjejaskan kepuasan bekerja,

menimbulkan kurang motivasi, ketegangan rohani dan jasmani (Yates, 1979).

Perhubungan juga terjejas apabila individu merasakan dirinya tidak diterima dalam

organisasi disebabkan oleh tidak mempunyai cara yang wajar untuk berinteraksi.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauhmanakah korelasi faktor-faktor yang

dipilih mempengaruhi kepuasan bekerja di kalangan guru-guru teknikal yang mengajar

di SMT di Daerah Rompin.

Page 22: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

1.4.1 Objektif kajian

1. Untuk menentukan tahap kepuasan kerja guru-guru SMT di daerah Rompin, Pahang Darn1 Makrnur;

2. Untuk mengenal pasti faktor sosio-demografi terpilih guru-guru SMT seperti umur, pendapatan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan jumlah jawatan yang disandang yang mempengaruhi kepuasan kerja;

3. Untuk menentukan sama ada terdapatnya perbezaan kepuasan kerja yang signifikan berdasarkan faktor sosio-demografi; dan

4. Untuk menentukan faktor kerja manakah yang paling mempengaruhi kepuasan kerja.

1.5 Kepentingan Kajian

Bidang pendidikan di Malaysia masa kini sedang berkembang maju menuju kepada dua

bidang aliran utama iaitu akademik dan teknikal. Dalam era negara menuju ke arah

sebuah negara maju berasaskan perindustrian pada tahun 2020, bidang pendidikan dan

kemahiran akan terus diberikan turnpuan khusus dan akan terus menjadi bidang yang

terus diminati.

Untuk memenuhi tujuan ini, sumbangan guru teknikal sangat penting bagi menentukan

matlamat pendidikan kebangsaan bagi melahirkan tenaga separuh mahir dan mahir

selaras dengan keperluan negara.

Page 23: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

Perkembangan teknologi juga telah mencorakkan dasar pendidikan negara untuk

mewujudkan lebih banyak lagi sekolah teknik di peringkat pertengahan. Penekanan

yang kuat diberikan terhadap kemahiran telah menimbulkan konflik di kalangan guru-

guru yang dipertanggunuawabkan untuk tugas tersebut.

Justeru itu, kajian mengenai kepuasan kerja bagi tujuan membuat kesimpulan mengenai

tahap perkembangan dianggap sebagai sebahagian unit kajian yang kecil daripada

masyarakat yang besar.

1.6 Hipotesis Kajian

Ada berbagai-bagai faktor dalaman (intrinsik) dan luaran (ekstrinsik) yang diandaikan

mempengaruhi kepuasan kerja seseorang itu. Berdasarkan persoalan yang timbul

mengenai kepuasan kerja ini, penyelidik mengemukakan hipotesis seperti berikut:

1. Guru SMT di daerah Rompin mempunyai tahap kepuasan kerja yang

tinggi;

2. Terdapat perkaitan yang positif antara kepuasan kerja dengan faktor

sosio-demografi terpilih seperti umur, pendapatan, kelayakan

akademik, pengalaman mengajar dan jurnlah jawatan / tugas guru-guru

SMT;

Page 24: Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah ... · PDF filePejabat Pendidikan Daerah Rompin kerana memberikan kebenaran ... Pengorbanan kalian kusanjung ... 30 Perbezaan Kepuasan

3. Terdapat perbezaan kepuasan kerja yang signifikan antara kepuasan kerja

dengan faktor sosio-demografi terpilih guru SMT seperti pengalaman

mengajar, kelayakan akademik, umur dan pendapatan;

4. Guru SMT yang telah berkahwin lebih berpuas hati dengan kerja mereka

berbanding dengan guru yang belum berkahwin; dan

5. Guru SMT yang tinggal di dalam kawasan sekolah lebih berpuas hati

terhadap kerja mereka berbanding dengan guru yang tinggal di luar

kawasan sekolah.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah tertumpu kepada guru-guru yang mempunyai

kelulusan teknikal dari maktab dan pusat pengajian tinggi. Mereka mempunyai sijil dan

juga ijazah pertama berkaitan bidang teknikal. Semasa kajian ini dijalankan, mereka

sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di daerah Rompin, Pahang

Darul Makrnur.

Maklumat-maklumat yang didapati daripada kajian ini ialah maklumat latar belakang

semua guru yang berkelulusan sijil dan ijazah berkaitan teknikal yang sedang

berkhidmat di SMT di Daerah Rompin sahaja. la mengkaji tahap kepuasan bekerja