Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat,...

9
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 3(1): 21-29 (1995) ISSN: 0128-7702 © Universiti Pertanian Malaysia Press Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti Pertanian Malaysia GHAZALI HASAN dan TURIMAN SUANDI Centre for Extension and Continuing Education Universiti Pertanian Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Daml Ehsan, Malaysia Perkataan kunci: kepuasan keIja, pengawal keselamatan ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kepuasan kerja di kalangan pengawal keselamatan niversili Pertanian Malaysia (UP 'I) dan mengenalpasti fakLor-faktor yang menyumbangkan pengaruh terhadap lahap kepuasan kelja mereka. Soalselidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek pekeljaan dan kepuasan kelja 96 orang pengawal keselamatan UPM yang dipilih secara rawak. Data telah diproses dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS PC+). Pembolehubah be bas yang merangkumi ciri-ciri demografi, faktor organisasi dan faktor dimensi kerja telah digunakan dalam model kajian bagi menerangkan pengaruh terhadap kepuasan kerja mereka. Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pengawal keselamatan merasa puas dengan pekeljaan mereka pada tahap yang sederhana dan tinggi. Penemuan kajian juga menunjukkan faktor-faktor polisi organisasi, peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusan akademik dan bebanan tugas mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja pengawal keselamatan. Faktor polisi organisasi adalah faktor terpellling yang memberi sumbangan pengaruh terhadap model kajian ( R" = 0.50, P < 0.05), diikuti oJeh peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusan akademik dan bebanan tugas. Faktor-faktor tersebut adalah merupakan peramal kepada tahap kepuasan kelja mereka. Manakala faktor-faktor umur, jawatan, pendapatan, tempoh perkhidmatan, kelja itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja mereka. ABSTRACT The purpose of this study was to determine the level of job satisfaction among security guards of Universiti Pertanian Malaysia and to determine predictors of job satisfaction among them. A questionnaire was used to measure the job aspects and job satisfaction level of 96 randomly selected UPM securi ty guards. The data were processed using SPSS PC+. The independent variables included demographic characteristics, organizational factors and job dimension factors. The study showed that the majority of UPM security guards were moderately or highly satisfied with their job. The study also showed that factors such as organizational policies, opportunities for self-development, facilities at the work place, academic qualifications and job load were significantly related to job satisfaction level among the security guards. Organizational policy was the most important predictor of job satisfaction (R" = 0.50, P < 0.05), followed by opportunities to develop, facilities at the work place, academic qualifications and job load. The study also found that age, position, wages, tenure, job itself, promotion opportunities, and peers are not predictors of job satisfaction level. PENGENALAN Kepuasan kelja merupakan satu perasaan yang dialami oleh seseorang pekerja pekeljaan yang dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran kerjanya. Perasaan puas ini akan menyebabkan seseorang itu mahu datang bekerja dengan penuh tanggungjawab. Di Ma- laysia, isu kepuasan bekerja sering menjadi isu hangat, sensitif dan menarik di kalangan peketja. Boleh dikatakan kebanyakan su ini dikaitkan dengan tahap tangga gaji, peluang kenaikan pangkat yang terhad dan layanan majikan yang kurang adil terhadap pekerja. Jika diperhatikan hari ini, masih terdapat desas-desus yang rasa tidak puas hati di kalangan pekelja sektor awam ten tang pelaksanaan Skim Saraan Bam (SSB). Keresahan kakitangan

Transcript of Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat,...

Page 1: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 3(1): 21-29 (1995) ISSN: 0128-7702© Universiti Pertanian Malaysia Press

Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal KeselamatanUniversiti Pertanian Malaysia

GHAZALI HASAN dan TURIMAN SUANDICentre for Extension and Continuing Education

Universiti Pertanian Malaysia43400 UPM Serdang, Selangor Daml Ehsan, Malaysia

Perkataan kunci: kepuasan keIja, pengawal keselamatan

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kepuasan kerja di kalangan pengawal keselamatan niversiliPertanian Malaysia (UP 'I) dan mengenalpasti fakLor-faktor yang menyumbangkan pengaruh terhadap lahapkepuasan kelja mereka. Soalselidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek pekeljaan dan kepuasan kelja96 orang pengawal keselamatan UPM yang dipilih secara rawak. Data telah diproses dengan menggunakanPakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS PC+). Pembolehubah bebas yang merangkumi ciri-ciri demografi,faktor organisasi dan faktor dimensi kerja telah digunakan dalam model kajian bagi menerangkan pengaruhterhadap kepuasan kerja mereka. Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan pengawal keselamatanmerasa puas dengan pekeljaan mereka pada tahap yang sederhana dan tinggi. Penemuan kajian jugamenunjukkan faktor-faktor polisi organisasi, peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusanakademik dan bebanan tugas mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja pengawalkeselamatan. Faktor polisi organisasi adalah faktor terpellling yang memberi sumbangan pengaruh terhadapmodel kajian ( R" = 0.50, P < 0.05), diikuti oJeh peluang untuk maju, kemudahan di tempat kerja, kelulusanakademik dan bebanan tugas. Faktor-faktor tersebut adalah merupakan peramal kepada tahap kepuasankelja mereka. Manakala faktor-faktor umur, jawatan, pendapatan, tempoh perkhidmatan, kelja itu sendiri,gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahapkepuasan kerja mereka.

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine the level of job satisfaction among security guards of UniversitiPertanian Malaysia and to determine predictors ofjob satisfaction among them. A questionnaire was used tomeasure the job aspects and job satisfaction level of 96 randomly selected UPM securi ty guards. The data wereprocessed using SPSS PC+. The independent variables included demographic characteristics, organizationalfactors and job dimension factors. The study showed that the majority of UPM security guards weremoderately or highly satisfied with their job. The study also showed that factors such as organizationalpolicies, opportunities for self-development, facilities at the work place, academic qualifications and job loadwere significantly related to job satisfaction level among the security guards. Organizational policy was themost important predictor of job satisfaction (R" = 0.50, P < 0.05), followed by opportunities to develop,facilities at the work place, academic qualifications and job load. The study also found that age, position,wages, tenure, job itself, promotion opportunities, supen~sion and peers are not predictors of job satisfactionlevel.

PENGENALAN

Kepuasan kelja merupakan satu perasaan yangdialami oleh seseorang pekerja [(~rhadap

pekeljaan yang dilakukannya hasil interaksidengan persekitaran kerjanya. Perasaan puas iniakan menyebabkan seseorang itu mahu datangbekerja dengan penuh tanggungjawab. Di Ma­laysia, isu kepuasan bekerja sering menjadi isu

hangat, sensitif dan menarik di kalangan peketja.Boleh dikatakan kebanyakan su ini dikaitkandengan tahap tangga gaji, peluang kenaikanpangkat yang terhad dan layanan majikan yangkurang adil terhadap pekerja. Jika diperhatikanhari ini, masih terdapat desas-desus yangmenUl~ukkan rasa tidak puas hati di kalanganpekelja sektor awam ten tang pelaksanaan SkimSaraan Bam (SSB). Keresahan kakitangan

Page 2: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Ghazali Hasan dan Turiman Suandi

kerajaan terhadap pelaksanaan Skim Saraan Baru(SSB) yang berkuatkuasa pada bulan Januari1992, belum reda sehingga kini.

Ekoran daripada pelaksanaan skim tersebut,pihak Kongres Kesatuan Pekerja dalamPerkhidmatan Awam (Cuepacs) telahmembantah tindakan kerajaan kerana tidakmelaksanakan sistem penilaian kerja dengantepat menyebabkan di antara 200,000 hingga300,000 kakitangan awam gagal menikmatikenaikan gaji dan pangkat yang sewajarnya.Cuepacs mendakwa perkara tersebut tidakseharusnya berlaku kerana kakitangan perlumengetahui kedudukan prestasi kelja merekadan jumlah kenaikan gaji tahunan yang layakditerima mengikut SSB. Cuepacsjuga mendakwakeberkesanan sistem penilaian prestasi kerja yangdilaksanakan tidak mencerminkan pencapaiansebenar. Cuepacs berpendapat bahawa sistempenilaian SSB, terutamanya tentang jadual gajimatriks tidak memberi kenaikan gaji yang adil.Sehubungan dengan itu, Cuepacs telah mengaturbeberapa siri perjumpaan dengan pihakJabatanPerkhidmatan Awam UPA), malah pernahmengemukakan memorandum bagi mencari for­mula yang berkesan (Berita Harian, 13 Julai 1993dan 15 September 1993).

Kongres Kesatuan Guru-guru DalamPerkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) jugamempertikaikan pelaksanaan skim ini. MenurutKongres ramai guru yang tidak puas hati denganskim ini kerana pergerakan gaji tahunan yangtidak adil. Wujud amalan pilih kasih oleh penilaidalam menentukan prestasi kerja mereka. Inimenyebabkan kecenderungan dan semangatbekelja di kalangan guru terjejas. Ekorannya·pihak Kongres telah meminta JPA mengkajisemula skim gaji guru (Berita Harian, 13 Julai1993 dan 15 September 1993).

Fenomena ini berlaku kerana lumrahnyapekelja mahukan keadilan dan kepuasanterhadap pekerjaan mereka, manakala pihakmajikan pula memerlukan seberapa banyaksumbangan tenaga pekerja di sampingmengurangkan kos pengeluaran. Padahakikatnya, fenomena kepuasan kerja ini wujuddalam setiap bidang pekerjaan di semuaorganisasi termasuklah di kalangan pengawalkeselamatan yang bekelja di UPM. Suatu kajianperlu dilakukan bagi meninjau kepuasan kerjadi kalangan mereka untuk membantumewujudkan suasana kehidupan yang sempurnadan tenteram. Kumpulan ini adalah penting

dalam menentukan persekitaran kampus yangselamat kepada pelajar, kakitangan, orang ramai,harta benda dan kegiatan pembelajaran,penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawapekerja yang tahap kepuasan kerjanya tinggiakan lebih produktif dan menghasilkan kerjayang bermutu (Smith 1980; Schultz 1982; Nash1985; Mullins 1989). Pekelja yang tahapkepuasan kerjanya rendah pula akanmenimbulkan berbagai masalah kepadaorganisasi seperti ponteng kerja, lambat datangdan masalah disiplin (Lussier 1990).

Hasil kajian ini akan dapat memberigambaran dan panduan kepada pihakpengurusan Universiti, khususnya pihakpengurusan Bahagian Keselamatan untukmelihat sejauh mana kepuasan kerja pengawalkeselamatan UPM sekarang. Sekiranya tahapkepuasan kerja mereka tinggi, usaha bolehdilakukan bagi memantapkan lagi tahapkepuasan kerja mereka. Bagaimanapun sekiranyatahap kepuasan kerja mereka rendah, pihak yangterlibat dengan pengurusan pengawalkeselamatan perlu berusaha untuk memperbaikitahap tersebut. Selain itu hasil kajian ini akanmenjadi petunjuk kepada pihak pengurusanuniversiti bagi membolehkan mereka merangkastrategi pembangunan sumber manusia yangsesuai untuk semua pegawai dan kakitangannya,khususnya dalam rangka bagi menen tukankeperluan latihan untuk mereka.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahapkepuasan kelja dan faktor-faktor yangmenyumbang pengaruh kepada tahap kepuasankerja di kalangan pengawal keselamatan UPM.

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Populasi bagi kjian ini terdiri daripada pengawalkeselamatan UPM dalam dua kategori jawatansahaja iaitu, pengawal tingkatan kanan (KP 9)dan pengawal tingkatan biasa (KP 10) menurutSkim Saraan Baru 1992. Jumlah mereka sehinggabulan September 1993 ialah seramai 136 orangdengan 21 orang dalam kategori pengawaltingkatan kanan dan 115 orang pula dalamkategori pengawal tingkatan biasa (LihatJadual1). Mereka terdiri daripada pengawal yangbertugas di Kampus Induk Serdang sahaja, tidaktermasuk Kampus Bintulu, Pusat Perikanan &Sains Samudera Kuala Terengganu, Pusat

22 Perlanikaj. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.1 1995

Page 3: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Kepuasan Kelja di Kalangan Pengawal Keselamatan

Penyelidikan Oseanografi dan Marikulwr PortDickson dan Unit Hidroponik Genting High­lands. Batasan kajian ini dibuat keranamengambil kira faktor lokasi. Oleh yangdemikian segala penemuan kajian ini dankesimpulannya adalah terhad dengan kumpulanini sahaja.

Pemilihan Sam.pel Kajian

Penentuan saiz sampel bagi kajian ini adalahberdasarkan pada saranan oleh Krejcie danMorgan (1970). Bagi bilangan populasi yangbeljumlah antara 110 sehingga 120 orang,bilangan sampel yang disyorkan adalah antara86 sehingga 92. Jadi bilangan pengawal yangterlibat dalam pemilihan sam pel dalam kajianini adalah 110 orang atau 80 peratus daripadajumlah populasi. Jumlah sam pel ini dikira cukupbaik bagi mewakili populasi keseluruhannya.Sampel telah dipilih daripada tiap-tiap kategoripengawal mengikut kaedah persampelan rawakmudah dengan melakukan cabutan namaresponden secara rawak.

JADUAL IBilangan sampel kajian

Kategori Bilangan Bilangan

jawatan pengawal sampel

KP 9 115 90

KPlO 21 20

jumlah 136 110

Peralatan Kajian

Satu borang soalselidik yang mengandungi138 soalan telah digunakan untuk mendapatkandata kajian. Alatan kajian ini dibentukbersumberkan kajian yang lepas dalam bidangyang berkaitan (Ab. Wahab 1992 dan MohamadNasir 1992). Ujian kesahan dan kebolehpercayaantelah dijalankan terhadap alatan kajian.Kebanyakan kenyataan adalah dalam bentukLikert, di mana responden hanya perlumenandakan satu nombor yang berkenaan iaitu1 jika mereka sangat tidak sett~u, 2 untuk tidaksetL~u, 3 berkecuali, 4 setL~u dan 5 sangat setuju.

Pengwnpulan Data

Data telah dikumpul dengan mengedarkanborang soalselidik kepada setiap responden pada

7 Oktober 1993 dan memungutnya kembaliborang yang telah dilengkapkan dengansempurna pada 15 Oktober 1993. Seramai 96orang responden (87 peratus) telahmengembalikan borang soalselidik yang telahberjawab dalam tempoh yang ditetapkan.

Analisis Data

Data telah diproses dengan menggunakan PakejStatistik untuk·Sains Sosial (SPSS PC+). Statistikdeskriptif yang menerangkan taburan frekuensi,peratusan, min dan varian telah digunakan untukmenganalisis dan mempersembahkan ciri-cirilatarbelakang responden. Analisis korelasi(Pearson Product Moment Correlation) telahdigunakan untuk melihat perkaitan antara ciri­ciri demografi, faktor-faktor organisasi dandimensi kerja dengan tahap kepuasan kelja dikalangan pengawal keselamatan UPM. Analisisregresi (Simple Multiple Regression) telahdigunakan bagi menentukan peramal-peramalyang menyumbang pengaruh terhadap kepuasankelja mereka.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Maklumat LataT Belakang ResjJonden

Responden kajian ini terdiri daripada 20 orangpengawal keselamatan UPM lelaki yangbeljawatan KP 9 (20.8%) dan 76 orangbeljawatan KP 10 (79.2%) iaitu 72 orangpengawal keselamatan lelaki dan empat orangpengawal perempuan. Hampir kesemuaresponden (93.8%) sudah berkahwin, empatorang bl~ang dan seorang duda). Merekaberumur di antara 21 hingga 55 tahun denganpurata umur 41.7 tahun dan hampir separuhdaripada mereka berumur di antara 41 hingga50 tahun.

Daripada segi kelayakan akademik, 52 orangpengawal keselamatan (54.2%) mempunyaikelulusan Darjah Enam; 22 orang (22.9%)berkelulusan S\jil Rendah Pelajaran; 17 orang(17.7%) mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia;seorang mempunyai SUil Tinggi PersekolahanMalaysia dan selebihnya (4.2%) mempunyaikelulusan yang lain. Kelulusan akademik tertinggibagi pengawal keselamatan KPIO ialah SUilRendah Pelajaran. Pendapatan bulananresponden adalah di antara RM480.00 hinggaRM1400.00 dengan purata pendapatan sebanyakRM820.90. Saw pertiga dari mereka mempunyaipendapatan di antara RM651.00 sehinggaRM800.00. Daripada segi pengalaman bekelja,

PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No. I 1995 23

Page 4: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Ghazali Hasan dan Turiman Suandi

ternpoh perkhidrnatan dalarn pekeljaan merekasekarang adalah di antara satu tahun hingga 29tahun dengan purata 13.8 tahun. Seramai 24orang pengawal keselarnatan (25.0%)mempunyai pengalaman kelja di antara 16sehingga 20 tahun. Daripada segi tern pat tinggalpula kebanyakan rnereka (68.8%) tinggal dirurnah sendiri, manakala 15.6% menyewa dan15.6% lagi tinggal di perurnahan UPM.

Tahap Kepuasan Kelja

Hasil kajian rnenunjukkan lebih dari separuhpengawal keselarnatan UPM (55.2%) berada ditahap kepuasan kerja yang sederhana; 41.7peratus berada di tahap yang tinggi; dansebilangan kecil (3.1 %) di tahap yang rendahUadllal 2). Ini rnenunjukkan harnpirkeseluruhan responden berpuashati dengan keljamereka sebagai pengawal keselamatan UPM.

Apakah ciri-ciri persekitaran kerja yangmenyebabkan mereka berpuashati denganpekerjaan mereka sekarang? Kajian rnendapatibahawa kebanyakan responden berada di tahaprnernuaskan bagi kemudahan pil~aman untukmembeli kenderaan dan perurnahan,kemudahan perubatan, dasar pentadbiranorganisasi, sikap rakan sekerja, penyelia danpegawai atasan, gaji dan peluang untuk maju.

Terdapat di kalangan mereka yang di tahapkepuasan yang rendah (3.1 %) menyatakankeinginan llntuk berpindah kepada pekerjaanlain jika ada peluang, sarna ada di dalarn atau diluar organisasi. Sungguh pun bilangan rnerekaagak kecil, bilangan ini sudah cukup untukmemberi isyarat atau tanda kepada pihakpengurusan universiti supaya rnengarnbillangkah-langkah yang wajar bagi membendungmasalah ini daripada berterusan.

Perkaitan antam Faktorjaktor Tetpilih denganTahap Kepuasan Kerja

Analisis korelasi telah dibuat untuk mengetahuiperkaitan an tara tahap kepuasan kerja dikalangan pengawal keselamatan dengan (1)faktor-faktor demografi Uantina, umur, tarafperkahwinan, kelulusan akademik, jawatan,pendapatan, tempoh perkhidrnatan dan tempattinggal); (2) faktor-faktor organisasi (bebanankerja, polisi organisasi, dan kemudahan di tempatkerja); dan 3) faktor-faktor dimensi kerja (keljaitu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat,penyeliaan, rakan sekelja, dan peluang untukmaju). Faktor-faktor yang ukurannya dalambentuk diskrit seperti jantina, taraf perkahwinan,jawatan dan tempat tinggal telah dikodan kepadabentuk patung untuk membolehkan anal isiskorelasi Pearson dilakukan. Analisis korelasibagi tiap-tiap faktor ditllnjllkkan dalamjadual3,Jadual 4 dan jadual 5.

Pakaitan antam FaktOlcFaktor Demografi dengan'Tahap Kepuasan KerjaAnalisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawafaktor-faktor demografi seperti jawatan (r = .34),pendapatan (r = .34) dan tel11pohperkhidmatan (r=.31) masing-masingmempunyai perkaitan yang sederhana dengantahap kepuasan kerja pengawal keselamatan padaaras keertian 0.05. Kajian ini juga l11endapatibahawa faktor llmur dan kelulusan akademikl11empunyai perkaitan yang sederhana (r = .30)dengan tahap kepuasan kerja pengawalkeselamatan pada aras keertian 0.05.

JADUAL 3Kaitan di antara kepuasan kerja dengan

faktor-faktor demografi

JADUAL 2Tahap kepuasan kelja pengawal keselamatan

Tahap kepuasan kerja Kekerapan Peratus

Rendah (12-28) 3 3.1

Sederhana (29 - 44) 53 55.2

Tinggi (45 - 60) 40 41.7

Jumlah 96 100.0

Faktor-faktor Demografi

Jantina

Umur

Taraf perkahwinan

Kelulusan akademik

Jawatan

Pendapatan

Tempoh perkhidmatan

Tempat tinggal

'.' Signifikan pada aras 0.05

Pearson r

.13 ts

.30 '"

.18 IS

.30 *

.34 '"

.34 '"

.3] '"

.04 ts

24 PenanikaJ. Soc. Sci. & HUlll. Vol. 3 No.1] 995

Page 5: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Kepuasan Kelja di Kalangan Pengawal Keselamatan

JADUAL 4Kaitan di antara kepuasan kerja dengan

faktor-faktor organisasi

realiti ini. Sebanyak 3598 sijil cuti sakit telahdikluarkan kepada pengawal keselamatan bagitahun 1991 dan 1992 (Jabatan Pendaftar, DPM1993), dan ini bukanlah satu jumlah yang nor­mal berbanding dengan jumlah bilangankakitangan yang ada. Oleh sebab itu pihakpengurusan seharusnya peka melihat perkaraini agar bebanan tugas mereka dapatdikurangkan dengan mengambilkira kekuatandan kelemahan yang ada di kalangan pengawalkeselamatan.

Polisi Organisasi

Keputusan juga menunjukkan perkaitan yangkuat antara polisi organisasi dengan tahapkepuasan kelja pengawal keselamatan (r = .71;P < 0.05). Perkaitan ini bereni polisi organisasisangat mernberi kesan terhadap kepuasan kerjarnereka. Berdasarkan penernuan kajian,kebanyakan responden berpuas Inti dengandasar pentadbiran Universiti yang diarnalkansekarang yang cuba untuk membina satuorganisasi yang baik dan beljaya. Kebanyakannyabersetuju dengan cara pernbahagian tugas, serradasar universiti yang mengambil berat tentangaspek-aspek kebajikan kakitangannya.

Kemudahan di Tempat Kerja

Seterusnya keputusan analisis juga menunjukkanperkaitan yang kuat antara kemudahan di tempatkerja dengan tahap kepuasan kerja pengawalkeselamatan (r = .60; p < 0.05). Perkaitan yangkuat ini bermakna terdapat ciri-ciri kemudahanyang memuaskan yang memberi kesan terhadapkepuasan kerja mereka. Kemudahan-kemudahantersebut termasuklah: i) kemudahan pi~aman

membeli kenderaan dan perurnahan, ii)kemudahan perubatan, iii) kernudahanmengambil cuti rehat, dan iv) kemudahan kamin,tempat rehat dan rekreasi. Sebaliknya pulakelengkapan dalam pejabat atau pos kawalan

Pearson r

-.51 *.71*

.60':'

Bebanan Tugas

Polisi Organisasi

Kemudahan di tempat kerja

Faktor-faktor Organisasi

* Signifikan pada aras 0.05

Kajian ini mendapati faktor jantina, tarafperkahwinan dan tempat tinggal tidakmempunyai perkaitan yang signifikan dengantahap kepuasan kelja di kalangan pengawalkeseIamatan UPM. Penemuan ini sernemangnyadiduga kerana keadaan ini rnungkin di sebabkanoleh pernbahagian tugas rnereka yang sarna rata,adil dan tidak rnengarnbil kira ciri-ciri seperrijantina, taraf perkahwinan dan tempat tinggal.Pihak pengurusan rnelihat mereka sebagaiindividu, tidak kira wanita atau lelaki, tarafperkahwinan dan tempat tinggal.

Perkaitan antara FaktorJaktor 01ganisasi denganTahap Kepuasan Kerja

Bebanan Tugas

Keputusan anal isis Korelasi Pearsonmenunjukkan perkaitan antara bebanan tugasdengan tahap kepuasan kerja adalah signifikanpada aras keenian 0.05. Perkaitan yang negatifpada nilai r = -.51 ini menunjukkan bahawaterdapat perkaitan yang kuat antara bebanantugas dengan tahap kepuasan kerja pengawalkeselamatan (Jadual 4). Perkaitan ini bermaknaIebih berat bebanan tugas yang dialami olehpengawal keselamatan, akan mengurangkantahap kepuasan kerja mereka. Sebaliknyamereka yang mengalami kurang bebanan tugasakan berasa lebih berpuashati denganpekerjaannya.

Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawabebanan tugas yang dialami oleh pengawalkeselamatan UPM berpunca daripada realiti keljaitu sendiri. Urnpamanya, kerja itu memerlukankelja lebih masa, terdedah kepada bahaya danbencana, tugas yang banyak, kerja itu memberikesan ke atas aktiviti sosial dan cepat menjejaskanketahanan fizikal seseorang. Bhagat et at. (1985)mengatakan bebanan kelja adalah sangat dibencidan ditakuti oleh peker:ia-pekelja. Lantaran itumereka cuba mengelakkannya dengan menarikdiri, sarna ada secara psikologi (melaluipenglibatan kerja yang rendah) atau secarafizikalnya melalui kekerapan datang lewat,ketidakhadiran atau meninggalkan kerja tersebut.

Fenomena daripada kesan bebanan tugasyang cuba dinyatakan oleh penyelidik-penyelidikdi atas, jika dipadankan dengan realiti kerjapengawal keselamatan UPM hari 1111,

menggam barkan kebenarannya. Apabila melihatrekod cuti sakit mereka jelas menunjukkan

PertanikaJ Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.1 1995 25

Page 6: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Ghazali Hasan dan Turiman Suandi

masih tidak begitu memuaskan, begitu jugadengan kemudahan perumahan. Apabiladiperhatikan cadangan mereka untukmeningkatkan lagi tahap kepuasan kerja, ramaiyang mengesyorkan agar kedua-dua perkara inidiatasi.

kenaikan pangkat seharusnya bergantung kepadakebolehan mereka sencliri.

JADUAL 5Kailan eli al1lara kepuasan kelja dengan

faklOr-faktor elimensi kelja

Penyeliaan

Setel-usnya anal isis korelasi Pearsonmenunjukkan perkaitan yang signifikan antarapenyeliaan dengan tahap kepuasan keljapengawal keselamatan (r = .62; P < 0.05).Perkaitan yang positif ini menurUukkan bahawawLuudnya perkaitan yang kuat antara penyeliaandengan tahap kepuasan kelja pengawal-pengawalkeselamatan. Kebanyakan mereka berpuashatidengan corak penyeliaan yang cliamalkansekarang. Ramai di kalangan pengawalkeselamatan menyatakan bahawa penyeliamereka memahami clengan baik pekeljaan yangsepatutnya mereka lakukan serta menerangkankedudukan tugasan mereka dan sentiasa aclaapabila cliperlukan. Walau bagaimanapun adajuga yang menyatakan bahawa penyelia mereka"curi rulang" clan ticlak pandai membuatpenyeliaan, seperti menggunakan bahasa yangkasar clan ticlak berbudi bahasa semasa membuatarahan.

Perkaitan antam FaktoT-Faktor Dimensi Ke,jadengan Tahafl Ke/Juasan Kt!1ja

Kelja itu Sendil1

Jadual 5 menunjukkan perkaitan yang signifikanantara kelja itu sendiri dengan tahap kepuasankelja pengawal keselamatan (r = .65; P < 0.05).Perkaitan yang positif ini menunjukkan bahawawujudnya perkaitan yang kuat antara kerja itusendiri dengan tahap kepuasan kelja pengawalkeselamatan. Kajian mendapati majoriti dikalangan mereka berpendapat kerja yang merekalakukan sekarang adalah berfaedah, mencabar,berdikari, bagus dan menyeronokkan. Walaupunbeginl mereka kadangkala menjadi tidak seronokapabila giliran bertugasnya kena di tempat yangagak terpencil lagi menyeramkan. Lantaran itumereka mencadangkan agar tempat-tempat yangberkenaan ditugaskan dua orang pengawalkeselamatan.

Caji

Analisis itu juga menul~ukkan perkaitan yangsignifikan antara gaji dengan tahap kepuasankelja pengawal keselamatan(r = 041; P < 0.05).Perkaitan yang positif ini menunjukkan bahawawujudnya perkaitan yang sederhana antara gajidengan tahap kepuasan kelja pengawalkeselamatan. Ramai yang berpendapat gaji yangmereka perolehi aclalah cukup untuk makanclan perbelanjaan harian clan tidak dapatmemberikan kemewahan.

faktor-faktor dimensi kelja

Kerja itu sencliri

Gaji

Peluang kenaikan pangkat

Penyeliaan

Rakan sekelja

Peluang untuk maju

'" Signifikan paela aras .05

Pearson r

.65 '"

.41 "

.63 '"

.62 "

.38 ,',

.67 ,',

Peluang Kenai/tan Pangkat

Hasil kajian juga menUl~ukkan perkaitan yangsignifikan antara peluang kenaikan pangkatclengan tahap kepuasan kelja pengawalkeselamatan (r = .63; P < 0.05). Perkaitan yangpositif ini menunjukkan bahawa wLuuclnyaperkaitan yang kuat antara peluang kenaikanpangkat dengan tahap kepuasan kelja pengawalkeselamatan. ~jian mendapati ramai daripadamereka yang bersetuju bahawa peluang kenaikanpangkat adalah cerah. Sungguh pun emikianmereka ticlak menafikan bahawa peluang untuk

Rakan Sekerja

Analisis k~relasi itujuga menunjukkan perkaitanyang signifikan antara rakan sekelja dengantahap kepuasan kelja pengawal keselamatan (r =

.38; P < 0.05). Perkaitan yang positif inimenul~ukkan bahawa wujudnya perkaitan yangsederhana antara rakan sekelja dengan tahapkepuasan kelja pengawal keselamatan. Merekabersependapat bahawa rakan sekelja merekaadalah peramah clan muclah untuk berkawan,bertanggungjawab dan jLUur. Sungguhpun begitu,mereka masih tidak sependapat dengan rakanmereka clalam hal-hal kepentingan tugas dan

26 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 NO.1 1995

Page 7: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Kepllasan Kerja di Kalangan Pengawal Keselamatan

jawatan. Ada di antara mereka yang tidakpuashati atau cemburu dengan kenaikan pangkatdi kalangan rakan-rakan mereka.

Peluang Untuk Maju

Kajian ini juga menunjllkkan perkaitan yangsignifikan antara peluang llntuk majll dengantahap kepllasan kerja pengawal keselamatan(r = .60; P < 0.05). Perkaitan yang positif inimenllnjukkan bahawa terdapatnya perkaitan yangkuat antara peluang llntuk maju dengan tahapkepllasan ketja pengawal keselamatan.Kebanyakannya bersetujll bahawa merekamempunyai pelllang llntuk berfikir dan bertindaksendirian serta melaksanakan ketja-kelja yangmencabar.

Hasil kajian mengenai analsis korelasimendapati wlljlldnya perkaitan yang kuat antarapolisi organisasi dengan tahap kepuasan kerjapengawal keselamatan UPM. Kajian jugamendapati wluudnya perkaitan yang kuat antarafaktor bebanan tugas, kemlldahan di tempatkelja, kerja iw sendiri, peJuang kenaikanpangkat, penyeliaan dan peluang untuk majudengan tahap kepuasan kelja mereka, manakalafaktor jawatan, pendapatan, tempohperkhidmatan, gaji dan rakan sekerja hanyamempunyai perkaitan yang sederhana. Perkaitanini bermakna wujudnya ciri-ciri yang membawakepuasan kerja terhadap faktor-faktor tersebut.Sebaliknya faktor-faktor jantina, tarafperkahwinan dan tempat tinggal tidaklllempunyai perkaiatan yang signifikan dengantahap kepuasan kelja lllereka.

Faktor Peralllal Kepuasan Kelja

Analisis regresi menggunakan tahap kepuasankelja sebagai angkbah bersandar ditunjllkkandalalll Jadual 6. Analisis ini hanya melibatkanfaktor-faktor yang signifikan sahaja pada araskeertian p < 0.05. Secara keseluruhannya hampir70% varians tahap kepllasan kelja pengawalkeselamatan dipengaruhi oleh faktor-faktorkajian yang terpilih (R2 = 0.696).

Berdasarkan kepada analisis regresi tersebut,didapati bahawa lima faktor iaitu polisi organisasi,peluang untuk maju, kemudahan di tempat ketja,kelulusan akadelllik dan bebanan tugasmempunyai perkaitan yang signifikan ke atastahap kepllasan kelja pengawal keselalllatan UPMpada aras keertian p < 0.05. Faktor polisiorganisasi mempunyai pengaruh yang paling kuatke atas tahap kepuasan kel:ja (R2 = 0.500). Pekali

regresi adalah positif (B = 0.130). Inilllenunjukkan pengawal keselamatan yangberpuashati dengan dasar pentadbiran organisasiakan mendapat rasa kepuasan dalarn pekerjaanrnereka.

Faktor peluang untuk maju mempunyaiperkaitan yang positif (B = 0.314) danmerupakan faktor yang menyumbang pengaruhkedua kuat terhadap tahap kepuasan ke'ja(R2 change = 0.071). Pekali regresi yang positifini menllnjukkan pengawal keselamatan yangmempunyai pel liang yang banyak akanmerasakan kepuasan terhadap pekerjaan mereka.

Faktor kernuelahan di tempat keljamempunyai perkaitan yang positif (8 = .272)dan merupakan faktor yang menyumbangkanpengaruh yang ketiga kuat ke atas tahapkepuasan kelja (R2 change = 0.031). Pekali yangpositif ini menunjukkan pengawal keselamatanyang berpuashati elengan kemudahan di tem patkelja akan merasa puas dengan pekerjaannya.

Faktor kelulusan akademik mempunyaiperkaitan yang positif (B = 1.618) elan merupakanfaktor yang mempunyai pengaruh yang keempatkuat ke atas tahap kepllasan kelja (R2 change= .034). Pekali regresi yang positif inimenunjukkan pengawal keselamatan yangmempunyai kelayakan akadelllik yang lebih tinggiakan berpuashati elengan pekerjaan lllereka.

Faktor bebanan tugas mempllnyai perkaitanyang negatif (B = -.172) dan merupakan faktoryang mempunyai pengaruh yang kelima kuatterhaelap tahap kepllasan ketja (R2 change =

.021). Pekali regresi yang negatif inilllenurUukkan pengawaI-pengawal keselamatanyang mengalami bebanan tugas yang tinggi akanmerasa kurang kepuasan beketja dan begitujuga sebaliknya.

Sebagai kesilllpulannya, terdapat limadaripada 14 faktor yang elikaji merupakanperamal-peramal terhaelap kepuasan kerjapengawal keselamatan UPM iaitu polis4organisasi, peluang untuk maju, kemllelahan elitempat kelja, kelulusan akademik dan bebanantugas. Manakala sembilan faktor yang lain iaituumur, jawatan, pendapatan, tempohperkhidmatan, kelja itu seneliri, gaji, peluangkenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekeljabukanlah merupakan peramal-peramal kepadatahap kepuasan kerja mereka.

Berdasarkan kepada keplltusan hasil kajiandi atas, sesuatu bentuk persamaan matematikdapat elihasilkan bagi menilai tahap kepuasankelja yang dialami oleh seseorang pengawal

PenanikaJ. Soc. Sci. & I-Ium. Vol. 3 No.1 lY9S 27

Page 8: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Ghazali Hasan dan Tliriman Sliandi

JADUAL 6Analisis regresi dengan kaedah "stepwise"

Angkubah bebas R~ R~ Change B Sig t

Polisi organisasi .500 .500 .130 2.293 .0242

Peluang untuk rnaju .571 .071 .314 3.728 .0003

Kemudahan di tern pal kelja .602 .031 .228 2.604 .0108

Kelulusan akadernik .636 .034 1.618 3.329 .0013

Bebanan tugas .657 .021 -.172 -2.352 .0209

Angkatap 19.353

R~ keseluruhan = 0.696

keselamatan. Persamaan matematik tersebutadalah dalam bentuk seperti berikut:

Maka persamaan matematik yang bolehditerbitkan adalah seperti berikut:

Cadangan Bagi Kajian Akan Datang

Kajian lanjut ten tang aspek kepuasan kerjaseharusnya juga mengambil kira faktor-faktorlain yang tidak berkaitan dengan persekitarankerja, umpamanya: faktor sosial, yang meliputihubungan kekeluargaan, pandangan rnasyarakat,kegiatan persekitaran, kebebasan berpolitik dan

b) Menyediakan lebih banyak kemudahanperalatan kerja seperti motosikal, alattelekomunikasi dan baju hujan.

c) Menyeragamkan peraturan atauundang-undang lalu lintas antara pelajar dankakitangan, supaya tidak menyulitkan anggotakeselamatan merualankan tugas.

d) Menyediakan lebih banyakkemudahan perumahan kepada pengawalkeselamatan di kawasan perumahan universiti.

e) Mengirnbangkan bebanan tugaspengawal keselarnatan dengan cara meletakkansekurang-kurangnya dua orang pengawalkeselamatan yang bertugas di tempat-tempatyang diketahui merbahaya.

f) Memberi kuasa untuk menyoal siasatpekelja-pekelja Universiti Petanian Malaysia yangdisyaki terlibat dalam kes jenayah.

g) Memberi lebih banyak peluang kepadapengawal-pengawal keselamatan supayamenghadiri kursus-kursus pendek yang berkaitandengan undang-undang dan siasatan,kerohanian, kaunseling, perhubungan awam dankepemim pinan.

h) Mengadakan peljumpaan dan dialogantara pegawai keselamatan dan pengawal­pengawal keselarnatan sebulan sekali bagimembincangkan masalah kelja dan merapatkanhubungan sesama pekelja.

kepuasan kerja yang diramalkan

angkatap

"regression weight"

polisi organisasi

peluang untuk maju

kemudahan di tempat kerja

kelulusan akademik

bebanan tugas

CADANGAN

Berasaskan penemuan kajian dan syor-syor yangdikemukakan oleh pengwal-pengawalkeselamatan sendiri, beberapa cadangan diajukanbagi memperbaiki dan mernantapkan lagikeadaan kerja mereka. Pihak pengurusan UPM,sarna ada pihak pengurusan atasan atau diBahagian Keselarnatan sendiri, dirninta supayarnernberi perhatian dan penekanan terhadapaspek-aspek berikut:

a) Menyediakan lebih banyak kernudahandi tempat kerja seperti bekalan air, tandas, biliksernbahyang dan kipas angin.

Y 19.353 + 0.130(polisi) + 0.314(peluanguntuk maju) + 0.228(kemudahan ditempat kerja) + 1.618(kelulusanakademik) - 0.172 (bebanan tugas)

Petunjuk:y

a

28 Pertanikaj. Soc. Sci. & Hum. Vol. 3 No.1 1995

Page 9: Kepuasan Ketja di Kalangan Pengawal Keselamatan Universiti ... filegaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekelja tidak merupakan peramal kepada tahap kepuasan kerja

Kepuasan Kelja eli Kalangan Pengawal Keselamaran

hubungan dalam masyarakat; faktor sernasaseperti ucapan penghargaan selepas waktu kerjaoleh majikan atau rakan sekelja dan faktorperibadi.

RUJUKAN

AB.WAHAB SAAD. 1992 Persepsi pekelja keranipelabuhan terhadap kepuasan kerja.Perbandingan sektor awam dan swasta. Tesis,M.S. Universiti Pertanian Malaysia.

ARIFFIN HJ. ZAI:-IAL. 1981. Kepuasan kerja dikalangan Pekelja-pekelja di UniversitiKebangsaan Malaysia. Tesis S.Sa., UniversitiKebangsaan Malaysia.

BHAGAT, R.S., SJ. MCQUAID, H. LI1\DHOLM andJ. SEGOVIS. 1985. Total life stress:Multimethod validations of the constructand its effects on organizationally valuedoutcomes and withd,-awal behaviors. journaloj Applied Psychology 70(1): 202-214.

JABATAN PENDAFTAR. 1993. Bahagian PerkhidmatanAm. Universiti Pertanian Malaysia.

KREjCIE, R.Y. and D.R. MORGAN. 1970.Determining sample size for researchactivities edu-cational & psychologicalmeasurement. jou'/7tal oj Educational andPsychological Measurement 30: 607-610.

LUSSIER, R.N. 1990. Human Relation in Organiza­tions: A Shill-building Approach. Homewood:Invin.

MOHAMAD NASIR SAI.UDlN. 1992 Faktor1aktor yangmem.pengaTuhi kecendenmgan lwkitangan

akadernik berhenti lierja: Satu Kajian di FakultiPerubatan Univel'siti Kebangsaan Malaysia.Kertas Projek, Universiti PertanianMalaysia.

MOI-lD. MAJID KONTINC. 1990. Kaedah PenyelidilwnPendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

MUl.I.I1\S, LJ. 1989. Management and Organiza­tional Behavior. London: Pitman Publishing.

lASH, M. 1985. Making People Productive.New York: Josse-Bass.

NEW STRA.ITS TIMES PRESS. 1993a. SSB: Cuepacsperlu hantar memo. Berita Hanan 13 Julai1993, m.s. 2.

______ 1993b. JPA setuju susun semulaSSB. Bel-ita Hmian 15 September 1993, m.S. 5.

______ 1993c. Gaji: Sulaiman minta gurubersabar. Belita Ha'rian 16 September, 1993,m.s.8.

SCHCI.TZ, D.P. 1982. Psychology and Industl)' Today:An IntToduction to Industrial and Organiza­tional PS)lchology. ew York: McMillan.

S~'IITII, H.R. 1980. Management Making Organiza­tion PerJo·rm. New York: McMillan.

S~IITI-I, P.c., L.M. KENDALl. and c.L. HULl1\. 1969.The Measurem.ent oj SatisJaction in Work andRetiTe1nent. Chicago: Rand McNally.

(Received 22 Febmw) 1994)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol.:l No. 1]995 29