kepupusan haiwan

download kepupusan haiwan

of 20

  • date post

    20-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    116
  • download

    0

Embed Size (px)

description

hkk

Transcript of kepupusan haiwan

FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Antaranya:

PencemaranKeadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.

Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Pembalakan HaramPembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran HutanPembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.Pemburu HaramPemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu DuniaFaktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinasaour adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU

Antaranya:Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.

Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda RM50,000.

Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.

Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.

Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan

Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

Antara Haiwan Yang Telah Pupus

1.Syrian Wild Ass ( Pupus sejak1927 )

Syrian Wild Ass adalah subspesies kepada keluarga Equidae atau keluarga kuda. Syrian Wild Ass adalah spesies kuda yang paling kecil. Ia pernah berhabitat di sekitar Syria, Jordan dan Iraq. Keunikan Syrian Wild Ass adalah kemampuan kulitnya berubah warna mengikut musim. Sebagai contoh, kulit Syrian Wild Ass akan berubah warna kepada kuning keperangan pada musim panas dan berubah pula kepada warna kuning pucat pada musim panas. Spesies ini pernah mempunyai populasi yang besar sekitar abad ke-16 dan abad ke-17 namun akhir merudum menjelang abad ke-19. Haiwan ini diistiyharkan pupus pada 1927 apabila spesies terakhir ini mati di Zoo Vienna.

2.Javan Tiger (Pupus sejak 1980-an )

Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.3.Tarpan ( Pupus sejak1919 )

Tarpan juga dikenaliEurasian Wild House.Ia adalah subspesies kepada kuda liar yang pernah berhabitat di sekitar selatan Perancis, timur Sepanyol sehingga merentasi tengah Russia. Populasi Tarpan mula merudum sekitar 1870an akibat pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Penampakan terakhir Tarpan adalah pada 1909 hasil usaha kerajaan Poland untuk menyelamatkan spesies kuda liar ini. Tarpan yang berjaya ditangkap tersebut kemudian dipelihara di dalam zoo di Russia. Walaubagaimanapun, haiwan tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Sejak daripada itu, Tarpan tidak lagi kelihatan dan diistiyharkan pupus secara rasmi.

4.Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger (pupus sejak 1936)

Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.5.Dodo (Pupus sejak lewat abad ke-17 )

Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo sepertias dead as a dodoyang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.

6.Aurochs ( pupus sejak 1627 )

Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.7.Tyrannosaurus Rex ( Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu )

Tyrannosaurus Rex ataupun nama manjanya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.

8.Caucasian Bison ( Pupus sejak1927 )

Caucasian Bison adalah subspecies kepada bison. Haiwan ini berhabitat di pergunungan Kaukasus di timur Eropah. Haiwan ini dipercayai pupus sejak tahun 1927 apabila tiga ekor bison yang terakhir telah dibunuh oleh pemburu haram. Haiwan ini pada mulanya mempunyai populasi yang cukup besar apabila ada rekod mencatatkan haiwan ini mendiami sebahagian besar pergunungan Kaukasus barat pada abad ke-17. Walaubagaimanapun, populasinya mula merudum menjelang pada abad ke-19 apabila berlakunya penempatan secara besar-besaran di keseluruhan habitatnya. Masyarakat pada masa itu masih belum mempunyai nilai sentimental apabila menjadikan kulit dan daging haiwan ini sebagai keperluan harian mereka. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kepupusan Caucasian Bison.9.Giant Aye-aye ( Pupus sejak1930 )

Giant Aye-aye adalah subspesis kepada monyet dan mempunyai hubungan dengan lemur monyet dan kera. Spesis ini pernah berhabitat di kepulauan Madagaskar sejak 1000 tahun lampau. Spesis ini kali terakhir dilihat pada tahun 1930an dan diistiharkan pupus sejak daripada itu.

10.Caspian Tiger ( Pupus sejak1990an )

Caspian Tiger adalah subspesies bagi keluarga kucing sepertimana spesies-spesies harimau yang lain. Saiznya boleh mencapai panjang daripada 200cm sehingga 270cm. Walaubagaimanapun, Caspian Tiger betina mempunyai saiz yang lebih kecil. Habitat Caspian cukup besar. Menurut rekod, haiwan ini yang pernah mencapai populasi maksimum pada abad ke-16 berhabitat di China, Russia, Turki, Iran, Turkestan dan Afghanistan. Populasinya mula merudum pada abad ke-20 akibat pemburuan haram yang cukup berleluasa. Tambahan pula, sumber utama makanannya iaitu babi hutan turut sama merudum populasinya menyebabkan berlakunya gangguan besar kepada sistem rantai makanannya. Penampakan terakhir spesies ini adalah pada awal 1990an dan sejak daripada itu, tiada lagi rekod penampakan dicatatkan.

10 binatang yang hampir pupus

1. Kelawar Tapal Kuda

Ada empat belas jenis kelewar di Britain yang sedang terancam. Kelewar t