KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

45
1 KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL 1981-2006 BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM

Transcript of KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

Page 1: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

1

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL1981-2006

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

JAKIM

Page 2: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

2

ISI KANDUNGANTAJUK

Baja Daripada Tahi Babi

Gas Daripada Tahi Babi

Penyuntikan Highly Purified Insulin Berpunca Dari Babi

Alkohol Menurut Pandangan Islam

Gelatin Dalam Ubat

Hukum Penyembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)

Penggunaan Bulu Babi

Masalah Pekerja-pekerja Islam Yang Terlibat Dengan Kerja-kerja Yang Khususnya Untuk Kepentingan Orang-orang Kafir.

Minuman Guiness Malta Keluaran Syarikat Guiness Malaysia Berhad

Kajian Mengenai Kadar Tumbesaran Dan Pembiakan (Fisiologi) Siput Babi (Achatina Fulica)

NO. SLIDE

5

6

7

11

10

10

11

11

12

15

Page 3: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

3

Pemeliharaan Babi Bagi Tujuan Kajian

Alkohol Dan Kaitanya Dalam Makanan dan Minuman

Alkohol Sebagai Penstabil Dalam Minuman Ringan Menurut Islam

Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam

Penggunaan Ubat Pil Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa

Ubat Pelalian Rubella (Imunisasi Rubella)

Penyembelihan Ayam Dengan Menggunakan Pelalian ‘Water Stunner’

Keju Sebagai Bahan Makanan

Penggunaan Agen Aktif Permukaan Dalam Makanan

Hukum Menternak Binatang Dua Alam

Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan

Cadangan Penswastaan Unit Makanan Dan Bahan Gunaan Bahagian Hal Ehwal Islam

Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

15

16

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

Page 4: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

4

Penggunaan Electrical Stunning Dalam Proses Penyembelihan Lembu

Penggunaan Anjing Untuk Mengesan Kiriman Dadah Melalui Pos

Bioteknologi Dalam Makanan Dan Minuman

Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

Hukum Mengenai Stunning Haiwan

Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Penyembelihan Haiwan Di Luar Negara

Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain)

Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal

Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-jenis Dadah Baru Yang Lain

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat

29

30

31

33

34

37

39

40

41

42

Page 5: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

5

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2

12 – 13 Mei 1981

Bilik Mesyuarat, Majlis Islam Sarawak, Kuching

Baja Daripada Tahi Babi

i) Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh.

ii) Bahawa Makanan ayam yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal.

Page 6: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

6

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-2

12 – 13 Mei 1981

Bilik Mesyuarat, Majlis Islam Sarawak, Kuching

Gas Daripada Tahi Babi

Gas yang diproses daripada tahi babi dengan menggunakan api hukumnya najis dan yang tidak menggunakan api hukumnya suci.

Page 7: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

7

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

3. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-6

10 Oktober 1983

Bilik Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Penyuntikan Highly Purified Insulin Berpunca Dari Babi

Hukum menyuntikkan insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikan.

Page 8: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

8

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-7

11 – 12 April 1984

Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya, Ipoh, Perak

Alkohol Menurut Pandangan Islam

(a) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

(b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

(c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

Page 9: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

9

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

(d) Tapai halal dimakan.

(e) Alkohol yang terjadi sampingan

dalam proses pembuatan

makanan tidak najis dan boleh

dimakan.

(f) Ubat-ubatan dan pewangi yang

ada kandungan alkohol adalah

harus dan dimaafkan.

Page 10: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

10

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

5. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-8

24 – 25 September 1984

Bilik Mesyuarat, Bangunan Berjaya, Kota Kinabalu,

Sabah.

Gelatin Dalam Ubat

Penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana ‘darurat’. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.

Page 11: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

11

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

6. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-7

11 – 12 April 1984

Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya, Ipoh, Perak.

Hukum Penyembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)

Sembelihan Ahli Kitab yang asliboleh dimakan oleh orang Islam dengan syarat penyembelihannya mengikut kaedah-kaedah sah mengikut syarak.

Page 12: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

12

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

7. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-12

21 – 22 Januari 1985

Tingkat 7, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang

Penggunaan Bulu Babi

Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti samada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan.

Page 13: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

13

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

8. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-14

22 – 23 Oktober 1985

Bilik Mesyuarat Tun Abdul Razak, Tingkat 1, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru

Masalah Pekerja-pekerja Islam Yang Terlibat Dengan Kerja-kerja Yang Khususnya Untuk Kepentingan Orang-orang Kafir

Setelah dibincang dengan panjang

lebar Mesyuarat telah mengambil

keputusan bahawa:

(a) Bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri Selangor yang menghukumkan haram bagi pekerja-pekerja Islam yang mengangkat dan memindahkan daging-daging babi atau bahan-bahannya daripada kapal-kapal.

Page 14: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

14

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

9. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19

6 – 7 Oktober 1987

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Minuman Guiness Malta Keluaran Syarikat Guiness Malaysia Bhd.

Muzakarah mengambil perhatian

terhadap pandangan-pandangan

para ahli kitab seperti berikut:

(a) Terdapat satu gerakan melalui cara halus yang cuba mempengaruhi orang-orang Islam dengan perkara-perkara yang sememang dibenci dan dijauhi oleh orang-orang Islam. Tidak lama dahulu minuman Shandy telah dikeluar dengan dakwaan ianya adalah minuman ringan, tetapi setelah dikaji ternyata minuman itu adalah sejenis arak. Setiap umat Islam perlu bersikap curiga dan cemburu terhadap perkara-perkara seumpama ini.

Page 15: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

15

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALALBIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

(b) Jawatankuasa Fatwa tidak wajar mengisytiharkan minuman Guiness Malta ini halal walaupun pada hakikatnya minuman ini halal kerana ditakuti akan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat terutamanya golongn remaja dan kanak-kanak. Hal ini adalah disebabkan masyarakat di Malaysia ini mengenali Guiness itu sebagai label kepada minuman keras (stout).

(c) Penggunaan nama Guiness, label dan botol yang digunakan pada minuman ini adalah mengelirukan orang ramai. Oleh itu tidak wajar perkataan Guiness itu diletakkan pada nama minuman ini dan label serta botol yang digunakan perlulah diubahsuaikan supaya berbeza dengan Guiness Stout.

Page 16: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

16

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

Muzakarah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak pengeluar minuman Guiness Malta mengenai bahan dan cara pembuatannya. Walau bagaimanapun Muzakarah mendapati pihak pengeluar minuman tersebut tidak harus menggunakan apa-apa istilah Islam bagi menarik umat Islam menjadi pelanggan kerana minuman tersebut diproses oleh kilang yang sama dalam memproses dan mengeluarkan minuman yang diharamkan, iaitu Guiness Stout dan disamping jenama dan botol yang digunakan itu boleh mengelirukan dan menimbulkan prasangka buruk di kalangan umat Islam.

Page 17: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

17

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

10. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19

6 – 7 Oktober 1987

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Kajian Mengenai KadarTumbesaran Dan Pembiakan (Fisiologi) Siput Babi (Achatina Fulica)

Perusahaan menternak siput babi untuk tujuan eksport ke luar negeri sebagai makanan adalah harus.

Page 18: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

18

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

11. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-18

25 Februari 1987

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Pemeliharaan Babi Bagi Tujuan Kajian

Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju bahawa pembiakan babi tidak boleh diperluaskan. Maka pengajian mengenainya seperti di Universiti Putra Malaysia itu adalah tidak sewajarnya wujud dan mestilah mengambil tindakan supaya ditiadakan.

Page 19: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

19

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

12. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-19

6 Oktober 1987

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Alkohol Dan Kaitannya Dalam Makanan Dan Minuman

Muzakarah mengambil keputusan bersetuju iaitu tetap berpegang kepada keputusan Muzakarah yang ke-7 pada 11 dan 12 April 1984 mengenai perkara ini seperti berikut:

(a)Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Page 20: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

20

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALALBIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

(b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

(c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

(d) Tapai halal dimakan.

(e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

(f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adlah harus dan dimaafkan.

Page 21: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

21

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

13. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22

24 November 1988

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur

Alkohol Sebagai Penstabil Dalam Minuman Ringan Menurut Islam

Kordial yang mengandungi bahan

perasa (flavour) yang dimasukkan

alkohol untuk tujuan penstabilan

adalah harus (boleh) digunakan

untuk tujuan minuman sekiranya:

(a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.

(b) Bahawa kuantiti alkohol dalam perasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

Page 22: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

22

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

14. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali-22

24 November 1988

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam

(a) Bahawa vaksin untuk imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus (boleh) digunakan untuk tujuan tersebut.

(b) Mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menggunakan vaksin hasil daripada ragi dalam program imunisasi Hepatitis B yang dijalankan.

Page 23: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

23

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

15. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-7

11 – 12 April 1984

Bilik Gerakan, Jabatan Kerja Raya, Ipoh, Perak

Penggunaan Ubat Pil Penyakit Jantung Bagi Pesakit-pesakit Yang Sedang Berpuasa

Jawatankuasa bersetuju dengan pandangan bahawa oleh kerana ubat pil yang digunakan itu tidak masuk melalui rongga anggota, maka penggunaan oleh seorang pesakit jantung yang sedang berpuasa tidaklah batal puasanya dengan syarat diyakini air liurnya tidak masuk melalui rongganya.

Page 24: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

24

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

16. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-21

12 September 1988

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Ubat Pelalian Rubella (Imunisasi Rubella)

Bahawa vaksin rubella digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubella.

Page 25: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

25

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

17. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22

24 November 1988

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Penyembelihan Ayam Dengan Menggunakan Pelalian ‘Water Stunner’

Penggunaan pelalian ‘Water Stunner’ dalam proses penyembelihan ayam adalah harus.

Page 26: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

26

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

18. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-26

7 – 8 Mac 1990

Bilik Mesyuarat Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kangar

Keju Sebagai Bahan Makanan

Keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara Islam.

Page 27: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

27

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

19. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-26

7 – 8 Mac 1990

Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kangar.

Penggunaan Agen Aktif Permukaan Dalam Makanan

Penggunaan Agen Aktif Permukaan di dalam makanan adalah harus dengan syarat sumber agen aktif permukaan tersebut diperolehi daripada tanaman, dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut Islam.

Page 28: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

28

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

20. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-26

7 – 8 Mac 1990

Bilik Mesyuarat, Tingkat 11, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Kangar.

Hukum Menternak Binatang Dua Alam.

(a) Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.

(b) Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adlah khilaf ulama’:

(i) Menurut jamhur ulama’, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.

(ii) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus.

Page 29: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

29

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

21. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-39

21 September 1995

Kota Kinabalu, Sabah.

Penggunaan Hormon PSH-P (Otak Babi) Sebagai Bahan Peningkatan Ternakan.

(a) Hormon PSH-P (Otak Babi) bahan penggalak yang diperolehi dari otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan di dalam bentuk apa juga sekalipun samada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman tersebut berasaskan kepada syubhah.

(b) Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada PSH-P (Otak Babi) diharamkan bahkan daging dan susunya.

Page 30: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

30

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

(c) Pihak yang berkenaan khusunya Jabatan Haiwan di seluruh negara hendaklah memberhentikan serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon PSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.

Page 31: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

31

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

23. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-37

23 Mac 1995

Dewan Syura, Tingkat 11, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Hukum Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam

Bersetuju menerima kertas tersebut dan meluaskan penggunaan pewarna (cochineal) dalam makanan berasaskan kepada ukuran piawaian yang telah ditetapkan, tidak melebihi dari 0.003% - 0.006% (30-60ppm).

Page 32: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

32

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

24. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22

24 November 1988

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Penggunaan Electrical Stunning Dlam Proses Penyembelihan Lembu

Penggunaan ‘Electrical Stunning’ dalam proses penyembelihan lembu adalah harus (boleh).

Page 33: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

33

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

25. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-22

24 November 1988

Dewan Syura, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Penggunaan Anjing Untuk Mengesan Kiriman Dadah Melalui Pos

Jawatankuasa bersetuju dengan keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertaklid kepada Mazhab Maliki dan menasihatkan kakitangan yang beragama Islam di Jabatan Pos hendaklah memakai sarung tangan ketika bertugas.

Page 34: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

34

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

26. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

12 Julai 1999

Dewan Syura, Tingkat 11, Pusat Islam Malaysia

Bioteknologi Dalam Makanan Dan Minuman

(a) Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bioteknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syrak dan hukumnya adalah haram.

(b) Penggunaan bioteknologi DNA babi dalam pemprosesan barangan, makanan dan minuman belum lagi sampai ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain.

(c) Ijtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul fiqh seperti berikut

(d) لمصال مقدم علىجلب ادرء المفاسدأولىمن

Page 35: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

35

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

27. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-53

27 November 2002

Dewan Syura Aras 9, JAKIM Putrajaya.

Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Menigococcal Meningitis Oleh Orang Islam.

Hukum menggunakan vaksin pelalian Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus manakala vaksin pelalian Meningococcal Meningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

Page 36: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

36

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

28. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-70

29 September 2005

Dewan Syura Aras 9, JAKIM Putrajaya.

Hukum Menggunakan Stunning Haiwan

i. Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt, Pneumatic Captive Bolt dan Non-Penetrative Captive Bolt, (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan.

ii. Hanya kaedah Kejutan Electrical (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Page 37: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

37

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

(a) Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (Head only stunner)

(b) Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3-6 saat; dan

(c) Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

Page 38: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

38

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

iii. Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat:

(a) Kekuatan arus elektrik adalah dkawal supaya tidak mematikan haiwan; dan

(b) Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

iv. Penggunaan dadah dan gas karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksakan atau mematikan haiwan tersebut.

Page 39: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

39

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

Muzakarah juga memutuskan supaya keputusan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang berurusan dengan pengimportan daging dari luar negara. Hanya daging sembelihan yang memenuhi syarat-syarat sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Page 40: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

40

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

29. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-70

29 September 2005

Dewan Syura, Aras 9, JAKIM Putrajaya.

Hukum Kaedah Thoracic Sticking Dalam Penyembelihan Haiwan Di Luar Negara.

Kaedah Thoracic Sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i.Telah berlaku sembelihan sempurna (iaitu telah putus keempat-empat urat Mari’, halkum dan wadajain);

ii.Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna (complete bleeding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;

Page 41: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

41

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

iii. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.

Muzakarah juga memutuskan supaya keputusan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang berurusan dengan pengimportan daging dari luar negara. Hanya daging sembelihan yang memenuhi syarat-syarat tersebut sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Page 42: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

42

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

30. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-73

4 – 6 April 2006

Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain)

Setelah meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukan oleh ahli-ahli, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa:

Haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Page 43: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

43

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

31. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-73

4 – 6 April 2006

Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

Status Kesucian Ikan Diberi Makanan Tidak Halal

Setelah meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa:

Ikan yang diperlihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najs atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

Page 44: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

44

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

32. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-76

21 – 23 November 2006

The Legend Hotel, Kuala Lumpur

Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-jenis Dadah Baru Yang Lain

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa:

“Dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybuytric Acid (GHB)”

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga dharamkan.

Page 45: KEPUTUSAN MUZAKARAH JAKIM (1981-2006)

45

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKAITAN HALAL

BIL TARIKH/TEMPAT TAJUK KEPUTUSAN

33. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-76

21 – 23 November 2006

The Legend Hotel, Kuala Lumpur

Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan sabun Tanah Liat

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa:

Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.