Ker Tasker Jab Ulan Pss

9
KERTAS KERJA BULAN PUSAT SUMBER SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 2011 1.0 PENGENALAN Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu. 2.0 NAMA PROGRAM Bulan Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Mutiara Rini 2 3.0 MATLAMAT Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi. 4.0 OBJEKTIF

description

sampel

Transcript of Ker Tasker Jab Ulan Pss

KERTAS KERJABULAN PUSAT SUMBERSMK TAMAN MUTIARA RINI 22011

1.0 PENGENALANPusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 NAMA PROGRAMBulan Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Mutiara Rini 2

3.0 MATLAMATMenarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4.0 OBJEKTIF i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolahii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesaniii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

5.0 TEMAPUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

6.0 TARIKH PELAKSANAANSepanjang bulan Julai 2011

7.0 TEMPATSekitar SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru.

8.0 SASARAN PESERTASemua pelajar SMK Taman Mutiara Rini 2

9.0 AKTIVITI DAN PROGRAM

BILNAMA PROGRAMOBJEKTIFKAEDAH PELAKSANAAN

1.Majlis Perasmian Menghebahkan kepada semua pelajar mengenai bulan Pusat Sumber Sekolah

Majlis perasmian akan diadakan pada hari Isnin 4 Julai 2011 ketika perhimpunan rasmi.

2.Kuiz PSS Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai PSS Dua soalan mengenai PSS akan diberikan kepada pelajar pada waktu perhimpunan sekolah pada setiap hari khamis. Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat akan diberi hadiah.

3.Treasure Hunt Mengeratkan hubungan antara Pengawas Pusat Sumber dan pelajar Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai PSS Akan dijalankan pada hari Sabtu 9 Julai 2011. 10 kumpulan peserta terdiri daripada 3 orang pelajar akan dipilih berdasarkan penyertaan terawal. Aktiviti akan diadakan di sekitar sekolah. Lima checkpoint akan diwujudkan dan pelajar perlu melepasi semua check point dan menyiapkan tugasan di setiap check point. Hadiah akan diberi kepada 3 kumpulan pertama yang berjaya menyiapkan kesemua tugasan dengan tepat.

4.Pengunjung bertuah Menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah Semua pelajar yang mengunjungi PSS akan diberikan slip untuk diisikan maklumat peribadi. Setiap hari, seorang pengunjung akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah.

5.Pertandingan Menulis Ulasan Buku Menarik minat pelajar untuk menggunakan buku-buku di PSS Mencungkil bakat pelajar dalam penulisan. Program ini akan berlangsung sepanjang bulan PSS. Peserta dikehendaki meminjam sebuah buku dan membuat ulasan mengenai buku tersebut. 3 peserta terbaik akan menerima hadiah.

6.Peminjam Terbanyak Mingguan. Menarik minat pelajar untuk meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah Setiap minggu, seorang pelajar yang meminjam buku paling banyak akan dipilih sebagai pemenang. Dua kategori disediakan iaitu kategori pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang.

7.Rekod Bacaan Nilam Terbanyak Memupuk sifat suka membaca di kalangan pelajar Mencari calon untuk Pertandingan Nilam Peringkat Daerah 2012 Pelajar dikehendaki merekod semua bacaan di dalam buku Nilam mereka dan menyerahkannya kepada guru PSS sebelum 29 Julai 2011 Hadiah akan diberikan kepada 3 peserta yang mempunyai rekod nilam terbanyak.

8.Program PengampunanPSS Mengumpul semula buku-buku yang tidak dipulangkan oleh pelajar Semua buku yang dipinjam tetapi sudah melebihi tarikh pemulangan akan diterima tanpa sebarang denda sepanjang minggu ke-2 dalam bulan Julai.

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat :En Zainal Bin Buang(Pengetua SMK Taman Mutiara Rini 2)Pengerusi:Pn Bibi Aishah Binti Roslan(Guru Media dan Perpustakaan, SMK Taman Mutiara Rini 2)Setiausaha:Pn Hadizah Binti AhmadAhli Jawatankuasa :i. Kuiz PSS:Noraliya Binti Ripin (5PA)ii. Treasure Hunt:Siew Jia Yin(4SN)iii. Pengunjung Bertuah:Foo Sze Hui(4SN)iv. Ulasan Buku:Cornie Chin(4SN)v. Peminjam Terbanyak:Kanntini A/P Krishnan(2A)vi. Rekod Nilam Terbanyak :Mohd Imran Bin Moh Shajahan (2B)vii. Minggu Pengampunan PSS :Amirul Ashraf Bin Naim (3A)

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatani. Pusat Sumber SekolahRM 530.00

Perbelanjaani. Majlis Perasmian BantingRM 50.00ii. Hadiah Kuiz PSS (8 x RM 5)RM 40.00 Treasure HuntRM 100.00 Pengunjung Bertuah(20 x RM 5)RM 100.00 Ulasan BukuRM 100.00 Peminjam Terbanyak(4 x RM 10)RM 40.00 Rekod Nilam TerbanyakRM 100.00JUMLAHRM 530.00

12.0 CARTA PELAKSANAAN PROGRAM

Program

TarikhMajlis PerasmianKuiz PSSTreasure HuntPengunjung BertuahUlasan BukuPeminjam TerbanyakRekod Nilam TerbanyakProgram Pengampunan PSS

01.07.2011

02.07.2011

03.07.2011

04.07.2011

05.07.2011

06.07.2011

07.07.2011

08.07.2011

09.07.2011

10.07.2011

11.07.2011

12.07.2011

13.07.2011

14.07.2011

15.07.2011

16.07.2011

17.07.2011

18.07.2011

19.07.2011

20.07.2011

21.07.2011

22.07.2011

23.07.2011

24.07.2011

25.07.2011

26.07.2011

27.07.2011

28.07.2011

29.07.2011

30.07.2011

31.07.2011

01.08.2011

02.08.2011Penyampaian Hadiah

13.0 PENUTUPBesarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber SMK Taman Mutiara Rini 2 yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

.Pn Bibi Aishah Binti RoslanGuru Media dan PerpustakaanSMK Taman Mutiara Rini 2Johor Bahru