Kerajaan Awal

7
KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU TAJUK PENERANGAN CATATAN 1. Kedah Tua Pengenalan Diasaskan pada abad ke-5. Merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina). Agama Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu- Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang. Pusat Perdagangan Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang.

description

Sejarah Negara Malaysia

Transcript of Kerajaan Awal

KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU

TAJUK PENERANGAN CATATAN

1. Kedah Tua Pengenalan

Diasaskan pada abad ke-5.

Merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di

Semenanjung Tanah Melayu.

Dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan

Kalagram.

Menurut catatan I-Tsing dari negara China, Kedah Tua juga disebut

sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina).

Agama

Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti

oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan

melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Pusat Perdagangan

Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi

kemudian dipindah ke Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang

luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai

Mas.

Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang,

tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan

pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum

mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur.

Pelabuhan Kedah Tua juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil

tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah,

emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan

sebagainya.

Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi

pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata

dan luas.

Zaman Kegemilangan

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa

pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan

melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik

yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua

2. Gangga

Negara

Pengenalan

Dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang.

Kerajaan ini meliputi Beruas, Dinding dan Manjung yang kini terletak di

negeri Perak, Malaysia.

Ia berpusat di Beruas dan runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra

Chola I dari Coromandel, India Selatan pada tahun 1025 dan 1026.

Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di

Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan ini.

Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan ini wujud tidak lewat

dari abad ke-2 Masihi.

Kerajaan ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung), sekitar

kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter) arah timur Bukit Segari di

tepi Sungai Dendang.

Pengasas

Raja Gangga Shah Johan merupakan salah seorang rajanya.

Menurut catatan Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara

diasaskan oleh Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain

mengatakan Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja.https://ms.wikipedia.org/wiki/

Gangga_Negara

3. Chih Tu Pengenalan

Kerajaan Chi Tu / Kerajaan Tanah Merah (Anggaran dari 100 SM

hingga 700 M) merupakan sebuah kerajaan Buddha purba di

Semenanjung Melayu.

Lokasi berdirinya Chi Tu diperdebatkan. Ia terletak sama ada di

Kelantan, Pahang, Songkhla atau Patani.

Bukti yang nyata ialah dimana apabila ekspidisi Cina ini berlayar dari

Chi Tu ke Champa, mereka mengambil masa 10 hari, maka kerajaan

ini mungkin terletak di Sungai Kelantan.

Malahan, terdapat batu bersurat Buddhagupta yang ditemui di Kedah

menerangkan tentang Raktamrtikka yang bermaksud Tanah Merah.

Agama

Kerajaan ini mengamalkan ajaran Buddha.

Buktinya struktur bangunan dan struktur masyarakatnya yang

meletakkan golongan Brahmin pada kedudukan yang istimewa.

Adat Resam

Setiap rakyatnya mesti menindik telinga dan memotong rambut dalam

sebuah perayaan keagamaan.

Hal ini adalah bertujuan untuk mengagungkan Buddha tetapi

penghormatan yang tertinggi diberi kepada para Brahmin.

Para perempuan perlu mengikat rambut mereka

https://ms.wikipedia.org/wiki/Chi_Tu

4. Langkasuka Pengenalan

Juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China),

Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Ia diasaskan

pada kurun ke-2 Masihi.

Ia merupakan sebuah kerajaan Hindu Melayu silam.

Kerajaan ini dan Kerajaan Kedah Tua mungkin merupakan kerajaan

yang paling awal di Tanah Melayu.

Ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang

terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora

(Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal Kerajaan Pattani.

Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada

Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan

Kerajaan Pattani.

Pada tahun 515 Masihi Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan

dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta

dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi.

Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi

Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai

ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter". https://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka