KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN · PDF file2.21 Keputusan muktamad tentang tawaran...
Transcript of KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN · PDF file2.21 Keputusan muktamad tentang tawaran...
1
KERAJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SEBUT HARGA BAGI MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU TEKS KSSR KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014
KOD SEBUT HARGA : PP/11/2010 PP/13/2010 TEMPOH KONTRAK : TIGA (3) TAHUN
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA :
28 MAC 2011 (ISNIN)
MASA TUTUP SEBUT HARGA:
12.00 TENGAH HARI
HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA :
PERCUMA MELALUI ePEROLEHAN
PERINGATAN :
1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen Sebut Harga sebelum mengemukakan tawaran.
2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen Sebut Harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.
2
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA (Secara ePerolehan)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada Penyebut Harga tempatan yang berwibawa dan berkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010100 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi Sebut Harga berikut :
SEBUT HARGA BAGI MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL
PAKEJ BUKU TEKS KSSR KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014
KOD SEBUT HARGA
JUDUL BUKU
TARIKH DAN MASA TUTUP
SEBUT HARGA
PP/11/2010 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT 28 Mac 2011 (Isnin)
Tepat Jam 12.00
Tengah Hari
PP/12/2010 PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2 SJKT
PP/13/2010 BAHASA TAMIL SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2
2. Penyebut Harga hendaklah mempunyai medium akses ePerolehan (eP ENABLED),
Kementerian Kewangan Malaysia.
3. Dokumen pelawaan Sebut Harga boleh diperoleh secara PERCUMA dengan memuat turun di laman web http://www.eperolehan.gov.my mulai 10 November 2010 sehingga 28 Mac 2011.
4. Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada hari Isnin, 28 Mac 2011, tepat jam 12.00
tengah hari.
5. Taklimat kepada Penyebut Harga akan diadakan pada 23 November 2010 (Selasa) dan 24 November 2010 (Rabu), jam 9 pagi bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Jalan P 16, 62150 Putrajaya. Kehadiran Pengurus Penyebut Harga, Illustrator dan Pereka Grafik untuk taklimat ini adalah diwajibkan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3
6. Cadangan Tawaran Harga hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga di atas. Tawaran yang tidak melalui ePerolehan tidak akan diterima dan tidak akan dipertimbangkan. Penyebut Harga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan di Talian 03-79857777
7. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dibungkus kemas dan dilakri dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sebelum pukul 12.00 tengahari pada atau sebelum tarikh tutup seperti di atas di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
8. Tawaran dan Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima sama ada melalui sistem ePerolehan atau manual selepas tarikh dan masa Sebut Harga ditutup tidak akan dipertimbangkan.
9. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad.
10. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak Kementerian. Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut Harga.
11. Kenyataan tawaran Sebut Harga ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/ dan di Bahagian Buku Teks http://www.moe.gov.my/bbt
Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/http://www.moe.gov.my/bbt
4
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
SEBUT HARGA MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU TEKS KSSR
KEGUNAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014
1. PENDAHULUAN
1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia akan menerbit, mencetak dan membekal pakej
Buku Teks KSSR untuk sekolah rendah kegunaan mulai Tahun 2012 hingga 2014
untuk judul seperti berikut :
BIL
JUDUL
KOD
SEBUT HARGA
PAKEJ BUKU
BUKU TEKS
BUKU AKTIVITI
1. Pendidikan Moral Tahun 2 SJKT PP/11/2010 -
2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 SJKT PP/12/2010 -
3. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Tahun 2 PP/13/2010
2. ARAHAN SEBUT HARGA
2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada semua Penyebut Harga yang berwibawa dan berkeupayaan dalam bidang penerbitan buku teks dan mempunyai panel penerbitan seperti penulis, editor am, illustrator dan pereka grafik yang berkebolehan untuk kerja menerbit, mencetak dan membekal buku teks ke sekolah.
2.2 Penyebut Harga mesti mampu menyiapkan kerja-kerja penerbitan, pencetakan
dan pembekalan dalam tempoh yang ditetapkan. 2.3 Penyebut Harga mestilah mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam menerbit
buku teks untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.4 Penyebut Harga mestilah diperbolehkan dengan sistem ePerolehan (eP
ENABLED), Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan membuat tawaran harga secara atas talian (online).
5
2.5 Kerajaan akan hanya memesan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks. Penyebut Harga juga hendaklah memastikan bekalan buku teks mencukupi di pasaran terbuka.
2.6 Penyebut Harga hendaklah mempunyai jaringan pembekalan yang mantap dan
efisien di semua negeri/daerah. 2.7 Keutamaan akan diberi kepada Penyebut Harga yang mempunyai agen/wakil
pembekal sah di semua negeri khususnya di Sabah dan Sarawak. 2.8 Penyebut Harga yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak layak
menyertai Sebut Harga ini. 2.9 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-syarat Khas Sebut Harga
serta syarat-syarat yang lain yang dikembarkan bersama-sama dokumen Penyebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan pelawaan Sebut Harga tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.
2.10 Penyebut Harga mestilah memastikan bahawa semua pencetak berdaftar di
bawah kod bidang 221003 (bagi penyebut harga Bumiputera) dan mempunyai Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
2.11 Penyebut Harga mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam semua urusan penerbitan, pencetakan dan pembekalan buku teks.
2.12 Hanya Penyebut Harga yang sanggup membayar royalti buku sahaja digalakkan
memohon. Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik balik tawaran royalti buku bagi buku tersebut yang telah dipersetujui/dirunding.
2.13 Temuduga/lawatan ke premis Petender akan diadakan untuk menilai kemampuan
Petender menangani penerbitan, pencetakan dan pembekalan, jika perlu. 2.14 Penyebut Harga hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang status
Penyebut Harga semasa mengemukakan tawaran. Mana-mana Penyebut Harga yang didapati tidak membuat pengakuan yang sebenar akan membolehkan tindakan undang-undang diambil serta Kerajaan berhak untuk menolak semua tawaran Sebut Harga yang telah dibuat.
2.15 Hanya Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga dengan
menggunakan Dokumen Sebut Harga yang diakui sahaja, diterima untuk menyertai tawaran Sebut Harga ini.
2.16 Pelawaan Penyebut Harga ini tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung
dalam Arahan dan Syarat-Syarat Penyebut Harga.
6
2.17 Penyebut Harga hendaklah mematuhi sepenuhnya Syarat-Syarat Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan Sebut Harga tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.
2.18 Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga
terendah atau mana-mana tawaran Sebut Harga. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad.
2.19 Sekiranya Penyebut Harga tidak menerima sebarang jawapan, sama ada melalui
surat atau telefon, tawaran Penyebut Harga secara automatik adalah dianggap gagal.
2.20 Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima Sebut Harga terendah atau
mana-mana Sebut Harga. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad. 2.21 Keputusan muktamad tentang tawaran Sebut Harga bolehlah dirujuk di papan
kenyataan Bahagian Buku Teks Aras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau dengan melayari laman web Bahagian Buku Teks iaitu http://www.moe.gov.my/bbt
2.22 Kos penyertaan Sebut Harga dan penyediaan dokumen Sebut Harga ditanggung
sendiri oleh Penyebut Harga. Kementerian tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat
3. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
3.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009.
3.1.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) ;
3.1.2
Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apaapa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi