Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

download Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

of 4

Transcript of Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

  • 7/28/2019 Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

    1/4

    KERAJAAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKATPengenalan1. Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksudperjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satuperlembagaan pusat.

    2. Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitukerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara

    tertentu.3. Walaupun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi

    kebebasan untuk mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya

    tempatan.4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri

    yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua

    kerajaan.PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT

    1. Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untukmeneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis,

    Perancis, Belanda dan British.2. John Cobat merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir

    Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui

    kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut

    tidak sesuai untuk pertanian.3. Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya

    kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan

    puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk

    memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada

    mereka dan masalah agama terutama daripada golongan puritan.4. Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat

    bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah

    menganjurkanKenduri Kesyukuran kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagaitanda berterima kasih kepada tuhan.

    5. Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitutelah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire

    (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina

    Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664), Pennsylvania

    (1681) dan Georgia (1732).

    http://cikgustpm.blogspot.com/2012/07/kerajaan-persekutuan-amerika-syarikat.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2012/07/kerajaan-persekutuan-amerika-syarikat.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2012/07/kerajaan-persekutuan-amerika-syarikat.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2012/07/kerajaan-persekutuan-amerika-syarikat.htmlhttp://cikgustpm.blogspot.com/2012/07/kerajaan-persekutuan-amerika-syarikat.html
  • 7/28/2019 Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

    2/4

    6. Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756,telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah.Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Paris.

    Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika

    membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.7. Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi

    mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap

    membantah dengan melaungkan slogan tiada cukai tanpa perwakilan dan ini telahmembimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.

    8. Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-kolonitanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini

    menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk

    koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali

    sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan

    Boston telah ditutup pada tahun 1774.9. Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan

    kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu

    di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George

    Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan

    mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775.10. Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang

    bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis

    oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi

    Amerika Syarikat yang merdeka.11. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan

    Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles

    iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah

    jajahannya.

    PENGUBALAN PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT1. Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk

    merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams,

    Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.2. Di bawah perlembagaan ini:

    a. Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkanb. Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan,

    cukai dan mata wang.c. Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masingd. Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.

  • 7/28/2019 Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

    3/4

  • 7/28/2019 Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

    4/4

    12. Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yangbersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi

    yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.a