KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan...

8
Edisi Mei 2019 1 Mei 2019 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke Sambutan Hari Pekerja 2019 di PICC yang bertemakan “Pekerja Amanah, Aspirasi Negara”. Sambutan tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar. Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa Kerajaan menyasarkan peningkatan satu juta keanggotaan pekerja dalam kesatuan sekerja menjelang 2020. KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN PEKERJA DALAM KESATUAN SEKERJA MENJELANG 2020 - PM Hari Pekerja yang disambut seluruh dunia pada setiap 1 Mei, penting untuk menilai kembali peranan yang dimainkan oleh setiap daripada kita yang bergelar pekerja. Penjawat Awam terutamanya adalah antara pihak yang memainkan peranan penting sebagai agen tranformasi barisan hadapan yang menentukan kejayaan setiap dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Transcript of KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan...

Page 1: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

Edisi Mei 2019

1 Mei 2019 – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke Sambutan Hari Pekerja 2019 di PICC yang bertemakan “Pekerja Amanah, Aspirasi Negara”. Sambutan tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar. Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa Kerajaan menyasarkan peningkatan satu juta keanggotaan pekerja dalam kesatuan sekerja menjelang 2020.

KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN PEKERJA DALAM KESATUAN

SEKERJA MENJELANG 2020 - PMHari Pekerja yang disambut seluruh dunia pada setiap 1 Mei, penting untuk menilai kembali peranan yang dimainkan oleh setiap daripada kita yang bergelar pekerja. Penjawat Awam terutamanya adalah antara pihak yang memainkan peranan penting sebagai agen tranformasi barisan hadapan yang menentukan kejayaan setiap dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Page 2: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

e-B

ulet

in J

PMEd

isi M

ei 20

19

2 Mei 2019 – Seri Perdana dan Seri Satria

3 Mei 2019 - Kediaman Rasmi KSN dan Istana Melawati

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANANJABATAN PERDANA MENTERIDato’ Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Seri Perdana dan Seri Satria pada 2 Mei 2019 serta Kediaman Rasmi KSN dan Istana Melawati, Putrajaya pada 3 Mei 2019. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan kepada TKSUK berkaitan perkara-perkara yang diuruskan bagi PAJPM termasuk isu-isu yang timbul serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan premis-premis tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Page 3: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

e-B

ulet

in J

PMEd

isi M

ei 20

19

3 Mei 2019 - Mahkamah Baharu Perlis

3 Mei 2019 - Mahkamah Pulau Pinang

LAWATAN KERJATIMBALAN KETUA SETIAUSAHA(KEWANGAN & PEMBANGUNAN)JABATAN PERDANA MENTERIEncik Mohammad Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Mahkamah Pulau Pinang dan Mahkamah Baharu Perlis pada 3 Mei 2019. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk memantau pelaksanaan projek-projek yang bermasalah di bawah peruntukan pembangunan untuk mengelakkan kelewatan yang berlanjutan.

Page 4: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

e-B

ulet

in J

PMEd

isi M

ei 20

19

D U N I A A K A N M E N G H O R M AT I N E G A R A I N I S E K I R A N YA B A N G S A M A L AYS I A B E R J AYA M E L AWA N N A F S U D A R I PA D A M E L A K U K A N

P E R K A R A T I D A K B A I K - P M6 Mei 2019 - Dunia akan menghormati negara ini sekiranya bangsa Malaysia berjaya melawan nafsu daripada melakukan perkara yang tidak baik dan secara tidak langsung negara akan mendapat kepercayaan daripada pelbagai pihak di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi bulan Mei. Menerusi kepercayaan ini, banyak manfaat dan peluang bakal diperolehi dalam melakukan segala-galanya, termasuklah peluang kenaikan pangkat kerana hanya orang yang berjaya menolak nafsu akan dipercayai dalam kalangan pegawai dan pemimpin ketika melakukan urusan harian.

Sempena bulan Ramadan, Perdana Menteri turut menasihatkan supaya umat Islam mengamalkan sikap mengawal nafsu di sepanjang bulan Ramadan kerana nafsu sentiasa mendorong manusia melakukan perkara dilarang dan tidak baik untuk diri sendiri.

Page 5: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

14 Mei 2019 – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Dato’ Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad turun padang bagi menyampaikan kurma kepada warga kerja Kompleks B JPM dengan diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (P) Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (KP), Mohammad Ismail dan Pengerusi Musolla JPM, Jazmanie Shafawi.

Program anjuran Musolla JPM ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap bulan Ramadan. Pada tahun ini, sebanyak 450 buah bekas kurma sumbangan Musolla JPM ini telah berjaya diagihkan dan mendapat sambutan baik di kalangan warga Kompleks B, JPM. Program sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara warga Kompleks B, JPM.

450 BEKAS KURMA SUMBANGAN MUSOLLA JPM

DIAGIHKAN SEMPENA RAMADAN

MAJLIS DIALOG TKSUK BERSAMA KUMPULAN PELAKSANA JPM BERLANGSUNG DALAM SUASANA HARMONI

24 Mei 2019 – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Dato’ Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad telah mempengerusikan Majlis Dialog Dato’ TKSUK Bersama Kumpulan Pelaksana yang diadakan bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM. Kehadiran Kumpulan Pelaksana JPM pada majlis tersebut amat memberangsangkan dan sesi interaksi dua hala telah berjalan dengan lancar dan jayanya dalam suasana harmoni.

Pelbagai soalan serta cadangan telah diutarakan dan barisan pengurusan tertinggi JPM akan memastikan perkara-perkara yang dibangkitkan akan diambil perhatian dan tindakan selanjutnya demi kebajikan serta kebaikan semua warga JPM.

Page 6: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

e-B

ulet

in J

PMEd

isi M

ei 20

19

29 Mei 2019 - Majlis Perhimpunan Bersama Dato’ TKSUK Bersama Warga JPM bagi Bulan Mei yang dihoskan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) telah berlangsung meriah bertempat Di Dewan Auditorium B1, JPM. Majlis tersebut telah diserikan dengan pembukaan persembahan oleh Kumpulan Koir “Symphony of Voices” dari warga BPH.

Beberapa pengisian telah memeriahkan lagi majlis perhimpunan ini antaranya, sesi ceramah bertajuk “Puasakah Aku” dari Penolong Pengarah Kanan Seksyen Kebajikan dan Kerohanian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kapten (M) Nik Kamaruddin Yunuh. Penyerahan Infaq Ramadhan Kelab Bukit Perdana, tayangan montaj, Persembahan Khas Aidilfitri dan pembukaan Booth JAKIM (Halal Hub), Yayasan Waqaf Malaysia, Pusat Zakat Wilayah, MyCare, Rumah Peranginan Persekutuan BPH, Bank Simpanan Nasional, Jualan Aidilfitri dari KEHARTA dan PUSPANITA BPH) serta Jualan Kraftangan Karyaneka turut menyerikan lagi majlis perhimpunan tersebut.

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH) JADI TUAN RUMAH MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA YBHG. DATO’ TKSUK

BERSAMA WARGA JPM BAGI BULAN MEI 2019Di akhir ucapannya, Dato’ TKSUK mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Wesak” kepada semua warga JPM yang beragama Buddha yang mana telah disambut pada 20 Mei lalu, ucapan “Selamat Menyambut Pesta Keamatan dan Hari Gawai” kepada masyarakat Sabah dan Sarawak. Beliau berharap agar hari-hari yang disambut ini dapat memberikan kesejahteraan, kebaikan keharmonian, silaturahim yang baik dalam kehidupan masyarakat.

Selain itu, beliau juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfiri” dan “Maaf Zahir dan Batin” kepada semua warga JPM beragama Islam yang bakal disambut pada 5 Jun 2019 nanti. Beliau turut menasihatkan agar semua selamat pulang ke kampung halaman bertemu orang tersayang dan selamat juga kembali ke rumah kelak.

Page 7: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

30 Mei 2019 - Majlis Iftar bersama Dato’ TKSUK bersama warga JPM telah dianjurkan dalam suasana sederhana. Majlis tersebut dianjurkan bagi tujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan Al-Mubarak selain mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama Islam. Semua warga JPM bersama keluarga telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Badan Kebajikan JPM, Kelab Bukit Perdana JPM, serta PUSPANITA Cawangan Kecil JPM yang telah berkolaborasi menganjurkan majlis tersebut.

MAJLIS IFTAR DATO’ TKSUK BERSAMA WARGA JPM

29 Mei 2019 - Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440 Hijrah, PUSPANITA JPM dengan kerjasama JAKIM menggalakkan anggotanya menyebar, membaca, memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dengan mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi tahun 1440H / 2019M bertempat di Dewan Solat, Masjid Mahmoodiah Presint 18, Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA JPM, Datin Roslina.

300 HADIRI MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 1440H/2019M ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN JPM

Program tersebut dianjurkan untuk meningkatkan penghayatan bulan Ramadan di kalangan penjawat awam terutamanya bagi warga PUSPANITA JPM dengan melatih diri untuk menggandakan ibadah kepada Allah S.W.T., saling membantu dan bekerjasama dalam memperbaiki mutu bacaan Al-Quran serta membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Seramai 300 orang ahli Puspanita dan 30 orang pembimbing daripada JAKIM telah terlibat dalam program tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi dan Timbalan-Timbalan Pengerusi Cawangan-cawangan Kecil PUSPANITA JPM. Dalam program tersebut, Datin Roslina telah menyampaikan sumbangan kepada Surau Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya dan cenderahati kepada para pembimbing serta peserta-peserta yang hadir.

Page 8: KERAJAAN SASAR PENINGKATAN 1 JUTA KEANGGOTAAN … JPM Mei 2019.pdf · diagihkan sempena ramadan majlis dialog tksuk bersama kumpulan pelaksana jpm berlangsung dalam suasana harmoni

e-B

ulet

in J

PMEd

isi M

ei 20

19

31 Mei 2019 - Dato’ TKSUK, TKSU (P) dan TKSU (KP) telah mengadakan lawatan dan mengagihkan duit raya kepada anak-anak Taska dan Tabika JPM bertempat di Taska Kompleks B, JPM sempena kehadiran Aidilfitri tahun ini. Syabas serta terima kasih kepada Badan Kebajikan dan Sukan

JPM di atas penganjuran program tersebut.

KANAK-KANAK TASKA DAN TABIKA JPM CERIA TERIMA SUMBANGAN DUIT RAYA