KERANGKA BAGI MEREKA BENTUK PAKEJ PEMBELAJARAN...
Transcript of KERANGKA BAGI MEREKA BENTUK PAKEJ PEMBELAJARAN...
i
KERANGKA BAGI MEREKA BENTUK PAKEJ PEMBELAJARAN MOBILE
UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS (KEMAHIRAN MENDENGAR
DAN BERTUTUR)
SITI NUR FAHDZIHA BINTI KHYAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2017
iii
Dedikasi
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya bagiMu Ya Allah
Kupanjatkan kesyukuran di atas nikmatMu yang tidak terhingga
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Istimewa buat kedua ibu bapa yang amat dikasihi,
Khyar bin Abas & Jameyah binti Rabani
Ku pohon doa restu dan terima kasih atas segala pengorbanan kalian
Buat suami tercinta Sazeli bin Siman dan anak-anak yang tersayang…
Nurul Syafiqah Hanim, Nurul Fatin Syuhada dan Syahir Fadhli
Yang banyak berkorban dan bersabar, Yang tabah menghadapi kesukaran dan
kesibukan buat seketika, Untuk menimba ilmu Allah di muka bumi ini,
Terima Kasih kerana memahami diriku ini
Penyelia Yang Dihormati,
Dr. Tamil Selvan a/l Subramaniam
Terima kasih di atas ilmu, bimbingan, dan teguran yang membina
sepanjang melaksanakan tugas yang mencabar ini.
Juga buat semua keluarga dan sahabat,
Yang sentiasa memberikan sokongan moral.
Buat sahabat dan rakan seperjuangan
Susah dan senang takkan kulupa, terima kasih segala-galanya…Kejayaan ini
Kejayaan semua. Semoga ukhuwah ini abadi selamanya. Amin.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan
izinNya jua dapat saya menyelesaikan projek sarjana ini walaupun menghadapi
pelbagai rintangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
penyelia bagi projek ini iaitu Dr. Tamil Selvam a/l Subramaniam di atas penerangan
yang jelas, bimbingan, bantuan, dan segala tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan
sepanjang menyelesaikan laporan projek sarjana ini. Tidak lupa juga kepada semua
pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang banyak memberikan
semangat dan galakan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada suami dan anak-anak tercinta
yang banyak memberikan galakan, sokongan, dorongan dan motivasi sepanjang
perjalanan belajar serta menyelesaikan projek sarjana ini.
Ucapan terima kasih juga buat rakan dan sahabat seperjuangan kerana
sentiasa bersama-sama memberikan galakan dan dorongan dalam menyelesaikan
kajian ini. Tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam melicinkan segala urusan projek sarjana ini. Semoga Allah
memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya seterusnya dikurniakan kejayaa di dunia
dan di akhirat. Diharapkan hasil kajian yang tidak seberapa ini dapat memberikan
manfaat kepada semua pembaca. In shaa Allah.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kerangka adalah struktur asas bagi sistem, konsep, atau teks dan menjadi panduan
kepada pembangunan sesuatu idea baru. Hari ini, terdapat banyak kerangka
pembelajaran mudah alih untuk membantu pembelajaran tetapi masih belum ada lagi
kerangka untuk elemen yang perlu diintegrasikan dalam pakej pembelajaran mobile
bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (kemahiran mendengar dan bertutur) khusus
untuk pelajar Tahap 2. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kuantitatif melibatkan 30
orang guru pakar Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat dengan menggunakan
instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social
Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai peratus, min dan sisihan piawai.
Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di
dalam pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa
Inggeris, mengenalpasti elemen yang membantu dalam kemahiran mendengar dan
bertutur Bahasa Inggeris dan mengenalpasti kerangka yang bersesuaian untuk bagi
merekabentuk pakej pembelajaran mobile bagi pembelajaran Bahasa Inggeris
(kemahiran mendengar dan bertutur) khusus untuk pelajar Tahap 2. Dapatan kajian
menunjukkan elemen audio, grafik dan teks perlu diintegrasikan dan elemen audio
membantu dalam kemahiran mendengar.Elemen teks membantu dalam kemahiran
bertutur Bahasa Inggeris selain elemen-elemen lain seperti boleh dimulakan dan
ditamatkan dimana-mana bahagian dan bila-bila masa, mudah digunakan tanpa
bantuan orang lain, hyperlinks dan navigasi berfungsi dengan baik, sumber lain untuk
maklumat yang berkaitan ada disediakan, direktori dan butang bantuan ada
disediakan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh perekabentuk pakej pembelajaran
mobile sebagai panduan dalam menyediakan pakej pembelajaran mobile Bahasa
Inggeris, pengkaji dalam bidang pakej pembelajaran mobile dan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sumbangan kajian ini adalah dari aspek kerangka yang
dihasilkan, dapatan kajian dan instrumen soal selidik.
vi
ABSTRACT
Framework is the basic structure underlying the system, concept, or text and guides
the development of a new idea. Today, there are many mobile learning frameworks
to help teaching and learning but there is still no framework for elements that need to
be integrated in mobile learning packages for English learning (listening and
speaking skills) specifically for Level 2 students. A quantitative approach was
adopted in this research involving 30 English teachers in Batu Pahat district using
questionnaire and was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS)
software version 16.0 to obtain percentage, mean and standard deviation. The
purpose of this study is to identify the elements that need to be integrated in the
mobile learning package for English speaking and speaking skills, identify elements
that aid in listening and speaking skills and identifying the appropriate framework for
designing mobile learning packages for English learning (Listening and speaking
skills) for students Level 2. The findings show that audio, graphics and text elements
should be integrated in mobile learning packages and audio help in listening skills
while text help in English speaking skills as well as can be initiated and terminated in
any part and any time, easy to use without the help of others, hyperlinks and
navigation works well, other sources for relevant information is available, and the
directory assistance are available. The results of this study can be used by mobile
learning package designers as a guidance in preparing English mobile learning
packages, researchers in the field of mobile learning packages and lecturers. The
contribution of this study is from the aspect of the framework produced, the findings
and the questionnaire. Finally, a preliminary framework has been developed to
design a mobile learning packages that meet the needs of students at Level 2 for
listening and speaking English.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kerangka Konsep Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Kepentingan Kajian 10
1.9.1 Perekabentuk Aplikasi Mobile 10
1.9.2 Pengkaji dalam Bidang Mobile Learning 10
1.9.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 11
1.10 Definisi Istilah dan Operasional 11
viii
1.10.1 Kerangka 11
1.10.2 Pakej Pembelajaran Mobile 12
1.10.3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 12
1.10.4 Elemen dalam Pakej Pembelajaran Mobile 13
1.11 Rumusan 13
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 14
2.2 Elemen yang Diintegrasi dalam Pakej Pembelajaran
Mobile
14
2.2.1 Grafik 15
2.2.2 Teks 15
2.2.3 Animasi 16
2.2.4 Audio 16
2.2.5 Video 17
2.3 Kemahiran Bahasa Inggeris 17
2.3.1 Kemahiran Mendengar 18
2.3.2 Kemahiran Bertutur 20
2.4 Teori Pembelajaran 21
2.4.1 Teori Kognitif Multimedia 21
2.5 Kerangka Pakej Pembelajaran Mobile 24
2.6 Rumusan 24
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Kerangka Kerja Operasi 28
3.4 Populasi dan Persampelan 29
3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 32
3.6.1 Menilai Kesahan 33
3.6.2 Menilai Kebolehpercayaan 34
ix
3.6.3 Kajian Rintis 35
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 36
3.8 Kaedah Analisis Data 37
3.9 Rumusan 38
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 1 40
4.3 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 2 45
4.4 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 3 47
4.5 Analisis Data bagi Persoalan Kajian 4 49
4.6 Rumusan 53
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan Kajian 54
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 55
5.3.1 Elemen yang Perlu Diintegrasikan di dalam
Pakej Pembelajaran Mobile bagi Kemahiran
Mendengar dan Bertutur Bahasa Inggeris
55
5.3.2 Elemen yang Membantu Memenuhi
Keperluan Murid Tahap 2 dalam Penguasaan
Kemahiran Mendengar Bahasa Inggeris
57
5.3.3 Elemen yang Membantu Memenuhi
Keperluan Murid Tahap 2 dalam Penguasaan
Kemahiran Bertutur Bahasa Inggeris
58
x
5.3.4 Cadangan Kerangka bagi Mereka Bentuk
Pakej Pembelajaran Mobile bagi
Pembelajaran Bahasa Inggeri (Kemahiran
Mendengar dan Bertutur)
59
5.4 Implikasi Kajian 60
5.4.1 Implikasi kepada Perekabentuk Pakej
Pembelajaran
61
5.4.2 Implikasi kepada Pengkaji dalam Bidang
Mobile Learning
61
5.4.3 Implikasi kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia
61
5.5 Sumbangan Kajian 61
5.5.1 Penghasilan Kerangka 62
5.5.2 Dapatan Kajian 62
5.5.3 Instrumen Soal Selidik 63
5.6 Cadangan 63
5.7 Penutup 63
RUJUKAN
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 Jadual bahagian dalam instrumen kajian 31
Jadual 3.2 Jadual Skala Likert 32
Jadual 3.3 Jadual maklum balas kebolehpercayaan, α 35
Jadual 3.4 Instrumen dan penganalisian data 37
Jadual 3.5 Pengkelasan tahap julat skor min 38
Jadual 4.1 Hasil maklum balas responden terhadap elemen teks
di dalam pakej pembelajaran mobile
41
Jadual 4.2 Hasil maklum balas responden terhadap elemen
grafik di dalam pakej pembelajaran mobile
41
Jadual 4.3 Hasil maklum balas responden terhadap elemen
audio di dalam pakej pembelajaran mobile
42
Jadual 4.4 Hasil maklum balas responden terhadap elemen
video di dalam pakej pembelajaran mobile
43
Jadual 4.5 Hasil maklum balas responden terhadap elemen
animasi di dalam pakej pembelajaran mobile
43
Jadual 4.6 Hasil maklum balas responden terhadap elemen-
elemen lain di dalam pakej pembelajaran mobile
44
Jadual 4.7 Hasil maklum balas responden terhadap elemen di
dalam pakej pembelajaran mobile
45
Jadual 4.8 Hasil maklum balas elemen yang membantu
memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam
penguasaan kemahiran mendengar Bahasa Inggeris
46
Jadual 4.9 Hasil maklum balas elemen yang membantu
memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam
kemahiran bertutur Bahasa Inggeris
48
Jadual 4.10 Maklum balas responden terhadap elemen di dalam 49
xii
pakej pembelajaran mobile yang memenuhi
keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar
dan bertutur Bahasa Inggeris
xiii
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian 8
Rajah 2.1 Proses pemikiran berdasarkan Teori Kognitif
Multimedia (Mayer, 2001)
22
Rajah 3.1 Kerangka operasi 29
Rajah 3.2 Formula pengiraan jumlah skor dan skor min 32
Rajah 4.1 Kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran
mobile untuk pembelajaran Bahasa Inggeris
(kemahiran mendengar dan bertutur)
52
xiv
SENARAI SINGKATAN
ICT Information and Communication Technology
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris
PdP Pembelajaran dan Pengajaran
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PDA Personal Digital Assistant
MALL Mobile-assisted Language Learning
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 Carta Gantt Proposal Kajian
LAMPIRAN 2 Carta Gantt Laporan Penuh Kajian
LAMPIRAN 3 Aplikasi Mobile : English Listening
and Speaking
LAMPIRAN 4 Data Pencapaian Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2015,
sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat
LAMPIRAN 5 Soal Selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang penting dan juga merupakan
bahasa pengantar kedua di Malaysia. Namun begitu, Bahasa Inggeris dilihat sebagai
bahasa utama dunia membolehkan manusia berinteraksi dengan mudah dan berkesan
(Jamil, 2002) serta dalam menghadapi cabaran global. Kini, Bahasa Inggeris
merupakan bahasa kedua di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Bahasa Inggeris telah mula dilihat penting dalam sistem pendidikan di Malaysia
apabila beberapa transformasi telah dilakukan ke atas kurikulum sedia ada dan dasar
bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia
diperkenalkan. Ini terbukti apabila elemen kedua yang bertujuan memastikan setiap
murid profisien Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam 11 anjakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 diwujudkan.
Penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kepada murid bagi mengakses
maklumat dan pengetahuan di peringkat antarabangsa yang ditulis dalam Bahasa
Inggeris. Bahasa dominan yang digunakan dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) ini hendaklah dikuasai untuk memudahkan pengguna mengakses
media elektronik seperti Internet. Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
teknologi yang sangat penting (Faozieh & Abbas Pourhosein, 2013). Selaras dengan
dasar kerajaan kepada pengukuhan Bahasa Inggeris kurikulum Bahasa Inggeris
digubal untuk membantu murid menguasai bahasa untuk membantu mereka
2
menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka, prasyarat bagi melanjutkan
pelajaran, dan untuk tujuan pasaran kerja.
Sejak tahun 2003, Malaysia mengalami perubahan radikal dalam polisi
bahasanya. Bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa pengajaran dalam subjek
Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi membuktikan
kepekaan kerajaan terhadap prestasi dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di
kalangan pelajar dan bagi menjadikan Malaysia setanding di pasaran global (Nor,
Aziz, & Jusoff, 2011). Malahan, Bahasa Inggeris di Malaysia dianggap penting
kerana diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus sejak pra-sekolah lagi
(Paradis & Kirova, 2014). Walaubagaimanapun, perubahan dalam mengangkat
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dalam subjek Matematik dan Sains
mendapat tentangan daripada nasionalis Melayu dan pendidik-pendidik Cina kerana
dianggap serangan terhadap budaya dan identiti bangsa itu. Pada Julai 2009,
kerajaan mengumumkan kajian dilakukan semula terhadap polisi itu dan bermula
pada tahun 2010, soft landing terhadap pembelajaran matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris dilaksanakan.
KSSR kemudiannya dilaksanakan pada tahun 2011 dengan memperuntukkan
sepuluh waktu untuk subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Bagi menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berkesan, pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga diberi penekanan agar dapat menarik minat murid menguasai
Bahasa Inggeris di sekolah rendah yang meliputi empat komponen iaitu mendengar
dan bertutur (listening and speaking), membaca (reading), menulis (writing) dan seni
bahasa (language arts). Selain itu, pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat
sejak tahun 2010 membuktikan bahawa Malaysia melihat dengan penguasaan Bahasa
Inggeris yang baik dapat menghasilkan individu yang mempunyai kebolehpasaran
pekerjaan yang tinggi selain mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang boleh
berkomunikasi dengan berkesan, bersatu padu serta dapat menjana daya saing
sehingga ke peringkat antarabangsa.
Mendengar dan bertutur adalah medium komunikasi yang tertua, terpenting
dan paling kerap digunakan. Mendengar dan bertutur juga adalah kemahiran
komunikasi utama dan yang paling awal dikuasai kanak-kanak. Ini bermaksud,
lemahiran berbahasa terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur.
Perkembangan kanak-kanak akan bermula dengan mendengar diikuti dengan
3
membaca dan akhirnya menulis (Abdullah & Ahmad, 2012). Kemahiran mendengar
dalam Bahasa Inggeris adalah kemahiran menerima komunikasi, manakala
kemahiran bertutur adalah kemahiran menyampaikan komunikasi (Nation & Newton,
2009). Kedua-dua kemahiran ini diajar secara gabungan dalam silibus Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Bahasa Inggeris sejak murid berada di Tahun 1 lagi.
Kemahiran yang diajar dalam bentuk gabungan secara otomatik akan meningkatkan
kemahiran komunikasi seseorang dalam Bahasa Inggeris (Tavil, 2010). Ini bagi
memenuhi sasaran pada akhir pembelajaran mereka di sekolah rendah, semua murid
dapat berkomunikasi dengan berkesan, tepat dan koheren dalam apa juga konteks
yang diberikan.
Pakej pembelajaran mobile merupakan konsep baru dalam proses
pembelajaran. Ia menekankan keupayaan peranti mobile dalam proses pembelajaran
tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme &
Sharples, 2009). Ini bermakna, proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini
tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya boleh berlaku di
mana-mana sahaja dan pada bila masa sahaja. Pembelajaran mobile menggunakan
peralatan telefon bimbit telah meningkatkan kemahiran pelajar bagi subjek Bahasa
Inggeris dengan menggunakan bahan multimedia (Shantikumar, 2009).
Selain itu, menurut (Kim, Mims, & Holmes, 2006), penggunaan teknologi
wireless dapat mengurangkan gap digital anatara negara membangun kerana peranti
tangan seperti telefon bimbit dan PDA boleh dibeli dengan harga lebih murah
berbanding komputer. Kajian yang dijalankan oleh (Savill-smith, 2004),
menunjukkan penggunaan M-Learning dalam pembelajaran dapat menarik minat
pelajar, serta meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan nilai murni seperti
mengorganisasi, perasaan bertanggungjawab, menggalakan kolaboratif, dan
membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-smith,
2004).
1.2 Latar belakang masalah
Pelbagai kajian menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dapat
ditingkatkan dengan adanya bahan pembelajaran sokongan seperti bahan maujud,
4
kamus dan pengintegrasian teknologi (Lavasani & Faryadres, 2011). Kajian
menunjukkan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, masih terdapat pelajar-
pelajar yang memerlukan sumber pembelajaran tambahan yang sentiasa boleh
diakses bagi membantu penguasaan dalam pembelajaran (Jantjies & Joy, 2015).
Teknologi pendidikan adalah apa juga perkakasan yang dapat membantu
menyampaikan maklumat di antara pengajar dan pelajar (Humes & Raisner, 2010).
Beberapa kajian terhadap aplikasi perubatan menunjukkan elemen video
memberi kesan positif terhadap meningkatkan kefahaman dalam bidang tersebut
(Holotescu & Grosseck, 2011). Ini kerana, telah terbukti bahawa elemen animasi
dalam e-learning membantu penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris (Paik
& Schraw, 2012). Namun begitu, didapati kurangnya kajian berkaitan aplikasi mobile
untuk matapelajaran Bahasa Inggeris bagi mengetahui elemen yang perlu
diintegrasikan dalam memberi kesan kepada pembelajaran (Mahamod & Embi,
2005). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti elemen yang
perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan
murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
Penggunaan teknologi mobile memberi kesan dari segi pengalaman yang
berbeza kerana kaedah pembelajaran tradisional boleh ditransformasikan kepada
kaedah pembelajaran yang lebih kreatif dan bermotivasi (Ahmad Chowdhury et al.,
2013). Proses pembelajaran juga lebih mudah dengan hanya beberapa klik atau
sentuhan pada paparan skrin telefon bimbit (Aliff Mohd et al., 2012). Kajian yang
dijalankan oleh (Hwang et al., 2008) terhadap murid sekolah rendah dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua melalui pembelajaran mobile,
mendapati dengan melakukan beberapa aktiviti pembelajaran seperti kepelbagaian
mendengar, mendengar berkali-kali, mendengar dan bertutur mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pencapaian pembelajaran Bahasa Inggeris murid.
Sementara itu, ia juga didapati boleh merangsang motivasi pelajar dan
membantu murid yang hanya boleh belajar Bahasa Inggeris melalui membaca dan
menulis dalam kelas dengan merangsang motivasi mereka untuk bercakap dan
mendengar melalui peranti mobile. Kajian juga menunjukkan bahawa model
pembelajaran mobile mempunyai kesan positif dalam menggalakkan minat pelajar
sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris, serta penguasaan ilmu dan
membangunkan kebolehan (Liu et al., 2008). Namun begitu, kurangnya kajian dalam
menentukan elemen yang membantu memenuhi keperluan kemahiran mendengar dan
5
bertutur Bahasa Inggeris dalam pakej pembelajaran mobile (Bartram, 2009). Oleh
yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti elemen yang membantu
memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur
Bahasa Inggeris dalam konteks penggunaan pakej pembelajaran mobile.
Lambakan pakej pembelajaran mobile membuktikan tren pembelajaran
mobile semakin menjadi pilihan di kalangan pengguna peranti mobile. Melalui
statistik yang ditunjukkan oleh Gartner (2014), jumlah muaturun aplikasi mobile
dijangka meningkat melebihi 268 billion pada tahun 2017. Ini menunjukkan bahawa
pelajar mula memilih pembelajaran mobile kerana berjalan dalam keadaan lebih
bebas dan santai kerana pengguna berpeluang menggunakannya tanpa ada kekangan
waktu dan tempat (Savill-smith, 2004). Kajian terhadap Mobile-assisted Language
Learning (MALL) menunjukkan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua boleh dilakukan dengan bebas melalui pembelajaran mobile (Miangah, 2012).
Kajian persepsi terhadap pembelajaran mobile menjelaskan penggunaan
peranti mobile akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan walaupun
dijalankan di peringkat tinggi (Adegbija & Bola, 2015). Dari segi penguasaan,
banyak kajian telah membuktikan dengan pengintegrasian ICT dalam prose PdP,
penguasaan yang lebih dapat ditunjukkan. Kajian yang dijalankan di Australia
menunjukan lebih banyak pengintegrasian ICT, lebih banyak impak positif
diperolehi (Hayes, 2007). Hal ini turut disokong dalam kajian yang dijalankan
terhadap suasana bilik darjah dengan pengintegrasian ICT dalam PdP, kesan yang
lebih positif seperti tindak balas positif daripada pelajar, keadaan kelas yang lebih
terkawal dan penguasaan kemahiran lebih baik telah ditunjukkan (Sutherland,
Robertson, & John, 2008).
Namun begitu masih belum ada kerangka untuk dijadikan panduan oleh
perekabentuk pakej pembelajaran mobile bagi merekabentuk pakej pembelajaran
yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur
Bahasa Inggeris (Mahamod & Embi, 2005). Oleh yang demikian, kajian ini
dilakukan untuk mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran
mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan
bertutur Bahasa Inggeris.
Sebagai kesimpulan, kajian ini memang perlu dilakukan kerana memang
terdapat jurang kajian tentang mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di
dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi
6
kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, mengenalpasti elemen yang
membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan
bertutur mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile
yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur
Bahasa Inggeris.
1.3 Pernyataan masalah
Permasalahan kajian adalah masih belum ada lagi kerangka untuk dijadikan panduan
bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid
Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris (Mahamod &
Embi, 2005). Berdasarkan hasil tinjauan awal kepada guru-guru Bahasa Inggeris,
menunjukkan bahawa mereka tidak ada maklumat dalam memilih aplikasi yang
sesuai sebagai bahan pembelajaran sokongan murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur Bahasa Inggeris. Selain itu, mereka juga tidak mengetahui elemen yang
perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan
murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris,
kandungan elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam kemahiran
mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan kandungan pakej pembelajaran mobile
dapat membantu murid Tahap 2 dalam penguasaan kemahiran mendengar dan
bertutur Bahasa Inggeris.
Oleh yang demikian, kajian ini perlu dijalankan bagi menentukan pakej
pembelajaran yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam membantu kemahiran
mendengar dan bertutur. Selain itu, kajian ini juga perlu dijalankan bagi mengetahui
elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang
memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur
Bahasa Inggeris, kandungan elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam
kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan kandungan pakej
pembelajaran mobile dapat membantu murid Tahap 2 dalam penguasaan kemahiran
mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris. Akhirnya, pengkaji telah mencadangkan
satu kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran
mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
7
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan berpandukan beberapa objektif seperti yang berikut:
(i) Mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej
pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi
kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
(ii) Mengenalpasti elemen yang membantu memenuhi keperluan murid
Tahap 2 dalam kemahiran mendengar Bahasa Inggeris.
(iii) Mengenalpasti elemen yang membantu memenuhi keperluan murid
Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris.
(iv) Mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran
mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran
mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan kajian
Permasalah kajian dapat dikenalpasti berdasarkan objektif kajian seperti berikut:
(i) Apakah elemen multimedia yang perlu diintegrasikan di dalam di
dalam pakej pembelajaran mobile agar memenuhi keperluan murid
Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris?
(ii) Apakah elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2
dalam kemahiran mendengar Bahasa Inggeris.?
(iii) Apakah elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2
dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris.?
(iv) Bagaimanakah kerangka yang dicadangkan untuk mereka bentuk
pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2
dalam kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris?
8
1.6 Kerangka konsep kajian
(Adaptasi Zahari, 2004)
Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajian
Kerangka konsep ini menerangkan proses yang dilalui oleh pengkaji dalam
melihat elemen yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang
memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran mendengar dan bertutur
Bahasa Inggeris, elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam kemahiran
mendengar Bahasa Inggeris dan elemen yang dapat membantu murid Tahap 2 dalam
kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Akhirnya, pengkaji telah mencadangkan satu
kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile bagi kemahiran mendengar
dan bertutur Bahasa Inggeris.
1.7 Skop kajian
Kajian ini melibatkan guru Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat kerana penguasan
Bahasa Inggeris dalam UPSR 2015 yang lemah berbanding matapelajaran yang lain.
Kajian ini tertumpu kepada kemahiran mendengar dan bertutur dengan penilaian
kepada pakej pembelajaran mobile yang disenaraikan agar menjadi panduan kepada
pemilihan bahan pembelajaran sokongan oleh murid Tahap 2 sekolah rendah dalam
membantu kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tumpuan
Pakej
Pembelajaran
mobile
Elemen yang
membantu
dalam
kemahiran
mendengar
Kerangka bagi
mereka bentuk
pakej
pembelajaran
kemahiran
mendengar dan
bertutur Bahasa
Inggeris Elemen yang
membantu
dalam
kemahiran
bertutur
Elemen yang perlu
diintegrasikan
Audio
Video
Grafik
Video
Animasi
Elemen tambah
lain
9
kajian ini adalah untuk menilai pakej pembelajaran mobile dari segi elemen yang
perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan
murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, menilai
elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan
mendengar Bahasa Inggeris, menilai elemen yang membantu memenuhi keperluan
murid Tahap 2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dan mencadangkan
kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan
murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
1.8 Batasan kajian
Dalam kajian ini, pengkaji tidak menilai kesemua pakej pembelajaran mobile yang
terdapat di storan. Hanya satu pakej pembelajaran mobile yang akan dinilai
berdasarkan kriteria tertentu iaitu English Listening & Speaking. Pakej pembelajaran
ini dipilih kerana hasil temubual awal bersama guru-guru pakar mendapati pakej
pembelajaran mobile ini sesuai serta mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai rating
tinggi iaitu lima bintang dalam senarai muat turun pakej pembelajaran mobile, boleh
dimuat turun dengan percuma, boleh diakses tanpa internet, mempunyai saiz aplikasi
yang tidak besar, sesuai untuk apa juga jenis peranti, mempunyai capaian fungsi
yang banyak, isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka yang bersesuaian,
merangsang penglibatan akif pengguna dan mempunyai ciri interaktiviti yang sesuai.
Penilaian terhadap pakej pembelajaran ini akan dilakukan oleh 30 orang
guru-guru pakar Bahasa Inggeris di daerah Batu Pahat bagi mengenalpasti elemen
yang perlu diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi
keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris
dan elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan
mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris di sekolah rendah di daerah Batu Pahat.
Penemuan kajian ini hanya terbatas kepada pakej pembelajaran mendengar dan
bertutur Bahasa Inggeris sahaja.
10
1.9 Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk mengetahui elemen yang perlu diintegrasikan di
dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi
kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, elemen yang membantu
memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan mendengar Bahasa Inggeris,
elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam kemahiran
bertutur Bahasa Inggeris dan mencadangkan kerangka bagi mereka bentuk pakej
pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran
mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
Hasil dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberi kesan yang positif
kepada:
1.9.1 Perekabentuk aplikasi mobile
Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh perekabentuk-perekabentuk pakej
pembelajaran mobile sebagai panduan dalam menyediakan pakej pembelajaran
mobile Bahasa Inggeris yang memenuhi elemen yang dapat membantu kemahiran
mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
1.9.2 Pengkaji dalam bidang mobile learning
Hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada pengkaji dalam bidang mobile
learning terutama dalam subjek Bahasa Inggeris berdasarkan elemen yang membantu
kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris. Soal selidik yang telah
digunakan dalam kajian ini juga boleh diubahsuai dan digunakan untuk kajian yang
lebih mendalam dalam bidang yang sama.
11
1.9.3 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk mengesan kompetensi dalam
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan seterusnya memberi
peluang kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengkaji semula
kemudahan fasiliti yang dibekalkan sama ada dapat menampung keperluan ini atau
tidak.
1.10 Definisi istilah dan operasional
Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan bagi menerangkan dengan tepat
berkaitan dengan kehendak dan keperluan pengkaji di dalam kajian ini. Antara
istilahnya ialah seperti berkut:
1.10.1 Kerangka
Kerangka adalah struktur asas yang mendasari sistem, konsep, atau teks dan
membimbing perkembangan idea baru (Shackel, 2009). Kerangka dalam istilah
penulisan tesis adalah satu bentuk struktur yang dipersembahkan secara visual grafik
untuk menunjukkan perkaitan yang logik antara variabel kajian (Soofi, Retzer, &
Yasai-Ardekani, 2000).
Dalam kajian ini, kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile
yang memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur
Bahasa Inggeris akan dihasilkan hasil maklumbalas terhadap satu jenis aplikasi
mobile iaitu English Listening and Speaking agar dapat menjadi panduan kepada
perekabentuk pakej pembelajaran mobile dalam merekabentuk pakej pembelajaran
mobile yang sesuai.
12
1.10.2 Pakej pembelajaran mobile
Satu koleksi cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti, bahan sumber
dan prosedur perlaksaan yang dirancang unuk membantu pelajar menguasai bidang
dan hasil pembelajaran tertentu dalam spesifikasi kurukulum matapelajaran (Leray &
François, 2004).
Dalam kajian ini, satu jenis pakej pembelajaran mobile iaitu English Listening
and Speaking telah dimuaturun dan dinilai bagi menentukan elemen yang perlu
diintegrasikan di dalam pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid
Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, menilai elemen
yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap 2 dalam penguasaan mendengar
Bahasa Inggeris, menilai elemen yang membantu memenuhi keperluan murid Tahap
2 dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dan mencadangkan kerangka bagi
mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang memenuhi keperluan murid Tahap 2
bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris.
1.10.3 Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran asas dalam berbahasa.
Menurut Abdul Talib (1993), kemahiran tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi
dan semantik secara automatik akan dikuasai setelah seseorang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur.
Dalam kajian ini, hanya kemahiran mendengar dan bertutur sahaja yang akan
menjadi fokus di antara kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran membaca
(reading), kemahiran menulis (writing) dan kemahiran seni bahasa (language arts)
dan tatabahasa (grammar).
13
1.10.4 Elemen dalam pakej pembelajaran mobile
Merujuk Wikipedia, elemen ialah unsur yang mendasari sesuatu. Penyatuan beberapa
elemen media menjadi satu multimedia. Terdapat lima elemen utama dalam
multimedia (Savill-smith, 2004). Setiap elemen akan memberi kesan yang besar
dalam proses komunikasi atau penyaluran maklumat. Dalam kajian ini, elemen yang
akan dinilai dalam pakej pembelajaran mobile ialah grafik, teks, animasi, audio dan
video.
1.11 Rumusan
Penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris di kalangan
murid Tahap 2 amat penting dalam meningkatkan penguasaan dalam matapelajaran
Bahasa Inggeris. Daripada objektif dan persoalan kajian, pengkaji ingin
mengenalpasti elemen yang perlu diintegrasikan di dalam penggunaan aplikasi
mobile untuk membantu kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris, elemen
yang dapat membantu kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Inggeris dan akhir
sekali suatu kerangka bagi mereka bentuk pakej pembelajaran mobile yang
memenuhi keperluan murid Tahap 2 bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa
Inggeris dapat dikenalpasti.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
NGENALAN
2.1 Pengenalan
Kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku,
prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan
terbaru (Rowley & Stack, 2004). Kajian literatur ialah maklumat yang dikumpul
tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam proses membuat tinjauan literatur
seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh orang
lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang dikaji. Kajian
dalam bab ini berfokus kepada:
(a) Elemen yang diintegrasi dalam pakej pembelajaran mobile
(b) Kemahiran Bahasa Inggeris
(c) Teori pembelajaran
(d) Kerangka pakej pembelajaran mobile
2.2 Elemen yang diintegrasi dalam pakej pembelajaran mobile
Multimedia menyenaraikan teks, grafik, bunyi, video dan aminasi dapat
menghasilkan prestasi yang menakjubkan selain mempunyai keupayaan interaktif
yang tinggi. Dari perspektif pengguna komputer, multimedia juga boleh
15
dipersembahkan melalui audio atau video sebagai tambahan kepada teks, imej,
grafik dan animasi (Mayer, 2004). Terdapat beberapa elemen-elemen asas
multimedia yang biasa digunakan iaitu:-
2.2.1 Grafik
Grafik adalah penggunaan pelbagai media atau komputer bagi menghasilkan lukisan,
pencetakan, gambar atau huruf (Ambrose & Harris, 2008). Grafik berkomputer
banyak diaplikasi dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman
(Khalid et al., 2010). Teknik ini dapat merealisaikan sesuatu imaginasi seseorang
pada skrin komputer (Thornton, 1996).
Grafik sebenarnya mengeksploitasi keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto
dengan menggunakan media statik (Torres & Clares, 1993). Ilustrasi dan gambar
berupaya menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda (Linstrom,
1994). Menurut Linstrom lagi, pelbagai maklumat boleh diperolehi daripada carta,
graf ataupun rajah. Grafik pula dapat menyalurkan maklumat terperinci bergambar
dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu (Rockley, 1994).
Dalam kajian ini, elemen grafik akan dinilai dari aspek grafik yang
digunakan menarik, grafik boleh dimuat turun (downloading) dengan cepat, grafik
paparan skrin (layout) adalah menarik, grafik yang ditunjukkan menepati kandungan
pakej pembelajaran mobile dan grafik yang ditunjukkan adalah jelas.
2.2.2 Teks
Teks adalah sejenis data yang paling mudah kerana memerlukan storan yang sedikit
jumlah ruang ingatan sahaja (DeRose, Durand, Mylonas, & Renear, 1990). Teks
boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk memberi penjelasan kepada
sesuatu perkara dalam bentuk bacaan. Keberkesannanya ialah untuk
memperkukuhkan media-media lain (Wilson, 2012). Pembelajaran menggunakan
teks amat berkesan berbanding dengan audio mahupun video jika penggunanya
16
mahir menggunakan teks dalam mencari maklumat dengan lebih pantas dan
bertsrategi. (Halliday & Hasan, 1989). Tanpa menggunakan teks, penggunaan media
lain akan menjadi kurang berkesan (Rockley, 1994).
Dalam kajian ini, elemen teks akan dinilai dari aspek font teks sesuai, saiz
font sesuai, teks yang digunakan menarik, teks yang digunakan relevan, teks pada
arahan skrin mudah difahami, teks pada manual pengguna mudah difahami dan teks
bebas daripada kesalahan mekanis seperti tatabahasa, tanda bacaan dan lain-lain.
2.2.3 Animasi
Ia merupakan paparan pantas gabungan imej-imej yang berjujukan (Shen, 2006).
Ianya akan memberi kesan lebih hampir kepada bahan maklumat (Lindstrom, 1994).
Untuk lebih memahami sesuatu perkara, simulasi melalui animasi digunakandengan
mengawal keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang diingini (Xie, 2013).
Unsur-unsur realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui
klip-klip video.
Dalam kajian ini, elemen animasi akan dinilai dari aspek animasi yang
digunakan menarik, pergerakan animasi yang jelas, pergerakan animasi yang terang,
pergerakan animasi yang lancer dan perisian kursus mempunyai elemen interaktif
yang menyeronokkan.
2.2.4 Audio
Kesan audio memainkan peranan pening dalam teknologi multimedia pada hari ini
(Systems, Wall, & Brewster, 2006). Kini, teknologi kad suara, pembesar suara bina
dalam digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan suara manusia.
Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc., snd., .aud. dan sebagainya. Kesan
amaran atau simbol wujudnya masalah juga dapat disediakan melalui audio. Selain
itu, bagi menghasilkan mood kepada pengguna, muzik dimainakn sebagai lagu
latarbelakang. Perhatian pengguna dapat lebih berfokus melalui kesan-kesan audio.
17
Audio menghapuskan perasaan janggal dan seolah-olah pengguna sedang
berkomunikasi dengan manusia lain dan bukan dengan mesin (Claire, Klein, &
Koroghlanian, 2004).
Dalam kajian ini, elemen audio akan dinilai dari aspek audio yang digunakan
menarik, audio yang digunakan jelas, audio yang digunakan terang, audio yang
digunakan lancar, penggunaan suara sesuai (jelas, menarik, intonasi yang betul),
kesan bunyi yang digunakan sesuai dan kesan bunyi yang digunakan jelas.
2.2.5 Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga
realistik berbanding elemen yang lain (Miller & Zhou, 2007). Ia juga merupakan
elemen yang menggabungkan beberapa elemen lain seperti teks, grafik dan audio di
dalam satu medium (Song, Marchionini, & Oh, 2010). Oleh yang demikian,
penggunaan video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar
kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi emosi para
penggunanya (Tasir & Harun, 2003).
Dalam kajian ini, elemen video akan dinilai dari aspek audio dan video
berfungsi seiring, video yang digunakan menarik, klip video yang digunakan jelas,
klip video yang digunakan terang dan klip video yang digunakan lancer.
2.3 Kemahiran Bahasa Inggeris
Kemahiran Bahasa Inggeris terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis (Bae, 2007). Untuk memastikan pembelajaran berkesan,
pelajar hendaklah menguasai kesemua kemahiran ini (Demie, 2013). Kemahiran
bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas,
iaitu mendengar dan bertutur (AHBAB, 2011). Kedua-dua komponen ini berkait
rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan
kemahiran bukan lisan.
18
Aspek kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa kerana
kemahiran membaca dan menulis akan dapat dikuasai selepas murid-murid
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik (Yalçinkaya, Muluk, &
Şahin, 2009). Ketepatan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan
tepat bergantung kepada penguasaan kemahiran mendengar yang baik (Hwang, Wu,
& Su, 2008).
Terdapat beberapa andaian oleh Chomsky (1987) tentang kemahiran
mendengar dan bertutur. Pertama, perilaku berbahasa adalah sesuatu yang
diturunkan (genetik), setiap bahasa memiliki perkembangan yang sama (merupakan
sesuatu yang universal), dan lingkungan yang memiliki peran kecil di dalam proses
pematangan bahasa. Kedua, bahasa dapat dapat dikuasai dalam waktu yang relatif
singkat. Ketiga, lingkungan bahasa anak tidak dapat menyediakan data yang cukup
bagi penguasaan tata bahasa yang rumit dari orandg dewasa.
2.3.1 Kemahiran mendengar
Pelajar yang mampu mendengar dengan teliti dan memberi respon dalam pelbagai
situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan
perbincangan dikatakan mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Kemahiran
mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat
penerimaan (receptive level) (Kutlu et al., 2009). Menurut (Rastogi, 2008), pelajar
dengan pantas dapat memahami maksud serta mentafsir maklumat yang didengari
dengan tepat jika menguasai kemahiran mendengar dengan baik.
Menurut (Feyten, 1991), kemahiran mendengar adalah proses minda dalam
menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan
percakapan. Menurutnya lagi, komunikasi berkesan bergantung kepada kemahiran
mendengar dan bertutur. Disebabkan itu, kemahiran mendengar adalah kemahiran
bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif dalam sukatan pelajaran
terutama semasa di peringkat persekolahan (Goh, 2008). Aktiviti mendengar penting
untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
19
Untuk menguasai isi pembelajaran, penekanan terhadap penguasaan
kemahiran mendengar dengan baik perlu dilakukan. Pada peringkat yang lebih
tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk
bertutur. Kemahiran mendengar juga dapat membantu pelajar mendapatkan makna
bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga menggalakkan pelajar
memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih bai. Pelajar
akan hilang fokus dan tumpuan serta gagal menguasai isi pembelajaran sekirannya
pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik.
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 70% daripada
waktu tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula
digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% lagi digunakan untuk
percakapan atau perbualan, sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda
digunakan untuk bacaan dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan.
Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85%
daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran.
Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya
iaitu ‘Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia’ menyatakan , kajian
terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah
menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan
60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.
Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang
kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah.
Kemahiran mendengar penting untuk dikuasai kerana melalui kemahiran
mendengar, seseorang itu boleh memperoleh idea, mencari isi-isi penting,
melakukan arahan dan bertindak balas, mengenal pasti perkara yang berhubungan
dan tidak berhubungan, mengenal pasti isi-isi yang tersirat, mentafsir makna-makna
yang tersirat, mengenal pasti mud penutur, suasana, dan keadaan dan mengesan
pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda. Kesimpulannya,
kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini
melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.
20
2.3.2 Kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran kedua dalam aspek kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak
berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikatakan sebagai dikuasai
selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini
mempunyai kolerasi antara satu dengan yang lain. Hal ini kerana, jika seseorang
kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak
dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan
kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan (artikulator) manusia.
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi bunyi bahasa dengan
pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta
helaan yang betul Dani (2007). Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan
suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi
setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan
perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat
penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran
bertutur diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul
dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,
ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan (Pfister & Robinson, 2010).
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh
bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan
ayat dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan
murid menyebut dengan jelas, menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi,
menunjukkan arah, bertemu ramah, memberikan penerangan dan memberi alasan,
membina soalan untuk mencari maklumat, bertukar-tukar pendapat dan maklumat,
melaporkan peristiwa dan member sesuatu huraian dengan tepat, bertutur secara
bertatasusila dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan
pendengar dan situasi.
21
2.4 Teori Pembelajaran
Teori adalah hubungan beberapa konsep atau suatu kerangka konsep, atau definisi
yang memberikan suatu pandangan sistematis terhadap gejala-gejala atau fenomena-
fenomena dengan menentukan hubungan spesifik antara konsep-konsep tersebut
dengan maksud untuk menguraikan, menerangkan, meramalkan dan atau
mengendalikan suatu fenomena (Cover & Thomas, 2005). Teori dapat diuji, diubah
atau digunakan sebagai suatu pedoman dalam penelitian (Stets & Burke, 2000).
Teori kajian yang akan digunakan sebagai landasan kepada kajian ini adalah Teori
Kognitif Multimedia.
2.4.1 Teori Kognitif Multimedia
Teori kognitif multimedia adalah kesinambungan daripada teori beban kognitif.
Teori ini turut dikenali sebagai model pemprosesan maklumat dan teori generatif
(Abdullah et al. 2007). Andaian melalui teori kognitif multimedia ialah terdapat dua
saluran berbeza yang memainkan peranan dalam memproses maklumat (Mayer
1990). Dua saluran tersebut ialah saluran audio dan visual (Abdullah et al. 2007;
Ashfahani et al. 2015; Ibrahim 2013). Dua saluran tersebut dikumpul melalui deria
mata dan telinga sebelum ditapis semasa di memori bekerja. Kedua-dua medium ini
dikatakan mempunyai kapasiti yang terbatas dalam suatu masa ketika menerima
maklumat. Proses pembelajaran aktif berlaku ketika maklumat sampai di memori
bekerja dan apabila melibatkan proses penapisan, pemilihan, mengorganisasi dan
mengintegrasi maklumat.
22
Rajah 2.1: Proses pemikiran berdasarkan Teori Kognitif Multimedia (Mayer, 2001)
Deria mata dan telinga akan menerima maklumat melalui persembahan
multimedia. Memori sensori akan mengenal pasti maklumat teks dan imej yang tepat
untuk disimpan dalam memori jangka masa yang pendek. Seterusnya maklumat
penting daripada teks dan imej akan dipilih secara automatik untuk disusun atur
dalam satu bentuk pengetahuan bermakna. Maklumat tersebut seterusnya
diorganisasi mengikut skema pengetahuan sedia ada yang bertepatan. Kemudian
maklumat yang penting diintegrasi kepada bentuk pengetahuan yang kekal dalam
memori jangka panjang. Memori jangka panjang mampu menyimpan maklumat
lebih lama berbanding di memori bekerja. Bagi memastikan maklumat tersebut
berkekalan, individu perlu mengaktifkan informasi tersebut di memori bekerja
semula, iaitu proses pengulangan (Abdullah et al. 2007; Ibrahim 2013).
Terdapat beberapa prinsip yang telah ditetapkan dalam menggunakan
pendekatan teori multimedia Mayer (2009). Prinsip tersebut berfungsi sebagai
panduan dalam menyediakan persembahan multimedia yang bertepatan dengan
kemampuan kognitif manusia (Mayer 2009; Sorden 2008). Prinsip tersebut ialah
prisnsip multimedia, keselarasan, modaliti, penindihan, koheren dan prinsip
pembahagian (Kuo et al. 2013).
Prinsip pertama ialah prinsip multimedia yang menjelaskan bahawa
penglibatan dua mode adalah lebih baik jika dibandingkan satu mode secara
bersendirian. Dalam erti kata lain, maklumat disampaikan dalam dwimode
contohnya paparan gambar bersama verbal (verbal dan
pictorial), persembahan audio dan visual (auditory dan visual), atau media bersama
penerangan lisan (komputer dan penerangan). Penglibatan dwimode mampu
23
menyediakan maklumat yang pelbagai dan memudahkan penyusunan informasi
dalam memori. Walaubagaimanapun, jumlah maklumat perlulah bersesuaian agar
tidak terlalu padat dalam suatu masa (Leow & Neo 2014; Mayer 2001; Toomey &
Ketterer 1995).
Prinsip kedua pula ialah prinsip contiguity iaitu kesan persembahan yang
berdekatan. Menurut Mayer (2001), setiap teks penerangan bagi sesuatu grafik
mestilah dipaparkan berdekatan, bukan pada slaid berikutnya. Hal ini supaya, idea
atau kandungan sebenar dapat dikaitkan secara terus dan tepat oleh audien.
Seterusnya prinsip ketiga multimedia ialah kesan koheren (coheren principle)
iaitu mengelakkan penggunaan perkataan, grafik, audio, atau visual yang tidak
berkaitan dengan bahan yang utama yang sepatutnya disampaikan. Hal ini kerana
audien perlulah diperlihatkan perkaitan maklumat utama dengan jelas tanpa
diganggu bahan yang tidak relevan. Audien akan terdorong untuk fokus kepada
maklumat utama sahaja tanpa diganggu oleh maklumat yang tidak penting (Kozma
2000; Mayer 2001, 2009). Kesannya, penyampaian maklumat akan lebih berkesan
kerana hanya memaparkan kandungan pembelajaran sahaja.
Prinsip keempat pula menyatakan maklumat perlu disediakan dalam keadaan
yang sangat teratur atau bersegmen (segmentation principle). Apabila bahan
multimedia disusun atur dengan baik, maka akan memudahkan penyampaian
maklumat terutamanya pembelajaran konsep baharu (Mayer & Moreno 2003; Mayer
2001, 2009). Pensyarah perlulah merancang susunan dan jumlah maklumat yang
perlu dipersembahkan supaya tidak membebankan audien dengan informasi yang
terlalu padat.
Bagi prinsip kelima pula menyatakan prinsip modaliti iaitu keperluan teks
audio (telinga) berbanding teks bertulis (mata) apabila melibatkan persembahan
animasi (deria mata). Hal ini bermaksud audien tidak mengalami pemerhatian yang
bertindih iaitu memerlukan melihat animasi dan teks dalam masa yang sama. Maka
disarankan agar penggunaan animasi atau penceritaan dibantu dengan teks dalam
bentuk audio iaitu proses melihat dan mendengar sahaja (Mayer & Moreno 2003).
Kesimpulannya, kelima-lima prinsip ini perlu dijadikan garis panduan utama bagi
tenaga pengajar dalam menyediakan bahan pembelajaran multimedia yang berkesan.
Selain dapat melaksanakan proses pengajaran yang efektif dan cepat, proses
pembelajaran mahasiswa juga menjadi mudah. Ulangkaji dapat dilakukan dengan
24
lebih baik sekiranya bahan multimedia yang disediakan mudah difahami dan
menepati objektif pembelajaran.
2.5 Kerangka pakej pembelajaran mobile
Kerangka kajian adalah struktur asas yang mendasari sistem, konsep, atau teks dan
membimbing perkembangan idea baru (Shackel, 2009). Kerangka kajian dalam
konteks penulisan tesis adalah satu bentuk struktur yang selalunya dipersembahkan
secara visual grafik untuk menunjukkan perkaitan yang logik antara variabel kajian
(Soofi, Retzer, & Yasai-Ardekani, 2000). Kerangka kajian membekalkan landasan
bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yang digunakan dalam kajian
tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yang menyediakan konteks bagi
meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian. Kerangka kajian
mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan.
Kerangka amat penting dalam pembangunan sesuatu pakej pembelajaran
mobile (Lai & Hitchcock, 2015). Perekabentuk pakej pembelajaran mobile harus
bijak memilih kerangka kerana ia akan menjadi panduan dalam proses pembangunan
bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep (Giam & Olden, 2016).
Menurut (Bandura, 1971) teori pembelajaran perlu diambil kira dalam usaha
merekabentuk perisian pendidikan kerana teori pembelajaran menentukan asas bagi
proses pembelajaran. Manakala, (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005) pula
menyatakan bahawa pendekatan pedagogi yang berkaitan dengan pembangunan
perisian kursus ialah penetapan isi pelajaran, aliran pelajaran dan kawalan kemajuan
pelajar.
2.6 Rumusan
Pembelajaran menggunakan teknologi mobile telah mula memainkan peranan yang
penting dalam pembelajaran. Kewujudan teknologi tanpa wayar telah menjadikan
inovasi ini satu realiti untuk dibangunkan dalam bidang pendidikan. Fleksibiliti
RUJUKAN
Abd Rahman, R., & Mohd Hashim, M. H. (2011). Mobile Learning in Malaysia
Technical and Vocational Education (TVE): A Qualitative Case Study. In
International Conference on Teaching and Learning in Higher Education
(ICTLHE 2011)
Adegbija, M. V., & Bola, O. O. (2015). Perception of Undergraduates on the
Adoption of Mobile Technologies for Learning in Selected Universities in
Kwara state, Nigeria. Procedia - Social and Behavioral Sciences.
Ahmad Chowdhury, S., Arshad, H., Parhizkar, B., & Obeidy, W. K. (2013).
Handheld augmented reality interaction technique. In Lecture Notes in
Computer Science (including subseries Lecture Notes in Artificial Intelligence
and Lecture Notes in Bioinformatics)
Ahmad Zaki, A., & Md Yunus, M. (2015). Potential of Mobile Learning in Teaching
of ESL Academic Writing. English Language Teaching
Aliff Mohd, Nawi, M., Jamsari, E. A., Hamzah, M. I., & Sulaiman, A. (2012). The
Impact of Globalization on Current Islamic Education. Australian Journal of
Basic and Applied Sciences
Aliff Nawi, & Mohd Isa Hamzah. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon
Bimbit Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic
and Arabic Education
Ally, M. (2009). Mobile Learning: Transforming the Delivery of Education and
Training. Athabasca University Press
Ambrose, G., & Harris, P. (2008). The Fundamentals of Graphic Design. Design.
Bae, J. (2007). Development Of English Skills Need Not Suffer As A Result Of
Immersion: Grades 1 And 2 Writing Assessment In A Korean/English Two-Way
Immersion Program. Language Learning
Bandura, A. (1971). Social learning theory. Social Learning Theory.
Basoglu, E. B., & Akdemir, O. (2010). A comparison of undergraduate students’
English vocabulary learning: Using mobile phones and flash cards. The Turkish
Online Journal of Educational Technology
Brink, J. (2011). M-Learning: The Future of Training Technology. Retrieved from
http://search.ebscohost.com
Brinkerhoff, D. W., Fotzo, P. T., & Ormond, B. J. (1983). Haiti: HACHO rural
community development. AID Project Impact Evaluation Report, US Agency for
International Development. Retrieved from http://search.ebscohost.com
Chang, C.-C., Yan, C.-F., & Tseng, J.-S. (2012). Perceived Convenience In An
Extended Technology Acceptance Model: Mobile Technology And English
Learning For College Students. Australasian Journal of Educational
Technology,
Chen, C.-M., & Chung, C.-J. (2008). Personalized Mobile English Vocabulary
Learning System Based On Item Response Theory And Learning Memory Cycle.
Computers & Education
Chen, C.-M., & Li, Y.-L. (2010). Personalised Context-Aware Ubiquitous Learning
System For Supporting Effective English Vocabulary Learning. Interactive
Learning Environments
Chen, C., & Chung, C. (2008). Personalized Mobile English Vocabulary Learning
System Based On Item Response Theory And Learning Memory Cycle.
Computers & Education
Chen, C. M., & Hsu, S. H. (2008). Personalized Intelligent Mobile Learning System
For Supporting Effective English Learning. Educational Technology and
Society
Cheng, S. C., Hwang, W. Y., Wu, S. Y., Shadiev, R., & Xie, C. H. (2010). A Mobile
Device And Online System With Contextual Familiarity And Its Effects On
English Learning On Campus. Educational Technology and Society
Cochran, W. G. (1977). Sampling Techniques. Wiley Series in Probability and
Mathematical Statistics Applied (Vol. 20)
Collins, T. G. (2005). English Class On The Air: Mobile Language Learning With
Cell Phones. In Proceedings - 5th IEEE International Conference on Advanced
Learning Technologies, ICALT 2005
Cover, T. M., & Thomas, J. A. (2005). Elements of Information Theory. Elements of
Information Theory.
Crescente, M. L., & Lee, D. (2011a). Critical Issues Of M-Learning: Design Models,
Adoption Processes, And Future Trends. Journal of the Chinese Institute of
Industrial Engineers
Crescente, M. L., & Lee, D. (2011b). Critical Issues Of M-Learning: Design Models,
Adoption Processes, And Future Trends. Journal of the Chinese Institute of
Industrial Engineers
Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed
Approaches (3rd Edition). Research Design: Qualitative, Quantitative, and
Mixed Methods Approaches.
Demie, F. (2013). English As An Additional Language Pupils: How Long Does It
Take To Acquire English Fluency? Language and Education
DeRose, S. J., Durand, D. G., Mylonas, E., & Renear, A. H. (1990). What Is Text,
Really? Journal of Computing in Higher Education
Drost, E. A. (2011). Validity And Reliability In Social Science Research. Education
Research and Perspectives
Feyten, C. M. (1991). The Power Of Listening Ability: An Overlooked Dimension In
Language Acquisition. The Modern Language Journal
Fisher, D., & Frey, N. (2014). Speaking And Listening In Content Area Learning.
Reading Teacher
Georgieva, E. S., Smrikarov, A. S., & Georgiev, T. S. (2011a). Evaluation Of Mobile
Learning System. In Procedia Computer Science
Georgieva, E. S., Smrikarov, A. S., & Georgiev, T. S. (2011b). Evaluation Of Mobile
Learning System. Procedia Computer Science
Giam, X., & Olden, J. D. (2016). Quantifying Variable Importance In A Multimodel
Inference Framework. Methods in Ecology and Evolution
Godwin-jones, R. (2011). Emerging Technologies Mobile Apps for Language
Learning Language Learning & Technology.
Goh, C. (2008). Metacognitive Instruction For Second Language Listening
Development: Theory, Practice And Research Implications. RELC Journal
Gould, B. E., & Dr. Norman Vaughan. (2012). Using Multimedia Feedback to
Enhance Cognitive, Affective, and Psychomotor Learning. Education Studies.
Graham, S. (2006). Listening Comprehension: The Learners’ Perspective. System
Halliday, M. A. K., & Hasan, R. (1989). Language, Context And Text: Aspects Of
Language In A Social-Semiotic Perspective. Language Education
Harris, J., Mishra, P., & Koehler, M. (2008). Teachers’ Technological Pedagogical
Content Knowledge and Learning Activity Types: Curriculum-Based
Technology Integration Reframed. Journal of Research on Technology in
Education
Hayes, D. N. A. (2007). ICT And Learning: Lessons From Australian Classrooms.
Computers and Education
Hitchcock, A., & Porter, K. (2004). The Likert Scale. Methodology, 7–10.
Holotescu, C., & Grosseck, G. (2011). Mobile learning through microblogging. In
Procedia - Social and Behavioral Sciences
Hsu, L. (2012). English as a foreign language learners’ perception of mobile assisted
language learning: a cross-national study. Computer Assisted Language
Learning
Huang, R. T., Jang, S. J., MacHtmes, K., & Deggs, D. (2012). Investigating The
Roles Of Perceived Playfulness, Resistance To Change And Self-Management
Of Learning In Mobile English Learning Outcome. British Journal of
Educational Technology
Hwang, W. Y., Wu, S. Y., & Su, J. H. (2008). A Study Of Listening Diversity And
Speaking For English Learning With Mobile Device Supports. In Lecture Notes
in Computer Science (including subseries Lecture Notes in Artificial
Intelligence and Lecture Notes in Bioinformatics)
Jantjies, M., & Joy, M. (2015). Mobile Enhanced Learning In A South African
Context Educational Technology and Society.
Keegan, D. (2005). Mobile Learning: The Next Generation of Learning. The 18th
Asian Association of Open Universities Annual Conference.
Khalid, P. I., Yunus, J., Adnan, R., Harun, M., Sudirman, R., & Mahmood, N. H.
(2010). The Use Of Graphic Rules In Grade One To Help Identify Children At
Risk Of Handwriting Difficulties. Research in Developmental Disabilities
Kukulska-Hulme, A. (2006). Mobile Language Learning Now And In The Future.
Fran Vision till Praktik: Sprakutbildning Och Informationsteknik (From Vision
to Practice: Language Learning and IT)
Kukulska-Hulme, A. (2009). Will Mobile Learning Change Language Learning?
ReCall
Kukulska-Hulme, A., & Sharples, M. (2009). Mobile And Contextual Learning. Alt-J
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For
Educators And Trainers. Mobile Learning: A Handbook for Educators and
Trainers
Kutlu, ??mer, & Aslano??lu, A. E. (2009). Factors Affecting The Listening Skill.
Procedia - Social and Behavioral Sciences
Lai, I. K. W., & Hitchcock, M. (2015). Importance-Performance Analysis In
Tourism: A Framework For Researchers. Tourism Management
Lamb, A., & Johnson, L. (2007). An Information Skills Workout: Wikis And
Collaborative Writing. Teacher Librarian
Liu, J., Yu, S., & Ran, M. (2008). Research On The Communicative Mobile English
Learning Model. In Proceedings - 5th IEEE International Conference On
Wireless, Mobile, And Ubiquitous Technologies In Education
Liu, T. Y., Tan, T. H., & Chu, Y. L. (2010). QR Code And Augmented Reality-
Supported Mobile English Learning System. In Lecture Notes in Computer
Science (including subseries Lecture Notes in Artificial Intelligence and Lecture
Notes in Bioinformatics)
Lu, M. (2008). Effectiveness Of Vocabulary Learning Via Mobile Phone. Journal of
Computer Assisted Learning
Margaret Rouse. (2005). DEFINITION framework. Retrieved from
http://whatis.techtarget.com/definition/framework
Mattila, P., & Fordel, T. (2005). MOOP – Using M-Learning Environment In
Primary Schools. Proceedings of mLearn 2005 Cape Town South Africa
McDaniel, S. C., & Flower, A. (2015). Use of a Behavioral Graphic Organizer to
Reduce Disruptive Behavior. Education & Treatment of Children
Miangah, T. M. (2012). Mobile-Assisted Language Learning. International Journal of
Distributed and Parallel Systems
Miller, K., & Zhou, X. (2007). Learning From Classroom Video: What Makes It
Compelling And What Makes It Hard. Video Research in the Learning Sciences
Motiwalla, L. F. (2007). Mobile Learning: A Framework And Evaluation. Computers
and Education
Najeeb, S. S. R. (2013). Learner Autonomy In Language Learning. Procedia - Social
and Behavioral Sciences
Nawi, A., Hamzah, M. I., Akmal, S., & Sattai, A. (2014). Potensi Penggunaan
Aplikasi Mudah Alih ( Mobile Apps ) Dalam Bidang Pendidikan Islam. Online
Journal of Islamic Education
Oz, H. (2014). Prospective English Teachers’ Ownership and Usage of Mobile
Devices as M-learning Tools. Procedia - Social and Behavioral Sciences
Pallant, J. (2011). Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis using
SPSS for Windows (4th ed.). New York: Mc Graw-Hill.
Paper, C. (2016). International Language and Tourism Conference 2016 ( ILTC 2016
) Learning Preference among Arabic Language Learners via Mobile Learning
Management System Platform ( Mobile LMS ) Using ... International Language
and Tourism Conference 2016 ( ILTC 2016 ) Le, 2016(November 2015).
Park, B., Plass, J. L., & Br??nken, R. (2014). Cognitive And Affective Processes In
Multimedia Learning. Learning and Instruction
Park, Y. (2011). A Pedagogical Framework For Mobile Learning: Categorizing
Educational Applications Of Mobile Technologies Into Four Types. Review of
Research in Open and Distributed Learning
Pfister, T., & Robinson, P. (2010). Speech Emotion Classification And Public
Speaking Skill Assessment. Human Behavior Understanding
Prensky, M. (2001). Digital Natives, Digital Immigrants Part 1. On the Horizon
Rahamat, R., Shah, P. M., Din, R., & Aziz, J. A. (2011). Students’ Peadiness And
Perceptions Towards Using Mobile Technologies For Learning The English
Language Literature Component. The English Teacher
Rastogi, P. (2008). Are You Listening Effectively Mr. Manager? Colourage
Rossyahida, A. R., & Mohamad Hisyam, M. H. (2011). M-Pembelajaran Dalam
Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Di Malaysia. Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik
Vokasional
Sandberg, J., Maris, M., & De Geus, K. (2011). Mobile English Learning: An
Evidence-Based Study With Fifth Graders. Computers and Education
Schank, R. C. (1994). Active Learning Through Multimedia. IEEE Multimedia
Schmidt, D. a, Baran, E., Thompson, A. D., Mishra, P., Koehler, M. J., & Shin, T. S.
(2009). Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK): The
Development And Validation Of An Assessment Instrument For Preservice
Teachers. Journal of Research on Technology in Education
Shackel, B. (2009). Usability - Context, Framework, Definition, Design And
Evaluation. Interacting with Computers
Sharples, M., Taylor, J., & Vavoula, G. (2005). Towards a Theory of Mobile
Learning. Proceedings of mLearn
Shen, L. F. (2006). What is “ Computer Animation ”? — Examining Technological
Advancements and Cultural Aesthetics of Japanese Animation.
Sloan, D., Stratford, J., & Gregor, P. (2006). Using Multimedia To Enhance The
Accessibility Of The Learning Environment For Disabled Students: Reflections
From The Skills For Access Project. Research in Learning Technology
Soofi, E. S., Retzer, J. J., & Yasai-Ardekani, M. (2000). A Framework For
Measuring The Importance Of Variables With Applications To Management
Research And Decision Models. Decision Sciences
Stets, J. E., & Burke, P. J. (2000). Identity Theory And Social Identity Theory. Social
Psychology Quarterly.
Systems, C., Wall, S., & Brewster, S. (2006). Feeling What You Hear : Tactile
Feedback For Navigation Of Audio Graphs. Conference on Human Factors in
Computing Systems
Thornton, P., & Houser, C. (2005). Using Mobile Phones In English Education In
Japan. In Journal of Computer Assisted Learning
Thornton, R. S. (1996). Graphic Design In A Box. National Forum
Torres, J. C., & Clares, B. (1993). Graphic Objects: A Mathematical Abstract Model
for Computer Graphics. Computer Graphics Forum
Varnelis, K. (2011). Introduction to Multimedia. Journal of the Society of
Architectural Historians
Warschauer, M. (2007). The Paradoxical Future Of Digital Learning. Learning
Inquiry
Wilson, A. (2012). What Is A Text? Studies in History and Philosophy of Science
Wu, W. H., Jim Wu, Y. C., Chen, C. Y., Kao, H. Y., Lin, C. H., & Huang, S. H.
(2012). Review of trends from mobile learning studies: A meta-analysis.
Computers and Education
Xie, Y. (2013). Animation. Journal of Statistical Software
Yalçinkaya, F., Muluk, N. B., & Şahin, S. (2009). Effects Of Listening Ability On
Speaking, Writing And Reading Skills Of Children Who Were Suspected Of
Auditory Processing Difficulty. International Journal of Pediatric
Otorhinolaryngology
Zacarias, F., Cuapa, R., & Hernández, F. (2009). Learning English In An Authentic
Mobile Environment. Momm2009 - The 7th International Conference On
Advances In Mobile Computing And Multimedia
Zaidatun tasir, ., & Jamalludin Harun, . (2003). Asas Reka bentuk Aplikasi
Multimedia Pendidikan. PTS Publication
Zumbach, J., Kumpf, D., & Koch, S. C. (2004). Using Multimedia to Enhance
Problem-Based Learning in Elementary School. Information Technology in
Childhood Education Annual