KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

36
KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM Prof Madya Dr Azman Mohd Noor Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM 1

description

KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM. Prof Madya Dr Azman Mohd Noor Jabatan Fiqh dan Usul al- Fiqh , Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan , UIAM. PENDAHULUAN. DEFINISI TAKLIFAH (KOS). ISTILAH BERKAITAN . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Page 1: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Prof Madya Dr Azman Mohd NoorJabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM

1

Page 2: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

PENDAHULUAN

Tiada halangan syarak untuk

memaksimakan keuntungan

menerusi akad-akad yang dibenarkan

syarak

Namun timbul isu Syariah

apabila upah/caj diambil

daripada perkhidmatan pinjaman dan

hutang

Bagaimanakah penetapan kos

sebenar ditentukan?

Page 3: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

DEFINISI TAKLIFAH (KOS)

Dalam kontek kos yang berkait dengan hutang, menurut AAOIFI, kos sebenar merujuk kepada kos secara langsung

yang tidak membawa kepada tambahan yang boleh ditafsirkan sebagai faedah (riba).

Page 4: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

ISTILAH BERKAITAN • Bayaran ganti rugi

(berbentuk harta) yang disebabkan oleh kemudaratan yang disebabkan oleh pihak tertentu

Dhaman

• Bayaran yang dikenakan hasil daripada kerugian yang dialami oleh pihak lain

Ta’widh

Page 5: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

MANFAAT HUTANG

Keadaan 1• Manfaat hanya untuk

pemberi pinjaman

Keadaan 2• Manfaat hanya untuk

peminjam

Keadaan 3• Manfaat dikongsi bersama

antara pemberi pinjaman dan peminjam

PENGENAAN KOS SEBENAR

BERKAIT RAPAT

DENGAN MANFAAT HUTANG

Page 6: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

HURAIAN KEADAAN 1Syarat 1• Ia mestilah suatu lebihan atau

tambahan dan bukan nilai pokok

Syarat 2• Ia mestilah semata-mata untuk

pemberi pinjaman sahaja, dan tidak ada sebarang manfaat terhadap peminjam, selain daripada nilai pinjaman (pokok/prinsipal)

Syarat 3• Ia mestilah disyaratkan oleh pemberi

pinjaman keatas peminjam, samada secara bertulis sewaktu proses pinjaman, atau ia berjalan mengikut adat kebiasaan

IA ADALAH HARAM

JIKA MEMENUHI TIGA SYARAT

INI

(MANFAAT HANYA UNTUK PEMBERI PINJAMAN)

Page 7: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

HURAIAN KEADAAN 1Antara Hujah Pengharaman

أجمع المسلمون نقاًل$ عن نبيهم صلى الله عليه وسلم أن •اشتراط الزيادة في السلف ربا ولو كان قبضة من علف

• “Telah berijmak umat Islam yang diambil daripada Nabi mereka bahawa mensyaratkan sebarang tambahan dalam pinjaman adalah riba, walaupun hanya segenggam makanan ternakan.”

ا فأهدي إليه أو حمله على • حديث )إذا أقرض أحدكم قرض$الدابة فاًل يركبها وال يقبله، إال أن يكون جرى بينه وبينه قبل

ذلك(• “Jika salah seorang daripada kalian memberikan sesuatu pinjaman, lalu

dia diberi hadiah atau dibawa bersama dalam kenderaan (peminjam), maka janganlah dia menaikinya dan janganlah menerimanya, kecuali hal itu sudah menjadi kebiasaan sebelumnya.” (Riwayat Muslim)

استقرض رسول الله سنا فأعطاه سنا فوقه، وقال: حديث )•(خياركم محاسنكم قضاء

• Rasulullah SAW meminjam seekor binatang yang berumur sekian-sekian, lalu kemudian baginda membayar (kepada pemiliknya) dengan binatang yang berumur atas sedikit daripada umur asalnya, lalu Baginda berkata, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling pemurah ketika membayar hutang.” Mafhumnya, sekiranya disyaratkan bayaran lebih, maka ia adalah haram

(MANFAAT HANYA UNTUK PEMBERI PINJAMAN)

Page 8: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

SAMBUNGAN…

Sambungan Hujah PengharamanAl-Shatibi telah mengisyaratkan bahawa `illah dalam pengharaman riba adalah kerana suatu tambahan tanpa sebarang asas pertukaran (‘iwad)Al-Shatibi, al-Muwafaqat. Al-Imam al-Kasani menegaskan:وعن( الربا حقيقة عن والتحرز عوض، يقابله ال فضل ألنها الرPبا، تشبه المشروطة الزيادة وألن

. واجب الربا )شبهة

Maksud: “Oleh kerana tambahan (bayaran hutang) yang disyaratkan adalah menyerupai riba, kerana ia adalah suatu lebihan yang tidak ditimbalkan dengan suatu pulangan, dan mengelakkan daripada hakikat riba dan syubhat riba adalah suatu yang wajib.”Al-Kasani, Bada`ie’ Al-Sona`ie’ .

(MANFAAT HANYA UNTUK PEMBERI PINJAMAN)

Page 9: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

HURAIAN KEADAAN 2(MANFAAT HANYA UNTUK PEMINJAM)

DIHARUSKAN

متى تمحضت المنفعة للمقترض جاز

“Bilamana manfaat itu semata-mata untuk peminjam, maka ia diharuskan.”

(`Aqd al-Jawahir, Ibn Shash)

وال بد من تمحض المنفعة للمقترض على المشهور

“Dan (pendapat yang mengatakan) mestilah manfaat itu semata-mata untuk peminjam adalah

(pandangan) yang masyhur.” (Sharh al-Kharshi)

Page 10: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

HURAIAN KEADAAN 3(MANFAAT DIKONGSI BERSAMA)

• Jika PEMINJAM mendapat manfaat yang lebih besar/banyak

• Pandangan Sayyidina Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Ibnu Sirin

• Ibnu Taimiyah berkata:والصحيح الجواز، ألن المقرض رأى النفع بأمن خطر •

الطريق في نقل دراهمه إلى ذلك البلد، وقد انتفع ا بالوفاء في ذلك وأمن خطر الطريق، المقترض أيض$

االقتراض والشارع ال ينهى عما افكاًلهما منتفع بهذينفعهم ويصلحهم وإنما ينهى عما يضرهم

• “Pendapat yang benar adalah ianya dibolehkan; ini kerana pemberi pinjaman melihat manfaat dari segi keamanan dari sebarang bahaya dalam perjalanan sewaktu memindahkan wang-wang perak ke negeri itu. Peminjam pula mendapat manfaat dengan membuat bayaran hutang di negeri tersebut dan keamanan perjalanan; maka kedua dua peminjam den pemberi pinjam masing-masing mendapat manfaat aqad hutang tersebut. Allah tidak melarang sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka, bahkan Dia melarang sesuatu yang memudaratkan mereka. (Majmu’ al-Fatawa)

DIHARUSKAN

Page 11: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

HURAIAN KEADAAN 3(MANFAAT DIKONGSI BERSAMA)

• Sekiranya manfaat hutang adalah bagi kedua-dua pihak namun manfaat bagi pemberi pinjaman adalah lebih besar, maka ia tidak dibenarkan. Ini kerana kadar tambahan tersebut adalah manfaat yang yang hanya perpihak kepada pemberi pinjaman, dan tidak dibalas dengan sebarang pertukaran selain pinjaman, maka ia adalah haram. Al-Umrani, al-manfaah fi al-Qard.

DILARANG

Page 12: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

KERANGKA PERUNTUKANKOS SEBENAR

• Secara umumnya pengenaan kos sebenar dibenarkan oleh kebanyakan fuqaha pada manfaat yang dilarang dalam pinjaman, penangguhan bayaran dalam jual beli tangguh bayaran, berkumpulnya aqad “bay’ wa salaf” iaitu gabungan jual beli dan pinjaman, dan perbelanjaan mudarib dalam mudharabah.

• Kertas kerja ini hanya memberi tumpuan kepada pinjaman dan penangguhan bayaran hutang

Di mana dan bila?

Page 13: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

KERANGKA PERUNTUKANKOS SEBENAR

• Bagi mengelakkan pemberi pinjaman mengambil manfaat daripada peminjam dengan menamakan yuran, upah, komisyen, ganti rugi, kos pentadbiran dan lain lain sebagai balasan kepada perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan. Ini kerana ia adalah riba yang diharamkan oleh Syarak.

Kenapa Perlu Kepada Penggunaan Kos Sebenar

• Pihak bank perlu menyediakan para pekerja pakar bagi perkhidmatan perbankan . Pihak bank juga perlu menyediakan sistem IT, sijil-sijil, fail-fail dan penjagaannya, dan seumpamanya. Ia merupakan bayaran terhadap perkhidmatan dan pekerjaan yang dilakukan bagi tujuan pinjaman. Dalam kontek ini, ia dianggap sebagai Ijarah ‘ala al-‘amal.

• Namun, penelitian perlu dibuat untuk membezakan di antara upah khidmat yang dibenarkan dan riba sebagai ganjaran kepada pinjaman wang.

Tanggungan Kos oleh Bank

Page 14: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

KOS PERBELANJAAN KEATAS PINJAMAN

Ditanggung Oleh Peminjam)فليكتب وليملل الذي عليه الحق وليتق الله ربه وال •

يبخس منه شيئا(• “Dan hendaklah orang yang berhutang itu mencatat (isi

surat hutang itu dengan jelas).” (Surah Al-Baqarah: 282)• Begitulah juga perbelanjaan-perbelanjaan penyerahan dan

pembayaran dalam kontrak pinjaman adalah ditanggong oleh peminjam

فمن أقترض إردب$ا مثاًل$ فأجرة كيله على المقترض •وإذا رده فأجرة كيله عليه باًل نزاع

• Bermaksud: “Sesiapa yang meminjam satu irdhib (sukatan yang besar), sebagai contoh, maka upah sukatan tersebut ditanggung oleh peminjam, dan ketika membayar balik, kos menyukat juga ditanggong oleh peminjam tanpa khilaf.” (Hashiyah Al-Dusuqi)

Page 15: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Pandangan Yang Mengharuskan dengan Sayarat pada kos yang sebenar

• Majma’ Fiqh Islami OIC, Lajnah Da’imah Saudi, AAOIFI• Resolusi Majma’ Fiqh Islami OIC menyebutkan:

: يجوز أخذ • أ( بخصوص أجور خدمات القرض في البنك اإلساًلمي للتمية: أوال$أجور خدمات القروض على أن يكون ذلك في حدود النفقات الفعلية. ثاني$ا: كل زيادة على الخدمات الفعلية محرمة ألنها من الربا المحرم شرع$ا. • Maksud: “Berkenaan upah perkhidmatan pinjaman di Bank Pembangunan Islam: (i)

Boleh mengambil upah ke atas perkhidmatan pinjaman dengan syarat ia pada had kos perbelanjaan sebenar; (ii) Setiap tambahan keatas perkhidmatan sebenar adalah haram, kerana ia termasuk dalam riba yang diharamkan oleh syarak.”

HUKUM PIHAK BANK MENGENAKAN UPAH KE ATAS KHIDMAT PEMBERIAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN

Page 16: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Sambungan, harus sekiranya dikenakan pada kos sebenar

• Shariah Standards AAOIFI: يجوز للمؤسسة المقرضة أن تأخذ على خدمات القروض ما يعادل مصروفاته الفعلية •

المباشرة وال يجوز لها أخذ زيادة عليها وكل زيادة على المصروفات الفعلية محرمة• Maksudnya: “Dibolehkan untuk institusi (kewangan) pemberi pinjaman untuk

mengambil upah ke atas perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan suatu jumlah yang bersamaan pada kos sebenar secara langsung, dan tidak boleh baginya mengambil tambahan daripadanya, kerana setiap tambahan keatas kos sebenar itu adalah diharamkan.”

SAMBUNGAN “UPAH KE ATAS KHIDMAT PEMBERIAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN”

Page 17: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Dalil

• Antara hujah mereka:• Firman Allah: “ما على المحسنين من سبيل” (Al-Taubah: 91)• Hadis:

الظهر يركب بنفقته إذا كان مرهونا ولبن الدر يشرب بنفقته إذا كان مsرهونا وعلى )•(الذي يركب ويشرب النفقة

• Kaedah fiqh: “بالغرم sالغنم” dan “الخراج بالضمان”• Ringkasnya, pandangan ini membenarkan untuk pihak bank mengenakan

sesetengah yuran yang berkait langsung dengan pembiayaan sahaja dan bukan mengambilnya sebagai sumber keuntungan

SAMBUNGAN “UPAH KE ATAS … ”

Page 18: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Modus Operandi

• Senario pembiayaan di sesetengah institusi kewangan Islam, tidak semua jumlah pembiayaan akan diterima oleh pelanggan. Sebagai contoh, seorang pelanggang yang memohon pembiayaan peribadi sebanyak 100 ribu, akan hanya menerima 96 ribu. 4 ribu lagi akan dipotong sebagai kos, yuran yang berbagai.

SAMBUNGAN “UPAH KE ATAS… ”

Page 19: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Cadangan

• Bagi kos pembiayaan patuh Shariah, Bank boleh mengenakan sesetengah yuran seperti yuran guaman, pendaftaran, dan yang berkait secara langsung dengan pembiayaan. Bank tidak patut mengenakan yuran pembiayaan ataupun apa apa yuran pada keadaaan biasa tanpa alasan yang kukuh kerana bank sudah memperoleh keuntungan daripada mark up price atau profit margin melalui jualan komoditi.

SAMBUNGAN “UPAH KE ATAS ….”

Page 20: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

KELEWATAN MEMBAYAR HUTANG

• HARAM: Sh. Ali Khafif, Al-Buti, Taqi Uthmani, Al-Zuhayli, Nazih Hammad, Ali Salus, Uthman Syibir, Majma’ Fiqh Islami• Hujah berdasarkan dalil-dalil pengharaman riba, dengan menganggap bahawa

ta’widh keatas pinjaman adalah riba• HARUS: Sh. Mustafa Al-Zarqa’, Sadiq Dharir, Abdullah Mani’, Abdul Aziz Qassar,

Dallah Barakah, Bank Islam Jordan• Berhujahkan dalil-dalil larangan memungkiri janji, dalil larangan menimbulkan

kemudharatan, dan kezaliman seseorang yang berkemampuan namum sengaja melambatkan pembayaran hutang (مطل الغني ظلم), Qiyas dengan hukum rampasan (Ghasb), dan memelihara maslahat bersama antara kedua-dua pihak

PEMBAYARAN GANTIRUGI

Page 21: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

BAYARAN GANTIRUGI DENGAN KADAR KOS SEBENAR

• Pandangan Majma Fiqh, AAOIFI, SAC BNM. Cuma ada perbezaan dalam cara penetapan kos sebenar.

• Panel Syariah AAOIFI & Al-Rajhi: Dalam kes pinjaman, hanya dibenarkan untuk mengambil kos sebenar secara langsung sahaja.

• Panel Syariah Dubai IB: Harus mengambil kos sebenar (langsung & tidak langsung)

• SAC BNM membenarkan 1 %.

PEMBAYARAN GANTIRUGI

Page 22: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

GANTIRUGI TERHADAP OPPORTUNITY LOSS

• Merujuk kepada ganti rugi ke atas peluang keuntungan yang terlepas disebabkan lewat bayar atau kemunkiran. Ia dikenakan berdasarkan kadar pulangan Islamic money market.

• Para ulama yang tidak membenarkan gantirugi ke atas kelewatan bayaran kecuali pada kos sebenar sudah tentu tidak membenarkan gantirugi berdasarkan opportunity loss.

• Masyayikh yang membenarkan ganti rugi (ta’wid) di atas kelewatan bayaran seperti Sheikh Mustafa Al-Zarqa’, Sadiq Dharir, Abdullah Mani’, Abdul Aziz Qassar, membenarkan untuk dikenakan gantirugi opportuniy loss bagi peminjam yang berkemampuan namun sengaja melambatkan bayaran.

• Hujah lain untuk penolakan; pulangan keuntungan pelaburan berbeza antara instrument pelaburan; shubah riba.

PEMBAYARAN GANTIRUGIBAYARAN GANTIRUGI BERDASARKAN OPPORTUNITY LOSS

Page 23: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Kombinasi LPC

• Boleh dikenakan oleh pihak institusi kewangan Islam. (Tidak Diwajibkan)

Ta’widh

• Boleh dikenakan pada kadar kerugian sebenar yang disebabkan oleh penangguhan dalam pembayaran dan kemunkiran daripada pelanggan

Gharamah• Bukan sumber pendapatan, maka mesti disalurkan kepada badan-

badan kebajikan tertentu• Untuk mendidik golongan yang tidak membayar hutang kerana

kelewatan atau kegagalan membayar

PANDUAN PENGENAAN BAYARAN LPC (BNM)

Page 24: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

RINGKASAN RESOLUSI SYARIAH YANG BERKAITAN

Perkara Parameter SyariahPinjaman dan hutang Perkhidmatan bersandarkan pinjaman mestilah

pada kadar kos sebenar.Kos sebenar adalah kos-kos langsung.Tambahan keatas kos sebenar adalah haram.Sebab larangan tambahan keatas kos sebenar adalah kerana ia termasuk dalam riba atau jalan membawa kepada riba.Tiada tambahan upah (selain daripada kos sebenar) surat jaminan.Nilaian kos surat kredit mestilah pada kadar kos sebenar.

Jual beli Murabahah Kos-kos dan yuran yang dikenakan selain daripada harga jualan berkaitan jual beli Murabahah mestilah berdasarkan kos sebenar bagi barangan yang dijual.

Bayaran hutang yang melibatkan pertukaran wang

Mestilah dengan nilai harga pada hari berlakunya pertukaran mata wang.

Page 25: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

SAMBUNGAN RINGKASAN RESOLUSI SYARIAH…

Tafsiran Kos Sebenar Fatwa/Resolusi

1 Kos yang tidak membawa kepada tambahan yang boleh ditafsirkan sebagai faedah (riba).

AAOIFI

2 Mestilah berpegang pada kaedah penetapan terperinci daripada Jawatankuasa Kawalan Syariah dengan diselaraskan bersama pihak Audit.

3 Perbelanjaan kewangan secara langsung dibayar kepada pihak lain.

4 Bayaran sebenar bank bagi tujuan manfaat pelanggan dan kemaslahatannya, bukannya bagi tujuan kemaslahatan dan manfaat bank, atau sumber keuntungannya atau perlindungan bagi hartanya dalam sesuatu keadaan.

Al-Rajhi

5 Kos-kos sebenar: Termasuk didalamnya kos sebenar yang tetap (maqtu’) yang ditetapkan oleh Jabatan Kad Kredit.

Bank Al-Bilad

Page 26: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

RINGKASAN RESOLUSI SYARIAH YANG BERKAITAN

6 Pengiraan komisen berlaku atas asas kiraan usaha yang dikerahkan dan kos yang ditanggung oleh bank.

Dallah Al-Barakah

7 Tidak bertambah pada keadaan pengeluaran secara overdraf.

Seminar Ekonomi Islam Al-Barakah (12)

8 Tidak berkait dengan kadar hutang dan tempoh pembayarannya.

9 Perbelanjaan langsung dan tidak langsung. Perbelanjaan tidak langsung seperti perbelanjaan am bagi bank.

Bank Islam Dubai

10

Jumlah komisen mestilah tidak berkait dengan masa.

11

Jumlah kos mestilah dipaparkan pada papan iklan bagi para pelanggan, untuk mencapai keredhaan dan persetujuan antara kedua-dua pihak yang berkontrak.

Page 27: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

SAMBUNGAN RINGKASAN RESOLUSI..

Analisa umum adalah seperti berikut:

1. Dibenarkan penggunaan kos sebenar keatas perkhidmatan yang bersandarkan pinjaman dan hutang seperti jual beli Murabahah.

2. Kos sebenar yang dikenakan secara umumnya adalah kos-kos sebenar secara langsung sahaja.

3. Tujuan pengenaan kos sebenar adalah untuk memberi gantirugi kepada pemiutang, bukannya untuk membuat keuntungan.

4. Bagi perkhidmatan pinjaman dan hutang, tambahan ke atas kadar kos sebenar adalah diharamkan oleh syarak.

5. Kos sebenar tidak sama seperti riba yang akan sentiasa bertambah.

6. Cara kiraan kos sebenar adalah berdasarkan perakaunan khusus, dibawah seliaan Penasihat Syariah.

Page 28: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

SAMBUNGAN RINGKASAN RESOLUSI SYARIAH…

3. Cara penetapan kadar kos sebenar dalam perkhidmatan yang bersandarkan pinjaman boleh dikenakan dalam bentuk suatu jumlah yang terputus (maqtu’), ataupun berdasarkan kos pasaran (ujrah al-mithl).4. Kos sebenar bukanlah dalam bentuk peratus jumlah hutang.

Page 29: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh

• Caj yang dikenakan tidak boleh dianggap sebagai sumber keuntungan kepada bank.

• Caj yang dikenakan sepatutnya sama dengan kos debit kad.• Bagi perkhidmatan yang hanya untuk kebaikan pihak bank

sahaja, maka ia tidak termasuk dalam upah yang dikenakan , manakala perkhidmatan yang hanya untuk kemaslahatan pelanggan, maka ia termasuk dalam kos tersebut.

• Bagi perkhidmatan yang memberikan kemaslahatan (kepentingan) yang dikongsi bersama pihak bank dan pelanggan, sekiranya kemaslahatan untuk pelanggan itu lebih besar, maka ia termasuk dalam kos sebenar, namun sekiranya ia lebih berpihak kepada bank, maka ia tidak dimasukkan dalam kos tersebut. Adapun sekiranya kemaslahatan antara pihak bank dan pelanggan adalah sama, ataupun tidak dapat ditentukan kemaslahatan pihak mana yang lebih besar, maka kos tersebut perlu dibahagikan sama rata (separuh) antara kedua-dua pihak

CADANGAN PANDUAN PELAKSANAAN PENGIRAAN KOS SEBENAR

Page 30: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh

• Kos gaji para pekerja yang melakukan kerja untuk (proses) kad kredit dan produk-produk lain, serta kos bagi pihak yang melakukan perkhidmatan terhadap kad kredit dan produk-produk lain, kos sebenar ditetapkan melalui anggaran nisbah pekerjaan yang dilakukan bagi kad-kad kredit berbanding dengan produk-produk lain.

• Perkara-perkara berikut juga dikira dalam kos pekerja di pusat kad kredit; gaji, kos elektrik, air, sewa tempat, kelengkapan perabot sekiranya ianya khusus untuk pusat kad kredit tersebut; adapun bonus, ia tidak termasuk.

• Khidmat-khidmat yang diberikan kepada semua pemegang kad kredit/ kad caj ; sekalipun bukan semua pemegang kad menggunakannya; maka ia juga boleh dimasukkan dalam anggaran pengiraan kos sebenar bagi kad kredit, dan ianya ditanggung oleh semua pelanggan.

CADANGAN PANDUAN PELAKSANAAN PENGIRAAN KOS SEBENAR

Page 31: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Kad Kredit/Kad Caj Berasaskan Qardh

• Bagi keadaan dimana pihak bank membayar sejumlah bayaran kepada penyedia khidmat seperti Visa atau Mastercard dan seumpamanya bagi setiap penggunaan kad kredit oleh pelanggan, maka tiada halangan untuk memasukkan bayaran tersebut didalam kos-kos sebenar bagi kad kredit, dengan syarat ianya disebut dengan jelas di dalam syarat-syarat dan peraturan kad

• Sebarang notis supaya membayar hutang tertunggak atau tunggakan kadar hutang mestilah berdasarkan kos sebenar kertas dan belanja pos semasa

• Anggaran pengiraan kos pengeluaran tunai daripada jumlah kos kad kredit (bukan kos khusus bagi pengeluaran tunai) adalah berdasarkan nisbah operasi pengeluaran tunai bagi setiap operasi kad yang ditambah kepadanya kos-kos khusus bagi pengeluaran tunai, kemudian ia dibahagikan daripada jumlah kos pengeluaran tunai bagi kad kredit keatas bilangan operasi pengeluaran tunai yang berkaitan dengan kad kredit untuk mengeluarkan kos operasi pengeluaran yang satu

CADANGAN PANDUAN PELAKSANAAN PENGIRAAN KOS SEBENAR

Page 32: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Cadangan Di samping mengambil kira panduan di atas

• Tiada isu Syariah jika kos upah penjagaan emas dilakukan oleh pihak ketiga

• Bagi pemegang gadaian, upah penjagaan emas mestilah sama dengan upah biasa yang tidak ada kaitan degan hutang

• Pihak bank boleh menawarkan pembiayaan melalui “commodity murabahah”di mana bank boleh memperolehi keuntungan daripada hasil jualan “commodity” dan tidak perlu mengenakan apa apa caj ke atas penjagaan emas/barang barang kemas yang digadai.

CADANGAN PANDUAN PENGIRAAN KOS SEBENAR AL-RAHN

Page 33: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

Cadangan Di samping mengambil kira panduan kad di atas

• Perlu membezakan di antara kos pengeluaran surat jaminan oleh bank dan kos sewaktu berlakunya bayaran obligasi daripada bank yang dianggap sebagai hutang. Apabila bank membuat bayaran bagi pihak pelanggang di sebabkan jaminan yang diberi, maka kos sebenar mesti dipertimbangkan kerana ia melibatkan hutang.

• Perbezaan kebenaran mengenakan caj berdasarkan struktur produk jaminan. Ada sesetengah bank hanya menawarkan jaminan sekiranya pelanggang memang memiliki jumlah yang cukup di dalam akaun (back to back). Dalam kes ini caj perkhidmatan boleh dikenakan walaupun bukan pada kos sebenar kerana ia adalah umpama tahwil (remittance).

CADANGAN PANDUAN PENGIRAAN KOS SEBENAR SURAT JAMINAN

Page 34: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

PENUTUP

1. Perbankan Islam memperolehi keuntungan daripada akad akad muawadah seperti jual beli, sewaan, dan upah ke atas perkhidmatan bukanya faedah riba ke atas pinjaman dan penangguhan bayaran.

2. Upah yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan hutang adalah dibenarkan dan boleh dikira sebagai pendapatan bank.Pihak bank tidak boleh mengenakan sebarang caj yang tidak diketahui oleh pelanggan seperti “Miscellaneous charge”. Semua caj, fi, yuran, insentif atau komisyen mestilah diluluskan olen Ahli Jawatankuasa Shariah.

3. Upah yang berkaitan dengan pinjaman dan pengurusan hutang perlu dikira dan diambil pada kadar kos sebenar sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sumber pendapatan bank.

Page 35: KERANGKA DAN MEKANISMA PENENTUAN KOS SEBENAR KE ATAS PRODUK KEWANGAN ISLAM

PENUTUP

4. Upah yang berkaitan dengan pinjaman dan pengurusan hutang perlu dikira dan diambil pada kadar kos sebenar sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sumber pendapatan bank.

5. Memandangkan kos sebenar sahaja dibenarkan bagi khidmat khidmat yang berkaitan dengan hutang, penentuan manfaat samada manfaat khas kepada pemiutang, peminjam atau bersama. Kos sebenar perlu dilaksanakan apabila ia memberi manfaat kepada pemberi pinjaman atau apabila ada manfaat bersama tetapi pemberi pinjaman mendapat manfaat yang lebih.

6. Bagi kes kemukiran bayaran hutang, dbicadangkan supaya dibuat kajian semula bagi penetapan kos sebenar berdasarkan Islamic Interbank Money Market. Ini kerana ia agak lebih cenderung kepada ganti rugi peluang membuat keuntungan, dan mengandungi elemen shubah riba iaitu pertambahan bayaran kerana pertambahan masa bukannya kos gantirugi kerugian yang sebenar.