KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui...

21
KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Borneo Post Online - Balu Kapten Hasman terima lebih RM274,000 pencen terbitan bulanan. Sabtu / 03 September 2016 Online 2. My Sarawak News PVTMS adakan pelancaran Kempen Tabung Pahlawan malam ini. Sabtu / 03 September 2016 Online 3. Sinar Harian Balu Allahyarham Kapten Hasman mohon maaf. Ahad / 04 September 2016 Online 4. The Star Appreciate army veterans‘ sacrifices. Ahad / 04 September 2016 Online 5. The Star Blood and tears were shed for independence. Isnin / 05 September 2016 Online 6. Utusan Sarawak Kempen tabung Pahlawan dilancarkan. Isnin / 05 September 2016 Online 7. My News HUB Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM kesal permainan politik Rafizi. Isnin / 05 September 2016 Online 8. Bernama JHEV ATM wujudkan Pusat Sehenti mudahkan urusan Bakal Pesara, Veteran ATM. Isnin / 05 September 2016 Online 9. Malaysiadigest.com Jhev to operate One Stop Centres for Future Retirees, Veterans. Isnin / 05 September 2016 Online 10. Utusan Malaysia Wujud Pusat Sehenti mudahkan urusan bakal Pesara, Veteran ATM. Isnin / 05 September 2016 Online 11. Utusan Malaysia Projek hargai jasa Parajurit. Selasa / 06 September 2016 Online 12. Harian Metro Pusat Sehenti Pesara Tentera 6 September. Selasa / 06 September 2016 Online

Transcript of KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui...

Page 1: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

KERATAN AKHBAR

03 hingga 06 September 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1.

Borneo Post Online - Balu Kapten

Hasman terima lebih RM274,000

pencen terbitan bulanan.

Sabtu / 03

September 2016 Online

2.

My Sarawak News – PVTMS adakan pelancaran Kempen Tabung Pahlawan malam ini.

Sabtu / 03

September 2016 Online

3. Sinar Harian – Balu Allahyarham

Kapten Hasman mohon maaf. Ahad / 04 September

2016 Online

4. The Star – Appreciate army veterans‘

sacrifices. Ahad / 04 September

2016 Online

5. The Star – Blood and tears were shed

for independence. Isnin / 05 September

2016 Online

6. Utusan Sarawak – Kempen tabung

Pahlawan dilancarkan. Isnin / 05 September

2016 Online

7.

My News HUB – Jabatan Hal Ehwal

Veteran ATM kesal permainan politik

Rafizi.

Isnin / 05 September

2016 Online

8.

Bernama – JHEV ATM wujudkan

Pusat Sehenti mudahkan urusan Bakal

Pesara, Veteran ATM.

Isnin / 05 September

2016 Online

9.

Malaysiadigest.com – Jhev to operate

One – Stop Centres for Future

Retirees, Veterans.

Isnin / 05 September

2016 Online

10.

Utusan Malaysia – Wujud Pusat

Sehenti mudahkan urusan bakal

Pesara, Veteran ATM.

Isnin / 05 September

2016 Online

11. Utusan Malaysia – Projek hargai jasa

Parajurit. Selasa / 06

September 2016 Online

12. Harian Metro – Pusat Sehenti Pesara

Tentera 6 September. Selasa / 06

September 2016 Online

Page 2: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Balu Kapten Hasman terima lebih RM274,000,

pencen terbitan bulanan

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melunaskan bayaran dan

imbuhan berjumlah RM274,542.49 kepada balu Allahyarham Kapten Hasman

Hussin yang meninggal dunia selepas dihanyutkan banjir di Pulaski County,

Missouri, Amerika Syarikat, pada Disember tahun lepas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bayaran dan

imbuhan itu telah dibayar kepada Siti Hazwani Ahmad sejak awal tahun berdasarkan

syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama lapan tahun.

―Jumlah yang telah diterima Puan Hazwani ialah RM274,542.49. Ini termasuk

pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah

Ganti Cuti Rehat (FGCR).

―Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan (pencen terbitan

bulanan),‖ katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya

yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak sampai

RM1,000 sebulan untuk menanggung anak-anaknya walaupun sudah sembilan

bulan suaminya meninggal dunia.

Hishamuddin bagaimanapun berkata sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima

masih belum mencukupi, beliau sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga

termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu Hazwani dan anak-anaknya.

―Isu kebajikan anggota tentera sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah

yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik,‖ katanya.

Allahyarham Hasman, 33, berada di Amerika Syarikat untuk menjalani kursus

bermula 1 Okt 2015 dan dilaporkan hilang pada 26 Dis 2015 apabila kenderaan

yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri.

Mayat pegawai tentera itu dijumpai pada 28 Dis susulan kejadian yang dilaporkan

turut meragut nyawa empat rakannya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga anak lelaki berusia tiga tahun dan

pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan ketika kejadian. — Bernama

Page 3: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

PVTMS adakan pelacaran Kempen Tabung

Pahlawan malam ini

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) mengadakan

Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Peringkat Negeri sempena Sambutan

Hari Pahlawan Ke-56 pada malam ini (3 September) jam 7.15 malam.

Majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai

King.

Pengerusi pengelola yang juga Naib Presiden 1 PVTMS, Idres Adam berkata satu

jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis tersebut.

Beliau memberitahu, satu mesyuarat akhir diadakan kelmarin membincangkan

segala perkara berhubung majlis itu.

Turut hadir Sarjan Mejar Frankie Jilan dari Rejimen 510 Askar Wataniah, Setiausaha

Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (PKKS) Unit Sibu, Alex Ting dan AJK

Informasi Teknologi PKKS Unit Sibu, Ling Tiew Hong.

Sementara itu, Presiden PVTMS selaku penasihat majlis, Thomas Ling menyeru

orang ramai hadir pada majlis pelancaran itu nanti.

Katanya, PVTMS akan memberi cenderamata kepada orang ramai yang hadir

dengan terhad hanya kepada 150 orang sahaja.

Page 4: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Balu Allahyarham Kapten Hasman mohon maaf

Hazwani (empat, kiri) bersama wakil ATM yang hadir di rumahnya di Felda Palong 13, semalam.

JEMPOL - Balu Allahyarham Kapten Hasman Hussin yang meninggal dunia selepas

dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, Disember lalu, memohon maaf

kepada pihak terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ekoran luahan

hatinya sehingga menjadi viral dalam laman sosial.

Siti Hazwani Ahmad, 29, berkata, dia sudah mendapat penjelasan daripada ATM

berhubung isu imbuhan kematian suaminya yang didakwanya tidak mencukupi.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu

berkenaan dan berharap sudah selesai.

―Saya minta maaf kepada semua, kepada menteri dan semua pihak, sama ada

terlibat secara langsung atau tidak dalam hal ini. Saya sudah dapat penjelasan

daripada wakil ATM yang datang ke rumah tadi (semalam).

Page 5: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

"Saya harap semuanya selesai dan tidak mahu komen lebih tentang isu ini,‖ katanya

ketika ditemui di rumahnya di Felda Palong 13, di sini, semalam.

Ketika ditemui wartawan, Hazwani bagaimanapun kelihatan sebak dan sesekali

menitiskan air mata berikutan rasa sedih apabila menerima kritikan daripada

pelbagai pihak termasuk netizen di dalam sosial.

―Luahan hati saya cuma berharap dapat tuntut hak anak-anak arwah iaitu pencen

tanggungan anak-anak. Setidak-tidaknya dapat menanggung mereka sehingga umur

21 tahun nanti.

―Saya cuma berharap ia dapat ditunaikan seperti dijanjikan menteri melalui

kenyataan dikeluarkan sebelum ini,‖ katanya.

Menurutnya, sejak kematian suami, dia yang juga seorang penjawat awam, terpaksa

mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun untuk membesarkan ketiga-tiga

anaknya.

―Saya sekarang tak bekerja, hanya menjual produk kesihatan secara online. Ini

usaha saya untuk menambahkan pendapatan kerana wang pencen terbitan suami

sebanyak RM916.75 sebulan tidak cukup untuk perbelanjaan saya dan anak-anak.

―Apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu

dan memberi maklum balas terhadap luahan hati saya di Facebook sebelum ini,‖

katanya.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan,

sejumlah wang sudah diterima Hazwani sejak awal tahun lalu.

Menurut Hishammuddin, bayaran dibuat berdasarkan syarat perkhidmatan

Allahyarham selama lapan tahun bersama ATM.

Sejak awal tahun lalu katanya, jumlah wang yang diterima Hazwani sebanyak

RM274,542.49 termasuk pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan

tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).

Selain itu, Hazwani turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan untuk pencen

terbitan bulanan.

Page 6: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Appreciate army veterans’ sacrifices

Tiong making a donation to kick-start the Warriors‘ Day celebration fundraising drive.

SIBU: Donating to the Warriors‘ Day fund shows our appreciation to army veterans

who sacrificed their lives in safeguarding the sovereignty and security of the country,

said Dudong assemblyman Datuk Tiong Thai King.

―This campaign is timely as it allows people to say ‗thank you‘ to former servicemen

for their sacrifices in looking after the security of the country. I hope people will

donate sincerely to the fund,‖ he said at the launch of the fund on Saturday.

Due to sacrifices of army veterans, all the people in the country were able to live in

peace, he added.

Tiong said their sacrifices might come to nought as with the advent in information

technology, irresponsible people might use social media to incite racial hatred

among the people.

Page 7: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

―They stir racial hatred in order to undermine unity in the country. We and,

especially the younger generation should not fall into their trap,‖ he advised.

Page 8: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Blood and tears were shed for independence

A LOCAL daily on Aug 31, carried an article suggesting that Merdeka was won by

tact, not force and that Malaysia was the only nation to become independent without

bloodshed.

This statement doesn‘t quite portray the true picture and risks trivialising the

contributions of others.

We are indeed unique in that we gained our independence from our former colonial

ruler without bloodshed but to win and maintain this independence is something that

we must also look at and remember.

True, we did not lose any lives in the process of gaining independence from Britain

unlike our neighbours such as Vietnam which had fought off two Western powers:

France and the United States, with a loss of over 300,000 Vietnamese lives, or

Indonesia which fought the Dutch before securing their independence.

Page 9: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Then again Malaysia is also unique in that we are about the only one that had to take

up arms to fight forces that wanted to take away our independence for almost 32

years after gaining it.

From 1948 the Malayan People‘s Liberation Army (MPLA), an off-shoot of the

Malayan People Against Japan Army, took up the aspirations of the Communist

Party of Malaya and started an armed insurrection ostensibly to oust the British. After

the country became independent in 1957, this insurrection was directed at ousting

the democratically elected government of Malaya.

With help from Commonwealth forces, the fledging Malayan Armed Forces

succeeded in forcing the CPM to retreat and seek sanctuary in South Thailand in

1960.

In the process 1,346 Malayan and 519 British troops and police were killed during

this period and 2,406 Malayan and British troops and police were wounded.

Peace prevailed for a while from 1960 until 1963 when following the formation of

Malaysia, Sukarno of Indonesia launched ―Confrontation‖ against Malaysia for 3

years.

It saw 114 of our soldiers killed while 181 were wounded. Once again we were

fighting to defend our independence. Two years after the end of the ―Confrontation‖

the CPM that had been gradually gathering strength in South Thailand and inspired

by the 1968 Tet Offensive in South Vietnam, resumed hostilities.

In 1968 the forces of CPM infiltrated Peninsular Malaysia.

In 1974 there was an upsurge of terrorism which saw the assassination of the

Inspector-general of the Malaysian Police Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Once again Malaysian security forces fought off the threat to our independence from

the revitalized CPM and in 1989 they finally laid down arms and quit their struggle to

turn Malaysia into a communist state.

Thus we should not look at ―Merdeka‖ merely from the perspective of gaining

independence but also at how we had to defend it. While we may not have lost any

lives in gaining this ―Merdeka‖, we certainly shed a lot of blood and lost a lot of lives

defending this ―Merdeka‖ of ours and we had our heroes.

Page 10: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

After the Rio Olympics of 2016 we have seen another kind of hero: those of the

sporting arena. They certainly deserve the accolades and being feted and rewarded

by a grateful nation and no one should begrudge them.

However the Olympic heroes with silver and bronze medals were all granted a

lifetime pension of RM 3,000 and RM 2,000 monthly, never mind the one time

financial reward it does tend to make one compare with.

Our heroes who have given limb and life to protect the nation‘s independence, peace

and stability have also won medals too although these are the Seri Pahlawan Gagah

Perkasa, Pingat Panglima Gagah Berani or Pingat Tentera Udara. For this bravery

and gallantry they are given a monthly lifetime pension of RM 2,000, RM 1,500 and

RM 1,000 respectively.

True, the athletes have shed blood, sweat and tears. But we too have shed our

blood from wounds inflicted by the enemy, sweated out waiting in ambush and we

shed our tears as we watched the bodies of our fallen comrades being buried, as

wives became widows and children became orphans overnight.

I ask in all humility for the media not to look at ―Merdeka‖ from one aspect of gaining

independence only but also to look at how we have fought to maintain and protect

this independence.

Please also remember occasionally such as on Aug 31 each year, that our fallen

heroes and those who survived had risked life and limb to preserve the nation‘s

independence, peace and stability lest they be forgotten over time.

LT JEN TAN SRI ABDUL GHANI ABDUL AZIZ (R)

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Page 11: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak
Page 12: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kesal Permainan Politik Rafizi

KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

kesal dengan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli

berterusan memutarbelit hal kebajikan pesara ATM demi kepentingan politik

sempitnya.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, Rafizi

sebelum ini pernah membuat tuduhan tidak benar terhadap Lembaga Tabung

Angkatan Tentera (LTAT) dan akhirnya berhadapan tindakan saman oleh LTAT.

―Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM menolak sebarang campur tangan pihak luar yang

cuba menangguk di air yang keruh berhubung kait soal kebajikan bakal pesara dan

veteran ATM.

Page 13: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

―Tindakan Rafizi yang kononnnya mahu menjuarai isu-isu berkaitan bakal pesara

dan veteran ATM amat dikesali. Beliau tiba-tiba muncul tahun ini dan bertindak

populis dengan membuat pelbagai kenyataan tidak berasas.

―Kali ini beliau muncul lagi dengan bermacam-macam tuduhan. JHEV tidak akan

melayan sebarang individu yang cuba memutar-belit isu demi kepentingan politik

sempit mereka,‖ katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Khir berkata, ATM sentiasa menjaga dan mengutamakan aspek kebajikan

setiap bakal pesara dan veteran ATM termasuk dengan mewujudkan ―One Stop

Centre (OSC)‖ bagi mengurus dan menangai isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan

veteran ATM termasuk dalam soal pembayaran ganjaran, faedah dan pencen.

Menurutnya, OSC ditubuhkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di setiap

negeri di seluruh negara berkuatkuasa 6 September 2016.

Katanya, bakal pesara dan veteran ATM tidak lagi perlu hadir ke Kuala Lumpur

untuk melakukan sebarang urusan kerana mereka boleh merujuk terus ke OSC

berhampiran.

Jelasnya, OSC berperanan sebagai medium perhubungan di antara bakal pesara

dan veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan

Tentera (UGAT) dan LTAT.

―Saya memohon semua bakal pesara dan veteran ATM yang menghadapi apa jua

bentuk permasalahan atau lain-lain urusan berkaitan untuk hadir ke OSC.

―Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk

mengenal pasti punca setiap permasalahan yang dihadapi sekali gus membantu

menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera,‖ katanya.

Rafizi sebelum ini menggugut beliau akan menjelajah ke kem tentera utama seluruh

negara bagi menghasut anggota dan pesara ATM supaya membenci UMNO kerana

bimbangkan nasibnya yang akan diputuskan oleh mahkamah dalam tempoh

beberapa bulan lagi.

Beliau berhadapan saman oleh LTAT kerana menyebarkan dakyah berhubung

pembayaran gratuiti kepada anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan. –

Mynewshub.cc

Page 14: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

JHEV ATM Wujud Pusat Sehenti Mudahkan

Urusan Bakal Pesara, Veteran ATM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) akan mewujudkan pusat sehenti bagi mengurus dan

menangani isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan veteran ATM termasuk dalam

soal pembayaran ganjaran, faedah dan pencen.

Ketua Pengarah JHEV Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dalam

kenyataan berkata pusat sehenti itu yang ditubuhkan di seluruh negara akan berkuat

kuasa esok.

"Pusat itu akan berperanan sebagai medium perhubungan antara bakal pesara dan

veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan

Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).....

Page 15: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

JHEV To Operate One-Stop Centres For Future Retirees, Veterans

KUALA LUMPUR: The Malaysian Armed Forces Veteran Affairs Department's

(JHEV) one-stop centres for future retirees and current veterans starts operations

tomorrow to manage and handle issues concerning reward payments, benefits and

pension.

JHEV director-general Major Gen Datuk Mohamad Khir Abdullah said the nationwide

centres would serve as a medium for both future retirees and armed forces veterans,

and the relevant departments such as the Record and Pension Department (JRP),

the Armed Forces Salary Matters Department (UGAT) and the Armed Forces Fund

Board (LTAT).

"Through these centres, future retirees and armed forces veterans need not go to

JHEV headquarters in Kuala Lumpur for any matters because they can now refer

(their cases) straight to the nearest JHEV offices," he said in a statement here

today.

Page 16: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Mohamad Khir said with these centres in operation, all information and enquiries

from future retirees and current veterans can be channeled straight to the relevant

departments or agencies with speed and accuracy.

He urged those with such issues or other matters to go to the nearest centres

available at all JHEV offices nationwide.

-- BERNAMA

Page 17: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Wujud pusat sehenti mudahkan urusan bakal

pesara, Veteran ATM

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) akan mewujudkan pusat sehenti bagi mengurus dan menangani isu-

isu yang dihadapi bakal pesara dan veteran termasuk dalam soal pembayaran

ganjaran, faedah dan pencen.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk

Mohamad Khir Abdullah dalam kenyataan

berkata, pusat sehenti itu yang ditubuhkan di

seluruh negara akan berkuat kuasa esok.

"Pusat itu akan berperanan sebagai medium

perhubungan di antara bakal pesara dan

veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan

Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera

(UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan

Tentera (LTAT).

"Melaluinya bakal pesara dan veteran ATM

tidak perlu lagi hadir ke JHEV ATM di ibu

negara untuk melakukan sebarang urusan

kerana mereka boleh merujuk terus ke JHEV

yang berhampiran," katanya.

Mohamad Khir berkata, dengan adanya pusat

sehenti itu, setiap maklumat pertanyaan daripada bakal pesara dan veteran ATM

dapat terus disalurkan kepada setiap agensi terbabit dengan lebih cepat dan tepat.

Sehubungan itu, semua bakal pesara dan veteran ATM yang menghadapi apa jua

masalah atau lain-lain urusan diseru hadir ke pusat sehenti berhampiran mereka dan

JHEV ATM komited untuk membantu menyelesaikan masalah mereka dengan kadar

segera, katanya. - BERNAMA

MOHAMAD KHIR ABDULLAH

Page 18: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Projek hargai jasa perajurit

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Projek transformasi Tugu Negara yang bakal

dibangunkan menjadi taman rimba tropika di tengah-tengah ibu kota bukan sahaja

menjadikannya sebagai bandar raya bertaraf dunia, malah turut menghargai jasa

perajurit yang berkorban demi negara.

ORANG ramai mengunjungi kawasan Tugu Negara di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/NABIHAH

OTHAMAN

Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)

Melaka, Datuk Mohamad Fazil Shafie berkata, usaha kerajaan untuk

mengindahkan kawasan tersebut merupakan satu berita baik lebih-lebih lagi kepada

anggota tentera sebagai menghargai sumbangan mereka.

Katanya, tanpa sumbangan pahlawan yang sanggup berkorban harta dan nyawa,

Malaysia mungkin tidak dapat mengecapi keamanan yang dinikmati hari ini.

―Ramai yang sering terlupa dan memandang remeh tarikh 31 Julai setiap tahun iaitu

Hari Pahlawan yang juga bagi memperingati jasa pejuang tanah air.

―Oleh itu, projek Taman Tugu ini diharap dapat meningkatkan kesedaran awam

terutamanya generasi muda untuk lebih menghargai keperitan anggota tentera

berjuang untuk negara di samping memupuk minat mereka menyertai Angkatan

Tentera Malaysia (ATM),‖ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Page 19: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Projek Taman

Tugu yang bakal menyaksikan Kuala Lumpur menjadi bandar raya berkelas global

seperti Hyde Park di London dan Central Park di New York.

Projek transformasi Tugu Negara tersebut yang akan dibangunkan oleh Khazanah

Nasional Berhad (Khazanah) dengan kos keseluruhan sebanyak RM650 juta turut

menjadi simbol sejarah bagi mengingati perjuangan pahlawan negara.

Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Bekas Pasukan Khas Tentera Udara

(PBPKU), Prof. Mejar (B) Dr. Mohd. Kamal Khir berkata, projek tersebut

merupakan langkah tepat untuk meningkatkan daya tarikan Tugu Negara sebagai

simbol sejarah negara.

Katanya, kerajaan juga perlu menambah lebih banyak maklumat berkaitan sejarah

secara visual bagi menarik minat generasi muda mengunjungi kawasan tersebut

nanti.

―Golongan muda masa kini lebih berminat dengan sesuatu yang bersifat visual

seperti gambar atau video berbanding hanya sekadar tulisan semata-mata.

Page 20: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

Pusat sehenti pesara tentera 6 September

Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran

(JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pusat sehenti

setempat bagi mengurus dan menangani isu yang dihadapi bakal pesara dan

veteran ATM.

Ketua Pengarah JHEV, Mejar Janeral Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, pusat

terbabit akan ditubuhkan di semua JHEV ATM di seluruh negara berkuatkuasa 6

September 2016.

Katanya, melalui langkah itu bakal pesara dan veteran ATM tidak perlu hadir ke

JHEV ATM yang berpusat di Kuala Lumpur untuk sebarang urusan membabitkan

mereka.

"Pusat sehenti setempat ini berperanan sebagai perhubungan antara bakal pesara

dan veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan

Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Page 21: KERATAN AKHBAR 03 hingga 06 September 2016 … itu sebagai menjawab catatan Siti Hazwani melalui laman Facebooknya yang antara lain mendakwa beliau hanya menerima elaun bulanan tidak

"Langkah Proaktif ini dilihat mampu memudahkan mereka untuk melakukan

sebarang urusan termasuk menyemak status pembayaran ataupun sebarang urusan

lain," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohamad Khir berkata, aspek kebajikan setiap bakal pesara dan veteran ATM

sentiasa menjadi keutamaan JHEV dan Kementerian Pertahanan.