Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

13
KERATAN AKHBAR Tarikh : 24 November 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. Sinar Harian – Keluarga bekas tentera rayu baiki rumah usang 19 November 2016 (Sabtu) Online 2. Berita Harian 1 Maut, 3 Cedera Konvoi Veteran 19RAMD Kemalangan 20 November 2016 (Ahad) Online 3. Sinar Harian – Konvoi Ziarah Rakan Sakit Bertukar Tragedi 20 November 2016 (Ahad) Online 4. Sinar Harian ‘Suami saya bukan bebanan’ 20 November 2016 (Ahad) Online 5. Berita Harian – Veteran tentera sedih pengorbanan lawan komunis dipandang sepi 21 November 2016 (Isnin) Online

Transcript of Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

Page 1: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

KERATAN AKHBARTarikh : 24 November 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. Sinar Harian – Keluarga bekas tenterarayu baiki rumah usang

19 November 2016(Sabtu) Online

2. Berita Harian – 1 Maut, 3 CederaKonvoi Veteran 19RAMD Kemalangan

20 November 2016(Ahad) Online

3. Sinar Harian – Konvoi Ziarah RakanSakit Bertukar Tragedi

20 November 2016(Ahad) Online

4. Sinar Harian – ‘Suami saya bukanbebanan’

20 November 2016(Ahad) Online

5.Berita Harian – Veteran tentera sedihpengorbanan lawan komunisdipandang sepi

21 November 2016(Isnin) Online

Page 2: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

SINAR HARIAN, 19 NOVEMBER 2016, SABTUKELUARGA BEKAS TENTERA RAYU BAIKI RUMAHUSANG

JELI - Keluarga kepada bekas anggota tentera merayu bantuan bagi membaikirumah mereka yang usang berhampiran Kem Batu Melintang, dekat sini.

Mastura Ibrahim, 33, berkata, dia kini tinggal bersama ibunya yang juga seorangwarga Thailand, Subaidah Wacik, 60,di rumah berkenaan. Katanya, walaupun diadan ibunya menumpang di atas tanah orang lain kerana tidak memiliki tanah sendiriakibat kemiskinan, mereka amat berharap dapat tinggal di rumah itu dalam keadaanlebih selesa.

"Selain bumbung bocor, bilik air rumah kami akan dinaiki air parit berhampiran setiapkali hujan lebat, terutama pada musim tengkujuh seperti sekarang," katanya,semalam.Katanya, ramai pihak cuba membantu ibunya mendapatkan kad pengenalan selepasarwah ayahnya meninggal dunia pada 1994, namun gagal.

"Walaupun ibu saya berasal dari Thailand dan tidak layak mengundi dalam pilihanraya, tetapi kami enam beradik layak mengundi," katanya. Tambahnya, dia danibunya hanya bergantung kepada hasil menjual kuih untuk sara hidup seharian.

Page 3: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016
Page 4: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

BERITA HARIAN, 20 NOVEMBER 2016, AHAD

1 MAUT, 3 CEDERA KONVOI VETERAN 19RAMD KEMALANGAN

BANDAR BAHARU: Hasrat sekumpulan lebih 20 veteran tentera menziarahi bekas

rakan setugas yang uzur di Perak, bertukar tragedi apabila seorang daripada

mereka maut akibat kemalangan jalan raya pagi tadi. Nahas jam 10.30 pagi itu

menyebabkan Ismail Abas, 59, dari Taman Seroja di Sungai Petani, dekat sini maut

selepas tersepit pada tempat duduk penumpang hadapan di dalam kereta yang

remuk. Turut cedera, tiga rakan anggota Persatuan Veteran 19 Rejimen Askar

Melayu Diraja (19RAMD) yang berada di dalam kenderaan sama.

Berdasarkan maklumat, nahas berlaku apabila kereta dinaiki mangsa yang sedang

berkonvoi dengan lima kenderaan ahli Persatuan Veteran 19RAMD lain, terbabas

dan merempuh sebatang pokok di Kampung Keda Sungai Tengas, dekat sini.

Penolong Setiausaha Persatuan Veteran 19RAMD, Sazali Md Ali, berkata empat

daripada enam kereta terbabit bertolak dari Sungai Petani kira-kira jam 9 pagi,

sebelum disertai dua lagi kenderaan di Kulim Hi Tech, di sini. "Ketika menghampiri

sempadan Kedah-Perak, saya menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp

memaklumkan sebuah kereta terbabit kemalangan dan keadaannya cukup teruk,

namun tidak dimaklumkan mengenai keadaan rakan yang berada di dalamnya.

"Kami semua terus berpatah balik ke tempat kejadian dan terkejut melihat keadaan

kereta yang remuk dengan dua rakan iaitu di bahagian pemandu serta penumpang

bersebelahan tersepit, manakala dua penumpang belakang turut mengalami

kecederaan namun tidak serius," katanya.

Sazali berkata, dia cukup terkilan mendapat tahu Ismail maut, apatah lagi ia kali

pertama arwah menyertai program ziarah yang dianjurkan persatuan itu. Sementara

itu, jurucakap Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, ketika

ditemui mengesahkan kejadian itu.

Page 5: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016
Page 6: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

SINAR HARIAN, 20 NOVEMBER 2016, AHAD

KONVOI ZIARAH RAKAN SAKIT BERTUKAR TRAGEDI

KULIM - Kegembiraan lebih 20 ahli Persatuan Veteran 19 Askar Melayu DiRajaSungai Petani yang berkonvoi ingin bertemu rakan sedang sakit di Selama Perakbertukar tragedi apabila sebuah kenderaan telah terlibat kemalangan. Kemalangandipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Jalan Kampung Keda SungaiTengas itu telah mengorbankan seorang penumpang ditempat duduk pemandu,Ismail Abas, 59, manakala pemandunya pula sedang krikal. Sementara dua lagipenumpang mengalami cedera ringan.

Menurut Penolong Setiusahanya, Sazali Md Ali, sebanyak enam kereta mengikutiprogram ziarah kali ini secara berkonvoi dan Allahyarham pertama kalimenyertainya."Kami semua enam buah kereta, saya dan dua lagi kereta termasukyang arwah naiki datang dari Sungai Petani dan berjumpa tiga lagi kereta di Kulim."Semasa menunggu yang lain, arwah bersama rakan-rakan lain sempat bergambarkenangan di hadapan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

"Memang semua sangat teruja dan gembira untuk bertemu kawan lama yangsedang sakit di Taman Desa, Selama Perak, kami pergi secara berkonvoi," katanyaketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Kulim, hari ini. Katanya, dia yangmemandu di hadapan meneruskan perjalanan sehingga ke sempadan Selama,Perak dan hanya menyedari salah satu kenderaan konvoi terlibat kemalanganmelalui kumpulan WhatsApp.

"Saya telah memandu di depan sekali diikuti tiga lagi kenderaan, dua lagi termasukkenderaan yang ditumpang arwah maaih dibelakang kerana tidak boleh memotongtreler yang perlahan. "Bila sampai sempadan Selama, saya baca pesanan diWhatsapp rakan beritahu satu kereta terlibat kemalangan dan terlanggar pokok jadiberpatah balik ke sana. "Saya memang terkejut tapi tak fikir pula ia melibatkannyawa, bila sampai di tempat kejadian mereka beritahu Ismail telah meninggal dantersepit di tempat duduk kereta,"katanya.

Menurut sumber lain yang enggan dikenali, kenderaan yang dinaiki mangsadipercayai cuba memotong sebuah treler yang membawa jengkaut namun terbabaske bahu jalan sebelum berpusing dan terlanggar pokok. "Kereta itu sedang potongtreler tersebut, mungkin sebab jalan yang licin dan tidak biasa dengan keadaan jalandi situ kereta tersebut terbabas sebelum berpusing dan terlanggar pokok yang ada disitu,"katanya.

Pegawai Bomba Kanan 11, Shahnizal Shaari berkata, Balai Bomba dan PenyelamatBandar Baharu menerima panggilan orang awam berhubung kejadian tersebut jam10.40 pagi. "Kita bersama enam anggota telah bergegas ke lokasi kejadian danmendapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah terlanggar sebatang pokok.

"Kita telah melakukan kerja mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di tempatduduk penumpang hadapan dengan memotong bahagian depan kenderaan itu danmangsa telah diserahlan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Page 7: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016
Page 8: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

SINAR HARIAN, 20 NOVEMBER 2016, AHAD‘Suami saya bukan bebanan’

SEREMBAN - “Suami saya bukan beban tapi dia tanggungjawab saya. Syurga saya

di bawah tapak kakinya,” kata Zainab Saleh, 64, isteri kepada Mejar Bersara Md Nor

Abdullah, 68. Zainab yang tinggal di Taman Rashibah Indah, Sikamat, di sini,

menjaga suaminya yang lumpuh akibat serangan strok dua tahun lalu.

Md Nor yang merupakan pesara Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja dan

menamatkan perkhidmatan terakhir sebagai jurulatih Sekolah Altelari di Batu 10,

Port Dickson tidak mampu berjalan dan bercakap akibat penyakit dihadapinya.

Menurut Zainab, suaminya itu diserang strok ketika sedang baring di katil kira-kira

jam 11 pagi pada Oktober 2014. “Masa tu tiba-tiba saya tengok dia tidak boleh

bergerak dan bercakap. Saya telefon anak-anak dan ambulans untuk dibawa ke

hospital. “Sampai di hospital doktor beritahu dia kena strok. Dua hari selepas itu,

doktor terpaksa membuat pembedahan di kepala untuk mengelakkan pendarahan

dalam otak,” katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan

Persatuan Veteran 13 Melayu Diraja, di sini, semalam.

Zainab berkata, sejak serangan itu, suaminya kini terlantar di atas katil dan

memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga. “Suami saya tidak boleh bercakap tetapi

dia faham. Kalau saya bercakap dengan dia, dia akan beri respon. Contohnya kalau

saya tanya abang laparkah, dia akan angguk atau geleng kepala sama ada mahu

makan atau tidak. “Dia seorang suami yang penyayang dan lembut bila berbicara.

Walaupun dia bekas tentera, saya lebih tegas dari dia kerana sifatnya memang

seorang yang lembut dan baik hati,” katanya.

Zainab berkata, dia bersyukur kerana ALLAH SWT memberi kekuatan kepadanya

walaupun kudratnya kini tidak mampu. “Kalau ikutkan kudrat saya memang tidak

mampu untuk jaganya sebab saya sudah berumur, tetapi ALLAH beri saya

semangat dan kuatkan hati untuk jaga dia.

“Ada yang tanya saya tak rasa bebankah? Saya kata suami saya bukan beban tapi

tanggungjawab untuk jaganya sampai syurga,” katanya. Zainab bagaimanapun

bersyukur kerana mempunyai tiga orang anak dan menantu yang bertanggungjawab

apabila bersama-sama menjaga suaminya.

Page 9: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Veteran 13 Melayu Diraja, Kapten Bersara

Mohd Hatta Musidi berkata, pihaknya menghulurkan sumbangan wang tunai dan

hamper kepada Md Nor. “Walaupun pakcik mendapat wang pencen setiap bulan,

Insya-ALLAH kita akan bantu mendapatkan sumbangan dari Jabatan Hal Ehwal

Veteran. “Semua bekas tentera layak menerima sumbangan tidak kira pangkat

pegawai atau anggota. Jadi, kita akan usahakan bantuan untuk pakcik Md Nor

secepat mungkin,” katanya.

Page 10: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016
Page 11: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

BERITA HARIAN, 21 NOVEMBER 2016, ISNIN

Veteran tentera sedih pengorbanan lawan komunis dipandang sepi

Port Dickson: Pernah cedera terkena tembakan pengganas komunis, selain

terselamat apabila peluru penembak yang disasarkan ke arahnya tersangkut pada

botol air yang diletakkan pada belakang leher. Itu antara pengalaman Sarjan Mejar

(B) Yahaya Othman, 65, yang menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada

1973, sebelum menyertai Rejimen Gerak Khas (RGK) pada 1975, dengan hasrat

memerangi musuh negara. Ditemui BH di rumahnya di Kampung Sungai Timun,

Linggi di sini, beliau yang dikenali sebagai Pak Ya Singapore, kerap termenung dan

sebak, mengenangkan jerih perih pengorbanannya, serta rakan seangkatan demi

memastikan generasi kini hidup aman. "Ketika operasi pertama di dalam hutan di

banjaran Gunung Inas di Baling, pada 1973, seksyen saya terdiri daripada tujuh

anggota, terserempak dengan sekumpulan 13 orang pengganas komunis yang

sedang makan durian. "Kehadiran kami disedari kumpulan itu yang terus

melepaskan tembakan tanpa henti. Saya yang memikul set komunikasi segera

menghubungi pasukan bantuan, namun tiba-tiba komander platun yang berada di

depan rebah terkena tembakan. "Saya sempat memangku tubuh dan mengajarnya

mengucap sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Mujur pasukan bantuan

sempat tiba, menyebabkan komunis itu melarikan diri ke arah sempadan Thailand,"

katanya sambil mengesat air mata. Katanya, peristiwa itu tidak mematahkan

semangatnya, sebaliknya membuatkan dia memohon menyertai pasukan komando

elit bagi membolehkannya menguasai teknik dan kemahiran perang yang lebih maju

dan hebat.

Page 12: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

PAKAR BOM

Pak Ya yang juga pakar bom di dalam RGK, berkata dalam satu pertempuran di

Bentong, Pahang, pada 1987, beliau cedera ditembak pada punggung, namun

bersyukur terselamat apabila peluru penembak tidak mengenai kepalanya. "Dua

rakan sepasukan, masing-masing cedera ditembak pada tangan dan perut dalam

pertempuran itu. Saya yang cedera pada punggung kemudian menemui sebutir

peluru dalam botol air yang disimpan dalam poket di belakang leher jaket peluru

saya. "Ketika berbalas tembakan, botol itu kebetulan berada pada paras kepala.

Saya percaya tembakan itu disasarkan ke arah kepala, namun mungkin jarak

penembak yang jauh menyebabkan peluru itu tersangkut dalam botol," katanya.

Beliau yang menyimpan seragam celoreng dan beret komandonya, masih

bersemangat, malah tegas memberi jaminan akan kembali mengangkat senjata jika

negara berada dalam keadaan terancam, walaupun usianya sudah lanjut. Namun,

raut wajahnya berubah apabila ditanya mengenai penghargaan diterima golongan

perajurit veteran, terutama daripada generasi muda. "Kami tidak mengharapkan

balasan, tapi sedih mengenangkan mengapa pencen kami yang berjuang bermati-

matian pada zaman komunis dahulu, tidak diselaraskan dengan yang diterima

tentera pada zaman sekarang, malah jauh lebih rendah. "Kami juga sedih Tabung

Hari Pahlawan tidak mendapat sokongan. Terasa pengorbanan kami tidak

diendahkan sedangkan tabung seumpama itu mendapat sambutan hebat di negara

maju kerana rakyat amat menghargai pengorbanan golongan veteran tentera,"

katanya.

Page 13: Keratan Akhbar 19 hingga 21 November 2016

Gambar kenangan Yahaya ketika menjalankan operasi ketenteraan di Kampung

Sungai Timun, Linggi.