KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

40
KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. The Sun Daily MACC nabs bank Chairman (Updated). Isnin / 29 Ogos 2016 Online 2. Sarawak Tribune Warrior Fund Campaign to be launched in Sibu this Saturday. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 3. Kosmo Kerusi roda pulihkan semangat Abdul Rahim. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 4. Harian Metro ‗Lima kilometre lagi‘. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 5. Sarawak Tribune MBVA memorial plaque unveiled. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 6. The Star Memorial plaque to honour MBVA H.eroes Selasa / 30 Ogos 2016 Online 7. The Malaysian Times Memories of killing Communists haunt ex-soldier. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 8. Berita Harian PERHEBAT tuntut janji Kerajaan. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 9. Bernama Remaja 16 tahun raikan Bekas Tentera dan Polis Sempena Sambutan Hari Kebangsaan. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 10. Malaysian Digest.com Terkenang laungan Tuanku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 11. Borneo Post Veteran perang mengingati Deklarasi Gencatan Sejata akhiri Konfrontasi Malaysia Indonesia. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 12. Berita Harian Bekas tentera catat terjunan peribadi ke 7,000. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

Transcript of KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Page 1: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

KERATAN AKHBAR

29 hingga 31 Ogos 2016

Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat

1. The Sun Daily – MACC nabs bank

Chairman (Updated). Isnin / 29 Ogos 2016 Online

2.

Sarawak Tribune – Warrior Fund Campaign to be launched in Sibu this Saturday.

Selasa / 30 Ogos

2016 Online

3. Kosmo – Kerusi roda pulihkan

semangat Abdul Rahim. Selasa / 30 Ogos

2016 Online

4. Harian Metro – ‗Lima kilometre lagi‘. Selasa / 30 Ogos

2016 Online

5. Sarawak Tribune – MBVA memorial

plaque unveiled. Selasa / 30 Ogos

2016 Online

6. The Star – Memorial plaque to honour

MBVA H.eroes Selasa / 30 Ogos

2016 Online

7. The Malaysian Times – Memories of

killing Communists haunt ex-soldier. Selasa / 30 Ogos

2016 Online

8. Berita Harian – PERHEBAT tuntut

janji Kerajaan. Selasa / 30 Ogos

2016 Online

9.

Bernama – Remaja 16 tahun raikan

Bekas Tentera dan Polis Sempena

Sambutan Hari Kebangsaan.

Selasa / 30 Ogos

2016 Online

10.

Malaysian Digest.com – Terkenang

laungan Tuanku Abdul Rahman di

Stadium Merdeka.

Selasa / 30 Ogos

2016 Online

11.

Borneo Post – Veteran perang

mengingati Deklarasi Gencatan Sejata

akhiri Konfrontasi Malaysia –

Indonesia.

Selasa / 30 Ogos

2016 Online

12. Berita Harian – Bekas tentera catat

terjunan peribadi ke 7,000. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

Page 2: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

13. Utusan Sarawak – Kekalkan

keamanan dan keharmonian. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

14. Sinar Harian – ‗Masih ingat detik

berbalas tembakan‘. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

15.

MStar – Pahit maung

mempertahankan kemerdekaan –

Veteran Askar Melayu. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

16. Utusan Malaysia – Pesara tentera

tamatkan larian merdeka 500km. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

17. Kosmo – Pesawat TUDM pertama

jaga kedaulatan Negara. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

18. FMT NEWS – Veteran vecalls fight to

maintain country‘s Independence. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

19. Utusan Online – Warga emas

tamatkan larian 500km. Rabu / 31 Ogos 2016 Online

.

Page 3: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

MACC nabs bank chairman (Updated)

PETALING JAYA: A Tan Sri, who is also the chairman of a local bank was arrested

by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today for alleged abuse of

power and graft.

MACC investigation director Datuk Azam Baki told theSun that the 65-year-old man

was called to the Kuala Lumpur MACC office before he was brought to the Putrajaya

office.

"The Tan Sri, also a former army general was earlier questioned by MACC officers,"

he said today.

It is learnt that his bank account with almost RM1 million was also frozen.

It was earlier reported that a third banker was sought after by the MACC over a

multi-million ringgit book publishing contract and a project to upgrade the bank

system.

Last Thursday, theSun reported that the MACC is investigating allegations of

corruption involving a contract for a book deal on a statesman through a tender

system said to be worth RM15 million that was awarded to a city-based publisher.

However, the book reportedly never went to print.

The commission arrested eight people last week to help with investigations, including

a "Datuk" bank executive, another executive of the same bank, the publishing

company's managing director and one of its employees. They are currently held

under a three-day remand order.

The remaining four suspects – two female lawyers, a writer and the wife of a bank

officer have since been released.

Page 4: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...
Page 5: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Kerusi roda pulihkan semangat Abdul Rahim

Bekas tentera, Kapten (B) Abdul Rahim Tan Abdullah, 54, pernah hilang semangat

setelah diserang strok tahun lalu. Namun, selepas lebih setahun berlalu, dia kini

kembali ceria apabila menerima kunjungan rakan-rakan lamanya ketika sama-sama

menjalani latihan untuk menjadi pegawai tentera sekitar tahun 80-an dahulu.

Isteri Abdul Rahim, Nor Asmah Hashim, 53, mengakui, itulah kali pertama suaminya

nampak begitu gembira dan bersemangat selepas diserang strok.

―Strok yang dihadapi suami sejak pertengahan tahun lalu telah menjejaskan otak

kirinya lalu melumpuhkan seluruh bahagian kanan tubuhnya. Malah, pada peringkat

awal, dia tak boleh ingat banyak perkara termasuk namanya sendiri.

―Apa yang mampu diingati adalah zaman semasa dia menjadi tentera termasuk

kawan-kawan tenteranya. Setiap hari, dia akan bercerita tentang rakan-rakannya itu

kepada saya,‖ kata Nor Asmah ketika ditemui semasa menerima kunjungan rakan-

rakan suaminya di rumahnya di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Kunjungan itu terdiri daripada rakan-rakan Abdul Rahim yang mengikuti

pengambilan tauliah jangka pendek siri ke-39 di Sekolah Pegawai Kadet, Port

Dickson pada tahun 1981 untuk menjadi pegawai tentera.

Page 6: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Dalam kunjungan kumpulan yang dinamakan 39er itu, Abdul Rahim menerima

sumbangan kerusi roda selain wang tunai daripada 39er dan Persatuan Bekas

Veteran Angkatan Tentera (PBVAT).

Hadir dalam kunjungan itu ialah penaung 39er, Leftenan Kolonel Tengku Datuk Seri

Kamarulzaman Sultan Abu Bakar; penasihatnya, Mejar Jeneral Datuk Ghazali Ismail

dan pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Md. Ghauz Sudin.

Abdul Rahim sudah meninggalkan kerjaya tentera sejak tahun 1994 sebelum

berkhidmat sebagai pegawai keselamatan di sebuah syarikat swasta di Puchong,

Selangor. Jawatan terakhirnya dalam tentera ialah sebagai pegawai turus 3 di

Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, jelas Abdul Rahim, kunjungan rakan-rakan tentera itu telah

mengembalikan semangatnya untuk kembali pulih.

―Kerusi roda baharu ini juga nampak lebih selesa berbanding kerusi roda lama yang

dibeli sendiri. Kini, saya rasa semakin bersemangat untuk sembuh,‖ katanya.

Sementara itu, Md. Ghauz berkata, 39er mempunyai tabung yang digunakan untuk

menyalurkan sumbangan kepada ahlinya yang sakit atau kurang bernasib baik.

―Kita datang untuk memberikan sokongan moral supaya dia tabah. Nilai setiakawan

yang terbina di Sekolah Pegawai Kadet dahulu dibawa sehingga sekarang.

―Pada bulan kemerdekaan ini, jasa mereka yang pernah menjadi tentera harus kita

hargai,‖ katanya.

Page 7: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Lima kilometer lagi

PAK Nasir (hadapan) meneruskan lariannya dari Batang Kali ke Jalan Kuching dan dijangka tiba di

Dataran Merdeka, malam ini. FOTO ihsan Anak Pak Nasir

Alor Setar: Bekas tentera, Nasir Abas, 61, hanya tinggal lima kilometer (km) lagi bagi

menamatkan misi larian solo 500 kilometer dari Kedah ke Dataran Merdeka

sempena Ambang Merdeka, malam ini.

Dia yang mesra disapa Pak Nasir kini berada di Jalan Kuching, Kuala Lumpur dan

akan meneruskan lariannya ke pusat bandar.

Anaknya Mohd Ridzuan, 28, brkata, bapanya kini sudah sampai di check point

terakhir iaitu di Jalan Kuching dan akan meneruskan lariannya ke pusat bandar

Kuala Lumpur.

"Abah semakin bersemangat untuk meneruskan misi larian solonya malah kami

empat beradiknya turut menyokongnya dari belakang," kata Mohd Ridzuan Nasir.

"Keadaan cuaca tidak menjadi masalah malah abah juga tidak mempunyai masalah

sakit kaki atau kejang seperti yang pernah dialaminya sebelum ini," katanya ketika

dihubungi, hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, mereka turut menghadapi cabaran ketika sampai di Rawang,

Selangor petang tadi apabila melalui jalan kampung yang sempit dan sesak

sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan dari polis untuk

mengawal mereka.

Page 8: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

"Abah dijangka akan disambut oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku salah

satu penaja untuk larian solo ini," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Nasir Abas mempamerkan semangat patriotik

apabila melakukan larian solo sejauh 500 kilometer (km) dari Kedah ke Dataran

Merdeka di ibu negara sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 tahun ini.

Nasir yang juga Imam Surau Al Hijrah di Kuala Kedah, memulakan larian berkenaan

di Masjid Zahir, di sini, jam 7 pagi 21 Ogos lalu dengan pelepasan disempurnakan

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Mutalib Harun.

Page 9: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Member of the Malaya Borneo Veterans Association (MBVA) having a group photograph after the

ceremony. PHOTOS: RAMIDI SUBARI

Page 10: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Memorial plaque to honour MBVA heroes

MBVA members and Malaysian armed forces officers in a group photo after the event.

KUCHING: Officials and war veterans from Malaya-Borneo Veterans Association

(MBVA) gathered to commemorate the 50th anniversary of the ceasefire and

declaration of the end of the Indonesian Confrontation with Malaysia at the Heroes

Memorial Park yesterday.

The association, which consists of Australian Air Force Cadet officers and veterans

along with Malaysian Armed Forces, paid tribute to the unsung heroes who

sacrificed their lives to defend the country in a simple ceremony.

MBVA president Brian Selby and several committee members came to Sarawak in

2014 to re-visit the memories of MBVA members‘ security operational sites in the

Kuching and Bau districts during the confrontation.

The Indonesian Confrontation began in June 1962 when then President Sukarno

waged war over the formation of Malaysia by Tunku Abdul Rahman.

Page 11: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

The confrontation ended on Aug 11, 1966 when the negotiations in Bangkok

between the two nations were completed and a ceasefire and declaration of the end

of the confrontation was announced.

During the confrontation, Australia as part of the Commonwealth, played a crucial

role in aiding Malaysia to defend attacks from Indonesia. Many lives were lost during

the conflict.

To commemorate the sacrifices of the Australian heroes who died during the

confrontation, MBVA unveiled the MBVA Memorial Plaque this year to be placed in

the memorial park.

State Tourism, Arts and Culture permanent secretary Datuk Ik-Pahon Joyik, who

was unable to attend the ceremony, sent a representative in his stead.

In his speech, he said the people will always remember the selfless devotion of

duties and sacrifices of the Commonwealth Armed Forces with many from Australia,

United Kingdom and New Zealand giving strong military support for the return of

peace in Sarawak and the birth of Malaysia.

―Many lost their lives in defence of democracy and peace.

―We wish to take this opportunity on behalf of the people in Sarawak to record our

heartfelt gratitude for this valuable contribution of Commonwealth brotherhood and

pay tribute to our Australian MBVA heroes, who lost their lives here in Borneo for

peace,‖ he said in a speech read out by Sarawak Tourism Federation secretary

general Audry Wan Ullok.

He was happy that the 50th anniversary has resulted in a meaningful collaboration

between MBVA and Sarawak.

―We hope this memorial plaque will be an eye-opener for the younger generation to

learn the essence of peace which comes with responsibilities paid for by our heroes

and forefathers.

―This memorial plaque, we hope, will continue to be a symbol of MBVA pride in

Borneo,‖ he said.

Page 12: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Memories of killing communists haunt ex-soldier

ARAU, Aug 30: Corporal (R) Abd Hadi Kassim would have trouble going to sleep

every time he recalled taking the life of communists with bloodied hands.

Even though it happened nearly 35 years ago, the 64-year-old still has

mixed feelings about it.

―Given the choice, I do not want to kill, but in defending the sovereignty of our nation,

killing the enemy is a noble act.

―I made a pledge and I was obliged to fulfill it. I will continue to fight for as long as I

have an ounce of energy left inside me,‖ said Abd Hadi who retired in 1992, after

serving 21 years with the Second Battalion of the Royal Malay Regiment.

FIRST BATTLE

He and his fellow soldiers were stationed at the Army Camp in Mentakab, Batu 5,

Bentong, Pahang when the 1981 incident took place.

He said the encounter with the communists at a rubber plantation there had really

tested their mental toughness and strategy.

―The three of us were at the bottom of the hill while the enemy was as the top. One

wrong move and we would be dead,‖ said the Perlis-born.

Page 13: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

He said as soon as they have made certain that those at the top of the hill were

communists, he fired the first shot. Both sides then exchanged fire for about five

minutes before the communists retreated.

―We were extremely grateful to have survived the shootout. Two of the communists

were killed while the other two escaped,‖ he said.

BLOOD ON HIS HANDS

Abd Hadi said once, during an operation to clean up and check for clues after a

shootout, he found that one of the communists shot was still alive.

―I was shocked to see him move and found myself reaching for my gun. I shot his

body once and his blood spattered on my hands and body,‖ he said, tears streaming

at the recollection.

He said that day was the last day of their operation, after which and they were

allowed to return home.

―I returned home with my bloodied uniform and was unable to sleep all night. I kept

thinking about what I did, shooting a communist at close range,‖ he said.

ADVICE FOR THE YOUNG

Today, two of his sons followed in his footsteps and joined the army to serve the

nation.

He said soldiers today were very lucky to be able to use technology to detect the

enemy.

However, they should still be in a state of vigilance because the enemy could take all

form and shape.

Abd Hadi believed that today‘s generation should be inculcated with the appreciation

of the value of a sovereign nation.

He also wanted them to view Malaysia‘s independence as a valuable gift they were

able to enjoy, despite not having to lift a weapon.

— Bernama

Page 14: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

PERHEBAT tuntut janji kerajaan

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda. SUNGAI BULOH: Kongres Kesatuan

Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan

menunai janji berhubung bayaran empat insentif kepada kakitangan Persatuan Hal

Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) seperti diumumkan empat tahun lalu. Presiden

CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata ketika Perhimpunan Tujuh Agensi Badan

Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) yang berlangsung pada 23 Mac 2013,

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan empat insentif kepada

kakitangan yang terbabit dalam kategori ini. "Empat imbuhan yang diumumkan itu

adalah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), penambahan caruman Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan, Saguhati Tamat Perkhidmatan (STP) dan

Skim Dana Pencen. "Sudah empat tahun kakitangan PERHEBAT menanti untuk

menikmati janji itu. Mereka ingin tahu apakah faktor utama yang membawa kepada

masalah itu. "Adakah masih terdekat kelemahan di peringkat birokrasi awam yang

bertanggungjawab sehinggakan permasalahan mereka ini tidak dapat diselesaikan

sehingga tempohnya menjangkau empat tahun, adakah pengumuman itu

dipermainkan dan tidak diambil berat oleh pihak bertanggungjawab kepada

Page 15: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

PERHEBAT. "Ini adalah satu dasar terbuka dan tindakan pelaksanaan perlu

disegerakan," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung

Kesembilan Kesatuan Kakitangan PERHEBAT di sini, hari ini.

Page 16: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Remaja 16 Tahun Rai Bekas Tentera Dan Polis Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

KUALA NERUS, 30 Ogos (Bernama) -- Jika remaja seusianya lebih gemar memuat

naik status berkenaan sambutan Hari Kemerdekaan di laman media sosial, namun

bagi Daniel Ariff Azmi, 16, beliau mempunyai pendekatan tersendiri bagi

mengekspresikan semangat patriotik dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-59

esok.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Chong Hwa Wei Sin, Kuala

Terengganu itu gigih mencari dan menghimpunkan 10 orang bekas anggota polis

dan tentera yang berjuang menentang penjajah sebelum negara mencapai

kemerdekaan.

Seorang daripada mereka ialah Abdul Rahman Abu Bakar, 65, yang pernah

bertempur dengan pengganas komunis semasa berkhidmat sebagai anggota polis

hutan di Bau, Sarawak pada 1972.

Akhirnya, Daniel Ariff berjaya dalam pencarian selama dua minggu dan turut

mengadakan majlis makan malam bagi meraikan para pejuang berkenaan di sebuah

restoran di sini semalam.

Idea dan inisiatif itu timbul selepas para guru menerapkan nilai patriotik dan sering

bercerita jasa dan perjuangan pahlawan untuk mencapai kemerdekaan, katanya

kepada Bernama.

"Menerusi penceritaan dan sejarah itu saya nekad untuk mengumpulkan mereka

yang berjasa ini bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang telah banyak

berkorban dalam mempertahankan negara.

"Mereka sanggup bergadai nyawa dan bertempur melawan penjajah untuk negara

mencapai kemerdekaan. Tanpa mereka kita tidak mungkin dapat hidup dalam

suasana aman dan damai yang kita nikmati ketika ini," katanya.

Page 17: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Katanya generasi kini mungkin lebih terarah dengan kecanggihan teknologi dan

pembangunan pesat yang dicapai namun tanpa pahlawan ini mungkin negara tidak

mencapai kebebasan sehingga negara mencapai kemerdekaan.

"Tiada ruginya kita menghargai jasa dan pengorbanan pahlawanan negara bagi

memastikan negara bebas dari ancaman penjajah sehingga mencapai kemerdekaan

tanpa mereka kita tidak mungkin mengecapi kesenangan kini," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan

Hamzah yang turut hadir pada majlis itu berkata semangat dan kesungguhan remaja

ini perlu dijadikan contoh oleh remaja lain yang seusia dengannya.

"Kita bangga dengan inisiatif yang dilakukan ini kerana bukan semua remaja terfikir

untuk melaksanakan seperti yang dilakukan pelajar ini," katanya.

-- BERNAMA

Page 18: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Terkenang Laungan Tunku Abdul Rahman Di Stadium Merdeka

ALOR GAJAH: Setiap kali menggantung Jalur Gemilang di halaman rumah, Abdul

Aziz Omar, 86, sayu kerana terkenang detik bertugas sebagai anggota kawalan

kehormatan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ketika Perdana Menteri pertama,

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan perkataan ‗merdeka‘ 59

tahun lalu.

Laungan keramat itu masih terngiang-ngiang di telinga bekas anggota Batalion ke-3

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berkenaan setiap kali dia dan isteri, Puteh

Ahmad, 65, memasang Jalur Gemilang di kediaman mereka di Kampung Solok

Duku, Masjid Tanah di sini.

Menceritakan detik bersejarah berkenaan, Abdul Aziz yang ketika itu berusia 27

tahun dan berpangkalan di Kem Pangkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan bangga

dipilih menyertai perbarisan.

Page 19: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

―Kami berlatih kawad di Stadium Merdeka tiga hari sebelum berlangsungnya

upacara itu. Sekarang, setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, saya mesti pasang

bendera di rumah kerana seluruh jiwa saya terasa bergetar apabila terkenangkan

peristiwa itu.

―Detik bersejarah itu tidak akan luput dalam ingatan saya dan menjadi pendorong

untuk terus memelihara kedaulatan negara dengan cara sendiri selepas bersara

daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),‖ katanya.

Bukan saja semangat patriotik dalam diri masih menebal, pasangan itu bersama-

sama menggantung Jalur Gemilang bagi memperingati tarikh pernikahan mereka

yang jatuh pada 31 Ogos 1995.

Abdul Aziz berkahwin buat kali kedua dengan Puteh selepas isteri pertama,

Allahyarhamah Che Non Bidin meninggal dunia beberapa tahun sebelum itu. Suami

Puteh pula, arwah Karim Mat Yassin meninggal dunia pada 1991.

Pasangan itu merentangkan Jalur Gemilang bersaiz kecil dari anjung sehingga ke

pagar rumah selain memasangnya pada motosikal dan kereta.

―Setiap kali Jalur Gemilang berkibar di halaman rumah, sebagai pesara tentera, saya

bangga kerana berpeluang mempamerkan semangat patriotik,‖ katanya.

Sementara itu, Puteh berkata, suaminya turut mengeluarkan wang simpanan untuk

membeli Jalur Gemilang bagi menghias perkarangan surau yang terletak kira-kira 80

meter dari rumah mereka.

Page 20: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Veteran perang peringati Deklarasi Gencatan Senjata akhiri Konfrontasi Malaysia-Indonesia

MEMPERINGATI: Para jemputan yang terdiri daripada veteran MBVA Australia, veteran Sarawak daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan wakil-wakil Divisyen Pertama Infantri

Malaysia serta STF

KUCHING: Perajurit Veteran Australia daripada Persatuan Veteran Malaya-Borneo

(MBVA) berkumpul semalam untuk sambutan Ulang Tahun Ke-50 Memperingati

Deklarasi Gencatan Senjata bagi mengakhiri Konfrontasi Indonesia dengan Malaysia

dengan meletakkan Plak Memorial MBVA di Makam Pahlawan, Taman Budaya di

sini semalam.

Plak memorial itu merupakan simbol dan maruah MBVA Borneo, kata Setiausaha

Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik

dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kehormat Persekutuan

Pelancongan Sarawak (STF) Audry Wan Ulok disini.

―Kita mengharapkan ia akan menjadi pembuka mata kepada generasi muda untuk

mempelajari dan mengamati nilai kemerdekaan dan keamanan ini dengan rasa

tanggungjawab sebagai mengingati jasa hero dan nenek moyang kita yang telah

terkorban dahulu,‖ katanya pada majlis itu.

Ik Pahon berkata beliau gembira melihat perjumpaan itu telah membina kerjasama

yang bermakna di antara MBVA dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Ia turut dilihat sebagai perangsang inspirasi kepada pakatan strategik antara

angkatan tentera dengan pihak STF, apabila Bahagian Pertama Infantri Malaysia

memasang tiang bendera pada Perang Dunia II di Makam Pahlawan ini.

Page 21: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

―Kita akan sentiasa ingat ketaatan yang tidak mementingkan diri sendiri dan

pengorbanan anggota Angkatan Tentera Komanwel yang banyak datang dari

Australia, United Kingdom dan New Zealand.

Mereka telah banyak memberi sokongan dari segi ketenteraan yang kuat untuk

mengembalikan keamanan di Sarawak dan lahirnya negara Malaysia,‖ kata Ik

Pahon.

Terdahulu, Presiden MBVA Brian Selby turut berkongsi peristiwa-peristiwa yang

membawa kepada konfrontasi Indonesia, menunjukkan bahawa kedua-dua

konfrontasi semasa waktu kecemasan perang di Malaya yang mungkin sudah

dilupakan.

―Anda akan mencari sedikit rujukan kepada perang-perang yang tidak diisytiharkan

dalam kronikal sejarah ketenteraan kita.

―Pengetahuan umum ini tidak wujud. Apabila rujukan diterbitkan atau dibincangkan

dalam beberapa forum mengenai jawatan penglibatan tentera Perang Dunia Kedua

Australia, ini adalah jarang, jika pernah, dimasukkan,‖ katanya.

Peperangan yang tidak diisytiharkan ini juga unik kepada konflik Perang Dunia

Kedua yang lain yang melibatkan Australia kerana ia merupakan kemenangan

mutlak.

―Tidak satu inci wilayah kalah kepada penceroboh konfrontasi dan tidak ada garis

pemisah dilukis pada peta,‖ katanya menjelaskan kepada pengunjung yang hadir

semalam.

Turut hadir Ahli Majlis Kehormat Australia Datuk Dr Phillip Ting, Leftenan Kolonel

Jim Ryan daripada pengajar Maktab Turus Angkatan Tentera dan Komander

Divisyen Infantri Pertama Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Turut hadir veteran Australia daripada MBVA, veteran Sarawak daripada Persatuan

Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan wakil-wakil Divisyen Infantri Pertama dan

STF.

Page 22: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Bekas tentera catat terjunan peribadi ke-7,000

PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk 'Zulkurnain Kamisan (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan

Peringkat Daerah Segamat Kali Ke-59 Tahun 2016 di Dataran Segamat. - Foto Ahmad Ismail

SEGAMAT: Seorang bekas tentera dari Unit Komando Pasukan Khas Udara

(PASKAU) melakar sejarah untuk dirinya apabila melakukan terjunan bebas payung

terjun peribadi kali ke-7,000 sempena Sambutan Hari Merdeka Peringat Daerah

Segamat di sini, hari ini. Misi terjunan terbabit disempurnakan Staf Sarjan (B) Karim

Salleh, 66, bersama dua lagi rakannya, Jhosua Sri, 45, dan Idris Yusof, 45, dengan

melakukan terjunan pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki dari udara. Jurulatih

Terjunan Kelab Sky Dive yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu dibantu juruterbang

pesawat Cessna 172, Kapten Aziz Ahmad, sekali gus membolehkan misi itu dapat

dicapai jam 9 pagi. Karim yang ditemui mengakui terharu di sebalik sumbangan kecil

sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-59. Datuk kepada empat cucu itu

bersyukur kerana berjaya membuktikan keupayaannya merealisasikan terjunan itu

bersama dua lagi rakannya. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,

Kebudayaan dan Warisan Negeri negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan; Pegawai

Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad; Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan

Mohd KamilSukarmi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Nurshida

Page 23: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Ibrahim. Katanya, premis bangunan yang rapat, jalan raya, pokok besar, kenderaan

selain ribuan pengunjung menjadi cabaran kepada penerjun sepertinya. "Itu antara

cabaran sebaik keluar dari perut pesawat namun ia hanya asam garam harus dilalui

demi menjayakan sambutan kemerdekaan," katanya.

Page 24: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...
Page 25: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

'Masih ingat detik berbalas tembakan'

Gambar hiasan - Foto Bernama

SHAH ALAM - Bagi veteran Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Abidin Mat, 80,

dahulu, rakyat berjuang berhabis-habisan untuk membebaskan Tanah Melayu

daripada dibelenggu cengkaman Inggeris dan komunis sehingga berjaya mencapai

kemerdekaan.

Kini, beliau berkata, sambutan kemerdekaan lebih kepada penghayatan jasa-jasa

orang lama yang membolehkan Malaysia kini ditadbir tanpa pengaruh kuasa luar.

Menceritakan pengalaman semasa bertugas dalam RAMD selama 11 tahun dari

1958 sehingga 1979, Abidin masih ingat bagaimana payahnya untuk mengekalkan

kemerdekaan yang berjaya dicapai pada tahun 1957.

Menurutnya, selepas 1957, masih terdapat saki baki komunis di Tanah Melayu yang

tidak berputus asa untuk menawan dan merampas kuasa pentadbiran pada waktu

itu.

Page 26: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

"Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa operasi

menangkap komunis di Gubir, Kedah, waktu itu seramai 30 anggota RAMD dikerah

untuk menyerang hendap lubuk komunis itu.

"Namun, pihak komunis yang sudah siap sedia dengan serangan itu telah terlebih

dahulu memasang perangkap samar bagi mematahkan serangan RAMD.

"Dalam pertempuran itu, dua rakan saya terkena perangkap samar tersebut dan

dihantar ke Hospital Alor Setar... Alhamdulillah saya bagaimanapun tidak mengalami

sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama.

Tambah Abidin, walaupun sepanjang berkhidmat dalam RAMD beliau tidak pernah

mengalami sebarang kecederaan parah semasa menjalankan operasi, namun beliau

tetap berasa sedih dan terkilan kerana banyak kali melihat kematian rakan

seperjuangan di depan mata sendiri.

"Saya masih ingat detik-detik cemas semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada

tahun 1963, di mana RAMD saling berbalas tembakan dengan askar Indonesia.

"Dalam operasi itu, seramai enam rakan sepasukan terkorban di depan mata saya,"

katanya yang mengalami kecederaan ringan ketika operasi itu.

Bagi Abidin, kejayaan terbesar yang dikecapi sepanjang berkhidmat dalam RAMD

apabila dikurniakan pingat Perkhidmatan Setia oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu

atas jasa beliau menyertai misi keamanan dalam Pasukan Khas Malaya di Congo

pada tahun 1960 hingga 1963 dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) pada tahun

1997.

Abidin yang bersara dengan jawatan terakhir sebagai pegawai waran pada 1979 kini

menjalankan perniagaan perubatan tradisional di rumahnya di Serdang.

Ditanya harapannya mengenai Hari Kebangsaan, beliau berharap Malaysia akan

terus meningkat maju dan dapat membina kehidupan masyarakat yang lebih baik

serta memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda.

Abidin turut menasihati golongan muda supaya mementingkan pendidikan dan

agama kerana ia adalah asas kepada kemajuan diri dan negara.

"Anak muda mestilah mempunyai pendidikan, berdisiplin dan taat pada perintah

yang diberikan sama ada dari segi agama, negara ataupun ketua di tempat kerja,"

katanya. - Bernama

Page 27: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Pahit Maung Mempertahankan Kemerdekaan - Veteran Askar Melayu

Pesara tentera Abidin Mat, mengimbau kembali saat beliau dikurniakan Pingat Pangkuan Negara

oleh Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra pada 1979. Abidin berkhidmat selama 21 tahun

dalam Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari tahun 1958 hingga 1979. SHAH ALAM: Bagi veteran Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Abidin Mat, 80,

dahulu, rakyat berjuang berhabis-habisan untuk membebaskan Tanah Melayu

daripada dibelenggu cengkaman Inggeris dan komunis sehingga berjaya mencapai

kemerdekaan.

Kini, beliau berkata, sambutan kemerdekaan lebih kepada penghayatan jasa-jasa

orang lama yang membolehkan Malaysia kini ditadbir tanpa pengaruh kuasa luar.

Menceritakan pengalaman semasa bertugas dalam RAMD selama 11 tahun dari

1958 sehingga 1979, Abidin masih ingat bagaimana payahnya untuk mengekalkan

kemerdekaan yang berjaya dicapai pada tahun 1957.

Menurutnya, selepas 1957, masih terdapat saki baki komunis di Tanah Melayu yang

tidak berputus asa untuk menawan dan merampas kuasa pentadbiran pada waktu

itu.

Page 28: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

"Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa operasi

menangkap komunis di Gubir, Kedah, waktu itu seramai 30 anggota RAMD dikerah

untuk menyerang hendap lubuk komunis itu.

"Namun, pihak komunis yang sudah siap sedia dengan serangan itu telah terlebih

dahulu memasang perangkap samar bagi mematahkan serangan RAMD.

"Dalam pertempuran itu, dua rakan saya terkena perangkap samar tersebut dan

dihantar ke Hospital Alor Setar... Alhamdulillah saya bagaimanapun tidak mengalami

sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama.

Tambah Abidin, walaupun sepanjang berkhidmat dalam RAMD beliau tidak pernah

mengalami sebarang kecederaan parah semasa menjalankan operasi, namun beliau

tetap berasa sedih dan terkilan kerana banyak kali melihat kematian rakan

seperjuangan di depan mata sendiri.

"Saya masih ingat detik-detik cemas semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada

tahun 1963, di mana RAMD saling berbalas tembakan dengan askar Indonesia.

"Dalam operasi itu, seramai enam rakan sepasukan terkorban di depan mata saya,"

katanya yang mengalami kecederaan ringan ketika operasi itu.

Bagi Abidin, kejayaan terbesar yang dikecapi sepanjang berkhidmat dalam RAMD

apabila dikurniakan pingat Perkhidmatan Setia oleh Persatuan Bangsa-Bangsa

Bersatu atas jasa beliau menyertai misi keamanan dalam Pasukan Khas Malaya di

Page 29: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Congo pada tahun 1960 hingga 1963 dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) pada

tahun 1997.

Abidin yang bersara dengan jawatan terakhir sebagai pegawai waran pada 1979 kini

menjalankan perniagaan perubatan tradisional di rumahnya di Serdang.

Ditanya harapannya mengenai Hari Kebangsaan, beliau berharap Malaysia akan

terus meningkat maju dan dapat membina kehidupan masyarakat yang lebih baik

serta memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda.

Abidin turut menasihati golongan muda supaya mementingkan pendidikan dan

agama kerana ia adalah asas kepada kemajuan diri dan negara.

"Anak muda mestilah mempunyai pendidikan, berdisiplin dan taat pada perintah

yang diberikan sama ada dari segi agama, negara ataupun ketua di tempat kerja,"

katanya.—Bernama

Page 30: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Pesara tentera tamatkan Larian Merdeka 500km

NASIR ABBAS sambil membawa Jalur Gemilang menamatkan larian solo yang mengambil masa hampir 10 hari dari Alor Setar dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam semalam.

UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Walaupun berusia 61 tahun, faktor umur tidak menjadi

penghalang kepada seorang pesara tentera untuk menamatkan Larian Merdeka

sejauh 500 kilometer yang bermula dari Alor Star, Kedah dan tamat di Dataran

Merdeka di sini malam tadi.

Pesara berkenaan, Nasir Abbas berkata, larian yang mengambil masa hampir 10

hari itu bertujuan merasai kesusahan dan keperitan yang dilalui pejuang dan

pemimpin terdahulu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara tercinta

ini.

Beliau berharap generasi muda lebih bersikap patriotik dalam usaha mengekalkan

kemerdekaan yang dimiliki kerana bukan mudah pemimpin terdahulu berusaha

untuk memerdekakan tanah air.

―Apa yang saya lakukan ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan jasa pejuang

terdahulu, pengorbanan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan mungkin lebih

daripada apa yang saya rasa,‖ katanya kepada pemberita.

Page 31: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Ketibaan Nasir di Dataran Merdeka disambut meriah oleh Timbalan Menteri

Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Panglima Tentera Darat, Jeneral

Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan barisan pegawai kanan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang ramai.

Ketika ditanya mengenai kenangan terindah sepanjang larian, Nassir berkata, dia

pernah terserempak seorang wanita mengandung yang kemudiannya menemaninya

seketika membuat larian sebagai tanda sokongan.

Sementara itu, Mohd. Johari berkata, semangat waja yang ditunjukkan oleh Nasir

perlu menjadi contoh dan teladan kepada generasi muda agar lebih menghayati

pengorbanan pejuang dan pemimpin terdahulu.

―Saya bagi pihak ATM kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau (Nasir)

dan saya berharap golongan muda perlu tahu kemerdekaan yang kita kecapi pada

hari ini tidak datang bergolek, sebaliknya menuntutkan pengorbanan.

―Bukan setakat Hari Kebangsaan, malah Hari Pahlawan juga wajar disambut meriah

oleh seluruh warga Malaysia bagi menghargai pengorbanan nenek moyang kita

dahulu,‖ jelasnya.

Raja Mohamed Affandi pula berkata, Nasir wajar dijadikan ikon dalam kalangan

generasi muda dan golongan tentera sendiri berikutan kekentalan semangatnya.

―Dengan usia yang sudah mencecah 61 tahun, namun beliau berjaya menamatkan

larian sejauh 500 kilometer itu, sekali gus membuktikan beliau mempunyai jiwa dan

semangat kental yang patut dicontohi semua pihak,‖ ujarnya.

Page 32: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Pesawat TUDM pertama jaga kedaulatan negara

Majlis penyerahan pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer kepada kerajaan Malaysia yang diadakan

di Preswitch Port, Scotland pada tahun 1958.

SELEPAS enam tahun bertugas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia

(TUDM) Labuan, Sabah sebagai juruteknik pesawat Charlie C-130 H dan helikopter

Sikorsky S-61A-4 Nuri, Mohamad Mohhadir Rahmin, 39, kemudiannya diarahkan

untuk memulakan tugas baharu sebagai Pegawai Waran Udara II di Muzium TUDM,

Kuala Lumpur.

Sebaik menjejakkan kami di Muzium TUDM untuk memulakan tugas pada Januari

2007, pandangan Mohamad Mohhadir terarah kepada sebuah pesawat yang

diletakkan di deretan pesawat lama milik TUDM.

Fikirannya mula terawang-awang mengingat semula kenangan sewaktu pertama kali

menjejakkan kaki ke muzium berkenaan bersama rakan sepelatih ketika dia

mengikuti latihan rekrut untuk mengganggotai TUDM pada Mac 1997.

―Sewaktu sesi lawatan tersebut, saya dan rakan-rakan diberitahu bahawa pesawat

Scottish Avation Twin Pioneer atau dikenali sebagai Lang Rajawali merupakan

pesawat pertama yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan (kini dikenali

sebagai TUDM).

Page 33: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

―Ketika itu saya begitu kagum dengan sejarah yang terpahat padanya selain jasa

yang telah dicurahkan sepanjang pesawat berkenaan berkhidmat dengan TUDM.

―Saya tidak menyangka kini, saya salah seorang yang telah diberi tanggungjawab

untuk menjaga pesawat yang mempunyai nilai yang tinggi kepada negara,‖ katanya.

Mohamad Mohhadir yang telah berkhidmat selama 19 tahun bersama TUDM

berkata, dia sangat kagum dengan pesawat berkenaan kerana mampu melakukan

pelbagai tugas. Terutamanya dalam operasi ketenteraan terutama sewaktu negara

baru sahaja mencapai kemerdekaan dan masih menerima ancaman pelbagai anasir

luar.

Berdasarkan sejarah, pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer pertama kali dibina

pada tahun 1955 oleh syarikat Scottish Aviation Limited yang berpangkalan di

Prestwick Airport, Scotland sebagai sebuah pesawat awam berkapasiti 16 tempat

duduk. Ketika itu ia dianggap sebagai pengangkutan udara versi enjin berkembar

yang terbaik pernah dibina.

Pada Ogos 1957, pihak Scottish Aviation Limited telah melakukan pengubahsuaian

dengan mengeluarkan versi tentera. Pesawat berkenaan telah dibeli oleh kerajaan

pada harga RM420,000.

Ketibaan pesawat berkenaan di negara ini pada 17 April 1958 telah disambut oleh

Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Abdul Razak Hussein dengan diiringi orang

kenamaan negara dan pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) di pangkalan

RAF Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, pada 24 April 1958, Perdana Menteri Malaysia yang

pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya telah menamakan

pesawat tersebut sebagai Lang Rajawali. Ia diletakkan di bawah kendalian No.1

Skuadron Tentera Udara Diraja Persekutuan yang ditubuhkan pada Ogos 1958,

sesuai dengan kelulusan Ordinan Tentera Udara oleh Parlimen Persekutuan, sekali

gus menandakan tertubuhnya Tentera Udara Diraja Persekutuan.

Page 34: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Fasa pertama

Pesawat

Scottish

Aviation

Twin

Pioneer

terlebih

dahulu

digunakan

oleh RAF

untuk misi

ketenteraan

.

Sepanjang fasa pertama operasinya, Lang Rajawali diterbangkan oleh Ketua

Skuadron RAF, Leftenan Udara George C. Charles dan terlibat dalam melakukan

pelbagai tugas termasuklah penerbangan perhubungan, mengangkut anggota

tentera, tugas pengeboman terhad, pengintipan foto, pengawal pantai, siaran radio

dari udara, penerbangan kecemasan dan penerbangan membawa orang kenamaan

termasuk Tunku Abdul Rahman.

Lang Rajawali yang merupakan sejenis pesawat yang berkemampuan berlepas dan

melakukan pendaratan jarak pendek juga banyak terlibat dalam operasi

penerbangan di kawasan pergunungan dan hutan.

Lang Rajawali sememangnya telah banyak menyumbang jasa kepada negara

termasuk digunakan dalam misi bantuan untuk menangani ancaman darurat yang

diisytiharkan tamat pada tahun 1960.

Terlibat operasi

Pada 29 Februari 1960, pesawat berkenaan yang mempunyai nombor pengenalan

FM 1001 telah digunakan untuk menggugurkan makanan di kawasan operasi di

Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan untuk pasukan keselamatan yang terlibat

dengan operasi melawan pengganas komunis.

Malah, pesawat berkenaan juga terlibat dalam tugas keselamatan di sempadan

Thai. Selain itu ia juga terlibat dengan tugas menggugurkan risalah perang saraf di

pangkalan hadapan Indonesia semasa zaman Konfrantasi Indonesia-Malaysia pada

tahun 1963-1965 dan operasi menggugurkan risalah bagi meminta pihak komunis

menyerah diri.

Page 35: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Selepas 12 tahun berkhidmat dalam TUDM dengan merekodkan 2,500 jam

penerbangan dan 5,300 kali pendaratan, Lang Rajawali akhirnya dihentikan

perkhidmatannya pada 20 November 1969 dengan Ketua Turus Tentera Udara

ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Sulaiman Sujak telah diberi penghormatan untuk

menerbangkan Lang Rajawali buat kali terakhir.

Tugas Lang Rajawali dalam memperkukuhkan bidang ketenteraan di negara ini

kemudiannya diambil alih oleh pesawat DHC-4 Caribou.

Dalam pada itu, Sulaiman ketika bercerita mengenai Lang Rajawali turut mengakui,

kehadiran pesawat berkenaan sangat penting terutama dalam fasa mengukuhkan

kuasa ketenteraan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Katanya lagi, walaupun Lang Rajawali hanya tiba di negara ini kira-kira lapan bulan

selepas negara mencapai kemerdekaan, namun tugas yang dipikul oleh pesawat

berkenaan terlalu berat.

―Sebelum Tanah Melayu merdeka, kita memang tidak memiliki sebarang pesawat

udara dan ketika itu, RAF telah memainkan peranan yang besar dalam membantu

kita menyekat ancaman musuh.

―Namun, selepas kerajaan membeli Lang Rajawali, ia telah mengubah landskap

ketenteraan negara terutama selepas tertubuhnya No.1 Skuadron,‖ katanya yang

merupakan anak tempatan pertama dilantik menjadi Panglima Tentera Udara TUDM

pada November 1967 sebelum bersara pada Disember 1976.

Page 36: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Aset

Sulaiman mengakui Lang Rajawali mempunyai jasa yang besar kepada negara.

Malah, Lang Rajawali telah memberi peluang kepada pasukan tentera kita pada

masa itu untuk mempelajari selok-belok berkaitan penguasaan ruang udara selain

berpeluang melibatkan diri dengan pasukan ketenteraan negara-negara Komanwel.

Jelas Sulaiman lagi, Lang Rajawali juga telah merintis kepada pemilikan pelbagai

aset TUDM yang lain termasuk pembelian pesawat tempur pertama, Canadair CL-

41G Tebuan pada tahun 1966 untuk mengukuhkan pertahanan negara.

Menyedari jasa besar yang telah ditabur oleh pesawat berkenaan, Penolong

Pengarah Muzium TUDM, Mejar P.K. Sukumaran berkata, sudah seharusnya Lang

Rajawali diangkat sebagai sebuah bahan sejarah yang mempunyai nilai tinggi.

―Bagi pihak Muzium TUDM, kita sememangnya menjaga baik pesawat berkenaan

walaupun ia telah dihentikan operasinya sejak hampir 50 tahun lalu.

―Malah, sempena sambutan Ulang Tahun Muzium TUDM Ke-30 pada Februari lalu,

kita juga telah membaik pulih pesawat berkenaan pada bahagian luar dan dalam

supaya ia kelihatan menyamai keadaan asalnya,‖ katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga bercadang untuk menempatkan Lang Rajawali di

satu kawasan khas di Muzium TUDM baharu yang akan dibuka berhampiran

kawasan tapak lama muzium berkenaan sebagai menghargai jasa besar yang telah

ditabur oleh pesawat itu kepada negara ini.

Page 37: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Sehingga kini, hanya ada tiga buah pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer yang

masih ada di negara ini iaitu masing-masing ditempatkan di Muzium TUDM, Institut

Latihan Tentera Udara di Ipoh, Perak dan di Muzium Melaka.

Page 38: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Veteran recalls fight to maintain country’s Independence

Abidin Mat remembers his time as member of the Royal Malay regiment saying efforts to maintain Independence for the country were equally hard as the efforts to obtain it.

SHAH ALAM: More than 60 years ago, Abidin Mat was probably just a teenager, but

he had witnessed how the country‘s freedom fighters fought against communist and

British imperialism before the independent Federation of Malaya came into being on

Aug 31, 1957.

In fact, he was among the many young men who signed up as members of the Royal

Malay Regiment (RAMD) after Independence when the country was still flushing out

communist remnants.

Page 39: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Relating his experience in serving the country under the RAMD from 1958 to 1978,

Abidin, now 80, said the efforts to maintain Independence for the country were

equally hard as the efforts to obtain it.

―One of my unforgettable experiences was during the operation to combat

communist guerrillas in Gubir, Kedah. A total of 30 RAMD members including myself

were deployed for the operation. Little did we know that the guerrillas were ready for

us, they had even set up booby traps to foil our operation.

―Two of my comrades were injured by those booby traps and were rushed to

hospital. I was lucky to have escaped unhurt,‖ the veteran told Bernama.

Nevertheless, Abidin said certain operations had indeed claimed the lives of his

comrades.

―I can still remember the harrowing experience during the Malaysia-Indonesia

Confrontation in 1963, in which the RAMD members were involved in a shootout with

the Indonesian army.

―Six of my comrades were killed in front of my eyes during the shootout,‖ said the

veteran who retired as Warrant Officer in 1979.

For his service and participation in the peacekeeping mission in Congo from 1960 to

1963, Abidin was conferred the Loyal Service Medal by the United Nations, as well

as the Pingat Pangkuan Negara (PPN) medal.

In conjunction with the 59th National Day celebrations today, the veteran expressed

hope that Malaysia would continue to progress and prosper for the benefit of future

generations.

At the same time, he said the young generation should not take everything for

granted, but observe, appreciate and strive to maintain the country‘s Independence

that they enjoyed today.

Page 40: KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...

Warga emas tamatkan larian 500Km

Nasir Abas, (bertopi) disambut meriah sejurus tiba di Dataran Merdeka, malam tadi. - Gambar

facebook/NasirAbasSoloRun

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Walaupun umur mencecah 61 tahun, namun itu tidak

menjadi penghalang kepada seorang pesara tentera untuk menamatkan larian

Merdeka sejauh 500KM yang bermula dari Alor Star dan tiba di Dataran Merdeka

malam tadi.

Pesara tentera berkenaan, Nasir Abbas, memberitahu larian yang dilakukan

olehnya yang memakan masa hampir 10 hari bertujuan untuk merasai kesusahan

dan keperitan pejuang dan pemimpin terdahulu dalam usaha mendapatkan

kemerdekaan kepada tercinta.

―Apa yang dilakukan oleh saya ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan

pejuang terdahulu, penat mereka sepanjang usaha mendapatkan kemerdekaan

mungkin lebih dari apa yang saya rasa.

―Malah, sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka, saya sempat bertemu dengan

seorang perempuan yang sedang mengandung berhenti dan turut menemani saya

berlari buat seketika sebagai tanda sokongannya kepada saya,‖ katanya sebak

dalam sidang akhbar khas di Jalan Kuching, di sini malam tadi.

Ketibaan beliau di Dataran Merdeka juga disambut meriah oleh Panglima Tentera

Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Timbalan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum, anggota beruniform yang

lain, dan orang ramai yang berkunjung ke sini. - UTUSAN ONLINE