KERATAN AKHBAR Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat Sinar … · mendapatkan dana bagi memberi bantuan...
Transcript of KERATAN AKHBAR Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat Sinar … · mendapatkan dana bagi memberi bantuan...
KERATAN AKHBAR
19 November 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1. Harian Metro – Penampar pencuri
telur.
Rabu / 9 November
2016 Online
2. Sinar Harian – Sokong Kempen Tabung Pahlawan.
Rabu / 9 November
2016 Online
3. News Straits Times – Donations sought for injured ex – servicemen.
Khamis / 10
November 2016 20
4. Utusan Malaysia – Pak Nasir selamat tiba di Kedah.
Khamis / 10
November 2016 Online
5. Harian Metro – Hilang kaki demi Negara.
Jumaat / 11
November 2016 25
6. News Straits Times – Remembrance Sunday : Services to honour fallen British, Malaysia heroes.
Ahad / 13 November
2016 Online
7. Harian Metro – Wira terbuang. Isnin / 14 November
2016 18
8. News Straits Times – Army Veteran receives British award for services.
Isnin / 14 November
2016 20
9. FMT News – PIBGN mahu bekas polis, askar jadi pengawal keselamatan sekolah.
Isnin / 14 November
2016 Online
10. Borneo Post Online – CM comends PVTMS for its success.
Isnin / 14 November
2016 Online
11. Utusan Malaysia – Tradisi memperingati wira Perang Dunia Kedua diteruskan.
Selasa / 15
November 2016 Online
Penampar pencuri telur
Alor Gajah: Pelbagai pengalaman termasuk detik cemas ditampar pencuri ketika
mahu menyelamatkan telur penyu dalam kawasan jagaannya tidak mematahkan
semangat Haron Safar, 60, untuk meneruskan tugas sebagai „renjer penyu‟.
Bekas tentera itu mula menjalankan aktiviti mengutip telur penyu di sepanjang pantai
Ayer Hitam Darat, Masjid Tanah di sini, sejak 1986, didorong rasa minat dan
sayangkan haiwan dalam kelompok vertebrata.
Sepanjang menjalankan tugasnya, Haron sering berputih mata akibat perbuatan
khianat individu tidak berpuas hati dengan ketegasannya menjalankan tugas
termasuk perahunya dibakar dan motosikal dirosakkan.
“Malah, saya pernah ditampar kerana melarang seorang individu daripada
mengambil telur penyu. Dia yang berang kemudian terus menyerang saya
menyebabkan saya terpaksa membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan.
“Bagaimanapun, saya tidak kisah kerana menyelamatkan telur penyu dan
memastikan reptilia itu terus membiak. Orang ramai tidak faham mengenai
kepentingan program yang kami jalankan iaitu mengelakkan penyu daripada
kepupusan,” katanya.
Terdahulu, Haron menerima Anugerah Renjer Cemerlang sempena Hari
Penghargaan Renjer di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pandang
Kemunting di sini, kelmarin. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri
Mohd Ghazali A Manap.
Sementara itu, Mohd Ghazali berkata, pihaknya merekodkan 324 pendaratan penyu
di pantai Tanjung Dahan, Meriam Patah, Tanjung Serai, Padang Kemunting, Kem
Terendak, Teluk Belanga dan Balik Batu.
Beliau berkata, sehingga Ogos lalu, 39.71 peratus daripada 40,210 telur penyu
ditetaskan manakala telur penyu dieramkan pada September lalu dijangka dapat
meningkatkan jumlah penetasan penyu hingga hujung tahun ini.
Sokong kempen tabung pahlawan
Ramlee (duduk, tengah) bersama Samsuddin (duduk, dua kanan) pada Majlis Kempen
Tabung Pahlawan Peringkat daerah Muar di pejabat daerah.
MUAR - Generasi hari ini perlu menghargai dan mengenang jasa pahlawan yang
berjuang bagi memastikan negara mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu.
Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman berkata, kebebasan dikecapi pada hari
ini adalah kerana hasil titik keringat dan darah mereka yang sanggup menggadaikan
nyawa demi negara.
“Kita semua harus bersyukur kerana hasil perjuangan dan pengorbanan mereka, kita
dapat hidup dengan aman sehingga ke hari ini.
“Sebenarnya perjuangan mereka ini tak mampu dibayar dengan wang ringgit, namun
balu dan anak-anak mereka sangat mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak
bagi meneruskan kehidupan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Kempen
Tabung Pahlawan Peringkat daerah Muar, baru-baru ini.
Justeru, menurut Ramlee, beliau berharap semua sektor dan ketua jabatan di
daerah ini menyokong kempen tersebut dengan menjayakan kutipan tabung Hari
Pahlawan yang diedarkan di jabatan masing-masing.
Beliau berkata, pelancaran kempen Tabung Pahlawan 2016 sebagai mengenang
jasa dan menghargai kepayahan mereka.
“Usaha mengumpulkan sumbangan daripada semua pihak ini bertujuan
mendapatkan dana bagi memberi bantuan berbentuk kebajikan kepada veteran
ataupun keluarga mereka.
“Ini sebagai tanda keprihatinan kita selaku rakyat Malaysia, kerana tanpa adanya
pengorbanan dan perjuangan, kita tak mampu hidup selesa seperti hari ini,” katanya
Terdahulu, sebanyak 30 tabung telah diedarkan ke semua jabatan di daerah ini, dan
selama seminggu ia dilancarkan, lebih RM10,000 berjaya dikutip hasil keprihatinan
orang ramai.
Sementara itu, Pejabat Daerah Muar turut mengambil kesempatan memberi
sumbangan bernilai RM5,000 sebagai tanda sokongan terhadap pelancaran tabung
berkenaan.
Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Persatuan Veteran Angkatan Tentera
Malaysia (PVATM) Cawangan Muar, Samsuddin Rais.
Pak Nasir selamat tiba di Kedah
NASIR ABAS dijulang penyokong Lang Merah sebaik sahaja tiba di Kampung Tok Pasai,
Kuala Kedah semalam setelah menamatkan misi larian solo sempena kejayaan Kedah
menjuarai Piala Malaysia. UTUSAN/Safrizal Azmi
ALOR SETAR 9 Nov. – Selepas 10 hari meredah hujan panas dan melakukan larian
solo sejauh kira-kira 500 kilometer dari Stadium Shah Alam, penyokong setia Kedah,
Nasir Abas akhirnya selamat tiba di Kampung Tok Pasai di sini hari ini.
Ketibaan Nasir, 61, yang lebih dikenali sebagai Pak Nasir disambut ratusan
penyokong Lang Merah, malah bekas pesara tentera itu turut dijulang seperti wira
kerana kejayaannya menamatkan misi yang cukup mencabar.
Imam Surau Al-Hijrah itu memulakan larian dari Stadium Shah Alam pada 31
Oktober lalu bagi membayar nazar berikutan kejayaan Lang Merah membawa
pulang Piala Malaysia selepas lapan tahun.
Kata Pak Nasir, dia gembira dapat menamatkan larian seperti yang dirancang
walaupun terpaksa berdepan keadaan cuaca tidak menentu sepanjang perjalanan.
"Cabaran saya bermula dari hari pertama kerana keadaan cuaca yang panas terik
ketika itu.
“Malah disebabkan tersalah jalan ketika memulakan larian, saya terpaksa berpatah
semula melalui Lebuh Raya Guthrie demi keselamatan.
"Namun, saya seronok sebab sepanjang perjalanan pulang ke sini, terutama pada
hari pertama selepas kemenangan Kedah, ramai penyokong Lang Merah yang tidak
melepaskan peluang untuk bergambar," katanya di sini hari ini.
Ketibaan Pak Nasir di Kampung Tok Pasai, di sini pada kira-kira pukul 3 petang itu
disambut meriah kira-kira 200 penyokong Lang Merah dan penduduk setempat.
Menurut Pak Nasir, sokongan yang diberikan penduduk di kawasan yang dilalui
banyak membantu meningkatkan motivasinya untuk meneruskan larian dalam
keadaan cuaca tidak menentu.
"Saya ingin berterima kasih kepada Kumpulan DCT Sdn. Bhd. kerana memberi
tajaan penginapan, makanan, kasut dan pakaian bagi menjayakan misi larian so-
lonya pada kali ini," ujarnya.
Tambahnya, dia berhasrat untuk mencatat satu lagi rekod dalam Malaysia Book of
Record dengan membuat larian sejauh 1,754km mengelilingi Semananjung pada
sambutan Hari Pahlawan atau Hari Kemerdekaan, tahun depan.
Seperti kebiasaan, larian Pak Nasir ditemani oleh isterinya, Faridah Lowamiah, 58,
dan rakan, Mohd. Fisol Hassan,52, sehingga ke Kampung Tok Pasai, di sini bagi
tujuan keselamatan.
Remembrance Sunday: Services to honour
fallen British, Malaysian heroes
KUALA LUMPUR: They are gone, but not forgotten. The British High Commission
in Malaysia today paid tribute to fallen British and Malaysian heroes at the
Remembrance Sunday service ceremony at the National Monument today. It was
a morning of sombre reflection, as guests came together since 7.45am, to honour
the contribution of Commonwealth military and civilian servicemen and women in
the two World Wars and later conflicts. The service particularly marked 75 years
since the start of the Malayan Campaign. In the United Kingdom, Remembrance
Sunday always falls on the second Sunday in November. It is a day for the nation
to remember and honour those who have sacrificed their lives to secure and
protect our freedom. Ambassadors, High Commissioners and Defence Advisers
from over 20 countries stood in respectful silence alongside representatives from
the Malaysian Armed Forces, Malaysian Armed Forces Sikh Veterans
Association, presidents of local societies, head teachers of schools and
representatives from the Kuala Lumpur Cubs, Scouts and Guides. As guests
arrived, the KL Pipes and Drums band performed a stirring rendition of traditional
tunes. The service formally began with guests joining the voices of the Garden
International School choir in singing the hymn 'O God Our Help in Ages Past‟.
British High Commissioner to Malaysia, Vicki Treadell then delivered her address,
saying: “Today we mark the 75th year since the start of the Malayan Campaign.
“We recognise the debt we owe all those, be it military or civilian, who gave of
themselves for the Allied cause. We laud their comradeship and we remember
their sacrifice.' Treadell also paid special tribute to the British Indian Army and the
Sikh contribution during the Malayan Campaign. The service continued with
reflections by Andrew Hwang from the St Andrew‟s Presbyterian Church and Maj.
Tara Singh, from the Malaysian Armed Forces Sikh Veterans Association. The
event also featured readings of “In Flanders Fields” and “For the Fallen” read by
Garden International School students, Anoushka Upadhyay and Julia Lee
respectively. Two minutes of silence were held in respect of the fallen, with the
Last Post and Reveille on trumpet performed by Joseph Jenkinson of the British
High Commission. The ceremony ended with the laying of wreaths at the base of
the Cenotaph, an apt tribute to those who gave their lives in the name of peace.
PIBGN mahu bekas polis, askar jadi pengawal
keselamatan SK
Ali berkata, pekerja asing tidak boleh dibenarkan menjadi pengawal keselamatan
di sekolah kebangsaan kerana mereka tidak menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberikan.
PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mahu kerajaan
memastikan hanya bekas anggota keselamatan negara dibenarkan menjadi
pengawal keselamatan di sekolah kebangsaan (SK).
Presidennya, Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, kerajaan perlu memastikan
hanya individu itu sudah menjalani latihan mencukupi, mempunyai badan sihat dan
boleh mematuhi arahan diambil sebagai pengawal keselamatan di SK.
“Diharapkan (juga) lebih baik (tugas pengawal keselamatan) diberi kepada rakyat
Malaysia, khususnya bekas-bekas kakitangan keselamatan pegawai polis dan askar
mungkin lebih layak daripada pekerja asing yang barangkali tidak tahu asal usulnya,”
katanya ketika dihubungi FMT.
Ali berkata, pekerja asing tidak boleh dibenarkan menjadi pengawal keselamatan di
SK kerana mereka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
“Memang ada baiknya, penting dipastikan semua yang diambil pengawal
keselamatan profesional, dilatih, mempunyai tanggungjawab yang diberikan kepada
mereka.
“Tidak mahu ambil langsung pekerja-pekerja luar negara mungkin langkah amat
sesuai, kerana mereka kebanyakan daripada luar negara ini tak layak dan tidak
terlatih. Dan mungkin gajinya tidak dipastikan mencukupi.”
Ali mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan pada Rabu
lalu yang melarang pekerja asing bekerja sebagai pengawal keselamatan di SK.
Katanya, syarikat keselamatan yang melanggar peraturan itu akan ditamatkan
kontraknya dan perkhidmatan 25 syarikat keselamatan sudah ditamatkan sejak
tahun lalu.
CM COMMENDS PVTMS FOR ITS SUCCESS
SIBU: Malaysian Armed Forces Veterans Association Sarawak (PVTMS) has been
commended for being able to be on par with other associations in fighting for the
welfare of its members throughout the state.
In giving this commendation, Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem
said five years after its establishment, the association had carried out many
charitable activities that led to improved services to its members.
“I want to take this opportunity to urge all newly retired army personnel to register as
members to any related association so that their welfare will not be neglected.
“I also urge all the existing associations in the state to be united and always maintain
the bonds of friendship with one another for their mutual interest,” he said in his
address at the fifth anniversary of PVTMS at a leading hotel here on Saturday night.
His text of speech was read out by Second Finance Minister Dato Sri Wong Soon
Koh, who is also Bawang Assan assemblyman.
According to the Chief Minister, the government would always take care of the
welfare of the veterans as recognition of their contributions and sacrifices to
safeguard the security and sovereignty of the country, especially during the
communist insurgency and Indonesian confrontation.
“The government will never forget the sacrifices of the ATM veterans,” he added.
On a related matter, Adenan hoped that more Sarawakians would be given the
opportunity to join the army, including enrolling at the University of National Defence
of Malaysia (UPNM) and the Royal Military College (RMC), so that they could join
hands in defending the country‟s security and sovereignty.
To PVTMS, he hoped it would always strive to achieve success and become a
strong organisation as well as be well respected in the country.
PVTMS president Thomas Ling Kui Eng was among those present.
Tradisi memperingati wira Perang Dunia
Kedua diteruskan
ROZMAN ISLI (tiga dari kanan) melancarkan „Bumbung Dua Belas‟ sempena Hari Peringatan Ke-19
memperingati askar yang gugur di Borneo semasa Perang Dunia Kedua di Labuan, kelmarin. Turut
hadir Azhar Ahmad (dua dari kanan), tetamu dan wakil-wakil suruhanjaya tinggi asing.
LABUAN 14 Nov. - Ratusan orang termasuk rakyat tempatan dan asing berkumpul
di Memorial Perang Dunia Kedua terbesar di Malaysia di sini semalam, bagi
memperingati 3,908 askar dari Tentera Bersekutu dan unit-unit pertahanan tempatan
yang gugur di Borneo semasa Perang Dunia Kedua dari 1941-1945.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengetuai kesemua orang kenamaan
yang hadir dengan meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan berkenaan yang
dibina di Japan Tanjung Batu sempena Hari Peringatan Ke-19 tahun ini.
Memorial berkenaan dirasmikan oleh kerajaan Australia pada Jun 1953 manakala
Hari Peringatan disambut setiap tahun pada bulan November.
Bagi meneruskan tradisi, bunga popi berwarna merah dipakai oleh kesemua orang
kenamaan, melambangkan pengorbanan individu, semasa upacara itu.
Masyarakat pelbagai agama iaitu Islam, Kristian, Sikh dan Hindu turut bertafakur
selama dua minit mengikut ajaran masing-masing sebelum kalungan bunga
diletakkan di Monumen Memorial Perang Dunia Kedua dan Memorial India.
Hari Peringatan itu yang disenaraikan dalam Kalendar Acara Majlis Tindakan
Pelancongan Labuan dihoskan oleh Perbadanan Labuan setiap tahun.
Sementara itu, Rozman dalam ucapan ringkasnya berkata, acara berkenaan bukan
sahaja membakar semangat patriotisme dalam kalangan orang muda malah turut
menunjukkan hubungan erat Malaysia dengan negara-negara yang menghantar
wakil.
“Saya amat berharap melalui acara ini kita bukan sahaja memperingati pengorbanan
para wira kita tetapi seperti yang semua tahu hubungan erat telah terjalin antara kita
semua,” katanya.
Pada upacara itu, Rozman juga melancarkan tapak bersejarah di Taman Botani -
Rumah Kerajaan British yang dikenali sebagai „Bumbung Dua Belas‟.
„Bumbung Dua Belas‟ dibina pada 1852 semasa zaman empayar British di Borneo.
Rumah itu musnah pada 3 Mei, 1945 semasa Perang Dunia Kedua.
Yang turut hadir ialah David Campbell (Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Brunei), Nicola
Rosenblum (Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Brunei), Panglima Wilayah Udara 2
TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Sabre Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad.