KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar/Merintis bandar... · PENGHUNI Cyberjaya kini memikul...

4
Merintis bandar raya hijau PENGHUNI Cyberjaya kini memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bandar itu mampu menjadi sebuah bandar hijau secara holistik. APABILA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Teknologi Hijau sebagai antara pemacu baru untuk ekonomi negara, Cyberjaya diberi penghormatan sebagai perintis bandar raya hijau. Ir. Hafidz Hashim, Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd. yang juga pemilik tanah dan pemaju bandar raya siber perdana di Malaysia berkata, selaras dengan status baru itu siri seminar bulanan iGREET (Maklumat Mengenai Teknologi Hijau) diperkenal oleh syarikat tersebut. "IGREET merupakan platform unggul bagi mereka yang berkepentingan untuk berkongsi idea mengenai bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada infrastruktur hijau dan ekosistem holistik yang dapat ditawarkan oleh ekosistem Cyberjaya. iGREET juga merupakan peluang yang baik Tajuk : Merintis bandar raya hijau Tarikh : 3 Disember 2010 Sumber : Kosmo KERATAN AKHBAR ONLINE

Transcript of KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar/Merintis bandar... · PENGHUNI Cyberjaya kini memikul...

Page 1: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar/Merintis bandar... · PENGHUNI Cyberjaya kini memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bandar itu mampu menjadi sebuah ... diperkenal

Merintis bandar raya hijau

PENGHUNI Cyberjaya kini memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bandar itu mampu menjadi sebuah

bandar hijau secara holistik.

APABILA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Teknologi Hijau sebagai

antara pemacu baru untuk ekonomi negara, Cyberjaya diberi penghormatan sebagai perintis bandar

raya hijau.

Ir. Hafidz Hashim, Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd. yang juga pemilik tanah dan pemaju bandar

raya siber perdana di Malaysia berkata, selaras dengan status baru itu siri seminar bulanan iGREET

(Maklumat Mengenai Teknologi Hijau) diperkenal oleh syarikat tersebut.

"IGREET merupakan platform unggul bagi mereka yang berkepentingan untuk berkongsi idea

mengenai bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada infrastruktur hijau dan ekosistem

holistik yang dapat ditawarkan oleh ekosistem Cyberjaya. iGREET juga merupakan peluang yang baik

Tajuk : Merintis bandar raya hijau

Tarikh : 3 Disember 2010

Sumber : Kosmo

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar/Merintis bandar... · PENGHUNI Cyberjaya kini memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bandar itu mampu menjadi sebuah ... diperkenal

bagi para hadirin menjana peluang perniagaan dalam kalangan pemaju dan penyewa sedia ada di

Cyberjaya," katanya.

Seminar-seminar itu yang diadakan di Rumah Kelab Tasik Cyberjaya bertujuan memperkenal

pelbagai kemungkinan teknologi hijau kepada para pemaju dan pemegang kepentingan di Cyberjaya.

"Siri iGREET diperkenal bukan sahaja kerana status baru kami sebagai bandar raya hijau perintis

seperti yang disampaikan oleh kerajaan, tetapi juga sebagai inisiatif tersendiri untuk memperjuang

tanggungjawab ekologi bandar raya siber terkemuka di Malaysia dan hab koridor raya multimedia

Malaysia," tambah Hafidz.

Penjimatan tenaga

Seminar iGREET ketiga yang diadakan baru-baru ini, mendedahkan bahawa pihak berkuasa

tempatan boleh menjimatkan sehingga RM2.5 juta setiap tahun dalam bil utiliti untuk setiap 300 lampu

jalan menggunakan penyelesaian bersepadu pemantauan penggunaan tenaga.

Seorang penceramah jemputan Sumit Goel dari KLG Systel Ltd, rakan teknologi Lucid Energy Sdn.

Bhd., menunjukkan bahawa sistem pengurusan pintar tenaga ConnectGaia yang digunakan untuk

mengawal lampu jalan di Mumbai, India, telah membantu mengoptimum penggunaan tenaga.

"Pengurusan aktif bekalan tenaga boleh dilakukan dari jauh dan boleh menambah baik dengan

signifikan kos infrastruktur kediaman, komersial dan metropolitan. Sebagai contoh, menghidupkan

berselang lampu jalan di luar waktu puncak trafik mengurangkan penggunaan tenaga sehingga

separuh," kata Goel.

Siri iGREET sebelum itu mendalami topik seperti mengumpulkan air bukan kumbahan dan rawatan

serta penggunaannya semula. Selain itu, ia juga menyentuh penyelesaian pencahayaan LED yang

cekap dari segi tenaga serta pengurusan bahan buangan organik bagi penyelesaian penjanaan

tenaga dan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Sesi ketiga itu juga menampilkan K.C. Low, Naib Presiden Perniagaan IT Schneider Electric bagi

Malaysia dan Thailand yang mengadakan demonstrasi sistem pengurusan kecekapan tenaga dan

penyejukan di pusat-pusat data.

Beliau menunjukkan pembaziran hingga 50 peratus tenaga di pusat data konvensional dalam

menyediakan tenaga dan penyejukan.

Penyelesaian-penyelesaian kini dilaksanakan di Basis Bay, sebuah pembekal khidmat penyumberan

luar IT terkemuka dan pusat data di Cyberjaya yang memberi khidmat kepada lebih 300 pelanggan

tempatan dan antarabangsa.

Page 3: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar/Merintis bandar... · PENGHUNI Cyberjaya kini memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bandar itu mampu menjadi sebuah ... diperkenal

PENJIMATAN tenaga, mengitar semula penggunaan air dan sisa buangan serta reka bentuk bangunan yang mesra

alam menjadi keutamaan dalam menggerak Cyberjaya yang hijau.

Manfaat jangka panjang

Sementara itu, Augustine Koh dari Green Purchasing Network Malaysia memberi gambaran mengenai

Sistem Kitaran Semula Wongpanit di Thailand yang inovatif dan sangat berjaya. Ia satu model

berpotensi bagi Cyberjaya sebagai bandar raya hijau perintis.

Yuso Yamada dari Yasui Architects and Engineers juga menunjukkan beberapa kemungkinan

mengubah suai pelbagai bangunan sedia ada di Cyberjaya untuk mencapai sekurang-kurangnya

status Perak GBI.

Para peserta juga melawat tapak Pusat Khidmat Shell, bangunan ulung di Cyberjaya yang menerima

sijil Emas Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka bentuk Alam Sekitar (LEED). Satu penyampaian akan

reka bentuk dan pembinaan mesra alam disampaikan oleh Jeffery Ling, pengarah firma arkitek -

Architects61.

Siri seminar itu menyaksikan minat yang baik daripada kalangan pemegang kepentingan, pemaju dan

penyewa di Cyberjaya. Katanya sebagai bandar raya siber yang canggih dari segi inovasi dan

teknologi, Cyberjaya dijangka menjadi tuan rumah pembangunan komersial, kediaman, perniagaan

dan institusi menggunakan teknologi-teknologi lestari yang boleh memperkukuh sentimen pelabur dan

penyewa ke arah empat tonggak Cyberview - menjadi tempat untuk hidup, belajar, bekerja dan

bergembira. - Bernama

Page 4: KERATAN AKHBAR ONLINE - nre.gov.my di Akhbar/Merintis bandar... · PENGHUNI Cyberjaya kini memikul tanggungjawab besar dalam memastikan bandar itu mampu menjadi sebuah ... diperkenal