Kerian

6
Kerian, Perak Kerian Kerian merupakan salah satu daerah di negeri Perak, Malaysia. Lokasi Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka. [sunting]Tarikan pelawat Bukit Merah Laketown Resort Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :- Taman Tema Air atau "Water Theme Park" Orang Utan Island Taman Eco-Park Tempat penginapan seperti Lake Town Inn. Pinggiran Sungai Kerian Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Di pinggiran Sungai Kerian terdapat banyak kemudahan riadah dan rekreasi. Pesta air menjadi acara tahunan di sini. Kuala Gula Bird Sanctuary Kuala Gula merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Daerah Kerian. Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp". Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Di antara spesis burung yang menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil " Leptopilos Javanicus" yang datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur dan spesis haiwan lain seperti monyet, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan lain-lain boleh dilihat di kawasan ini. Disini terdapat kemudahan penginapan (chalet). Pantai Ban Pecah Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu bagi kegiatan memancing di daerah Kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan laut antaranya ialah 'kari

Transcript of Kerian

Page 1: Kerian

Kerian, Perak

Kerian

Kerian merupakan salah satu daerah di negeri Perak, Malaysia.

Lokasi

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.[sunting]Tarikan pelawat

Bukit Merah Laketown ResortMelalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-Taman Tema Air atau "Water Theme Park"Orang Utan IslandTaman Eco-ParkTempat penginapan seperti Lake Town Inn.

Pinggiran Sungai KerianKeunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Di pinggiran Sungai Kerian terdapat banyak kemudahan riadah dan rekreasi. Pesta air menjadi acara tahunan di sini.

Kuala Gula Bird SanctuaryKuala Gula merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Daerah Kerian. Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp". Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Di antara spesis burung yang menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil " Leptopilos Javanicus" yang datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur dan spesis haiwan lain seperti monyet, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan lain-lain boleh dilihat di kawasan ini. Disini terdapat kemudahan penginapan (chalet).

Pantai Ban PecahBan Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu bagi kegiatan memancing di daerah Kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan laut antaranya ialah 'kari sembilang merah'. Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini umtuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.

Ladang ArowanaAir dari kolam Bukit Merah, Kerian, Perak sesuai bagi Ikan Arowana membiak. Arawona (juga dikenali sebagai Kelisa) merupakan spesis ikan hiasan yang paling mahal di dunia dan harganya boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit seekor. Disebabkan oleh nilai komersilnya maka Arowana telah diternak secara besar-besaran di kawasan Bukit Merah. Pelawat boleh datang sendiri untuk melihat bagaimana industri akuakultur ini yang sangat berkembang pesat atau ingin menyertai industri yang sungguh lumayan ini.

Galeri BanjarDaerah Kerian juga merupakan daerah yang mempunyai masyarakat banjar yang ramai di

Page 2: Kerian

Malaysia. Galeri Banjar telah dibangunkan pada tahun 2011. Galeri ini terletak di Bagan Serai atau Jalan Banjar (Parit Buntar-Bagan Serai).

Cara ke sanaUntuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Asal-usul namaDalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Muka bumiDaerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.

Pentadbiran daerahDaerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol, Pekan Tanjung Piandang dan Pekan Kuala Kurau.

EkonomiDaerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.[sunting]Penduduk

Mengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah Kerian ialah 148,575 orang. Pecahan mengikut jantina, 72,666 orang lelaki (48.09%) dan 75,909 orang perempuan (51.01%). Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1.4 setahun.[sunting]Masyarakat Banjar

Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar

Page 3: Kerian

Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Ikhwanul MusliminDisinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.1950 Persidangan alim ulama seluruh Tanah Melayu di bawah anjuran UMNO . Telah timbul pandangan yang berlainan antara anggota UMNO.1951 Persidangan alim ulama kali kedua , orang Melayu telah berpecah kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Golongan ulama dalam UMNO yang telah keluar dari parti ialah Haji Ahmad Fuad , Haji Maliki dan Haji Ahmad Badawi.Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, Perak. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir . Paling mutakhir pemimpin PAS yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N9 kawasan Gunung Semanggol adalah Sabran bin Haji Asmawi yang memenangi kerusi DUN pada pilihanraya umum tahun 1999M.Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menamakan sekolah sedia ada sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar al Baqir sempena nama Ustaz Abu Bakar Al Baqir , seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan Perak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff , Gunung Semanggol.

Parit Buntar

Parit Buntar terletak di utara negeri Perak, bersempadan dengan Bandar Baharu, Kedah dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Parit Buntar terletak berhampiran dengan Bagan Serai, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang. Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian.

SejarahSejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar.Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat sejarah apabila sekitar pertengahan tahun 1970-an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yang terkorban. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Terapung. Ketika itu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama dan juga barangan lain. Terdapat 6 cawangan kilang padi.

Wakil rakyatMengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 2008, peratus pengundi kawasan parlimen P57 Parit Buntar (45,219 pengundi) ialah: Melayu: 67.0% Cina: 28.0% India: 4.9%; Lain: 0.1%.Dalam pilihan raya 1999, kawasan ini dimenangi oleh: Dato' Dr Hassan Mohd Ali dari parti PAS dengan majoriti sebanyak 2,094 undi.Dalam pilihan raya 2004, kawasan ini dimenangi oleh Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah Alias Zainal Abidin dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 4698, menewaskan Hasan Mohd Dato' Dr Hasan Mohd Ali.Dalam pilihan raya 2008, kawasan ini dimenangi oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa dari PAS menewaskan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dari Barisan Nasional (UMNO) dengan majoriti 7,551 undi.

Page 4: Kerian

Kemudahan-Dewan Seri Kerian-Dewan Merdeka-Padang Bandaran-Laman Pusat Bandar-Hentian Raya Parit Buntar-Hentian Teksi Pusat Bandar-Arked Niaga Parit Buntar

PelanconganParit Buntar tidak mempunyai banyak pusat pelancongan, pusat komersial atau tapak sejarah tetapi ia mempunyai taman rekreasi yang tersendiri.Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian-Taman Rekreasi Ampang Jajar-Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu-Bangunan Lama di Stesen keretapi Parit Buntar-Menara Jam Parit Buntar-Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Kerian)-Kuala Gula Bird Sanctuary-Hutan Simpan Matang-Arowana Farm Bukit Merah-Bukit Merah Laketown Resort (tapak web)-Pantai Ban Pecah, Tg. Piandang (maklumat di MDK)

PenginapanPengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar.-Hotel Damai-Parit Buntar Inn-Hotel Pekan Baru-Hotel Melor Inn-Homestay Parit Buntar

Membeli-belah & menjamu seleraPengunjung boleh membeli belah di pusat membeli-belah yang terkenal dan agak besar. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai menu pilihan yang disajikan dan terkenal di negeri Perak ini.-Pasaraya Econsave-Billion Supermarket-Pasaraya Minat-Pasaraya Apollo-Pasar Malam Hari Jumaat (sekitar Jam Besar) - terbesar di utara Perak-Pasar Ramadhan (bulan puasa)

Restoran dan kafe-Old Town White Coffea-Libra Coffea House-Kentucky Fried Chicke (KFC)1 & 2-Pizza Hut Restaurant-Yakin Usaha Cafe-Shangri-La Restaurant-Hometown Restaurant-Restoran Nasser & Restoran Shah Bandar-Bamboo Inn-Secret Recipe-Shunka Japanese & Fusion Foods-Kedai Kek Murni( cawangan Kepala Batas & Sungai Petani )-McDonald's (akan datang 2013)-Bubble Gurt-Sass Cafe

Page 5: Kerian

-Korea Tea-Along Char Koey Tiaw

Hospital-Hospital Parit Buntar-Hospital Pakar Daerah (2014)

Masjid-Masjid Ar-Rahmaniah, Tebok Jawa 34200 Parit Buntar-Masjid Daerah Kerian 34200 Parit Buntar-Masjid Hijau, Kampung Kedah, 34200 Parit Buntar-Masjid Mahyuddin Batu 5, Jalan Baru 34200 Parit Buntar-Masjid Parit Tok Ngah Darat 34200 Parit Buntar-Masjid Simpang 5 34200 Parit Buntar-Masjid Sungai Setar batu 2, Jalan Sempadan 34200 Parit BuntarMasjid Jamek Titi Serong 34200 Parit Buntar