kerja

38
Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014 BAHAGIAN E : SENARAI TUGAS MENGIKUT JAWATANKUASA 1. JAWATANKUASA PIBG Senarai Tugas 1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan. 2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum. 3. Membantu pihak sekolah meningkatkan mutu disiplin dan sahsiah pelajar sekolah. 4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan/kebersihan sekolah. 5. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertimbangkan pengajaran dan pembelajaran. 6. Mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa. 7. Menghadiri upacara rasmi sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan. 1. JAWATANKUASA MAJLIS BILIK GURU Senarai Tugas 1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program- program tahunan dan menetapkan yuran/sumbangan guru. 2. Menjadi orang perantaraan antara staff dengan Pengetua. 3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staff. 4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik- bilik staff. 5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staff yang akan bertukar/pencen dan menyambut staff baru. 6. Bertanggungjawab mengeluarkan sagu hati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staff yang meninggal dunia. 7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-Guru Kanan dan Lembaga Pengawas. 1

description

ajk

Transcript of kerja

Page 1: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

BAHAGIAN E :

SENARAI TUGAS MENGIKUT JAWATANKUASA

1. JAWATANKUASA PIBG

Senarai Tugas

1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan.

2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum.

3. Membantu pihak sekolah meningkatkan mutu disiplin dan sahsiah pelajar sekolah.

4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan/kebersihan sekolah.

5. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertimbangkan pengajaran dan pembelajaran.

6. Mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa.

7. Menghadiri upacara rasmi sekolah.

8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.

1. JAWATANKUASA MAJLIS BILIK GURU

Senarai Tugas

1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran/sumbangan guru.

2. Menjadi orang perantaraan antara staff dengan Pengetua.

3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staff.

4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staff.

5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staff yang akan bertukar/pencen dan menyambut staff baru.

6. Bertanggungjawab mengeluarkan sagu hati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staff yang meninggal dunia.

7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-Guru Kanan dan Lembaga Pengawas.

8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau riadah untuk ahli.

1

Page 2: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

9. Memastikan semua guru dan staff sokongan menjadi ahli PSKPP.

10. Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang/lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesional keguruan dan kesejawatan.

11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staff.

2. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ( TAK ALIH KERAJAAN)

Senarai Tugas

1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.

2. Semua penerimaan dan pembelian hendaklah direkodkan dalam Kad Harta Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.

3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapus kira mengikut peraturan.

4. Mengenal pasti keperluan perabot.

5. Memastikan sistem inventori dilaksanakan.

6. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun.

7. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggarakan apabila perlu.

8. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.

9. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.

3. JAWATANKUASA PENGURUSAN STOK

Senarai Tugas

1. Selain dari kakitangan pejabat yang berkenaan guru-guru berikut bertanggungjawab menyimpan Buku Stok:

1.1 Ketua Panitia Sains1.2 Ketua Panitia Kemahiran Hidup1.3 Ketua Panitia Sains Pertanian1.4 Ketua Panitia Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT)1.5 Ketua Panitia Ekonomi Rumah Tangga1.6 Ketua Panitia Perdagangan/Ekonomi Asas/Prinsip Akaun1.7 Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan1.8 Ketua Panitia Pendidikan Seni1.9 Ketua Panitia Geografi

2

Page 3: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.10 Ketua Panitia Sejarah1.11 Ketua Panitia Bahasa Melayu1.12 Ketua Panitia Bahasa Inggeris1.13 Guru Perpustakaan1.14 Guru Pusat Sumber1.15 Guru Sukan dan Permainan1.16 Guru SPBT (Sidang Pagi dan Petang)1.17 Penyelaras Naskhah Guru1.18 Penyelaras Bilik Gerakan (KBSM)1.19 Guru Pembangunan dan Perabot1.20 Guru Koperasi/Kedai Buku

2. Penjaga stok adalah bertanggungjawab tentang Buku Stok masing-masing.

3. Semua barang / peralatan di bawah jagaan / kelolaan masing-masing hendaklah direkodkan dan dicatatkan ke dalam bil-bil pembelian segala rujukan yang diperlukan.

4. Setiap barang / peralatan yang baru dibeli / diterima hendaklah direkodkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

5. Sebarang barang /peralatan yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh penerima / pengguna.

6. Penerima / pengguna adalah bertanggungjawab di atas barang / peralatan yang dikeluarkan.

7. Barang / peralatan yang berupa pinjaman barang-barang yang mesti dikembalikan semula hendaklah dikembalikan semula sebaik-baik sahaja selesai penggunaannya.

8. Penjaga stok hendaklah memastikan barang-barang / peralatan kegunaan harian seperti peta-peta dan alat bantuan mengajar sentiasa dikembalikan ke tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya.

9. Penjaga stok hendaklah mengawasi semua barang-barang / peralatan kegunaan harian seperti peta-peta dan alat bantam mengajar sentiasa dikembalikan ke tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya.

10. Penjaga stok hendaklah menguruskan satu sistem tentang urusan pinjam-meminjam yang kemas lagi teratur.

11. Barang-barang / peralatan yang betul-betul rosak dan tidak boleh digunakan lagi jika perlu dihapus kira, kebenaran Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu dan sediakan satu laporan ringkas mengenainya.

12. Penjaga-penjaga stok hendaklah menyemak stok masing-masing pada tiap-tiap akhir penggal persekolahan dan menyerahkan Buku Stok kepada pejabat untuk pemeriksaan oleh Pengetua.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, BEKALAN DAN PERABOT

3

Page 4: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

Senarai Tugas

1.0 Pembangunan Fizikal Sekolah

1.1. Membantu Pengetua merancang program pembangunan fizikal sekolah.

1.2. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan pembangunan sekolah.

1.3. Melaporkan kepada Pengetua sebarang masalah berkaitan dengan pembangunan dan keadaan fizikal sekolah.

1.4. Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan fizikal sekolah seperti keadaan tandas, perabot, bangunan, padang sekolah dan kemudahan-kemudahan sukan yang lain dan sebagainya.

1.5. Mencadangkan langkah-langkah atau tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah fizikal sekolah.

1.6. Menguruskan maklumat, perangkaan dan butir-butir berkaitan dengan pembangunan atau penyenggaraan fizikal sekolah.

1.7. Menghubungi pihak-pihak luar yang berkaitan untuk menguruskan pembangunan atau penyelenggaraan sekolah.

1.8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

2.0 Pengurusan Perabot

2.1. Menyimpan maklumat mengenai alat-alat perabot yang ada di dalam bilik-bilik darjah, bilik-bilik kelas, pejabat dan sebagainya.

2.2. Memastikan tiap-tiap tingkatan mempunyai bilangan kerusi, meja dan papan hijau yang mencukupi seperti mana yang diperlukan.

2.3. Menombori dan memastikan kerusi dan meja berada dalam bilik-bilik yang telah ditetapkan.

2.4. Menyimpankan perabot yang rosak di tempat / bilik yang dikhaskan.

2.5. Mengenal pasti perabot yang rosak dan menyelaraskan kerja-kerja membaik pulih perabot oleh pekerja-pekerja.

2.6. Menerima dan menentukan alat-alat perabot yang dibekalkan adalah dalam keadaan yang baik dan betul bilangan dan seterusnya merekodkan butir-butir yang berkenaan ke dalam Buku Stok.

2.7. Mengemas kini tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

4

Page 5: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

6. JAWATANKUASA PENCATAT MINIT MESYUARAT /DIARI SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Mencatat Minit Mesyuarat guru-guru setiap kali diadakan mesyuarat dalam buku khas yang disediakan.

2. Menyediakan draf Minit Mesyuarat guru-guru untuk ditaip pada stensil.

3. Membantu Pengetua mengedarkan minit mesyuarat kepada guru-guru.

4. Menyimpan fail khas untuk semua minit Mesyuarat guru-guru.

5. Merekodkan setiap peristiwa / kejadian /kunjungan dan sebagainya setiap dalam Buku diari Sekolah.

6. Menyimpan Buku Diari Sekolah dalam keadaan selamat dan sentiasa kemas kini.

7. Menyelaras dengan Guru Majalah Sekolah untuk mencatatkan peristiwa-peristiwa yang perlu dilaporkan dalam Majalah Tahunan Sekolah.

8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

7. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Senarai Tugas

1.0 Guru Pusat Sumber

1.1. Mengurus pelantikan pengawas PSS.

1.2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.

1.3. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.

1.4. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.

1.5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

1.6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.

1.7. Menguruskan pembelian buku.

1.8. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.

1.9. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.

1.10. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang

1.11. Merawat buku.

1.12. Menguruskan hapus kira buku.

5

Page 6: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.13. Membuat laporan tahunan untuk rekod.

2.0. Guru Bahan Bantu Mengajar ABBM/APD

2.1. Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.

2.2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.

2.3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.

2.4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.

2.5. Menguruskan Penggunaan BBM/APD.

2.6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.

2.7. Memastikan keselamatan BBM/APD.

2.8. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.

2.9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.

2.10. Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.

2.11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD.

8. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAFF

Senarai Tugas

1. Merangka program tahunan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staff sekolah.

2. Merancang belanjawan aktiviti.

3. Mengadakan mesyuarat atau perbincangan sebelum memulakan sesuatu program

4. Membuat laporan atau ‘post mortem’ selepas sesuatu program dijalankan.

5. Menguruskan hal-hal seperti pengangkutan, tempat penginapan dan sebagainya jika melakukan program di luar sekolah.

6. Menguruskan hal surat-menyurat.

7. Berbincang dengan Pengetua dari masa ke masa berkaitan dengan program yang dijalankan.

6

Page 7: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

9. JAWATANKUASA AKADEMIK/KURIKULUM

Senarai Tugas

1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.

2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

3. Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar.

4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.

5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.

6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.

7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.

8. Mengadakan mesyuarat.

9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar.

10. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa

10. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

Senarai Tugas

1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia.

2. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR dan SPM.

3. Membincangkan hal-hal yang berikut:-

3.1. Rancangan Pelajaran.3.2. Buku Teks3.3. Sukatan Pelajaran dan huraian3.4. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran3.5. Peperiksaan dan penilaian.3.6. Bahan Alat Bantu Mengajar3.7. Pemulihan3.8. Kerja Latihan3.9. Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan

Jangka Pendek.3.10. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.

4. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunanya.

5. Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.

7

Page 8: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

11. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Senarai Tugas

1.0 Setiausaha Peperiksaan Luar (PMR dan SPM)

1.1. Mengurus segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM dari Lembaga Peperiksaan dari awal hingga akhir tahun.

1.2. Menyediakan kalendar peperiksaan PMR/SPM sekolah untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.

1.3. Menguruskan taklimat peperiksaan bagi pelajar-pelajar dengan tujuan:

1.3.1 Pengisian boring-borang kemasukan1.3.2 Pemilihan mata pelajaran1.3.3 Persiapan menghadapi peperiksaan

1.4. Menyediakan boring-borang bagi pelajar-pelajar untuk memilih mata-mata pelajaran peperiksaan PMR/SPM dan memberi boring-borang tersebut kepada guru-guru tingkatan.

1.5. Memungut semula boring-borang yang telah dilengkapkan dan menentukan semua pelajar telah menjelaskan semua bayaran peperiksaan mereka.

1.6. Menyusun serta mendaftarkan boring kemasukan peperiksaan PMR/SPM dan menyerahkan kepada jurutaip.

1.7. Menyerahkan semula boring-borang kemasukan peperiksaan PMR/SPM yang telah ditaip kepada guru-guru tingkatan untuk disemak dan ditandatangani.

1.8. Menyerah borang-borang tersebut kepada Pengetua untuk disemak dan ditandatangani dan dipos kepada pihak berkenaan.

1.9. Penyemakan akhir boring-borang komputer yang telah berisi nama-nama dan perkara-perkara serta lain-lain keterangan diserahkan kepada guru tingkatan untuk disemak semula oleh pelajar dan ditandatangani dan kemudian dipos kepada pihak yang berkenaan.

1.10. Menentukan kerusi meja disusun di bilik-bilik peperiksaan, serta menampalkan slip-slip meja untuk nama dan angka giliran calon-calon dengan kerjasama dari guru tingkatan.

1.11. Menyediakan pelan-pelan bilik peperiksaan dan papan tanda di tempat-tempat yang tertentu serta menentukan adanya alat-alat yang diperlukan di dalam peperiksaan.

1.12. Menyelaras penyediaan bilik-bilik ujian lisan dan papan-papan tanda.

8

Page 9: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.13. Menyusun dan mengatur pelajar-pelajar mengikut angka giliran bagi memudahkan mereka mengambil ujian lisan.

1.14. Berurusan dengan ketua pengawas pusat-pusat peperiksaan PMR/SPM bagi melicinkan perjalanan peperiksaan berkenaan.

1.15. Menyediakan borang-borang untuk butir-butir keputusan peperiksaan PMR/SPM dan memberikan kepada pelajar-pelajar berkenaan setelah disahkan dengan dibantu oleh guru-guru tingkatan dan kakitangan pejabat sekolah.

1.16. Membuat analisa keseluruhan keputusan peperiksaan PMR/SPM.

1.17. Membantu menyediakan senarai pelajar-pelajar yang layak belajar semula dalam tingkatan 3 dan 5 dan menguruskan mereka ke tingkatan tertentu.

1.18. Menyimpan baki kertas-kertas soalan PMR/SPM dan menyimpan kertas-kertas untuk rujukan.

1.19. Menyimpan dan menentukan Buku-buku Sifir Empat Angka/Sifir Tiga Angka cukup untuk digunakan dalam peperiksaan umum.

1.20. Melengkapkan data-data yang berhubung dengan peperiksaan dari masa ke masa apabila diperlukan oleh Pengetua.

1.21. Membantu menyediakan Jadual Guru Pengawas Peperiksaan termasuk penjaga masa Peperiksaan Lisan PMR/SPM.

1.22. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

2.0 Setiausaha Peperiksaan Dalaman

2.1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.

2.2. Menguruskan segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan Ujian/Peperiksaan termasuk Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM.

2.3. Membantu menyelaras urusan-urusan ujian bulanan sekolah bagi bulan-bulan yang diperlukan.

2.4. Menyediakan jadual pembina soalan.

2.5. Menguruskan percetakan pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.

2.6. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan.

2.7. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.

2.8. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.

9

Page 10: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2.9. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

2.10. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.

2.11. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar.

2.12. Mengedar, mengumpul dan menyelaras boring-borang analisa, rekod prestasi dan Laporan Peperiksaan Dalaman daripada semua guru mata pelajaran.

2.13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

12. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Senarai Tugas

1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.

2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.

3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.

4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.

5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.

6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.

7. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.

8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan

9. Membuat pindaan jika perlu.

10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua

13. JAWATANKUASA HAL EHWAL PELAJAR

Senarai Tugas

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke masa.

2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan.

10

Page 11: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.

4. Menimbangkan dan menerima pandangan dan cadangan pada pelajar , guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.

6. Mesyuarat:-

6.1. Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Pengetua.

6.2. Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

6.3. Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke masa mengikut keperluan tertentu apabila Pengetua/Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.

6.4. Dalam semua mesyuarat sidang kes ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

14. LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR

Senarai Tugas

1.0 Penyelaras Guru Disiplin

1.1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan Pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

1.2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.

1.3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

1.4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

1.5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.

11

Page 12: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.

1.7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah dan mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun negara.

1.8. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

1.9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

1.10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

1.11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas harian) untuk mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

1.12. Menyediakan dan membekalkan data maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pendidikan/PPD.

1.13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

1.14. Menjadi Pengawal Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

2.0 Setiausaha Lembaga Disiplin

2.1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.

2.2. Menyampaikan minit mesyuarat dan keputusan Lembaga Disiplin kepada semua guru.

2.3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa di perhimpunan sekolah.

2.4. Bertanggungjawab:-

2.4.1. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong Kanan HEM.

2.4.2. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual.

2.4.3. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan pengawas.

2.4.4. Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.

2.4.5. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.

3.0. Guru Disiplin

12

Page 13: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

3.1. Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.

3.2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

3.3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

3.4. Memimpin Lembaga Pengawas dan Disiplin Sekolah atas nasihat dan arahan Pengetua.

3.5. Menentukan pelajar-pelajar sentiasa mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah dan lain-lain peraturan, misalnya persatuan, kelab dan permainan, bilik makmal, perpustakaan dan sebagainya.

3.6. Memastikan peraturan sekolah dan gambar rajah tentang pakaian dan potongan rambut pelajar dipaparkan di setiap kelas di tempat-tempat tertentu.

3.7. Menentukan senarai tugas pengawas disediakan mengikut jadual dan sentiasa dipatuhi.

3.8. Menentukan adanya kerjasama daripada guru-guru lain dalam usaha melaksanakan segala peraturan/ undang-undang sekolah yang dikuatkuasakan.

3.9. Menguruskan pelantikan pengawas-pengawas sekolah melalui temu duga daripada calon-calon yang layak yang dikemukakan oleh guru-guru.

3.10. Menyelaras penyediaan laporan dan pengumpulan data-data berkaitan dengan pelanggaran disiplin untuk sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

3.11. Sebagai penasihat, sentiasa memikirkan dan mengawasi kewibawaan pengawas, kemajuan akademik dan kebajikan mereka.

3.12. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

3.13. Mengadakan dan menyemak rekod-rekod disiplin pelajar dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

3.14. Menerima laporan pengawas/ guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

3.15. Merancang dan mengendalikan kursus kepimpinan pengawas atau peningkatan disiplin dari masa ke masa.

3.16. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua.

3.17. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

3.18. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah di kalangan pelajar dan guru.

3.19. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/Buku Laporan Disiplin.

13

Page 14: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

3.20. Melaporkan kes disiplin yang diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali.

3.21. Menghubungi pihak polis jika perlu.

3.22. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (Spot check).

3.23. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius seperti :-

3.23.1. Penyalahgunaan dadah.3.23.2. Gambar lucah.3.23.3. Video lucah.3.23.4. Majalah lucah.3.23.5. Peras ugut3.23.6. Kumpulan haram.3.23.7. Bohsia.3.23.8. Bohjan dan lain-lain.

3.24. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti:-

3.24.1. Hari terakhir peperiksaan awam.3.24.2. Hari Sukan.3.24.3. Hari Keluarga.3.24.4. Majlis-majlis rasmi sekolah.

15. JAWATANKUASA KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

Senarai Tugas

1.0 Keselamatan

1.1. Membantu Pengetua memastikan keselamatan bangunan , harta benda dan kelengkapan peralatan sekolah daripada:-

1.1.1. Kebakaran1.1.2. Kecurian1.1.3. Kerosakan1.1.4. Kehilangan1.1.5. Anasir-anasir jahat/subversif

1.2. Mengadakan dan menyelia latihan kebakaran (fire drill).

1.3. Membantu Pengetua menyediakan peraturan-peraturan berhubung dengan keselamatan latihan kebakaran atau kecemasan-kecemasan lain berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki keadaan jika perlu.

14

Page 15: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.4. Membantu Pengetua menentukan tempat-tempat untuk berlindung dan jalan-jalan yang akan dilalui apabila latihan kebakaran diadakan. Satu peta bagi maksud ini hendaklah disediakan dan dipamerkan.

1.5. Memastikan alat-alat pemadam api lengkap dan boleh digunakan.

1.6. Memastikan keadaan pagar dan tindakan lain bagi keselamatan sekolah dalam keadaan yang sentiasa baik.

1.7. Melaporkan kepada Pengetua dan pihak-pihak tertentu dengan serta-merta sekiranya berlaku/terdapat kebakaran, kecurian atau tanda-tanda unsur subversif di kawasan sekolah.

1.8. Bertindak terhadap orang-orang luar yang masuk ke kawasan sekolah yang keadaannya meragukan.

1.9. Mengambil tindakan yang difikirkan perlu atau yang diarahkan oleh Pengetua.

2.0 Keselamatan Jalan Raya

2.1 Membuat dan melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan penggunaan jalan raya untuk pelajar-pelajar.

2.2 Mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar waktu pergi dan balik dari sekolah.

2.3 Bekerjasama dengan Guru Pengawas dan Disiplin untuk menentukan bahawa pelajar-pelajar mematuhi peraturan dijalankan dan di kawasan sekolah.

2.4 Menentukan bahawa pelajar-pelajar yang menaiki motosikal ke sekolah mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans serta telah mendapat kelulusan dari Pengetua.

2.5 Menentukan bahawa pelajar-pelajar menggunakan basikal yang lengkap dengan brek, lampu hadapan dan lampu belakang.

2.6 Meminta kerjasama daripada pemandu bas sekolah supaya menghantar pelajar-pelajar sekolah pada waktu yang ditetapkan supaya pelajar-pelajar tidak datang lewat.

2.7 Meminta kerjasama daripada pemandu-pemandu bas sekolah supaya mengawal disiplin pelajar-pelajar serta melaporkan sekiranya ada pelajar yang tidak melanggar peraturan kepada pihak sekolah.

2.8 Mendapatkan penceramah-penceramah jemputan dari Majlis Keselamatan Jalan Raya untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya kepada pelajar-pelajar.

2.9 Mendapatkan komen keselamatan jalan raya dan menunjukkan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh pelajar-pelajar.

2.10 Membuat peraturan meletak kereta, motosikal, dan basikal di kawasan pada hari biasa persekolahan dan upacara perayaan sekolah.

2.11 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

15

Page 16: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

3.0 Keceriaan Dan Kebersihan

3.1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke masa.

3.2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.

3.3. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti:-

2.3.1. Kempen Kebersihan2.3.2. Pertandingan Kebersihan Kelas2.3.3. Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan2.3.4. Ceramah-Ceramah Kebersihan2.3.5. Pertandingan Poster Kebersihan2.3.6. Menanam pokok/bunga di kawasan sekolah.2.3.7. Lawatan ke sekolah-sekolah lain.

3.4. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG , Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.

3.5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh AJK ini.

3.6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat laporan kemajuan kerja.

16. JAWATANKUASA DAKWAH DAN KEROHANIAN

Senarai Tugas

1. Merancang program pembangunan Insan Kamil.

2. Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah.

3. Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam.

4. Mengadakan Program Penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan.

5. Merancang dan menyelenggarakan surau sekolah.

6. Menyediakan Jadual Waktu Beribadah secara berjemaah di surau.

7. Menyelaras program-program Nadwah Islamiah yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar.

17. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Senarai Tugas

16

Page 17: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1. Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi semua aspek bimbingan dan kaunseling iaitu:-

1.1 Bimbingan Pelajar1.2 Bimbingan Kerjaya 1.3 Bimbingan Sosial1.4 Bimbingan Sahsiah1.5 Bimbingan Psikologi1.6 Bimbingan Pencegahan Dadah/AIDS.

2. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.

3. Mengelolakan program orientasi:-

3.1. Penerapan budaya sekolah bagi tingkatan peralihan dan satu.3.2. Penerangan mengenai sukatan dan pemilihan mata pelajaran di

peringkat sekolah (KBSM).3.3. Pemilihan mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas.3.4. Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

4. Mengelolakan dan mengurus Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) secara berkesan.

5. Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

6. Menubuhkan dan mengelolakan Kelab Kerjaya.

16. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temu janji dan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK).

17. Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan/agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat.

18. Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah (Sampling).

19. Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.

20. Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risikotinggi).

21. Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS.

22. Membimbing pelajar-pelajar mengenai cara belajar yang sistematik berdasarkan keadaan mereka.

23. Mengadakan penyiasatan latar belakang pelajar dengan menemui penjaga sekiranya mendapat pelajar yang menimbulkan masalah berat pada sekolah. Hasil penyiasatannya hendaklah direkodkan dan dirahsiakan. Tindakan sewajarnya diambil selepas penyiasatan rapi itu dijalankan.

24. Menghadapi pelajar-pelajar memilih mata pelajaran dalam peperiksaan sekiranya ada yang menghadapi masalah.

17

Page 18: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

25. Menyampaikan maklumat-maklumat bimbingan dan kerjaya kepada pelajar melalui papan kenyataan.

26. Mengurus dan melengkapkan Bilik Bimbingan dan Kaunseling sebagai bilik rundingan dan tempat menyimpan/ mempamerkan bahan- bahan dan maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Bimbingan dan Kerjaya, Kad 001, Penyata Kemajuan, Fail Peribadi Pelajar, dan sebagainya.

18. JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN

Senarai Tugas

1.0 Biasiswa

1.1. Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan pihak penaja untuk memastikan syarat dipatuhi.

1.2. Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.

1.3. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar tingkatan satu dan empat mengikut masa tawaran.

1.4. Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan.

1.5. Memastikan bantuan biasiswa dimasukkan ke dalam bank dan diagihkan dengan segara.

1.6. Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester.

1.7. Memberitahu ibu bapa/penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.

1.8. Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Penolong Kanan HEM.

1.9. Menghantar surat amaran kepada ibu bapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot.

10. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan Giro (tanpa kad) di Bank Simpanan Nasional.

11. Menentukan daftar buku/rekod penerimaan cek/baucar di pejabat.

12. Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.

13. Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat.

14. Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.

2.0 Biasiswa

18

Page 19: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2.1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti:-

2.1.1. Pelajar miskin2.1.2. Kemalangan2.1.3. Rawatan berterusan (penyakit kronik)2.1.4. Kematian2.1.5. Kecemasan/bencana.

2.2. Bertanggungjawab mewujudkan satu tabung untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar.

2.3. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.

2.4. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar.

2.5. Mendapatkan wang daripada sumber yang sesuai untuk mengisi tabung kebajikan pelajar. Antaranya ialah:

2.5.1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru2.5.2. Bilik Guru2.5.3. Derma daripada pelajar-pelajar2.5.4. Derma daripada guru-guru2.5.5. Projek-projek tertentu2.5.6. Lain-lain

2.6. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang kemas kini dan disahkan oleh Pengetua.

2.7. Melancarkan pungutan derma kilat di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekiranya ibu bapa atau penjaga pelajar atau pelajar yang meninggal dunia dan menyerahkan derma itu kepada pihak pelajar atau penjaga.

2.8. Menubuhkan Unit Hilang/Jumpa.

2.9. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa

19. JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan Majalah Sekolah..

2. Menentukan dasar mengenai percetakan kandungan dan aspek-aspek lain Majalah Sekolah.

3. Menentukan mutu dan bentuk majalah.

4. Merancang jadual kerja dari awal tahun sehingga Majalah Sekolah diterbitkan dan diedarkan.

5. Menyediakan anggaran belanjawan.

19

Page 20: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

6. Mengurus segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata alu-aluan kepada individu tertentu.

7. Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar.

8. Mengumpul atau menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan sekolah untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

9. Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan.

10. Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam majalah.

11. Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan bertanggungjawab menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi sehingga sempurna.

20. JAWATANKUASA KESIHATAN DAN RAWATAN

Senarai Tugas

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti disediakan serta dilengkapi.

2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).

3. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan.

4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan.

5. Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan.

6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan dan lain-lain.

7. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.

21. JAWATANKUASA BUKU TEKS (SPBT)

Senarai Tugas

1.0 Mengedarkan Borang-Borang

1.1. Mengedarkan dan memungut balik borang SPBT (1) dan SPBT (1A) daripada pelajar melalui guru tingkatan.

1.2. Menyemak tiap-tiap helai borang bagi memastikan yang ia diisi dengan betul oleh pelajar.

1.3. Mengasingkan borang SPBT (1) murid-murid yang layak dengan yang tidak layak.

20

Page 21: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.4. Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan maklumat yang diberi dalam borang.

1.5. Menyerahkan borang SPBT (1) kepada jawatankuasa Buku Teks untuk pengesahan.

2.0 Memesan Buku Teks

2.1. Menyediakan draf-draf nama buku teks yang akan digunakan pada tahun hadapan bagi tiap-tiap tingkatan dengan menggunakan borang SPBT 3 (5R).

2.2. Menyediakan borang SPBT 4R dalam 3 salinan dan memindahkan maklumat-maklumat ke dalam borang SPBT 3 (5R).

2.3. Menghantar salinan asal borang SPBT 2 (4R) dan borang SPBT 3 (5R) kepada Biro Buku Teks, salinan ke dua SPBT 2 (4R) kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan salinan ke tiga disimpan di sekolah.

2.4. Jika berlaku pertambahan pelajar secara mendadak pesanan buku teks hendaklah dibuat segera.

3.0 Penerimaan Buku Daripada Pembekal

3.1. Memastikan jenis dan bilangan buku teks yang diterima mencukupi sebagaimana tercatat dalam borang penyerahan.

3.2. Menyemak keadaan fizikal dan kualiti buku-buku itu seperti mutu kertas yang digunakan, kesilapan ejaan, silap cetak, membukukan dan lain-lain.

3.3. Memasukkan ke dalam buku stok.

3.4. Menyerahkan invois kepada pengetua untuk ditandatangani, kemudian di- hantar satu salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

3.5. Jika sekolah ada menerima buku teks dari sekolah lain langkah a,b,c,d,e, hendaklah dilakukan.

4.0 Memproses Buku Teks

4.1 Mengecop semua buku.

4.2 Menulis nombor kod dan bilangan siri bagi tiap-tiap buah buku.

5.0 Membahagi Buku-Buku Kepada Pelajar Melalui Guru Tingkatan

5.1. Memproses kembali borang SPBT (1) dan (1A) mengetahui bilangan murid yang layak menerima buku teks.

5.2. Menentukan bilangan siri bagi satu-satu jenis buku untuk satu kelas.

21

Page 22: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

5.3. Membahagi buku-buku kepada pelajar yang layak melalui guru kelas.

5.4. Menyediakan dan menyemak serta menyebarkan peraturan penggunaan buku teks.

5.5. Mengedarkan borang kepada guru kelas untuk dipenuhkan dalam dua salinan.

5.6. Memungut satu salinan borang G, menyemak supaya tidak berlaku kesilapan dan seterusnya menyimpan dalam fail khas.

6.0 Urusan Pemulangan Buku Teks

6.1. Menentukan tarikh bagi tiap-tiap tingkatan memulangkan buku-buku pinjaman.

6.2. Menyerahkan balik borang G kepada guru kelas supaya ditandakan pelajar yang memulangkan buku teks mereka.

6.3. Membilang dan menyemak bilangan buku yang telah dipulangkan sama ada sama atau tidak dengan buku yang telah dipinjamkan.

6.4. Menyimpan tiap-tiap judul di tempat yang dikhaskan mengikut turutan nombor siri.

6.5. Memastikan pelajar menggantikan buku yang dirosakkannya dengan sengaja atau hilang.

6.6. Menyediakan senarai pelajar yang tidak menyerahkan balik buku. pinjaman dan tidak menggantikan atau membayar harga buku berdasarkan borang G.

6.7. Memberitahu ibu bapa atau penjaga yang tidak memulangkan buku pinjaman.

6.8. Menyatakan senarai pelajar seperti (G) kepada pengetua.

7.0 Menyediakan Senarai Buku Teks Untuk Kegunaan Sekolah

7.1. Menyediakan senarai buku teks bagi semua tingkatan yang akan digunakan oleh sekolah dan mengedarkan kepada guru dan murid.

7.2. Menghantar satu salinan buku bagi tiap-tiap tingkatan ke BBT atau JPN.

8.0 Menjaga Buku Stok, Borang-Borang Dan Fail

3.5. Mengawal dan menjaga keselamatan buku

3.6. Buku stok berada dalam keadaan kemas kini.

22

Page 23: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

3.7. Segala barang dan fail mesti dijaga dengan selamat sepanjang masa dan sentiasa dikemas kini.

3.8. Membaiki buku yang rosak dari segi kulit, muka surat dan sebagainya

9.0 Pengagihan Buku Teks

9.1. Membilang buku-buku yang lebih dan mengikut jumlah yang diarahkan.

9.2. Menghantar buku itu ke sekolah yang telah ditetapkan.

9.3. Menyediakan borang-borang untuk ditandatangani oleh sekolah penerima.

10.0 Menilai Buku Teks

10.1. Memilih jenis-jenis buku yang dipasarkan oleh BBT.

10.2. Mengesyorkan kepada pengetua supaya membeli satu atau dua naskhah bagi tiap-tiap judul buku.

10.3. Mengemukakan kepada panitia mata pelajaran berkenaan untuk memilih sebuah buku yang sesuai untuk sekolah.

10.4. Mengemukakan kepada Jawatankuasa Pemilih Buku Teks, syor daripada panitia mata pelajaran bagi mendapatkan keputusan muktamad.

11.0 Menghapuskan Buku Teks

11.1. Membilang jumlah bagi tiap-tiap buku yang hendak dihapuskan dan menunjukkan kepada jawatankuasa untuk disemak .

11.2. Mengisi Borang B dan Borang C untuk tindakan selanjutnya.

12.0 Tugas-tugas lain

12.1 Menerima pekeliling dan soal selidik dari BBT atau JPN untuk diteliti dan diambil tindakan.

12.2 Tugas-tugas berhubung dengan buku teks akan diberitahu dari masa ke masa.

22. JAWATANKUASA KEHADIRAN MURID DAN E KEHADIRAN

Senarai Tugas

1. Menyemak dan memastikan guru-guru tingkatan mengisi dan melengkapkan butir-butir diri pelajar ke dalam Buku Pendaftaran dan Daftar Kedatangan.

23

Page 24: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2. Menyemak dan memastikan guru-guru tingkatan melengkapkan dan menutup Daftar Kedatangan pada akhir bulan dan juga akhir tahun.

3. Memaklumkan kepada guru-guru tingkatan sebarang kekurangan dan kesilapan yang terdapat dalam Buku Pendaftaran atau Daftar Kedatangan supaya dapat dibetulkan segera,

4. Mengumpulkan perangkaan kedudukan pelajar (enrolment) setiap kelas dari guru-guru tingkatan pada setiap akhir bulan dan menyerahkannya ke pejabat untuk tindakan selanjutnya.

5. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

23. JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan/Kesihatan

2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.

3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.

5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.

7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.

8. Memastikan pihak penguasa kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan.

10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain maslin/disimpan dalam bekas yang bertutup.

11. Memaklumkan kepada pihak kantin hari-hari persekolahan dan hari cuti

12. Memaklumkan dan menentukan pihak kantin menjual makanan pada hari-hari Peperiksaan PMR, SPM dan pada hari-hari tertentu yang lain yang diperlukan.

24

Page 25: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

13. Mendapatkan kerjasama dari pengawas-pengawas sekolah, guru pengawas dan guru bertugas untuk menjaga disiplin pelajar-pelajar dan menjamin kebersihan kantin.

14. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa

24. JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Senarai Tugas

1. Keanggotaan Jawatankuasa Ko- Kurikulum adalah seperti berikut:

1.1. Pengerusi : Pengetua1.2. Tim. Pengerusi : Guru Penolong Kanan 11.3. Naib Pengerusi 1 : Guru Penolong Kanan HEM1.4. Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Petang1.5. Setiausaha : Penyelaras Ko-Kurikulum1.6. Ahli-ahli

1.6.1. Semua Guru Kanan Mata Pelajaran1.6.2. Setiausaha Sukan1.6.3. Guru-guru Persatuan/ Kelab1.6.4. Guru-guru Persatuan Pakaian Seragam1.6.5. Guru-guru Penasihat Sukan dan Permainan

2. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah (Rancangan Jangka

Panjang/Pendek).

3. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

4. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

5. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.

6. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.

7. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.

8. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.

9. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.

10. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

11. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.

12. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.

13. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

25

Page 26: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

25. MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.

2. Merancang aktiviti sekolah (Jangka Panjang/Pendek).

3. Mengenal pasti T.O.V. (Take of Value) dan merancang aktiviti sukan.

4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.

5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.

6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.

7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman/luaran.

8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaannya.

26. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

1. Mengatur rancangan atau jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan MSSD, MSSJ dan MSSM sepanjang tahun.

2. Membahagikan murid-murid mengikut pasukan.

3. Membantu Pengetua menetapkan guru kanan rumah dan guru-guru rumah lain.

4. Membantu Pengetua membahagikan tugas sukan kepada guru-guru.

5. Menyelaras kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.

6. Menyatukan dan mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan.

7. Membantu Pengetua menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.

8. Menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain.

9. Mengawal dan menjaga alat sukan supaya berada dalam keadaan baik.

10. Mengemas kini buku stok sukan.

26

Page 27: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.

12. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau dibaiki mengikut keutamaan.

13. Menyediakan laporan sukan tahunan.

14. Menjadi AJK Pengawas.

15. Mencadangkan penerima anugerah sukan olahragawan dan olahragawati sekolah.

16. Mencadangkan langkah-langkah untuk meninggikan prestasi sekolah.

17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

27. KETUA RUMAH SUKAN

Senarai Tugas

1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).

2. Membuat pengagihan tugas kepada ahli rumah sukan.

3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.

4. Menjalankan mesyuarat tahunan rumah sukan dan permainan.

5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.

6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.

7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil

28. GURU RUMAH SUKAN

Senarai Tugas

1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).

2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.

3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.

27

Page 28: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.

5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.

6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.

7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

29. GURU PERMAINAN

Senarai Tugas

1. Membentuk jawatankuasa.

2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.

3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.

4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.

5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.

6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/kelas/tingkatan/sekolah.

7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.

9. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.

14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.

15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri/, wakil daerah/negeri dan negara).

28

Page 29: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

30. GURU PENGURUS PASUKAN

Senarai Tugas

1. Menyediakan dan memilih pemain untuk menyertai pertandingan di semua peringkat.

2. Menentu dan menguruskan masa dan hari latihan pasukan.

3. Mengurus dan merekodkan kedatangan pemain dalam sesuatu latihan.

4. Menubuhkan peralatan pasukan dan memastikan peraturan tersebut dipatuhi (utamakan ciri-ciri keselamatan).

5. Mengurus peralatan sukan ketika dan selepas pertandingan.

6. Menyediakan pengangkutan, ubat, makan minum, peralatan bermalam (jika perlu) dan keperluan-keperluan untuk pemain serta pasukan.

7. Memberi perhatian kepada kebajikan pemain ketika latihan dan pertandingan.

8. Mengurus perbelanjaan pertandingan.

9. Mengedar dan mengumpulkan borang kebenaran ibu bapa.

10. Mengemaskinikan fail pengurus serta menulis laporan pertandingan.

11. Fail dan laporan hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran kokurikulum selewat-lewatnya 2 minggu selepas pertandingan.

31. JURULATIH PASUKAN

Senarai Tugas

1. Membantu pengurus pasukan memilih pemain untuk menyertai pertandingan di semua peringkat.

2. Membantu pengurus menentukan masa dan hari latihan.

3. Membantu pengurus menubuhkan peraturan pasukan dan memastikan peraturan tersebut dipatuhi.

4. Mengambil tindakan yang perlu bagi menyemaikan semangat kesukanan, cinta dan bangga terhadap sekolah serta negara.

5. Memastikan keselamatan pemain ketika latihan dan permainan.

6. Memastikan pakaian pemain sesuai ketika latihan dan mengikut peraturan sekolah.

29

Page 30: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

7. Latihan mestilah mengikut masa dan hari yang ditetapkan.

8. Setiap latihan yang diadakan mestilah mempunyai tujuannya dan pastikan ia tercapai.

9. Menjaga keselamatan alatan sukan yang digunakan. Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada setiausaha sukan.

10. Pastikan juga alatan sukan telah dibersihkan sebelum dipulangkan.

11. Menyediakan rancangan latihan terperinci pada tiap hari latihan.

12. Melengkapkan laporan jurulatih dan dimasukkan ke dalam fail pengurus untuk diajukan kepada pentadbiran sekolah.

NOTA : Adalah digalakkan menyediakan pasukan pelapis bagi pasukan masing- masing.

32. PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

Senarai Tugas

1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.

2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

3. Menyelaras semua aktiviti.

4. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

5. Memastikan peraturan perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.

6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:-

7.1. Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.

7.2. Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

8. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:-

8.1. Borang memasuki persatuan8.2. Borang senarai AJK dan ahli8.3. Buku Laporan Kegiatan8.4. Fail-fail yang diperlukan.

30

Page 31: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

9. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.

10. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.

11. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

33. GURU PENASIHAT PERSATUAN /KELAB

Senarai Tugas

1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.

2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.

3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.

4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatatkan dalam perlembagaan.

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai.

8. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab.

10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.

11. Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.

12. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.

13. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah

14. Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.

15. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.

16. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

34. KOPERASI SEKOLAH

1.0 Senarai Tugas Umum

31

Page 32: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

1.1. Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya.

1.2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sebulan sekali.

1.3. Mengawasi perjalanan Koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi.

1.4. Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul.

1.5. Memastikan buku stok sentiasa kemas kini.

1.6. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.

1.7. Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemas kini dan disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung.

1.8. Mewujudkan hubungan dengan Jabatan Pembangunan “Koperasi Kawasan”.

2.0 Setiausaha Koperasi Sekolah

2.1. Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat.

2.2. Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan mesyuarat.

2.3. Menyimpan Data Nama Ahli serta Buku Laporan Kegiatan dan surat menyurat yang berkaitan.

2.4. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan Pengerusi.

2.5. Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan kepada ahli dan menyediakan bahan keperluan untuk mesyuarat.

2.6. Membantu pengerusi memberikan maklumat dan penerangan.

2.7. Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit mesyuarat untuk edaran seterusnya.

2.8. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Ahli Lembaga Pengarah atau Pengerusi dari masa ke masa.

2.0 Bendahari Koperasi

2.1. Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.

2.2. Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas penerimaan.

2.3. Memastikan wang tunai dalam tangan pada satu-satu masa tidak melebihi RM200.00 (atau yang ditetapkan oleh Lembaga).

32

Page 33: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2.4. Menyediakan resit, baucar dan dokumen sokongan untuk bayaran serta menyimpannya dengan baik.

2.5. Mengemas kini semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa dan menyimpannya dengan baik.

2.6. Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada pihak Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.

2.7. Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemas kini dan direkodkan.

BAHAGIAN E :

SENARAI TUGAS STAFF SOKONGAN

1. PEMBANTU TADBIR ( PERKHIDMATAN )

Senarai Tugas

1. Menyimpan Daftar Murid.

2. Menyimpan / menyelenggarakan Daftar Sekolah (School Admission Book).

3. Menyimpan / menjaga /menyelenggarakan fail-fail sekolah dan menyimpan surat-surat ke dalam fail-fail berkenaan.

4. Menyelenggarakan dan mengemas kini fail sekolah, persendirian guru dan kakitangan.

5. Menyediakan penyata-penyata Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahun, Penyata Tindakan Tatatertib dan lain-lain penyata diperlukan.

6. Menyelenggarakan Buku Stok Setem dan mencatatkan surat-surat keluar ke dalam Buku Rekod Setem atau Buku Surat Keluar dan merekodkan surat-surat yang diterima ke dalam Buku Penerimaan Surat.

7. Membantu Pengetua menyedia dan menjawab surat-surat berkaitan dengan pentadbiran serta kerja-kerja menaip mengenai tugas-tugas yang berkaitan.

33

Page 34: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

8. Menyedia /mengisi/mencatat maklumat-maklumat berikut:

8.1 Kew.8 berkaitan dengan :8.1.1 Pelantikan baru.8.1.2 Pengesahan pelantikan8.1.3 Pengesahan dalam jawatan.8.1.4 Pertukaran guru / kakitangan8.1.5 Penempatan guru / kakitangan.8.1.6 Kemasukan ke Dalam Perjawatan Berpencen

8.2 Am 227 berkaitan dengan kenaikan gaji guru / kakitangan.

8.3 Fin 101 berkaitan dengan Sijil Bayaran Gaji Akhir.

8.4 Am 274B-Pin 3/77 berkaitan dengan Kenyataan Perkhidmatan.

8.5 Kenyataan cuti guru / kakitangan.

8.6 Permohonan permit mengajar / buku pendaftaran guru.

8.7 Perakuan menduduki Peperiksaan Am Kerajaan.

8.8 Pendaftaran guru / kakitangan.

9. Menerima barang-barang yang dibeli oleh sekolah dan memasukkan ke dalam buku-buku stok yang berkenaan.

10. Menjaga serta menjamin buku-buku stok serta alatan sekolah dari sebarang kerosakan dan kehilangan.

11. Memegang kunci peti kabinet dan meja.

12. Menerima dan merekodkan sijil-sijil seperti PMR/SPM dan lain-lain lagi.

13. Menyediakan /menyelenggarakan borang pertukaran murid.

14. Menguruskan permohonan mengulang Tingkatan 3 dan 5.

15. Menguruskan pemilihan /penempatan/rayuan murid-murid ke Tingkatan 6.

16. Menyelenggarakan permohonan menukar jurusan Sains ke Sastera dan Sastera ke Sains.

17. Mengambil tindakan terhadap segala perkara yang perlu diambil tindakan berkaitan dengan tugas-tugas.

18. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Senarai Tugas

1. Menyediakan borang gaji dan borang-borang berkaitan.

34

Page 35: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2. Menyediakan tunggakan Gaji, Tuntutan Elaun Bahasa Sambilan (POL), Tuntutan Perbantuan LPBT / LPK dan lain-lain tuntutan.

3. Menyedia dan menyelenggarakan Buku-buku Akaun Wang Kerajaan dan Wang SUWA.

4. Menerima dan mengumpulkan segala bil pembelian Wang Kerajaan dan Wang SUWA atau membuat baucar kerana bayaran bil-bil serta menyimpan resit-resit rasminya.

5. Menulis cek-cek bayaran.

6. Mengutip dan menerima yuran sekolah, yuran peperiksaan dan lain-lain bayaran.

7. Menguruskan penerimaan dan pembayaran Biasiswa.

8. Mengeluarkan resit bagi segala penerimaan wang.

9. Menyediakan pendapatan tahunan perseorangan bagi semua kakitangan sekolah untuk cukai pendapatan.

10. Menyediakan Penyata Pendapatan dan perbelanjaan tahunan untuk di audit (Laporan Kewangan belum di audit).

11. Membantu pengetua menyediakan Anggaran perbelanjaan Tahunan Sekolah.

12. Menyelenggarakan stok buku resit kutipan yuran dan yuran pelbagai serta buku-buku cek.

13. Menyedia dan menaip semua surat-menyurat mengenai kewangan sekolah dan surat-surat yang bersangkutan dengan kerja-kerjanya.

14. Menyediakan tuntutan sewa kantin tiap-tiap bulan.

15. Menyediakan borang pesanan bagi pembelian alatan tulis dan sebagainya untuk kegunaan pejabat, murid dan sebagainya.

16. Menyediakan segala dokumen serah-menyerah tugas semasa berlaku pertukaran Pengetua.

17. Menguruskan segala fail dan pekeliling berkaitan kewangan.

18. Menyediakan Tuntutan Elaun Lebih Masa Jaga.

19. Menyediakan Borang Bulanan KWSP.

20. Menyediakan permohonan kebenaran untuk membuka Kelas Bahasa Sambilan (POL).

21. Mengawal pembelian minyak dan alatan serta keperluan untuk kegunaan pekerja-pekerja.

22. Menyelia stok alat tulis dan pejabat.

35

Page 36: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

23. Menjaga stok segala kunci bilik-bilik di sekolah.

24. Mengawas serta menyelia pekerja-pekerja lain di bawah jagaannya.

25. Pergi bank atas urusan penyimpanan wang sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan.

26. Melaksanakan tugasnya lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

3. PEMBANTU MAKMAL, PEMBANTU MAKMAL RENDAH DAN PEMBANTU AM RENDAH (MAKMAL)

Senarai Tugas

1.0 Tugas-tugas Am

1.1 Atendan Makmal, Pembantu Makmal dan Pembantu Makmal Muda mesti berada di dalam atau berhampiran dengan makmal sains yang mereka itu bertanggungjawab. Jika perlu mereka itu pergi ke makmal-makmal lain, bilik-bilik stor, pejabat sekolah dan Atendan, Pembantu dan Pembantu Makmal Muda mesti berada di makmal tatkala kelas latihan amali sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru yang menjalankan kelas latihan amali itu.

1.2 Atendan, Pembantu dan Pembantu Makmal Muda mesti bertanggungjawab bagi kebersihan am dan pengawasan makmal-makmal, bilik-bilik stor, bilik persediaan dan kawasan berhampiran dengan makmal.

1.3 Atendan, Pembantu dan Pembantu Makmal Muda juga bertanggungjawab pada pengawasan dan penyimpanan bagi alatan-alatan, kimia-kimia dan lain-lain bahan sains. Kekurangan bahan-bahan kimia atau pembaikan-pembaikan yang dikehendaki segera diadukan kepada Guru Pengelola.

2.0 Tugas-tugas Harian

2.1. Sebelum sekolah dimulai, Atendan , Pembantu dan Pembantu Makmal Muda mesti buka segala tingkap, sapu makmal, kebaskan debu-debu pada alatan-alatan yang terdedah terletak di tingkat atau pada bangku-bangku tepian tembok dan periksa air, gas dan bekalan tenaga elektrik di makmal bagi menentukan yang segala-galanya berkenaan yang memuaskan.

2.2. Segala besin mesti dibasuh bersih.

2.3. Papan-papan hitam mesti dikesat bersih, kapur mesti diberikan kiranya perlu.

2.4. Periksa segala alatan biasa seperti bikar-bikar balang-balang penyukat, tabung-tabung uji, pendiri-pendiri kaki tiga dan lain-lain lagi, tersedia pada bangku-bangku kerja penuntut atau pada tetingkat di sisinya agar berada kesemuanya di situ dengan keadaan yang memuaskan.

36

Page 37: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2.5. Periksa balang-balang gas bagi melihat yang pembekalan gas mencukupi. Maklumkan kepada guru yang berkenaan jika bekalan ini hampir habis.

2.6. Periksa kotak-kotak neraca dan timbangan.

2.7. Apa-apa bateri yang dikehendaki dicas mesti disempurnakan jua.

2.8. Selepas sekolah, periksa akan keadaan makmal. Hendaklah berkeadaan sempurna dengan segala alatan mesti diletakkan di tempat asalnya. Tutupkan segala lampu, kipas angin dan lain-lain lagi. Periksa kesemua gas dan pili air agar tertutup keadaannya, tutup segala tingkap dan pintu betul-betul; pergi mengelilingi bangunan makmal sekali lagi bagi menentukan tiada pintu atau tingkap yang terbuka dan kemudiannya pulang.

3.0 Tugas-tugas Waktu Kelepasan (Cuti Penggal);

3.1. Keluarkan kesemua alatan dari sebuah almari ke sebuah almari, bersihkan, kemudian letakkan balik dengan sempurna dan aturkannya. Tentukan pelekat-pelekat yang betul telah tertampal pada almari bagi menunjukkan kandungannya.

3.2. Bahan-bahan kimia mesti diperbaharui mana-mana yang perlu, selepas dibuang yang lama dan tidak berguna lagi.

3.3. Apa-apa alatan yang diperlukan Pembersihan Keseluruhan atau Pembetulan’mesti dilakukan di bawah pengelolaan Guru Pengelola.

3.4. Sempurnakan tugas-tugas lain yang Guru Pengelola telah masukkan ke dalam buku yang tersedia untuk kegunaan ini (atau di papan hitam).

3.5. Periksa bekalan alatan-alatan dan bahan-bahan kimia dan adukan kepada Guru Pengelola bagi pembelian tambahan untuknya itu yang patut dibuat, mana-mana yang perlu.

3.6. Periksa alat-alat pemadam api dan perkakas-perkakas tentang api, almari-almari pertolongan cemas dan lain-lain lagi dan adukan kiranya ada kerosakan atau kecacatan.

4.0 Tugas-tugas lain:

4.1 Melaksanakan tugas-tugas lain seperti mana yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

4. JURUTEKNIK KOMPUTER

Senarai Tugas

1. Membantu merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakanpenggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk menjalankanaktiviti-aktiviti Sekolah Bestari seperti:

Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) untuk pengurusan

37

Page 38: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

sekolah.

Penggunaan Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching Learning Materials atau TLM atau Courseware)

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Akses Internet

1.1 Melapor dan bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras Bestari.

1.2 Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian router, modem dan sebagainya.

1.3 Menyedia inventori bagi kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan.

1.4 Membantu menyenggara kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan.

1.5 Menjalankan penyenggaraan preventive bagi peralatan IT dan bukan IT.

1.6 Membantu mengurus akaun pengguna dan e-mel.

1.7 Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

1.8 Memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran bilik di mana kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.

1.9 Memastikan garis panduan/peratuan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi dipatuhi.

1.10 Membantu menyediakan keperluan infrastrutur teknologi untuk kegunaan guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti Sekolah Bestari.

1.11 Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah berkaitan dengan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian atau Perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran serta menyelesaikan masalah tersebut.

1.12 Membantu merancang dan menguruskan pembelian bahan habis guna (consumables).

1.13 Menjalankan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan computer yang rosak.

2. Memastikan keselamatan Kemudahan Infrastruktur Teknologi dan Data

2.1 Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi melalui langkah-langkah berikut:

2.1.1 Memastikan bilik pelayan hanya dimasuki oleh pihak diberi kuasa sahaja.

2.1.2 Memastikan alat hawadingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

38

Page 39: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

2.1.3 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat yang telah dikenalpasti

2.2 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:

2.2.1 Memastikan komputer bebas dari virus.

2.2.2 Membantu membuat backup dan replikasi maklumat apabila diarahkan oleh Guru Penyelaras Bestari.

3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke masa.

Masa Bertugas

Tempoh masa bertugas adalah berdasarkan waktu pejabat. (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2000).

Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu Minggu Pertama dan Ketiga

Hari Waktu Bekerja (Pagi)

Waktu Rehat Waktu Bekerja (Petang)

Ahad – Rabu 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00 – 4.15 Khamis 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00 – 4.15

Minggu-minggu lain

Hari Waktu Bekerja (Pagi)

Waktu Rehat Waktu Bekerja (Petang)

Sabtu – Rabu 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00 – 4.15 Khamis 8.00 – 1.00

Hari Rehat Sabtu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan (Masa bertugas mungkin perlu dilanjutkan bergantung kepada keperluan).Kumpulan B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka,Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Minggu Pertama dan Ketiga

Hari Waktu Bekerja (Pagi)

Waktu Rehat Waktu Bekerja (Petang)

Isnin – Khamis 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.00 – 4.30Jumaat 8.00 – 1.00 1.00 – 2.00 2.45 – 4.30 Sabtu 8.00 – 12.15

Hari Rehat Sabtu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan(Masa bertugas mungkin perlu dilanjutkan bergantung kepada keperluan)

5. PEMBANTU AM PEJABAT

39

Page 40: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

Senarai Tugas

1. Menjalankan tugas selama 8 jam sehari. Waktu bertugas ialah:

1.1 7.00 pagi – 3.00 petang / 11.00 pagi – 7.00 petang (Isnin hingga Jumaat)1.2 7.00 pagi – 11.45 pagi / 11.00 pagi – 3.45 petang (Sabtu)(Ketepatan waktu datang dan balik hendaklah dicatat di dalam buku kedatangan).

2. Membuka dan menutup Pejabat Am dan Pejabat Pengetua setiap hari serta menyapu lantai dan mengemas bilik-bilik tersebut pada pukul 7.00 pagi dan 6.30 petang.

3. Menghantar surat-surat melalui pos atau dengan tangan dan membantu kerani merekodkan surat-surat tersebut ke dalam Buku Surat Keluar / ‘Despatch Book’.

4. Menentukan sema jenis Buku Rekod, Register, Fail, borang, kotak-kotak kapur dan lain-lain di dalam kedua-dua Pejabat Am dan Pengetua sentiasa kemas sepanjang masa.

5. Mencatat kedatangan harian semua tingkatan di Buku Rekod Kedatangan dan diserahkan kepada guru bertugas untuk kiraan peratus.

6. Mendapatkan butir-butir murid daripada guru-guru tingkatan untuk Penyata Bulanan dan sebagainya yang diperlukan.

7. Memanggil pelajar, guru atau pekerja apabila diminta berbuat demikian oleh Pengetua.

8. Mencari fail-fail dan lain-lain maklumat yang diarahkan oleh Pengetua.

9. Membantu kerani menyimpan surat-surat dan pekeliling ke dalam fail-fail berkenaan.

10. Menyerahkan Buku-buku Kedatangan Guru, Pekerja dan Jaga Bertugas ke Pejabat Pengetua.

11. Menghantar Jadual Ganti Guru kepada guru-guru berkenaan.12. Menghantar surat-surat pekeliling atau arahan-arahan kepada guru-guru atau

kakitangan bukan guru.

13. Membantu menyediakan semua borang yang digunakan di pejabat sekolah.

14. Mensiklostil kertas-kertas soalan peperiksaan, nota-nota dan borang-borang yang diperlukan.

15. Mengumpulkan semua Buku Rekod Kemajuan murid untuk ditandatangani oleh Pengetua.

16. Mengumpulkan semua buku persediaan mengajar guru-guru, membubuh cop Pengetua untuk diperiksa dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Penolong Kanan.

17. Membantu kerja-kerja kerani.18. Sentiasa mematuhi arahan-arahan Pengetua, Guru Penolong Kanan, Kerani dan

pegawai-pegawai yang diwakilkan oleh Pengetua.

40

Page 41: kerja

Panduan Tugas Guru dan Kakitangan 2014

19. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti mana yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

41