Kerja Assigment Golf

17
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia NAMA : MOHAMAD RIDUWAN BIN ALIAS NO.MATRIK: D20111047446 FAKULTI : FSSKJ PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS SUKAN SUBJEK : KEMAHIRAN IKHTISAS PADANG (GOLF ) KUMPULAN: A PENSYARAH :

description

semua tentang golf

Transcript of Kerja Assigment Golf

Page 1: Kerja Assigment Golf

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

NAMA : MOHAMAD RIDUWAN BIN ALIAS

NO.MATRIK: D20111047446

FAKULTI : FSSKJ

PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS SUKAN

SUBJEK : KEMAHIRAN IKHTISAS PADANG (GOLF )

KUMPULAN: A

PENSYARAH :

INSTRUKTUR : EN. MOHD MUHAIYUDIN B. MOHD ZAHID

Page 2: Kerja Assigment Golf

GOLF

Golf adalah satu sukan padang yang dimainkan dengan menggunakan satu

set kayu golf dan sebiji bola. Anda boleh bermain secara perseorangan ataupun

berkumpulan. Dalam sukan golf pemain perlu memukul bola golf sehingga

dimasukkan ke dalam lubang di padang golf. Setiap pemain perlu memastikan

jumlah pukulan (stroke) kurang daripada PAR golf untuk skor yang terbaik.

Golf merupakan satu sukan yang tidak memerlukan kawasan bermain yang

‘standard‘ seperti sukan-sukan lain yang mempunyai kawasan yang terhad dan

tetap. Sebaliknya, sukan golf dimainkan di padang golf dan setiap padang

mempunyai rekabentuk yang unik masing-masing dan mempunyai 9 lubang atau 18

lubang.

Sukan golf juga ada peraturannya seperti sukan-sukan lain yang dipanggil

‘rules of golf‘.Merujuk buku ‘rules of golf‘, sukan golf ditakrifkan sebagai “memukul

bola dengan kayu golf dari tee box sehingga ianya masuk ke dalam lubang dan

kiraan berpandukan peraturan golf”.

Umumnya, sukan golf dikira berdasarkan bilangan pukulan terendah bagi

setiap individu atau dikenali sebagai ‘stroke play‘ atau individu/pasukan yang

mendapat bilangan pukulan terendah bagi setiap lubang dalam satu pusingan

dikenali sebagai ‘matchplay‘. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis format

perlawanan yang lain seperti stableford, foursome, four ball, Patsome, Skins, String,

Chapman, Flag tournement dan ‘no official’ format seperti Scramble dan

Greensome.

Page 3: Kerja Assigment Golf

Dalam permainan golf kiraan ‘stroke’ telah ditetapkan kepada 5 pukulan (Par

5), 4 pukulan (Par 4) dan 3 pukulan (Par 3) bagi setiap lubang. Kebiasaannya jumlah

pukulan dalam setiap ‘golf course’ adalah sama ada Par 70, Par 71 dan Par 72.

Apabila anda bermain golf, jika jumlah pukulan (stroke) anda sehingga bola masuk

ke dalam lubang sama dengan bilangan pukulan bagi lubang tersebut anda dapat

PAR. Jika lebih satu pukulan dipanggil ‘Bogey‘, jika lebih 2 pukulan – ‘Double

Bogey‘, jika lebih 3 pukulan- Triple Bogey. Kalau pukulan anda kurang satu

dipanggil ‘Birdie‘, jika kurang 2 pukulan – ‘Eagle‘ jika kurang 2 pukulan – ‘Double

Eagle‘. Jika anda pukul sekali dah masuk dipanggil – HOLE IN ONE.

Dalam permainan golf mempunyai satu sistem yang dinamakan handicap,

yang mana istilah ini merupakan ukuran kepandaian seorang pemain iaitu bermula

dengan 24 hingga 0.Manakala bagi wanita pula ialah bermula dengan 36 hingga 0.

Pemain golf melibatkan fahaman fizik dan daya konsentrasi. Kelajuan bola yang

dipukul bergantung pada:

1. Kelajuan ayunan pemukul

2. Sudut kayu dan pola

3. Permukaan hentaman

4. Arah hentaman

Page 4: Kerja Assigment Golf

JENIS SHOT DALAM GOLF

Tee shot

-Pukulan pertama dari teeting ground. Tee shot biasanya dilakukan dengan

menggunakan driver (contohnya 1-wood) pada hole yang panjang atau iron pada

hole yang lebih pendek.

Fairway shot

-Iron atau wedge adalah club yang biasa digunakan untuk melakukan pukulan.

Bunker shot

-Pukulan ini dilakukan jika bola mendarat di atas bunker. Pukulan ini biasanya

menggunakan sand wedge.

Punch atau knockdown

-Adalah pukulan rendah yang dilakukan untuk mnghindari cabang pohon atau angin

yang kuat di atas.

Putting

-Adalah pukulan yang dilakukn di atas green dan menggunakan putter dan bagi

kebanyakan golfer merupakan pukulan sulit.

Approach shot

-Adalah pukulan yang dilakukan intuk mendekatkan bola ke green.Pukulan ini

biasanya dilakukan pada jarak yang sedang atau dekat. Tipe approach ada tiga iaitu:

Page 5: Kerja Assigment Golf

1.Pitch

Adalah approach shot yang menerbangkan bola ke atas green atau dekat green.

Pitch shot biasa dilakukan dengan menggunakan iron 6 hingga lob wedge.

2.Flob

Adalah approach shot yang lebih tinggi dan berhenti setelah terkena tanah. Hal ini

dilakukan ketika pemain pemain mesti menghadapi rintangan untuk sampai ke

green. Flop biasa dilakukan dengan menggunakan club sand wedge atau lob wedge.

3.Chip

Adalah approach yang rendah untuk bergerak kearah green.

PERATURAN PERMAINAN GOLF

1. Buatlah tanda yang khusus pada bola anda. Jika anda tidak dapat

mengenalpasti bola tersebut sebagai milik anda, bola itu akan dianggap

hilang. Jika bola hilang ketika mula memainkan hole, anda boleh

menggantikan tanpa penalty, ketika main dilubang atu ketika di antra dua

lubang.

2. Hitung jumlah club anda tidak boleh melebihi 14.

3. Dilarang untuk menggunakan alat bantuan (khusus untuk mengira atau

mengukur jarak.

4. Jangan minta nasihat daripada sesiapa,kecuali daripada partner atau caddie

anda dan jangan memberi nasihat kepada sesiapa kecuali kepada partner

anda.

5. Anda boleh melakukan latihan pergerakan tangan apabila ingin bermain hole,

tetapi pukulan latihan tidak digalakkan. Di antara lubang, anda boleh

melakukan latihan chip atau putt berdekatan putting green terakhir yang

dimainkan atau berdekatan di kawasan tee hole dan tidak dalam rintangan.

Page 6: Kerja Assigment Golf

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM SUKAN GOLF

Page 7: Kerja Assigment Golf

MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama, kami telah memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan baik. Kami mengadakan kelas di padang golf dengan bantuan

seorang tenaga pengajar yang profesional. Beliau mengajar kami dengan penuh

dedikasi dan berwibawa. Hal ini adalah kerana , beliau menampilkan rasa minat lalu

memberi komitmen yang tinggi ketika mengajar. Dapat dilihat bahawa beliau

memberi keterangan teori dengan jelas dan menunjukkan teknik asas yang betul

agar kami mudah memahami proses pembelajaran tentang golf dengan jelas . Pada

hari pertama dan minggu pertama dalam proses pembelajaran , kami telah

didedahkan tentang proses pembelajaran golf secara sistematik . Sebagai

pengalaman pertama dalam menceburi bidang sukan ini , saya berasa amat bangga

dan gembira kerana berpeluang mengikuti aktiviti ini . Tambahan pula ,sukan golf ini

adalah salah satu sukan yg selalu disertai oleh golongan elit dan berkedudukan

tinggi . Pengalaman hari pertama , saya telah didedahkan oleh tenaga pengajar

iaitu Encik Din tentang pengetahuan golf . Dalam permainan golf , perkara asas dan

wajib yang perlu diketahui oleh seseorang pemain golf adalah tentang lima kayu,

iaitu woods, iron, parter, pitching & sand. Pada hari pertama ini juga , kami diajar

teknik pukulan golf dengan betul . Kami dilatih dengan menggunakan sebiji bola dan

gegulung .

Teknik:

Bola diletakkan dibahagian tengah tangan dan dikepit dengan kedua-dua

belah tangan .

Bola yang masih berada ditengah tangan dihayunkan seperti memukul bola

golf . Dengan menggunakan kayu golf .

Pergerakan badan yang betul dilakukan ketika melakukan pukulan yang

dipanggil swing .

Pembentukan badan penting ketika melakukan pergerakan hayunan bola

Page 8: Kerja Assigment Golf

MINGGU KEDUA

Minggu kedua proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di padang golf.

Kami masih diajar teknik pukulan yang betul dan proses pembentukan badan ketika

melakukan fasa-fasa pukulan bola golf.

Pengajaran pertama

Kami diajar membuat hayunan dengan menggunakan bola. Pergerakan ini

penting untuk mendapatkan postur tubuh yang betul ketika melakukan pergerakan .

Sebagai contoh, kaki dibengkok setelah melakukan pukulan. Manakala tangan akan

bergerak dalam posisi yang sama.

Pengajaran kedua

Kami diberi peluang memegang kayu golf sebenar. Kami diarahkan duduk

dalam setiap gegelung yang disediakan dalam jarak yang sesuai agar dapat

membuat hayunan golf dengan selamat. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan

keselesaan dan teknik pukulan yang betul ketika melakukan hayunan kayu golf.

MINGGU KETIGA

Kami pelajar mengadakan latihan di Bukit Beruntung. Perjalanan di sana

mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke destinasi. Kami pergi

dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak UPSI. Sebelum pergi ke

sana, kami perlu menyediakan peralatan-peralatan seperti bola, gegelung dan set

kayu golf. Sampai sahaja di sana, tenaga pengajar iaitu Encik Din mengarahkan

kami mengambil posisi masing-masing untuk membuat latihan. Kami diberi peluang

membuat pukulan dengan peralatan golf. Saya sebagai pelajar yang baru menceburi

dalam bidang subjek golf berasa amat berbangga dan seronok kerana dapat

membuat pukulan dengan cara dan teknik yang betul seperti yang dipelajari dalam

aktiviti kelas pada minggu sebelumnya. En. Din memberi kami peluang memukul

Page 9: Kerja Assigment Golf

sebanyak mana bola golf. Tujuan latihan dibuat berulang kali untuk mendapatkan

pukulan yang betul dan membiasakan diri dengan situasi sebenar..

MINGGU KEEMPAT

Kami melakukan latihan golf ditempat yang sama iaitu di Bukit Beruntung.

Kami menggunakan peluang yang ada untuk menguasai teknik latihan golf ini,agar

dapat dipraktikan pada masa hadapan. Bidang sukan seperti sukan golf ini perlu

memiliki pengetahuan yang mendalam agar sukan ini mampu diketengahkan hingga

ke persada dunia. Pada latihan kali keempat ini, kami masih diberi peluang membuat

latihan pukulan jarak jauh secara berulang kali,dan sambil itu En. Din sebagai

tenaga pengajar kami menegur segala kesilapan kami untuk membentuk

pengetahuan yang baik dalam proses pembelajaran pukulan golf. Saya berasa amat

gembira dengan situasi tersebut kerana daripada situ kami akan mendapat belajar

daipada kesilapan setiap teknik dan pelajaran berkaitan sukan golf ini. Hal ini adalah

kerana, proses pembelajaran ini mampu meningkatkan pemahaman saya dengan

lebih baik. Sebagai contoh, teknik pukulan dari fasa permulaan pukulan hingga fasa

akhir pukulan.

MINGGU KELIMA

Latihan kali kelima ini banyak ilmu dan pengajaran yang diperolehi,melalui

penegasan dan penerangan tentang proses pukulan golf. Kami dibawa ke kawasan

padang golf yang dipanggil green. Nama pukulan ini dipanggil putting iaitu pukulan

yang dilakukan di atas green dan menggunakan putter. Sebelum mengarahkan kami

melakukan latihan, En.Din sebagai tenaga pengajar menunjukkan kepada kami

tentang teknik pukulan yng betul. Saya berasa amat teruja akan situasi tersebut

kerana dapat melakukan latihan yang begitu menarik dan pergerakan yang betul

dalam situasi sebenar. Lebih-lebih lagi,saya juga dapat mendalami ilmu sukan golf

dengan lebih mendalam melalui praktikal secara dekat berkaitan sukan ini. Setelah

berulang kali membuat latihan pukulan golf ini, akhirnya saya telah mula fasih untuk

menyesuaikan diri dengan keadaan pukulan secara dekat dan lebih realiti. Paling

membanggakan, saya dapat memasukkan bola golf berulang kali dengan teknik

yang telah dipelajari sejak awal saya masuk kelas kemairan ikhtisas golf ini.

Page 10: Kerja Assigment Golf

Permainan atau sukan golf ini memerlukan daya koordinasi yang tinggi dalam

proses pukulan secara dekat kerana tanpa memfokuskan situasi tersebut, bola golf

sukar dimasukkan kedalam lubang.

MINGGU ENAM

Minggu ini kami ke Seri Selangor Golf and Country Resort. Kali ini, kami berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat pemain-pemain golf profesional iaitu pro Jai dan pro Aidil. Kami cuba mendapatkan ilmu sedikit sebanyak daripada kedua-dua pro. Mereka berdua sangat ramah dan tidak lokek dengan ilmu. Di samping dapat mengenali kedua-dua pemain Malaysia tersebut, kami sempat ke melawat klinik golf dimana kami berpeluang melihat sendiri bagaimana cara iron digabungkan dan cara mengubah shape iron mengikut kesesuaian pemain.

MINGGU TUJUH

Pada awal kelas, kami melakukan pukulan di driving range. Selepas itu diadakan pra-test bagi golf. Kami membuat pukulan di green pada jarak 1 meter dan 3 meter. Setiap jarak dikehendaki membuat 5 pukulan. Inilah masa yang ditunggu – tunggu untuk menguji peningkatan diri setelah beberapa minggu belajar.

MINGGU LAPAN

Kali ini kami ke Lembah Beringin Golf and Country Resort. Struktur tanah di tempat ini lebih baik walaupun berbukit. Disana kami membuat latihan di green sebelum diadakan amali bagi peperiksaan akhir semester. Kami perlu diberi peluang sebanyak 5 kali untuk memasukkan bola pada jarak 1 meter dan 3 meter.

MINGGU SEMBILAN

Minggu ini kami beralih angin ke Sungai Buloh. Di sana persekitarannya lebih baik dan ramai pemain – pemain golf. Ia merupakan antara tempat tumpuan pemain golf. Pada mulanya, kami ingin bermain golf di situ tetapi memandangkan ada diantara rakan – rakan yang baru sahaja menderma darah, kami mengambil keputusan untuk sekadar mengadakan lawatan pada hari itu.

Page 11: Kerja Assigment Golf

LAMPIRAN

Page 12: Kerja Assigment Golf
Page 13: Kerja Assigment Golf