KERJA INTERNSHIP WAN AZMI.docx

55
( 30 MAC 2014 – 24 APRIL 2015 ) 1 NAMA ANGKA GILIRAN PROGRAM UNIT AMBILAN SEMESTER NAMA PENSYARAH NAMA SEKOLAH MENTOR MOHD SYAHIR BIN MOHAMED 2011112360316 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PSV 2 JUN 2011 8 ENCIK JOHAN BIN KADIS SK SERI MAHKOTA, KUANTAN PAHANG HJH NORIAH BT OSMAN

Transcript of KERJA INTERNSHIP WAN AZMI.docx

( 30 MAC 2014 24 APRIL 2015 )

NAMA ANGKA GILIRAN PROGRAM UNIT AMBILAN SEMESTER NAMA PENSYARAH NAMA SEKOLAH MENTOR MOHD SYAHIR BIN MOHAMED 2011112360316 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PSV 2 JUN 2011 8 ENCIK JOHAN BIN KADIS SK SERI MAHKOTA, KUANTAN PAHANG HJH NORIAH BT OSMAN

" Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya "

TANDATANGAN : .. NAMA PENULIS : MOHD SYAHIR BIN MOHAMED TARIKH : 4 MEI 2015

BILPERKARAHALAMAN

1Senarai Semak Kandungan Portfolio4

2BAHAGIAN A MAKLUMAT DIRI5

3 A01 Maklumat Diri6

4 A02 Salinan Borang Kehadiran Internship7

5 A03 Salinan Jadual Pelaksanaan Internship8

6BAHAGIAN B MAKLUMAT PROJEK INOVASI9

7 B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PDP10-28

8 B02 Dokumen Standard Dan Kurikulum PSV29

9 B03 Rancangan Pengajaran Tahunan PSV30

10 B04 Jadual Waktu Peribadi31

B05 Rancangan Pengajaran Harian32

B06 Menyedia Laporan Projek Inovasi33-36

BAHAGIAN C AMALAN REFLEKSI37

11 C01 Catatan Refleksi Mingguan38-39

BAHAGIAN D LAIN-LAIN40

D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PDP41-42

LAMPIRAN 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUNKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANGSENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG

BILPERKARATANDAKAN ( / )

1Senarai Semak Kandungan Portfolio

2BAHAGIAN A MAKLUMAT DIRI

3 A01 Maklumat Diri

4 A02 Salinan Borang Kehadiran Internship

5 A03 Salinan Jadual Pelaksanaan Internship

6BAHAGIAN B MAKLUMAT PROJEK INOVASI

7 B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PDP

8 B02 Dokumen Standard Dan Kurikulum PSV

9 B03 Rancangan Pengajaran Tahunan PSV

10 B04 Jadual Waktu Peribadi

B05 Rancangan Pengajaran Harian

B06 Menyedia Laporan Projek Inovasi

BAHAGIAN C AMALAN REFLEKSI

11 C01 Catatan Refleksi Mingguan

BAHAGIAN D LAIN-LAIN

D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PDP

A01 Biodata Pelajar

MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

1NamaMohd Syahir Bin Mohamed

2No Kad Pengenalan830828-03-6373

3ProgramProgram Pensiswazahan Guru ( PPG )

4AmbilanJun 2011

5UnitPendidikan Seni Visual ( Unit 2 )

6Subjek Diajar Di sekolahSains dan Pendidikan Seni Visual

7Kombinasi Matapelajaran PISMPSejarah dan Bahasa Melayu

8Kelayakan Akademik TertinggiSijil Pelajaran Malaysia

9Nama & Alamat SekolahSK Seri Mahkota,25150 Kuantan Pahang

10No Telefon RumahTiada

11No Telefon Bimbit011-25469504

12Maklumat Waris i) Nama Waris ii) Alamat Waris iii) No Telefon WarisNorzaidah Binti Zainudin259 Jalan 3 Taman Tas, 25150 Kuantan Pahang011-25469503

A02 Salinan Borang Kehadiran Internship

BILTEMPOH MASAKEHADIRAN

HADIRTIDAK HADIR

1Minggu 1( 30 Mac - 3 April 2015 )

2Minggu 2( 6 April 10 April 2015 )

3Minggu 3( 13 April 17 April 2015 )

4Minggu 4( 20 April 24 April 2015 )

Disediakan oleh ,

.MOHD SYAHIR BIN MOHAMED( GURU PPG IPGKTAA AMBILAN JUN 2011 )

Disemak oleh ,

.HJH NORIAH BINTI OSMAN( GURU PEMBIMBING )

A03 Salinan Jadual Pelaksanaan Internship

BILMASAPELAKSANAAN

1.Minggu 1 ( 30 Mac - 3 April 2015 ) Menghadiri taklimat oleh Unit Praktikum IPGKTAA Mengadakan perbincangan bersama Guru Besar dan mentor Merancang Projek Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

2.Minggu 2 ( 6 April 10 April 2015 ) Menyediakan kertas cadangan Projek Inovasi yang akan dilaksanakan Menyediakan garis panduan pelaksanaan Internship

3.Minggu 3 ( 13 April 17 April 2015 ) Melaksanakan Projek Inovasi Membuat rakaman video Projek Inovasi yang telah dilaksanakan

4.Minggu 4 ( 20 April 24 April 2015 ) Membuat refleksi keseluruhan Internship Melengkap dan menyiapkan portfolio internship Menyerahkan portfolio lengkap kepada mentor untuk dinilai Menghantar markah penilaian internship kepada Unit Praktikum IPG

B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP

DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

KAT dapat memudahkan murid menghasilkan blok cetakan

Oleh : Mohd Syahir Bin MohamedSekolah Kebangsaan Seri Mahkota, Kuantan 1.0 PENDAHULUANPendidikan Seni Visual merupakan matapelajaran minor saya sejak dari Institut Perguruan lagi. Syukur alhamdulillah, selama 11 tahun mengajar di dua buah sekolah, hampir setiap tahun saya diberikan kepercayaan untuk membimbing dan mendidik murid-murid serta memupuk minat mereka dalam mempelajari dunia PSV. Setelah menabur bakti di sekolah pertama saya iaitu di daerah Pekan,Pahang, saya telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota dan sekarang masih menetap disini.Di sekolah ini saya diberi peluang untuk mengajar murid Tahun 4 dan 5 dalam matapelajaran PSV. Sepanjang saya mengajar di sekolah ini, banyak masalah-masalah yang telah saya kesan dan kenalpasti timbul khususnya pada bidang membuat corak dan rekaan.Terdapat beberapa masalah yang seringkali berulang setiap kali menjalankan aktiviti bagi sesetengah tajuk.Oleh sebab itu, saya terpaksa mengenalpasti masalah tersebut melalui pemerhatian yang saya buat sepanjang proses pembelajaran di dalam kelas.Ianya meliputi bidang membentuk dan membuat binaan yang melibatkan corak tidak terancang dan menggunakan teknik cetakan. Masalah yang selalu timbul dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan membuatkan hasil karya yang dirancang mengikut peruntukan waktu mengajar tidak siap.Ianya merupakan proses dalam menghasilkan blok cetakan yang menggunakan kentang sebagai medium pencetak. Di Malaysia, saya dapati seni cetakan ini tidak semeriah dan tidak banyak pengiat seni tanah air yang cuba untuk menaikkan martabat bidang ini berbanding di negara-negara barat yang banyak menampakkan kepelbagaian teknik dan hasil yang berkembang sejak dari dahulu lagi Mengikut buku Dialog Seni Tampak, tulisan oleh Nathan Knobler dan telah diterjemahkan oleh Zakaria Ali :cetakan adalah kesan daripada gabungan yang dihasilkan oleh seniman pada sekeping permukaan induk.Seniman memahat permukaan ini atau melukis diatasnya dan memproses lukisan itu secara kimia hingga reka bentuknya yang asal itu boleh dipindahkan dari permukaan ini ke atas kertas.Mengikut buku Introduction To Art & Craft, 1965 yang telah dikarang oleh C.M.B Van Homrigh ;pada dasarnya cetakan bermaksud salinan imej dengan menghentakkan satu permukaan yang lain dengan menggunakan dakwat.Seni cetakan mempunyai pelbagai cara dan teknik untuk dihasilkan.Ianya telah banyak berubah seiring mengikut peredaran zaman dan kecanggihan teknologi semasa.Pada hari ini mungkin hasil cetakan lebih sempurna berbanding zaman sebelumnya.Menurut Charlotte Jirousek (1995) dalam laman sesawang Cornell University, corak adalah satu struktur asas yang menganjurkan permukaan atau struktur dengan cara yang konsisten. Corak bukan sahaja boleh digambarkan sebagai satu unit mengulangi bentuk, tetapi ia juga boleh dianggap sebagai "skeleton" yang menganjurkan bahagian komposisi. Manakala melalui James T.Saw (2002) dalam laman sesawang Palomar University menyatakan pengulangan motif menghasilkan corak. Corak memerlukan pengulangan - seperti dalam kehidupan (corak tingkah laku). Semakin kerap motif tersebut berulang, semakin kukuh corak yang dihasilkan.

1.1 SEJARAH CETAKANSejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara. 1.1.1 CETAKAN TAMADUN CHINANegara China merupakan Negara yang paling awal menggunakan cetakan iaitu pada abad ke-7 Masihi dan merupakan satu ciptaan budaya China yang penting. Tetapi tahun sebenar tentang bilanya seni cetakan di Negara China mula wujud dan masih lagi diperdebatkan dalam kalangan ahli akademik kerana tiada bahan artifak atau peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan cetakan terawal yang telah dijumpa. Namum bergitu, berdasarkan pengamatan daripada aspek perkembangan sosial, budaya, dan bukti dokumen.1.1.2 CETAKAN TAMADUN JEPUNCetakan blok kayu di Negara Jepun dikenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya, cetakan dibawa masuk seiring dengan kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik telah berkembang maju pada pertengahan abad ke-17 sehingga ke pertengahan abad ke-19. Perkataan Ukiyo berasal dari perkataan Buddha yang bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e adalag tentang dunia terapung yang meujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. e pula.

1.2 TOKOH CETAKANEdvard Munch (1863 1944) Edvard Munch dilahirkan di Loten, Norway pada 1863. Beliau pelukis catan aliran ekspresionisme. Karyanya lebih berfokus kpd figura manusia. Hasil karya beliau The Kiss(1902), The SickChild (1886), The Frieze of Life(1892), The Blue Raider.

Redza Piyadasa (1939) Dilahirkan Kuantan, Pahang 1939. Tahun 1958 mdapat pendidikan seni d Maktab Perguruan Brinsford Lodge, England. Tahun 1962diMPerguruan Ilmu Khas, KualaLumpur. Pd 1963 1967 melanjutkan pengajian Hornesy College of Art,London. Pd 19751977 Menuntut University of Hawaii, Amerika Syarikat. Pensyarah seni Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Keluarga Baba merupakan salah satu karyanya yg agung.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN YANG ANDA INGIN PERBAIKI 2.1 TINJAUAN MASALAH Aktiviti membentuk dan membuat blok cetakan merupakan satu kemahiran dan kemahiran tersebut perlu diasah supaya kita lebih mahir dalam membuat kemahiran tersebut.Situasi dan masalah tersebut juga terjadi kepada murid dalam menjalankan kegiatan Pendidikan Seni Dan Visual.Membuat blok cetakan memerlukan kemahiran dalam melakar dan membentuk yang tinggi.Tetapi murid hanya mempelajari teori dan cara-cara membuat blok cetakan tetapi kemahiran sebenar yang ada dalam aktiviti tersebut murid gagal jalankan.Murid yang saya jalankan kajian ini merupakan murid tahun 4 yang sepatutnya telah mempunyai kemahiran membentuk pada tahun-tahun yang sebelumnya.Kaedah KAP yang saya perkenalkan ini merupakan kaedah yang saya rasakan paling sesuai untuk mengatasi kelemahan murid dalam menghasilkan blok cetakan.KAT merupakan singkatan bagi Kaedah Acuan Tembus.Ianya hanya melibatkan penggunaan acuan kuih yang boleh didapati di serata pasaraya.Acuan ini boleh didapati dalam pelbagai corak.Terpulang kepada guru dan tema dalam memilih sesuatu corak.Kaedah ini sesuai dan selamat digunakan pada semua tahap kerana ianya tidak tajam dan merbahaya seperti pisau.

2.2 TINJAUAN LITERATUR

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.Secara tidak langsung dengan itu boleh disimpulkan bahawa seni itu lahir jika ada bakat dan kebolehan.Manakala bakat serta kebolehan itu tidak akan lahir jika seseorang tidak menzahirkannya.Bagi seseorang murid yang ibarat baru mengenal kemahiran,kita sebagai guru merangkap pembimbing perlu cuba untuk menzahirkan bakat murid yang telah sedia ada dengan menarik minat mereka dalam mempelajari Pendidikan Seni Visual.Disebabkan itu,jika terdapat masaalah dan isu dalam bidang seni perlu dibuat kajian oleh guru terbabit bagi menyelesaikan masalah murid dalam sesuatu perkara supaya masalah itu tidak menjadi batu penghalang minat serta kebolehan murid terbabit.Itulah antara sebab dan tujuan kajian terhadap kaedah bagi memudahkan murid menghasilkan blok cetakan ini dibuat Dalam bidang Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, terdapat 4 bidang seni yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.Kegiatan cetakan terdapat dalam dua bidang iaitu bidang menggambar dan bidang membuat corak dan rekaan.Dalam bidang membuat corak dan rekaan, kegiatan cetakan termasuk dalam corak terancang.Bidang membuat corak dan rekaan membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.Bidang ini juga menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan corak serta teknik yang tertentu.Dalam corak terancang pula terdapat beberapa jenis susunan corak yang perlu di ambil kira iaitu susunan ulang sekata,susunan berselang seli, susunan batu bata,susunan bertimbal, susunan beralun dan susunan berpusat. Kegiatan cetakan adalah merupakan satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat dari satu permukaan ke atas satu permukaan. Seseorang pengkarya biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.Selain itu ianya juga boleh didefinisikan sebagai proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.Ianya juga hasil kerja seni yang dicipta dalam beberapa kuantiti yang tertentu.Imej atau gambar yang dihasilkan adalah dengan menggunakan acuan plat.Acuan tersebut dibina untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.Plat atau blok cetakan disediakan dengan memotong, mengguris dan melukis di atas sesuatu permukaan.Plat tersebut diisikan dakwat dan ditekapkan kertas keatas blok dengan menggunakan pelbagai teknik.Kegiatan cetakan dianggap istimewa kerana ianya dapat menghasilkan beberapa hasilan yang sama dan juga disebut sebagai edisi.Mengikut dapatan,Sejarah cetakan dikatakan bermula pada 3000 SM apabila cetakan timbul telah dihasilkan oleh orang Sumeria dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi. Teknik cetakan kayu paling awal muncul di Negara China pada kurun ke 8. Cetakan berkembang di Eropah pada tahun 1418 untuk mencetak rekaan pada kain. Cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan,propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi.Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain batik sarung.3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti kaedah yang dapat memudahkan murid membentuk blok cetakan 2. Murid dapat menggunakan Kaedah Acuan Tembus dalam menghasilkan blok cetakan dengan mudah 3. Murid meneroka kaedah KAT dapat menghasilkan blok cetakan dengan lebih mudah

3.2 SOALAN KAJIAN 1. Apakah kaedah yang dapat memudahkan murid membuat blok cetakan ? 2. Adakah kaedah Acuan Tembus dapat memudahkan murid untuk menghasilkan blok cetakan ? 3. Bagaimanakah kaedah Acuan Tembus dapat membantu murid dalam menghasilkan blok cetakan dengan mudah ?

4.0 KUMPULAN SASARANResponden yang dipilih adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada murid Tahun 4 Dinamik di Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota. Mereka dipilih berdasarkan pemerhatian dan hasil aktiviti yang telah mereka jalankan sebelum ini. Antara murid yang terlibat dalam kajian adalah seperti berikut : BilMuridJantinaJawatanPrestasiAkademik

LP

1Respondan 1/Murid BiasaLemah

2Respondan 2/Murid BiasaLemah

3Respondan 3/Murid BiasaLemah

4Respondan 4/Murid BiasaLemah

5Respondan 5/Murid BiasaLemah

6Respondan 6/Murid BiasaLemah

7Respondan 7/Murid BiasaLemah

8Respondan 8/Murid BiasaLemah

9Respondan 9/Murid BiasaLemah

10Respondan 10/Murid BiasaLemah

Jadual 6.1.1 Bilangan responden yang telah menjalankan aktiviti5. 0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5. 1 PROSEDUR TINDAKANBerdasarkan masalah serta kajian yang telah dikenalpasti,terdapat 2 model kajian tindakan yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah murid yang tidak dapat menghasilkan blok cetakan yang sama dan kemas.Model yang akan diaplikasikan ialah Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis 1988.Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis 1988.Merancang TindakanTinjauan Awal

RefleksiLaksana Tindakan & memerhati

Langkah PertamaMengenalpasti isu dan masalahMasalah dikenalpasti setelah beberapa kali membuat aktiviti cetakan dimana murid tidak dapat membentuk blok cetakan dengan sempurna menyerupai bentuk sebenar.

Langkah KeduaPerancangan TindakanBagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa memikirkan cara dan membentuk kajian tindakan agar masalah ini tidak lagi berulang.Antara faktor yang menggagalkan murid dalam membentuk blok cetakan ialah tidak boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan pisau.Selain itu murid juga gagal dalam mengaplikasi rupa sebenar motif tersebut.Kebolehan menghasilkan blok berbentuk motif ini tidak meliputi semua murid di dalam kelas,tetapi hanya sebilangan kecil sahaja.Langkah KetigaPelaksanaan TindakanSetelah mengkaji masalah murid,saya telah menjumpai satu kaedah mudah supaya murid dapat membentuk blok cetakan bermotif dengan baik, kemas dan cantik.Ianya ialah Kaedah Tekan Tembus.Kaedah ini meliputi penggunaan acuan kuih yang diberikan kepada murid yang dikaji yang perlu ditekapkan pada kentang yang telah dikerat secara kepingan bagi membentuk motif yang diinginkan.Ianya dilakukan oleh 10 orang murid yang mengalami masalah dalam menghasilkan bentuk motif.Langkah KeempatPemerhatian dan menganalisis dataSemasa proses kajian berlangsung, saya akan mengumpul sebanyak mungkin data-data melalui kaedah-kaedah yang telah dirancang termasuklah melalui kaedah pemerhatian , temubual dan penilaian tugasan pelajar.Setelah data-data tersebut berjaya dikumpul, data-data tersebut akan dianalisis dalam bentuk jadual dan dijadikan bahan serta hasil kajian.Proses menganalisis data ini penting dalam mengenalpasti perkembangan dan perubahan terhadap hasil kerja murid melalui kaedah yang telah kita jalankan samaada ianya berjaya ataupun sebaliknya. 5.2 JADUAL PELAKSANAAN TINDAKAN

5.2.1 Kaedah Acuan Tekap (KAT)

Setelah respondan menjalani Pra Ujian,kaedah ini digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh respondan dalam menghasilkan blok cetakan secara mudah dan menjimatkan masa.Kaedah ini mempunyai beberapa proses mudah iaitu:1. Membuat lukisan grid pada kertas lukisan2. Memotong kentang menjadi kepingan3. Memilih acuan dan membuat tekapan4. Mewarna blok cetakan5. Mencetak blok pada kertas lukisan 5.2.2 Alat dan bahan yang diperlukan untuk membuat KAT

1.Ubi Kentang

2. Acuan Kuih

3. Warna Air

4. Bekas Bancuh

5. Berus

6. Pisau

7. Pembaris

8. Pensil

9. Kertas Lukisan

7.1.1.1 Membuat garisan grid pada kertas lukisanPada proses ini, respondan diberikan sekeping kertas lukisan.Respondan di minta membuat garisan grid yang sama saiz pada kertas lukisan.Ini adalah supaya corak cetakan yang akan dihasilkan kelihatan lebih tersusun dan teratur.Selain itu ianya juga dapat memudahkan respondan dalam menyusun hasil cetakan supaya ianya nampak menarik.

7.1.1.2 Memotong kentang menjadi kepingan Pada proses ini,respondan diminta memotong kentang menjadi beberapa kepingan.Ketebalan kepingan kentang adalah dalam lingkungan 1cm.Respondan diminta hanya memilih kepingan yang sama atau lebih besar dari saiz acuan sahaja. Proses memotong kentang dengan menggunakan pisau amat bahaya pada segelintir murid.Oleh yang demikian guru boleh minta murid bawa kepingan kentang yang telah siap dipotong dirumah atau guru membantu memotong kentang untuk murid.

7.1.1.3 Memilih bentuk acuan cetakan Guru membekalkan pelbagai bentuk acuan cetakan kepada respondan. Respondan diminta memilih bentuk acuan yang menarik minat mereka.Seterusnya respondan terus membuat tekapan dengan menekan acuan pada kepingan kentang yang telah dipotong.Hasil tekapan atau blok cetakan dikeluarkan dari acuan.

7.1.1.4 Membentuk blok cetakan menggunakan acuanPada peringkat ini responden perlu menekapkan acuan kuih yang telah dipilih pada kepingan kentang sehingga tembus.Akan terhasil blok cetakan yang sama saiz dan bentuk pada acuan kuih

7.1.1.5 Membuat sapuan warna pada permukaan blok cetakanSetelah dikeluarkan blok cetakan dari acuan, respondan diminta mewarnakan permukaan blok dengan menghadkan tiga warna sahaja bagi menampakkan keseragaman warna.Tenik dalam sapuan warna perlulah betul supaya mendapat hasil cetakan yang seragam warnanya dan bentuk yang tepat dan rata.

7.1.1.6 Mencetak blok pada kertas lukisanSetelah membuat sapuan warna, respondan diminta mencetak blok tersebut pada kertas lukisan.Respondan perlu memastikan kesemua permukaan blok bersentuhan dengan kertas lukisan.Ini bagi memastikan hasil cetakan mempunyai bentuk yang sama dengan blok cetakan.Cetakan juga perlu dibuat pada setiap kotak yang telah dihasilkan pada awal proses.

HASIL AKTIVITI

B02 Dokumen Standard dan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

MODUL 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN (TERANCANG) AKTIVITI : CETAKAN TEMA : ALAM SEMULA JADI ATAU OBJEK BUATAN MANUSIA Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan menekankan bahasa seni visual. Menghasilkan corak terancang dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANTAHAP PENGUASAAN

1.1 PERSEPSI ESTETIK

Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya gambar teknik mozek.

1.2 APLIKASI SENI

Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya gambar teknik mozek.

1.3 EKSPRESIKREATIF

Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan gambar teknik mozek.

1.4 APRESIASI SENI

Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik mozek. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Rupa -geometri atau organik 1.1.1.2 Warna -primer atau sekunder atau tertier 1.1.1.3 Jalinan -tampak dan sentuh 1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Kontra -warna 1.1.2.2 Kepelbagaian - bahan Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti: 1.2.1.1 Alat -gunting atau pembaris 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, gam dan bahan lain yang sesuai 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik -mozek Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek secara kreatif. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya gambar teknik mozek 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya gambar teknik mozek. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. 1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan. 1. Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, media serta proses dan teknik pada gambar teknik mozek. 2. Menyatakan dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik pada gambar teknik mozek.

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.

4. Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.

5. Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan teknik serta menggunakan media yang betul dalam penghasilan gambar teknik mozek yang kreatif.

6. Menzahirkan idea kreatif berpandukan kemahiran bahasa seni visual, media, proses dan teknik yang betul dalam penghasilan gambar teknik mozek serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan sejarah seni atau tokoh seni atau warisan seni negara.

B03 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Seni Visual

MINGGUBIDANG HASIL PEMBELAJARANOBJEKTIFCATATAN

18MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tajuk :Rupa Organik

( Cetakan )

Aras 1Memerhatikan contoh cetakan dari pelbagai bentuk seperti bunga, corak dllAras 2Menekap acuan kuih pada ubi kentang yang dipotong nipisAras 3Membuat garisan grid yang sesuai di atas kertas lukisanAras 4Menekap motif ke atas kertas lukisan dengan menggunakan plat yang telah disediakan ( susun secara terancang )Aras 5Mempamerkan hasil kerja

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Memahami konsep cetakan2. Memahami proses penekapan imej yang boleh digunakan dalam membuat corak

3. Menghasilkan satu cetakan yang mudahBuku Sumberm/s : 53

HSP

19MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tajuk :Bekas Bunga Telur

( Model )Aras 1Memperdengarkan lagu bertemakan lagu persandinganAras 2Perbincangan mengenai contoh-contoh bekas bunga telurAras 3Membuat bekas bunga telur dengan menggunakan pelbagai bahan seperti : kad manila, perca kain, cawan kertas dllAras 4Menghias dan mempamer hasil kerja

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Memperkembangkan daya kreativiti membentuk objek 3D2. Memupuk sikap bekerjasama dengan cermat3. Dapat menghubungkaitkan kerja membentuk dengan kebudayaanBuku Sumberm/s : 78

HSPm/s : 55

B04 Jadual Waktu Mengajar

20157.40-8.108.10-8.408.40-9.109.10-9.409.40-10.1010.10-10.3010.30-11.0011.00-11.3011.30-12.0012.00-12.3012.30-1.001.00-1.30

MONPH4B PSV4B PSV4B SN4B SN4C SN4C SN

TU4B SN4B SN5C SN5C SN5D PSV5D PSV

WE4C PSV4C PSV3D SN3D SN4C SN4C SN

TH3C SN3C SN5C SN5C SN

FR3B SN3B SN

B05 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Masa : 60 minit Kelas : 4 Bestari Tema : Alam Semulajadi Bidang : Membuat corak dan rekaan Tajuk : Bentuk organik Teknik : CetakanStandard pembelajaran1.1 Persepsi estetik1.1.1 : Unsur seni1.1.1.11.1.1.21.1.1.31.1.2 : Prinsip rekaan1.1.2.11.1.2.21.2 Aplikasi seni1.2.1 Media1.2.1.11.2.1.21.2.2 Teknik1.2.2.11.3 Ekspresi kreatif1.3.11.3.21.3.31.4 Apresiasi seni1.4.11.4.21.4.3

Objektif pembelajaranPada akhir pengajaran murid dapat:1) Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan menekankan bahasa seni visual. 2) Menghasilkan corak terancang dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.3) Membuat apresiasi terhadap karya.

Aktiviti PdP1) Guru bertanyakan murid tentang aktiviti cetakan dan capan2) Guru bertanyakan murid perbezaan kedua-dua aktiviti tersebut3) Guru bertanyakan objek yang mempunyai corak capan4) Guru memperkenalkan kaedah KAT kepada murid bagi memudahkan murid membuat blok cetakan

EMKKeusahawanan,kreativiti dan inovasi.

Bahan Bantu BelajarBBM : Contoh hasil karya guru, bahan bercetak.Media : Berus, pallet, kepingan ubi kentang, kertas lukisan, warna air/poster, acuan kuih

Penilaian PdPProses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat cetakan berdasarkan empat standard kandungan.

RefleksiPada akhir pengajaran sembilan murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan satu murid yang tidak dapat mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan pada masa akan datang

B06 Menyediakan Laporan Projek Inovasi

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : MOHD SYAHIR BIN MOHAMED

NO. KAD PENGENALAN : 830828-03-6373

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA SEKOLAH : SK SERI MAHKOTA

NAMA PROJEK : KAT DALAM AKTIVITI MEMBUAT CETAKAN

TEMPOH PELAKSANAAN : 30 MAC hingga 26 APRIL OBJEKTIF

1. Bagi menarik minat murid dalam meneroka bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual.2. Menyumbang tenaga dan buah fikiran. 3. Dapat mencetus idea dan pengalaman baru kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual yang menggunakan projek ini. 4. Memudahkan murid dalam membentuk blok cetakan 5. Dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PELAKSANAAN :1. Mengadakan perjumpaan dengan Guru Besar dan guru pembimbing2. Merangka projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran3. Membuat kertas kerja Projek Inovasi4. Mengenalpasti peralatan dan bahan yang diperlukan seams sesi pengajaran dan pembelajaran5. Membuat rakaman video Projek Inovasi6. Membuat refleksi keseluruhan7. Menyerahkan portfolio kepada guru pembimbing untuk penilaian8. Menghantar markah penilaian ke Unit Praktikum IPGKTAAREFLEKSI

a) KekuatanProjek : Menarik minat murid dalam meneroka teknik cetakan secara mendalam Guru dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan Peruntukan masa sejam untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara optimum Melancarkan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran Memberikan pengalaman baru kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual yang lain Memberi dimensi baru dalam bidang membuat corak dan rekaan Mendapat sokongan yang baik dare semua pihak terutamanya pihak sekolah

b) Kelemahan Projek : Kemahiran melakar dan membentuk blok cetakan tidak dapat murid terokai secara khusus Penggunaan motif blok cetakan tidak pelbagai Memerlukan kos yang lebih untuk mendapatkan bentuk motif Tangan murid mudah terkena warna air kerana bentuk motif tersebut mempunyai ruang yang sedikit untuk dipegang

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Meluaskan kaedah KAT bagi semua murid tahap dua Menggunakan susunan grid yang pelbagai Menggunakan bentuk motif yang pelbagai Menggunakan kaedah KAT dalam bidang menggambar

KESIMPULAN Matapelajaran Pendidikan Seni Visual kelihatan semakin lama semakin ianya tidak mendapat tempat dan minat serta sering dianggap sebagai matapelajaran yang tidak penting senasib dengan matapelajaran Muzik dan Sejarah kerana ianya bukan matapelajaran teras dan tidak berorientasikan peperiksaan. Tetapi sebaliknya, Pendidikan Seni Visual ini banyak membantu murid dalam berfikir secara kreatif, mencetuskan idea-idea baru yang pelbagai dan meningkatkan kemahiran lokomotor murid tanpa kita sedar. Oleh sebab itu amat wajar jika matapelajaran ini dapat kita sama-sama ketengahkan dengan mempelbagaikan teknik serta langkah pengajaran supaya ianya tidak lagi dianggap sebagai matapelajaran yang membosankan dan menyusahkan oleh segelintir pihak sekaligus memberi kesan terhadap murid dalam menerokai bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual.Dalam teknik cetakan contohnya, saya dapati ianya tidak mendapat tempat dan minat untuk dipelajari bukan hanya melibatkan pelajar tetapi karyawan-karyawan di Malaysia juga tidak ramai yang menjadikan cetakan sebagai landasan berkarya. Ini kerana aktiviti cetakan ini memerlukan kerja-kerja yang agak merumitkan terutamanya dalam menghasilkan blok cetakan. Motif serta kreativiti dalam meneroka bidang cetakan ini juga amat terhad jika dibandingkan dengan bidang seni lain. Ianya juga memerlukan kos tambahan bagi menghasilkan blok cetakan. Penghasilan blok cetakan ini juga dianggap rumit oleh sebilangan besar murid di sekolah. Ianya juga memerlukan masa dan tempoh yang lama dalam melakar serta membentuk blok cetakan. Semestinya masa yang diperuntukkan selama satu jam oleh kementerian tidak mencukupi. Ini akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar sekaligus tidak mencapai objektif pengajaran yang dirangka pada hari tersebut. Kesinambungan dare masalah tersebut, maka kaedah KAT ini direka supaya dapat memudahkan murid dalam menghasilkan blok cetakan dengan mudah tanpa menggunakan masa yang banyak dalam melakar dan membentuk blok cetakan. Ianya ternyata berjaya berdasarkan dari hasil penyelidikan yang telah saya lakukan. Murid juga kelihatan gembira dengan adanya kaedah ini sekaligus menimbulkan persepsi yang berbeza seperti yang berlaku pada sebelumnya.Masa yang diperuntukkan juga dapat digunakan secara optimum tanpa perlu menggunakan sesi berikutnya untuk melengkapkan dan menyiapkan sesi pengajaranHasrat dan keinginan saya berdasarkan projek inovasi yang telah saya jalankan ini dapat juga digunapakai oleh semua warga pendidik khususnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang mengalami masalah pengajaran melibatkan aktiviti cetakan seperti saya.

Disediakan oleh :

MOHD SYAHIR BIN MOHAMED( Guru PPG IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Disemak oleh :

PN. HJH NORIAH BINTI OSMAN( Guru Pembimbing )

C01 Catatan Refleksi Mingguan

MINGGU PERTAMA ( 30 Mac 3 April 2015 )

Pada minggu pertama ini saya telah berjumpa dengan Guru Besar Sk Seri Mahkota yang juga sebagai mentor saya dalam Program Internship ini. Perbincangan tersebut meliputi hal serta perkara yang berkaitan Internship. Guru pembimbing telah berpesan dan menyarankan supaya pelaksanaan internship ini dapat saya jalankan mengikut masa dan tempoh yang telah ditetapkan. Beliau juga berharap saya dapat menanda buku kedatangan pada setiap hari sebagai perakuan saya telah menghadiri program Internship. Beliau juga berharap fail yang berkaitan projek inovasi yang bakal dilakukan dapat diserahkan kepada beliau untuk dibuat penilaian.Pada minggu ini juga saya perlu merancang dan merangka struktur serta kerangka awal projek inovasi yang bakal saya buat yang dapat digunapakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Kerangka projek itu telah saya ajukan kepada rakan-rakan sejawat disekolah bagi mendapatkan cetusan idea tambahan, buah fikiran dan penambahbaikan bagi mendapatkan hasil projek yang memuaskan dan berguna.

MINGGU KEDUA ( 6 April 10 April 2015 )

Pada minggu ini, segala kerangka cadangan dan pendapat telah saya analisis dan gabungkan bagi membentuk kertas kerja bagi projek inovasi yang akan diadakan. Proses dalam membuat kertas kerja ini memerlukan ketelitian, rujukan dan panduan dari beberapa orang guru yang berpengalaman. Ini kerana saya beranggapan hasil daripada ketelitian dan tunjukajar tersebut sedikit sebanyak akan dapat memberikan kesan yang baik dan berguna sebagai rujukan bagi generasi yang akan datang. Pada minggu ini juga saya telah membuat garis panduan dalam melaksanakan program internship ini supaya misi dan objektif program ini tercapai mengikut perancangan yang telah dibuat. Garis panduan ini juga dibuat bertujuan bagi melancarkan perjalanan program terutama semasa ianya berlangsung supaya tidak timbul masalah besar yang akan mengganggu gugat perjalanan menyiapkan folio program internship ini nanti. Segala masalah dan kekangan juga dapat dikesan pada peringkat awal sekiranya dibuat garis panduan.

MINGGU KETIGA ( 13 April 17 April 2015 )Minggu ketiga ini merupakan minggu pelaksanaan. Sebelum rakaman video internship dibuat, saya perlu memastikan segala peralatan dan bahan yang diperlukan tersedia dan berada dalam keadaan selamat dan cukup untuk digunakan oleh murid. Saya juga perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap berkaitan tajuk dan bidang yang dikaji.Rakaman video berkaitan projek inovasi tersebut telah selamat dirakam dan ianya telah mengambil masa selama 20 minit.Rakaman video tersebut perlu saya simpan dalam bentuk cakera padat sebagai lampiran serta rujukan dalam seseorang penilai membuat penilaian. Proses merakam video tersebut memerlukan saya meminta bantuan dari Pegawai Teknikal sekolah supaya perjalanan pengajaran dan pembelajaran lancar tanpa memerlukan saya mengajar sambil membuat sendiri rakaman.Rakaman video tersebut adalah item penting kerana ia merupakan bukti program ini berlangsung dan mengikut perancangan

MINGGU KEEMPAT ( 20 April 24 April 2015 )

Minggu keempat ini merupakan minggu yang agak memenatkan kerana saya perlu membuat refleksi pada setiap minggu dan refleksi keseluruhan sepanjang program internship. Saya juga perlu menyiapkan segala surat-surat dan segala perkara yang berkaitan program internship untuk dimasukkan ke dalam fail untuk proses menilai. Tempoh masa seminggu diberikan bagi saya melengkapkan portfolio ini.Sejujurnya, masa yang diberi itu tidak mencukupi akibat dari kekangan masa dan rutin kerja disekolah. Sebelum fail tersebut saya serahkan kepada Unit Praktikum IPGKTAA, fail tersebut telah saya berikan kepada guru pembimbing untuk dibuat penilaian.Setelah itu, fail tersebut perlu saya serahkan kepada IPGKTAA bagi membuat langkah susulan dan membuat penilaian keseluruhan program internship yang telah saya jalankan disekolah.

D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP

ALAT DAN MEDIA YANG DIPERLUKAN

HASIL AKTIVITI MURID

D02 Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat (CD)5