Kerja Kumpulan Pbp

4
LANGKAH PELAKSANAAN (GURU) 1.1 GURU MERANGKA SOLAN KAJIAN KES Guru haruslah merujuk kepada panduan untuk melaksanakan kajian kes dari modul pengajaran yang berkaitan dengan kajian kes. Seterusnya, guru tersebut boleh mendapatkan pendapat daripada ketua panitia secara individu atau semasa mesyuarat panitia. Hasil soalan kajian kes ada disertakan. 1.2 GURU MEMBERIKAN TUGASAN KEPADA MURID Dalam proses ini, guru boleh memberikan taklimat mengenai kajian kes kepada murid. Sesi soal jawab dijalankan selepas habis taklimat tersebut. Segala persoalan boleh diselesaikan melalui sesi soal jawab ini. Seterusnya, guru boleh melakukan pembahagian kumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada lima orang ahli. Dalam langkah ini, guru boleh memberi kelonggaran kepada murid sama ada hasil kerja itu adalah bercetak atau dalam tulisan tangan kerana ingin mengambil kira dengan latar belakang pelajar. 1.3 GURU MEMANTAU PROSES PERKEMBANGAN KERJA Dalam proses ini, guru haruslah membuat penilaian semasa sama ada pelajar-pelajar ini melakukan kerja mereka dengan baik dan bekerjasama untuk menyiapkan kajian kes itu. Guru juga boleh memberi komen terhadap hasil kerja pelajar supaya pelajar boleh memperbaiki kerja untuk menghasilkan hasil yang terbaik. Dengan kata yang lain, guru adalah sebagai fasilitator dalam menghasilkan projek ini. Sesi soal jawab boleh dijalankan

description

Filename: kerja kumpulan pbp.docx

Transcript of Kerja Kumpulan Pbp

Page 1: Kerja Kumpulan Pbp

LANGKAH PELAKSANAAN (GURU)1.1 GURU MERANGKA SOLAN KAJIAN KES

Guru haruslah merujuk kepada panduan untuk melaksanakan kajian kes dari modul

pengajaran yang berkaitan dengan kajian kes. Seterusnya, guru tersebut boleh

mendapatkan pendapat daripada ketua panitia secara individu atau semasa

mesyuarat panitia. Hasil soalan kajian kes ada disertakan.

1.2 GURU MEMBERIKAN TUGASAN KEPADA MURIDDalam proses ini, guru boleh memberikan taklimat mengenai kajian kes kepada

murid. Sesi soal jawab dijalankan selepas habis taklimat tersebut. Segala persoalan

boleh diselesaikan melalui sesi soal jawab ini. Seterusnya, guru boleh melakukan

pembahagian kumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada lima orang ahli.

Dalam langkah ini, guru boleh memberi kelonggaran kepada murid sama ada hasil

kerja itu adalah bercetak atau dalam tulisan tangan kerana ingin mengambil kira

dengan latar belakang pelajar.

1.3 GURU MEMANTAU PROSES PERKEMBANGAN KERJADalam proses ini, guru haruslah membuat penilaian semasa sama ada pelajar-

pelajar ini melakukan kerja mereka dengan baik dan bekerjasama untuk menyiapkan

kajian kes itu. Guru juga boleh memberi komen terhadap hasil kerja pelajar supaya

pelajar boleh memperbaiki kerja untuk menghasilkan hasil yang terbaik. Dengan kata

yang lain, guru adalah sebagai fasilitator dalam menghasilkan projek ini. Sesi soal

jawab boleh dijalankan sekali lagi supaya murid lebih faham tentang perkara yang

perlu disiapkan ini.

1.4 GURU MENERIMA HASIL KERJA MURID

Dalam proses ini, guru akan memeriksa dan menilain hasil kerja pelajar dari segi

maklumat yang tepat dan cara penyampaian maklumat tersebut yang kreatif. Guru

akan memberi ulasan terhadap buku skrap yang telah disiapkan oleh murid. Guru

juga menyimpan buku skrap di kelas sebagai rujukan semasa pada masa depan

untuk pelajar dan juga guru.

Page 2: Kerja Kumpulan Pbp

2.0 LANGKAH PELAKSANAAN MURID2.1 MENGIKUTI TAKLIMAT YANG DIBERIKAN OLEH GURU

Selepas menerima soalan kajian kes, murid membaca dan memahami soalan kejian

kes. Sepanjang taklimat itu, murid boleh mencatat perkara yang penting yang

disampaikan oleh guru. Murid juga haruslah menyoal sekiranya mereka tidak faham

tentang soalan kajian kes itu. Selepas itu, murid boleh memulakan perbincangan

sesama ahli kumpulan itu.

2.2 PEMBAHAGIAN TUGASAN SESAMA AHLI KUMPULAN Dalam langkah ini, murid membahagikan tugasan sesama mereka. Namun begitu,

sebelum proses ini, ketua kumpulan haruslah dilantik supaya sesuatu kerja tersebut

boleh dijalankan dengan lancar dan sistematik. Setiap ahli kumpulan ini juga

haruslah mencari maklumat bersama-sama dan mewujudkan perhubungan

kolaborasi di mana mereka betul-betul berkomunikasi sesama mereka untuk

menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

2.3 MENGHASILKAN BUKU SKRAPSebelum memulakan penghasilan buku skrap, murid haruslah membuat persediaan,

iaitu membuat draf atau merangka isi kandungan buku skrap. Hal ini boleh

membantu pelajar untuk menjimatkan masa dalam menyiapkan buku skrap di

samping menjamin kualiti buku skrap. Bagi pelajar yang ingin menghasilkan buku

skrap bercetak, mereka boleh menaip dengan menggunakan komputer di makmal

komputer. Selepas itu, mereka haruslah memeriksa hasil kerja mereka supaya tiada

kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Pelajar membukukan buku skrap

mereka.

2.4 MENGHANTAR BUKU SKRAPMurid haruslah memastikan kerja mereka dihantar tepat pada masa dan tidak

menangguhkan kerja-kerja mereka.

Page 3: Kerja Kumpulan Pbp