KERJA KURSUS

27
951224-13-6358 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM KITAR SEMULA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BINTULU, SARAWAK ABSTRAK Kitar semula ialah proses menjadikan bahan daripada sampah untuk diguna semula. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sebab pelajar kurang menyambut dan langkah yang harus dilaksanakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu telah dipilih sebagai kawasan kajian dan kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekurangan kesedaran untuk menjadi contoh dan sikap kurang mempedulikan program kitar semula adalah antara faktor yang menggagalkan program kitar semula. 11 orang responden memilih sangat setuju manakala 13 orang responden menjawab setuju bagi pilihan kekurangan kesedaran untuk menjadi contoh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penganjuran kempen kitar semula adalah antara langkah yang boleh dijalankan bagi menjayakan program kitar semula. 25 orang responden telah menyokong langkah tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat lima belas faktor yang menyebabkan kegagalan program kitar semula dan langkah-langkah yang dapat memupuk program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.

description

123

Transcript of KERJA KURSUS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM KITAR SEMULA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BINTULU, SARAWAK

ABSTRAKKitar semulaialah proses menjadikan bahan daripada sampah untuk diguna semula. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sebab pelajar kurang menyambut dan langkah yang harus dilaksanakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu telah dipilih sebagai kawasan kajian dan kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekurangan kesedaran untuk menjadi contoh dan sikap kurang mempedulikan program kitar semula adalah antara faktor yang menggagalkan program kitar semula. 11 orang responden memilih sangat setuju manakala 13 orang responden menjawab setuju bagi pilihan kekurangan kesedaran untuk menjadi contoh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penganjuran kempen kitar semula adalah antara langkah yang boleh dijalankan bagi menjayakan program kitar semula. 25 orang responden telah menyokong langkah tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat lima belas faktor yang menyebabkan kegagalan program kitar semula dan langkah-langkah yang dapat memupuk program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.

KANDUNGANABSTRAK1KANDUNGAN2 - 3PENGHARGAAN4

1.0 Pengenalan5

2.0 Objektif Kajian6

3.0 Lokasi Kajian7 - 93.1 Peta3.2 Gambar

4.0 Kaedah Kajian10-11 4.1 Reka Bentuk Kajian4.2 Sampel kajian4.3 Instrumen kajian4.3.1 Soal selidik4.4 Cara pengumpulan data4.4.1 Dokumentasi 4.4.2 Kepustakaan4.4.3 Soal selidik4.5 Cara Analisis Data

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan12-195.1 Demografi Responden5.2 Faktor-faktor pelajar kurang menyambut program kitar semula di SMK Bandar Bintulu.5.3 Langkah-langkah yang harus dijalankan supaya pelajar menyambut program kitar semula.

6.0 Rumusan dan Kesimpulan20-236.1 Sebab-sebab pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu kurang menyambut program kitar semula.6.2 Langkah-langkah yang dapat dijalankan supaya pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu menyambut program kitar semula.6.3 Kesimpulan

RUJUKAN24LAMPIRAN25-27Borang soal selidik

PENGHARGAANPada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ling Kee Eng selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu yang telah memberikan sokongan moral kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Tchong Nolia selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sanggup membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih kepada ibu dan bapa kerana tidak jemu memberikan nasihat dan sokongan moral serta kewangan.Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan dan semua pihak yang terbabit. Jasa anda semua amat dihargai. Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALANProgram kitar semulaialah proses menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk diguna semula. Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang dianggap sampah. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, penggunaan bahan mentah baru, penggunaantenaga,pencemaranudara, pencemaran air dan pengeluarangas rumah hijauberbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawalPlatopada 400BC. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru. Dalam masyarakat perindustrian, barang pengguna dihasilkan pada kadar yang tinggi. Orang ramai membeli kereta, peti sejuk, atau dapur baru yang lebih baik, manakala yang lamanya dibuang sahaja. Barang yang dibuang ini mengandungi banyak bahan berharga yang dapat dipulihgunakan. Di seluruh dunia, kerajaan mengakui bahawa kitar semula ialah cara yang munasabah untuk mempergunakan sumber yang akan berakhir di atas timbunan sampah-sampah. Di kebanyakan negara, kini terdapat program kitar semula yang berskala besar. Oleh sebab semakin sukar untuk mencai cara menghapuskan sampah yang dihasilkan, maka adalah munasabah jika kita mengitar semula dan menggunakan semula sebarang benda yang kita boleh.Bagi negara Malaysia, program kitar semula telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. 11 November juga ditetapkan sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan. Menurut ketua pengarah Jabatan Pengurusan dan Sisa Pepejal, Datuk Dr Nadzri Yahaya, kadar kitar semula di Malaysia pada tahun 2012 adalah 10% dan kadar ini sangat rendah berbanding dengan negara maju yang lain. Ini membuktikan bahawa program kitar semula kurang disambut.Contoh dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan ialah amalan 3R, iaitu kitar semula, pengurangan, penggunaan semula. Sebenarnya, kitar semula perlu ditekankan dalam kalangan pelajar. Kementerian Pelajaran telah menekankan program kitar semula dengan menempatkan tong kitar semula di sekolah. Jadi, kerja kursus ini akan menekankan program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.Program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu telah diperkenalkan pada . Namun, sambutan pelajar dalam program ini kurang memuaskan sepanjang masa program kitar semula ini diperkenalkan. Jadi, kerja kursus ini adalah untuk memastikan sebab-sebab pelajar kurang menyambut program ini dan langkah-langkah yang harus dilaksanakan supaya pelajar berminat dan menyedari tanggungjawab mereka dalam program ini.

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian adalah untuk : i. Mengkaji sebab-sebab pelajar kurang menyambut program kitar semula.ii. Mengenal pasti langkah-langkah yang harus dijalankan supaya pelajar menyambut program kitar semula.

3.0 LOKASI KAJIAN3.1 Peta

Peta 1 : Daerah Bintulu

Peta 1 di atas telah menunjukkan daerah Bintulu yang terletak di Sarawak. Bahagian Bintulumerupakan bahagian ketiga. Bandaraya Bintulumembangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Ia terletak 650 km dariBandar Kuchingdan kira-kira 215 km dariSibuatauMiri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2. Sekarang, Bintulu mempunyai 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah. Antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.

3.2 GambarGambar 1 : Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu

Gambar 1 menunjukkan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu yang terletak di daerah Bintulu, Sarawak. Sekolah ini adalah terletak di KM8, Jalan Tun Hussein Onn, Peti Surat 607, 97008 Bintulu, Sarawak dan berdekatan dengan kawasan perumahan, Bandar Jaya serta berhadapan dengan stesen minyak, Shell dan Petronas.

Gambar 2 : Tong kitar semula

Gambar 2 pula menunjukkan tong kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu. Tong kitar semula terletak di hadapan bilik kaunseling dan makmal komputer serta berdekatan dengan esplanet dan kantin sekolah. Tong kitar semula yang berwarna coklat adalah untuk kaca; tong kitar semula yang berwarna biru adalah untuk kertas manakala tong yang berwarna jingga adalah untuk aluminium. Papan notis juga disediakan untuk menjadi panduan kepada pelajar.

4.0 KAEDAH KAJIANBahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara analisi data.4.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada satu populasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesedaran pelajar dalam pelaksanaan kitar semula.4.2 Sampel KajianPemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan tiga puluh orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji.4.3 Instrumen KajianKajian ini telah menggunakan instrumen borang soal selidik.4.3.1 Soal SelidikBorang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden supaya responden faham semasa menjawab soalan.Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan. Bagi soal selidik yang berbentuk terbuka, rasionalnya adalah untuk menyenangkan responden supaya bebas memberikan pelbagai bentuk jawapan.4.4 Cara Pengumpulan DataData dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi kepustakaan dan soal selidik.4.4.1 DokumentasiKajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku, jurnal, akhbar, majalah dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan program kitar semula dalam kalangan pelajar.4.4.2 Kepustakaan Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada: i. Perpustakaan Awam BDA Bintuluii. Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu

4.4.3 Soal SelidikKaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sebab-sebab pelajar kurang menyambut program kitar semula. Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sudi bekerjasama dan diberi masa lima minit untuk menjawab semua soalan.4.5 Cara Analisis DataPada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisi secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh dianalisi menggunakan kekerapan, peratusan dan min.Bagi item yang menggunakan skala likert, poin telah diberi seperti berikut.SkalaPoin

1Sangat tidak setuju

2Tidak setuju

3Tidak pasti

4Setuju

5Sangat setuju

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANBahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang terdapat daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden. Data telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata. Keputusan analisis data adalah berdasarkan tindak balas responden terhadap program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.5.1 Demografi RespondenJadual 1 menunjukkan pecahan responden terhadap program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.BilFaktorKategoriKekerapan (f)Peratusan (%)

1JantinaLelaki1446.7

Perempuan1653.3

213 - 15413.3

Umur16 - 192066.7

20 dan ke atas620.0

3Melayu620.0

KaumCina1756.7

India13.3

Lain-lain620.0

Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina responden. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 14 orang responden adalah jantina lelaki bersamaan dengan 46.7%. Sebaliknya, bagi jantina perempuan adalah 16 , yang bersamaan dengan 53.3%.

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur

Rajah 2 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan umur responden. Seramai 4 orang responden bersamaan 13.3% berumur 13 - 15, manakala bagi 20 orang resopnden bersamaan 66.7% berumur 16 - 19. Akhir sekali, sebanyak 6 orang responden bersamaan 20.0% berumur 20 dan ke atas.

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum.

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Kaum

Berdasarkan Rajah 3 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum responden. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 17 orang responden, bersamaan 56.7% adalah berbangsa Cina. Kaum Melayu adalah seramai 6 orang, iaitu 20.0%. Seramai 1 orang pelajar, bersamaan 3.3% berbangsa India manakala 6 orang responden bersamaan 20.0% yang berbangsa lain daripada kaum Melayu, Cina dan India.

5.2 Faktor-faktor pelajar kurang menyambut program kitar semula.Jadual 2 menunjukkan faktor kegagalan program kitar semula.Jadual 2 : Analisis faktor kegagalan program kitar semula SangatSetujuTidakTidakSangat

Bil.Sebab-sebab pelajar kurang setujupastiSetujutidak

menyambut program kitar semulasetuju

F%F%F%f%f%

1Tidak tahu manfaat kitar semula.620.0930.0516.7930.013.3

2Kurang sedar tentang kepentingan kitar semula.516.71240.0413.3620.0310.0

3Sikap yang kurang mempedulikan program kitar semula.11 36.71343.3310.026.713.3

4Kekurangan tong kitar semula.930.01240.0516.7413.300.0

5Kekurangan ceramah tentang kitar semula.620.01343.31033.313.300.0

6Kekurangan galakkan daripada cikgu.413.31963.326.7516.700.0

7Kekurangan anjuran aktiviti kitar semula.310.01756.7310.0723.300.0

8Kitar semula bukan tanggungjawab saya.556.7620.0310.01033.3620.0

9Kitar semula tidak perlu dijalankan di sekolah.310.0516.7620.01033.3620.0

10Tidak tahu cara pembahagian bahan kitar semula.723.31033.3826.7310.026.7

11Kekurangan didikan tentang kitar semula.310.01756.7516.7413.313.3

12Kitar semula sangat membebankan.413.3723.31033.3516.7413.3

13Kemusnahan infrastruktur kitar semula.723.31240.0826.7310.000.0

14Kurangnya kesedaran untuk menjadi contoh.1033.31653.3310.000.013.3

15Tidak sedar akan dasar yang diperkenalkan.723.31653.3310.026.726.7

Berdasarkan jadual 2, seramai 6 orang responden, bersamaan 20.0% telah memilih sangat setuju dan seramai 9 orang bersamaan 30.0% setuju bahawa pelajar tidak tahu manfaat kitar semula. Walau bagaimanapun, seramai 9 orang bersamaan 30.0% kurang setuju dengan pernyataan tersebut, 5 orang bersamaan 16.7% menjawab tidak pasti dan bakinya,seorang menjawab sangat tidak setuju. Oleh itu, min bagi pernyataan ini adalah sebanyak 3.33, menunjukkan kebanyakan responden bersetuju dengan faktor ini. Menurut akhbar Sinar Harian, kebaikan kitar semula perlu diketahui kerana kitar semula yang amat bermanfaat bukan sahaja kepada generasi sekarang tetapi akan datang. ( Hazelen Liana Kamarudin, 2013)Faktor kedua ialah kekurangan kesedaran tentang kebaikan program kitar semula dalam kalangan pelajar. Seramai 5 orang responden, iaitu 16.7% memilih sangat setuju dan seramai 12 orang responden bersamaan 40.0% memilih setuju. 4 orang responden telah memilih tidak pasti. Seramai 6 orang responden bersamaan 20.0% responden memilih tidak setuju dan 3 orang responden bersamaan 10.0% memilih sangat tidak setuju. Justeru, min keseluruhannya ialah 3.33, menunjukkan kebanyakan responden bersetuju dengan faktor ini. Menurut akhbar Berita Harian, kesedaran tentang kitar semula yang berbeza adalah disebabkan oleh kewujudan sumber yang sedia ada. ( Syed Azwan Syed Ali, 2011 )Seterusnya, seramai 11 orang responden bersamaan 36.7% sangat setuju mengenai sikap pelajar yang kurang mempedulikan program kitar semula. 13 orang responden bersamaan 43.3% memilih setuju dan 3 orang responden, iaitu 10.0% menjawab tidak pasti. Walau bagaimanapun, 2 orang responden bersamaan 6.7% memilih tidak setuju dan bakinya, seorang bersamaan 3.3% memilih sangat tidak setuju. Oleh itu, min kesemuanya ialah 4.03, menunjukkan kebanyakan responden sangat setuju dengan faktor ini.Kekurangan tong kitar semula juga merupakan salah satu faktor yang mengagalkan program kitar semula di. Sebanyak 9 orang responden bersamaan 30.0% memilih sangat setuju manakala 12 orang responden bersamaan 40.0% memilih setuju. 5 orang responden, iaitu 16.7% memilih tidak pasti, 4 orang responden bersamaan 13.3% menjawab tidak setuju dan tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju. Min bagi keseluruhannya ialah 3.87, bermakna kebanyakan responden setuju dengan sebab tersebut.Kekurangan ceramah tentang kitar semula turut menyebabkan program kitar semula kurang disedari oleh pelajar. Seramai 6 orang responden, iaitu 20.0% memilih sangat setuju dan 13 orang responden bersamaan 43.3% memilih setuju. 10 orang responden bersamaan 33.3% memilih tidak pasti dan hanya seorang responden yang menjawab tidak setuju. Oleh itu, min bagi kesemuanya ialah 3.80, menunjukkan kebanyakan responden bersetuju dengan sebab ini. Menurut Utusan Online, program ceramah perlu dilancarkan supaya dapat meningkatkan kadar kitar semula dalam kalangan masyarakat. ( Safina Ramli, 1 Disember 2013 )Faktor keenam ialah kekurangan galakkan daripada cikgu. Seramai 4 orang responden bersamaan 13.3% memilih sangat setuju dan 19 orang responden bersamaan 63.3% memilih setuju bagi sebab ini. 2 orang responden, iaitu 6.7% memilih tidak pasti. Namun, 5 orang responden bersama dengan 16.7% memilih tidak setuju manakala tidak ada responden yang telah memilih sangat tidak setuju. Min keseluruhannya adalah 3.73, bermakna kebanyakan responden bersetuju dengan faktor tersebut. Selain itu, seramai 3 orang responden bersamaan 10.0% memilih sangat setuju dan 17 orang responden bersama dengan 56.7% memilih setuju bagi kekurangan anjuran aktiviti kitar semula. 3 orang responden bersama dengan 10.0% memilih tidak pasti. Namun, seramai 7 orang responden, iaitu 23.3% memilih tidak setuju manakala tidak ada seseorang yang memilih sangat tidak setuju. Min keseluruhan bagi faktor ini adalah 3.53, menunjukkan kebanyakan responden bersetuju dengan sebab ini. Menurut Berita Harian, program yang berkaitan dengan kitar semula perlu dianjurkan atas kerjasama erat bagi meningkatkan peratusan kitar semula supaya setanding dengan negara luar. ( Syed Azwan Syed Ali, 21 May 2012 )Tambahan pula, seramai 5 orang responden iaitu, 56.7% sangat setuju bahawa kitar semula bukan tanggungjawab pelajar. 6 orang responden bersamaan 20.0% setuju dan 3 orang responden yang bersama dengan 10.0% memilih tidak pasti. Sebaliknya, 10 orang responden iaitu 33.3% memilih tidak setuju manakala 6 orang responden bersamaan memilih sangat tidak setuju. Oleh itu, min keseluruhan ialah 2.80, menunjukkan kebanyakan responden kurang bersetuju dengan faktor ini.Di samping itu, seramai 3 orang responden, iaitu 10.0% sangat setuju dan 5 orang responden bersamaan 16.7% setuju bahawa program kitar semula tidak perlu dijalankan di sekolah. 6 orang responden bersamaan dengan 20.0% telah memilih pilihan tersebut. Walau bagaimanapun, 10 orang responden, iaitu 33.3% memilih tidak setuju dan 6 orang responden iaitu 20.0% telah memilih sangat tidak setuju. Min keseluruhan bagi faktor ini adalah 2.63, menunjukkan bahawa responden kurang bersetuju dengan sebab ini. Menurut Utusan Online, program kitar semula dapat memberi kesedaran kepada pelajar dengan menjadikan kebersihan sebagai aspek utama selain menyemai semangat untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal. (Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir, 25 September 2013)

Faktor kesepuluh ialah sesetengah pelajar kurang mengetahui cara untuk membahagikan bahan kitar semula. 7 orang responden bersamaan 23.3% memilih sangat setuju dan 10 orang responden bersamaan 33.3% memilih setuju. 8 orang responden yang bersama dengan 26.7% kurang pasti tentang persoalan ini. 3 orang responden bersamaan 10.0% memilih tidak setuju dan 2 orang responden iaitu 6.7% memilih sangat tidak setuju. Min keseluruhan bagi faktor ini 3.57, menunjukkan kebanyakan responden setuju dengan alasan ini.Kemudiannya, 3 orang responden bersamaan 10.0% memilih sangat setuju dan 17 orang responden bersamaan 56.7% memilih setuju bagi pernyataan kekurangan didikan tentang kitar semula. 5 orang responden memilih tidak pasti manakala 4 orang responden bersamaan 13.3% memilih tidak setuju dan bakinya, seorang memilih sangat tidak setuju. Min keseluruhannya ialah 3.57. Ini menandakan bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan ini. Menurut Utusan Malaysia, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mendidik remaja supaya pekadengan keadaan sekeliling dan tidak membuang sampah dengan sewenang-wenangnya. ( Markus Lim, 20 November 2004 )Faktor seterusnya ialah kitar semula dianggap membebankan. 4 orang responden bersamaan 13.3% sangat setuju dan 7 orang responden bersamaan 23.3% menjawab setuju. 10 orang responden bersamaan 33.3% kurang pasti, 5 orang responden, iaitu 16.7% memilih tidak setuju dan 4 orang responden bersamaan 13.3% memilih sangat tidak setuju. Min bagi keseluruhannya ialah 3.07, menunjukkan kebanyakan responden setuju dengan alasan tersebut.Kemusnahan infrastruktur kitar semula juga merupakan sebab kegagalan program kitar semula. 7 orang responden bersamaan 23.3% menjawab sangat setuju dan 12 orang responden, iaitu 40.0% memilih setuju. 8 orang responden bersamaan 26.7% memilih tidak pasti, 3 orang responden iaitu 10.0% telah memilih tidak setuju dan tidak ada seorang responden yang memilih sangat tidak setuju. Min bagi keseluruhan ialah 3.77, menandakan kebanyakan pelajar setuju dengan sebab ini.Selanjutnya, 10 orang responden bersamaan 33.3% memilih sangat setuju dan 16 orang responden bersamaan 53.3% memilih setuju bagi pernyataan kekurangan kesedaran untuk menjadikan contoh kepada orang lain. 3 orang responden, iaitu 10.0% memilih tidak pasti dan hanya seorang, iaitu 3.3% telah memilih sangat tidak setuju. Justeru, min kesemuanya ialah 4.13, menunjukkan kebanyakan responden sangat setuju dengan sebab ini.Akhir sekali, seramai 7 orang responden bersamaan 23.3% memilih sangat setuju bahawa pelajar tidak sedar akan dasar yang telah diperkenalkan. 16 orang pelajar bersamaan 53.3% memilih setuju manakala 2 orang responden bersamaan 6.7% memilih tidak setuju. Sebaliknya, 3 orang responden bersamaan 10.0% telah memilih tidak pasti dan 2 orang responden bersamaan 6.7% telah menjawab sangat tidak setuju. Min kesemuanya ialah 3.80 yang menunjukkan kebanyak responden setuju dengan faktor ini.

5.3 Langkah-langkah yang harus dijalankan supaya pelajar menyambut program kitar semula.Jadual 3 menunjukkan langkah-langkah yang harus dijalankan supaya program kitar semula disambut.Jadual 3 : Analisis langkah-langkah yang harus dijalankanBilLangkahKekerapan (f)Peratusan (%)

1Membaiki tong kitar semula2583.3

2Memberikan hadiah kepada pelajar413.3

3Mengadakan kempen program kitar semula2583.3

4Mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan program kitar semula1033.3

5Menjadi contoh kepada orang lain1033.3

Borang soal selidik yang terbuka telah diberi kepada 30 responden yang terdiri daripada pelajar dan cikgu untuk mendapatkan maklumat tentang langkah-langkah yang harus dilaksanakan untuk memupuk program kitar semula. Berdasarkan Jadual 3, 30 orang responden telah mencadangkan bahawa tong kitar semula perlu diperbaiki. Selain itu, hadiah yang lumayan boleh diberikan kepada mana-mana pelajar yang sanggup menyertai kitar semula. Kempen kitar semula harus dilaksanakan secara besar-besaran. Aktiviti yang berkaitan dengan program kitar semula turut perlu dianjurkan dan kesanggupan untuk menjadi contoh kepada orang lain.Seramai 25 orang responden bersamaan 83.3% telah mencadangkan bahawa tong kitar semula perlu dibaiki. Menurut Sinar Harian, amalan kitar semula sukar dilaksana jika kekurangan tong kitar semula di tempat-tempat awam. ( Norfarhiza Mohd Atar , 2012)Selain itu, 4 orang responden, bersamaan 13.3% mencadangkan bahawa hadiah boleh diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam program kitar semula. Apabila hadiah diberikan, maka pelajar akan lebih berminat dan sanggup menyertai program ini.Seterusnya, seramai 25 orang responden bersamaan 83.3% yang mencadangkan bahawa pihak sekolah harus mengadakan kempen yang berkaitan dengan program kitar semula. Menurut Sinar Harian, kempen kitar semula harus dilakukan berterusan bagi membuka minda dan mata rakyat mengenai impak positif melalui kitar semula. (Hazelen Liana Kamarudin, 2010)Selanjutnya, sebanyak 10 orang responden bersamaan 33.3% telah bercadang agar pihak sekolah telah mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan program kitar semula. Aktiviti yang berkaitan dengan program kitar semula dapat menyelamatkan bumi daripada pencemaran dan pemanasan global selain menanamkan budaya menabung dalam diri pelajar. Akhirnya, seramai 10 orang responden, iaitu 33.3% telah mencadangkan guru dan pelajar agar mempunyai kesedaran untuk menjadi contoh kepada orang lain. Menurut Sinar Harian, kelulusan kitar semula supaya dimasukkan dalam subjek kokurikulum dapat membantu guru menjadi pemimpin dalam pendidikan kitar semula. (Jamilah Hamzah, 2013)6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULANKajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.6.1 Sebab-sebab kegagalan program kitar semula

Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa sebab-sebab pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu kurang menyambut program kitar semula adalah seperti yang dibincangkan iaitu tidak tahu manfaat kitar semula, kurang sedar tentang kepentingan kitar semula, sikap yang kurang mempedulikan program kitar semula, kekurangan tong kitar semula, kekurangan ceramah tentang kitar semula, kekurangan galakkan daripada cikgu, kekurangan anjuran aktiviti kitar semula, menganggap kitar semula bukan tanggungjawab sendiri, menganggap kitar semula tidak perlu dijalankan di sekolah, tidak tahu cara pembahagian bahan kitar semula, kekurangan didikan tentang kitar semula, menganggap kitar semula sangat membebankan, kemusnahan infrastruktur kitar semula, kekurangan kesedaran untuk menjadi contoh kepada orang lain dan tidak sedar akan dasar yang telah diperkenalkan.Pelajar di sekolah tidak tahu manfaat kitar semula. Hal ini kerana, masyarakat pada zaman sekarang kurang menyertai kitar semula. Jadi, manfaat kitar semula kurang diketahui sekiranya pelajar tidak sanggup menyertai program kitar semula.Selain itu, pelajar kurang sedar tentang kepentingan kitar semula. Hal ini kerana, pelajar sekarang kurang sedar akan tujuan program kitar semula diadakan sehingga mereka tidak sedar atau kurang mengetahui kepentingan kitar semula dalam kalangan pelajar.Di samping itu, sikap yang kurang mempedulikan program kitar semula, didapati ia sememangnya merupakan faktor yang mendapat tempat di hati para pelajar. Hal ini kerana, masyarakat sekarang kurang mempunyai kesedaran untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.Faktor yang keempat ialah kekurangan tong kitar semula. Hal ini kerana, kewujudan pelbagai tong kitar sampah akan mengingati para pelajar di sekolah supaya menjalankan program kitar semula tanpa mengira di mana mereka berada.Seterusnya, kekurangan ceramah tentang kitar semula. Hal ini kerana, penganjuran ceramah boleh menyemarakkan semangat yang ada pada pelajar untuk menyertai program kitar semula.Kekurangan galakkan daripada cikgu juga merupakan antar faktor yang mengagalkan program kitar semula. Hal ini kerana, galakkan dapat membantu pelajar supaya melibatkan diri dalam program kitar semula.Bagi faktor yang ketujuh ialah kekurangan anjuran aktiviti kitar semula. Hal ini kerana, penganjuran aktiviti kitar semula dapat menegaskan kepentingan program ini dalam kalangan pelajar. Jadi, penganjuran kitar semula dapat membantu pelajar mengetahui kebaikan kitar semula.Dalam pada itu, fikiran yang menganggap kitar semula bukan tanggungjawab sendiri. Hal ini kerana, program kitar semula selalu disertai oleh sukarelawan daripada mana-mana penubuhan swasta. Jadi, masyarakat sekarang kurang mengetahui program ini ialah tanggungjawab semua pihak.Fikiran yang menganggap kitar semula tidak perlu dianjurkan di sekolah juga antara faktor yang mengagalkan program ini. Sekiranya program kitar semula tidak dianjurkan di sekolah, pelajar akan kurang terdedah kepada aktiviti yang bermanfaat ini dan lama-kelamaan mengabaikan program ini.Bagi faktor kesepuluh, pelajar kurang mengetahui cara pembahagian bahan kitar semula. Program kitar semula memerlukan pembahagian sampah yang teratur. Jadi, sekiranya pelajar kurang mengetahui langkah yang harus dijalankan, maka mereka akan terhindar diri daripada program tersebut. Kekurangan didikan tentang kitar semula juga mengagalkan program ini. Hal ini kerana, didikan yang sesuai harus diberikan kepada para pelajar agar mereka mengetahui cara, sebab dan manfaat yang akan didapati oleh mereka.Tambahan pula, kitar semula telah membebankan pelajar. Hal ini kerana, pelajar sekarang lebih mementingkan akademik daripada program kitar semula yang dianggap membazirkan masa mereka. Mereka sanggup menggunakan masa ini untuk aktiviti lain.Bagi aspek ketiga belas, kemusnahan infrastruktur kitar semula. Oleh sebab sesetengah infrastruktur kitar semula telah dimusnahkan. Jadi, pelajar tidak mempunyai apa-apa cara untuk menjalankan program kitar semula.Bagi kekurangan kesedaran untuk menjadi contoh kepada orang lain, didapati ia sememangnya merupakan sebab yang mendapat tempat di hati responden. Hal ini kerana, kesedaran sangat penting dalam menggalakan anjuran program kitar semula. Sekiranya pihak berkuasa tidak menjadikan contoh kepada orang lain, maka program ini akan gagal.Akhir sekali, sesetengah pelajar tidak sedar akan dasar yang diperkenalkan. Hal ini kerana, dasar kerajaan yang berkaitan dengan kitar semula kurang ditegaskan dalam kalangan pelajar sehingga pelajar tidak menyedari kepentingan dasar tersebut.

6.2 Langkah-langkah yang dapat dijalankan supaya program kitar semula disambut. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa beberapa langkah yang dapat mewujudkan kesedaran bagi program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu adalah seperti membaiki tong kitar semula, memberikan hadiah kepada pelajar, mengadakan kempen mengenai program kitar semula, mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan program kitar semula dan menjadikan contoh kepada orang lain.Berdasarkan aspek memperbaiki tong kitar semula, didapati ianya merupakan antara langkah yang harus dilaksanakan. Hal ini kerana, dengan tong kitar semula yang baik pulih, pelajar dapat menjalankan program kitar semula dalam keadaan yang lebih sempurna selain memupuk minat mereka dalam program ini.Seterusnya, hadiah juga boleh diberikan kepada para pelajar yang menyertai program kitar semula. Hal ini kerana, hadiah boleh menjadi dorongan dan galakkan kepada pelajar supaya mengamalkan program kitar semula dalam kehidupan mereka dan menarik minat orang lain secara langsung.Bagi kempen program kitar semula pula, didapati ianya juga merupakan langkah yang banyak mendorong kejayaan program kitar semula. Dengan penganjuran kempen secara besar-besaran, maka pelajar akan lebih memahami dan mengetahui cara dan manfaat program kitar semula kepada para pelajar.Selain itu, aktiviti yang berkaitan dengan program kitar semula perlu dianjurkan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, melalui aktiviti seperti permainan, pertandingan dan sebagainya, minat pelajar dalam program ini dapat dipupuk dan mendorong pelajar agar melibatkan diri dalam program kitar semula.Akhir sekali, langkah yang menjayakan program kitar semula ialah kesedaran untuk menjadi contoh kepada orang lain. Apabila seorang pelajar sanggup menjadi contoh dalam pelaksanaan kitar semula, maka pelajar lain akan terpengaruh dan melahirkan sikap ingin tahu atau minat mereka dalam program kitar semula.

6.3 KesimpulanSecara kesimpulannya, untuk kebersihan sekolah. Pelajar harus mempunyai kesedaran supaya sanggup melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula supaya program kitar semula dapat berjaya. Program kitar semula adalah perlu kerana kitar semula merupakan perjalanan yang dapat mengelakkan pencemaran, menjimatkan sumber alam, memupuk sikap bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Justeru itu, hasil kajian ini diharapkan program kitar semula dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu dapat disambut dengan mesra supaya program ini dapat memanfaatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu daripada pelbagai aspek selain menjadi contoh kepada sekolah lain.

7.0 RUJUKANDonna Bailey, 1995, Mengitar semula sampah : Petaling Jaya : Penerbit Jayatinta Sdn Bhd.Jo Gordon, 1994, Lindungi Bumi Kita : Kitar Semula : Johor Bharu ; Kuala Lumpur : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Seow Ta Wee , Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia dlm. Jurnal Sains Sosial. PenerbitKUiTTHO: Parit Raja. Jilid 2. Bil 1. pp 9 25, 2004.Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Yazid Alias, Amal Kitar Semula dlm. Utusan Malaysia, 27 Jan 2010Syed Azwan Syed Ali, Kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun dlm. Berita Harian , 03 Januari 2011.Hazelen Liana Kamarudin, Larian Jom Kitar Semula dlm. Sinar Harian, 11 Jun 2013.Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Dasar Kitar Semula. http://www.kedforestry.gov.my/index.php/my/mengenai-kami/profil-jabatan/dasar-kitar-semula.htmlLaman Web Rasmi Majlis Perbandaran Manjung. Pelaksanaan program kitar semula. http://www.mpm.gov.my/program-kitarsemula Portal Rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. 2008 - 2011. Pengenalan 3R. http://www.ppsppa.gov.my/index.php/3r/pengenalanKOSMO! Online, Kerajaan sasar kadar kitar semula 40 peratus dlm. KOSMO! Online, 17 November 2012.Sekolah Menengah Kebangsaan Han Chiang ( Han Chiang High School ), 2011, Kitar semula. Dicapai pada 10 Mac 2011, dari http://hchs.edu.my/green/Kitar%20Semula-1.htmlAzuwan Jam ( 2011 ). Kod Plastik Kitar Semula. Dicapai pada 15 November, 2011, dari http://encikazuwan.blogspot.com/2011/11/kod-plastik-kitar-semula.htmlLaman Web Google. 2014. http://maps.google.com ( 14 Februari 2014 )Wikipedia ( 2014 ). Definisi program kitar semula, artikel atas talian. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

951224-13-6358

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

1. Umur : _________2. Agama : Islam() Buddha() Hindu() Kristian() Lain-lain()3. Jantina : Lelaki() Perempuan()

4. Bangsa : Melayu() Cina() India() Lain-lain()

BAHAGIAN B : PENGETAHUAN AM1. Adakah anda mengetahui maksud kitar semula?Ya ( ) Tidak ( )2. Dari manakah anda mengetahui mengenai program kitar semula?Televisyen ( ) Kerajaan ( )Surat khabar ( )Kempen ( )Radio ( )Iklan ( )Internet ( )Lain- lain : _______________________BAHAGIAN C : PENYERTAAN MASYARAKAT1. Adakah anda pernah terlibat dengan mana-mana program / aktiviti kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu?Ya ( )Tidak ( )

2. Adakah anda pernah ditawarkan oleh mana-mana pihak untuk program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu? Ya ( )Tidak ( )

BAHAGIAN D : SEBAB KEGAGALAN PROGRAM KITAR SEMULABerdasarkan ukuran di bawah, berikan persepsi anda mengenai terhadap pelaksanaan program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu dengan menandakan [ / ] dalam ruang yang telah disediakan.PerkaraSangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

Skor1

2345

Bil.Sebab-sebab pelajar kurangSangatSetujuTidakTidak Sangat

menyambut program kitar semulaSetujuPastisetujutidak

setuju

1Tidak tahu manfaat kitar semula.

2Kurang sedar tentang kepentingan kitar semula.

3Sikap yang kurang mempedulikan program kitar semula.

4Kekurangan tong kitar semula.

5Kekurangan ceramah tentang kitar semula.

6Kekurangan galakkan daripada cikgu.

7Kekurangan anjuran aktiviti kitar semula.

8Kitar semula bukan tanggungjawab saya.

9Kitar semula tidak perlu dijalankan di sekolah.

10Tidak tahu cara pembahagian bahan kitar semula.

11Kekurangan didikan tentang kitar semula.

12Kitar semula sangat membebankan.

13Kemusnahan infrastruktur kitar semula.

14Kurangnya kesedaran untuk menjadi contoh.

15Tidak sedar akan dasar yang diperkenalkan.

BAHAGIAN E: PANDANGAN UMUMTuliskan jawapan di ruang yang disediakan.1. Pada pandangan anda sebagai pelajar / cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu, apakah infrastruktur yang perlu ditambahkan atau dibaiki?

2. Apakah tindakan yang patut diambil oleh pihak sekolah untuk memupuk minat dan tanggungjawab pelajar dalam program kitar semula?

3. Pada pendapat anda, apakah langkah lain yang dapat diambil oleh pihak sekolah untuk merealisasikan program kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu?

- TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA -