Kerja Kursus Geografi PMR 2012

download Kerja Kursus Geografi PMR 2012

of 12

Transcript of Kerja Kursus Geografi PMR 2012

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    1/12

    3.0 Penghargaan

    Saya,Muhammad Syukri Bin Mustamam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

    ibu bapa saya iaitu Encik Mustamam dan Puan Esah kerana memberi bantuan kewangan dan

    sokongan moral kepada saya.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru geografi

    saya,Puan Jamilah Binti Abdul Manaf, yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar hingga

    kajian ini selesai.Selain itu,saya amat berterima kasih kepada pemangku pengetua SMKA

    Sultan Muhammad,Encik Alias Bin Mahpol@Mohammad kerana telah memberi kebenaran

    kepada saya untuk menjalankan kajian ini.Akhir sekali,tidak lupa juga kepada semua

    responden yang telah memberikan kerjasama dan ahli kumpulan saya,Muhammad Abqori

    Azmi,Ahmad Faiz Azhar,Muhammad Arif Luqman Mohammad Ali serta Muhammad Aiman

    Zamli yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    2/12

    4.0 Pendahuluan

    Saya,Muhammad Syukri Bin Mustamam,pelajar tingkatan 3 Abu Bakar As-Siddiq bersama

    empat orang rakan saya,iaitu Abqori,Luqman,Faiz dan Aiman telah memilih tajuk

    Perniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan,Melaka.Kami memilih Pasar Malam Paya Ikan

    sebagai lokasi kajian kerana lokasinya berhampiran dengan kawasan tempat tinggal

    kami.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bulan Februari

    hingga bulan Julai.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    3/12

    5.0 Objektif Kajian

    Antara objektif kajian yang saya jalankan seperti berikut:

    Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka. Menyatakan kepentingan perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Paya

    Ikan,Melaka

    Mengenalpasti kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan,Melaka Menyatakan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam

    di Paya Ikan,Melaka

    Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    4/12

    6.0 Kawasan kajian

    Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Paya

    Ikan,Melaka.Kawasan ini terletak dalam daerah Melaka Tengah dan diselenggarakan oleh

    Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Jaraknya dari Bandar Melaka adalah kira-

    kira 8 km.Dengan menaiki kereta dari Bandar Melaka,ia mengambil masa kira-kira 15 minit

    untuk sampai di sana.

    Peta Daerah Melaka Tengah

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    5/12

    7.0 Kaedah kajian

    Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut,kami telah menggunakan beberapa kaedah

    iaitu:

    1)Kaedah pemerhatian : Kami telah melakukan pemerhatian di Pasar Malam Paya Ikan,

    Melaka dengan melihat jenis barangan yang dijual disana.

    2)Kaedah soal selidik : Kami juga telah mengedarkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada

    para pengguna dan peniaga di Pasar Malam Paya Ikan,Melaka

    3)Kaedah temu bual : Kami telah menemu bual beberapa orang peniaga di Pasar Malam Paya

    Ikan,Melaka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    4)Kaedah rujukan : Kami telah mendapatkan beberapa rujukan di Perpustakaan SMKA

    Sultan Muhammad,serta rujukan dari internet.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    6/12

    8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di

    Paya Ikan,Melaka

    Dari segi konsep, perniagaan runcit adalah aktiviti perjualan kepada pengguna

    terakhir. Perniagaan runcit melibatkan penjualan barangan dalam kuantiti yang kecil kepada

    orang ramai. Perniagaan ini biasanya dijalankan oleh peniaga secara individu dengan dibantu

    oleh ahli keluarga.Contohnya pasar malam, pasar tani,kedai runcit dan sebagainya.

    Di Paya Ikan,pasar malam merupakan perniagaan runcit yang utama di sini.Pasar

    Malam Paya Ikan diadakan di padang Paya Ikan dan dibuka pada hari Sabtu dari pukul 4

    petang hingga 9 malam.Lokasinya yang berhampiran dengan jalan raya utama telah

    menyebabkan kawasan itu dikunjungi oleh orang ramai.Pelbagai jenis keperluan dijual disini

    antaranya:pakaian,minuman,makanan,barangan dapur,permainan dan sebagainya.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    7/12

    8.2 Kepentingan perniagaan runcit di Pasar

    Malam Paya Ikan,Melaka.

    Kegiatan peniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan,Melaka telah banyak memberi

    kesan positif kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitarnya.Pasar Malam Paya Ikan

    mempunyai banyak kepentingan.Antaranya ialah Pasar Malam Paya Ikan telah menyediakan

    banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia yang tinggal di sekitarnya.Golongan belia

    dapat bekerja sampingan di gerai pasar malam untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

    Selain itu,Pasar Malam Paya Ikan juga dapat memudahkan penduduk sekitar untuk

    membeli barangan keperluan harian antaranya, pakaian,makanan,barangan dapur dan

    sebagainya.Terdapat banyak barangan keperluan harian dijual di pasar malam.Penduduk

    sekitar juga tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

    Seterusnya,Pasar Malam Paya Ikan juga dapat membolehkan penduduk tempatan

    memasarkan produk mereka.Mereka bijak mengambil peluang dengan menjadikan pasar

    malam ini sebagai satu tapak untuk mereka memasarkan produk speperti makanan sampingan

    serta kerepek,jeruk dan lain-lain.

    Kepentingan pasar malam yang terakhir ialah dapat menyediakan barangan yang

    segar.Terdapat peniaga yang menyediakan barangan yang segar seperti sayur-sayuran,buah-

    buahan dan ikan kerana mereka menyediakan pada hari jualan dan bukannya pada hari

    sebelumnya.Hal ini juga dapat memastikan kualiti barang juga terjamin.

    Sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini,saya berasa amat beruntung dan

    bersyukur kerana kawasan ini mempunyai sebuah pasar malam yang mempunyai banyak

    kepentingan yang memberi kesan kepada kawasan sekitarnya.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    8/12

    8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan

    runcit pasar malam di Paya Ikan

    Perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan diwujudkan kerana terdapat beberapa

    faktor yang mempengaruhinya.Antaranya ialah faktor governan iaitu pihak berkuasa

    tempatan bertanggungjawab untuk memberi lesen perniagaan kepada para peniaga dan

    menyelenggara kawasan peniagaan.Ini dapat membantu kegiatan pasar malam berjalan

    dengan baik

    Selain itu,darjah ketersampaian juga menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi

    perniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan.Hal ini kerana lokasi pasar malam yang

    berhampiran dengan jalan raya utama di Bukit Baru menyebabkan orang ramai mudah untu

    sampai ke sana.Laluan ini juga merupakan laluan utama pekerja di luar Bandar untuk pulang

    ke rumah mereka.Jadi , ini memudahkan mereka berkunjung ke pasar malam

    Faktor yang ketiga ialah kesesuaian waktu berniaga.Kebanyakan pengunjung pasar

    mala mini terdiri daripada orang dewasa.Mereka akan pulang dari tempat kerja pada pukul 5

    petang dan amat sesuai dengan waktu perniagaan pasar malam ini.Hal ini membolehkan

    mereka untuk membeli barang dengan mudah.

    Kemudahan infrastruktur merupakan faktor yang terakhir yang mempengaruhi

    perniagaan runcit Pasar Malam Paya Ikan.Kemudahan seperti jalan raya,lampu jalan dan

    sebagainya.Kemudahan infrastruktur membolehkan para penguna untuk sampai ke sana dan

    berbelanja di sana.

    Saya berasa amat bersyukur kerana faktor-faktor yang di atas telah mempengaruhi

    perniagaan runcit di sini.Ini memberikan kesan yang positif kepada kawasan sekitarnya.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    9/12

    8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di

    kawasan Paya Ikan

    Perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan juga memberi kesan negatif kepada

    kawasan di sekitarnya.Terdapat beberapa kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di

    Paya Ikan.Antaranya ialah Pasar Malam Paya Ikan menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan

    raya utama di kawasan itu.Hal ini kerana kebanyakan penguna meletakkan kenderaan di bahu

    jalan dan menjadikan laluan jalan raya itu semakin sempit.

    Selain itu,perniagaan runcit pasar malam juga menyebabkan pencemaran

    air.Kebanyakan peniaga membuang sisa makanan dan minyak ke dalam longkang

    berhampiran dengan tapak perniagaan.Ini akan menjadikan longkang itu tersumbat.

    Seterusnya,harga tanpa kawalan juga menjadi salah satu kesan negatife perniagaan

    runcit pasar malam.Peniaga meletakkan harga sesuka hati dan tanpa memikirkan perasaan

    penguna.Mereka mengambil kira kos pengangkutan dalam harga jualan mereka.Ini

    menyebabkan para penguna terpaksa membeli barang dengan harga yang lebih tinggi.

    Akhir sekali,barangan yang dijual juga tidak berkualiti.Peniaga tidak memeriksa

    kualiti barangan mereka.Hal ini kerana barang jualan yang mereka jual di tempat lain dijual

    di sini.Mereka seharusnya memikirkan betapa pentingnya kualiti barangan yang dijual.

    Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat bertanggungjawab untuk

    mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Paya Ikan.Ini kerana

    pengguna seharusnya mendapatkan hak mereka yang sewajarnya.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    10/12

    8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan

    negatif perniagaan runcit di Paya Ikan

    Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di

    Paya Ikan.Antaranya ialah pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka

    Bersejarah(MBMB) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang untuk

    membendung masalah seperti pencemaran air.Para peniaga akan menjadi lebih takut untuk

    membuang sisa makanan dan minyak ke dalam longkang.Selain itu,pihak MBMB juga wajar

    menyediakan banyak tong sampah di tapak pasar mala mini.

    Di samping itu,pihak Kementerian Kesihatan seharusnya melakukan pemeriksaan

    tahap kesihatan kepada para peniaga.Para peniaga seharusnya menerima suntikan vaksin

    daripada hospital.Penjual juga akan sentiasa pada tahap kesihatan yang baik.

    Seterusnya,pihak berkuasa tempatan seperti MBMB seharusnya mengawal

    pengeluaran lessen kepada para peniaga.Kebanyakan peniaga menganggap berniaga ini

    sebagai jenis pekerjaan yang bermusim.Mereka berniaga mengikut sesuka hati mereka.Pihak

    berkuasa tempatan seharusnya menarik semua lesen perniagaan mereka.

    Akhir sekali,pihak berkuasa tempatan hendaklah mewujudkan sebuah kawasan khas

    untuk perniagaan runcit ini.Kawasan in agak kurang sesuai kerana tidak mepunyai tempat

    meletak kereta serta kawasannya yang agak beralun.Dengan adanya,kawasan yang baru,para

    peniaga dapat berniaga dalam keadaan yang selesa

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    11/12

    9.0 Rumusan

    Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui definisi perniagaan runcit serta konsep-

    konsep.Saya juga mendapati bahawa Pasar Malam Paya Ikan merupakan perniagaan runcit

    yang memainkan peranan yang sungguh besar di kawasan ini.

    Selain itu,Pasar Malam Paya Ikan juga mempunyai beberapa kepentingan.Antaranyan

    ialah menyediakan peluang pekerjaan,menjimatkan kos penguna dan menyediakan barangan

    yang segar.Hal ini membuktikan bahawa perniagaan runcit dapat membantu ekonomi

    sesebuah masyarakat.

    Governan,peningkatan taraf hidup dan kesesuaian waktu berniaga merupakan antara

    faktor yang mempengaruhi Pasar Malam Paya Ikan.Hal ini membolehkan perniaga boleh

    mencari rezeki di tapak perniagaan itu.

    Di samping itu,Pasar Malam Paya Ikan juga membawa kesan negatif kepada kawasan

    sekitarnya.Antara kesan negatifnya ialah masalah sosial,kesesakan lalulintas dan barangan

    yang dijual tidak berkualiti.

    Dengan melakukan kajian ini,saya ingin mencadangkan beberapa cadangan untuk

    mengurangkan kesan negatif.Antaranya ialah kuatkuasakan undang-undang,wujudkan

    kawasan khas untu para peniaga dan pengawalan pengeluaran lesen.

  • 7/29/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2012

    12/12

    11.Rujukan

    Abdul Rahim Md Nor,2004,Buku Teks Geografi Tingkatan 3,Selangor:Cerdik Publication

    Sdn. Bhd.

    Melaka,2005,Info Bandaraya Melaka Bersejarah,Melaka:Percetakan Surya Sdn. Bhd.

    Ng Ah Kiah,2011,Longman Panduan Revisi Esensi Geografi Tingkatan 2,Petaling Jaya:

    Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

    \