Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
-
Upload
cik-ann-haji-mahtar -
Category
Documents
-
view
336 -
download
2
Transcript of Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
1/29
1.0 TAJUK KAJIAN:
KAJIAN TENTANG
PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI
KAMPUNG BARU TEPOH, KUALA
NERUS, TERENGGANU DARUL
IMAN
Oleh: Muhamad Ikram bin Mahtar @ Mokhtar
2.0 SENARAI KANDUNGAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
2/29
3.0 PENGHARGAAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif kajian
4 Kawasan kajian
5 Kaedah kajian
6 Dapatan kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
3/29
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua Tuan Haji Mohd Nor
bin Ali, Pengetua SMK Bukit Guntong kerana telah memberi kebenaran dan galakan
untuk saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru
Geografi saya iaitu Encik Rosaidi bin Muda yang telah banyak memberi tunjuk ajar
dan bimbingan dalam menjayakan kajian ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih
kepada kedua ibubapa saya iaitu Encik Mahtar@Mokhtar bin Draman dan Puan
Kasmani binti Muda yang telah banyak membantu terutamanya dari segi kewangan,
galakan dan dorongan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga
diucapkan kepada rakan kumpulan saya di atas kerjasama yang diberikan sehingga
saya dapat menyelesaikan semua tugasan ini.
Akhirnya, tidak lupa juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
penduduk di Kampung Baru Tepoh di atas kerjasama yang diberikan khususnya
kepada Encik Deraman bin Mahmud iaitu pemandu bas Syarikat SP Bumi.
4.0 PENDAHULUAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
4/29
Saya telah memilih tajuk Kajian Awam Bas di Kampung Baru Tepoh, Kuala
Nerus, Terengganu Darul Iman sebagai tajuk kajian Geografi saya. Kawasan
Kampung Baru Tepoh dipilih sebagai kawasan kajian kerana di kawasan ini terdapat
banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan kereta sapu. Di sini
terdapat stesen bas sementara dan juga stesen teksi. Kawasan kajian ini juga
mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi yang mana penduduk amat
memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam untuk melaksanakan pergerakan
harian.
Saya berjaya melengkapkan kajian ini dalam masa 8 minggu dengan menulis
laporan kajian lengkap bermula dari bulan Februari.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
5/29
Kajian tentang Pengangkutan Awam Bas di Kampung Baru Tepoh, Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman ini adalah untuk mencapai objektif berikut:
1) Mengenalpasti konsep pengangkutan awam2) Menyata dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam3) Menyata dan menghuraikan kepentingan perkembangan pengangkutan awam4) Menyata dan menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam5) Mencadang dan menghuraikan langkah mengatasi masalah perkembangan
pengangkutan awam
6) Memupuk nilai murni atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
6/29
6.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah meliputi kawasan dun Tepoh, Kuala Nerus,
Terengganu. Kawasan ini terletak di dalam kawasan daerah Kuala Nerus. Seterusnya
saya mengambil kampung saya sebagai kawasan kajian iaitu Kampung Baru Tepoh.
Kawasan ini terletak Selatan Bandar Kuala Terengganu dan merupakan hub
perhubungan di antara kampung-kampung yang lain. Antara kampung yang turut sama
berkongsi perhubungan awam ini ialah Kampung Kedai Tepuh, Kampung Gomok,
Kampung Wakaf Mersira dan sebagainya. Pandang darat fizikal kawasan ini terletak
di kawasan pamah yang rata sesuai untuk dibina jalan pengangkutan dan penempatan.
Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menggunakan
pengangkutan awam.
Jarak mutlak kawasan Kampung Baru Tepuh dari Bandar Kuala Terengganu ialah
25 Kilometer. Jarak relatif dari masa yang diambil dengan menaiki bas adalah lebih
kurang 40 minit dari Bandar Kuala Terengganu.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
7/29
PETUNJUK
PETA DAERAH KUALA NERUS
Kawasan Kajian
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
8/29
PETA KAWASAN KAJIAN
Peta kawasan pengangkutan awam di Kampung Baru Tepoh
U
LAKARAN PETA KAWASAN KAJIAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
9/29
Lakaran Peta kawasan pengangkutan awam di Kampung Baru Tepoh
7.0 KAEDAH KAJIAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
10/29
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian balam menjayakan kajian ini:
1) Kaedah Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutanawam yang terdapat di Kampung Baru Tepoh
2) Kaedah Temubual : Melalui kaedah ini saya telah menemubual 5 orangresponden untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan
awam, masalah perkembangan pengangkutan awam dan juga mendapatkan
maklumat bekaitan dengan cadangan mengatasi masalah tersebut.
3) Kaedah Soal Selidik : Sebanyak 20 orang telah saya temui untuk menjawabsoalan kajian dari borang soal selidik yang telah saya sediakan. Dalam borang
tersebut terdapat 7 soalan yang berkaitan dengan kepentingan, masalah dan
cadangan berkaitan dengan pengangkutan awam.
4) Kaedah Rujukan : Saya telah menggunakan rujukan buku dan jugainternet bagi memudahkan saya mendapat kan definisi dan huraian tentang konsep
pengangkutan.
8.0 DAPATAN KAJIAN
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
11/29
8.1 Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian, iaitu Tepoh, Kuala
Nerus, Terengganu Darul Iman
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pengangkutan awam membawa maksud
sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan
oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang
mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-
istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang
lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbanganberjadual, feri, teksi dsb.
Mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang
kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan
dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi
tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan
biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap
tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transitbergerak dalam lingkungan
kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau institusi
pendidikan.
Pengangkutan awam ini juga merupakan pengangkutan utama di Tepoh, Kuala
Nerus, Terengganu. Pengangkutan awam sangat penting terutamanya bagi mereka
yang tidak mempunyai pendapatan sendiri atau berpendapatan rendah yang mana
mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Kebanyakan daripada mereka
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengangkutan_rel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bashttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_penerbangan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Ferihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teksihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengangkutan_umum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penempahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penempahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengangkutan_umum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Teksihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ferihttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_penerbangan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bashttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pengangkutan_rel&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan -
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
12/29
ialah pelajar sekolah, pekerja-pekerja di Bandar Kuala Terengganu dan sebagainya.
Pengangkutan awam yang paling utama di Kampung Baru Tepoh merupakan bas.
8.2 Jenis- Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
Jenis-jenis pengangkutan di Kampung Baru Tepoh , Tepoh, Kuala Nerus,
Terengganu ialah bas dan teksi serta kereta sapu. Pengangkutan bas yang terdapat di
sini ialah bas berhenti-henti atau bas tabung, bas persiaran, bas sekolah dan juga bas
ekspres. Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya bagi pelajar sekolah
yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan manakala bas berhenti-
henti untuk pekerja yang bekerja di bandar Kuala Terengganu, surirumah dan juga
kepada penduduk kampung amnya yang senantiasa menggunakan kemudahan
pengangkutan bas untuk membeli keperluan harian di pasaraya di bandar Kuala
Terengganu.
8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Kawasan Tepuh, Kuala
Nerus ini. Antara kepentingan pengangkutan awam di sini ialah;
1. Mengangkut penumpangMelalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan
awam di Tepuh sangat penting untuk mengambil penumpang. Saya juga
menggunakan perkhidmatan bas awam ini untuk ke kawasan bandar
Kuala Terengganu. Saya akan menggunakan perkhidmatan bas
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
13/29
berhenti-henti untuk pulang ke rumah. Namun begitu jikalau keadaan
yang terpaksa saya akan menggunakan perkhidmatan teksi ataupun
kereta sapu. Namun tambang yang diambil adalah sangat jauh bezanya
berbanding perkhidmatan bas awam. Maka di sini boleh disimpulkan
bahawa penggunaan perkhidmatan bas awam ini memberi kesenangan
dan kemudahan yang amat besar kepada penduduk di kawasan ini.
Kesenangan ini telah banyak membantu setiap penduduk dalam
menjalani setiap pekerjaan pada setiap hari.
2. Mengurangkan kesesakan lalu lintasMelalui pemerhatian yang telah saya lakukan, didapati bahawa apabila
kita menggunakan pengangkutan awam ini ia secara tidak langsung
akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika kebanyakan
penduduk di kawasan Tepoh ini menggunakan kenderaan awam untuk
ke tempat kerja atau pun ke sekolah ataupun kolej. Ini kerana kapasiti
jumlah penumpang sebuah bas adalah lebih kurang 44 orang bagi
sebuah bas. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas pada waktu perdana iaitu pada pukul 8.00 pagi dan juga pada
pukul 5.00 petang. Perubahan dalam penggunaan awam ini memberi
banyak kelebihan kepada pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab itu,
penggunaan perkhidmatan bas awam ini amat memberi makna kepada
penduduk di sini.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
14/29
3. Menjimatkan kosKiraan kos bulanan penggunaan minyak petrol akan bertambah
sekiranya masing-masing menggunakan kenderaan sendiri. Namun kita
boleh menjimatkan penggunaan petrol ini kepada penggunaan
pengangkutan awam. Pengguna perkhidmatan bas awam ini bukan
sahaja boleh menjimatkan kos penggunaan petrol, malahan pengguna
dapat berah mesra dengan pengguna yang menggunakan perkhidmatan
bas awam ini.
4. Sumber PendapatanMelalui temubual yang dijalankan, pemandu bas menganggap
pekerjaan mereka ini adalah merupakan sumber pendapatan. Encik
Deraman menyatakan bahawa membawa bas berhenti-henti ini
merupakan sumber pendapatan beliau sejak 10 tahun yang lepas lagi.
Secara tidak langsung penggunaan perkhidmatan bas awam ini lebih
memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat kerana ia telah
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini tanpa mengira
umur dan bangsa.
8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
Setiap kepentingan ada kekurangannya. Banyak juga timbul masalah bagi
pengangkutan awam di kawasan Tepoh ini. Antara masalah yang sering kali
diperdebatkan adalah:
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
15/29
1. Pencemaran udaraMelalui pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang melaksanakan
kajian ini, saya dapati bahawa pengangkutan awam ini sangat
berpotensi menyebabkan bacaan indeks pencemaran udara sangat
tinggi. Ini kerana penggunaan diesel ini boleh menyebabkan
pencemaran udara yang sangat teruk. Kebanyakan bas mengeluarkan
kepulan asap yang hitam. Berbanding minyak petrol tanpa plumbum
yang lebih bersih, penggunaan diesel ini akan menyebabkan berlakunya
pencemaran udara.
2. Pencemaran BunyiPenggunaan perkhidmatan bas ini boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran bunyi. Ini kerana bas yang digunakan mengeluarkan bunyi-
bunyian yang boleh mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan
ini. Bunyi yang agak kuat boleh menggangu penduduk dalam menjalani
kehidupan harian.
3. Tambang MahalMasalah lama yang sering diperkatakan oleh setiap penumpanh bas di
kawasan ini adalah tambangnya yang mahal. Di dalam keterpaksaan
pengguna perkhidmatan bas awam ini rela membayar kadar tambang
yang ditetapkan tanpa mengira kadar yang tinggi telah
ditetapkan.berbanding dengan kawasan di bahagian selatan tanah air
yang mana kadar tambangnya adalah jauh lebih murah.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
16/29
4. Jangka Masa LamaMasalah yang memang tidak dapat dielakkan adalah masa menunggu
yang lama boleh memberi kesa kepada pengguna perkhidmatan bas
awam. Masalah ini kerap mengganggu pengguna di kawasan Kampung
Baru Tepoh kerana kurangnya kesedaran betapa pentingnya ketepatan
masa kepada pekerja yang bekerja di bandar. Keadaan ini boleh
menyebabkan prestasi pekerjaan bagi pengguna perkhidmatan bas
awam ini merosot. Maka penguasaha bas dan juga pemandu bas perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.
5. Kenderaan LamaFaktor kenderaan yang digunakan adalah kenderaan yang telah lama
digunakan menjadi masalah kepada para pengguna. Ini kerana ia boleh
memberi keburukan kepada pengguna dan prestasi pengusaha bas itu
sendiri. Jika berlaku kerosakan ia memberi kesan yang buruk kepada
pengguna. Ini kerana pengguna memerlukan perkhidmatan yang terbaik
dan cemerlang bukan sahaja faktor masa malahan faktor kenderaan
yang elok juga perlu.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
17/29
8.5 Cadangan Bagi Mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam Di Kawasan
Kajian
Cadangan untuk mengatasi masalah perkhidmatan awam di Kampung Baru Tepoh,
Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman ialah;
1. Kuat kuasa undang-undang.
Melalui temubual yang saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah pencemaran bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat
di Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan Awam. Tindakan ini wajar
dilakukan. Jabatan ini akan membuat rondaan dan menahan pengangkutan awam
yang bermasalah dan mendenda dengan denda yang setimpal.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Melalui pemerhatian saya, pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas
awam ini boleh dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan
petrol ini walaupun agak mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon
monoksida dan seterusnya mencemarkan udara. Pencemaran udara mungkin boleh
memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta
benda. Maka alternatif ini perlu dipandang berat kerana ia adalah salah satu
penyelesaian kepada berlakunya pencemaran udara.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
18/29
3. Pendidikan alam sekitar
Melalui temubual juga, saya dapati pemandu-pemandu bas dan teksi ini perlu
diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan ini boleh dijalankan oleh
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Semua perlu bekerjasama dalam mewujudkan
kesedaran betapa pentingnya pendidikan alam sekitar ini kepada pengusaha bas dan
juga teksi. Ini akan menyedarkan mengenai sikap bertanggungjawab dalam menjaga
alam sekitar untuk generasi akan datang.
4.Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)
Melalui temubual juga, saya dapati terdapat cadangan lain yang diutarakan
oleh responden iaitu dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan
asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan
bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan
diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria. Walaupun
kos penggunaan bahan ini agak tinggi namun jika adanya kerjasama antara kerajaan,
pihak swasta dan NGO maka usaha ini mungin akan dapat dilaksanakan.
5. Penapis asap /catalytic converter
Melalui temubual juga saya dapati, bagi mengurangkan pembebasan asap hitam
oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel,
penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah
ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
19/29
6. Kursus pemanduan berhemah
Melalui temubual yang dilakukan, kemalangan di jalan raya dapat dielakkan
jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh
itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu
bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi
kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan
mematuhi peraturan jalan raya.
Saya berbangga kerana penduduk di Kampung Baru Tepoh menyedari kesan-kesan
yang menjejaskan kemampanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini. Disebabkan
pengangkutan awam merupakan faktor utama di kawasan ini semua pihak bekerjasama dalam
membantu bagi menyelesaikan masalah ini. Berikut merupakan peta minda bagi
menggambarkan langkah-langkah pengurangan masalah yang timbul disebabkan oleh
pengangkutan awam.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
20/29
PETA MINDA
Peta minda di bawah menunjukkan langkah mengurangkan masalah pengangkutan
awam di Kampung Baru Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Pendidikan alam sekitar
MENGUATKUASAKAN
UNDANG-UNDANG
LANGKAH MENGURANGKANMASALAH PENGANGKUTAN AWAM
PENGGUNAAN PETROL
TANPA PLUMBUM
PENGGUNAAN BAHAN
API ALTERNATIF (CONTOH; NGV,
ELEKTRIK TENAGA SURIA
PENAPIS ASAP
/CATALYTIC
KURSUS PEMANDUAN
BERHEMAH
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
21/29
9.0 RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan awam yang utama terdapat di Tepoh
ini adalah bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak kepentingan kepada
penduduk di kawasan Tepoh. Antara kepentingan pengangkutan bas ini adalah
menjadi sumber utama bagi pengangkutan kepada penumpang seharian, dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan menambahkan sumber
pendapatan.
Kajian ini juga mempunyai kepentingan kerana kita dapat mengenalpasti
permasalahan yang berlaku melalui penggunaan pengangkutan awam ini seperti
pencemaran udara, pencemaran bunyi , kemalangan, tambang yang agak mahal,
keselamatan penumpang terancam dan masalah penggunaan kenderaan lama.
Saya juga mencadangkangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah
pengangkutan awam ialah antaranya penggunaan petrol tanpa plumbum, pendidikan
alam sekitar, penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria),
penapis asap /catalytic converterdan kursus pemanduan berhemah.
Terdapat banyak nialai murni yang saya pelajari dan dapat saya terapkan dalam
diri saya semasa menjalankan kajian ini. Antara nilai murni yang diperolehi semasa
menjalankan kajian ini adalah seperti mencintai alam sekitar,bersyukur dan menjadi
warga penduduk yang bertanggungjawab.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
22/29
10.0 LAMPIRAN
1. Surat Pengenalan Diri
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
23/29
2. Surat Kebenaran Membuat Kajian
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
24/29
3. Surat Makluman Kepada Ibubapa
Tarikh:
Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato/Datin
Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus
Geografi (KKG)
Merujuk perkara di atas, saya .. membenarkan
anak saya dari tingkatan
Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi
Tingkatan Tiga dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009.
2. Saya faham bahawa semasa mejalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku
kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.
Sekian, Terima Kasih.
Yang benar,
.
( )
Alamat:
..
.
.
.
No.Telefon:
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
25/29
4. Borang Soal Selidik
KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI KAMPUNG BARU
TEPOH, KUALA NERUS, TERENGGANU DARUL IMAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG
BORANG TEMU BUAL
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMAD IKRAM BIN MAHTAR @MOKHTAR
1. NAMA : .....
2. UMUR : ......................................................
3. PEKERJAAN :
4. PENGANGKUTAN AWAM YANG KERAP DIGUNAKAN :
...............................................................................................
5. KENAPA SUKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM?
NYATAKAN.
I)
II)
III)
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
26/29
6. MASALAH YANG SERING DIHADAPI KETIKA MENGGUNAKAN
PENGANGKUTAN AWAM;
I)
II)
III)
7. CADANGKAN BAGAIMANA BOLEH MENGATASI MASALAH DI ATAS
I)
II)
III)
TERIMA KASIH.
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
27/29
5. Gambar Tempat Kajian
Gambar 1 Bas SP Bumi yang digunakan oleh penduduk Kampung Baru Tepoh
Gambar 2 Perkhidmatan Teksi di Kawasan Tepoh
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
28/29
Utusan Malaysia (2012)
-
7/30/2019 Kerja Kursus Geografi PMR 2013 Complete
29/29
11.0 RUJUKAN
Buku Teks
Abdul Rahim Md. Nor, 2004, Geografi Tingkatan 3, Shah Alam Cerdik Publications.
Khaw Ah Seng, Habibah HJ. Lateh, Koh Lim. 2004. Buku Teks Geografi Tingkatan 3,
Ipoh. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Laman Sesawang
ht t p: // www. do e. go v. Jabatan Alam Sekitar
https://maps.google.com.my/
https://maps.google.com/ Kampung Tepoh, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu,Malaysia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
http://prpm.dbp.gov.my/
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengangkutan+awam
Akhbar
Utusan Malaysia. (2012). Kerajaan digesa ambil alih pengurusan pengangkutan awam.
Orang Sumber
Enci Dagang bin Embong
460905115265
Kg. Baru Tepoh, 21060 Kuala Terengganu.
Deraman bin Mahmud
501226115131
No. 41 Maras, 21060 Kuala Terengganu.
Maizura binti Rani
950507115740
Kg Lerek, 21060 Kuala Terengganu.
Nur Najmi Nabihah binti Dagang
950123115086
No. 127, Kg. Baru Tepoh, 21060 Kuala Terengganu.
Siah binti Osman
511215115134No. 127, Kg. Baru Tepoh, 21060 Kuala Terengganu.
https://maps.google.com.my/https://maps.google.com.my/http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udarahttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengangkutan+awamhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengangkutan+awamhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengangkutan+awamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udarahttps://maps.google.com.my/