Kerja kursus model assure

36
KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001) PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN HBEF 3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN NAMA MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL NO KAD PENGENALAN 840115-04-5017 NO MATRIKS 840115045017001 NO. TELEFON 0102260882 ALAMAT EMEL [email protected] SEMESTER JANUARI 2011 SMP 1

Transcript of Kerja kursus model assure

Page 1: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

PROGRAM SARJANA MUDA

PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

HBEF 3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NAMA MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL

NO KAD PENGENALAN 840115-04-5017

NO MATRIKS 840115045017001

NO. TELEFON 0102260882

ALAMAT EMEL [email protected]

SEMESTER JANUARI 2011 SMP

PUSAT PEMBELAJARAN Pusat Pembelajaran OUM Caw.Melaka

NAMA TUTOR Dr. Mohd Nasrudin bin Basar

1

Page 2: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

PENGENALAN

Model ASSURE adalah satu model reka bentuk pengajaran (RP) yang berfokuskan

inisiatif instruktor (guru) menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Model ASSURE

ini telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Model ASSURE ini

menyediakan rangkakerja perancangan yang sesuai dan sistematik kepada guru dan bukan

merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Mengikut model ASSURE ini

penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) akan

sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas tersebut. Model

ASSURE adalah model reka bentuk instruksi yang berteraskan kelas menurut Heinrich &

Molenda (2000). Menurut Robert Gagne’s pula model ini boleh di gandingkan dengan sembilan

peringkat pembelajaran untuk menjamin keberkesanan dalam penggunaan media dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci

untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan

pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Penyataan tersebut dipetik daripada Richney (1986).

Model ASSURE juga merupakan ISD (Instructional System Design) iaitu suatu proses

yang telah diubahsuai daripada model assure yang asal (Heinich dan rakan-rakannya 1982) dan

telah diperbaharui pada tahun 2002 yang dituju khas kepada setiap tenaga pengajar untuk

memberi panduan merancang dan mengendalikan pengajaran dengan bantuan media. Ia juga

berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu

skop reka bentuk rancangan pengajaran yang luas.

“Instructional Media and Technologies For Learning” oleh Heinich, Molenda Russell

dan Smaldino (1999) dalam penulisannya menyatakan bahawa model ASSURE mengandungi

enam langkah bagi membantu para pendidik atau pengajar membuat perancangan dan

seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mencapai

matlamatnya. Enam langkah yang dinyatakan di atas adalah di ambil daripada perkataan

A.S.S.U.R.E.

2

Page 3: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Antara langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah seperti di bawah :

A Analyze Learners (analisa

pelajar)

Kaji umur,tahap/tingkatan, latar belakang, sosio

ekonomi dan pengetahuan dan kemahiran sedia ada

pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.

S State Objective (nyatakan

objektif)

Menyatakan objektif dengan khusus dan disentuh

secara ringkas

S Select method, media, and

materials (pilih kaedah,media

dan bahan)

Terdapat 3 langkah iaitu: menentukan kaedah yang

sesuai, memilih media yang sesuai dan memilih,

mengubahsuai atau mereka bentuk media yang

telah ditentukan.

U Utilise media and materials

(gunakan media dan bahan)

Pengunaan media dan bahan tidak semestinya

cantik atau canggih. Lima langkah bagi penggunaan

media yang baik iaitu melihat,sediakan bahan,

sediakan persekitaran, sediakan pelajar dan

sediakan pengalaman pembelajaran.

R Require learner participation

(dorong penglibatan pelajar)

Proses pembelajaran berlaku apabila murid

melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas.

Aktiviti pengukuhan akan diberi selepas pelajar

member tindak balas yang betul.

E Evaluate and revise (nilai dan

semak)

Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu

sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Menyemak semula bahan yang telah digunakan

seperti kualiti media dan keberkesanan dariapada

bahan media yang di gunakan.

3

Page 4: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai jika perancangan yang buat

oleh guru mengikut piawaian yang ditetapkan. Guru-guru hendaklah memastikan perancangan

pengajaran harian yang mereka hasilkan mempunyai ciri-ciri umum yang terdapat pada semua

murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas, dan taraf sosio-ekonomi. Di

samping itu guru-guru juga perlu mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry

characteristics) dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan

pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran, dan sikap murid. Hal ini begitu penting kerana

sesuatu objektif pengajaran bergantung kepada perancangan guru itu sendiri.

Berdasarkan model ASSURE, saya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Batu

Berendam 2, telah memperaktikkan rancangan pengajaran harian saya menggunakan model

tersebut. Sekolah ini terletak di KM 6.5 Hang Tuah Jaya, Melaka yang merupakan sekolah

kawasan bandar. Saya telah memperaktikkan pengajaran model ini ke atas murid tahap 1, kelas

1 Gemilang 1. Murid kelas ini seramai 45 orang, mempunyai tahap pencapaian pembelajaran

yang baik berdasarkan keputusan ujian bulanan baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 20 murid

lelaki dan 25 murid perempuan dan semuanya berbangsa melayu. Mereka datang dari pelbagai

latar belakang sosio ekonomi. Hasil dapatan guru, 80% ibu atau ayah murid di kelas tersebut

bekerja di sektor awam (kerajaan) dan selebihnya bekerja di syarikat swasta atau bekerja sendiri.

Murid-murid ini tinggal di beberapa kawasan perumahan di sekitar sekolah dan kampung yang

berdekatan. Terdapat banyak kawasan perumahan di kawasan ini dan juga terdapat 2 sekolah

rendah di kawasan ini bagi menampung murid yang ramai. Secara keseluruhannya murid-murid

kelas ini datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri sama ada motorsikal, basikal atau

kereta. Purata jarak murid dari rumah sekolah pula hanya 80 meter – 5km sahaja.

Berdasarkan hasil soal jawab saya bersama murid-murid 1 Gemilang 1, saya mendapati

murid-murid tersebut telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh berkaitan mengenali

bahagian tubuh . Hal ini kerana murid telah mempelajarinya sejak kecil lagi. Bahagian tubuh

badan ini murid-murid telah mempelajarinya dari sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan juga ahli

keluarga mereka. Pada pendapat saya 100% murid di dalam kelas tersebut mengenali bahagian

4

A – ANALYSE LEARNER (ANALISA PELAJAR)

Page 5: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

tubuh badan mereka. Secara keseluruhannya murid-murid kelas ini telah mempunyai

pengetahuan sedia ada mengenai tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar oleh saya. Selain itu ,

murid-murid ini dilihat mempunyai sikap yang positif iaitu ingin mencuba dan sikap ingin tahu

yang memerlukan mereka bersoaljawab bersama guru semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas.

Dalam pengajaran saya selitkan dengan didik hibur iaitu menyanyi. Berdasarkan pengalaman

saya murid-murid akan merasa seronok jika terdapat aktiviti menyanyi. Saya telah memilih lagu

“Tubuh Saya” dengan menggunakan melodi yang sinonim dengan mereka iaitu melodi lagu

“Are You Sleeping”.

Menurut Dunn dan Dunn (1992),telah membina satu instrument piawai mengukur stail

pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Dengan

pengalaman sedia ada murid proses pengajaran saya menjadi lebih mudah. Dengan menyanyi

murid-murid akan menjadi lebih minat mempelajari apa yang akan diajar oleh guru.

Berdasarkan analisis daripada instrument ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian

akademik, sikap, dan disiplin pelajar. Proses PNP sekarang bukanlah saja mengunakan kapur

dan papan hitam tetapi mengikut situasi bilik darjah dan murid itu sendiri. Maka seorang guru

itu perlu kreatif dalam menyampaikan sesuatu pelajaran bagi menarik minat murid-murid.

Kesimpulannya, setelah saya menganalisis murid-murid saya, barulah saya boleh

merancang satu bentuk pengajaran yang berkesan bagi mencapai objektif yang hendak

disampaikan. Menurut Dick dan Reiser (1989), dengan adanya proses pengajaran yang

berkesan, maka pelajar yang terbabit akan memperolehi kemahiran, pengetahuan, dan

menunjukkan sikap atau tingkah laku yang diingini.

5

Page 6: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Menyatakan objektif adalah satu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang

boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pembelajaran. Pada

kebiasaanya sesuatu objektif dalam proses PNP akan ditulis pada akhir pengajaran. Hal ini

bertujuan guru dapat mengakaji lemah sendiri dan juga murid. Jesteru itu guru dapat mengubah

kaedah PNP dan dapat mengetahui tahap penguasaan murid-murid. Selain daripada itu juga

dapat memberi panduan kepada guru untuk membina soalan-soalan ujian dan akhirnya soalan-

soalan peperiksaan di peringkat sekolah.

Tiga elemen yang penting untuk mencapai objektif PNP adalah seperti berikut

Murid-murid perlu melakukan aktiviti seperti menulis, melabel, menggaris,

melukis dan sebagainya di akhir sesi pengajaran.

Bahan yang diberi kepada murid, persekitaran dan masa di mana tingkah laku

di tunjukkan.

Sejauh mana tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh murid untuk

menunjukkan pencapaian objektif pengajaran tersebut .

Segala objektif PNP terdapat pada sukatan pelajaran,panduan kurikulum ataupun buku teks.

Objektif yang terdapat di dalam sukatan pelajaran,panduan kurikulum ataupun buku teks adalah

secara khusus. Penentuan objektif juga adalah berdasarkan kepada semua kateria murid-murid.

Dalam rancangan pengajaran harian yang di buat, di akhir pengajaran dan pembelajaran murid

akan dapat mengenali bahagian tubuh badan mereka. Murid-murid juga dapat menyatakan

tentang fungsi bahagian tubuh badan. Di akhir pengajaran juga murid-murid akan mendapat

menjawab semua lembaran kerja yang diberikan guru. Murid-murid juga diharapkan dapat

melengkapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan dan melakukan

aktiviti yang dirancang oleh guru dengan baik. Pemilihan penggunaan computer dan Liquid

Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau lebih dikenali dengan LCD sebagai bahan

bantu mengajar diharapkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Rancangan pengajaran

yang dibuat ini juga memenuhi Domain Objektif pengajaran seperti Domain Kognitif, Domain

Psikomotor dan Domain Afektif.

6

S – STATE OBJECTIVES (NYATAKAN OBJEKTIF)

Page 7: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Kaedah adalah satu cara bagaimana seseorang guru itu menyampaikan maklumat atau

menjalankan aktiviti pengajaran. Selain dari kaedah, media pengajaran juga penting dalam dunia

pendidikan pada masa ini untuk memberi kesan positif kepada pelajar. Media pengajaran ialah

satu bahan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dari guru kepada murid sehingga

dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, serta minat pelajar untuk menjadikan proses

pembelajaran itu menarik. Istilah media ini biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran

komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu menurut R.M.W Travers (1970. Menurut B.J

Enright (1972) pula, media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun

kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan

cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik. Maka jelaslah di sini fungsi media ialah

untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun

gabungan dua jenis maklumat ini. Menurut Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa “media

pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan boleh dibahagikan kepada lapan

iaitu media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll), media tayang gerak (video, filem,

cakera dll), grafik (lukisan, poster, kartun dll), gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad

dll), media pameran (model,boneka,diorama dll), media paparan (papan kapur, papan flannel,

papan berita dll), media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll) dan media cetak (modul

pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

Saya telah memilih kaedah media video berlagu untuk set induksi rancangan pengajaran

saya. Murid-murid akan menyanyikan lagu yang telah saya pilih bersama-sama mengikut

rentak lagu “Are You Sleeping”. Saya akan menyanyikan lagu tersebut dan diikuti oleh murid-

murid. Setelah selesai menyanyi saya akan mengadakan sesi soal jawab berkaitan seni kata lagu

tersebut berkaitan dengan pengajaran yang hendak disampaikan. Hal ini akan merangsang

minda murid serta minat murid untuk mengikuti langkah pengajaran seterusnya. Untuk langkah

seterusnya saya akan menampal gambar tubuh badan di papan hitam. Kemudian saya akan

menayangkan media tayang kaku (slaid) kepada kelas mengenai isi-isi pengajaran. Dengan ini

dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran guru. Murid juga di paparkan dengan gambar

tubuh badan. Dengan mengguna kaedah tersebut, saya telah memilih komputer riba

(NoteBook/Laptop) gambar grafik dan Liquid Crystal Display atau Paparan Hablur Cecair atau

lebih dikenali dengan L.C.D bagi menarik minat murid dan mencetuskan motivasi murid dengan

7

S – SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS

(PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN)

Page 8: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

paparan visual dan audio semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kesimpulannya,

pemilihan kaedah, media dan bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid penting untuk

memastikan proses pengajaran guru lebih berkesan.

Mengikut pendekatan sistem ini, media adalah satu komponen dalam pembentukan

pengajaran. Merancang dengan sistematik terlebih dahulu untuk memuatkan media dalam

pengajaran dan pembelajaran, supaya pengajaran menjadi lebih tersusun. Dalam memilih media

sebagai bahan dalam pengajaran terdapat 5 langkah iatu pribiu bahan, persekitaran, murid dan

pengalaman pembelajaran. Sesuatu pembelajaran itu akan berlaku sekiranya terdapat sesuatu

perubahan tingkahlaku. Pada kebiasaanya, dengan menonton video, televisyen dan media lain

pelajar akan menjadi lebih terangsang untuk belajar. Hal ini akan menambahkan rasa seronok

kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Jesturu kerana perasaan seronok

melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih

mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran pun berlaku. Walaupun seorang guru itu

menggunakan bahan secanggih manapun, sekiranya media yang digunakan gagal berfungsi

dengan baik. Maka ia akan memberi kesan yang negative kepada pembelajaran.

Merujuk kepada rancangan pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan media

seperti video untuk memperdengarkan lagu yang bertajuk “Tubuh Saya” kepada murid sebelum

mengajar. Selepas aktiviti soaljawab mengenai senikata lagu dan perbincangan dalam kumpulan

guru menggunakan laptop dan LCD projector untuk menayangkan slaid menerangkan kepada

murid berkaitan isi-isi pengajaran iaitu tubuh badan. Penggunaan media tersebut amat penting

untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih

berkesan dan dapat menarik minat murid dengan isi pelajaran pada hari itu.

8

U – UTILISE MEDIA AND MATERIALS

(GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN)

Page 9: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Dalam pada itu, penggunaan bahan yang digunakan oleh guru dalam proses persediaan

pengajaran dan pembelajaran seperti kertas manila kad, gambar grafik dan lembaran kerja dapat

memberi kesan yang mendalam kepada murid. Segala bahan yang hendak digunakan perlulah

disusun dengan lebih teratur untuk tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.

Dalam sesuatu proses PNP penglibatan pelajar adalah sangat penting kerana penglibatan

murid yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajran menurut Skinner 1954.

Penglibatan murid seperti membuat latihan, perbincangan, soalajawab, latih tubi dan

sebagainya. Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif murid akan dapat

mempertingkatkan pencapaian seseorang murid di samping membuka ruang untuk kejayaan

serta kepuasan murid. Beberapa cara atau peringkat boleh digunakan untuk memastikan

penglibatan murid dalam proses PNP ialah dengan:

Berinteraksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka, seperti

dalam set induksi guru dapat menarik minat murid dengan menyanyi

bersama-sama , murid akan lebih aktif memberikan pendapat mengenai

soalan yang diajukan oleh guru berkaitan dengan senikata lagu tersebut.

Meminta penglibatan semua murid seperti berbincang bersama rakan

berkaitan dengan tubuh badan. Daripada hasil perbincangan tersebut

murid boleh menyatakan di hadapan kelas.

Guru juga telah menyediakan lembaran kerja kepada setiap murid bagi

mengukur pemahaman murid terhadap isi pengajaran dan pembelajaran

pada hari itu.

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyatakan

bersama-sama tentang tubuh badan mereka.

9

R – REQUIRE LEARNER PARTICIPATION

(DORONG PENGLIBATAN PELAJAR)

Page 10: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi seorang guru untuk membuat penilaian ke

atas keberkesanan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Segala penilaian yang

dibuat berkemungkinan akan menunjukkan murid tidak mencapai matlamat pembelajaran yang

sepatutnya ataupun sebaliknya. Proses penilaian ini berlaku sepanjang pengajaran dan

pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas. Penilaian formatif dan penilaian sumatif adalah

dua jenis penilaian yang biasa dilakukan. Aspek pencapaian murid terhadap objektif dinilai

semasa pembentangan kumpulan dan kerjasama murid bagi melengkapkan doman afektif.

Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah

penambahbaikan atau modifikasi yang akan dilakukan kelak. Penilaian tentang kekuatan dan

keberkesanan alat atau bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Beberapa soalan

yang boleh diambil kira di dalam penilaian antaranya ialah:

a) Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai?

b) Adakah kemahiran atau konsep dapat dipersembahkan?

c) Apakah sikap murid terhadap persekitaran tersebut?

d) Adakah bahan dan sumber yang digunakan berkesan?

e) Adakah bahan dan sumber tersebut membantu murid mencapai objektif

pembelajaran?

f) Adakah murid telah menunjukkan perubahan?

g) Adakah penilaian yang dijalankan mengukur apa yang diajar?

h) Adakah penilaian yang dijalankan adil?

i) Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?

(Yusuf Hashim Teknologi Pengajaran)

10

E – EVALUATE AND REVISE (NILAI DAN SEMAK)

Page 11: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

KESIMPULAN

Untuk mencapai objektif dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru

hendahlah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan teratur dan

bersistematik. Persediaan awal untuk membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran yang

hendak diajar oleh seseorang guru adalah sangat penting supaya tidak terpesong dari isi

pelajaran yang ingin diajar. Hal ini kerana rancangan pengajaran merupakan panduan untuk

guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan model Assure di mana guru meneliti secara

terperinci tentang latar belakang murid, objektif pengajaran, kaedah, media dan bahan yang

digunakan, penglibatan murid serta penilaian pada akhir pembelajaran dapat membantu guru

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini

ternyata lebih sesuai digunakan di samping dapat memaksimumkan penglibatan murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya model Assure merupakan sebuah

model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah dengan penggunaan media. Dengan mengaplikasikan model Assure

dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran diharapkan proses pembelajaran akan menjadi

lebih berkualiti seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan

berkesan.

11

Page 12: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL ASSURE

Tarikh : 6 April 2011

Masa : 1 jam (10.05pagi hingga 11.05 pagi)

Tahun : 1 Gemilang 1

Bilangan Murid : 45 orang

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tajuk Pengajaran : Tubuh Badan

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah diajar sejak dari kecil lagi oleh keluarga

2. Murid terdedah dengan pameran di sudut pameran

Pendidikan Kesihatan

3. Murid pernah terbaca papan iklan di persekitaran

mereka berkaitan dengan tubuh badan

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :

1. Menyatakan bahagian tubuh badan mereka.

2. Murid dapat menyesuaikan dengan tepat 4 maklumat yang diberikan

berdasarkan tajuk pengajaran.

3. Murid dapat mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai setelah

mengikuti pengajaran.

4. Murid boleh menyenaraikan 4 hingga 5 kegunaan anggota badan.

Media dan bahan : Slaid power point, lampiran, LCD/Skrip,manila kad,

Kad kata dan gambar grafik

12

Page 13: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Langkah/

Masa

Aktiviti guru Aktiviti Murid Bahan

Set

Induksi

(5 minit)

a) Guru memaparkan cd

senikata lagu dan

mempendengarkan lagu

“Tubuh Saya”

b) Guru bersoaljawab dengan

murid berkaitan perkara

yang hendak disampaikan

dalam senikata lagu yang

diperdengarkan.

a) Murid mendengar dan

seterusnya menyanyi

bersama-sama.

b) Beberapa orang murid

memberi jawapan

-menunjukkan bahagian

tubuh mereka

-LCD

-laptop

Langkah 1

(15 minit)

a) Guru bertanya kepada

murid tentang:

- Tubuh badan mereka

- Kegunaan bahagian

tubuh badan mereka

a) Beberapa orang murid

menjawab soalan guru:

- Tentang tubuh badan

mereka

- Menceritakan

beberapa kegunaan

anggota tubuh badan

mereka

-lirik lagu

Langkah 2

(10 minit)

a) Tayangan slaid berkaitan

berkaitan tubuh badan

manusia dan objektif apa

yang dipelajari pada hari

ini

a) Murid melihat slaid

dengan penuh minat dan

menjawab soalan-soalan

yang diajukan.

-slaid

13

Page 14: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Langkah 3

(15 minit)

a) Guru menampalkan

gambar manusia di

papan hitam:

- Murid lelaki

- Murid perempuan

a) Murid di minta menampal

bahagian tubuh badan di

hadapan

b) Ramai murid yang ingin

melibatkan diri.

c) Semua murid berasa

seronok

-gambar tubuh

manusia

-kad bahagian

anggota badan

manusia

Langkah 4

(10 minit)

a) Aktiviti menulis

menggunakan lembaran

kerja yang disediakan.

b) Guru mengedarkan lemba

edarkan kepada ketua

kelas dan meminta

mengagihkan kepada

rakan-rakan.

a) Ketua kelas mengedarkan

lembaran kerja kepada

semua rakan.

b) Murid menyiapkan aktiviti

seperti yang terdapat

dalam lembaran kerja.

- lembaran kerja

Penutup

(5 minit)

a) Guru meminta murid

membuat rumusan tentang

pengajaran dan

pembelajaran pada hari ini

b) Guru melantik seorang

ketua untuk menyanyi

dan diikuti oleh murid lain

beramai-ramai;

-Menyanyi kembali

bersama-sama lagu Tubuh

Saya

a) Murid membuat rumusan

tentang pelajaran yang

telah mereka pelajari hari

ini:

-menamakan tubuh badan

dan menyatakan kegunaan

tubuh badan.

b) Murid bernyanyi dengan

penuh semangat dan

gembira

-senikata lagu

-kad kata

14

Page 15: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

15

LAMPIRAN

Page 16: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

Lirik lagu ”TUBUH SAYA”

Mana rambut...mana rambutIni rambut...ini rambut

Mana rambut kamuIni rambut saya

Rambut saya...rambut saya

Mana mata...mana mataIni mata...ini mataMana mata kamu

Ini mata sayaMata saya...mata saya

Mana telinga...mana telingaIni telinga...ini telinga

Mana telinga kamuIni telinga saya

Telinga saya...telinga saya

Mana mulut...mana mulutIni mulut...ini mulutMana mulut kamu

Ini mulut sayaMulut saya...mulut saya

Mana tangan...mana tanganIni tangan...ini tangan

Mana tangan kamuIni tangan saya

Tangan saya...tangan saya

Mana kaki...mana kakiIni kaki...ini kakiMana kaki kamu

Ini kaki sayaKaki saya...kaki saya

( Lagu dinyanyikan mengikut melodi lagu ” Are You Sleeping” )

16

Page 17: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

17

Page 18: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

18

Page 19: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

19

Page 20: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

20

Page 21: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

21

Page 22: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

RANCANGAN PENGAJARAN

Modul 1 : Kesihatan Fizikal

Tujuk : Kesihatan Diri dan Reproduktif

Standard Kandungan : 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan

Standard Pembelajaran : 1.1.1 mengenali tubuh badan – kepala, badan, tangan,

kaki dan genital

Bahan Bantuan Pengajaran : Lirik lagu, poster

Langkah Pengajaran : 1. Edarkan lirik lagu ”Tubuh Saya”

2. Nyanyi sambil beraksi bersama dengan murid

mengikut melodi lagu ”Are You Sleeping”

3. Tunjukkan poster bahagian tubuh badan dan minta

murid menamakan bahagian tubuh dalam gambar.

4.Soal jawab dengan murid tentang bahagian tubuh

Contoh : Mana mata kamu?

Berapa mata kamu?

5.Bincang dengan murid tentang fungsi bahagian tubuh.

Contoh : Mata untuk melihat

6.Edarkan Lembaran Kerja

22

Page 23: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

RUJUKAN

Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, Prof. Madya Dr. Ramlan Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2011). Open University Malaysia, HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.Selangor Darul Ehsan : Dibangunkan oleh Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Siri Pendidikan Fajar Bakti

Ab.Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kit Pengajaran dan Pembelajarab Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).’Sekolah Bebas Dadah 2012’.Putrajaya: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtm/.html

http://www.valenciacc.edu/oit/articles_detail.cfm?ID=45

http://www.mscd.edu/_act2/courseconstruct/assure.html

23

Page 24: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

24

Page 25: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

25

Page 26: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

26

Page 27: Kerja kursus model assure

KOD KURSUS : HBEF3103 MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL (840115045017001)

27