kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

20
PENGHARGAAN Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini tanpa menghadapi masalah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian tokoh-tokoh perjuangan Islam ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan. Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah iaitu guru matapelajaran Pendidikan Islam saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan kerjasama cikgu. 1

description

kerja kursus ini x de cover....bt sndri lh cover 2.....tjuk dia keunggulan perjuangan tokoh2 islam

Transcript of kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Page 1: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

PENGHARGAAN

Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus

Pendidikan Islam ini tanpa menghadapi masalah.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa

saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya

untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam saya ini. Mereka juga

merupakan orang sumber bagi kajian tokoh-tokoh perjuangan Islam ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan.

Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja

kursus Pendidikan Islam ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah iaitu guru

matapelajaran Pendidikan Islam saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar

kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas

pertolongan dan kerjasama cikgu.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Nurul Najiha Binti Abd Rauf, Teh

Masrah Binti Md Suhaimi dan Nur Adlin Mazliza Binti Mazlan, saya ingin

mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi

sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu kerja kursus saya ini.

Sekian, terima kasih

Nor Diyanah Binti Nor Hisham

1 Al Kindi

1

Page 2: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

2

ABU

BAKAR

AS

SIDDIQ

Page 3: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

RIWAYAT HIDUP SAIDINA ABU BAKAR

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Beliau dilahirkan di

Mekah pada tahun 572 masihi iaitu dua tahun selepas kelahiran Rasulullah.

Beliau berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy. Beliau seorang ahli

perniagaan yang berjaya dan menyumbang kepada perkembangan dakwah

Islam. Beliau ialah lelaki pertama memeluk Islam. Setelah memeluk Islam,

beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah orang yang mula-mula beriman

dengan dakwah Rasulullah. Beliau diberi gelaran 'As-Siddiq' kerana

pendiriannya sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan

dan dilakukan oleh Rasulullah. Beliau dilantik sebagai Khalifah Islam yang

pertama selepas Rasulullah wafat. Beliau meninggal dunia pada tahun 13 hijrah

ketika berusia 63 tahun.

PERIBADI SAIDINA ABU BAKAR

Saidina Abu Bakar As-Siddiq memiliki peribadi yang sangat mulia. Sebelum

memeluk Islam, beliau tidak pernah menyembah berhala dan minum arak.

Setelah memeluk Islam, beliau terkenal sebagai sahabat yang sangat teguh

imannya sehingga tiada siapa pun yang dapat menyamai iman Abu Bakar.

Akhlaknya sangat mulia serta dikagumi oleh sesiapa sahaja.

PERIBADI BELIAU:

Sentiasa bersopan santun Tabah menghadapi dugaan

Pengasih dan amat penyayang Setia kawan

Bersifat lemah lembut Pembela kebenaran

Ikhlas dalam perjuangan Benci kepada kejahatan

Bercakap benar Jujur hatinya

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA ABU BAKAR

3

Page 4: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Sumbangan dan Pengorbanan

Sebelum Menjadi khalifah

1. Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.

2. Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan membayar tebusan.

3. Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan.

4. Sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Rasulullah.

5. Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.

PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH

Setelah Rasulullah wafat, Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah

dan untuk memilih orang yang akan menjadi khalifah. Mereka sebulat suara

memilih Saad Ibn Ubadah untuk menjadi khalifah mengantikan tempat dan

menyambung tugasan Rasulullah. Pada ketika itu, umat Islam sedang sibuk

menguruskan jenazah Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar itu diketahui

umum, Saiidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah pergi ke

Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan

kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat

Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja.

Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangkan memilih salah seorang dari dua

samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar

mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang daripada Ansar dan seorang

daripada Muhajirin. Kemudian Basyir bin Saad dari pihak Ansar bangun dan

meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu

sebagai khalifah", serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam

yang hadir. Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi

4

Page 5: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara

Islam selama 2 tahun 3 bulan.

JASA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Saidina Abu Bakar As Siddiq ialah seorang khalifah yang telah berjaya

meneruskan perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah

menjalankan pemerintahan dengan adil, sentiasa mengutamakan kepentingan

agama, masyarakat dan negara daripada kepentingan peribadi. Saidina Abu

Bakar sangat tegas dan mengambil berat dalam memastikan kesuciaan

perundangan Islam dan keamanan Negara berjalan lancar. Bagi menjamin

kesejahteraan masyarakat, usaha menyelesaikan bibik-bibik perpecahan yang

mungkin melanda umat Islam telah dilakukan. Dengan ini, bolehlah dikatakan

bahawa Saidina Abu Bakar telah berjaya meletakkan asas kepimpinan yang

boleh diteladani oleh pemimpin-pemimpin selepasnya.

JASA-JASA SAIDINA ABU BAKAR

Jasanya ketika menjadi Khalifah

Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku

menjadi nabi

Memerangi golongan yang enggan membayar zakat

Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom

Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah

Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran

IKTIBAR

1. Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan

iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.

5

Page 6: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

2. Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan

sanggup berkorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama,

bangsa dan negara

3. Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin seperti

menyertai pilihanraya untuk memilih ketua ataupun pemimpin

4. Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab

6

Page 7: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Riwayat hidup saidatina khadijah

7

Saidatina khadijah Binti KhuwaIlid

Page 8: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza

bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Beliau daripada keluarga mulia dan berharta.

Beliau juga seorang tokoh perniagaan yang kaya-raya. Hidupnya dalam

keadaan sederhana. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia

empat puluh tahun, manakala Rasulullah pada ketika itu berusia dua puluh

lima tahun. Saiditina Khadijah ialah isteri pertama Rasulullah dan wanita

pertama menganut Islam.

Peribadi saidatina khadijah

Saidatina Khadijah wanita yang mulia memiliki peribadi, taat kepada

perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang,

berwawasan, dan berfikiran kreatif. Maka tidak hairanlah Rasulullah sangat

mencintai Saidatina Khadijah dan menghargai pengorbanannya. Beliau

wafat pada tahun ke sepuluh selepas baginda dilantik menjadi rasul, iaitu

tiga tahun sebelum hijrah ke Madinah bersamaan dengan 620 masihi.

Sumbangan saidatina khadijah

Saidatina Khadijah berperanan sebagai isteri dan sahabat yang setia serta

jujur dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau juga selaku pendorong dan

sumber inspirasi bagi memastikan perjuangan baginda berjalan terus. Beliau

telah berjaya meredakan kebimbangan baginda ketika menerima wahyu

pertama yang diturunkan. Pada saat itu, beliau telah berjaya

mententeramkan dan memberi keyakinan untuk meneruskan

perjuangannya. Beliau sanggup berkorban harta, tenaga, perasaan, dan

pemikiran untuk bersama Rasulullah mengembangkan agama Islam.

Sumbangan Saidatina Khadijah

8

Page 9: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap

perjuangan Rasulullah.

Isteri solehah yang sentiasa setia dan jujur.

Banyak memberi sumbangan fikiran dan harta untuk perjuangan

Rasulullah.

Memahami tanggungjawab Rasulullah dan sentiasa yakin dengan

kebenaran perjuangan baginda.

Iktibar

1. Berusaha menjadi isteri solehah seperti taat kepada suami dan sanggup

berkorban untuk kesejahteraan keluarga.

2. Penyayang dan sabar seperti sanggup bersusah payah untuk

kebahagiaan keluarga.

3. Memiliki sifat keibuan seperti mendidik anak dengan penuh kasih sayang.

9

SUMAIYAH UMMU AMMAR BIN YASIR

Page 10: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

RIWAYAT HIDUP SUMAIYAH UMMU AMMAR

10

Page 11: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

SUMBANGAN SUMAIYAH UMMU AMMAR BIN YASIR

Nama sebenar beliau ialah Sumaiyah Binti Khabbat, seorang hamba kepada

pembesar Quraisy bernama Abu Huzaifah bin al- Mughirah. Beliau berkahwin

dengan Yasir bin Ammar seorang pengembala dan mendapat seorang anak

bernama Ammar bin Yasir. Ketika Rasulullah berdakwah, Sumaiyah dan

keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya.

Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumaiyah memeluk Islam, mereka

diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut. Yasir, Sumaiyah, dan

Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera,

dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar

dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak

nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka. Namun, mereka

tetap mempertahankan kesucian akidahnya. Sumaiyah pula dipakaikan baju

rantai daripada besi dan dijemur di tengah panas matahari. Suatu hari ketika

Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian

mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari

datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir.

Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Walaupun diseksa, Sumaiyah tetap mempertahankan akidahnya.

Akhirnya Abu Jahal menikam Sumaiyah lembing sehingga mati. Beliau

merupakan wanita pertama Syahid dalam Islam.

PERIBADI SUMAIYAH UMMU AMMAR

• Teguh iman

• Sabar dan tabah

• Tetap pendirian

• Taat kepada Allah

Berani menyatakan yang hak walaupun disiksa

11

Page 12: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian

aqidah

Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam mempertahankan

agama Islam

IKTIBAR

Kesucian aqidah wajib dipertahanan seperti tidak terpengaruh dengan

kefahaman atau perbuatan yang merosakkan iman walau dalam apa keadaan

sekalipun.

Hendaklah tabah menghadapi ujian hidup seperti tidak terpengaruh dengan

tawaran pangkat atau harta untuk melakukan sesuatu yang bertentangan

dengan syariat.

Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran dari Allah

Usaha menegakkan Islam memerlukan pengorbanan yang tinggi seperti berani

menyatakan sesuatu yang hak.

12

Page 13: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

RIWAYAT HIDUP BILAL BIN RABAH

13

BILAL BIN

RABAH

Page 14: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Bilal bin Rabah lahir pada tahun 43 sebelum hijrah. Beliau hamba kepada

Umaiyah bin Khalaf. Penganut Islam yang pertama daripada kalangan hamba.

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang

memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu, Khadijah binti Khuwailid, Abu

Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah,

Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.Beliau menganut Islam secara

rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Apabila tuannya mengetahui tentang

keislamannya, beliau telah diseksa di padang pasir panas terik. Kedua-dua belah

tangan dan kakinya diikat serta diletakkan batu besar di atas perutnya.

Penyeksaan yang begini dasyat, sedikit pun tidak menggugat keimanannya.

Mulutnya sentiasa menyebut “Ahad!! Ahad!! “ ketika diseksa. Beliau meninggal

dunia pada 20 hijrah ketika berumur 63 tahun.

PERIBADI BILAL BIN RABAHBilal bin Rabah seorang patuh kepada perintah Rasulullah. Beliau juga seorang

yang kuat imannya kepada Allah. Selain itu, Bilal bin Rabah juga merupakan

seorang yang tabah dan berani menghadapi dugaan. Beliau juga sentiasa ikhlas

dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

SUMBANGAN BILAL BIN RABAH

14

A) Memiliki iman yang teguh. E) Taat.

B) Berperibadi mulia. F) Rajin bekerja.

C) Sabar. G) Kuat iman.

D) Cekal. H) Berani.

Page 15: kerja kursus pendidikan islam tingkatan 1 2009

Sumbangan yang boleh dirumuskan daripada peristiwa Bilal bin Rabah seperti

berikut :-

SUMBANGAN BILAL BIN RABAH

Menjadi "Muazin" (tukang azan) yang pertama pada zaman Rasulullah

Menjadi contoh teladan terungggul dalam mempertahankan kesucian

aqidah

Membantu Rasulullah menembangkan dakwah Islam dikalangan hamba

Menyertai peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat

IKTIBAR

Iktibar yang dapat dipetik daripada perjalanan hidup Bilal bin Rabah, antaranya :-

Menggunakan kebolehan yang ada pada diri yang untuk

perkara yang baik dan berfaedah kepada agama, bangsa dan

Negara seperti membantu rakan dalam kemahiran

menggunakan komputer.

Mempertahankan prinsip Aqidah Islam adalah tanggungjawab

setiap mukmin seperti tidak terpengaruh dengan ejeran sesat.

Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan

ikhlas kerana Allah s.w.t seperti sanggup bekerja lebih masa

untuk kemajuan syarikat.

15