KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

44
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA MEMILIH CENANG MALL SEBAGAI LOKASI PERNIAGAAN NURMASLINDA BINTI NGAKAISAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA,

description

TEMA KAJIAN : PERNIAGAAN-TAJUK KAJIAN : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA MEMILIH CENANG MALLSEBAGAI LOKASI PERNIAGAAN.

Transcript of KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Page 1: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA MEMILIH CENANG MALL SEBAGAI LOKASI PERNIAGAAN

NURMASLINDA BINTI NGAKAISAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA,

LANGKAWI

2013

Page 2: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan berkat dan izin-Nya dapat saya menyiapkan

Kerja Kursus Pengajian Am ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah iaitu En. Ahmad

Halmi bin Abd Rahman kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Siti Rohani Abdullah, guru

pembimbing yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan

kerja kursus ini.

Penghargaan ini juga khas ditujukan kepada ibu bapa saya, Ngakaisah Ismail dan Amela Din di

atas sokongan dan dorongan yang diberikan beserta dana sepanjang menjalankan kajian. Tidak

lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sedia membantu tidak mengira masa.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada kedua-dua responden saya iaitu Pn. Salina Mokhtazar dan

Mr. Lim Ng Guan kerana telah memberikan kerjasama yang baik semasa sesi temubual

dijalankan sekaligus memudahkan proses kajian saya ini. Terima kasih diucapkan.

Page 3: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti aspek pemilihan Cenang Mall sebagai lokasi

untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Kajian ini telah dijalankan selama tiga bulan iaitu

bermula dalam bulan Januari hingga bulan Mac 2013. Kajian ini dijalankan dengan

menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah soal selidik, kaedah temubual dan kaedah pemerhatian.

Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 30 orang. Daripada 30 responden yang

memberikan maklum balas, terdapat 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Borang soal

selidik ini diedarkan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di Cenang Mall. Temubual juga

dijalankan terhadap 2 orang responden yang juga merupakan peniaga di Cenang Mall. Dapatan

kajian menunjukkan faktor seperti faktor lokasi, faktor prasarana, faktor keselamatan, faktor

harga dan kualiti barang, serta faktor jenis perniagaan dan persaingan merupakan faktor penting

yang mendorong peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan.

Page 4: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman

1. Penghargaan i

2. Abstrak ii

3. Senarai Kandungan iii

4. Pengenalan1.0 Latar belakang kajian1.1 Pernyataan Masalah1.2 ObjektifKajian1.3 Lokasi Kajian

1-4

5. Kaedah Kajian2.0 Teknik Pengumpulan Data2.1 Data Sekunder2.2 Data Primer 2.2.1 Kaedah Soal Selidik 2.2.2 Kaedah Temubual 2.2.3 Kaedah Pemerhatian

5-6

6. Dapatan Kajian dan Perbincangan3.0 Data Demografi Penduduk3.1 Faktor-faktor pemilihan Cenang Mall 3.1.1 Faktor Lokasi 3.1.2 Faktor Prasarana 3.1.3 Faktor Keselamatan 3.1.4 Faktor Harga dan kualiti Barang 3.1.5 Faktor Jenis Perniagaan dan Persaingan

7-21

7. Rumusan 22

8. Rujukan 23

9. Lampiran 24-29

Page 5: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Cenang Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang baru sahaja wujud kira-kira enam

bulan lalu iaitu pada bulan Ogos tahun 2012. Pembukaan Cenang Mall telah dirasmikan oleh

Yang Berhormat, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.Cenang

Mall terletak di kawasan Tanjung Mali,Pantai Cenang. Tapak Cenang Mall dahulunya

merupakan sebuah kawasan penginapan.Pusat penginapan yang pertama ialah De Paloma

Resort.Seterusnya bertukar tangan dan pusat penginapan baru tersebut dinamakan Langkawi

Boutique Resort sebelum bertukar kepada pusat membeli-belah iaitu Cenang Mall. Pusat beli-

belah ini baru sahaja wujud tetapi mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.

Pengunjung yang berkunjung juga bukan sahaja daripada golongan penduduk tempatan malahan

daripada pelbagai negara . Hal ini kerana bagi pengunjung yang hadir di Pantai Cenang, sudah

semestinya mereka akan mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Cenang Mall yang

merupakan satu-satunya pusat untuk membeli-belah di kawasan ini.Malahan, di dalam Cenang

Mall terdapat berbagai-bagai kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, makanan mahupun

pakaian. Terdapat beberapa butik pakaian yang menjual bermacam-macam jenis pakaian yang

cantik-cantik belaka sehingga membuatkan para pengunjung menjadi rambang mata. Selain itu,

terdapat juga kedai yang menawarkan cenderamata untuk dijadikan sebagai hadiah kepada

sahabat handai atau sebagai tanda kenangan mereka bercuti di Langkawi. Seterusnya, terdapat

juga perniagaan-perniagaan francais seperti Kentucky Fried Chicken(KFC), Old Town White

Coffee, The Loaf dan Starbuck Cafe. Terdapat satu gerai yang paling menarik minat pengunjung

di Cenang Mall iaitu gerai CoolBlog. Gerai ini terkenal dengan pelbagai jenis juadah ‘ice

blended’ seperti Oreo Blog, Fruitti Chocolate Blog, Strawberry Smoothie, Cendol Blog dan

banyak lagi. Perniagaan-perniagaan seperti ini mendatangkan keuntungan yang banyak kepada

pemilik gerai.

Page 6: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Saya memilih Cenang Mall sebagai lokasi kajian kerana saya ingin mengkaji mengapa ramai

orang ingin berniaga di Cenang Mall ekoran kewujudannya yang masih baru di situ.Pantai

Cenang sememangnya satu kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.Terdapat

banyak hotel, chalet, dan kedai-kedai yang menjalankan aktiviti perniagaan.Sebelum tertubuhnya

Cenang Mall, penduduk sekitar Pantai Cenang perlu ke Pekan Kuah untuk ke pusat membeli-

belah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit iaitu sejauh 18 Km. Seterusnya,pusat beli-

belah yang dikunjungi adalah seperti Langkawi Fair, Billion, Teow Soon Huat dan Langkawi

Parade. Namun, dengan wujudnya Cenang Mall, penduduk setempat tidak perlu lagi bersusah-

payah untuk pergi ke Pekan Kuah sebaliknya menggunakan sepenuhnya manfaat baru yang

disediakan. Oleh itu, dalam kajian ini, saya ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong

peniaga untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Cenang Mall.Saya ingin sekali

mengkaji tajuk ini kerana ingin melihat sejauh mana tahap perniagaan yang dijalankan.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor berikut:

a) faktor-faktor yang mendorong peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

1.3 LOKASI KAJIAN

Cenang Mall berada di kawasan Pantai Cenang, Langkawi. Cenang Mall terletak berhadapan

dengan Langgura Beach Resort dan berdekatan dengan beberapa buah chalet lain yang terkenal

seperti AB Motel, Sandy Beach Resort dan Tanjung Mali Resort. Restoran Nasi Tomato juga

terletak tidak jauh dengan Cenang Mall begitu juga dengan Underwator World Langkawi. Oleh

itu, bagi mereka yang sedia maklum berada di kawasan Pantai Cenang ataupun kepada

pelancong misalnya, mereka hanya perlu berjalan kaki untuk ke Cenang Mall ini. Seterusnya,

bagi mereka yang datang dari arah Padang Matsirat, perjalanan mengambil masa kira-kira

kurang 10 minit dan kepada mereka yang datang dari arah Kuah pula, perjalanan mengambil

masa antara 15 hingga 20 minit. Bagi kawasan yang berdekatan seperti dari arah Kedawang dan

Page 7: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Temonyong, perjalanan untuk tiba ke Cenang Mall tidaklah mengambil masa yang begitu lama

iaitu sekitar 5 minit jika menaiki motosikal mahupun kenderaan pacuan empat roda. Terdapat

pelbagai arah yang boleh diikuti sekiranya mahu ke Cenang Mall. Jika anda datang dari arah

Pantai Tengah misalnya, Cenang Mall akan berada di sebelah kanan anda. Cenang Mall ini

terletak di sebelah bahu jalan bukannya berada di kaki-kaki pantai.

Peta 1: Daerah Langkawi

Sumber: Google Maps

Page 8: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Peta 2: Kawasan Kajian

Sumber: Bing Com

Foto 1: Cenang Mall

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Page 9: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

KAEDAH KAJIAN

2.0 TEKNIK PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data untuk kajian ini dibuat berdasarkan dua sumber utama iaitu berasaskan data

sekunder dan data primer.

2.1 DATA SEKUNDER

Data sekunder telah diperolehi daripada bahan-bahan rujukan seperti buku, jurnal, kertas

seminar, latihan ilmiah, internet, kertas kerja, tesis dan penerbitan rasmi yang berkaitan.Data

sekunder ini digunakan oleh pengkaji untuk menyokong dapatan kajian berdasarkan tajuk kajian.

Selain itu, data sekunder ini sekurang-kurangnya membantu dalam memberi gambaran awal

kepada pengkaji dan dapat diguna pakai bagi tujuan penyelidikan.

2.2 DATA PREMIR

Data primer merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji yang diperoleh di tempat yang

dijadikan sebagai kawasan kajian.Hal ini dapat dilihat misalnya sebagai pengkaji, saya

menggunakan tiga kaedah utama iaitu kaedah soal selidik, temubual dan pemerhatian dalam

kajian saya ini.

2.2.1 KAEDAH SOAL SELIDIK

Kaedah ini dilakukan dengan mengedar borang soal selidik kepada para responden.

Sebanyak 30 borang soal selidik telah diagih dan diedarkan kepada responden yang telah

dikenalpasti.Untuk tujuan kajian ini, responden yang dipilih adalah merupakan pemilik-pemilik

atau peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di dalam Cenang Mall. Seterusnya, dapatan

daripada soal selidik yang diperoleh akan dianalisisa dengan menggunakan Microsoft Excel

untuk memudahkan kerja membina jadual dan juga graf.

Page 10: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

2.2.2 KAEDAH TEMUBUAL

Kaedah temubual digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian secara terus daripada

responden. Kaedah ini hanya melibatkan individu yang tertentu sahaja. Sebelum ini kaedah soal

selidik hanya memerlukan responden memberi respon kepada soalan berdasarkan skala yang

telah ditetapkan oleh pengkaji tanpa mengambil kira mengapa keadaan sedemikian berlaku.

Namun dengan adanya kaedah temubual membolehkan responden menjawab soalan yang

diutarakan dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Saya memilih dua orang responden

bagi sesi temubual ini dan saya merakamkan perbualan tersebut dengan menggunakan pita

rakaman. Hanya maklumat penting sahaja akan ditranskripkan berkaitan faktor-faktor mengikut

tema yang dipilih. Setelah ditranskripkan, saya dapat mengenalpasti idea yang boleh dijadikan

sebagai kata kunci untuk dimasukkan dalam kategori tertentu yang berkaitan selari dengan

objektif kajian.

2.2.3 KAEDAH PEMERHATIAN

Pemerhatian boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu pemerhatian turut serta, pemerhatian separa

turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Ketiga-tiga kajian ini memerlukan pengkaji berada

di tapak lokasi kawasan kajian. Saya lebih terarah untuk memilih menjalankan pemerhatian

secara tidak turut serta. Pemerhatian jenis ini tidak memerlukan sebarang interaksi dengan

responden atau persekitaran sebaliknya hanya berada di lokasi kajian tersebut dan membuat

pemerhatian. Untuk makluman, semasa berada di lokasi kajian, saya mencatat setiap maklumat

yang diperolehi seperti masa, hari, tarikh, tempat dan peristiwa yang berlaku dalam kertas nota

lapangan. Bagi mengenalpasti pembelajaran yang diperoleh, data pemerhatian ini akan dianalisa

berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.

Page 11: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.0 DATA DEMOGRAFI PENDUDUK

Borang soal selidik telah diagihkan kepada 30 responden iaitu kepada pemilik-pemilik yang

menjalankan aktiviti perniagaan di dalam Cenang Mall. 10 pemilik adalah daripada kalangan

lelaki manakala pemilik perempuan berjumlah 20 orang. 22 pemilik berbangsa melayu dan dan 8

orang lagi berbangsa Cina. Semua pemilik yang berbangsa melayu adalah beragama islam

manakala pemilik yang berbangsa cina majoritinya beragama buddha kecuali seorang sahaja

yang beragama kristian. Lingkungan umur pula menunjukkan terdapat 23 orang pemilik berusia

lingkungan 21 hingga 30 tahun, manakala 5 orang pemilik berusia antara 31 hingga 40 tahun,

dan hanya seorang pemilik yang berumur lingkungan 41 hingga 50 tahun dan 51 keatas.

3.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENIAGA MEMILIH CENANG MALL SEBAGAI LOKASI PERNIAGAAN

3.1.1 FAKTOR LOKASI

Jadual 1: Peratusan bagi faktor lokasi

Berdasarkan soalan 1, peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan adalah kerana

lokasinya yang strategik. Peratusan dapat dilihat seperti di jadual 1 iaitu jadual menunjukkan

70% peniaga sangat setuju dengan kenyataan ini, manakala 23.33% setuju, 3.33% tidak pasti,

3.33% juga tidak setuju dan tiada peratusan ditunjukkan untuk skala sangat tidak setuju

menyebabkannya berada pada peratusan terendah.

SKALA Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3

5 Sangat Tidak Setuju 0.00 % 0.00 % 0.00 %4 Tidak Setuju 3.33 % 3.33 % 10.00 %3 Tidak Pasti 3.33 % 6.67 % 13.33 %2 Setuju 23.33% 53.33 % 46.67 %1 Sangat Setuju 70.00% 36.67 % 30.00 %

JUMLAH 100 % 100 % 100 %

Page 12: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Seterusnya, analisa soalan 2 iaitu Cenang Mall merupakan platform untuk peniaga mencuba

nasib dalam aktiviti perniagaan mendapati pada skala setuju menunjukkan peratusan tertinggi

iaitu sebanyak 53.33%,diikuti skala sangat setuju 36.67%, tidak pasti 6.67%, tidak setuju 3.33%,

dan sangat tidak setuju 0% .

Sambutan pengunjung yang begitu menggalakkan menunjukkan pada skala setuju turut

mendapat peratusan yang paling tinggi iaitu 46.67 % setuju, manakala 30% sangat setuju, tidak

pasti 13.33%, tidak setuju 10% dan skala sangat tidak setuju mendapat skala yang terakhir iaitu

0% .

3% 3%

23%

70%

LOKASI YANG STRATEGIK

STSTSTPSSS

Rajah 1 : Lokasi yang Strategik

Rajah 1 menunjukkan peratusan bagi soalan Cenang Mall sebagai lokasi yang strategik.

Seramai 70% peniaga sangat bersetuju bahawa Cenang Mall merupakan lokasi yang strategik

dimana menunjukkan peratusan tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

Rumusannya, berdasarkan analisa dapatan kajian daripada soal selidik yang telah dibuat, saya

dapati faktor lokasi sememangnya faktor penting yang mendorong peniaga memilih Cenang Mall

sebagai lokasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan ditambah pula dengan kewujudannya yang

baru dan berada di kawasan Pantai Cenang yang sudah lama terkenal.

Page 13: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Melalui kaedah temubual bersama responden pertama iaitu Pn. Salina Mokhtazar, beliau

bersetuju dengan mengatakan Cenang Mall sememangnya merupakan tempat yang begitu

strategik. Selain itu, beliau juga berkata bahawa sambutan pengunjung begitu menggalakkan

walaupun perniagaan francaisnya baru sahaja di buka.

Pn. Salina Mokhtazar :

Q : Berdasarkan faktor lokasi, adakah kak rasa Cenang Mall ni tempat yang strategik ?

A: “Saya rasa tempat ni memang strategik kerana ia berada di tengah-tengah dalam Langkawi, so Cenang Mall ni memang tempat yang terbaiklah pada pandangan akak ”

Q: Ok, macam mana pula dengan sambutan pengunjung ?

A :“ Sambutan menggalakkan dan Alhamdulillah walaupun baru di buka, so ok la ”

Manakala temubual bersama responden kedua iaitu Mr. Lim Ng Guan, juga berpendapat sama

dan bersetuju bahawa Cenang Mall berada pada lokasi yang strategik kerana menjadi tumpuan

para pelancong. Sambutan pengunjung juga menggalakkan.

Mr. Lim Ng Guan :

Q :Adakah Sir pilih Cenang Mall ni sebab lokasi dia yang strategik ?

A : “ Ya sudah tentu saya pilih Cenang Mall sebab tempat dia memang bagus, jadi tumpuan olang lamai lagi , ada pelancong lagi datang ”

Q :Ok sir, pastu macam mana pulak dengan sambutan pengunjung , menggalakkan dak ?

A :“ Ya , sambutan pengunjung sangat-sangat menggalakkan , baguih ooo ”

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama tiga hari secara berturut-turut iaitu pada 28

Februari hingga 2 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.Saya mendapati

bilangan kemasukan pengunjung ke Cenang Mall semakin bertambah dari sehari ke

sehari.Bilangan kemasukan pengunjung dilihat paling ketara terutamanya pada hari cuti hujung

minggu.Pemerhatian terhadap kunjungan kemasukan pengunjung ke Cenang Mall ini

diperhatikan dalam tempoh masa tertentu iaitu daripada jam empat hingga enam petang pada

ketiga-tiga hari tersebut. Kemasukan pengunjung yang ramai misalnya pada hari hujung minggu

Page 14: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

sedikit sebanyak mempergiat lagi aktiviti perniagaan dalam kalangan peniaga di dalam Cenang

Mall.Oleh itu, sekeping foto pegun telah di ambil sebagai bahan bukti kajian pemerhatian telah

dijalankan dan dilampirkan di pada bahagian lampiran.

3.1.2 FAKTOR PRASARANA

Jadual 2: Peratusan bagi faktor prasarana

Berdasarkan soalan 1, jadual menunjukkan skala sangat setuju mendapat peratusan tertinggi iaitu

63.33% peniaga sangat setuju dengan pernyataan suasana nyaman dan dilengkapi dengan

penghawa dingin menyebabkan mereka seronok untuk berniaga di situ, manakala skala setuju

26.67%, tidak pasti 10%, skala tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing tiada

peratusan iaitu 0%.

Seterusnya, analisa soalan 2 iaitu Cenang Mall turut dilengkapi dengan kemudahan mesin ATM

iaitu Maybank menunjukkan 80% peniaga sangat setuju dengan pernyataan ini, manakala

16.67% setuju, 3.33% tidak pasti, dan tiada peratusan untuk skala tidak setuju dan sangat tidak

setuju.

Kemudahan awam yang disediakan di sini juga lengkap seperti tandas awam menunjukkan skala

setuju pula mendapat peratusan tertinggi berbanding skala lain iaitu sebanyak 43.33%, manakala

skala sangat setuju 40%, tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing 6.67%. Terakhir,

skala tidak pasti menunjukkan peratusan terendah iaitu 3.33%.

SKALA Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3

5 Sangat Tidak Setuju 0.00 % 0.00 % 6.67 %4 Tidak Setuju 0.00 % 0.00 % 6.67 %3 Tidak Pasti 10.00 % 3.33 % 3.33 %2 Setuju 26.67% 16.67 % 43.33 %1 Sangat Setuju 63.33% 80.00 % 40.00 %

JUMLAH 100 % 100 % 100 %

Page 15: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Rajah 2 : Faktor Prasarana

Rajah 2 menunujukkan peratusan bagi ketiga-tiga soalan bagi faktor prasarana. Peratusan

tertinggi berada pada skala sangat setuju iaitu pada soalan 2 yang menunjukkan 80% peniaga

sangat setuju dengan pernyataan Cenang Mall dilengkapi dengan kemudahan mesin ATM.

Namun begitu, rajah menunjukkan pada skala sangat tidak setuju dan tidak setuju tiada peratusan

ditunjukkan untuk soalan 1 dan soalan 2. Hal ini bermakna tiada peniaga yang menyangkal

terhadap pernyataan suasana nyaman serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan

awam yang lengkap seperti tandas awam.

Rumusan yang saya dapat berdasarkan analisa dapatan kajian daripada soal selidik yang telah

diperoleh, saya dapati faktor prasarana sememangnya faktor penting yang menjadi pendorong

kepada peniaga dalam memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan.

Melalui kaedah temubual bersama Pn.Salina Mokhtazar dan Mr.Lim Ng Guan berkenaan faktor

prasarana pula, mereka mengemukakan pandangan seperti di bawah :

STS TS TP S SS0

1020304050607080

FAKTOR PRASARANA

Soalan 1Soalan 2Soalan 3

Page 16: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Pn. Salina Mokhtazar :

Q: Kak rasa faktor prasarana kat sini macam kemudahan mesin ATM dan tandas awam yang disediakan tu lengkap dak?

A: Of course, kemudahan dia lengkap. Tandas pun ok, complete la.

Q: Kiranya akak selesa la nak berniaga kat sini?

A: Ye, selesa. Ada tempat semayang lagi, mudah la kan.

Mr. Lim Ng Guan :

Q: Adakah sir rasa seronok berniaga di sini sebab suasana yang nyaman dan dilengkapi dengan aircond?

A: Ya, bagi saya bagus la sebab suasana dia sejuk, jadi olang datang pon tak panas kan, so bagus sangat.

Q: Sir rasa kemudahan yang disediakan kat sini lengkap dak?

A: Bagi saya segala-galanya dekat Cenang Mall ok, sebab mungkin dia baru lagi kot.

Q: Ok, kemudahan mesin ATM tu pulak macam mana?

A: aaa..senang la, memudahkan olang untuk keluarkan duit untuk beli balang balang.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama tiga hari secara berturut-turut iaitu pada 28

Februari hingga 2 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.Saya dapat

membuat tanggapan bahawa keadaaan seperti suasana yang sejuk dan nyaman ini memberi

keselesaan kepada para peniaga untuk menjalankan perniagaan di Cenang Mall.Selain itu,

kemudahan mesin ATM yang disediakan pula memudahkan pengunjung untuk mengeluarkan

wang seterusnya membeli di sekitar Cenang Mall sekaligus menguntungkan para peniaga.

Page 17: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

3.1.3 FAKTOR KESELAMATAN

SKALA Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

5 Sangat Tidak Setuju 0.00% 0.00% 0.00% 3.33% 3.33%

4 Tidak Setuju 0.00% 0.00% 0.00% 0.00% 3.33%

3 Tidak Pasti 3.33% 3.33% 0.00% 13.33% 20.00%

2 Setuju 46.67% 43.33% 33.33% 53.33% 50.00%

1 Sangat Setuju 50.00% 53.33% 66.67% 30.00% 23.33%

JUMLAH 100% 100% 100% 100% 100%

Jadual 3: Peratusan bagi faktor keselamatan

Berdasarkan soalan 1 iaitu peniaga berasa selamat berniaga di Cenang Mall kerana adanya

pengawal keselamatan menunjukkan separuh daripada 30 responden sangat setuju dengan

kenyataan tersebut membawa kepada 50%, manakala 46.67% setuju, tidak pasti 3.33%, dan

skala tidak setuju serta sangat tidak setuju masing-masing 0%.

Seterusnya, analisa soalan 2 iaitu peniaga berasa selamat berniaga di Cenang Mall kerana

dilengkapi dengan CCTV menunjukkan 53.33% peniaga sangat setuju dengan pernyataan

tersebut, 43.33% setuju, 3.33% tidak setuju dan sangat tidak setuju juga 0%.

Analisa untuk soalan 3 pula iaitu peniaga berpuas hati kerana Cenang Mall dilengkapi pili bomba

dan pemadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran menunjukkan skala sangat setuju

mendapat tempat tertinggi iaitu sebanyak 66.67%, manakala setuju 33.33%, tiada peratusan

untuk tiga skala terakhir iaitu tidak pasti,tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Pernyataan untuk soalan 4 iaitu parking kereta yang disediakan di belakang Cenang Mall selamat

untuk parking menunjukkan 53.33% peniaga setuju, manakala 30% sangat setuju, 13.33% tidak

pasti, 3.33% sangat tidak setuju dan tiada peratusan untuk skala tidak setuju.

Page 18: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Bagi soalan 5 pula iaitu analisa berkaitan dengan parking motosikal yang disediakan di hadapan

dan belakang Cenang Mall pula menunjukkan 50% peniaga setuju dengan pernyataan ini,

23.33% sangat setuju, 20% tidak pasti, dan 3.33% untuk skala tidak setuju dan sangat tidak

setuju.

STS

TS

TP

S

SS

3.33

0

13.33

53.33

30

KESELAMATAN PARKING KENDERAAN

Rajah 3 : Keselamatan Parking Kenderaan

Rajah 3 menunjukkan peratusan bagi salah satu soalan berkaitan dengan faktor keselamatan iaitu

keselamatan untuk parking kenderaan iaitu kereta.Berdasarkan rajah 3, sebanyak 53.33%

peniaga setuju dengan pernyataan tersebut dan berada pada peratusan tertinggi.

Rumusan yang diperoleh daripada analisa dapatan yang dibuat, saya dapati faktor keselamatan

sememangnya mempengaruhi peniaga dalam memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan.

Keselamatan yang terjamin menyebabkan peniaga bersa selamat untuk terus menjalankan

perniagaa di situ.

Melalui kaedah temubual bersama Pn.Salina Mokhtazar dan Mr.Lim Ng Guan berkenaan faktor

keselamatan, mereka memberikan pendapat seperti di bawah :

Page 19: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Pn. Salina Mokhtazar :

Q: Dengan adanya pengawal keselamatan kat sini, kak rasa terjaga dak?

A: Ye dik, rasa selamat lah sebab keliling Cenang Mall ni ada pengawal keselamatan semua ada.

Q: Macam mana dengan parking pula akak?

A: Parking tak cukup, akak rasa parking tu kena buat bertingkat la, sebab semakin lama semakin ramai yang datang kan, terutamanya kereta. Parking moto takde masalah sebab ada depan belakang.

Mr. Lim Ng Guan :

Q: Adakah sir rasa selamat berniaga di sini sebab ada pengawal keselamatan, ada CCTV lagi?

A: Ha memang, dengan adanya CCTV, risiko untuk kedai ni dicuri or dirompak ka memang takda la, tu ada safety guard lagi kat luar.

Q: Sir, parking cukup tak kereta dengan moto?

A: Oo, parking kereta ka? Parking kereta tak penah cukup oo..sebab kedatangan orang ke sini makin hari makin ramai.

Q: Oh ok, tapi macam mana pulak dengan parking moto?

A: Parking moto memang ada depan belakang tapi sangat panas, sepatutnya mereka letak itu bumbung ar..itu pihak Cenang Mall perlu ambil tindakan yang sepatutnya la.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama tiga hari secara berturut-turut iaitu pada 28

Februari hingga 2 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.Saya mendapati

pengawal keselamatan yang ditempatkan disitu menjalankan tugas dengan baik. Pemerhatian

diperhatikan dalam tempoh masa tertentu iaitu daripada jam empat hingga enam petang pada

ketiga-tiga hari tersebut. Parking kenderaan pada mulanya berada dalam keadaan teratur dan

mencukupi cuma parking kereta kelihatan agak sesak berbanding motosikal pada hari kedua dan

ketiga pemerhatian memandangkan hari tersebut adalah hari cuti hujung minggu yang

menyebabkan Cenang Mall menerima kunjungan ramai. Sekeping foto telah dilampirkan pada

bahagian lampiran sebagai bahan bukti kajian pemerhatian dijalankan.

Page 20: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

3.1.4 FAKTOR HARGA DAN KUALITI BARANG

SKALA Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4

5 Sangat Tidak Setuju 0.00% 13.33% 0.00% 0.00%

4 Tidak Setuju 3.33% 26.67% 0.00% 10.00%

3 Tidak Pasti 26.67% 30.00% 50.00% 36.67%

2 Setuju 50.00% 26.67% 36.67% 43.33%

1 Sangat Setuju 20.00% 3.33% 13.33% 10.00%

JUMLAH 100% 100% 100% 100%

Jadual 4: Peratusan bagi faktor harga dan kualiti barang

Berdasarkan soalan 1 iaitu harga barangan yang dijual di Cenang Mall berada pada harga

berpatutan menunjukkan 50% daripada peniaga setuju dengan pernyataan tersebut, manakala

26.67% tidak pasti, 20% sangat setuju, 3.33% tidak setuju dan 0% untuk skala sangat tidak

setuju.

Seterusnya, analisa soalan 2 menunjukkan 30% peniaga memilih skala tidak pasti untuk

pernyataan sewa bulanan di Cenang Mall tidak terlalu mahal, manakala pada skala setuju dan

tidak setuju masing-masing berkongsi peratusan iaitu sebanyak 26.67%, skala sangat tidak

setuju 13.33% dan sangat setuju 3.33%.

Analisa soalan 3 pula berkenaan dengan pernyataan barangan yang dijual di Cenang Mall lebih

bermutu dan berjenama menunjukkan 50% tidak pasti dengan pernyataan tersebut, manakala

36.67% setuju, 13.33% sangat setuju, dan skala tidak setuju serta sangat tidak setuju masing-

masing 0%.

Bagi soalan 4 pula iaitu hasil jualan di Cenang Mall lebih menguntungkan jika ingin

dibandingkan berniaga di tempat menunjukkan 43.33% peniaga setuju dengan pernyataan ini,

manakala 36.67% tidak pasti, 10% sangat setuju, dan 0% sangat tidak setuju.

Page 21: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

3%

27%

50%

20%

HARGA BARANGAN BERPATUTAN

STSTSTPSSS

Rajah 4 : Harga Barangan Berpatutan

Rajah 4 menunjukkan peratusan bagi harga barangan yang dijual di Cenang Mall berada pada

harga berpatutan menunjukkan separuh daripada 30 responden sangat setuju dengan pernyataan

tersebut membawa kepada 50% sekaligus mendapat peratusan teratas.

Rumusan berdasarkan analisa dapatan kajian soal selidik yang telah dibuat, saya dapati faktor

harga dan kualiti barang sememangnya faktor penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan

yang mendorong peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan.

Melalui sesi temubual bersama Pn. Salina Mokhtazar dan Mr. Lim Ng Guan, pendapat dan

pandangan mereka tentang faktor harga dan kualiti barang adalah seperti berikut :

Pn. Salina Mokhtazar :

Q: Adakah harga barangan yang dijual disini berpatutan pada pandangan akak?

A: Ye, berpatutan, contohnya barang yang dijual dekat kedai akak sendiri merupakan barang yang berasakan organik. So, sesuai dengan harga dan barang dia lah.

Q: Kalaw tengok pada sewa bulanan pulak macam mana, kalaw saya kata harga sewa bulanan di sini tidak terlalu mahal, adakah akak bersetuju dengan saya ?

A: Setuju, memang tidak terlalu mahal. Dengan business yang kita buat hari-hari, keuntungan pun ok lah, takde la berlipat ganda, belum lagi lah kan, cuma boleh la nak cover-cover.

Page 22: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Q: Ok, pastu hasil jualan kat sini lebih menguntungkan jika nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain, ya la kat sini kan baru bukak. Macam mana dengan pendapat kak sendiri?

A: Pendapat akak kat sini ok kot, pasal area Cenang jadi tumpuan sape sape je yang datang.

Mr. Lim Ng Guan :

Q: Adakah harga yang dijual disini berada pada harga yang berpatutan?

A: Ya, ok. Sangat memuaskan.

Q: Ok, jika masuk sikit bab sewa bulanan, kalaw saya kata sewa bulanan ni tak terlalu mahal, adakah sir bersetuju dengan saya?

A: Ohohoo, bagi saya sebenarnya memang tinggi jugak la tapi saya tetap ambik juga kawasan ni sebab keuntungan yang saya boleh dapat tu banyak.

Q: Adakah barangan yang dijual disini lebih bermutu dan berjenama?

A: Memang bermutu dan berjenama , contoh barangan yang kami jual seperti Prada, Guess, Reebook, Puma dan banyak lagi.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan selama tiga hari secara berturut-turut iaitu pada 28

Februari hingga 2 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.Saya mendapati

hasil jualan kelihatan agak laris terutamanya pada hari kedua pemerhatian dijalankan iaitu pada

hari Jumaat. Hal ini mungkin disebabkan oleh cuti hujung minggu yang menggalakkan

kemasukan pengunjung ke Cenang Mall sekaligus meningkatkan ekonomi kepada peniaga.

Page 23: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

3.1.5 FAKTOR JENIS PERNIAGAAN DAN PERSAINGAN

SKALA Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5

5 Sangat Tidak Setuju 0.00% 3.33% 0.00% 0.00% 0.00%

4 Tidak Setuju 0.00% 6.67% 0.00% 0.00% 0.00%

3 Tidak Pasti 13.33% 26.67% 6.67% 13.33% 20.00%

2 Setuju 33.33% 30.00% 23.33% 50.00% 30.00%

1 Sangat Setuju 53.33% 33.33% 70.00% 36.67% 50.00%

JUMLAH 100% 100% 100% 100% 100%

Jadual 5: Peratusan bagi faktor jenis perniagaan dan persaingan

Berdasarkan soalan 1, rajah menunjukkan sebanyak 53.33% peniaga sangat setuju dengan

pernyataan Cenang Mall dilengkapi dengan pelbagai jenis perniagaan seperti pakaian, aksesori,

cenderamata, gajet dan makanan francais yang telah menarik minat pengunjung, manakala

33.33% setuju, 13.33% tidak pasti, 0% tidak setuju dan 0% juga sangat tidak setuju.

Seterusnya, analisa untuk soalan 2 iaitu persaingan sesama kedai di dalam Cenang Mall agak

sengit menunjukkan 33.33% sangat stuju dengan pernyataan ini, manakala 30% setuju, 26.67%

tidak pasti, 6.67% tidak setuju dan 3.33% menunjukkan 33.33% sangat stuju dengan pernyataan

ini, manakala 30% setuju, 26.67% tidak pasti, 6.67% tidak setuju dan 3.33% sangat tidak setuju.

Analisa untuk soalan 3 pula iaitu jenis perniagaan seperti perniagaan francais seperti KFC, Old

Town dan Starbuck paling mendapat sambutan menunjukkan 70% sangat setuju dengan

pernyataan ini, manakala 23.33% setuju, 6.67% tidak pasti dan tiada peratusan untuk skala tidak

setuju dan sangat tidak setuju.

Seterusnya, memandangkan perniagaan pakaian adalah yang paling banyak, saingannya juga

tinggi menunjukkan 50% setuju dengan pernyataan tersebut, manakala 36.67% sangat

setuju,13.33% tidak pasti, dan 0% untuk skala tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Page 24: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Analisa soalan 5 iaitu pernyataan peniaga beniaga di sini kerana yakin bahawa perniagaan

mereka akan terus maju dan tidak takut dengan persaingan sekeliling menunjukkan 50% sangat

setuju, 30% setuju, 20% tidak pasti, dan masing-masing tiada peratusan untuk skala tidak setuju

dan sangat tidak setuju.

STS TS TP STS SS

0.00

10.00

20.00

30.00

40.00

50.00

60.00

KEPELBAGAIAN JENIS PERNIAGAAN

Rajah 5 : Kepelbagaian Jenis Perniagaan

Rajah 5 menunjukkan peratusan bagi kepelbagaian jenis perniagaan seperti pakaian,

cenderamata, perniagaan francais dan sebagainya telah menarik minat pengunjung untuk singgah

ke Cenang Mall menunjukkan skala sangat setuju berada pada peratusan tertinggi iaitu sebanyak

53.33% .

Rumusan yang diperoleh berdasarkan analisa dapatan kajian soal selidik yang telah dibuat, saya

dapati faktor jenis perniagaan dan persaingan sememangnya faktor penting yang mendorong

peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan.

Melalui temubual bersama Pn. Salina Mokhtazar dan Mr. Lim Ng Guan, mereka mengemukakan

pendapat dan pandangan tersendiri berkaitan faktor jenis perniagaan dan persaingan seperti di

bawah :

Page 25: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Pn. Salina Mokhtazar :

Q: Persaingan antara kedai-kedai tu macam mana, kak rasa tergugat dak?

A: Tak tergugat, sebab barang kita lain-lain. Jadi persaingan biasa saje.

Q: Soalan saya yang terakhir, adakah kak yakin bahawa perniagaan akak akan terus maju dan tak takut dengan saingan sekeliling?

A: So far, pada pandangan akak boleh maju lagi memandangkan pelawat yang datang semakin ramai.

Mr. Lim Ng Guan :

Q: Ok sir, kalaw saya kata jenis perniagaan francais seperti KFC, Old Town dan Starbuck paling mendapat sambutan, pada pandangan sir macam mana?

A: Ya memang sambutannya tinggi sebab kebanyakan kedai francais adalah kedai-kedai yang memang sudah terkenal la, sebab itu mereka menggunakan konsep francais ini untuk mengembangkan mereka punya perniagaan.

Q: Soalan terakhir dari saya, adakah sir yakin untuk terus menjalankan perniagaan di sini dan tak takut dengan persaingan sekeliling ?

A: Saya rasa boleh maju dan lebih kedepan lagi la, ya saya yakin sangat sebab sini jadi tumpuan pelancong.

Pemerhatian dijalankan selama tiga hari secara berturut-turut iaitu pada 28 Februari hingga 2

Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Perniagaan francais iaitu KFC

dijadikan sebagai ‘sample’ pemerhatian saya. Pada ketiga-tiga hari pemerhatian tersebut, saya

dapati jumlah kemasukan ke KFC semakin bertambah dari hari ke hari. Dari segi saingan pula,

saya lihat persaingan dalam perniagaan pakaian agak sengit. Sekeping foto pegun telah

diletakkan pada bahagian lampiran sebagai bukti pemerhatian telah dilakukan.

Page 26: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

RUMUSAN

Kesimpulannya, melalui kajian yang telah dijalankan, saya telah mengenalpasti faktor-faktor

yang mendorong pemilihan Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan dalam kalangan

peniaga.Antara faktor yang mendorong peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan

adalah kerana faktor lokasi.Lokasinya dikatakan strategik kerana terletak di kawasan Pantai

Cenang yang sudah sememangnya terkenal menjadi faktor penarik kepada peniaga untuk

berniaga di sini.

Seterusnya, saya dapati faktor prasarana juga merupakan faktor penting yang menjadi pendorong

kepada peniaga dalam memilih Cenang Mall sebagai salah sebuah lokasi untuk menjalankan

aktiviti perniagaan.

Selain itu, saya dapati faktor keselamatan turut mempengaruhi peniaga dalam memilih Cenang

Mall sebagai lokasi perniagaan.Tahap keselamatan yang terjamin membuatkan peniaga berasa

tidak takut disamping berasa lebih selamat untuk menjalankan perniagaan mereka.

Saya dapati faktor harga dan kualiti barang juga mempengaruhi aktiviti perniagaan yang

mendorong peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi perniagaan.

Akhir sekali, berkaitan faktor jenis perniagaan dan persaingan.Faktor tersebut sememangnya

menjadi faktor penting yang mendorong peniaga memilih Cenang Mall sebagai lokasi

perniagaan. Perniagaan yang sama jenis sudah tentu memberikan saingan yang lebih sengit.

Page 27: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

LAMPIRAN

Peta 1: Daerah Langkawi

Sumber: Asthar Travel & Tours Sdn.Bhd.

Page 28: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Rakaman Temubual

Page 29: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Foto 1: Sambutan Pengunjung ke Salah Sebuah Perniagaan Francais iaitu KFC

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Foto 2: Kemudahan Mesin ATM iaitu Maybank

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Page 30: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Foto 3: Parking Motosikal Bahagian Hadapan Cenang Mall

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Foto 4: Parking Kenderaan Bahagian Belakang Cenang Mall

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Page 31: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Foto 5: Pengunjung Membuat Pilihan

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Foto 6: Faktor Keselamatan iaitu Pemadan Api dan Pili Bomba

Sumber: Kerja Lapangan 2013

Page 32: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

Foto 7: Staf Kiosk EARTH TREE

Sumber: Kajian Lapangan 2013

Foto 8: Pemilik di Salah Sebuah Butik Pakaian

Sumber: Kajian Lapangan 2013

Page 33: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SEM 2 STPM 2013

RUJUKAN

TESIS

Siti Rohani Abdullah (2005). Sistem Pengasingan Pelajar Berdasarkan Pencapaian Akademik Dan Impaknya Terhadap Pelajar ; Satu Kajian Kes, Tesis Master : Universiti Utara Malaysia.

INTERNET

Anizam Taib (2012) Oktober). Kajian Pengaruh dan Implikasi Kompleks Perniagaan; Kajian Kes: Subang Jaya: 10.55 Pm: 27 Februari 2013, eprints.uitm.edu.my/6230/

Faizal bin A.Hamid (2005) Mac). Kesan Pembangunan Terhadap Garis Pantai di Pulau Kecil-Pulau Langkawi: 5.45 Pm: 6 Februari 2013, www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2005/2JHH/Part1/faizalaa000124d05ttp.pdf

Johan Affendi Ibrahim (2012). Impak Pembangunan Terhadap Destinasi Pantai;Kajian Kes: Pantai Cenang,Langkawi: 3.32 Pm: 5 Mac 2013, www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemvll/pkem2012_pdf

Nur Ilya Othman (2011) Jun). Faktor Daya Tarikan Pusat Membeli Belah: 9.37pm: 9 Februari 2013, journalarticle.ukm.my/1963)

WAWANCARA

Bahan Berakam

Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Pn. Salina Binti Mokhtazar selaku pemilik salah sebuah kedai di Cenang Mall iaitu Kiosk Earth Tree, pada jam 4.15 petang, 1 Mac 2013.

Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Mr. Lim Ng Guan selaku pemilik kedai pakaian Factory Outlet di Cenang Mall, pada 4.49 petang, 1 Mac 2013.

PETA

Asthar Travel & Tours Sdn.Bhd. Welcome to Langkawi Island, Licensed by Ministry of Tourism Malaysia KPL/LN 5969. Pantai Cenang: Langkawi, Kedah.