Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat...
-
Upload
thanushah-soniyasee -
Category
Education
-
view
301 -
download
6
Transcript of Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat...
Sesi Akademik 2016 / 2017
Kod Kertas TIX1001
Nama Kursus Pengantar Linguistik
Kumpulan 3
Nama Pelajar & Nombor Kad
Matriks
THANUSHAH A/P P SONIYASEE (TIG160022)
NORFARHANA BINTI ZAINUDIN (TIB160007)
Nama Pensyarah Encik Lau Su Kia
Kerja Kursus Berpasangan ( Mengkaji Iklan dalam Surat Khabar)
1. PENGENALAN
Perkataan iklan berasal dari bahasa Arab iaitu “i‟lan” yang membawa makna khabar
yang disiarkan. Pada hakikatnya iklan adalah pesanan atau berita yang bertujuan untuk
memberitahu kepada masyarakat dan khalayak ramai tentang produk dan jasa yang
dimilikinya untuk dipindahkan hak pemilikannya melalui proses jual beli. Menurut Lofton
(2004), mengatakan bahawa iklan tidak hanya perlu hebat tetapi juga harus jelas. Pengiklanan
merupakan satu bentuk persembahan berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan
atau perkhidmatan yang ditaja oleh peniaga yang dikenal pasti. Penggunaan iklan mampu
untuk melonjak kesedaran ke tahap maksimum dalam kalangan pembeli. Iklan perlu
mempunyai objektif yang tepat dan kandungannya perlu jelas dan singkat agar mudah
difahami oleh masyarakat.
Bahasa merupakan media komunikasi yang paling efektif yang dipergunakan
oleh manusia untuk berinteraksi dengan individu lain. Bahasa juga merupakan antara
unsur yang sangat penting dalam menghasilkan sesebuah iklan yang menarik dan berkualiti.
Iklan yang berkualiti dapat menyumbang kepada sesebuah syarikat untuk melariskan jualan
produk keluaran mereka.
Seperti yang kita sedia maklum, bahasa iklan berkait rapat dengan bidang morfologi
dan semantik. Tujuan kajian ini dijalankan oleh penyelidik adalah, untuk mengkaji iklan dari
segi bidang morfologi dan semantik.
2. SUMBER DAN JENIS IKLAN PERNIAGAAN
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah mengambil dua keratan iklan daripada
surat khabar bernama Utusan Malaysia yang bertarikh 6/11/2016. Kedua-dua iklan tersebut
mengandungi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jenis iklan yang dipilih oleh penyelidik
adalah iklan perniagaan kereta. Iklan 1 memaparkan kereta keluaran negara Malaysia yang
berjenama Proton Perdana manakala iklan 2 memaparkan kereta keluaran negara Jepun yang
berjenama Honda City. Jenama Honda merupakan antara jenama kereta yang paling laris
jualannya di Malaysia. Persamaan yang terdapat dalam kedua-dua iklan ialah, kedua-dua iklan
tersebut memaparkan kereta keluaran baharu bagi tahun 2016. Objektif bagi menjalankan
kajian ini adalah, penyelidik perlu menganalisis ciri-ciri morfologi dan semantik dalam iklan
produk kereta berjenama Proton dan Honda dan membandingkan ciri-ciri morfologi dan
semantik yang terdapat dalam iklan produk tersebut.
3. CIRI-CIRI MORFOLOGI DAN SEMANTIK DALAM IKLAN
3.1 Morfologi
Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Morfologi ialah
kajian berkenaan pembentukan perkataan dari elemen terkecil yang mempunyai makna.
Elemen ini dipanggil morfem. Morfem boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu morfem
bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata manakala
morfem terikat ialah sesuatu yang tidak boleh wujud bersendirian sebagai satu perkataan.
Dalam bidang morfologi, terdapat proses pembentukan perkataan yang melalui proses
morfologi dan yang tidak melalui proses morfologi.
Maka, disebabkan itulah syarikat kereta pun tidak terkecuali daripada menghasilkan
iklan-iklan yang menarik bagi menarik perhatian pelanggan mereka. Syarikat kereta Honda
dan syarikat kereta Proton juga sentiasa mengeluarkan iklan-iklan bagi memperkenalkan
produk keluaran baharu mereka kepada masyarakat dunia. Dalam iklan-iklan tersebut,
terdapat penggunaan beberapa perkataan menarik yang mengandungi ciri-ciri morfologi.
3.1.1 Jenis Perkataan dan Ciri-cirinya
3.1.1.1 Kata Adjektif
Antara perkataan menarik yang terdapat dalam iklan 1 dan iklan 2 yang memenuhi ciri-
ciri morfologi ialah “mantap” dan “inovatif”. Kedua-dua perkataan tersebut tergolong dalam
kumpulan kata adjektif. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, mantap bermaksud stabil,
kukuh, teguh dan kuat, manakala inovatif pula membawa maksud kebijaksanaan seseorang
dalam menggunakan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
Perkataan mantap dalam iklan 1 dan perkataan inovatif dalam iklan 2 digunakan bagi
tujuan untuk menarik perhatiaan masyarakat kerana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai
karisma yang tersendiri untuk menerangkan ciri-ciri sesebuah kereta. Selain itu, perkataan
mantap itu digunakan kerana ianya senang dan mudah difahami oleh pembaca. Perkataan
tersebut juga memperlihatkan ciri-ciri sebuah kereta yang boleh tahan lama.
Seterusnya ialah, perkataan “pintar” yang terdapat dalam iklan 1 dan perkataan
“terbaik” yang terkandung dalam iklan 2. Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata
adjektif di bawah ciri-ciri morfologi. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, pintar membawa
maksud cekap, pandai dan bijak. Perkataan tersebut biasanya digunakan untuk mengambarkan
kebijaksanaan seseorang. Dalam iklan 1, perkataan pintar digunakan bagi menjelaskan
bahawa kereta Perdana keluaran syarikat Proton tersebut memiliki kebijaksanaan dan
kepintaran. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh syarikat Proton bagi
menerangkan makna tersirat di sebalik perkataan tersebut.
Perkataan terbaik pula membawa maksud sesuatu perkara yang terbukti memiliki segala
kebaikan. Maka perkataan terbaik digunakan dalam iklan 2 bagi menjelaskan bahawa kereta
Honda City baharu tersebut merupakan antara produk terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat
Honda Jepun. Perkataan terbaik juga merupakan kata adjektif perbandingan yang digunakan
bagi membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.
3.1.1.2 Kata Nama
Seterusnya ialah, perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongang kata nama iaitu
perkataan “kebijaksanaan” dan “keselamatan”. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,
kebijaksanaan membawa maksud kepandaian menggunakan akal fikiran dan kecekapan
berfikir. Iklan 1 menggunakan perkataan kebijaksanaan bagi memberitahu kepada pelanggan
bahawa membeli kereta Proton Perdana merupakan satu tindakan yang paling menyerlahkan
kebijaksanaan mereka. Penyelidik berpendapat bahawa teknik ini digunakan bagi
mempengaruhi para pelanggan untuk membeli produk tersebut.
Perkataan keselamatan yang digunakan dalam iklan 2 pula bermaksud keadaan selamat,
kesejahteraan dan keamanan. Syarikat Honda menggunakan perkataan ini bagi mewujudkan
rasa selamat dan terjamin di kalangan masyaraka. Perkataan ini mampu menarik perhatian
para pelanggan kerana ianya membuahkan perasaan selamat dan terjamin dalam diri mereka.
3.1.2 Cara Pembentukan Perkataan
Cara-cara pembentukan perkataan serta ciri-ciri dalam iklan 1 dan iklan 2 dibincangkan
seperti berikut.
3.1.2.1 Peminjaman
Peminjaman dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu, pinjaman terus, terjemahan
langsung dan pinjaman imbuhan. Penyelidik mendapati bahawa terdapat kata-kata pinjaman
dalam iklan 1 dan iklan 2. Perkataan “ekonomikal” yang terdapat dalam iklan 1 ialah
perkataan yang asalnya disebut sebagai “economy” dimana ianya dipinjam terus dari Bahasa
Greek untuk dijadikan sebagai perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan ekonomi
bermaksud ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian dan penggunaan barang-barang.
Perkataan ini digunakan dalam iklan 1 bagi tujuan untuk menerangkan bahawa ianya berbaloi
dan rasional untuk memiliki kereta Proton Perdana kerana harganya berpatutan. Penyelidik
mendapati ianya agak menarik kerana perkataan sebegini mampu menawan hati pelanggan.
Perkataan pinjaman yang terdapat dalam iklan 2 ialah “automatik”. Perkataan ini
dipinjam terus dari bahasa Inggeris. Perkataan automatik bermaksud sesuatu mesin atau
jentera yang dapat bergerak dan bekerja sendiri. Perkataan automatik ini digunakan bagi
menggambarkan panel sentuh penyaman udara yang dapat berfungsi sendiri. Perkataan ini
secara tidak langsung dapat memenuhi citarasa pelanggan yang menginginkan sesuatu yang
baharu dan unik pada kenderaan mereka.
Juga, terdapat satu lagi perkataan dalam iklan 1 yang dipinjam dari Bahasa Inggeris
iaitu “waranti”. Waranti bermaksud jaminan secara bertulis yang diberikan kepada pembeli
oleh pihak syarikat untuk membaiki atau menukar sesuatu barang seandainya ia rosak.
Perkataan pinjaman lain yang digunakan dalam iklan 2 ialah, “poket”. Poket
bermaksud tempat menyimpan atau menaruh barang-barang kecil. Perkataan ini digunakan
dalam iklan 2 untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa dalam kereta Proton Perdana
terdapat poket telefon bimbit yang boleh digunakan oleh mereka. Bunyi kata pinjaman lebih
kurang sama dengan perkataan asal yang dipinjam. Tambahan pula, kata pinjaman tersebut
digunakan dalam iklan kerana ianya ringkas, mudah difahami dan senang dibaca oleh
masyarakat.
3.1.2.2 Pengimbuhan
Pengimbuhan merupakan perkataan yang terdiri daripada satu kata akar dan satu atau
lebih imbuhan. Penyelidik mendapati terdapat beberapa perkataan yang tergolong dalam
kategori pengimbuhan dan terbitan, terkandung dalam iklan 1 dan iklan 2. Sebagai contoh,
dalam iklan 1 terdapat perkataan “dimiliki”. Dimiliki datang daripada kata akar milik yang
diberi imbuhan apitan „di-….-i‟. Milik merupakan kata nama namun apabila diberi imbuhan
apitan „di…..-i‟, ia bertukar menjadi kata terbitan. Perkataan ini digunakan bagi menimbulkan
rasa ingin memiliki kereta Proton Perdana dalam kalangan masyarakat negara.
Selain itu, perkataan “perubahan” dalam iklan 2 juga tergolong dalam kategori
pengimbuhan. Perubahan pada asalnya datang daripada kata akar ubah, yang bermaksud
sesuatu perkara yang tidak kekal dan mengalami proses penambahbaikan atau sebaliknya.
Perkataan ubah diberi imbuhan per-…..an maka, ia tukar menjadi kata terbitan. Perubahan
digunakan dalam konteks iklan ini bagi mengingatkan para pelanggan akan terma dan syarat
syarikat kereta Honda.
3.2 Semantik
Istilah Semantik berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang bermakna tanda atau
lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang
berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Semantik penting untuk pengajian
pemerolehan bahasa, mengkaji bagaimana bahasa berubah mengikut masa, memahami bahasa
dalam kontek budaya, dan memahami pelbagai bentuk dialek dalam bahasa dan kesan gaya
bahasa.
Kajian mengenai semantik penting untuk mengetahui samada sesuatu perkataan atau
ayat itu mempunyai makna atau tidak. Selain itu, kajian semantik juga bertujuan untuk
mengetahui samada sesuatu perkataan atau ayat itu mempunyai makna yang pelbagai.
Semantik dapat merungkaikan samada apa yang dirujuk oleh perkataan atau ayat adalah benar
ataupun palsu.
Semantik di dalam pengiklanan dapat membantu pemahaman dan penciptaan
rekabentuk pengiklanan yang mantap dari segi pemanipulasian ayat dan susunan, pemilihan
perkataan, susunan perkataan, dan lain-lain lagi. Pengiklan atau penulis perlu mewujudkan
kesedaran kepada pembaca dan memberi kefahaman penuh mengenai tekstur, makna dan
kefahaman bahasa yang digunapakai.
3.2.1 Hubungan Makna
3.2.2.1 Sinonim
Sinonim bermaksud satu perkataan boleh menggantikan perkataan yang lain dengan
tiada penukaran makna. Sebagai contoh, perkataan seerti bagi sama ialah serupa. Menurut
kamus atas talian iaitu www.merriam-webster.com/dictionary/synonyms, sinonim ialah salah
satu daripada dua atau lebih perkatan atau ungkapan bahasa yang sama yang mempunyai
makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama tidak bermaksud 100 peratus sama dan
kadang kala, walaupun maksudnya sama, sinonim tidak sesuai digunakan.
Dalam iklan (1), antara perkataan sinonim yang ada ialah “kebijaksanaan dan pintar”.
Kata akar bagi perkataan kebijaksanaan adalah bijak. Makna bijak dan pintar ialah pandai.
Seperti di dalam iklan, “Serlahkan kebijaksanaan” merujuk kepada pengiklan menyeru agar
pembaca membuat pilihan yang arif atau tepat dengan memilih jenama berkenaan.
Selain itu, antara perkataan sinonim yang ada di dalam iklan (1) adalah “kadar” dan
“jumlah”. Maksud kadar ialah kuantiti tertentu atau jumlah satu perkara dianggap berhubung
dengan unit perkara yang lain dan digunakan sebagai standard atau ukuran. Maksud jumlah
ialah kuantiti keseluruhan. “Kadar pinjaman berbeza mengikut jumlah dan tempoh pinjaman
serta institusi kewangan.” Perkataan kadar boleh diganti dengan perkataan jumlah dan
sebaliknya.
Perkataan sinonim yang lain ialah “terma” dan “syarat”. Maksud terma ialah syarat-
syarat yang berkaitan dengan pembayaran, harga, dan upah. Maksud syarat ialah untuk
tertakluk kepada syarat atau keadaan tertentu. “Tertakluk kepada terma dan syarat” disini
bermaksud setiap faedah yang boleh didapati apabila membeli kereta ini adalah mengikut
keadaan tertentu. Malahan, perkataan terma dan syarat juga digunakan kerana ianya senang
dibaca dan mudah diingati oleh masyarakat.
Antara perkataan sinonim yang terdapat di dalam iklan (2) ialah “terbaik” dan “tiada
tandingan”. Contoh ayat dalam iklan ialah „miliki yang terbaik‟ dan „alami pemanduan yang
tiada tandingan‟. Terbaik disini menunjukkan kereta ini adalah salah sebuah kereta yang
paling bagus. Perkataan tiada tandingan pula merujuk pada keadaan sesuatu itu tidak boleh
dilawan disebabkan kebagusannya berbanding yang lain.
3.2.2.2 Hiponim
Hiponim bermaksud sesuatu perkataan terkandung atau termasuk dalam sesuatu yang
lebih am. Contohnya kata ikan yang mempunyai banyak jenis ahli misalnya tenggiri, cencaru,
tilapia dan banyak lagi.
Antara perkataan hiponimi yang ada di dalam iklan (1) adalah “warna”. Warna
mempunyai banyak ahli contohnya merah, biru, kuning, hitam, putih dan sebagainya. Selain
itu, perkataan “aksesori” juga merupakan hiponimi. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai
jenis aksesori kereta seperti sport rim dan muffler ekzos. Ko-hiponim yang dapat ditemui di
dalam iklan (1) ialah “kenderaan” contohnya kereta, van, bas dan motorsikal.
3.2.2.3 Homonim
Homonim ialah perkataan yang mempunyai persamaan ejaan dan bunyi tetapi dalam
kontek tertentu berlainan makna.
Terdapat beberapa perkataan homonim di dalam iklan (1) antaranya ialah “mantap”.
Mantap di sini boleh membawa maksud keadaan yang stabil. Satu lagi ia boleh membawa
maksud kukuh iaitu tidak berubah. Syarikat produk cuba untuk menunjukkan bahawa kereta
jenama mereka tidak berubah dari segi gaya. Selain itu, perkataan lain ialah “pintar”. Pintar
membawa maksud cerdik. Contohnya dalam ayat ini, „Ali seorang pelajar yang pintar‟. Dalam
keadaan lain, pintar bermaksud cekap contohnya gaya pemanduan yang pintar (gaya
pemanduan yang cekap).
Perkataan homonim yang seterusnya ialah “bergantung”. Jika dalam ayat seperti
„Hasnah melihat banyak gambar bergantung di dinding rumah kawannya‟, menunjukkan
keadaan sesuatu barang bersangkut pada sesuatu barang yang lain. Dalam konteks lain,
bergantung membawa erti berdasarkan atau mengikut, contohnya dalam ayat, „waranti 5 tahun
bergantung kepada mana dahulu‟. Seterusnya, homonim dalam iklan (1) ialah “jangka”.
Jangka bermaksud tempoh masa tertentu iaitu seperti di dalam iklan „waranti jangka panjang‟
manakala ayat „saya menjangkakan Hillary Clinton yang akan menjadi presiden Amerika
Syarikat‟ membawa maksud ramalan.
Seterusnya, perkataan “servis” juga merupakan homonim. Servis membawa maksud
aktiviti yang membantu untuk memelihara kondisi asal sesebuah kereta. Teknik ini digunakan
bagi mengekalkan hubungan baik syarikat kereta Honda dengan pelanggan mereka.
Contohnya dalam iklan 2, syarikat Honda memberikan servis percuma sehingga 100,000
kilometer. Seterusnya, perkataan “model”. „Model sebenar mungkin berbeza dari yang tertera
di atas‟. Perkataan model di sini bererti reka bentuk kereta. Jika di dalam ayat „Pakaian itu
diperagakan oleh model terkenal‟ merujuk kepada peragawan atau peragawati.
3.2.2.4 Polisemi
Polisemi adalah perkataan dimana sebutan dan bentuknya sama tetapi mempunyai
beberapa makna yang berkaitan.
Perkataan polisemi yang terdapat di dalam iklan 2 ialah “bintang”. Bintang secara
umumnya adalah objek di langit. Sesuatu angka untuk menunjukkan pengiktirafan atau tanda
kecemerlangan juga menggunakan perkataan bintang. Contohnya, seperti yang ada di dalam
iklan iaitu, „pengiktirafan 4 bintang untuk perlindungan penumpang kanak-kanak‟.
4. KESIMPULAN
Dari segi morfologi, penyelidik mendapati terdapat persamaan dari segi penggunaan
perkataan dalam iklan 1 dan iklan 2. Contohnya, penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris.
Banyak perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris digunakan dalam kedua-dua
iklan. Penyelidik mendapati penggunaan kata pinjaman dalam iklan merupakan salah satu
teknik yang digunakan oleh syarikat Proton dan Honda bagi memberi kelainan kepada iklan-
iklan mereka.
Didapati bahawa dari segi semantik, iklan (1) dan iklan (2) mempunyai beberapa
persamaan. Contohnya, kedua-dua iklan mempunyai kata sinonim dan homonim. Iklan-iklan
ini menggunakan perkataan dan ayat yang hampir sama contohnya ayat „tertakluk kepada
terma dan syarat‟. Fenomena ini wujud kerana iklan ini merupakan iklan dari jenis produk
yang sama iaitu kereta. Cara pembentukan iklan juga hampir sama dimana pengiklan
meletakkan pengiktirafan atau anugerah yang mereka perolehi untuk meyakinkan pembaca
tentang kredibiliti produk mereka.
Bahasa iklan yang disertai gambar dapat menarik perhatian para pembaca dengan
menginterpestasikan bahasa iklan tersebut yang disesuaikan dengan jenis-jenis iklan yang
akan dipublisitikan kepada khalayak umum.
Jelaslah bahawa penggunaan morfologi dan semantik memainkan peranan yang amat
penting dalam menghasilkan sesuatu iklan.
RUJUKAN
Utusan Malaysia (2016, November 6) m/s 12
Utusan Malaysia (2016, November 6) m/s 13
Dictionary.Com
http://www.dictionary.com/
Thesaurus.Com
www.thesaurus.com
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008) Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://prpm.dbp.gov.my/
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustakan, Kuala Lumpur.
http://ekamus.dbp.gov.my/