Kerja Kursus RBT Saya (1)

29
Penghargaan Salam sejathtera, Bersyukur kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu , kami juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci tentang kertas kerja. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Encik Vespanathan Supramaniyam kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merelisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya

description

vhgvhjgh

Transcript of Kerja Kursus RBT Saya (1)

Penghargaan

Salam sejathtera,Bersyukur kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu , kami juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci tentang kertas kerja. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Encik Vespanathan Supramaniyam kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merelisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan sokongkan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempuna.Sekian, terima kasih.

Soalan 1 : Banding beza antara kurikulum KHSR (KBSR) dan RBT (KSSR)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 (pada tahun 2011). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menurut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

AspekKHSRRBT

Pendahuluan Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniaagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberi tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang memberikan murid menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

MatlamatMembolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologikeusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerjabuat-sendiri serta cenderung berusaha niaga dan mereka ciptaMembolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kriyis, kreatif dan inovatif.

Objektif 1. Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek.2. Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk.3. Membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen.4. Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam.5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.6. Mengenal pasti dan7. membezakan di antara litar siri dan selari.8. Menghasilkan projek elektrik9. Penyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya.10. Menghasilkan tanaman hiasan11. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual.12. Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan.13. Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik.14. Mengira harga jualan dan untung.15. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.1. Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.2. Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk3. Mengetahui teknologi dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.4. Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin, dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika.

5. Melakukan kerja buat sendiri (DIY) dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan6. Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti7. Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan8. Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah

Fokus Menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan merekacipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalanikehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilaimurni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

Berteraskan kepada kemahiran mereka bentuk menggunakan teknologi dengan menggabungjalin pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran iaitu Teknikal, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Kurikulum ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid menghasilakan produk berkualiti.

Organisasi KandunganTerdapat dua bidang dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu :1. Reka Bentuk dan Teknologi2. Perniagaan dan Keusahawanan

Terdapat enam standard kandungan:1. Organisasi dan Keselamatan Bengkel2. Asas teknologi 3. Reka bentuk4. Penghasilan projek5. Teknologi pertanianSains Rumah Tangga

Penekanan dan Kaedah Pengajaran dn PembelajaranPenekanan : pembelajaran melalui pengalaman

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Tunjuk cara Bercerita Kajian Simulasi Sumbang saran Main peranan Permainan Temu bual Tinjauan Lawatan Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu kepada murid.

Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Penilaian 1. Pemerhatian2. Lisan3. Penulisan 1. Pemerhatian2. Amali3. Lisan4. Penulisan

Pendekatan ModularTiada Distrukturkan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dengan menggunakan modul yang disediakan, pengajaran dan pembelajaran dapat difokuskan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran tertentu melalui aktiviti yang bermakna.

Pedagogi Kemahiran Berfikir dalam P&P Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut:a) Kemahiran Berfikir dalam P&Pb) Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&Pc) Penggunaan TMKd) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depane) Pembelajaran Secara Konstruktivismef) Pembelajaran Secara Kontekstualg) Pembelajaran Akses Kendiri

Kaedah Pentaksiran Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik

Reka bentuk Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi

Organisasi Berasaskan mata pelajaranTahap I Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Tahap II Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir berbincang dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan kesenian dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup. Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi, serta tunjang kerohanian sikap dan nilai. Kesemua tunjang ini membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi.Jika kitalihat didalam KSSR, reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR.Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam dalam proses P&P. Melaluitunjang komunikasi,muriddidedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul (4M). Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai. Bidang pembelajaran ini berfokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras matapelajaran kepada tunjang ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan. Ia dibina sejajardengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Subjek yang terlibat ialah subjek Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian dan berketrampilan. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Akhir sekali, reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah digubal bertujuan memenuhi keperluan perkembangan komunikasi teknologi maklumat impakcabaran abad ke-21 yang mana ia menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat adalah dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam P&P, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri danbelajar carabelajar.Seterusnya perbezaan keempat yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek pentaksiran. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Contoh ujian sumatif pula ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Dari segi perbezaan organisasi kandungan, KBSR adalah berdasarkan semua matapelajaran dan tidak dipecah-pecahkan kepada tahap 1 dan 2 dan diajarkan selaras dengan semua matapelajaran. Tidak seperti KBSR, organisasi kurikulum dalam KSSR telah diperhabarui di mana organisasi kurikulum KSSR dibahagi-bahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Di dalam organisasi kurikulum tahap 1, modul yang diajarkan ialah berdasarkan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif. Dalam tahap 2 pula, modul yang diajarkan adalah berdasarkan 6 tunjang dalam KSSR iaitu Modul Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi, Modul Kemanusiaan. Perbezaan ketiga iaitu dari segi kandungan, didapati bahawa berlaku perubahankandungan kepada semua mata pelajaran yang diajarkan semasa KBSR di dalam kurikulum KSSR yang baharu ini. Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul). Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis.Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di Negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis genarasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodelan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam system pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Soalan 2 : Penjelasan tentang skop organisasi dan pengurusan bengkel.CARTA ORGANISASI

GURU BESAR

PK KOKURIKULUM , KP KHPK PENTADBIRAN/ KURIKULUMPK HAL EHWAL MURID

EN. NOR JAMALI BIN ABU HASSANGURU DATA

EN.HAMDAN B YAHYAKP PAIEN. ZULKIFLY B. ARFFINKP MTPN.NORSIAH BT SAIDONKP BIPN JULIA BT.KHALIDKP BM / GURU CEMERLANG BM

EN. AZMIN BASYAA B ABD KARIMKP j-QAFPN.SUZANA BT. YAACOB KP KT, SU PEP AWAM, PENYELARAS BESTARI

EN. YAACOB B. NGAH YAHYAKP PJK, SU KOKURIKULUMCIK SARFINAH BT SHARIFFUDINK. PANITIA JAWIPN.MAHIZON BT MAHMOODGURU BIMBINGANPN. NOORLIZHA BT.ABD. RAUFPENYELARAS PRASEK

Staf SokonganPN.ZALEHAWATI BT. ZULKIFLIPEMBANTU TADBIR N17PN.ZARIAH BT.BAHARIPEKERJA RENDAH AWAM[PRA R1]PN.MIZUN BT IBRAHIMPRAR1 KONTRAKSARINA BT MD SOMPPM N17EN.MUSA BIN JAAFARPEKERJA RENDAH AWAM[PRA R1]EN. ZULKIFLI B PANJANG ABD.RANIPAP N1PN. NORAZIMA BT ZUBIRPPM N17PN.SOFIAH BT.PUTEH SHAARIKP P. MORALEN. MOHAMMAD SAIFUL B SAIDKP PEMULIHAN, SU SUKANPN. SELASEYAH BT.MATKP MUZIK, SPBT

PN. HASLIZA BT MOHD HASSANGURU PSS & MEDIAPN. FARIDAH HANIM BT ISMAILKP B. ARAB PN. NORASUAH BT. BUSUKP PSV

Guru Kemahiran HidupKetua Panitia Guru Penolong Kanan (Akademik)Guru besar

Kumpulan 3Kumpulan 1Kumpulan 2Kumpulan 4Penolong fomenFomenGuru Kemahiran Hidup

Soalan 3: Huraikan tentang pengurusan keselamatan bengkel

Susun atur yang telah dirancang di dalam pelan yang dipilih ini adalah direka dan disesuaikan atas beberapa faktor yang utama iaitu keselamatan, keselesaan dan kemudahan untuk murid-murid melakukan kerja di dalam sesebuah bengkel.Melalui pelan yang telah direka ini, bengkel ini mempunyai ruangan-ruangan yang lengkap dan sesuai untuk murid-murid mempelajari subjek ini. Sebuah bengkel yang lengkap mestilah mempunyai sebuah bilik ruang utama bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Di ruangan tersebut meja-meja yang besar di susun secara jauh di antara satu sama lain dengan tujuan supaya murid-murid dapat bergerak bebas di dalam bengkel dan juga berasa selesa. Ini juga dapat memberi bantuan ketika berlaku kecemasan seperti kebakaran di mana murid-murid dapat meninggalkan bengkel dengan pantas dan selamat. Di ruang ini juga disediakan meja guru dan papan menulis untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Almari penyimpanan hasil kerja elektronik yang berkunci juga disediakan agar murid-murid dapat menyimpan hasil kerja mereka dan kerana hasil kerja elektronik tidak dibawa balik ke rumah. Tong sampah disediakan di setiap penjuru supaya kebersihan bengkel akan selalu terjaga. Terdapat empat pemadam api yang telah disediakan diruang ini, penyediaan pemadam-pemadam api ini adalah untuk mencegah kebakaran-kebakaran kecil yang berlaku di dalam bengkel dengan lebih cepat sebelum bertukar menjadi kebakaran yang besar. Singki diletakkan di luar bengkel untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan yang menggunakan air dilakukan. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan dari lantai bengkel basah dan kemalangan berlaku di dalam bengkel. Malah, lantai di dalam bengkel lebih sesuai bersimen berbanding dengan bermozek kerana lebih selamat dan tidak licin apabila murid-murid melakukan aktiviti di dalam bengkel tersebut. Selain itu, penyediaan tingkap yang banyak di ruang ini juga adalah amat penting supaya peredaran udara menjadi lebih efisien dan tidak menyebabkan keadaan bengkel menjadi panas dan sesak. Di belakang bengkel ini juga disediakan satu ruang yang menempatkan dan mempamerkan hasil kerja murid-murid yang telah siap. Di ruangan ini juga, terdapat semua carta seperti carta organisasi bengkel setiap kelas, jadual, carta keselamatan, peraturan bengkel dan pelbagai lagi informasi berkaitan dengan subjek. Ruang penyimpanan kerusi turut disediakan supaya apabila bengkel tidak digunakan kerusi-kerusi di dalam bengkel akan di simpan di situ. Empat buah pintu telah disediakan di dalam bengkel dan keempat-empat pintu ini perlu sentiasa dibuka untuk tujuan peredaran keluar masuk bengkel berjalan lancar. Ini juga memainkan peranan ketika kecemasan di mana murid-murid dapat keluar dan menyelamatkan diri dari bengkel dengan cepat. Stor alatan tangan dan stor bahan-bahan dan juga kimia diwujudkan di dalam bilik yang berasingan daripada ruang pembelajaran dan pengajaran di dalam bengkel. Ini adalah untuk memberi ruang yang lebih untuk menyimpan bahan-bahan dan juga alatan tangan. Selain itu, ia juga memberi keselesaan kepada murid-murid di dalam bengkel kerana pembinaan stor di bilik berasingan memberikan ruang yang lebih selesa di dalam bengkel. Penyimpanan alatan juga menjadi lebih senang dan tidak bersepah-sepah di dalam bengkel. Terdapat juga satu ruang khas untuk aktiviti pertanian dan perkebunan. Ruang ini dibuat di luar bengkel kerana keadaan di dalam bengkel tidak sesuai untuk aktiviti penanaman dan perkebunan. Aktiviti ini memerlukan ruang yang bertanah yang mempunyai sumber cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran tanaman. Aktiviti menyiram tanaman juga menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, susun atur yang dirancang perlulah sistematik dan selamat digunakan oleh murid-murid dan guru agar tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak diingini pada masa akan datang. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Soalan 4: Huraikan tentang pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan.

2.1. Perancangan Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan Sekolah dibuat sebelum akhir tahun. Pihak pengurusan seharusnya mengenalpasti enrolmen pelajar pada tahun semasa membuat perancangan perbelanjaan Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut: Pembelian bahan Pembelian alatan Penyelenggaraan Alat Bantuan Mengajar ( ABM ) Perkembangan mata pelajaran Buku Rujukan Kursus Perkembangan Staf Semua guru akan berbincang tentang pembelian dan menyerahkannya kepada ketua panitia. Ketua panitia berbincang tentang anggaran perbelanjaan dengan guru besar. Prosedur yang diamalkan semasa perancangan pembelian adalah seperti berikut: Memperoleh sebu tharga Memilih pembekal Membuat pesanan Menerima bahan / alatan dan nota hantaran dalam keadaan yang baik dan mencukupi Menerima invois Merekod ke dalam stok /inventori / kad-kad stok Menyerah invois kepada kerani kewangan.

2.2 Format Membuat Anggaran PerbelanjaanGuru merangka dan menguruskan usaha untuk mendapatkan kelulusan belanjawan yang dirancangkan. Manakala format borang-borang boleh digunakan untuk menjelaskan spesifikasi perbelanjaan yang berkaitan. Walau bagaimanapun pendekatan secara format ini boleh diubahsuai mengikut keperluan.

3.0 PEMATUHAN PROSEDUR PEROLEHAN Daripada pemerhatian saya, didapati pihak sekolah telah mematuhi prosedur perolehan yang telah ditetapkan. Ini boleh diperhatikan dengan pengagihan peruntukan dilakukan dengan betul dan sistematik. Ianya juga dibelanjakan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan.Perolehan-perolehan yang dilakukan secara berhemah dimana terdapatnya proses sebut harga bagi memilih pembekal yang boleh memberikan harga yang barangan dan perkhidmatan yang berpatutan. Barang-barang yang dibeli telah diuruskan dengan cekap dan berkesan. Terdapatnya buku stok bagi mengawal penerimaan dan pengeluaran barang yang dibeli. Begitu juga terdapatnya dokumem-dokumen sokongan seperti invois belian, pesanan tempatan, resit-resit keluaran barangan, buku tunai dan daftar yang berkaitan telah diselenggarakan dengan kemaskini. Didapati juga pengurusan kewangan dan pentadbiran mempunyai sistem kawalan dalaman yang baik, di mana terdapat pemantauan oleh pihak guru besar dan guru kanan dalam pengurusan perolehan dan juga rekod-rekod kewangan. Ianya dapat dibuktikan dengan terdapatnya semakan dan pengesahan dari pihak guru besar bagi setiap urusniaga yang dibuat. Pegawai kerani telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan. Ini terbukti dengan beliau telah dianugerahkan sebagai pengurus kewangan yang baik daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pihak sekolah juga telah menerima kunjungan dari pihak Audit Dalam Sekolah dan daripada teguran dan nasihat yang membina telah menyumbangkan kepada pengurusan kewangan yang lebih baik. Prosedur yang diamalkan semasa perancangan pembelian adalah seperti berikut:i) Mematuhi prosedur perolehan Bekalan/Perkhidmatan Pembelian terus;