Kerja Kursus Sejarah Pmr 2010
-
Upload
patriccia95 -
Category
Documents
-
view
1.258 -
download
0
Transcript of Kerja Kursus Sejarah Pmr 2010
KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2010
KOD 21/02
Nama Calon : PATRICCIA KARENO
No Angka Giliran : SP004K018
Nombor Kad Pengenalan : 950611-13-5692
Tajuk Kerja Kursus : Perayaan Hari Gawai DayakTingkatan : 3A
Nama Guru Penilai : Cikgu Helen Manjan
Tandatangan Guru Penilai :
______________
Tandatangan Pentaksir :
______________
ELEMEN1
KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2010KOD 21/02
NAMA : PATRICCIA
KARENO
TINGKATAN : 3A
NO ANGKA GILIRAN : SP004K018
TAJUK : PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK
(ELEMEN 1)
TAJUK:PERAYAAN TRADISI KAUM DI MALAYSIA
(HARI GAWAI)
ORANG SUMBER
BIODATA ORANG SUMBER
Nama Penuh : Ajap Talan
Umur : 35 Tahun
Nombor Kad Pengenalan : 750106-13-5628
Alamat : Klang Ayong, Jalan Selirik
Pekerjaan : Suri Rumah Tangga
TEMUBUAL DENGAN ORANG SUMBER
Patriccia : Ibu, bolehkah saya mengetahui tentang Perayaan Hari Gawai?
Pn.Ajap : Boleh, apa salahnya.
Patriccia : Apakah persediaan yang dilakukan atau perlu dibuat sebelum Perayaan Hari Gawai?
Pn.Ajap : Persediaan yang perlu dilakukan ialah menyediakan tuak, kuih-muih, mengemas dan membersihkan rumah dan sebagainya.
Patriccia : Berapa harikah persediaan perlu dilakukan sebelum perayaan?
Pn.Ajap : Persediaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggusebelum perayaan.
Patriccia : Bilakah upacara bagi menyambut Hari Gawai dimulakan?
Pn.Ajap : Upacara bagi menyambut Hari Gawai dimulakan pada petang 31 Mei.
Patriccia : Mengapakah ketua uapacara miring akan membaca doa semasa miring?
Pn.Ajap : Ketua miring perlu membaca doa sebagai tanda kesyukuran kepada Petara (Tuhan) di atas perolehan tuaian yang lumayan. Beliau jugaakan memohon doa kebaikan serta panjang umur untuk semua penduduk.
Patriccia : Apakah maksud “gayu guru, gerai nyamai ,betuah belimpah, lantang senang ngau menoa”?
Pn.Ajap : Maksudnya adalah semoga panjang umur, sihat sejahtera, tuah yang melimpah serta selamat menghuni di dunia.
Patriccia : Bilakah Perayaan Hari Gawai berakhir?
Pn.Ajap : Perayaan dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok adat
istiadat yang dibina diruai dibuang. Patriccia : Terima kasih ibu di atas semua maklumat yang ibu berikan.
Pn.Ajap : Sama-sama.
MAJALAH
NO. 1
NO. 2
BUKUILMIAH
INTERNET
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. KAEDAH KAJIAN
4. HASIL KAJIAN
5. RUMUSAN
6. LAMPIRAN
7. RUJUKAN
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Ananthan a/l Subramaniam yang
merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit kerana telah mengizinkan
saya melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada Cikgu Helen Manjan selaku guru matapelajaran Sejarah tingkatan 3A pada tahun
ini kerana telah memberi bimbingan dan panduan kepada saya semasa menjalankan kerja
kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa
saya kerana telah memberi saya sokongan kepada saya dari segi kewangan dan moral. Di
samping itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Ajap Talan kerana sudi
meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sudi bertukar maklumat mengenai
perayaan Hari Gawai dengan saya.
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah kajian yang saya telah gunakan semasa menjalankan kerja
kursus ini. Antaranya :
a)Kaedah Temubual
saya telah menemubual beberapa penduduk tempatan untuk mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai perayaan Hari Gawai.
b)Kaedah Melayari Interner
saya telah melayari internet untuk mencari maklumat mengenai perayaan Hari Gawai.
c)Kaedah Rujukan
saya telah merujuk beberapa buku ilmiah yang berkaitan dengan perayaan Hari Gawai
untuk menambahkan maklumat mengenai perayaan tersebut.
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa menjalankan
kerja kursus ini. Salah satu daripadanya ialah kaedah temubual. Saya telah menemubual
beberapa penduduk tempatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perayaan
Hari Gawai iaitu Pn Ajap Talan. Selain itu, saya juga telah melayari internet untuk
mencari maklumat mengenai perayaan Hari Gawai. Akhir sekali, saya juga telah
menggunakan kaedah rujukan. Saya telah merujuk beberapa buku yang berkaitan dengan
perayaan Hari Gawai untuk menambah maklumat mengenai perayaan tersebut dan saya
juga telah merujuk beberapa majalah yang mempunyai maklumat mengenai perayaan ini.
RUMUSAN
OBJEKTIFKAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Kerja kursus ini dijalankan untuk mengenali dengan lebih dekat tentang perayaan-
perayaan tradisi kaum yang terdapat di Malaysia serta keistimewaan perayaan tersebut.
Melalui kajian yang telah saya lakukan, saya dapat mengenali perayaan yang saya kaji
iaitu perayaan Hari Gawai. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui kaedah yang sesuai
untuk menganalisis maklumat. Kerja kursus ini juga dapat membantu kita memupuk
sikap sabar terutamanya ketika menemubual orang sumber. Saya juga perlu merancang
pelaksanaan kerja kursus ini dengan teliti agar masa yang telah diperuntukkan dapat
dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin. Kerja kursus mengenai perayaan tradisi
kaum di Malaysia ini dapat melahirkan rasa bangga serta sayang akan perayaan tradisi
kaum yang saya kaji.
HASIL KAJIAN
1) PERAYAAN TRADISI
Perayaan yang saya kaji ialah perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak
juga dikenali sebagai Hari Gawai. Perayaan Gawai Dayak disambut pada setiap tahun
pada 1 sehingga 2 Jun dan perayaan ini disambut dengan meriah di bandar dan desa
khususnya seperti di rumah panjang. Ianya juga merupakan perayaan adat tradisi dan juga
mempunyai unsur-unsur retorik dan keagamaan.
Perayaan Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh bumiputera
Sarawak iaitu kaum Dayak. Gawai Dayak merupakan simbol perpaduan, aspirasi dan
harapan bagi masyarakat ini dan perayaan ini juga telah menjadi satu acara yang penting
dalam kehidupan sosial mereka. Gawai Dayak sebenarnya merupakan upacara atau ritual
terakhir yakni kemuncak dan yang terbesar di antara tujuh upacara Gawai yang
diamalkan oleh kaum Dayak di Sarawak.
Perayaan Gawai Daya disambut secara rasminya pada 1 Jun 1965 setelah ianya
diwartakan pada 25 September 1964.dan pada tarikh tersebut, Sarawak diisytiharkan
sebagai cuti umum. Selain itu, perayaan Gawai Dayak disambut selama satu bulan.
Gawai Dayak disambut bagi menandakan tanda kesyukuran kepada Petara
(Tuhan) di atas kemurahan rezeki yang diperoleh semasa musim menuai padi dan juga
sebagai memohon keberkatan untuk musim penanaman padi yang akan datang.
2) LATAR BELAKANG
Secara tradisinya, perayaan Gawai Dayak telah dirayakan sejak wujudnya kaum
Dayak di Sarawak. Selain itu, perayaan ini di sambut untuk menandakan tamatnya musim
menuai dan pada zaman dahulu dikenali sebaga Gawai Umai.
Upacara khusus yang dilakukan semasa perayaan ialah upacara miring iaitu
penyembahan atau pemujaan. Barang-barang yang digunakan untuk upacara miring tidak
boleh dilangkahi dan dalam keadaan yang bersih. Semasa menghantar piring, orang yang
menghantar piring tersebut haruslah menggunakan pua kumbu kerana ini menandakan
bahawa kita menghormati Petara (Tuhan). Sebelum upacara ini dimulakan, gendang
rayah yang merupakan alat muzik ritual akan dipalu untuk beberapa kali. Dalam upacara
ini, seekor ayam jantan akan dikorbankan dan darah ayam jantan tersebut akan
direnjiskan ke atas bahan persembahan.
Individu yang megetuai upacara miring adalah manang(dukun). Ketua upacara
miring iaitu manang akan membaca doa sebagai tanda kesyukuran kepada Petara di atas
perolehan tuaian yang lumayan. Beliau juga akan memohon doa kebaikan serta panjang
umur untuk semua penduduk rumah panjang tersebut. Pada 1 Jun tepat pada jam 12.00
malam, gong akan dipalu bagi menandakan Hari Gawai Dayak telah pun tiba. Tuai rumah
akan mengetuai seluruh keluarga dan tetamu di rumah panjang untuk minum Ai Pengayu
atau air tuak yang dipercayai boleh memanjangkan umur. Pada masa yang sama, masing-
masing akan mengucapkan “gayu guru, gerai nyamai, betuah berlimpah, lantang senang
nguan menoa” yang bermaksud semoga panjang umur, sihat sejahtera, tuah belimpah
serta selamat menghuni dunia.
Upacara miring biasanya dijalankan di ruai atau beranda rumah panjang. Selepas
itu, satu perarakan di ruai yang dipanggil Ngalu Petara iaitu menyambut kehadiran roh
Dewa akan diadakan. Biasanya sambutan perayaan Gawai akan bertambah meriah setelah
selesainya upacara meminum ai pengayu. Ia akan disusuli dengan pelbagai acara yang
akan disambut sehingga pagi. Tarian Ngajat iaitu tarian tradisional masyarakat Dayak
khususnya Ngajat Lesung adalah satu kemestian dalam perayaan Gawai diiringi dengan
paluan taboh dan alat-alat muzik tradisional Dayak.
3) PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
Persediaan yang dilakukan sebelum perayaan adalah menyediakan tuak iaitu arak
yang diperbuat daripada beras, kuih muih seperti penganan, nasi pulut atau ngelulun pulut
atau lemang, kuih chuan atau biskut bunga ros, kuih tumpe, kuih sarang semut atau kuih
karas dan sebagainya. Persiapan lain juga perlu dilakukan seperti mengemas dan
membersihkan rumah. Manakala di ruang ruai atau ruang tamu rumah panjang pula akan
dihamparkan tikar-tikar baru untuk kegunaan tetamu duduk bagi upacara sambutan
perayaan. Bilik-bilik dan dinding-dinding akan dihiasi pua kumbu iaitu kain tradisi yang
mempunyai corak-corak tertentu.
Semasa perayaan persiapan yang perlu dilakukan ialah menyediakan makanan
dan air tuak yang akan dipersembahkan kepada Petara. Selain itu, ayam jantan juga perlu
disediakan untuk upacara yang akan dilakukan terutamanya bagi upacara “miring”
Persiapan yang perlu dilakukan selepas perayaan ialah, penduduk rumah panjang
akan mengemas dan membersihkan rumah masing-masing.
4) KESAN PERAYAAN
Perayaan Gawai Dayak juga mempunyai kesan. Kesan yang pertama ialah kesan
terhadap keluarga iaitu dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Semasa perayaan
Gawai Dayak menjelang, semua anggota keluarga yang tinggal di luar bandar akan
pulang ke rumah panjang dan mereka dapat bertemu dengan keluarga mereka yang
tinggal di kampung dan mereka juga dapat beramah mesra dan ini dapat menyebabkan
hubungan antara ahli keluarga tersebut akan menjadi lebih erat. Apabila membuat
persiapan untuk perayaan, ahli keluarga akan bekerjasama dan ini juga dapat
mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Selain itu, perayaan ini juga membolehkan
penduduk kampung lain akan bersatu padu dengan penduduk kampung yang lain dengan
adanya aktiviti yang dipanggil “ngabang” yang bermaksud menziarahi kampung-
kampung lain secara beramai-ramai.
Kesan yang kedua ialah kesan terhadap aktiviti pelancongan. Ini kerana apabila
perayaan Gawai Dayak menjelang, ramai pelancong asing akan datang melancong ke
negara kita untuk menyaksikan bagaimana perayaan ini disambut kerana perayaan Gawai
Dayak merupakan sebuah perayaan yang sangat unik dan dapat menarik minat pelancong
asing untuk melancong ke negara kita. Apabila aktiviti pelancongan negara kita
meningkat, ekonomi negara kita juga turut meningkat kerana mata wang pelancong dari
negara lain akan ditukarkan kepada mata wang negara kita.
Kesan yang ketiga ialah kesan terhadap perpaduan. Ini kerana masyarakat akan
bekerjasama menyiapkan persiapan perayaan dan ini dapat meningkatkan perpaduan
antara masyarakat. Selain itu, perpaduan antara kaum juga dapat ditingkatkan kerana
semasa perayaan berlangsung, kaum yang tidak menyambut perayaan ini akan datang
menziarah kaum yang merayakan perayaan ini dan perpaduan antara kaum akan
terbentuk.
Kesan yang keempat ialah kesan terhadap peluang pekerjaan. Sebelum perayaan
Gawai Dayak menjelang, kaum yang merayakan perayaan ini akan membeli barang-
barang seperti kuih-muih, daging, kad-kad ucapan dan sebagainya. Individu yang tidak
mempunyai pekerjaan akan dapat peluang pekerjaan kerana mereka dapat membuka
sebuah kedai atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk perayaan Gawai Dayak
dan mungkin kaum yang merayakan perayaan ini akan datang membeli barang-barang
yang mereka perlukan daripada mereka yang mengambil peluang ini untuk berniaga.
Kesan yang kelima adalah kesan terhadap kebudayaan. Ini kerana perayaan ini
mempunyai budaya dari segi tarian yang unik seperti tarian Ngajat yang merupakan
tarian tradisional masyarakat Dayak khususnya Ngajat Lesung yang merupakan satu
kemestian dalam perayaan dengan paluan taboh dan alat-alat muzik tradisional Dayak.
Apabila perayaan ini dirayakan maka budaya tersebut juga tidak akan luput ditelan
zaman.
Kesan yang terakhir adalah kesan terhadap tradisi kaum yang merayakan
perayaan tersebut. Walaupun dunia semakin moden, kita juga haruslah mengekalkan
tradisi kaum kita. Dalam perayaan ini, saya dapat mengesan bahawa terdapat pelbagai
tradisi yang telah diselitkan dalam perayaan tersebut dan merayakan perayaan ini dapat
mengekalkannya. Malah, perayaan Gawai Dayak telah dijadikan sebagai satu perayaan
yang kebangsaan baru-baru ini. Sekarang ini kita dapat bahawa perayaan ini telah
diadakan diperingkat negeri pada setiap tahun.
RUMUSAN
Rumusan yang dapat saya rumuskan berdasarkan kerja kursus ini ialah kerja
kursus ini dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri saya. Selain itu, kerja kursus
ini memberi saya iktibar agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Di samping itu, kerja
kursus ini juga telah membuat saya lebih mengenali perayaan Gawai Dayak dan
mengetahui asal usulnya. Akhir sekali, kerja kursus ini juga telah membuat saya menjadi
lebih sabar tertamanya ketika menemubual orang sumber.
PERAYAAN GAWAI DAYAK
Perayaan Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat
Dayak di Sarawak pada setiap tahun iaitu pada 1 Jun hingga 2 Jun. perayaan ini disambut
bagi menandakan bahawa pesta menuai telah pun berakhir. Perayaan ini juga disambut
dengan meriah di bandar dan di desa khususnya di rumah panjang. Perayaan ini disambut
secara rasminya pada 1 Jun 1965 setelah ianya diwartakan pada 25 September 1964 dan
pada tarikh tersebut, Sarawak diisytiharkan sebagai cuti umum.
Gawai Dayak disambut bagi menandakan tanda kesyukuran kepada Petara
(Tuhan) di atas kemurahan rezeki yang diperoleh semasa musim menuai padi dan juga
sebagai memohon keberkatan untum musim menuai yang akan datang. Gawai Dayak
juga merupakan upacara terakhir dan yang terbesar di antara tujuh upacara Gawai yang
diamalkan oleh kaum Dayak di Sarawak.
RUJUKAN
RUJUKAN
» Buku Ilmiah
Nama penulis : Zainal Jaslan
Tahun Terbit : 2006
Tajuk : Hari-hari Perayaan Masyarakat Malaysia ( KeKKWA)
Halaman dirujuk : muka surat 55-65
» Majalah
Nama majalah : Program Integrasi Keagamaan
Tahun Terbit : 2009 (edisi ke-4)
Halaman dirujuk : muka surat 25
» Internet
Alamat : http://kddmusarts.com/festival/5633.htm/
http://www.tourismmalaysia.gov.my/