Kerja Kursus TMK

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER/2012 HBFE 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

description

Satu kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan peralatan ICT khasnya telefon pintar dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Serta penerimaan para guru terhadap penggunaan peralatan tersebut.

Transcript of Kerja Kursus TMK

HBEF2303

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER/2012HBFE 2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKANKANDUNGAN

MUKA SURAT1.0 PENGENALAN

2-42.0 KAJIAN ILMIAH

4-53.0 METODOLOGI

5-64.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

6-115.0 KESIMPULAN

12-136.0 rujukan

13

7.0 lampiran

14-151.0 PENGENALAN

Abad ke-21 ini sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada masa sekarang. Para pendidik merupakan pengerak utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seterusnya menyebarkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi seterusnya menyebarkan pengetahuan tersebut kepada anak didiknya. Tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi pendidikan guru pada zaman ini. Misalannya, penginterasian kemahiran abad ke-21 boleh diterapkan di kalangan guru dan pelajar dengan menggunakan Ipad di dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan tersususn akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik bermakna. Oleh itu, guru harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan agar dapat membuat pilihan,mengurus,mengguna dan menilai bahan agar dapat memberi impak yang maksima dalam pengajarn dan pembelajaran. Teknologi dalam pendidikan didefinisikan sebagai satu rangkaian elektronik untuk mencari,mengumpul,menyimpan,memproses,menyalaur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak (Ahmad Fuad Othman,2003). Ia juga merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha untuk mempermudahkan pembelajaran san seterusnya menarik minat pelajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Bahagian Teknologi Pendidikan,2012).

Perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Negara-negara membangun di Asia Tenggara mula memberi pengiktirafan sumber manusia (modal insan). Kemajuan dan penularan penggunaan ICT dalam masyarakat membawa maksud bahawa cabaran yang timbul yang dihadapi oleh sistem pendidikan di Asia Tenggara.Seperti negara-negara lain di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong terjadinya anjakan paradigma yang sangat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.Menyedari kepentingan ini, maka Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dalam dunia pendidikan melalui komputer. Salah satu daripadanya ialah Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer(PPBK). Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ini ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.Pengajaran dan Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga dikenali sebagai Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika dan Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.Walau apa pun istilah yang digunakan, pada dasarnya,ia merupakan penggunaan perisian komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Perisian komputer ini biasanya dikenali sebagai perisian kursus. Perisian kursus ini melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video,audio,teks,grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan (PPBK) merupakan salah satu pedagogi bagi melahirkan generasi yang inovatif,kreatif,kritis serta berwawasan seiring dengan aspirasi kerajaan dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia menjadi dasar kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia.Oleh kerana penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin diperluaskan. Penilaian perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer (PPBK) perlu dijalankan agar ia dapat memberi impak yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penilaian perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer (PPBK) tersebut memerlukan satu perancangan yang teliti seperti apa yang hendak dinilai,bagaimana menilainya, siapa yang akan menjalankan penilaian serta sasaran penilai. Penilai perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer (PPBK) merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk pengajaran,grafik,ciri-ciri teknikal dan instrumen penilain yang disediakan untuk kegunaan penilai.

Tugasan saya kali ini ialah untuk memilih satu aplikasi Android atau iOS yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan dalam Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer (PPBK) di dalam kelas. Saya juga dikehendaki untuk menyediakan borang penilaian sumatif untuk mendapat maklumbalas daripada guru-gur yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal. Setelah itu, saya dikehendaki untuk menyediakan satu laporan untuk membincangkan hasil dapatan daripada penilaian yang telah dilaksanakan.2.0 KAJIAN ILMIAH

Kajian ini adalah tertumpu kepada isi kandungan,aspek teknikal dan dokumentasi terhadap perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer(PPBK) yang saya pilih. Beberapa tinjauan ilmiah telah dijalankan sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini agar perkara-perkara yang tersebut diatas dapat memenuhi kehendak tugasan saya ini.

Salah satu daripadanya ialah laporan yang dibuat oleh Chen & Shen (1989) yang menyatakan bahawa walaupun terdapat banyak perisian yang telah dibangunkan sejak dua dekad yang lalu. Namun kualiti perisian yang dibangunkan itu masih lagi dipertikaikan. Manakala menurut Bialo & Erickson(1985)pula dalam laporannya ada menyatakan objektif yang kuran jelas,pendekatan yang kurang sesuai dengan matlamat pembelajaran, kurangnya penilaian yang dijalankan oleh guru untuk menentukan pencapaian pelajar dan kurangnya bahan sokongan.Menurut Futrell & Geiser (1985) perisian yang disediakan berlandaskan permintaan pasaran dan bukan kepada keperluan pelajar,Bagi Jonassen (1988) pula menyatakan penggunaan model pembangunan yang kurang sesuai.Bagi Bullough & Beatty(1991),alasan yang diberikan untuk menjelaskan kelemahan dalam perisian ialah kekurangan pengetahuan dalam sukatan pelajaran dan psikologi pembelajaran serta kekurangan program penilaian sebelum aplikasi perisian ke dalam bilik darjah (Schwarz & Lewis,1989).

Oleh itu penilaian terhadap perisian Pengajaran Pembelajaran dan Berbantukan Komputer adalah sangat mustahak kerana ia akan menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah satu prinsip untuk pengukur pencapaian secara sistematik(Robiah Sidin,1992).Kegagalan menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan perisian kursus Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer secara optimum (Shaifol,2003).Menurut Jamaluddir et.al (2001), terdapat pelbagai jenis penialaian yang kerap dijalankan dalam bidang pendidikan. Jenis-jenis penilaian tersebut adalah penialaian formatif, penilaian sumatif, penilaian berasaskan pakar, penilaian berasaskan pembangunan dan penilaian berasaskan objektif. Menurut Bahruddin et.al (2002) pula secara amnya terdapat empat jenis penilaian yang utama dalam pembangunan perisian iaitu penilaian sumatif, penilaian formatif, penilaian integratif dan penilaian iluminatif.Pada kebiasannya, penilaian sumtif dan penilaian formatif yang sering digunakan berbanding dengan penilaian yang lain (Jamaluddin et.al.2001).Menurut Baharuddin et.al (2001) perisian multimedia interaktif yang melalui penilaian sumatif dan formatif ialah untuk memastikan perisian tersebut memenuhi kehendak pengguna dan menepati objektif penghasilannya. 3.0 Metodologi (Kaedah Kajian)

3.1 Reka bentuk kajian

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya memilih satu aplikasi Android yang bertajuk Belajar Membaca-BM yang boleh dimuaturun dengan menggunakan ipad ataupun telefon pintar di laman web www.didikmanja.com. Aplikasi ini saya pilih untuk digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) semasa matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1(Lampiran 1).Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada guru yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan,aspek teknikal dan dokumentasi perisian yang telah saya pilih ini.Perisian yang dipilih tersebut akan dikaji sama ada ia sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Matematik.Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan.Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik.Borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. 3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik Tahap 2 dari tiga buah sekolah rendah iaitu SK Sg Durin, SK Ulu Durin Kiba dan SK Ng Pak.Seramai 10 orang guru telah menawarkan diri sebagai sampel kajian ini. Ketiga-tiga buah sekolah ini adalah dalam daerah Sibu,Sarawak.Daripada jumlah tersebut guru lelaki ialah seramai 4 orang manakala guru perempuan seramai 6 orang. 3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian A ialah maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula bertujuan meninjau keberkesanan perisian dari segi isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi. Instrumen yang digunakan adalah borang kaji selidik.Dalam kajian ini,segala jawapan diukur dengan menggunakan Skala Likert. Skala Likert yang digunakan dalam kajian ini adalah melibatkan lima pilihan. Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada Skala Likert yang mempunyai pemberatan seperti dalam jadual di bawah ini.Lampiran 2

Pemberatan Skala Likert

PemberatSkor

Sangat Setuju (SS)5

Setuju (S)4

Tidak Pasti (TP)3

Tidak Setuju (TS)2

Sangat Tidak Setuju (STS)1

Data-data yang dikumpul dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif. Kaedah analisis data yang telah digunakan ialah kaedah statistik deskriptif. Kaedah peratusan dan skor min digunakan bagi menjawab soalan-soalan tersebut.4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan4.1 Berikut adalah hasil daripada soal selidik terhadap isi kandungan,aspek teknikal dan dokumentasi perisian yang digunakan.BilItemSkorMin

1Isi Kandungan12345

1.1Perisian ini menggunakan bahasa yang betul dari segi nahu,ejaan,struktur ayat dan bebas daripada sebarang kesilapan.464.6

1.2Kandungan perisian ini mempunyai maklumat semasa dan terkini.374.7

1.3Maklumat perisian ini sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.2444.2

1.4Kandungan perisian disampaikan mengikut susunan,teratur dan senang dicapai.374.7

1.5Bahasa penyampaian adalah mudah284.8

Skor Min Keseluruhan Item 1 (Isi Kandungan Perisian)4.6

2Aspek Teknikal12345

2.1Penggunaan ikon,menu dan arahan membolehkan maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat105.0

2.2Perisian ini mempunyai pilihan untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti atau keluar.194.9

2.3Perisian ini mudah digunakan untuk mengambil dan menyimpan nota pada bila-bila masa194.9

2.4Isi kandungan perisian disampaikan dengan cara yang dapat meransang pemikiran pelajar dan menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif dan kritis.284.8

2.5Teks perisian ini mudah dibaca, penerangan cukup bagi visual dan saiz sesuai dengan kumpulan sasaran194.9

2.6Perisian ini mempunyai visual dan audio yang sesuai, jelas,mudah difahami serta boleh dikawal.194.9

2.7Perisian ini mempunyai suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual.105.0

Skor Min Keseluruhan Item 2 (Aspek Teknikal)4.91

3Dokumentasi12345

3.1Perisian ini bersifat mesra pengguna iaitu mempunyai penerangan tentang pengoperasian perisisan serta bantuan melalui telefon105.0

3.2Perisian ini menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas

284.8

3.3Perisian ini memberikan cadangan cara penggunaan dalam kelas,rancangan mengajar dan aktiviti pembelajaran1272.9

3.4Perisian ini mencadangkan bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.194.9

Skor Min Keseluruhan Item 3 (Dokumentasi)4.4

4.2 Perbincangan tentang hasil dapatan soal selidik mengikut isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi perisian tersebut.4.2.1 Carta pai yang menunjukkan bilangan responden yang memberi skor kepada setiap item yang terdapat dalam aspek kandungan perisian yang dinilai. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan terhadap 10 responden bagi aspek kandungan perisian, didapati seramai 5 orang responden yang setuju perisian tersebut menggunakan bahasa yang betul dari segi nahu,ejaan,struktur ayat dan bebas daripada sebarang kesilapan manakala 5 orang memberi respon sangat bersetuju terhadap item tersebut.Ini menunjukkan 50% sangat bersetuju manakala 50% setuju.Seterusnya bagi item 1.2 iaitu berkenaan kandungan perisian tersebut mempunyai maklumat semasa dan terkini, seramai 4 orang iaitu 40% bersetuju manakala 6 orang iaitu 60% sangat bersetuju. Kemudian bagi item 1.3 iaitu mengenai maklumat perisian ini sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, seramai 2 orang iaitu 20% memberi respon kurang setuju, 4 orang responden bersetuju dan 4 orang responden sangat setuju. Bagi item 1.4 iaitu kandungan perisian disampaikan mengikut susunan,teratur dan senang dicapai, seramai 3 oarng bersetuju iaitu sebanyak 30% dan 7 orang sangat bersetuju iatu sebanyak 70%. Bagi yang terakhir iaitu berkenaan bahasa penyampaian adalah mudah, 2 orang responden bersetuju dan 8 orang responden sangat bersetuju.Pada keseluruhannya responden bersetuju dengan kesesuaian isi kandungan perisian tersebut untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi matapelajaran Bahasa Melayu berdasarkan skor min keseluruhan item isi kandungan iaitu 4.6.4.2.2 Carta pai yang menunjukkan bilangan responden yang memberi skor kepada setiap item yang terdapat dalam aspek teknikal perisian yang dinilai.

Hasil daripada soal selidik bagi aspek teknikal pula seramai 10 orang responden dengan kata lain 100% memberi respon sangat bersetuju bagi item 2.1 iaitu berkenaan penggunaan ikon,menu dan arahan membolehkan maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.Bagi item 2.2,2.3,2.5 dan 2.6 didapati bilangan responden yang memberi responden bersetuju dan sangat bersetuju adalah sama iaitu masing 1 orang memberi respon bersetuju dan 9 memberi respon sangat bersetuju.Manakala bagi item 2.4 iaitu isi kandungan perisian disampaikan dengan cara dapat meransang pemikran pelajar dan menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif dan kritis pula bilangan memberi respon bersetuju seramai 2 orang dan 8 oarng lagi sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.Bagi item 2.7 iaitu perisian ini mempunyai suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual juga responden memberi respon bersetuju seramai 10 orang.Hasil daripada soal selidik yang dijalankan terhadap aspek teknikal, didapati skor min keseluruhan bagi aspek teknikal adalah paling tinggi iaitu 4.91, ini menunjukkan responden sangat bersetuju dengan aspek teknikal perisian tersebut memenuhi kehendak spesifikasi yang digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bepandukan Komputer bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1.4.2.3. Carta pai yang menunjukkan bilangan responden yang memberi skor kepada setiap item yang terdapat dalam aspek dokumentasi perisian yang dinilai.

Berbalik kepada aspek dokumentasi, sebanyak 4 item yang dinilai untuk bahagian ini iaitu item pertama ialah perisian ini bersifat mesra pengguna iaitu mempnyai penerangan tentang pengoperasian perisian serta bantuan melalui telefon,kesemua responden memberi respon sangat bersetuju. Kemudian bagi item 3.2, perisian ini menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas, seramai 2 orang bersetuju dan 8 orang sangat bersetuju.Seterusnya bagi item 3.3,iaitu perisian ini memberikan cadangan cara penggunaan dalam kelas,rancangan mengajar dan aktiviti pembelajaran, seorang memberi respon kurang bersetuju, manakala 2 pula tidak pasti dan 7 orang memberi jawapan bersetuju sahaja. Bagi item 3.4 iaitu berkenaan perisian tersebut mencadangkan bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan, seramai 1 orang bersetuju atau 10 % bersetuju dan baki 9 orang iaitu 90% sangat bersetuju.Skor min keseluruhan bagi item dokumentasi 4.4, ini menunjukkan responden juga bersetuju bahawa perisian sangat sesuai untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1.5.0 KESIMPULAN

Hasil daripada dapatan kajian soal selidik yang dijalankan terhadap perisian untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1, menunjukkan skor min bagi keseluruhan ketiga-ketiga bahagian iaitu Isi Kandungan,Aspek Teknikal dan Dokumentasi adalah tinggi iaitu masing-masing 4.6, 4.91 dan 4.4. Maka kesimpulannya perisian tersebut telah memenuhi spesifikasi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1. Ia jelas menunjukkan laman web www.didikmanja.com telah berjaya menyediakan satu aplikasi perisian yang sangat sesuai untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tahap 1.Di samping itu juga, perisian tersebut mampu memberi satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Para pelajar bukan sekadar lebih memahami pelajaran,bahkan mereka lebih aktif dan bersemangat. Selain itu,aplikasi perisian yang melibatkan ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menggunakannya, bukan sekadar di dalam kelas, bahkan boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet. Tambahan lagi pada hari ini, boleh dikatakan semua golongan terutama sekali pelajar mempunyai telefon pintar (smart phone ) atau Ipad dan aplikasi perisian tersebut boleh dimuat turun ke telefon tersebut. Ini memastikan lagi akses mereka ke aplikasi tersebut pada bila-bila masa dan paling penting adalah galakan berterusan daripada pengajar. Hakikatnya,tablet telah berkembang menjadi tapak pendidikan yang berkesan dan terkini. Penggunaan komputer di bilik darjah kini boleh digantikan dengan tablet yang mudah alih serta mudah diselenggarakan. Didikmanja.com ini hanyalah salah satu daripada banyak aplikasi yang tersedia di internet yang mungkin tidak pernah diketahui oleh penyelidik, justeru melalui kajian seperti ini diharapkan akan ada kajian yang memperkenalkan aplikasi lain yang lebih baik, di samping akan wujud juga kajian yang menaganlisis penggunaan aplikasi ini secara lebih terperinci seperti keberkesanan penggunaanya dan lain-lain sudut.Akhir sekali, adalah diharapkan dengan kajian ini akan menjadikan perisian ini lebih dikenali oleh semua dan seterusnya dimanfaatkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang berkaitan dengan bahasa. Semoga dengan perkongsian ilmu seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di seluruh negara, demi untuk melahirkan generasi yang bukan hanyut ditelan arus teknologi, tetapi mampu memanfaatkan kemajuan ekonomi untuk ilmu dan masa depan yang cerah.6.0 RUJUKAN

Ismail Zain (2002).Aplikasi multimedia dalam pengajaran.Kuala Lumpur: Utusan

Publications.

Johari Surif,Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan

Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Diakses

pada 6hb.Jun 2014,jam 11.30 malam.

URL:hhtp://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/Robiah Sidin (1992). Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan

literatur. Jurnal Pendidkan Guru,4(3),248-259.

Shaifol Bahary Sulaiman (2003).Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.

Prosiding seminar aliran terkini teknologi maklumat dan komunkasi,hal.29-38.

7.0 LAMPIRAN

Lampiran 1.

Lampiran 2.

Soal Selidik ini bertujuan untuk membuat penilaian perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dan mendapat maklum balas anda.

Sila lengkapkan maklumat di bawah.

Status (Tandakan )Guru ( )Pelajar ( )

Bangsa

Jantina

Tempat tinggal

Mata Pelajaran

ARAHAN: Sila tandakan ( ) di ruangan yang disediakan berdasarkan skala yang berikut:

1- Tidak setuju

2- Kurang setuju

3- Tidak pasti

4- Setuju

5- Sangat setuju

BilItem Skor

1Isi Kandungan12345

1.1Perisian ini menggunakan bahasa yang betul dari segi nahu,ejaan,struktur ayat dan bebas daripada sebarang kesilapan.

1.2Kandungan perisian ini mempunyai maklumat semasa dan terkini.

1.3Maklumat perisian ini sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

1.4Kandungan perisian disampaikan mengikut susunan,teratur dan senang dicapai.

1.5Bahasa penyampaian adalah mudah

2Aspek Teknikal12345

2.1Penggunaan ikon,menu dan arahan membolehkan maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat

2.2Perisian ini mempunyai pilihan untuk mengawal perjalanan perisian, berhenti atau keluar.

2.3Perisian ini mudah digunakan untuk mengambil dan menyimpan nota pada bila-bila masa

2.4Isi kandungan perisian disampaikan dengan cara yang dapat meransang pemikiran pelajar dan menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif dan kritis.

2.5Teks perisian ini mudah dibaca, penerangan cukup bagi visual dan saiz sesuai dengan kumpulan sasaran

2.6Perisian ini mempunyai visual dan audio yang sesuai, jelas,mudah difahami serta boleh dikawal.

2.7Perisian ini mempunyai suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual.

3Dokumentasi12345

3.1Perisian ini bersifat mesra pengguna iaitu mempunyai penerangan tentang pengoperasian perisisan serta bantuan melalui telefon

3.2Perisian ini menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas

3.3Perisian ini memberikan cadangan cara penggunaan dalam kelas,rancangan mengajar dan aktiviti pembelajaran

3.4Perisian ini mencadangkan bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.

Terimakasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini.PAGE 4

_1464550866.xls

_1464551231.xls

_1464551636.xls

_1253083327.bin