Kerja Kursus.docx

25
1.0 PENGENALAN Menurut kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Misalnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapt dipersoalkan lagi. Profesion perguruan menjadi satu rebutan sebahagian besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi jawatan tersebut diperlukan setiap tahun. Sehingga sekarang profesion ini masih menjadi rebutan ramai kerana pada settiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat, sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Menurut Lieberman (1956), sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh yang demikian, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah pengajaran harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seorang pendidik juga perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industri, mampu bersaing dalam sistem ekonomi yang global dan bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad ke-21.

Transcript of Kerja Kursus.docx

1.0 PENGENALAN Menurut kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Misalnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.

Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapt dipersoalkan lagi. Profesion perguruan menjadi satu rebutan sebahagian besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi jawatan tersebut diperlukan setiap tahun. Sehingga sekarang profesion ini masih menjadi rebutan ramai kerana pada settiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat, sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad.

Menurut Lieberman (1956), sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh yang demikian, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah pengajaran harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Seorang pendidik juga perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industri, mampu bersaing dalam sistem ekonomi yang global dan bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad ke-21.

2.0 ESEI PENDEK

2.1 Isu-isu Semasa Pembinaan Negara Bangsa, Profesionalisme guru, dan Pembelajaran Sepanjang HayatMenurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula merujuk kepada hal-hal yang menarik perhatian pada waktu terkini. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Menurut Kamus Dewan, negara bangsa didefinisikan sebagai negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula dalah merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua penduduk sesebuah negara. Sejak kemerdekaan dimiliki oleh Malaysia isu pembinaan negara bangsa merupakan satu isu yang sukar untuk mencapai kesepakatan disebabkan perbezaan latar belakang rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.

Isu-isu yang berkaitan dengan pembinaan negara bangsa:1. Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.2. Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.4. Peningkatan kes gelaja sosial5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.6. Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan(Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, 2005)

Negara bangsa juga lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagi etnik, agama, budaya dan sebagainya (Ahmad Fawzi Basri, 1987 dan Mohammad Redzuan Othman, 2006). Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi menggapai wawasan 2020 ke arah mencapai negara maju.Di dalam Wawasan 2020 digariskan Sembilan cabaran tentang ciri-ciri dan sifat negara yang diingini pada tahun 2020. Cabaran utama yang harus ditangani ialah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perasmian Wawasan 2020 adalah seperti berikut: [] cabaran pertama yang paling asas ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah membentuk sebuah negara bangsa (bangsa Malaysia) yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersamaan [] dan menumpukan taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (Utusan Malaysia, 28/2/1991)

Maka, identiti nasional yang terkandung dalam PPPM menjadi salah satu tunjang bagi mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. Penghayatan rukun negara oleh semua rakyat Malaysia mampu mengukuhkan identiti nasional dalam diri setiap individu. Hal ini dapat menjamin kejayaan Malaysia pada masa hadapan sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Selain itu, semangat patriotik juga perlu dipupuk dalam siri setiap individu dengan cara memahami sejarah negara. Identiti nasional yang kental dapat diwujudkan dalam diri setiap individu bukan hanya setakat mempelajari dan memahami kepelbagaian tetapi menghayati kepelbagaian itu. Maka, amat penting identiti nasional dipupuk dan dibentuk berasaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi kerana memliki ukur tara mengenai salah benar dan baik buruk sesuatu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 memperkenalkan konsep 1 Malaysia bagi melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai terutamanya nilai saling hormat-menghormati dan nilai kasih sayang dalam jiwa rakyat Malaysia.

Penubuhan sekolah yang berbeza aliran ini masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Malah masih lagi terdapat konsep pendidikan pada zaman Inggeris digunakan iaitu sistem pendidikan di sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar utama. Sebenarnya, sistem pendidikan yang diamalkan oleh penjajah ini berjaya mencapai objektif penubuhannya kerana sehingga hari ini kerajaan masih lagi gagal menghapuskan sistem pendidikan ini untuk digantikan dengan sistem pendidikan satu aliran. Hal ini demikian kerana wujud penentangan daripada kaum lain khususnya kaum Cina yang bimbang pelaksanaan sekolah satu aliran akan menghapuskan identiti bahasa Cina. Hakikatnya, rancangan penubuhan sekolah satu aliran bertujuan untuk melahirkan satu bangsa yang mempunyai satu fahaman dan satu ideologi, masih lagi sukar diterima. Isu penghapusan identiti bahasa sesuatu kaum sepatutnya tidak relevan untuk dibangkitkan kerana walaupun kerajaan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama namun pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak pernah disekat.

Konklusinya, konsep sekolah satu aliran juga bertujuan menyeragamkan silibus dan sukatan matapelajaran yang sebelum ini diatur secara berbeza mengikut aliran masingmasing. Sukatan pembelajaran yang berbeza sebelum ini telah menimbulkan jurang antara pelajar mengikut kaum masing-masing. Kaum Cina dikatakan mempunyai pencapaian yang lebih maju berbanding kaum-kaum lain dalam bidang akademik. Hal demikian kerana pada era penjajahan lagi berlaku revolusi dan pemodenan di negara China. Natijahnya, kebanyakan sekolah Cina di Tanah Melayu mula menggunakan sukatan pelajaran yang baru iaitu ajaran Confusius dan Barat. Oleh sebab itu, kerajaan cuba menyeragamkan sukatan pelajaran yang terdahulu dengan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di seluruh negara. Hal ini bertujuan memastikan semua rakyat mendapat taraf pendidikan yang sama sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara kaum bagi merealisasikan impian membentuk negara bangsa.

Pekerjaan profesional ditunjang oleh suatu ilmu tertentu secara mendalam yang hanya mungkin diperoleh dari lembaga-lembaga pendidikan yang sesuai sehingga didasarkan kepada keilmuan yang dimilikinya yang dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah (Wina Sanjaya, 2008). Dengan demikian seorang guru perlu memiliki kemampuan khusus, kemampuan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang yang bukan guru a teacher is person sharged with the responbility of helping orthers to learn and to behave in new different ways (Cooper, 1990). Hal ini sejajr dengan salah satu anjakan PPPM iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak belakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Masyarakat umum mulai mempersoalkan kewibawaan guru dan profesionalisme keguruan, walaupun mereka sebenarnya terlatih dan mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing, mampu menjadi pemimpin dan pengurus pendidikan (JNSP, 2000). Laporan JNSP (2000) menjelaskan seolah-olah guru terkeliru untuk memahami situasi sebenar budaya dan iklim sesebuah sekolah, bersifat fanatik terhadap fahaman politik, gagal memahami kehendak pihak pengurusan sekolah dan pelbagai fenomena lain yang menyebabkan masalah ini wujud. Dapatan kajian JNSP (2000), melabelkan guru bersikap presentism dalam tugas seharian, bersikap defensif terhadap pembaharuan, gemar situasi kerja familiar dan menolak corak kerja penuh persaingan seperti dunia korporat yang sentiasa inginkan pembaharuan. Mekanisme Early Warning System (EWS) yang digunakan bagi mengesan guru yang tidak efisien menjadi disfungsi sehinggakan guru yang mencemari profesion dan tidak efisien terlepas tanpa sebarang tindakan.

Hal ini secara tidak langsung menyukarkan anjakan PPPM yang pertama untuk direalisasikan iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa kerana kolaboratif antara ibu bapa dan pihak Kementerian Pendidikan belum direalisasikan. Maka perlulah satu program dilaksanakan bagi mengekalkan momentum guru-guru dalam sesi P&P. Selain itu, Malaysia juga melahirkan hasrat untuk mempunyai sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid bermula dengan sistem persekolahan yang efisien supaya murid-murid yang dihasilkan dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja bakal guru menyempurnakan latihan di Institut Pendidikan Guru atau institut pendidikan yang lain. Pendidikan praperkhidmatan keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat profesion perguruan. Pendidikan keguruan adalah satu titik permulaan dalam kerjaya serang guru. Guru permulaan yang baharu melangkahkan kaki ke perkhidmatan keguruan sebenarnya memasuki satu alam pengembaraan professional (professional journey) yang jauh serta penuh dengan pelbagai ranjau dan liku di samping menikmati keseronokan profesionalisme yang dijanjikan oleh profesion tersebut.

Penghayatan konsep pendidikan sepanjang hayat amat penting bagi semua profesion, lebih-lebih lagi profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan cemerlang kepada profesionnya secara khusus serta kepada negara secara amnya. Kejayaan sesebuah organisasi turut bergantung kepada kesediaan anggota organisasi terlibat dalam pembelajaran ke arah penghayatan organisasi pembelajaran (Marinah Awang, Omar Abdull Karrern dan Khuan Wai Bing, 2004). Tuntutan ini menjadi lebih ketara dalam era ICT, masyarakat berasaskan-ilmu dan ekonomi berasaskan-ilmu (Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, 2002).

Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajra kendiri melalui peluang ang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme antaranya:a. Program Diploma Perguruan Khasb. Program Diploma Perguruan Malaysiac. Program Pensiswazahan Gurud. Program Berkembar IAB dengan Pihak UniversitiSelain itu juga, profesion perguruan sebagaimana profesion lain terdedah kepada kedua-dua bentuk perubahan iaitu perubahan teknologi dan perubahan struktural. Perubahan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai suatu ketika dahulu tidak lagi relevan pada masa sekarang dan masa akan datang. Ramaiah (1992) menyatakan bahawa kursus dan latihan perguruan asas di IPG dan university-universiti tidak dapat melengkapkan para guru dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.Konklusinya, menjadi guru cemerlang bukan satu tugas yang mudah, tetapi ianya juga bukan mustahil untuk dicapai. Guru perlu sedar akan tanggungjawab berat ini terletak di atas bahu guru selagi mereka bergelar pendidik. Setiap guru mesti berusaha menghayati, memahami dan menjiwai matlamat pendidikan menjadikannya makanan dan santapan seharian agar ianya menjadi darah daging dan sebati dalam jiwa guru. Maka, setiap guru perlu bertanggungjawab terhadap profesion masing-masing kerana inilah salah satu cara untuk memartabatkan mutu perkhidmatan dan meningkatkan imej kendiri guru dan murid di sekolah.

2.2 Amalan dalam Etika Keguruan dan Personaliti Guru Cemerlang dalam Pembinaan dan Peningkatan Profesion Keguruan

Kod etika keguruan merupakan sistem dasar akhlak yang disediakan sebagai garis panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Bidang perguruan merupakan suatu pekerjaan yang berunsurkan ciri-ciri profesionalisme di mana kesatuan perkhidmatan perguruan telah memasukkan beberapa tatasusila profesion perguruan Malaysia. Menurut Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh murid dan masyarakat. Elemen ini terkandung dalam ikrar seorang guru yang telah diterima pakai dalam profesion perguruan sebelum mereka memulakan perkhidmatan sebagai seorang pendidik. Ikrar tersebut adalah seperti berikut:

Kami guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip rukun negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan luas dan menyediakan mereka dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan maka ikrar berikut dijadikan sebagai garis panduan dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru. Terdapat beberapa etika keguruan yang menjadi pegangan setiap guru.

1)Tanggungjawab Terhadap Tuhan2)Tanggungjawab Terhadap Diri3)Tanggungjawab Terhadap Ilmu4)Tanggungjawab Terhadap Profesion5)Tanggungjawab Terhadap Pelajar6)Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat7)Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara8)Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Melalui kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secars hitam putih dan dapat membuka mata masyarakat menghayati tanggungjawab guru yang berat. Etika perguruan ini sangat penting untuk memastikan guru-guru mampu memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid dan menjadi role-model kepada murid. Pelaksanaan sepenuhnya etika perguruan oleh para guru mampu meningkatkan profesionalisme guru pada setiap masa. Secara tidak langsung, mampu melahirkan muid yang cenderung kepada perkara-perkara yang positif.

Keberkesanan etika Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas mampu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman murid.

Sehubungan itu, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Guru harus sentiasa membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion keguruan. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan PPPM, seorang guru itu boleh memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Justeru itu, perkara ini dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dilaburkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Guru juga harus mempunyai kualiti yang tinggi dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik adalah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan sebagainya. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion keguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata.

Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) dan Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam mencerminkan konsep dirinya.

Penubuhan pusat atau kelab guru dapat membantu meningkatkan profesion keguruan. Kelab ini dikendalikan oleh semua golongan pendidik dengan tujuan menjaga kepentingan profesional guru-guru temasuklah guru pelatih yang menjalani latihan dalam sesebuah sekolah. Menerusi badan ini, seminar dan bengkel tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan boleh dianjurkan. Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang sesuau perkara baharu. Dengan wujudnya kelab ini khususnya bagi guru pelatih, mereka mampu mendapat sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut dilaksanakan, maka perubahan yang besar dalam sistem pendidikan akan berlaku. Secara tidak langsung juga akan mengurangkan jurang pencapaian di antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar hasil daripada perbincangan yang dilaksanakan dalam kelab guru ini.Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya refektif perlu diperkukuhkan. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. Amalan ini mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi profesional dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan semasa.

Sebagai seorang guru kita tidak sepatutnya melanggar etika, melampaui batas peraturan atau undang-undang kerana kita mesti mengahayati dan membangunkan profesion ini secara dalaman dan bukan semata-mata takutkan tidakan tatatertib jika melanggarnya. Seseorang individu tidak akan melanggar etika kerana ingin meningkatkan imej profesionnya.

2.3 Cabaran Profesion Keguruan dan Langkah-langkah MenanganinyaBerdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali daripada berhadapan dengan cabaran yang cukup besar. Antara cabaran yang dihadapi oleh profesion keguruan pada masa kini adalah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.

Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan luas, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, Robiah Sidin (1994) mencadangkan 5 kriteria yang perlu dimiliki oleh guru:

a) Keupayaan memimpin perubahan di sekolahb) Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam profesion guruc) Sentiasa mengikuti peredaran masad) Memahami perkembangan teknologie) Mempunyai sifat berani, berdaya saing dan inovatif

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia keempat menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid bin Mohd Noordin, 1997).

Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah pada zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan kemajuan globalisasi. Hal ini memberi cabaran kepada guru dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigm baru kepada institusi pendidikan. Oleh itu, pihak KPM telah mewajibkan guru-guru untuk megikuti kursu computer seiring dengan perkembangan teknologi.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi tunggak kepimpinan negara. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke HadapanDalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mencabar. Guru harus sentiasa mengemaskini serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Kebanyakan pelajar sudah mahir dalam penggunaan komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

4.0 REFLEKSIPada semester ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Pengajian Profesional serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan dalam menjalani kehidupan sebagai bakal guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang guru bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa hadapan.

Pada amatan saya, melalui pengajian ini mendorong saya memahami profesionalisme keguruan dari aspek tatatertib dan tingkahlaku sebagai guru. Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini. Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul dalam bidang pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu pun sekarang. Selama ini, saya hanya melihat isu yang terjadi dari kaca mata seorang pelajar, tetapi pandangan saya kini semakin luas apabila saya dapat meneliti isu yang sama melalui sudut seorang guru. Antara isu tersebut ialah pembinaan negara bangsa, integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan gejala sosial. Seorang guru itu dianggap sebagai seorang pemimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya.Topik ini memberi input yang secukupnya di mana menyedarkan saya dengan tanggungjawab yang perlu saya pikul setelah menjawat jawatan guru. Daripada topik ini, saya dapat beberapa pengetahuan baru tentang isu dan cabaran pendidikan semasa. Saya sebagai seorang guru pelatih, saya haruslah meningkatkan pembacaan kerana seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ketahap yang tinggi. Selain itu, seorang guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilandari semua aspek.

Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira sempadan daerah dan kedudukan. Saya juga mengetahui bahawa setiap murid perlu mendapatkan hak yang sama, kemudahan yang sama dan peluang pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang murid. Menerusi pendemokrasian pendidikan, saya perlu memastikan membasmi kadar buta huruf dalam kalangan rakyat Malaysia melalui kesungguhan saya dalam mendidik murid-murid.

Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru suatu hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada mereka.

Bagi saya peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai "guru" menerusi pembelajaran menerusi internet. Di sini letaknya menjadi peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui penghayatan nilai moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat dilaksanakan semasa pelajar berada di sekolah sahaja manakala kawalan dalaman berlaku secara berterusan tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam setiap perkara, kawalan dalaman perlu diutamakan.

Di samping itu, kepelbagaian kaum, agama dan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan satu wadah bagi seorang guru mewujudkan integrasi nasional sejak dibangku sekolah. Sebagai bakal guru, keutuhan dan semangat kekitaan perlu diwujudkan dalam diri pelajar menerusi aktivti bulan kemerdekaan, kem bina insan, aktiviti kokurikulum dan acara malam kebudayaan.Subjek teknologi amat penting bagi saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmu teknologi merupakam ilmu pengetahuan yang tidak boleh ditimba melalui buku-buku ilmiah biasa yang saya belajari setiap hari. Saya berasa kerjaya sebagai seorang guru apabila dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang teknologi maklumat komunikasi di dalam kelas pada masa hadapan kerana murid-murid pada masa hadapan akan lebih banyak terdedah dengan kemudahan ICT dan penggunaan gadget yang canggih.

Pada zaman globalisasi ini, guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam biliik darjah dengan menggunakan komputer. Saya memahami kepentingan ilmu tentang teknologi maklumat komunikasi kepada seseorang guru dan saya akan berusaha mempelajari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan semasa saya belajar di institut pendidikan guru (IPG). Selain itu, guru merupakan satu profesion yang sangat mulia mahupun penting dalam masyarakat pada zaman sekarang.

Secara keseluruhannya, sebagai bakal pendidik saya perlu untuk membuka minda menerima ilmu-ilmu yang baharu agar saya dapat menjana idea-idea yang lebih kreatif dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang berminda kelas pertama. Hasil daripada tugasan ini, saya dapat meningkatkan kesedaran bahawa banyak amanah yang perlu dipikul oleh saya demi melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia,BIBLIOGRAFIAinon Mohd (2005). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS ProfessionalHabib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.Syed Ismail Syed Mustapa, A. (2013). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Puchong: penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Syed Ismail Syed Mustapa, A. (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Puchong: Penerbitan Multimedia.Azlina Mohd Kosin dan Tan Sew Lee, & Azlina Mohd Kosin, T. S. L. (2008). Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stres Kerja Guru. Jurnal Teknologi, 48, 3347.Kamarul Azmi Jasmi, Ab Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2012). Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya Dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi, 51, 5771. doi:http://dx.doi.org/10.11113/jt.v51.157Yahya Buntat & Zainuddin Masrom. (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kulai Johor.Satu Tinjauan. Jurnal Teknologi, Jun, 6574. Retrieved from http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E[5].pdf(2015, Mac 10). Retrieved from Seputar Pendidikan 003: http://seputarpendidikan003.blogspot.sg/2013/07/etika-profesi-guru.htmlNoranizahSolihin. (2015, Mac 10). Retrieved from Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kepentingannya Kepada Masyarakat: http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=177&Itemid=54Farizal. (2015, Mac 10). Retrieved from http://cikgufarizal.com/2008/05/17/keratan-akhbar/tiga-langkah-kekalkan-profesionalisme-guru/