Kerja TITAS

4
Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara Penguasaan ilmu pengetahuan Ilmu merupakan satu tuntutan utama dalam Islam di mana galakan menuntut ilmu telah bermula semenjak Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah SWT dan ini diwajarkan dengan penurunan wahyu pertama ke atas Rasulullah SAW menerusi surah al-Alaq (96) ayat 1-5. Dominasi ilmu memungkinkan umat Islam menakluki dunia menerusi ketamadunan yang kekal sepanjang zaman. Penguasaan ilmu menyebabkan umat Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat yang berasaskan adat resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat Ilmu wahyu sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani sebagaimana yang pernah dicetuskan tamadun Islam suatu masa dahulu. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Sektor ekonomi merupakan salah satu bidang yang utama. Melalui sektor ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat. Ekonomi dalam ajaran Islam bukanlah satu entiti yang berasingan dari tuntutan agama, malah ia saling berkait dengan unsur-unsur ritual Islam itu sendiri. Ia menjadi punca kepada ketenangan beribadat dan beramal seperti bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Pembangunan ekonomi dalam Islam perlu seimbang yang mana harta adalah hak milik Allah secara mutlak. Manusia hanya menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehinya itu. Justeru itu, soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah SWT. Segala perolehan harta akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari Akhirat nanti. Atas daya usaha tersebut, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan harta yang mendatangkan keraguan.

description

titas

Transcript of Kerja TITAS

Page 1: Kerja TITAS

Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara

Penguasaan ilmu pengetahuan

Ilmu merupakan satu tuntutan utama dalam Islam di mana galakan menuntut ilmu

telah bermula semenjak Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah SWT dan ini diwajarkan

dengan penurunan wahyu pertama ke atas Rasulullah SAW menerusi surah al-Alaq

(96) ayat 1-5. Dominasi ilmu memungkinkan umat Islam menakluki dunia menerusi

ketamadunan yang kekal sepanjang zaman.

Penguasaan ilmu menyebabkan umat Islam dapat membezakan kebenaran

dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat yang berasaskan adat

resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu pengetahuan secara

berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat

semasa. Ini boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat Ilmu

wahyu sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani sebagaimana yang

pernah dicetuskan tamadun Islam suatu masa dahulu.

Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

Sektor ekonomi merupakan salah satu bidang yang utama. Melalui sektor ekonomi,

penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat. Ekonomi dalam

ajaran Islam bukanlah satu entiti yang berasingan dari tuntutan agama, malah ia

saling berkait dengan unsur-unsur ritual Islam itu sendiri. Ia menjadi punca kepada

ketenangan beribadat dan beramal seperti bersedekah, membayar zakat dan

sebagainya.

Pembangunan ekonomi dalam Islam perlu seimbang yang mana harta adalah

hak milik Allah secara mutlak. Manusia hanya menjalankan amanah ke atas harta

yang diperolehinya itu. Justeru itu, soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin

kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah SWT.

Segala perolehan harta akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari Akhirat

nanti. Atas daya usaha tersebut, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan

harta yang mendatangkan keraguan.

Page 2: Kerja TITAS

Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara

Oleh itu, sikap malas, sambil lewa dan sebagainya adalah satu dosa yang

menjurus kelemahan institusi sosial dan memalukan agama.

Kehidupan berkualiti

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian

kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi

dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam

menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk

berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada

kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek

termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi

keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan

memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta

dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan

mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam

kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga

tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga

yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan

berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi

keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran

turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama

difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Dari pendekatan

Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan

dibangunkan secara bersepadu.

Page 3: Kerja TITAS

Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara

Pembelaan hal kumpulan minoriti dan wanita

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan

kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau

minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut

meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung

dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh

berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau

perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah

dari segi undang-undang.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan

Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat

peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). Implikasi daripada

jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua

yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama

dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum

lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial,

pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian

yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam

Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak

mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan

Haji Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh

muslim,maksudnya :

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu

mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu

mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan

hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang

dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan

sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi

mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan)

dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada

Page 4: Kerja TITAS

Islam Hadhari dan Proses Pembangunan Negara

kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu

berpegang dengannya iaitu kitab Allah(Al-Qur’an)”.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin

hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima

deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan

kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek

kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara

Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang

menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan

perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam

pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-

badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas

untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak

memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita.

Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam

dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan

Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan.

Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan

negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri

dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu

senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan

kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku

di negara kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah

dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum,

bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana

golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul

pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya.